You are on page 1of 28

KAJIAN KORELASI

Disediakan Oleh:
Mohd Sukry Assalam
Fa r r i za n S a mi n
PENGENALAN
Kajian korelasi mengkaji perkaitan antara variabel-
variabel yang wujud dalam sesuatu masalah.
Kajian korelasi memberi penekanan kepada
penentuan sejauh mana kaitan antara variabel-
variabel.
Ini membolehkan penyelidik menentukan variasi
yang berlaku pada satu variabel dan kaitannya dengan
variasi yang berlaku pada satu variabel lain.
DEFINISI KAJIAN
KORELASI
Mohd Najib 1999, kajian korelasi adalah kajian yang
melihat hubungkait atau pengaruh antara satu faktor
dengan faktor yang lain mnggunakan ujian statistik
korelasi dalam reka bentuk ini berbagai teknik yang
digunakan.
Selain daripada itu, dengan menggunakan kajian
korelasi ini, hendak la berskala dan bernisbah.
 Data perlu diperolehi daripada satu sampel atau dua
kumpulan sampel yang sama.
Antara kriteria utama dalam kajian korelasi ini juga
adalah, memerlukan dua jenis data dalam satu sampel
untuk dihubungkaitkan dalam kajian.
Selain daripada itu, kajian korelasi juga perlulah
dalam bentuk ordinal atau pangkatan.
Indeks korelasi merupakan penunjuk kekuatan atau
arah hubungan antara dua pemboleh ubah yang
dihubungkaitkan dalam kajian.

Manakala koefisien korelasi pula adalah untuk


menentukan darjah kekuatan kaitan dua pemboleh
ubah tadi.
TUJUAN KAJIAN KORELASI
Seringkali penyelidik menggunakan kajian korelasi
untuk menentukan sebab-musabab sesuatu peristiwa.

CONTOH : -
Misalnya, sekiranya kaitan positif wujud antara
pendapatan penjaga dengan pencapaian akademik
pelajar, penyelidik mengatakan bahawa pendapatan
penjaga mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.
Begitu juga, sekiranya kaitan negatif wujud antara
kasih sayang ibu bapa dengan bilangan kes penagihan
najis dadah di kalangan pelajar sekolah, penyelidik
mungkin mengatakan kurangnya kasih sayang
menyebabkan pelajar terjerumus ke dalam kancah
penagihan najis dadah.
Sekiranya kaedah penyelidikan yang digunakan berbentuk
deskriptif, penyelidik perlu berhati-hati apabila mengatakan
hubungan sebab-musabab.
Penyelidikan deskriptif biasanya mirip kepada penyelidikan
penerokaan bilamana penyelidik tidak dapat memastikan faktor-
faktor atau variabel-variabel yang terlibat dengan sesuatu
peristiwa.
 Apa yang dilakukan oleh penyelidik deskriptif adalah
menjelaskan sesuatu fenomena; bukan mengenal pasti
dengan tepat faktor-faktor atau variabel yang
menyebabkan berlakunya sesuatu peristiwa.
Terdapat beberapa syarat yang mesti dipenuhi
sebelum seseorang penyelidik mengatakan hubungan
sebab-musabab.

Pertama, hubungan satu variabel (A) dengan satu lagi


variabel (B) mestilah wujud.
 Kedua, variabel A mestilah wujud atau hadir terlebih
dahulu daripada variabel B.
Ketiga. tiada kesan kewujudan variabel-variabel
extraneous (katakan variabel-variabel C, D ,., dan Z)
Dalam contoh pendapatan penjaga mempengaruhi
pencapaian akademik pelajar, kita mestilah
mempunyai kaitan yang bererti antara pendapatan
penjaga dan pencapaian akademik.
Kita perlu memastikan pendapatan penjaga telah
wujud terlebih dahulu sebelum pengujian dilakukan
untuk menentukan pencapaian akademik pelajar.
Di samping itu, kita perlu memastikan tidak ada
variabel lain yang boleh mempengaruhi atau
berkaitan dengan kedua-dua variabel yang dikaji iaitu
pendapatan penjaga dan pencapaian akademik pelajar.
Kesalahan sering dilakukan oleh penyelidik dengan
mendakwa ada hubungan sebab-musabab antara dua
variabel yang dikaji berdasarkan adanya kaitan bererti
yang tunjukkan oleh pekali korelasi.
Terdapatnya kaitan yang bererti walau sebesar mana
nilainya ditunjukkan oleh pekali korelasi tidak
semestinya membolehkan penyelidik menyimpulkan
adanya hubungan sebab-musabab.
Pekali korelasi yang tinggi antara pendapatan negara
dengan pencapaian akademik pelajar tidak bermakna
pendapatan negara mempengaruhi pencapaian
pelajar.
Pekali yang tinggi di antara jumlah hujan yang turun
dalam bulan Disember dengan bilangan kes
penagihan najis dadah di kalangan pelajar tidak
bererti jumlah hujan turun menyebabkan pelajar
menagih najis dadah.
Hubungan seperti mi sering terjadi disebabkan faktor-
faktor lain selain daripada faktor-faktor yang dianggap
beroperasi oleh penyelidik
Hubungan korelasi spurious seperti ini biasanya
disebabkan kesan Hawthrone.
Penyelidik perlu berhati-hati apabila membuat
kesimpulan hubungan sebab-musabab.
Penyelidik perlu rasional dan logik apabila
mengatakan hubungan sebab-musabab.
JENIS-JENIS PEKALI KORELASI
Jenis-jenis pekali korelasi yang digunakan bergantung
kepada objektif penyelidikan serta jenis data yang
dikumpul.
 Peringkat-peringkat pengukuran variabel seperti
ukuran nominal, ukuran ordinal, ukuran sela dan
ukuran nisbah biasanya digunakan sebagai panduan
bagi pemilihan jenis-jenis pekali korelasi
Di antara jenis-jenis pekali korelasi termasuklah;-
 korelasi kontingensi
korelasi pangkat Spearman dan
korelasi hasil darab momen Pearson.

Terdapat juga kaedah-kaedah korelasi seperti korelasi


dwi-siri korelasi tetrakorik, korelasi mudah, korelasi
pelbagai dan korelasi separa.
KELEMAHAN KAJIAN
KORELASI
Antara kesilapan yang mungkin dilakukan oleh
pengkaji adalah, membuat andaian tentang punca dan
kesan terhadap pembolehh ubah yang dikaji.
Antara keburukan yang terdapat dalam penggunaan
kajian korelasi, ianya hanya memungkinkan
hubungkait antara dua pemboleh ubah sahaja.
Dalam kajian sains sosial banyak pemboleh ubah yang
boleh mempengaruhi sesuatu tingkah laku seseorang.
Kelemahan lain dalam ujian korelasi ini juga adalah
penggunaan indeks korelasi dalam ujian.
 Indeks korelasi hanya menerangkan kekuatan tetapi
tidak menerangkan tentang punca dan kesan.
Ini adalah disebabkan tiada kawalan keatas faktor-
faktor lain.
Oleh yang demikian kajian berbentuk korelasi adalah
bentuk kajian yang sesuai digunakan oleh sains tulen.
 Dalam kajian sains tulen, pemboleh ubah mudah
dikawal mengikut bentuk kajian pengkaji.
Berbanding dalam kajian sains sosial, banyak
pemboleh ubah yang tidak dapat dikawal mengikut
kehendak pengkaji.
 Ini disebabkan sifat dan sikap serta tingkahlaku yang
dikaji.
Sehubungan dengan itu, kajian korelasi ini juga tidak
dapat menunjukkan perbezaan yang persis dan jitu
terhadap pemboleh ubah-pemboleh ubah yang ada.
 Ini disebabkan manusia sebagi bahan kajian mudah
berubah dari segi sikap.
 Ini disebabkan pengaruh luar mahupun motivasi
dalaman seseorang itu.
Memandangkan wujudnya banyak variabel-variabel
dalam bidang pendidikan, kajian korelasi sangat
popular bagi menjelaskan fenomena pendidikan.
Kajian deskriptif berbentuk penerokaan biasanya
menggunakan kajian korelasi untuk mengenal pasti
variabel-variabel yang berkaitan dengan sesuatu
fenomena pendidikan.
 Kajian korelasi juga berfaedah bagi pembentukan
hipotesis penyelidikan.
Kaitan variasi antara variabel-variabel boleh ditentukan
dengan menggunakan pekali korelasi.
Pekali korelasi mengandungi dua unsur; tanda dan nilai
pekali.
 Tanda positif (+) menunjukkan perkadaran seiras
antara variasi dalam satu variabel dengan variasi dalam
satu lagi variabel yang dikaji.
Pekali positif antara jumlah masa belajar dengan
markah ujian sejarah menjelaskan kepada kita bahawa
sekiranya jumlah masa belajar bertambah, markah
yang diperoleh juga meningkat.
Sebaliknya, sekiranya jumlah masa belajar
mengurang, jumlah markah yang didapati juga
mengurang.
Pekali bertanda negatif pula menunjukkan
perkadaran songsang antara variasi pada kedua-dua
variabel yang berkait.

Sekiranya pekali antara pendapatan penjaga dengan


markah pelajar negatif, ini menunjukkan pelajar yang
mempunyai penjaga berpendapatan tinggi
memperoleh markah yang rendah dan pelajar yang
penjaganya berpendapatan rendah memperoleh
markah yang tinggi.
Nilai pekali menunjukkan keteguhan hubungan
antara dua variabel.
Nilai pekali mengandungi nilai-nilai di antara sifar
dengan 1.
Nilai pekali 1 menunjukkan hubungan variasi antara
variabel-variabel yang berkaitan adalah hubungan
sempurna.
 Hubungan sempurna menjelaskan kepada kita
bahawa sekiranya variasi satu variabel meningkat
sebanyak seunit, variasi satu lagi variabel yang berkait
juga meningkat sebanyak seunit.
Nilai pekali sifar menunjukkan tiada hubungan linear
antara satu variabel dengan variabel lain.
Hubungan antara dua variabel dikatakan lemah
apabila nilai pekali mendekati sifar dan dikatakan
teguh apabila nilai pekali menghampiri 1.
RUJUKAN
http://aboutresearch.blogspot.com/2010/10/kajian-
korelasi.html

You might also like