You are on page 1of 21

Program Persediaan Ijazah Sarjana

Muda Pendidikan Tahun 2009

PANTANG LARANG
DALAM MASYARAKAT
MELAYU
Konsep Pantang Larang
  Mengenai asal usul pantang larang ini tidak dapat
ditemukan secara jelas lahirnya atau kewujudannya.
Hal ini dikeranakan kebanyakan masyarakat
menerimanya dalam tradisi hidup mereka begitu saja
dari orang-orang tua mereka, diwarisi turun temurun. 
 Pengertian pantang adalah hal yang terlarang menurut
adat atau kepercayaan. Sedangkan larang adalah
memerintahkan supaya tidak melakukan sesuatu.
 Jadi pantang larang adalah memerintahkan supaya
tidak melakukan sesuatu yang terlarang menurut adat
atau kepercayaan. 

(Tim Penyusun Kamus, 1990:646) 


DEFINISI: PANTANG
LARANG
 Perkataaan ‘pantang’ membawa maksud
tegahan daripada melakukan sesuatu
kerana dipercayai akan membawa akibat
yang buruk .
 Misalnya pantang membawa kanak-kanak
keluar pada waktu senja kerana takut
keteguran. Pada waktu itu dipercayai hantu
syaitan sedang banyak berkeliaran.
 Perkataan ‘larang’ pula memberi erti
tegahan daripada melakukan sesuatu
kerana kuatkuasa undang-undang atau
peraturan, sama ada yang tertulis ataupun
tidak.
 Contohnya, pada zaman dahulu rakyat
tidak boleh bepakaian kuning kerana
warna kuning dikhaskan untuk kerabat
raja .
 Meskipun perkataan pantang larang di
atas mempunyai pengertian yang
berbeza tetapi seringkali kedua-duanya
digunakan sebagai istilah dari kata majmuk
yang membawa maksud
peraturan .
 Dalam masyarakat Melayu terdapat banyak
pantang larang.
 Misalnya, anak dara tidak boleh menyanyi
di dapur nanti dapat suami orang tua dan
lain-lain.
 Pantang larang yang telah dibuat oleh masyarakat Melayu tidak terbatas
pada satu aspek saja, akan tetapi terdapat beberapa aspek pantang larang,
yang masing-masing aspek mempunyai maksud dan tujuan berberbeza. 

 Masyarakat Melayu
Menyusuri ungkapan tentang Melayu, Yusriadi (2009) menyebutkan Melayu
adalah sebuah nama yang diberikan kepada salah satu etnik (komunitas)
yang berdiam di rantau tanah Melayu. Kerana itu kita mendapati adanya
Melayu Indonesia, Melayu Malaysia, Melayu Brunei Darussalam, Melayu
Thailand, Melayu Kamboja dan sebagainya.
Istilah "Melayu" ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku
bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan
Madagaskar.
 Bagaimanapun menurut Perlembagaan Malaysia, istilah "Melayu" hanya
merujuk kepada seseorang yang berketurunan Melayu yang menganut
agama Islam. Dengan kata lain, bukan semua orang yang berketurunan
daripada nenek moyang Melayu adalah orang Melayu.
(http://ms.wikipedia.org/wiki/Melayu/22/05/2010)
Makan dengan menggunakan bekas retak
atau sumbing .
- Apabila si isu melihat anaknya makan dengan
menggunakan bekas yang retak atau sumbing, maka
si ibu itu akan melarang dengan berkata, “Siapa
makan menggunakan bekas yang retak akan dapat
isteri atau suami yang telah berkahwin dua atau tiga.”
- Nasihat ini sebenarnya untuk mengelakkan supaya
anaknya tidak terkena luka dari bekas yang
digunakan itu.
Kepercayaan orang Melayu
Bangsa Melayu dahulu banyak meninggalkan bermacam-macam kepercayaan yang mana
dalamnya mengandungi pelbagai pantang larang, tunjuk ajar yang halus dan nasihat yang berguna
kepada anak cucunya yang masih mentah dalam kehidupan harian mereka.

Duduk atas bantal


 Masyarakat Melayu pantang
duduk di atas bantal kerana
dipercayai boleh naik bisul.
Sebenarnya dilarang berbuat
demikian adalah kerana
hendak menjaga bantal
daripada dipecah atau dikoyak.
Tambahan lagi adalah tidak baik
benda untuk melapik kepala
diletakkan di bawah punggung.
 
Bersiul atau bernyanyi di dapur

- Seseorang anak gadis yang suka


bersiul dan bernyanyi ketika
memasak dikatakan akan mendapat
suami tua.
- Apabila anak gadis mendengar
nasihat itu tentunya akan berhenti
berbuatan tersebut. Ini kerana anak
gadis tentunya tidak mahu bersuami
dengan seorang lelaki yang tua.
- Larangan ini adalah mengelakkan
berlakunya kecelakaan supaya
sebarang kerja di dapur mesti dibuat
dengan sempurna dan tambahan pula
adalah tidak manis sekiranya anak
gadis bersiul dan bernyanyi di dapur.
Bergendang dalam
Mendengar anak cucu mereka
rumah. bergendang dalam rumah, seperti
memukul dinding, lantai atau
sebagainya, maka dilarang oleh
orang tua-tua, dengan berkata
"tidak baik bergendang dalam
rumah, nanti harta habis dicuri
oleh orang.”
Larangan ini sebenarnya untuk
mengelakkan bunyi bising di
rumah, tambahan lagi bergendang
itu akan merosakkan barang,
terutamanya barang-barang yang
bergantung di dinding itu akan
jatuh dan pecah.
Menjahit pada waktu senja
- Apabila ibu melihat anaknya menjahit
atau menyulam pada waktu senja
dengan segeranya akan berkata,
“Jangan menjahit pada waktu senja,
nanti mata guru engkau akan buta.”

- Apabila si anak mendengar larangan


itu, tentunya akan berhenti perbuatan
tersebut. Ini kerana mereka tidak suka
melihat gurunya buta atau cacat kerana
segala pengetahuan yang didapatinya
itu adalah daripada guru yang
disayanginya.

- Pengajaran disebalik larangan itu


adalah untuk menjaga kesihatan mata
anak supaya tidak menjadi kabur dan
rosak atau jarum tercucuk tangan.
Tikus tidak boleh di seranah
- Mengikut kepercayaan tikus tidak boleh di
seranah. Sekiranya disumpah kerana
perbuatannya merosakkan barang-barang di
dalam rumah, ia akan lebih mengganas lagi.
Biasanya tikus-tikus tidak memusnahkan
sesuatu benda, yang dilakukannya ialah
merosakkan sedikit di sana sini yang
menyebabkan benda-benda yang
dirosakkan itu tidak boleh digunakan lagi.

- Perbuatan tikus ini dapat memberi didikan


kepada diri agar jangan mudah
mengeluarkan kata-kata yang boleh
menyakitkan hati orang lain. Perbuatan ini
amat tidak disukai oleh masyarakat. Unsur
pengajarannya ialah manusia mestilah
berfikir dahulu sebelum bercakap agar tidak
menyinggung perasaan orang lain.
Yusriadi, (2009:32) mengklasifikasikan pantang larang menjadi 5
bahagian,iaitu:
1) Berkaitan dengan keselamatan jiwa, yaitu: berkaitan dengan kematian,
sakit/penderitaan, dan kesialan atau nahas.
2) Berkaitan dengan waktu, iaitu: waktu malam, petang menjelang malam.
3) Berkaitan dengan tempat, iaitu: berkaitan dengan di Ladang, di tengah
jalan, di hutan, dan di kuburan.
4) Berkaitan dengan jenis kelamin, iaitu: berkaitan dengan laki-laki dan
perempuan, baik anak kecil mahupun orang dewasa.
5) Berkaitan dengan pekerjaan dan aktiviti, iaitu: orang beranak dan penjaga
bayi, mengurus orang mati dan ke kuburan, berjalan, sedang bermain,
bekerja, membuat rumah, sedang makan/minum.

Sedangkan Nufnang (2007) mengklasifikasikan pantang larang dibahagikan:


1) Pantang Larang Di dalam Hutan
2) Pantang Larang Kanak-Kanak
3) Pantang Larang Di Sungai
4) Pantang Larang Ketika Duduk
5) Pantang Larang Ketika Makan
6) Pantang Larang Ke Atas Lelaki
7) Pantang Larang Ke Atas Perempuan
Pantang Larang Di dalam Hutan

1. Jika sesat di hutan, jangan tidur di tepi sungai, nanti dimakan hantu.
2. Dilarang pegang pokok merah, nanti badan menjadi gatal.
3. Jangan tidur di atas pokok jika sesat, nanti dilapah hantu.
4. Dilarang bercakap besar ketika di hutan, nanti mendapat bencana.
5. Pantang bersiul di hutan, nanti disambar langsuir.
6. Jangan melaung di tengah hutan, nanti disahut hantu.
7. Jika terdengar sahutan, jangan dijawab, dikhuatiri suara hantu.
8. Jangan mengambil batu atau benda ganjil di hutan, takut berpenunggu.
9. Dilarang menegur sesuatu yang aneh atau ganjil dihutan, nanti dirasuk atau dapat malang.

Pantang Larang Kanak-Kanak


1. Dilarang duduk atas bantal, nanti punggung terkena bisul.
2. Tak boleh memotong kuku waktu malam, nanti pendek umur.
3. Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.
4. Tak boleh jelir lidah, nanti lidah terpotong.
5. Makan kepala ikan, nanti menjadi bod0h.
6. Dilarang mengangkat kaki ketika meniarap, nanti emak mati.
7. Tak boleh menunjuk pelangi, nanti jari kudung.
8. Tak boleh makan dalam gelap, dikatakan makan dengan iblis.
9. Dilarang bermain atau keluar rumah waktu senja, nanti disorok hantu.
10. Hempedal ayam tak boleh dimakan, nanti susah bersunat.
Pantang Larang Di Sungai

1. Jika nampak air berpusar, jangan hampiri, alamat buaya bergerak atau mengiring.
2. Jika ikan toman membawa anak, jangan melintas di hadapannya, nanti dilompati ke perut.
3. Jika terdengar suara semacam kerbau di tebing sungai, alamat ada buaya mengawan.
4. Dilarang bawa limau purut, nanti dibaham buaya.
5. Jika suara perempuan terdengar waktu Maghrib, alamat hantu pari sedang berpesta.
6. Jika kail disambar gondang (siput besar) , alamat rezeki mendatang.

Pantang Larang Ketika Duduk

1. Tak boleh duduk atas bantal, nanti dapat bisul.


2. Tak boleh duduk atas tangga ketika Maghrib, nanti dirasuk hantu.
3. Tak boleh menggoyang kaki, nanti tak lepas hutang.
4. Tak boleh duduk di beranda tangga, nanti payah rezeki.
5. Tak boleh duduk atas lesung, nanti berkudis dubur.
Pantang Larang Ketika Makan

1. Makan pedal ayam, akan mengantuk ketika bersanding.


2. Makan tidak basuh pinggan, nanti lambat dapat menantu.
3. Makan pisang kembar, akan beranak kembar.
4. Makan waktu Maghrib, makan bersama hantu.
5. Makan sisa anak, anak akan degil.
6.. Tidur selepas makan, nanti perut buncit.
7. Makan sambil berjalan, dapat penyakit perut.
8. Bila makan, pinggan jangan diletak atas riba, nanti suami diambil orang.
9. Jangan makan nasi di senduk, nanti payah rezeki.
10. Makan bertindih pinggan, akan beristeri dua.
11. Makan telur tembelang, mendapat penyakit barah.
12. Makan dalam pinggan sumbing, dapat anak bibir sumbing.
13. Makan dalam belanga, dapat anak rupa hodoh.
14.Makan berlunjur,akan jadi pemalas.
15.Makan mencangkung, payah dapat rezeki.
Pantang Larang Ke Atas Lelaki

1. Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.


2. Dilarang kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan.
3. Dilarang mengintai orang mandi, nanti mata ketumbit.
4. Dilarang tidur di tengah padang, nanti emak mati.
5. Dilarang ketawa waktu Maghrib, nanti datang hantu.
6. Kalau tidak tahan berpanas, nanti tunang dilarikan orang.

Pantang Larang Ke Atas Perempuan

1. Dilarang menyanyi di dapur, nanti kahwin orang tua.


2. Dilarang menjahit di badan, nanti tidak lepas hutang.
3. Pantang bangun lewat, nanti sukar mendapat jodoh.
4. Dilarang makan nasi kerak, nanti mendapat anak bod0h.
5. Dilarang mencari kutu ditangga, nanti kahwin orang tua.
6. Dilarang mencucuk jarum pada waktu malam, nanti didatangi sial.
7. Dilarang bercermin di depan cermin retak, nanti wajah pucat di malam pertama.
8. Dilarang pakai baju basah, nanti badan naik kurap.
9. Pantang berbual di tangga, nanti dipinang orang di serambi rumah sahaja.
10. Dilarang makan bertindih pinggan, nanti menjadi madu orang.
11. Tak boleh menyapu nasi pada waktu malam, nanti pendek rezeki.
11. Dilarang mengerat kuku waktu malam, nanti datang sial.
12. Dilarang makan berubah tempat, nanti berkahwin ramai.
RUMUSAN
Masyarakat Melayu lama kaya dengan pantang larang yang diwariskan kepada anak
masing-masing dalam usaha mereka menjaga perlakuan keluarga dan hubungan
sesama anggota masyarakat mahupun kepada alam sekitar.

Sekali dengar sesetengah pantang larang Melayu lama seakan-akan menyekat


kebebasan individu dan kedengaran seperti tidak masuk di akal, meskipun hakikatnya
pantang larang yang dikenakan itu dapat dilihat ‘kebenarannya’ sehingga
kini.Sesetengah orang melihat pantang larang Melayu lama tidak lagi sesuai diamalkan
pada masa kini kerana bimbang boleh memesongkan akidah masyarakat khususnya
dalam hal berkaitan kejadian, jodoh, rezeki, ajal dan maut kerana ia di tangan Ilahi.

Bagaimanapun jika diteliti sesetengah daripada pantang larang Melayu lama ada
sumbangan tersendiri kepada masyarakat dan boleh diterima pakai sehingga ke hari ini
apalagi tidak kurang yang mempunyai nilai menjaga kesihatan.
Pensyarah Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Malaya
(UM), Siti Nor Awang, menafsir pantang larang yang diamalkan dalam
masyarakat Melayu dulu sebagai panduan hidup mengenai perkara
yang boleh dilakukan, larangan dan wajar.

“Masyarakat tradisional belajar sesuatu melalui lisan dan pantang


larang yang menjadi amalan disampaikan dari generasi ke generasi
berbanding masyarakat tamadun terdahulu yang belajar melalui
tulisan mahupun manuskrip,” katanya pada pertemuan dengan
Sastera di pejabatnya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pantang larang dalam masyarakat Melayu ialah sesuatu yang


dipersetujui mengenai perkara tertentu untuk dijadikan panduan hidup
selain ‘dihormati’ dalam usaha melahirkan keharmonian
bermasyarakat dan mewakili nilai mahupun norma sepunya.Pantang
larang juga bertujuan melahirkan masyarakat sihat seperti dapat
dilihat melalui larangan mandi pada waktu malam yang sebenarnya
mengelakkan pengamalnya daripada diserang pneumonia jika sudut
perubatan semasa digunakan dalam menilai perkara itu.
Masyarakat Melayu lama cerdik dalam menyampaikan ‘peraturan’
dengan darjah keseriusan berbeza dan ia dapat dilihat melalui
kesan dan akibat yang dikatakan berhubung perbuatan melanggar
larangan yang ditetapkan.

Seiring dengan perkembangan Islam dan kemajuan zaman


teknologi pantang larang perlulah disesuaikan dengan zaman
supaya dapat terus diamalkan. Pantang larang yang diwarisi
daripada nenek moyang, wajar diamalkan selagi tidak bercanggah
serta selari dengan kehendak al- Quran mahupun sunnah.Dengan
mendahulukan akidah dan ajaran Islam dalam perkara berhubung
pantang larang, kita masih mengekalkan tujuan baik iaitu
menghindarkan perkara buruk menimpa diri dan membendung diri
daripada melakukan sesuatu perbuatan tidak sopan.

Pantang larang merupakan salah satu budaya dalam masyarakat


Melayu yang menunjukkan keunggulan identiti dan ketinggian nilai
budaya masyarakat Melayu yang harus diamalkan dan terus
diperkembangkan agar tidak lapuk ditelan zaman.
- sekian, terima kasih -
(farahnadzri@yahoo.com)

You might also like