You are on page 1of 13

GARIS PANDUAN HIBURAN DALAM ISLAM - JAPIM

1. TUJUAN
Garis Panduan Hiburan Dalam Islam ini disediakan untuk memberi panduan kepada pihak yang terlibat dalam
industri hiburan merangkumi nyanyian, muzik, tarian dan lain-lain. Garis Panduan ini juga akan dijadikan rujukan
dan panduan kepada masyarakat awam yang menyertai persembahan rancangan hiburan.
2. PENDAHULUAN
2.1. Pada dasarnya Islam mengharuskan hiburan kerana ia menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan
manusia. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang
bermaksud:
“Sesungguhnya Abu Bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada orang
Ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang Ansar pada hari peperangan
Bu’ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu Bakar berkata, adakah di rumah nabi
ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah hari raya idul fitri. Rasulullah bersabda,
wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya dan ini adalah hari raya kita.” (Riwayat
Ibnu Majah)
Berdasarkan Hadis tersebut, nyatalah bahawa hiburan yang menghiburkan jiwa serta menenangkan hati
diharuskan oleh Islam. Ini dinyatakan oleh al-Syeikh Yusuf al-Qardhawi bahawa antara hiburan yang dapat
menghibur jiwa, menenangkan hati serta menyedapkan telinga adalah nyanyian. Hiburan nyanyian ini
diharuskan oleh Islam dengan syarat ia tidak dicampuri kata-kata kotor, keji atau yang boleh
memberangsangkan kepada perbuatan dosa. (al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, hal. 273).
2.2 Dalam membincang isu ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam
Malaysia dalam persidangan kali ke-2 pada 12 – 13 Mei 1981 telah membuat keputusan seperti
berikut:
a) Nyanyian yang senikatanya baik, tidak lucah, tidak biadap dan tidak mendorong
kepada maksiat[1], tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan
tidak membawa kepada fitnah[2] adalah harus;
b) Jika nyanyian senikatanya tidak baik, lucah, biadap, mendorong kepada maksiat,
bercampur gaul lelaki dengan perempuan dan membawa kepada fitnah maka
nyanyian itu adalah haram;
c) Pancaragam yang melalaikan[3] hukumnya haram;
d) Mendengar nyanyian dan pancaragam adalah harus dengan syarat senikatanya baik,
tidak lucah, tidak biadap, tidak bercampur lelaki dengan perempuan dalam
keadaan yang tidak menimbulkan fitnah; dan
e) Menyanyi untuk menimbulkan semangat jihad adalah harus.
3.2 Takrif
3.2.1 Hiburan
          Maksud hiburan ialah sesuatu (perbuatan, benda dll) untuk menghiburkan (menyenangkan,
mententeramkan) hati. (Kamus Dewan).
3.2.2 Nyanyian
                  Maksud nyanyian ialah gubahan muzik yang dilagukan dengan suara. (Kamus Dewan).
3.2.3 Muzik
Maksud muzik ialah gubahan bunyi untuk memperoleh keindahan bentuk dan pernyataan
perasaan. (Kamus Dewan).
3.2.4 Tarian
Maksud tarian ialah gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik.
(Kamus Dewan).
4. GARIS PANDUAN
Garis panduan yang memisahkan sama ada hiburan itu boleh atau sebaliknya menurut Islam adalah
sejauh mana hiburan tersebut mencapai maksud dan prinsip Islam yang menekankan ke arah
kesejahteraan umat manusia. Antara garis panduan tersebut adalah seperti berikut;
a) Program Hiburan
i. Bermatlamatkan kebaikan dan kesejahteraan.
ii. Diadakan di tempat yang bersesuaian supaya tidak mengganggu ketenteraman awam dan
orang ramai.
iii. Mengambilkira masa yang bersesuaian dengan sensitiviti masyarakat dan ajaran Islam.
iv. Tidak disertai oleh perbuatan-perbuatan haram atau maksiat.
v. Tidak mengandungi acara yang bersifat provokasi yang boleh menimbulkan sikap prejudis atau
permusuhan.
vi. Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan atau penyembahan yang bertentangan dengan
ajaran Islam.
b) Persembahan Muzik
i. Tidak menimbulkan gerakgeri liar.
ii. Tidak mendorong kepada perbuatan maksiat.
iii. Tidak melalaikan.
c) Lirik
i. Kalimah syahadah dalam bahasa Arab hendaklah disempurnakan.
ii. Tidak mengandungi sebutan yang boleh membangkitkan nafsu syahwat, perkataan lucah,
menggambarkan arak, dan memberi perangsang melakukan dosa.
iii. Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan kepada makhluk dan peribadi.
iv. Tidak mengandungi ungkapan-ungkapan yang melanggar adab kesopanan dalam Islam.
v. Tidak mengandungi ungkapan yang melanggar akidah dan syariat Islam.
vi. Tidak mengandungi unsur mengutuk nasib dan lucah.
vii. Tidak mengandungi unsur menghina, mengaib, mencaci, memfitnah dan seumpamanya.
viii. Tidak boleh menjadikan teks al-Quran sebagai lirik.
d) Persembahan Artis
i. Berinteraksi dengan penonton secara sopan dan disertai kata-kata yang boleh membina nilai-
nilai kemanusiaan.
ii. Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada
eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.
iii. Tidak melakukan gerak geri dan perkataan yang boleh menimbulkan perasaan yang
mendorong kepada maksiat dan menghina Islam.
iv. Tidak mengucapkan kata-kata yang menggalakkan perbuatan maksiat atau menghina agama
Islam.
e) Persembahan Tarian
i. Berpakaian kemas, sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada
eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak Islam.
ii. Gerak tari yang dipersembahkan tidak menimbulkan fitnah.
iii. Tidak berlaku percampuran antara lelaki dengan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah.
iv. Tidak bertujuan pemujaan atau penyembahan.
v. Tidak dipersembahkan dengan gaya yang memberahikan.
f) Tanggungjawab Penganjur
Penganjur hendaklah mempastikan acara hiburan yang dianjurkan menepati garis panduan yang telah
disediakan.
5. Kesimpulan
Garis Panduan ini diharap memberikan panduan kepada pihak yang terlibat dalam industri hiburan. Ia
juga dijadikan usaha untuk mewujudkan masyarakat yang dapat mengamal dan menikmati hiburan
berteraskan nilai-nilai akhlak dan syariat Islam.
BLOG UTM

Oleh : Nur Sabrina Binti Risman

Antara matlamat utama manusia ini diciptakan oleh Allah s.w.t adalah untuk mengabdikan diri kepada Nya seperti
yang firmankan oleh Allah dalam surah Az Zariyyat ayat 56 yang bermaksud:

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat
kepadaKu"

Islam adalah satu cara hidup yang sangat meraikan dan tidak pernah sekali-kali menyekat naluri fitrah manusia
termasuklah berhibur dan berseni seperti mendengar muzik, bunyi-bunyian dan tarian asalkan sahaja hiburan itu
tidak menyalahi
hukum-hukum syara'.Syaitan selalunya mengambil peluang dari hiburan yang melalaikan untuk menyesatkan dan
melaghokan manusia. Allah SWT berfirman dalam surah Al Luqman ayat 6 yang bermaksud :

"Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-
perkara hiburan yang melalaikan; yang bertujuan menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan
tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-
ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan".

Hiburan dan nyanyian yang harus dalam Islam adalah sesuatu yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia,
menghibur dan memberikan ketenangan kepada jiwa di samping mematuhi adab-adab Islam. Ini menuntut
kesedaran yang tinggi dari setiap Muslim supaya membentuk hiburan tersendiri dan terpisah daripada pengaruh
jahat Kuffar. Sebarang percubaan Kuffar untuk menghanyutkan umat Islam ke arah kemaksiatan, kemudharatan
dan kefasikan mestilah dihalang sesuai dengan penetapan dan susur galur Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Seni tarian juga turut menjadi sebahagian daripada hiburan masa kini malah menjadi amalan sejak zaman
Jahiliyyah lagi. Seni tarian dilakukan dengan menggerakkan tubuh secara berirama dan diiringi dengan muzik-muzik
tertentu. Namun, apakah pandangan syara' terhadap seni tarian ini? Apabila kita merujuk kepada fatwa yang telah
dikeluarkan di dalam Fataawa Al-Azhar, kita akan mendapati keterangan-keterangan seperti berikut: Antara intisari
yang dapat disimpulkan :

1.Pergerakan dan permainan perempuan yang terbuka kepada khalayak boleh menimbulkan fitnah dan hukumnya
haram.

2.Perempuan haram menari walaupun dengan suaminya sendiri dikhalayak ramai dan termasuk didalam kumpulan
yang melakukan dosa.

3.Keadaan seperti ini adalah satu perkara yang tidak boleh dipertikaikan lagi dan tidak memerlukan kepada dalil
yang jelas bahkan ia boleh difikirkan secara akal sahaja.

4.Sesiapa yang meredhai perbuatan tersebut samada hadir ataupun tidak maka ia adalah maksiat.

Oleh itu, Lujnah Sukan dan Kebudayaan PMIUTM terpanggil untuk meletakkan beberapa garis panduan hiburan
sesuai dengan kehendak Islam:
1- Hendaklah dipastikan muzik / lagu / skrip yang tidak mempunyai perkataan yang boleh membawa ke arah
bertentangan dengan aqidah seperti menyalahi syariat Allah SWT, memburuk-burukkan Rasulullah
SAW,melekehkan para sahabat, meragui hari kiamat dan pembalasan dosa pahala juga tiada unsur memuja atau
taksub kepada wanita.

2- Suatu persembahan yang dijalankan hendaklah tidak berlebih-lebihan sehingga hak-hak Allah dan kewajipan
yang lain terabai seperti menunaikan ibadah, hak mencari dan memberi nafkah, menuntut ilmu dan sebagainya.
Maka apabila berlaku sedemikian, ia adalah dikategorikan sebagai lagho dan sia-sia. Oleh itu, ia hendaklah dijauhi
berdasarkan firman Allah s.w.t. dalam surah al-Qasas ayat 55 :

“Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia (lagha), mereka berpaling daripadanya.."

3- Hendaklah dipastikan tiada percampuran di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tanpa sekatan dan had
hingga membawa kepada bersentuhan antara lelaki wanita ajnabi, tiada majlis tari-menari, tidak berlakunya
lakonan-lakonan liar dan seumpamanya.

4- Orang yang melakukan persembahan tersebut hendaklah dari kalangan lelaki jika penontonya adalah lelaki dan
wanita manakala jika persembahan itu tertutup dan semua yang berkait dengannya adalah wanita maka
dibolehkan persembahan tersebut dari kalangan wanita. Ini adalah bagi mengelak segala fitnah dan punca
kerosakan dari suara wanita dan pergerakan manja dan mengghairahkan.

Daripada Abu Malik al-Asy'ari daripada Nabi saw bersabda; “Sesungguhnya sebahagian daripada umatku akan
meminum arak dan menamakannya dengan bukan nama asalnya dan dialunkan muzik kepada mereka dan
dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi perempuan. Allah akan membenamkan mereka ke dalam perut bumi dan Allah
akan menjadikan mereka kera dan khinzir.”~hadis riwayat ibnu majah~

5- Penyanyi, pembuat persembahan dan penonton yang hadir hendaklah menjaga auratnya, tidak melakukan
gerak badan yang memberahikan, sekalipun lagu dan senikata yang disampaikan adalah baik, dalam keadaan ini
ianya tetap menjadi haram.Sabda Nabi s.a.w. :

“Sebahagian dari penghuni neraka ialah perempuan yang memakai pakaian yang solah telanjang, pakaian yang
sesat dan menyesatkan. Mereka tidak masuk ke syurga dan tidak mencium baunya.” ~hadis riwayat Muslim~

Islam mengharamkan menampakkan susuh tubuh dibahagian dada dan pinggul,maka terlebih teruk dari itu apabila
disertai dengan pergerakan yang gemalai dan membawa kepada fitnah. Maka menjadi tanggungjawab bagi kita
semua untuk menjadikan setiap aktiviti kita termasuk berhibur sentiasa berada di dalam ruang lingkup ibadah
kepada Allah s.w.t. Diharapkan kita semua semua sentiasa berada dalam petunjuk dan pimpinan Allah s.w.t.

*Penulis merupakan Timbalan Pengerusi Lujnah Sukan Dan Kebudayaan PMIUTM sesi 2009/2010
HARAM DAN HALAL DLM ISLAM-YUSUF QARDAWI

4.3.4.9 Menyanyi dan Muzik

Di antara hiburan yang dapat menghibur jiwa dan menenangkan hati serta mengenakkan telinga, ialah nyanyian.
Hal ini dibolehkan oleh Islam, selama tidak dicampuri omong kotor, cabul dan yang kiranya dapat mengarah
kepada perbuatan dosa. Dan tidak salah pula kalau disertainya dengan muzik yang tidak membangkitkan nafsu.
Bahkan disunatkan dalam situasi gembira, guna melahirkan perasaan riang dan menghibur hati, seperti pada hari
raya, perkawinan, kedatangan orang yang sudah lama tidak datang, saat walimah, aqiqah dan di waktu lahirnya
seorang bayi.

Dalam hadis diterangkan:

"Dari Aisyah r.a, bahwa ketika dia menghantar pengantin perempuan ke tempat laki-laki Ansar, maka Nabi
bertanya: Hai Aisyah! Apakah mereka ini disertai dengan suatu hiburan? Sebab orang-orang Ansar gemar sekali
terhadap hiburan." (Riwayat Bukhari)

Dan diriwayatkan pula:

"Dari Ibnu Abbas r.a. ia berkata: Aisyah pernah mengawinkan salah seorang kerabatnya dengan Ansar, kemudian
Rasulullah s.a.w. datang dan bertanya: Apakah akan kamu hadiahkan seorang gadis itu? Mereka menjawab: Betul!
Rasulullah s.a.w. bertanya lagi. Apakah kamu kirim bersamanya orang yang akan menyanyi? Aisyah menjawab:
Tidak! Kemudian Rasulllah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya orang-orang Ansar adalah suatu kaum yang merayu.
Oleh karena itu alangkah baiknya kalau kamu kirim bersama dia itu seorang yang mengatakan: kami datang, kami
datang, selamat datang kami, selamat datang kamul" (Riwayat Ibnu Majah)

"Dan dari Aisyah r.a. sesungguhnya Abubakar pernah masuk kepadanya, sedang di sampingnya ada dua gadis yang
sedang menyanyi dan memukul gendang pada hari Mina (Idul Adha), sedang Nabi s.a.w. menutup wajahnya
dengan pakaiannya, maka diusirlah dua gadis itu oleh Abubakar. Lantas Nabi membuka wajahnya dan berkata
kepada Abubakar Biarkanlah mereka itu hai Abubakar, sebab hari ini adalah hari raya (hari bersenang-senang)."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Imam Ghazali dalam Ihya'nya27 setelah membawakan beberapa hadis tentang bernyanyinya dua orang gadis itu,
permainannya orang-orang Habasyah di dalam masjid Nabawi yang didukungnya oleh Nabi dengan kata-katanya:
karena kamu, aku melihat hai Bani Arfidah, dan perkataan Nabi kepada Aisyah: engkau senang ya Aisyah melihat
permainan ini; dan berdirinya Nabi bersama Aisyah sehingga dia sendiri yang bosan serta permainan Aisyah
dengan boneka bersama kawan-kawannya itu, kemudian Ghazali berkata: Bahwa hadis-hadis ini semua tersebut
dalam Bukhari dan Muslim dan merupakan nas yang tegas, bahwa nyanyian dan permainan, bukanlah haram. Dan
dari situ juga menunjukkan dibolehkannya bermacam-macam permainan:

1. Bermain anggar sebagaimana yang biasa dilakukan oleh orang-orang Habasyah.


2. Permainan boleh dilakukan di masjid.
3. Sabda Nabi kepada orang-orang Habasyah: karenamu aku melihat hai Bani Arfidah, adalah suatu perintah
dan anjuran untuk bermain. Oleh karena itu bagaimana mungkin permainan itu diharamkannya?
4. Dilarangnya Abubakar dan Umar dengan alasan, bahwa hari itu adalah hari raya dan hari gembira, sedang
bernyanyi adalah salah satu daripada jalan untuk bergembira.
5. Berdirinya Nabi yang begitu lama sambil menyaksikan dan mendengarkan nyanyian yang disetujui Aisyah,
adalah cukup sebagai bukti, bahwa metode yang baik untuk menghaluskan budi perempuan dan anak-
anak dengan cara menyaksikan permainan adalah lebih baik daripada kekasaran ruhud dan
berkekurangan dalam suasana terhalang dan dihalang.
6. Perkataan Nabi kepada Aisyah yang didahului dengan kalimat bertanya: senangkah kamu untuk melihat?
7. Perkenan untuk menyanyi dan memukul rebana dari dua anak gadis itu dan seterusnya, seperti yang
dituturkan al-Ghazali dalam Kitabus Sama' (fasal mendengar). Dan dari beberapa sahabat dan tabi'in
diriwayatkan, bahwa mereka itu pernah mendengarkan nyanyian, sedang mereka tidak menganggapnya
suatu perbuatan dosa.

Adapun hadis-hadis Nabi yang melarang nyanyian, semuanya ada cacat, tidak ada satupun yang selamat dari
celaan oleh kalangan ahli hadis, seperti kata al-Qadhi Abubakar bin al-Arabi: "Tidak ada satupun hadis yang sah
yang berhubungan dengan diharamkannya nyanyian."

Dan berkata pula Ibnu Hazm: "Semua hadis yang menerangkan tentang haramnya nyanyian adalah batil dan
palsu."

Banyak sekali nyanyian-nyanyian dan muzik yang disertai dengan perbuatan berlebih-lebihan, minum-minum arak
dan perbuatan-perbuatan haram. Itulah yang kemudian oleh ulama-ulama dianggapnya haram atau makruh.

Sebagian mereka ada yang ;nengatakan: bahwa sesungguhnya nyanyian itu termasuk lahwul hadis (omongan yang
dapat melalaikan) sebagai yang dimaksud dalam firman Allah:

"Di antara manusia ada yang membeli omongan yang dapat melalaikan untuk menyesatkan (orang) dari jalan Allah
tanpa disadari, dan dijadikannya sebaqai permainan. Mereka itu kelak akan mendapat siksaan yang hina."
(Luqman: 6)

Ibnu Hazm berkata: "Ayat tersebut menyebutkan suatu sifat yang barangsiapa mengerjakannya bisa menjadi kafir
tanpa diperselisihkan lagi, yaitu apabila dia menjadikan agama Allah sebagai permainan. Oleh karena itu jika dia
membeli sebuah al-Quran untuk dijadikan ayat guna menyesatkan orang banyak dan dijadikannya sebagai
permainan, maka jelas dia adalah kafir. Inilah yang dicela Allah s.w.t. Samasekali Allah tidak mencela orang-orang
yang membeli lahwal hadis itu sendiri yang bisa dipakai untuk hiburan dan menggembirakan hati, bukan untuk
menyesatkan orang dari jalan Allah."

Selanjutnya Ibnu Hazm menolak anggapan orang yang mengatakan; bahwa nyanyian itu sama sekali tidak dapat
dibenarkan, dan termasuk suatu kesesatan, seperti firman Allah.

"Tidak ada lain sesudah hak kecuali kesesatan." (Yunus: 32)

Maka kata Ibnu Hazm: Rasulullah s.a.w. pernah bersabda

"Sesungguhnya semua perbuatan itu harus disertai dengan niat dan tiap-tiap orang akan dinilai menurut niatnya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jadi barangsiapa mendengarkan nyanyian dengan niat untuk membantu bermaksiat kepada Allah, maka jelas dia
adalah fasik --termasuk semua hal selain nyanyian. Dan barangsiapa berniat untuk menghibur hati supaya dengan
demikian dia mampu berbakti kepada Allah dan tangkas dalam berbuat kebajikan, maka dia adalah orang yang taat
dan berbuat baik dan perbuatannya pun termasuk perbuatan yang benar. Dan barangsiapa tidak berniat untuk taat
kepada Allah dan tidak juga untuk bermaksiat, maka perbuatannya itu dianggap main-main saja yang dibolehkan,
seperti halnya seorang pergi ke kebun untuk berlibur, dan seperti orang yang duduk-duduk di depan sofa sekedar
melihat-lihat, dan seperti orang yang mengkelir bajunya dengan warna ungu, hijau dan sebagainya.

Namun di situ ada beberapa ikatan yang harus kita perhatikan sehubungan dengan masalah nyanyian ini, yaitu:

1. Nyanyian itu harus diperuntukkan buat sesuatu yang tidak bertentangan dengan etika dan ajaran Islam. Oleh
karena itu kalau nyanyian-nyanyian tersebut penuh dengan pujian-pujian terhadap arak dan menganjurkan orang
supaya minum arak, misalnya, maka menyanyikan lagu tersebut hukumnya haram, dan si pendengarnya pun
haram juga. Begitulah nyanyian-nyanyian lain yang dapat dipersamakan dengan itu.

2. Mungkin subyek nyanyian itu sendiri tidak menghilangkan pengarahan Islam, tetapi cara menyanyikan yang
dilakukan oleh si penyanyi itu beralih dari lingkungan halal kepada I;ngkungan haram, misalnya lenggang gaya
dengan suatu kesengajaan yang dapat membangkitkan nafsu dan menimbulkan fitnah dan perbuatan cabul.

3. Sebagaimana agama akan selalu memberantas sikap berlebih-lebihan dan kesombongan dalam segala hal
sampai pun dalam beribadah, maka begitu juga halnya berlebih-lebihan dalam hiburan dan menghabiskan waktu
untuk berhibur, padahal waktu itu sendiri adalah berarti hidup!

Tidak dapat diragukan lagi, bahwa berlebih-lebihan dalam masalah yang mubah dapat menghabiskan waktu untuk
melaksanakan kewajiban-kewajiban. Maka tepatlah kata ahli hikmah: "Tidak pernah saya melihat suatu perbuatan
yang berlebih-lebihan, melainkan di balik itu ada suatu kewajiban yang terbuang."

4. Tinggal ada beberapa hal yang seharusnya setiap pendengarnya itu sendiri yang memberitahu kepada dirinya
sendiri, yaitu apabila nyanyian atau satu macam nyanyian itu dapat membangkitkan nafsu dan menimbulkan fitnah
serta nafsu kebinatangannya itu dapat mengalahkan segi rohaniahnya, maka dia harus menjauhi nyanyian tersebut
dan dia harus menutup pintu yang dari situlah angin fitnah akan menghembus, demi melindungi hatinya,
agamanya dan budi luhurnya. Sehingga dengan demikian dia dapat tenang dan gembira.

5. Di antara yang sudah disepakati, bahwa nyanyian yang disertai dengan perbuatan-perbuatan haram lainnya
seperti: di persidangan arak, dicampur dengan perbuatan cabul dan maksiat, maka di sinilah yang oleh Rasulullah
s.a.w. pelakunya, dan pendengarnya diancam dengan siksaan yang sangat, yaitu sebagaimana sabda beliau:

"Sungguh akan ada beberapa orang dari ummatku yang minum arak, mereka namakan dengan nama lain, kepala
mereka itu bisa dilalaikan dengan bunyi-bunyian dan nyanyian-nyanyian, maka Allah akan tenggelamkan mereka
itu kedalam bumi dan akan menjadikan mereka itu seperti kera dan babi." (Riwayat Ibnu Majah)

Bukan merupakan kelaziman kalau mereka itu dirombak bentuk dan potongannya, tetapi apa yang dimaksud
dirombak jiwanya dan rohnya. Bentuknya bentuk manusia tetapi jiwanya, jiwa kera dan rohnya roh babi.

KENYATAAN LAJNAH DAKWAH

Antara matlamat utama manusia ini diciptakan oleh Allah s.w.t adalah untuk mengabdikan diri kepada Nya seperti
yang firmankan oleh Allah dalam surah Az Zariyyat ayat 56 yang bermaksud:

‫وما خلقت الجن واإلنس إال ليعبدون‬

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat
kepadaKu"

Islam adalah satu cara hidup yang sangat meraikan dan tidak pernah sekali-kali menyekat naluri fitrah manusia
termasuklah berhibur dan berseni seperti mendengar muzik, bunyi-bunyian dan tarian asalkan sahaja hiburan itu
tidak menyalahi hukum-hukum syara'. Syaitan selalunya mengambil peluang dari hiburan yang melalaikan untuk
menyesatkan dan melaghokan manusia.

Allah SWT berfirman dalam surah Al Luqman ayat 6 yang bermaksud :


‫ومن الناس من يشترى لهو الحديث ليضل عن سبيل هللا بغير علم ويتخذها) هزوا أولئك لهم عذاب مهين‬

"Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan
perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang bertujuan menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama
Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu
sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan".

Hiburan dan nyanyian yang harus dalam Islam adalah sesuatu yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia,
menghibur dan memberikan ketenangan kepada jiwa di samping mematuhi adab-adab Islam. Ini menuntut
kesedaran yang tinggi dari setiap Muslim supaya membentuk hiburan tersendiri dan terpisah daripada pengaruh
jahat Kuffar. Sebarang percubaan Kuffar untuk menghanyutkan umat Islam ke arah kemaksiatan, kemudharatan
dan kefasikan mestilah dihalang sesuai dengan penetapan dan susur galur Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Seni tarian juga turut menjadi sebahagian daripada hiburan masa kini malah menjadi amalan sejak zaman
Jahiliyyah lagi. Seni tarian dilakukan dengan menggerakkan tubuh secara berirama dan diiringi dengan muzik-muzik
tertentu. Namun, apakah pandangan syara' terhadap seni tarian ini? Apabila kita merujuk kepada fatwa yang telah
dikeluarkan di dalam Fataawa Al-Azhar, kita akan mendapati keterangan-keterangan seperti berikut:

‫ كرياضة الرقص من النساء حين تعرض على الجماهير‬، ‫ال يرضى عن األلعاب التى تثير الشهوة وتحدث الفتنة‬

‫كما أن الرجل الذى يرقص مع امرأته على مرأى من الناس مرتكب لهذا األثم ولهذه المعصية وفاسق بذلك ظالم لنفسه مجترىء على ربه مستحق‬
‫للعقوبة المذكورة‬

‫وهذه قضايا) معلومة بداهة من الدين ال تحتاج إلى إقامة برهان عليها ومن يرضى بها سواء أكان حاضرا وقت ارتكابها أم لم يكن حاضرا آثم كذلك ألن‬
‫الرضا بالمعصية معصية كما أن الرضا بالكفر كفر‬

Antara intisari yang dapat disimpulkan :


1. Pergerakan dan permainan perempuan yang terbuka kepada khalayak boleh menimbulkan fitnah dan hukumnya
haram.
2. Perempuan haram menari walaupun dengan suaminya sendiri dikhalayak ramai dan termasuk didalam
kumpulan yang melakukan dosa.
3. Keadaan seperti ini adalah satu perkara yang tidak boleh dipertikaikan lagi dan tidak memerlukan kepada dalil
yang jelas bahkan ia boleh difikirkan secara akal sahaja.
4. Sesiapa yang meredhai perbuatan tersebut samada hadir ataupun tidak maka ia adalah maksiat.

Oleh itu, Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM terpanggil untuk meletakkan beberapa garis panduan
hiburan sesuai dengan kehendak Islam:

1- Hendaklah dipastikan muzik / lagu / skrip yang tidak mempunyai perkataan yang boleh membawa ke arah
bertentangan dengan aqidah seperti menyalahi syariat Allah SWT, memburuk-burukkan Rasulullah SAW,
melekehkan para sahabat, meragui hari kiamat dan pembalasan dosa pahala juga tiada unsur memuja atau taksub
kepada wanita.

2- Suatu persembahan yang dijalankan hendaklah tidak berlebih-lebihan sehingga hak-hak Allah dan kewajipan
yang lain terabai seperti menunaikan ibadah, hak mencari dan memberi nafkah, menuntut ilmu dan sebagainya.
Maka apabila berlaku sedemikian, ia adalah dikategorikan sebagai lagho dan sia-sia. Oleh itu, ia hendaklah dijauhi
berdasarkan firman Allah s.w.t. dalam surah al-Qasas ayat 55 :

‫وإذا سمعوا اللغو اعرضوا عنه‬


:Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia (lagha), mereka berpaling daripadanya.."

3- Hendaklah dipastikan tiada percampuran di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tanpa sekatan dan had
hingga membawa kepada bersentuhan antara lelaki wanita ajnabi, tiada majlis tari-menari, tidak berlakunya
lakonan-lakonan liar dan seumpamanya.

4- Orang yang melakukan persembahan tersebut hendaklah dari kalangan lelaki jika penontonya adalah lelaki dan
wanita manakala jika persembahan itu tertutup dan semua yang berkait dengannya adalah wanita maka
dibolehkan persembahan tersebut dari kalangan wanita. Ini adalah bagi mengelak segala fitnah dan punca
kerosakan dari suara wanita dan pergerakan manja dan mengghairahkan.

Rasulullah SAW juga bersabda :


‫ قال رسول هللا صلى هللا عليه وسلم ليشربن الناس من امتي الخمر يسمونها بغير اسمها يعزف على رؤوسهم بالمعازف‬،‫عن أبي مالك األشعري قال‬
‫والمغنيات يخسف هللا بعم االرض ويجعل منهم القردة) والخنازير‬.

Daripada Abu Malik al-Asy'ari daripada Nabi saw bersabda; Sesungguhnya sebahagian daripada umatku akan
meminum arak dan menamakannya dengan bukan nama asalnya dan dialunkan muzik kepada mereka dan
dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi perempuan. Allah akan membenamkan mereka ke dalam perut bumi dan Allah
akan menjadikan mereka kera dan khinzir.~hadis riwayat ibnu majah~

5- Penyanyi, pembuat persembahan dan penonton yang hadir hendaklah menjaga auratnya, tidak melakukan
gerak badan yang memberahikan, sekalipun lagu dan senikata yang disampaikan adalah baik, dalam keadaan ini
ianya tetap menjadi haram.

Sabda Nabi s.a.w. :

)‫إن من أهل النار نساء كاسيات عاريات مائالت مميالت ال يدخلن الجنة وال يجدن ريحها‬

Sebahagian dari penghuni neraka ialah perempuan yang memakai pakaian yang solah telanjang, pakaian yang
sesat dan menyesatkan. Mereka tidak masuk ke syurga dan tidak mencium baunya. ~hadis riwayat Muslim~

Islam mengharamkan menampakkan susuh tubuh dibahagian dada dan pinggul,maka terlebih teruk dari itu apabila
disertai dengan pergerakan yang gemalai dan membawa kepada fitnah.

Maka menjadi tanggungjawab bagi para azhari untuk menjadikan setiap aktiviti kita termasuk berhibur sentiasa
berada di dalam ruang lingkup ibadah kepada Allah s.w.t. Siapa lagi yang perlu beramal dengan agama kalau tidak
golongan agamawan. Diharapkan kita semua semua sentiasa berada dalam petunjuk dan pimpinan Allah s.w.t.

Mohd Azrul Ismail


Naib Presiden I,

Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM 2009


Apabila Dunia Hiburan Kita Terbabas
Disiarkan pada Jun 24, 2007 dalam kategori Komen & Pendapat |

Islam tidak jumud sehingga menjadikan hidup ini kaku dan tidak ada langsung rempah-ratus kehidupan yang
diselang-seli oleh hiburan dan keseronokan dengan kadar yang tidak melampaui batas sehingga boleh
menghilangkan matlamat hidup yang sebenar.

RAMAI wartawan menghubungi saya bertanya pendapat tentang beberapa tindakan artis kita yang menimbulkan
berbagai-bagai kontroversi. Saya menangguhkan jawapan terhadap kebanyakan soalan itu bimbang nanti
disalahtafsirkan. Biar saya sendiri yang menulisnya agar lebih jelas maksud saya.

Sebelum saya pergi lebih jauh, wajar dijelaskan terlebih dahulu bahawa saya bukan antihiburan atau seni.
Sebabnya, Islam itu bukan agama antihiburan dan seni. Cuma setiap perkara dalam Islam, ada batasan dan
disiplinnya.

Dalam sahih al-Bukhari, al-Rubaiyi’ binti Mu’awwiz menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. datang ke majlis
perkahwinannya dan mendengar beberapa orang gadis memukul kompang dan menyanyikan lagu kesedihan
mengenang bapa mereka yang terbunuh semasa Peperangan Badar sehingga salah seorang daripada mereka
berkata: “Di sisi kami ada nabi yang mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok.” Baginda bersabda: Jangan
engkau kata begitu, katalah apa yang engkau katakan sebelum itu.

Dalam hadis tersebut baginda tidak melarang hiburan pada hari keramaian seperti perkahwinan. Cuma baginda
melarang ungkapan atau lirik yang salah. Hanya yang mengetahui apa yang akan berlaku esok hari ialah Allah.
Maka baginda membetulkannya.

Baginda bertindak bagaikan lembaga penapisan dan penilaian seni atau hiburan agar tidak menyanggahi batasan
agama yang murni ini.

Islam tidak jumud sehingga menjadikan hidup ini kaku dan tidak ada langsung rempah-ratus kehidupan yang
diselang-seli oleh hiburan dan keseronokan dengan kadar yang tidak melampaui batas sehingga boleh
menghilangkan matlamat hidup yang sebenar.

Dalam riwayat al-Bukhari juga daripada Aisyah bahawa seorang wanita berkahwin dengan lelaki Ansar, maka
baginda bersabda: Wahai Aisyah! Mengapakah tiada bersama kamu hiburan? Orang Ansar sukakan hiburan. Dalam
hadis yang bertaraf ‘hasan’ yang diriwayatkan oleh al-Nasai dan al-Tirmizi, baginda bersabda: Perbezaan antara
yang halal dan yang haram adalah kompang dan suara dalam perkahwinan. Maksudnya perkahwinan yang halal
dilakukan secara terbuka dan diisytiharkan. Berbeza dengan perzinaan.

Kegembiraan pada hari perkahwinan dizahirkan secara nyata dengan hiburan kompang atau alatan yang lain dan
suara. Suara di sini ada yang mentafsirkannya sebagai iklan pernikahan. Juga boleh ditafsirkan sebagai nyanyian
seperti hadis al-Bukhari sebelum ini.

*Masjid

Bahkan baginda mengizinkan pertunjukan yang menghiburkan di masjid sekalipun. Ini seperti hadis al-Bukhari. Kata
Aisyah r.a: “Suatu hari Rasulullah s.a.w. berada di pintu bilikku, ketika itu orang-

orang Habsyah sedang bermain di dalam masjid. Baginda melindungiku dengan selendangnya agar aku dapat
melihat kepada permainan mereka. Kemudian baginda bangun keranaku sehingga aku beredar (bosan). Kamu
andaikan kadar seorang anak gadis yang muda yang berminat dengan hiburan.”
Hadis-hadis ini menunjukkan keizinan Islam untuk penganutnya menikmati hiburan dengan batasan yang
ditetapkan. Ini kerana hidup yang diciptakan Allah akan menempuh berbagai-bagai situasi dan keadaan.
Kadangkala ia memerlukan kerehatan dengan hiburan yang berprinsip bagi membantu melegakan ketegangan
urusan hidup. Juga hiburan membantu memeriahkan acara yang patut dihidupkan suasana kegembiraan seperti
perkahwinan atau Hari Raya.

Di samping itu, ada pula insan lain yang tidak memerlukan itu semua. Maka hiburan bukan suatu kemestian tetapi
suatu keizinan dan peluang untuk insan. Atau paling tinggi suatu galakan Nabi untuk suasana tertentu. Justeru,
hiburan bukan fokus utama dalam masyarakat Islam. Ini kerana, hiburan jika berlebih-lebihan maka ia akan
mengganggu tumpuan hidup umat yang agung iaitu menjadi khalifah dengan membina tamadun yang
bertunjangkan akidah dan pengabdian diri kepada Allah dan membawa rahmat untuk manusia sejagat.

Keizinan Nabi untuk para sahabat menikmati hiburan dengan kadar yang munasabah tidak pernah mengganggu
mereka membawa misi agung yang disebut oleh Rib’i bin Amir di hadapan angkatan tentera Parsi: “Allah yang
membangkitkan kami agar kami mengeluarkan sesiapa yang dikehendaki-Nya dari pengabdian sesama hamba
menuju pengabdian kepada Allah, dari kekejaman agama-agama kepada keadilan Islam, dari dunia yang sempit
kepada keluasan dunia dan akhirat.”

Malangnya, apa yang kelihatan dalam masyarakat Muslim kita, hiburan yang merupakan keizinan untuk
meredakan ketegangan urusan hidup atau sebagai peluang menikmati keseronokan telah dijadikan fokus utama
dalam kehidupan. Media seakan mengajak generasi kita menumpukan sepenuhnya kemampuan diri untuk
berlumba-lumba di bidang hiburan. Sehingga jika dilihat kepada media elektronik dan cetak, seakan tidak ada
agenda lain yang lebih utama dalam kehidupan generasi baru dari berhibur dan berseronok sepanjang masa.

Hiburan yang diizinkan dengan kadar yang munasabah telah menjadi candu dan barah yang membunuh tumpuan
remaja dan para pemuda untuk membina tamadun secara bermaruah dan merdeka.

Lebih buruk lagi, kebanyakan hiburan yang disebarkan itu bukan sahaja tidak mempunyai nilai kesopanan dan
tamadun, bahkan sebahagian adalah lambang keruntuhan akhlak dan ketidakmerdekaan jiwa. Sebahagian yang
melibatkan diri dalam dunia hiburan itu; kisah, pakaian, bahasa dan gaya mereka bukan sahaja tidak
memperlihatkan kematangan dan tamadun, bahkan menonjolkan ciri-ciri kebodohan diri. Lihat sahaja sesetengah
adegan lawak jenaka zaman kita atau aksi sesetengah artis.

Di samping itu, acuan atau reka bentuk hiburan itu sendiri gagal menunjukkan jati diri umat yang mempunyai
tamadun dan budaya yang tersendiri. Lihat sahaja nama-nama program realiti hiburan yang ditampilkan,
kebanyakannya melambangkan jiwa yang tidak merdeka yang menceduk dari reka bentuk sehingga ke nama
program pun tidak mampu diubah.

Para penggiat hiburan, ramai yang menjadikan Barat kayu ukur dalam kegiatan mereka. Maka sehingga ada yang
merasai gelagat buruk artis Barat sama ada Paris Hilton atau Britney Spears atau seumpama mereka mempunyai
nilai seni yang tersendiri.

Mereka lupa bahawa Barat sedang mengalami keruntuhan moral yang parah disebabkan para artisnya. Nilai-nilai
buruk dan hodoh telah bertukar menjadi sesuatu yang normal dalam kehidupan mereka sehingga merosakkan
ikatan keluarga, budaya asal mereka bahkan agama mereka sendiri. Para artis mereka adalah lambang dan
penyumbang kepada keruntuhan tersebut.

Namun Barat masih mempunyai beberapa kelebihan. Antaranya mereka telah berjaya membina tamadun
kebendaan yang hebat yang menjadikan mereka dipandang megah oleh dunia. Maka kecuaian muda- mudi mereka
masih dapat ditampung dengan tamadun kebendaan yang telah mereka bina. Untuk mereka melangsungkan apa
yang sudah mantap tidaklah begitu sukar.
Juga, aktiviti hiburan mereka telah membawa pulangan ekonomi yang tinggi. Ini kerana, dunia lain memandang
tinggi jenama mereka dan sanggup membayar harga untuk menikmati hiburan mereka. Adapun kita, belum
berjaya membina tamadun kebendaan, mahupun budaya seperti mereka. Lebih malang lagi, kegiatan seni kita
lebih banyak membazirkan wang bangsa sendiri dan gagal menghasilkan pulangan ekonomi untuk negara.

Dalam keadaan kita yang dilanda berbagai-bagai masalah yang gagal diselesaikan dengan kadar yang selesa;
dadah, kerosakan akhlak, gejala jenayah remaja, malas, sikap tidak bertamadun anak bangsa; adakah patut kita
fokuskan tenaga dan kemampuan remaja kita ke arah hiburan ‘tidak berhenti-henti’ atau ‘hiburan tanpa
sempadan’? Program realiti hiburan ada yang telah memerangkap cita-cita hidup anak muda sehingga gagal
memikirkan kemampuan diri selain dari menjadi ‘artis segera’.

Namun perkara yang paling realiti bagi setiap program realiti hiburan itu adalah penajanya mengaut untung gila-
gila sementara kerugian langsung atau tidak langsung ditanggung oleh ‘anak dan bapa’ orang kita.

Sekali lagi, saya bukan antiartis, hiburan dan seni. Anda boleh baca temu bual dengan saya oleh majalah Pentas
terbitan Istana Budaya. Namun saya sedang membicarakan soal untung rugi jangka masa panjang terhadap umat
jika terus dibiarkan generasi kita tenggelam dalam arus hiburan tidak berdisiplin yang sedang pesat sekarang.

Saya tidak antiartis secara melulu. Bahkan saya tahu ada artis-artis yang ternama juga membaca artikel saya. Setiap
orang ada sumbangannya. Namun saya mengharapkan agar kegiatan seni tidak melanggari disiplin agama dan
memusnah masa depan bangsa. Hiburan kita seakan hilang arah. Dalam banyak hal, kelihatan tidak banyak
memberi sumbangan kepada pembangunan peradaban dan ketamadunan umat.

Islam bukan jumud yang menuntut agar filem atau artis yang berdisiplin mesti mempamer ‘lebai’ atau kopiah di
atas kepala atau dibacakan nas-nas agama. Yang penting ialah disiplin dalam penampilan dan kandungan. Sekadar
bersongkok atau berkopiah belum tentu isi seninya tidak melanggar batasan Islam.

Dalam industri perfileman, saya rasa kita boleh puji Iran. Walaupun saya dalam banyak perkara pokok dan cabang
amat berbeza dengan mazhab utama negara tersebut. Namun saya akur industri filem di Iran telah berjaya – pada
suatu tahap – menghasilkan filem-filem yang mempunyai disiplin yang tinggi dan kualiti yang baik. Bahkan banyak
juga filem mereka yang memenangi berbagai anugerah di peringkat antarabangsa. Tanpa perlu mempamerkan
watak yang menyanggahi agama atau menceduk aksi dan watak Barat, filem ‘Kasut’ dari Iran berjaya memenangi
anugerahnya.

Pihak yang diberikan bajet besar untuk kemajuan Islam pula hendak merancang agar media benar-benar
dimanfaatkan untuk pembangunan umat. Media adalah kuasa ajaib di zaman ini. Janganlah program kita hanya
stereotaip yang tidak boleh dipasarkan untuk generasi baru.

Kepentingan menguasai media atau memanfaatkannya lebih utama dari memikirkan bagaimana mengelakkan
Mufti Perlis daripada muncul dalam Forum Perdana. Sehingga hari ini para penggiat seni tidak mempunyai
penasihat seni dari sudut agama yang praktikal dan produktif.

Anugerah-anugerah prestij agama yang sudah bersifat ‘muzium’ itu patutlah digantikan dengan anugerah-
anugerah lain yang lebih utama untuk difokuskan. Anugerah filem yang berkualiti dan tidak menyanggahi syariah
umpamanya mungkin boleh menjadi pemangkin kepada perkembangan seni yang lebih berdisiplin.

You might also like