You are on page 1of 6

Desire – Profile Kumpulan Rock Terunggul dari Pantai Timur

PROFILE DESIRE 2011

www.DESIRE.AMBIAQ.com
ANJUNG VISI NIAGA (1589024-K), MI-01-16 Mutiara Indah, Jln Bkt Mutiara, 43000, Kajang, Selangor DE
T: +6 013 635 3333 email: ambiaq@gmail.com website: http://desire.ambiaq.com
Desire – Profile Kumpulan Rock Terunggul dari Pantai Timur
Mengenai DESIRE:
Kumpulan Desire merupakan sebuah kumpulan penyanyi rock di Malaysia yang berasal dari negeri Kelantan
Darul Naim. Pengasas bagi kumpulan Desire ini ialah Razli Hussain (pemain gitar utama) yang telah menubuhkan
kumpulan ini pada tahun 1985. Kumpulan Asal Desire ini terdiri daripada Ranzmie (penyanyi), Razli (gitar), Eddie
(bass) dan Ali (drum). Kumpulan Desire amat terkenal di negeri Kelantan pada era 80an dan merupakan juara
dalam pertandingan Juara Rock Negeri Kelantan pada tahun 1985. Pada tahun 1986 Desire mendapat tempat ke 4
dalam pertandingan Juara Juara Rock Malaysia (pada ketika itu kumpulan May menjadi juara.). Bagaimanapun
Kumpulan Desire tidak berputus asa dan pada tahun 1987, kumpulan ini telah menjadi juara dalam pertandingan
Juara-juara Rock Malaysia ke 2. Bertitik tolak dari situ syarikat Polygram telah berminat menawarkan peluang
kepada kumpulan Desire untuk merakamkan album pertama.

Pada tahun 1988 Kumpulan Desire telah muncul di persada tanah air dengan album sulung mereka SUMPITAN
SENJA yang menampilkan lagu-lagu heavy/speed metal dan slow rock. Album Sumpitan Senja menampilkan
Ranzmie sebagai penyanyi utama. Ranzmie yang bersuara nyaring sesuai dengan lagu yang pantas dan agresif,
tetapi kurang menyengat untuk lagu yang berentak perlahan.

Pada tahun 1989 Desire merakamkan album kedua mereka berjudul TOLAK CAMPOR KALI BAHAGI. Album ini
menampilkan Johan sebagai penyanyi baru mereka setelah Ranzmie mengambil keputusan untuk mengundur diri.
Album ini telah menolak naik nama Desire ke peringkat lebih tinggi dalam bidang muzik rock Malaysia dan
mendapat anugerah Gold Disc dari Polygram. Genre muzik yang dimuatkan dalam album ini adalah berentak blues
rock & hard rock.

T: +6 013 635 3333 email: ambiaq@gmail.com website: http://desire.ambiaq.com


Desire – Profile Kumpulan Rock Terunggul dari Pantai Timur

Album ke 3 Desire dihasilkan pada tahun 1990 bertajuk KATA KATA KATA dengan Eury Khan pula sebagai penyanyi
utama. Genre muzik untuk album ketiga ini lebih kepada R&B dan funky rock. Eury kemudiannya menarik diri dan
mengganggotai kumpulan Nobat atau S.O.S pada tahun 1991.

Masalah yang dihadapi oleh kumpulan Desire ialah untuk mengekalkan ahli-ahli mereka. Perpecahan kerap berlaku
apabila ada ahli yang mengundur diri bagi menceburi bidang lain. Ini kerana mereka bergiat aktif hanya di Kelantan,
Terengganu dan Thailand dan tidak pernah berhajat untuk menetap di ibukota yang mempunyai lebih banyak peluang
untuk ke hadapan. Kumpulan Desire ini terus menyepikan diri pada tahun 1991 sehingga 2005 selepas konsert rock
diharamkan di Kelantan oleh Kerajaan Negeri.

Pada tahun 2007, Kumpulan Desire muncul kembali dengan album ke 4 bertajuk PUTERI SAADONG. Genre muzik
kali ini lebih kepada Pop Rock dan slow rock mengikut peredaran masa. Mungkin kematangan telah membawa
kumpulan ini menerbitkan lagu-lagu yang berentak lebih segar dan relaks. Lagu-lagu di dalam album ini dicipta
dan diterbitkan oleh kumpulan Desire sendiri.

2010, DESIRE muncul kembali dengan hasil usaha pengurus barunya, Encik Shamsul Ambia Mat Daud (vocal,
Metaldust) yang juga salah seorang ketua Biro di Persatuan Karyawan Malaysia. Di tambah pula Kelab Peminat
Desire di Kelantan dan Desire Fan Club Kuala Lumpur juga menghangatkan kumpulan ini untuk muncul kembali.

T: +6 013 635 3333 email: ambiaq@gmail.com website: http://desire.ambiaq.com


Desire – Profile Kumpulan Rock Terunggul dari Pantai Timur

18hb Disember 2010, satu konsert yang menguji keupayaan Desire akhirnya terjawab dengan kehebatan persembahan
di pentas memukau lebih 500 peminat yang hadir pada malam itu di One Café, Kuala Lumpur. Konsert anjuran bersama
dengan Persatuan Karyawan Malaysia bagi mengutip Tabung Kebajikan Pemuzik (Muzikaid) mencapai sasarannya.
Beberapa artis dan juga media datang memberi sokongan seperti Radhi OAG, Lord & Satiman (Ella n The Boys), Dato’
Freedie Fernandez, Radzuan Metaldust, Azman Redang, Dato’ Shafik (Sonic Velocity), Lola dan ramai lagi.

Konsert Live Desire di One Café, Kuala Lumpur pada 18hb Dec 2010 yang lepas.

T: +6 013 635 3333 email: ambiaq@gmail.com website: http://desire.ambiaq.com


Desire – Profile Kumpulan Rock Terunggul dari Pantai Timur
Sebelum pertunjukan, Desire telah di jemput oleh Muzikfm sebagai tetamu dalam rancangan Rock Selamba, Manis
FM Kelantan, KLFM, RTM dan juga telah mengadakan sidang akhbar bagi memberitahu kewujudan kembali Desire
dalam arena Muzik.

Walaupun Muzik
kegemaran mereka adalah
Heavy Rock, namun Desire
juga boleh bermain
berbagai rentak
mengikut kehendak
peminat terutama semasa
membuat pertunjukan
korporat atau jemputan di
Raja. Pengalaman bermain
di Thailand dan Kelab
Suara Muda membuatkan
mereka berani untuk
menceburkan diri dalam
persembahan di Kelab dan
Pub.

T: +6 013 635 3333 email: ambiaq@gmail.com website: http://desire.ambiaq.com


Desire – Profile Kumpulan Rock Terunggul dari Pantai Timur
LINE UP DESIRE – 2011

RAZLI HUSSAIN Ketua Kumpulan/Gitar Utama


Lahir pada: 19 NOV 1964 Pengalaman muzik lebih 25tahun

RAJA RAHIM RAJA YUNUS Vokal/Gitar2


Lahir: 15 Mei 1962 Pengalaman muzik lebih 25tahun

MOHD ZUKI ABDULLAH Bassist


Lahir: 01 Mei 1963 Pengalaman muzik lebih 25tahun
ROSLI RAZILAH Vokal/Keyboard
Lahir: 31 Ogos 1963 Pengalaman muzik lebih 25tahun

WAN AZIZ WAN JUSOFF Drum


Lahir: 09 Dec 1957 Pengalaman muzik lebih 25tahun

T: +6 013 635 3333 email: ambiaq@gmail.com website: http://desire.ambiaq.com

You might also like