Professional Documents
Culture Documents
Industri Sarang Burung Layang-Layang hari ini telah mencetuskan satu lagi industri yang berpotensi
besar bagi semua usahawan untuk merealisasikan kehidupan mewah selain dari bidang-bidang
perniagaan yang lain.
Pada tahun 2004, industri sarang burung layang-layang di Malaysia telah diiktiraf oleh Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai penyumbang kepada tukaran mata wang asing bagi Negara
ini. Sehubungan dengan itu, pihak kementerian telah mewujudkan satu Garis Panduan Penternak
Burung Layang-Layang untuk semua pihak berkuasa tempatan di peringkat daerah, majlis tempatan dan
majlis bandar raya di seluruh negara.
Sebagai tambahan, Jabatan Perkhidmatan Haiwan juga mempunyai garis panduan untuk pembiakkan
burung layang-layang. Sarang burung dipercayai kaya dengan kalsium, zat besi, potassium, dan
magnesium yang amat berguna kepada kesihatan. Industri burung layang-layang di Malaysia telah
menyaksikan lantunan serta lonjakan pertumbuhan dalam tempoh lima tahun ini.
Akan tetapi ianya amat berkurangan di kalangan usahawan bumiputra kerana itulah industri ini
disifatkan sebagai industri yang dirahsiakan, ianya telah lama dimonopoli oleh usahawan bukan
bumiputra yang melihat potensi kekayaan yang wujud dari bidang ini, mereka sanggup mengeluarkan
modal jutaan ringgit untuk dilaburkan. Kebanyakkan rumah-rumah burung dibina di bandar- bandar
kecil di mana sumber makanan yang banyak pada tahap pencemaran yang masih rendah.
Kerajaan negeri Perak misalnya, menawarkan 10 kawasan berpotensi untuk dibangunkan industri ini,
manakala negeri Johor mencadangkan sebuah taman eko burung layang-layang di Endau dan Desaru.
Kerajaan Negeri Sembilan juga menunjukkan minat yang sama untuk membina sebuah taman bagi
tujuan tersebut. Bank Pertanian Malaysia atau kini dikenali sebagai AgroBank menawarkan pembiayaan
sehingga 85% berikutan industri sarang burung kini menjadi sebahagian daripada industri berasaskan
tani.
Suruhanjaya Koperasi Malaysia pula telah mengiktiraf enam buah syarikat industri sarang burung layang-
layang bagi menjalankan usahasama perniagaan di bawah program pemadanan perniagaan.
Sehingga akhir tahun 2006, terdapat hampir 36000 buah rumah burung layang-layang di seluruh Negara
dengan kadar purata pertumbuhan sebanyak 35% setahun sepanjang tempoh lima tahun lepas.
Jumlah nilai pengambilan sarang burung diseluruh dunia pada tahun 2006 dianggarkan RM8 billion
sehingga RM12 billion. Hong Kong merupakan pembeli sarang burung terbesar iaitu 50% manakala
China 8% ,Taiwan 4% dan Macau 3% dengan jumlah pengambilan kira-kira 160 tan pada tahun 2006.
Akan tetapi permintaan ini tidak termasuk negara-negara Eropah dan Arab disebabkan pembekalan
yang tidak mencukupi. Harga sarang burung putih yang belum diproses dijual pada harga RM4500
hingga RM6000 sekilogram pada 2006.
Harganya berganda lebih tinggi di China dan Hong Kong. Malaysia kini merupakan pengeluar sarang
burung dengan nilai pembekalan kasar sebanyak 7% selepas Indonesia 60% dan Thailand 20%.
Burung Walet merupakan burung pemakan serangga yang bersifat aerial dan suka meluncur. Burung ini
berwarna gelap, terbangnya cepat dengan ukuran tubuh sedang / kecil, dan memiliki sayap berbentuk
sabit yang sempit dan runcing, kakinya sangat kecil begitu juga paruhnya dan jenis burung ini tidak
pernah hinggap di pohon. Burung walet mempunyai kebiasaan berdiam di gua-gua atau rumah-rumah
yang cukup lembab, remang-remang sampai gelap dan menggunakan langit-langit untuk menempelkan
sarang sebagai tempat beristirahat dan berbiak.
Hasil dari perternakan walet ini adalah sarangnya yang terbuat dari air liurnya (saliva). Sarang walet ini
selain mempunyai harga yang tinggi, juga dapat bermanfaat bagi dunia kesihatan. Sarang walet berguna
untuk menyembuhkan paru-paru, panas dalam, melancarkan peredaran darah dan penambah tenaga.
Sifat-sifat yang ada pada sarang burung adalah rasa manis, lembut dan sesuai untuk penyakit yang
berkaitan paru-paru, perut dan hati. Fungsi sarang burung menghasilkan yin untuk mengurangkan
kekeringan, menghasilkan tenaga dan menguatkan fungsi SPLEEN perut.
Penggunaan sarang burung ini untuk mengubat masalah penghadaman, tuberculosis, batuk, phlegm-
dyspnea (kesusahan bernafas), asma, hemotysis (batuk berdarah), hematoma (penyakit berkaitan sel-sel
darah), prolonged dysentery, demam malaria yang kronik, dysphagia (masalah menelan), lemah secara
umum, batuk kering, batuk berdarah, muntah darah, berpeluh malam, masalah dada, dahaga dan lain-
lain lagi.
Bagi masalah kurus, kurang selera makan , masalah perut berpunca dari sakit berpanjangan. - Rebus
sarang burung dengan susu atau dengan ayam atau jus daging.
Keringkan sarang burung di dalam air sejuk, tukar air sekali dan rendam dalam air selama 5 ke 6 jam.
Bersihkan bulu dan bahan-bahan lainyang terdapat pada sarang tersebut, alihkan bagi
mengeringkannya. Kemudian kerat dan letakkan didalam mangkuk yang besar dengan secawan air bagi
setiap 20 gram. Rebus dengan kepanasan yang sederhana selama 15 minit, kemudian tambah gula batu
atau garam secukup rasa.
Terdapat pelbagai cara untuk menyediakan sarang burung ini dan ia bergantung kepada citarasa masing-
masing.
Cara yang biasa dilakukan ialah dengan merebus sarang burung ini sebanyak dua kali di dalam porcelain
pot.
Pada awalnya proses soaked dilakukan selama satu jam didalam air panas untuk membolehkan sarang
mengembang. Untuk penyediaan sarang ini kepada orang dewasa, sarang kering yang mempunyai berat
4 ke 5 gram adalah disyorkan.
Sarang ini hendaklah di masak sebanyak satu setengah cawan sekurang-kurangnya 2 jam bergantung
kepada gred sarang burung yang digunakan. Sarang yang berkualiti tidak memerlukan masa yang lama
untuk dimasak. Gula batu ditambah bagi bagi menambahkan rasa semasa 10 minit terakhir masakan
tersebut. Sesetengah orang gunakan daun pandan ataupun ginseng bagi menambahkan lagi rasanya.
Cara pemasakan ini disyorkan bagi mereka yang telah melalui proses pemulihan terapi.Sarang burung
yang dikukus perlu dihidang semasa masih panas dan sudu porcelain digunakan sebelum tidur dan
disyorkan diambil pada awal pagi untuk kesan maksimum.
Berapakah pulangan pelaburan yang boleh didapati melalui sebuah rumah burung walet yang berjaya?
Anggaran pendapatan sesebuah rumah burung walet berkeluasan 20’ x 70’ x 2 tingkat adalah RM40-
RM60k sebulan atau 10-15kg sebulan selepas tempoh matang atau kebiasaannya selepas tahun ke-4.
Bagaimanakah kawasan yang sesuai untuk membina rumah burung dan menjalankan pembiakan burung
walet?
Kawasan pembiakan burung walet yang sesuai adalah di kawasan habitat yang berkayu seperti pinggir
hutan, ladang kelapa sawit, sawah, tepi pantai dan kolam atau lombong yang mempunyai potensi
pemakanan seperti serangga dan sumber minuman yang banyak.
Perlukah sebuah rumah bururng walet dipasang bunyi suara burung berterusan (24 jam) sejak
beroperasi?
Rumah burung walet dibenarkan dipasang bunyi dalaman burung walet selama 24 jam tetapi bunyi
luaran hanya perlu dipasang pada waktu-waktu tertentu sahaja iaitu pagi (7.00pagi – 12 tengahari) dan
petang (5.00 petang -7.30 malam). Waktu tersebut adalah waktu yang disyorkan oleh Jab Veterina dan
kekuatan bunyi (decibel) pula di antara 0.0525dB – 0.1578dB atau frekuensi 1khz – 16khz iaitu di bawah
pendengaran manusia.
Saya memiliki sebuah rumah kedai 20’ x 70’ x 2 tingkat dan ingin mengubahsuai rumah tersebut kepada
rumah burung walet. Apakah yang perlu saya lakukan dan berapakah anggaran kos yang diperlukan?
Lesen mengubahsuai bangunan perlu diperolehi dari pihak Majlis Daerah terlebih dahulu seterusnya
pihak perunding yang dilantik perlu membuat lawatan dan penilaian ke atas rumah kedai tersebut
sebelum pengiraan jumlah anggaran kos dibuat serta mengenalpasti adakah rumah burung sesuai dibina
di kawasan tersebut. Anggaran kos adalah berbeza antara sesuatu tempat bergantung kepada lokasi dan
kedudukan kedai tersebut.
Bolehkah burung walet ini diternak dan bagaimana boleh kita mempelajari tentang penternakan burung
walet?
Kehidupan asal burung walet adalah burung yang terbang bebas dengan mencari makan sendiri secara
semulajadi sebaliknya jika diternak, makanannya yang terdiri dari serangga perlu disediakan dan kos
akan bertambah serta tidak efektif dan apabila burung tersebut meningkat dewasa ianya akan kembali
membesar secara semulajadi.
Bagaimana boleh saya mengenalpasti atau mengira jumlah burung walet yang telah melawat rumah
burung walet saya?
Jumlah burung walet boleh dikenalpasti dengan memerhatikan dan menanda tompokan tahi burung
yang terdapat di lantai, ini bermakna pada malam hari ada burung walet tidur di dalam rumah tersebut.
Rumah burung saya telah dibina 6 bulan yang lalu dan mempunyai suhu, kelembapan dan pencahayaan
yang sesuai tetapi mengapa burung walet masih tidak berminat untuk membuat sarang?
Rumah burung yang berjaya bukan sekadar perlu diadaptasikan suasananya seperti gua tetapi
memerlukan ruang legar (rooving room) untuk berpusing atau terbang yang sesuai (minima 10’x10’) di
samping sistem bunyi yang mampu menarik minat burung walet untuk bermain dan membuat sarang.
Susunan kayu beluti juga perlu selari dengan ruang masuk serta banyak faktor lain lagi yang turut
menyumbang kepada minat burung walet untuk berdiam.
Apakah material atau bahan binaan yang paling sesuai untuk mendirikan rumah burung walet samada
menggunakan bata merah, bata pasir, bata blok atau dinding ‘foam’?
Penggunaan bata merah (tanah liat) adalah paling sesuai berbanding bata pasir, bata blok atau dinding
‘foam’ kerana ianya terbukti dapat menstabilkan suhu dalaman rumah burung pada waktu siang dan
malam serta mempunyai aroma atau bau tanah yang bersesuaian dengan kehendak burung. Sebaliknya
dinding ‘foam’ (campuran simen + pasir + bahan kimia) lebih digemari di kawasan pendalaman dan
kosnya lebih murah tetapi tidak begitu sesuai di kawasan terbuka.
Apakah caranya untuk meningkatkan mutu dan kuantiti sarang burung dalam sebuah rumah burung
yang telah mempunyai hasil?
Mutu sarang burung dapat ditingkatkan dengan mengawal suhu pada kadar 25-29 darjah Celcius dan
kelembapan antara 85-90% di samping kebersihan dan keadaan dalam rumah burung perlu
dititikberatkan. Kuantiti sarang burung pula dapat ditingkatkan dengan menambah kayu meranti samada
secara rak berlapis/bertingkat atau ditambah satu lapisan lagi tetapi ketinggian rumah burung tersebut
mestilah >8 kaki. Di samping itu hasil sarang burung juga dapat dituai 2x sebulan selepas tahun ke-5 dan
seterusnya.
Mengapakah masih terdapat banyak rumah burung walet yang gagal dan apakah kesilapan yang sering
dilakukan?
Kurangnya pengetahuan, pengalaman dan kajian terhadap teknik-teknik dan kesesuaian mengikut
kehendak burung menyebabkan faktor utama kegagalan sesebuah rumah burung walet. Ramai yang
mendakwa seorang kontraktor binaan mampu membina sebuah rumah tetapi tidak untuk rumah
burung. Rumah burung juga memerlukan penyelenggaraan yang berkala dan berpengalaman bagi
mengekalkan suhu, kelembapan, cahaya, kebersihan, kualiti bunyi dll adalah pada tahap maksima.
Jika semakin banyak rumah burung didirikan setiap bulan, apakah kemungkinan terdapat lebihan
penawaran sarang burung di pasaran dunia?
Indonesia (60%), Thailand (20%), Malaysia (7%)dan lain-lain Negara (13%) merupakan pengeluar utama
sarang burung cuma mampu menyumbang 30% dari permintaan pasaran dunia dan burung walet ini
tidak terdapat di tempat lain sedangkan permintaannya bertambah setiap tahun.
AVM
usahawantani.com
Ramai daripada kita mengenali burung layang-layang tetapi apabila disebut walit atau walet, hanya segelintir sahaja yang tahu
mengenainya, itu pun di kalangan mereka yang terbabit dengan industri sarang burung.
Di sesetengah tempat, ia lebih dikenali sebagai burung layang-layang tetapi jika dibuat perbandingan, terdapat beberapa
perbezaan antara kedua-dua spesies tersebut.
Apa pun, nilai burung ini bukanlah terletak kepada bulu, paruh atau pada mana-mana bahagian tubuhnya.
Pencinta burung sekali pun tidak mungkin tertarik kepadanya semata-mata kerana bunyi yang dikeluarkan, sebaliknya sarang
burung ini umpama emas yang diburu oleh manusia.
Masakan tidak, nilai sarang burungnya mencecah ribuan ringgit sekilogram kerana khasiatnya yang sudah diketahui ramai.
Seorang perunding mengenai ternakan burung walet, Azman Shah Omar dari Bina Agro Nusantara Resources Sdn. Bhd.
memberitahu, harga sarang burung mentah boleh mencecah antara RM2,000 dan RM5,500 sekilogram, manakala yang telah
diproses atau dibersihkan boleh mencapai antara RM10,000 dan RM12,000 sekilogram.
Justeru di Malaysia, katanya, ramai telah menanam minat untuk menjadi pengusaha sarang burung walet ini kerana nilainya yang
begitu lumayan.
Tambahan pula, katanya, rantau Asia Tenggara terutama Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura menjadi tumpuan
pergerakan burung ini.
“Ini satu usaha yang lumayan kepada pengusaha dan mereka tidak perlu menternak dan memberi makan.
“Cukup sekadar membuat rumah di kawasan habitat makro burung ini,” katanya kepada Mega, baru-baru ini.
Melihat kepada potensi tersebut, sebuah syarikat tempatan Walit World Sdn. Bhd. telah mengambil inisiatif untuk
membangunkan kawasan ‘perumahan walet' di Port Dickson, Negeri Sembilan dengan menggunakan teknologi binaan dan sistem
audio oleh Bina Agro Nusantara (BAN) yang telah terbukti berjaya di Indonesia.
Indonesia merupakan pengeluar utama sarang walet iaitu sebanyak 80 peratus, berbanding Malaysia di tangga kelima dengan
lima peratus sahaja walaupun burung walet ini juga terdapat dengan amat banyaknya di negara ini.
Menyedari senario ini, projek perumahan bersepadu ini berpotensi besar untuk memberi pulangan lumayan kepada bakal pemilik
rumah walet tersebut.
Menurut Pengarah Projek Walit World, Mohd. Nasir Che Fa, rumah yang dibangunkan berbentuk blok bangunan dengan empat
jenis atau saiz yang berbeza.
Sebanyak 63 buah blok tiga tingkat akan dibangunkan yang dijangka dimulakan bulan ini yang melibatkan tiga fasa, dengan
keluasan purata 5,000 kaki persegi setiap satu.
Empat jenis saiz setiap blok yang ditawarkan ialah 25 x 60 kaki, 25 x 50 kaki, 25 x 40 kaki dan 25 x 30 kaki bermula pada harga
RM265,000.
Harga tersebut meliputi lot kawasan, rumah burung yang dilengkapi dengan sistem audio, kamera litar tertutup televisyen
(CCTV) dan juga kawasan pagar yang tujuan keselamatan.
Menurut Mohd. Nasir, mereka yang berminat perlu membuat tempahan sebanyak RM5,000, dan jumlah deposit sebanyak 10
peratus daripada harga blok.
“Kita akan membangunkan 20 buah blok pada fasa pertama, 21 blok pada fasa kedua dan 22 blok pada fasa ketiga,” katanya.
Katanya, lagi konsep pembelian lebih kurang sama dengan sistem pembelian rumah kediaman pada masa ini.
Menurut beliau, pihaknya berusaha untuk membantu mendapatkan pinjaman dari AgroBank dengan tempoh pinjaman yang
bersesuaian untuk para pelabur.
Beliau berkata, burung walet membuat sarang di kawasan yang bercahaya remang dalam bangunan menggunakan air liur.
“Sepasang burung membuat sarang bersama dan sarang matang dalam tempoh tiga bulan berikutnya,” ujar beliau.
Setiap blok bangunan, kata beliau, mampu mengeluarkan hasil maksimum setahun antara 100 kilogram (kg) dan 150 kg bermula
tahun keenam.
Burung walet sukakan suhu antara 26 dan 31 darjah Celsius, berhampiran kawasan sungai, kolam atau tepi laut atau berhampiran
dengan sumber makanan, antaranya serangga.
Azman Shah menambah, beliau membawa masuk teknologi dari Indonesia dalam perusahaan burung walet iaitu menggunakan
alat pemikat daripada cakera video digital (DVD) dan MP3 dan twiter yang memainkan rakaman kicauan atau suara burung.
Bunyi rakaman dimainkan di tempat tertentu mengikut keadaan termasuk ketika musim burung mengawan, mencari tempat
membuat sarang atau mula bertelur.
Burung yang terbang secara koloni bagaimanapun memerlukan kawasan yang sesuai termasuk kelembapan antara 85 dan 90
peratus, aroma dan suhu.
Rumah burung pula katanya perlu mempunyai bilik bersarang, ruang utama, dinding, langit-langit, sirip, lantai, pintau masuk,
lubang pengudaraan, kolam atau tong air dan pagar.
Mengenai pasaran, Azman Shah berkata, ia menjanjikan pulangan lumayan memandangkan pengeluarannya masih kurang.
Kata beliau, nilai eksport tempatan pada masa ini mencecah RM500 juta.
Ketika ini, pengeluaran sarang burung walet seluruh dunia ialah bernilai RM4 bilion, satu angka yang lumayan untuk mereka
yang mahu menceburkan diri.
Sementara itu, Walit World dan Bina Agro Nusantara Resources akan menganjurkan seminar dalam masa terdekat mengenai
perusahaan burung walet yang bakal memberi peluang kepada peserta memahami lebih dekat sistem perumahan walet.
Beliau adalah wakil kepada Arief Budiman iaitu pengasas Bina Agro Nusantara Indonesia yang berjaya menghasilkan 13 judul
buku berkaitan burung terbabit dengan jualan jutaan naskah.
Dengan adanya pakar dan konsultan berkelayakan, peserta memperoleh maklumat sebenar mengenai perusahaan burung walet
dan potensinya sebelum memulakan hasrat menjadi pengusaha sarang burung.
Seminar tersebut akan memfokus mengenai keistimewaan burung walet, kawasan taburan, ciri-ciri dan populasi, peluang
bumiputera, peranan dan tanggungjawab, pelaksanaan pembiayaan dan permintaan pasaran.
Mereka yang berminat menyertai seminar tersebut tersebut boleh menghubungi talian 06-8502600 atau melayari laman web
www.walitworld.com atau menghubungi talian 03-26940595 atau melayari laman web www.ban-walitworld.com.
Berita Timur
MARANG, 13 Sept (Bernama)-- Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) akan memperluaskan industri sarang burung
walet ke kampung-kampung bagi menggalakkan lebih ramai pengusaha bumiputera menceburi industri itu.
Ketua Pengarah JPV Datuk Abd Aziz Jamaluddin berkata pihaknya percaya industri itu boleh berkembang di
kawasan kampung kerana ia mempunyai pelbagai sumber makanan untuk burung itu seperti tanaman dan dusun
buah-buahan.
"Kalau boleh kita hendak melihat lebih ramai ramai bumiputera terlibat dalam industri burung walet ini," katanya
kepada pemberita selepas meninjau perusahaan burung walet di Kampung Pengkalan Berangan, di sini Ahad.
Abd Aziz berkata pada masa ini terdapat 200,000 pengusaha burung walet di seluruh negara dengan nilai
pengeluaran sarang mencecah RM1 bilion setahun.
Beliau berkata daripada jumlah pengusaha itu hanya lapan peratus merupakan pengusaha bumiputra.
Abd Aziz berkata lawatannya ke kawasan perusahaan burung walet di kampung itu bertujuan membuat
perbandingan sarang walet konvensional di Pengakalan Berangan dengan sarang yang ada di pantai barat.
"Kalau kita lihat ada potensi, mungkin kita akan perluaskan kaedah konvensional ini ke tempat lain," katanya.
Beliau berkata JVP bersedia memberikan bantuan dari segi pemasaran sarang burung walet bagi mengelak
pengusaha dipermainkan orang tengah.
JPV juga akan membina sebuah pusat latihan veterinar di Cermin Kiri Jerangau sebagai pusat sehenti untuk
memberi khidmat kaunseling burung walet, katanya.
-- BERNAMA
INDUSTRI sarang burung walet bukan baru di negara ini tetapi tidak ramai pengusahanya, terutama Bumiputera
disebabkan kekurangan informasi mengenainya walaupun mampu memberi pulangan jutaan ringgit setiap tahun.
Atas alasan itu, Presiden Persekutuan Persatuan Pedagang Sarang Burung Malaysia (PPPSBM) dengan kerjasama
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengadakan pameran sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan
Kebangsaan (HPPNK) 2009 di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh, Melaka, baru-baru
ini.
Timbalan Presiden Persekutuan Persatuan Pedagang Sarang Burung Malaysia (PPPSBM), Datuk Tok Teng Sai,
berkata PPPSBM buat julung kalinya bersama JPV mengadakan pameran perusahaan sarang burung walet di
HPPNK.
Menurutnya, orang ramai dapat melihat sendiri dengan lebih dekat demonstrasi membersih sarang burung walet
serta kaedah memelihara haiwan itu.
“Perusahaan ini mempunyai potensi untuk memperolehi keuntungan besar kerana sarang burung walet boleh
mencecah RM4,000 bagi setiap satu kilogram yang belum dibersihkan dan RM7,000 yang sudah dibersihkan.
“Sebab itulah pengusaha sarang burung walet menggelar sarang unggas itu sebagai ‘emas putih’ kerana nilainya
tinggi dalam pasaran tempatan dan antarabangsa.
“Dengan hanya menjadikan tempat perlindungan burung untuk bersarang pada saiz sebesar rumah, pengusahanya
mampu memperolehi sarangnya pada jumlah antara tiga hingga 10 kilogram setiap bulan,” katanya kepada Metro
Ahad.
Pada masa ini, kata Tok, perusahaan terbabit dimonopoli masyarakat Cina membabitkan 99 peratus.
Disebabkan pembabitan orang Melayu boleh dikira dengan jari, beliau hanya mengenali seorang pengusaha sarang
burung Melayu di Kuantan, Pahang.
“Dia hanya mempunyai satu rumah untuk pembiakan burung itu, namun keuntungan diperolehi setiap tahun RM1.2
juta,” katanya.
Menurutnya, jika seseorang pengusaha mempunyai rumah sarang burung yang banyak, sudah tentu mampu
memungut keuntungan lebih besar.
Katanya, perusahaan sarang burung walet tidak memerlukan modal besar seperti pekerja serta kos
penyelenggaraan.
“Mereka hanya perlu bersabar untuk menarik burung bersarang di tempat disediakan dan hanya menuai hasilnya
selepas itu,” katanya.
Setakat ini, Malaysia hanya menyumbangkan 10 peratus kadar pengeluaran sarang burung walet untuk pasaran
antarabangsa berbanding Indonesia (70 peratus) dan Thailand (20 peratus).
Beliau berkata, jika diperluas dan dilakukan dalam skala besar, industri sarang burung walet mampu menjadi
penyumbang utama kepada ekonomi negara dan setanding dengan pengeluaran kelapa sawit dan getah.
“Setakat ini, ada 50,000 rumah dijadikan sebagai tempat perusahaan itu di seluruh negara. Jumlahnya masih sedikit
berbanding perusahaan dijalankan di Indonesia serta Thailand,” kata Tok.
Beliau menjelaskan masih ramai tidak mengetahui burung walet berbeza dengan burung layang-layang.
Walaupun fizikalnya hampir sama, tetapi burung layang-layang membuat sarang dengan bahan seperti rumput atau
daun.
“Burung walet membuat sarangnya daripada air liur dan ia dibuat bukan untuk burung berkenaan tinggal di situ. Ia
adalah untuk anaknya bertelur dan membesar saja,” katanya.
Sarang burung walet mempunyai pasaran luas di peringkat antarabangsa dan antaranya China, Hong Kong, Taiwan,
Jepun, Amerika Syarikat dan Kanada.
Menurut Tok, sarang burung walet mempunyai pelbagai khasiat untuk membantu menjaga kesihatan seperti awet
muda dan kecergasan.
Majlis perasmian HPPNK 2009 disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Khamis lalu.
Selain pameran, aktiviti lain dijalankan adalah pertandingan menghias akuarium antara sekolah di seluruh negara,
demonstrasi dan pertandingan masakan makanan hasil keluaran pertanian.
Acara lain membabitkan pameran sektor swasta, haiwan ternakan, ikan, jentera, Forum Perdana Hal Ehwal Islam
dan Konvensyen Peladang, Penternak dan Nelayan 2009.
Sebanyak 340 gerai dan kios disediakan membabitkan penyertaan daripada agensi kerajaan selain usahawan tani
dan peniaga untuk mempamerkan teknologi pertanian serta produk baru untuk dipromosikan.
Posted by jutawanagro at 12:17 AM
Potensi industri burung layang-
layang gua
Oleh LAUPA JUNUS
Ramai masih keliru bagaimana rupa burung berkenaan tetapi mereka yang lama terlibat dalam industri ini
menggambarkan fizikalnya sebagai burung yang sifatnya tidak suka bertenggek.
Spesies burung ini dikatakan banyak terdapat di Asia Tenggara terutama di Malaysia dan Indonesia.
Justeru kerana nilainya, ramai berminat untuk mengusahakan sarang burung ini jumlahnya pengusaha semakin
bertambah.
Sarang putih burung ini yang belum dibersihkan boleh dijual antara RM3,000 dan RM25,000 sekilogram.
Sarang burung itu dihasilkan menerusi rembesan cecair daripada kelenjar tepi kelenjar air liurnya.
Cecair yang dihasilkan bukan daripada air liur yang mungkin dianggap kotor. Kajian menunjukkan sarang burung
tersebut mengandungi asid amino (unit asas protein) yang tinggi.
Meskipun penghasilan sarang burung yang amat bernilai ini dapat menawarkan peluang perniagaan, tetapi tidak
ramai yang sanggup melibatkan diri kerana masalah kos yang tinggi dan tidak cukup pengetahuan.
Satu lagi masalahnya ialah pengurusan dan pemasaran sarang burung yang perlu diberi perhatian.
Burung tersebut memerlukan perhatian yang sangat teliti dan tempat bersarang yang sangat spesifik bersesuaian
dengan cara hidup burung itu sendiri.
Menurut Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), dianggarkan terdapat lebih daripada
30,000 buah rumah sarang burung layang-layang gua di seluruh Semenanjung Malaysia setakat ini.
Bagaimanapun tidak semua rumah burung yang telah dibina ini didiami oleh burung layang-layang gua ini.
Pembinaannya perlu mempunyai ciri-ciri tertentu yang boleh menarik minat burung layang-layang tersebut untuk
masuk dan bersarang di dalamnya.
Antara faktor-faktor yang mempengaruhi kemasukan burung layang-layang adalah faktor persekitaran luaran
(makrohabitat) dan persekitaran dalaman (mikrohabitat).
Antara faktor persekitaran luaran (makrohabitat) termasuklah kawasan rumah burung, punca air seperti sungai dan
sebagainya, kehadiran pemangsa seperti burung hantu, helang dan sebagainya.
Faktor dalaman pula termasuk (mikrohabitat) melibatkan suhu, kelembapan udara, keamatan cahaya, struktur
pembinaan rumah burung dan sebagainya.
Kedua-dua faktor ini amat penting selain dari lokasi pembinaan rumah burung itu sendiri dalam menentukan
kejayaan sesebuah rumah burung.
Berdasarkan kepada minat orang ramai yang semakin mendalam itu, Perhilitan menganjurkan bengkel ketiga
mengenai burung layang-layang gua bermula hari ini.
Bengkel tersebut merupakan lanjutan daripada program kesedaran awam yang telah dijalankan sebelum ini.
Sehingga kini, sebanyak 16 program kesedaran awam telah dijalankan sejak 2008 hingga Jun lalu, manakala satu
bengkel telah dijalankan pada tahun lepas.
Hasil daripada program dan bengkel tersebut, seramai 2,000 peserta telah mengikuti program anjuran Perhilitan dan
10 peratus atau 200 orang peserta telah menceburi bidang ini dengan membina rumah burung.
Sehubungan itu, Perhilitan mahu supaya jumlah tersebut meningkat dari semasa ke semasa dengan pendedahan
yang diberikan melalui bengkel seperti itu.
Tujuan bengkel diadakan bertujuan membincangkan permasalahan yang berbangkit dalam bidang yang diceburi ini
terutamanya dari aspek pengurusan dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik dalam mengatasi masalah
berkaitan.
Ini kerana, sehingga kini, tiada satu pendekatan penyelesaian yang standard diwujudkan kerana isu yang berbeza-
beza mengikut negeri, kawasan, habitat dan reka bentuk rumah burung itu sendiri.
Melalui bengkel ini, peserta khususnya pengusaha baru, didedahkan dengan pengurusan yang sistematik dan
berkesan bagi menjamin kejayaan rumah burung mereka.
Melalui pendekatan ini, satu cara dan kaedah pengurusan akan diwujudkan untuk kepentingan bersama.
Perhilitan pada masa sama, sentiasa bersedia memberikan khidmat nasihat kepada orang ramai yang berminat
dalam memulakan perusahaan sarang burung layang-layang ini di samping menjadikan ia sebagai satu bidang
perindustrian yang sah di sisi undang-undang.
Bengkel seperti itu juga boleh dijadikan platform meningkatkan bilangan pengusaha bumiputera di samping
memastikan setiap pengusaha dan rumah burung layang-layang gua mempunyai permit dan lesen yang sah di
samping meningkatkan pertambahan populasi burung layang-layang gua di Semenanjung Malaysia khasnya.
Oleh yang demikian, bengkel ini merupakan satu platform untuk mengutara dan membincangkan permasalahan yang
timbul dan berkongsi pendapat serta pengalaman untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah tersebut.
null
PENGUBAHSUAIAN PREMIS PERNIGAAN DAN KEDIAMAN
Bermula sedekat yang lalu apabila burung walit berhijrah dari gua ke bandar menjadikan bangunan
lama yang mempunyai suasana hampir sama dengan keadaan dalam gua sebagai habitat barunya
Akibat mempunyai nilai pasaran yang tinggi banyak premis dalam kawasan bandar telah diubahsuai
untuk perladangan walit.
Pengubahsuaian premis asasnya ialah menjadikan suasana dalamannya sama dengan gua.
terutamanya gelap dan lembab. Antara ubahsuai utama dilakukan ia lah :-
Penutupan pintu dan tingkap
Pembinaan lubang pengudaraan
Penyediaan pintu masuk
Penyusunan bluti di siling sebagai tempat pembiakan
Sistem irigasi dalam dan luar bangunan bagi mengawal suhu
Memasang sistem audio
Suasana persekitaran yang diperlukan dalam rumah burung ialah suhu yang setabil antara 25 hingga
28 darjah celsius, kelembapan antara 80 hingga 90 peratus dan kegelapan remang-remang. Bumbung
bangunan hendaklah dibuat daripada bahan-bahan yang dapat menahan kepanasan matahari.
Pembinaan persekitaran yang sesuai telah menyebabkan burung walit sesuai dengan habitat barunya
dan memberi pulangan yang tinggi kepada pemiliknya.
PEMBINAAN RUMAH WALIT
Mengikut buku Amalan Baik Untuk Perladangan Burung Walit Aerodramus dan Perumahannya”
terbitan Jabatan Perkhidmatan Haiwan, premis hendaklah dibina di atas tanah pertanian atau
perusahaan pada jarak minima 100 meter dari kawasan kediaman. Disamping itu kelulusan daripada
Pihakberkuasa Tempatan perlu diperolihi.
Reka bentuk bangunan perlulah berdasarkan kepada kehendak dan keperluan burung bagi menjamin
burung walit akan menetap dan terus menetap. Rumah walit perlu disediakan roving room kerana
semasa memasuki bangunan burung walit akam berputar-putar dulu mengikut putaran jam sebelum
menuju ke sarangnya. Resting room perlu disediakan sebagai tempat burung walit beristerehat dan
membina sarang. Lubang keluar masuk burung sesuai diletakan di bahagian atas bangunan dengan
arah bertentangan daripada matahari naik atau jatuh bagi menjaga kegelapan dalam bangunan.
Antara ciri-ciri lain rumah walit yang perlu diambil kira dalam pembinaannya ialah ;-
Mengadakan tahap mikroklimat yang sesuai
Sistem ventilasi bagi mengawal suhu
Bahagian dalam terlindung dari cahaya matahari
Ketinggian ideal melebihi 15 kaki dengan keluasan melebihi 20 kaki persegi
Penyediaan beluti untuk burung bersarang
Kalis tikus, ular, biawak dan pemangsa.
Pemasangan sistem audio
Notis amaran di lokasi sesuai.
Keluasan minima 20 X 30 kaki. Lebih ekonomik jika dibina bertingkat. Ketinggian dari lantai ke
bumbung antara 6 hingga 15 kaki. Bahagian dalam bangunan diplaster dengan campuran pasir, kapur
dan simen. Bahagian luar dengan campuran pasir dan simen sahaja.
Tempat burung layang-layang berehat dan membuat sarang dibuat petak-petak daripada papan yang
kuat serta dilekatkan di bahagian siling bangunan.
Sistem paip jaringan (sprinkle) diletakan pada bahagian bumbung dan dalam bangunan. Bila cuaca
panas paip dipasang bagi menjamin suhu sentiasa rendah dan kelembapan tinggi.
Pintu keluar masuk burung berukuran 20 X 20 cm dibina dibahagian atas bangunan.
PEMASANGAN SISTEM AUDIO
Sistem audio dipasang bagi dimainkan suara burung pada waktu tertentu bertujuan bagi memanggil
burung masuk kedalam bangunan , membuat sarang dan seterusnya meningkatkan pengeluaran. CD
dengan suara burung yang berlainan digunakan untuk memanggil burung , membuat sarang dan
meningkatkan pengeluaran.
Pada pintu masuk dipasang minima 2 buah tweeter dan dimainkan pada awal pagi dan petang
bertujuan memandu burung masuk kedalam bangunan. Bagi bangunan berukuran 20 X 70 kaki,
minima 10 buah tweeter dipasang pada bahagian siling bangunan secara tersebar bertujuan untuk
mengundang burung bersarang dalam bangunan.
Jika audio sistem dipasang secara yang betul mengikut nasihat perunding, kemungkinan burung akan
masuk kedalam rumah walit dalam jangka masa dua hingga tiga bulan adalah tinggi. Audio sistem
sebenarnya berfungsi untuk menarik perhatian walit menuju kearah sumber suara.
MUSUH DAN PENYAKIT
Mengawal bangunan daripada tikus, semut, cicak , biawak, burung hantu dan helang yang samada
akan merosakan atau menakutkan burung untuk terus tinggal dalam bangunan.
MEMUNGUT HASIL
Cara rampasan iaitu sarang yang telah siap dibina tetapi belum sempat burung layang-layang bertelur
diambil. Cara ini akan menyebabkan kepupusan burung walit kerana tidak dapat membiak.
Cara buang telur iaitu setelah burung layang-layang bertelur, sarangnya diambil sementara telurnya
dipindah kesarang seriti atau incubator untuk penetasan. Kadar penetasan yang rendah dan kadar
kehidupan yang rendah juga tidak menjamin perkembangan jumlah burung walit. Cara ini diamal di
Indonesia kerana jumlah seriti banyak disana tetapi jarang kedapatan di Malaysia.
Cara penetasan iaitu sarang diambil setelah telurnya menetas dan anak burung layang-layang
terbang.Ini merupakan cara yang terbaik menjamin populasi burung walit terus meningkat dan
industri ini akan terus berkembang.
KUNCI KEJAYAAN
Menghadiri kursus dan seminar untuk mendapat ilmu
Memahami teknik membudidaya walit. Strategi jitu memikat walit
Fahami saluran pemasaran
Sabar dan tawakkal menunggu dalam teknik yang betul
Khidmat nasihat atau perunding jika perlu