You are on page 1of 11

LANGKAH KESELAMATAN DI BENGKEL

1.1 Pengenalan

Keselamatan merupakan satu aspek yang amat penting dan perlu


dititikberatkan dalam semua hal. Semua pihak mesti berwaspada dan sentiasa
mengamalkan langkah keselamatan semasa bekerja, terutamanya ketika
menggunakan peralatan mesin.

Sehubungan dengan itu, peraturan tentang keselamatan perlu dimaklumkan


kepada pengguna untuk dipatuhi bagi mengelakkan berlakunya kemalangan.
Kemalangan yang biasa berlaku di tempat kerja, umumnya boleh dikelaskan
kepada tiga jenis, iaitu:

i. Kecuaian manusia seperti tidak berhati-hati ketika bekerja dan tidak


menggunakan alat keselamatan seperti gogal dan pelindung muka.

ii. Peralatan dan mesin yang digunakan dalam keadaan tidak selamat
seperti mesin pemampat udara yang tidak mempunyai pelindung atau
menggunakan tukul yang mempunyai hulu yang telah longgar.

iii. Persekitaran tempat kerja yang kurang selamat seperti bekerja di


kawasan yang gelap,sempit, dan lantai yang berminyak.

1.2 Tingkah Laku Dan Pakaian

Semasa berada di tempat kerja, pengguna perlu menjaga tingkah laku dan
mematuhi peraturan pemakaian yang telah ditetapkan bagi menjamin keselamatan
dan mengelakkan kemalangan yang tidak diingini berlaku. Untuk itu, beberapa
peraturan keselamatan tentang tingkah laku dan pakaian telah ditetapkan.

1.2.1 Tingkah Laku Di Tempat Kerja

Untuk menjauhi kemalangan ketika berada di tempat kerja, beberapa


peraturan hendaklah dipatuhi. Biasanya, di setiap tempat kerja terdapat peraturan
am yang telah di tetapkan dan peraturan ini boleh dikelaskan kepada dua, iaitu
keselamatan diri dan keselamatan di tempat kerja.

1.2.2 Keselamatan Diri

i. Pengguna perlu mematuhi peraturan berpakaian ketika berada di tempat


kerja.

1
ii. Pengguna hendaklah mengikut kaedah yang betul ketika menggunakan dan
mengendalikan peralatan dan mesin semasa berada di tempat kerja.

iii. Pengguna tidak dibenarkan bermain-main dan bergurau senda dengan


rakan-rakan sama ada dengan peralatan dalam bengkel atau tidak.

1.2.3 Keselamatan Tempat Kerja

i. Tempat kerja mestilah mempunyai susun atur yang baik bagi membolehkan
kerja dijalankan dengan baik dan lancar.

ii. Tempat kerja mestilah mendapat cahaya yang mencukupi dan sistem
pengudaraan yang baik bagi memastikan kerja yang dilakukan tidak
menghadapi sebarang masalah.

iii. Tempat kerja hendaklah sentiasa bersih daripada sebarang sisa kerja
seperti serpihan besi dan minyak bagi mengelakkan kemalangan yang
disebabkan oleh bahan tersebut.

1.2.4 Pakaian Dan Alat Perlindingan Di Tempat Kerja

Cara berpakaian juga perlu dititikberatkan bagi menjamin keselamatan


pengguna ketika melaksanakan kerja. Pakaian di tempat kerja boleh dikelaskan
kepada tiga, iaitu:

a. Pakaian am

b. Pakaian perlindungan

c. Peralatan perlindungan

1.2.4.1 Pakaian Am

Pakaian yang dipakai semasa bekerja hendaklah sesuai,iaitu tidak terlalu


longgar atau terlalu ketat. Pakaian yang terlalu longgar boleh menyebabkan
kemalangan kerana mudah tersangkut pada peralatan dan mesin, terutamanya
pada mesin yang sedang bergerak. Pakaian yang terlalu ketat pula menyukarkan
pergerakan dan menyebabkan pemakai berasa kurang selesa untuk bekerja.

Bagi pekerja lelaki, rambut mestilah pendek dan kemas.bagi pekerja


perempuan yang berambut panjang pula,rambut hendaklah diikat supaya tidak
tersangkut pada mesin yang sedang berputar. Pekerja yang memakai tudung
hendaklah menyisipkan tudung ke dalam baju.

2
Barang perhiasan seperti jam tangan, cincin dan rantai hendaklah ditanggalkan
sebelum kerja dimulakan. Barang-barang tersebut hendaklah disimpan kerana
ianya boleh menyebabkan berlakunya kemalangan akibat tersangkut atau menjadi
pengalir elektrik semasa litar pintas berlaku.

1.2.4.2 Pakaian Perlindungan

Kasut yang dipakai hendaklah mempunyai pelindung keselamatan. Kasut ini


dapat melindungi kaki daripada terkena serpihan atau sekiranya ditimpa benda
berat. Tapaknya yang tebal juga dapat melindungi kaki daripada benda tajam dan
tergelincir kerana tapaknya tidak mudah haus.

Sarung tangan yang sesuai perlu digunakan ketika memegang bahan kerja
atau peralatan bagi mengelakkan kecederaan semasa kerja mengimpal, memotong
dan merivet.

Apron atau pakaian keselamatan yang diperbuat daripada kulit perlu dipakai
bagi mengelakkan kecederaan pada tubuh ketika melakukan kerja mengimpal.

1.2.4.3 Peralatan Perlindungan

Alat pelindung keselamatan yang sesuai seperti gogal (semasa mencanai dan
menggerudi) serta pelindung muka (semasa mengimpal arka) perlu digunakan.

1.3 Pengalihan Dan Penyimpanan Bahan-bahan

Terdapat pelbagai jenis bahan yang digunakan dalam aktiviti


kejuruteraan.Antara bahan yang biasa digunakan di tempat kerja ialah bahan
mudah terbakar, bahan yang berat dan panjang, serta bahan toksik. Bahan
tersebut hendaklah disimpan di tempat yang selamat dan mudah disenggara.

1.3.1 Bahan Mudah Terbakar

Bahan mudah terbakar terdiri daripada silinder gas yang berisikan gas
asetilena dan oksigen yang digunakan dalam kerja kimpalan dan cecair bahan api
seperti petrol, diesel, kerosin, dan sebagainya.Bahan berbentuk cecair hendaklah
disimpan dalam bekas yang bertutup dan tidak mudah terdedah pada udara.
Simpan bahan tersebut di tempat yang selamat serta jauh dari punca api.Ia juga
mesti dilabel seperti Rajah 1.1 dan tempat simpanannya hendaklah ditanda amaran
seperti Awas Mudah Terbakar bagi mengingatkan pengguna supaya sentiasa
berhati-hati semasa berada di tempat tersebut dan ketika menggunakannya.

3
Rajah 1.3.1 Label bahan mudah terbakar

Bahan mudah terbakar perlu disimpan atau diletakkan di tempat yang


mempunyai pengudaraan yang baik bagi memastikannya sentiasa dalam keadaan
selamat.

Apabila bahan tersebut ingin dipindahkan, gunakanlah troli dan bekas yang
bertutup bagi mengelakkannya daripada tertumpah. Bagi silinder gas yang
mengandungi oksigen dan asetilena, silinder tersebut hendaklah sentiasa dalam
keadaan tegak seperti dalam Rajah 1.2.

Rajah 1.2.3. Silinder gas

1.3.2 Bahan Berat Dan Panjang

Bahan berat dan panjang pula terdiri daripada bahan berbentuk pepejal
pelbagai saiz seperti bahan logam dan komponen-komponen mesin. Bahan yang
berat dan panjang seperti logam hendaklah diletakkan di atas rak yang kukuh dan
kuat, manakala bahan yang kecil seperti skru dan rivet hendaklah disimpan dalam
bekas kecil yang bertutup dan berlabel bagi mengelakkannya daripada berselerak

4
dan hilang. Rak yang dibina bagi menyimpan bahan berat dan panjang hendaklah
tidak terlalu tinggi sehingga sukar hendak dicapai. Apabila bahan berat hendak
dialih, lakukan dengan berhati-hati dengan bantuan rakan-rakan atau dengan
menggunakan bantuan jek atau troli. Bagi bahan yang panjang pula,alihkan bahan
tersebut dengan bantuan rakan-rakan bagi memudahkan pengalihan.

1.3.3 Bahan Toksik

Bahan toksik yang terdiri daripada bahan kimia hendaklah diasingkan


daripada bahan mudah terbakar dan bahan lain. Tujuannya adalah untuk
mengelakkan tumpahan yang boleh menyebabkan kemalangan kepada pengguna.
Bekas bahan tersebut hendaklah dilabelkan. Apabila bahan tersebut hendak
dialihkan, gunakan troli dan bekas yang bertutup bagi mengelakkan tumpahan.

1.3.4 Penggunaan Alat Dan Kelengkapan

Peraturan penggunaan alat dan kelengkapan juga perlu dipatuhi bagi


menjamin keselamatan pengguna di tempat kerja. Antara peraturannya adalah
seperti yang berikut:

a. Elakkan daripada menggunakan peralatan atau mesin sekiranya tidak


tahu kaedah penggunaannya. Jika salah menggunakannya atau
mengendalikannya mungkin boleh menyebabkan kemalangan.

b. Pastikan bahagian mesin yang berputar mempunyai pelindung


keselamatan. Contohnya, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.3.

Rajah 1.3.1 Pemampat udara yang mempunyai pelindung.

c. Pastikan peralatan dalam keadaan baik sebelum digunakan seperti


dalam Rajah 1.4. Penggunaan peralatan yang telah rosak seperti pahat
yang berkepala cendawan boleh menyebabkan berlakunya kemalangan
akibat penyerpihan logam pahat semasa memahat.

5
Rajah 1.3.2 (a) pahat yang selamat digunakan,
(b) pahat yang tidak selamat digunakan

a. Pastikan setiap alat dan mesin mempunyai pembumian sempurna


seperti dalam Rajah 1.5 bagi mengelakkan bahaya elektrik semasa
digunakan.

Rajah 1.3.3 Pemasangan soket tiga pin yang betul

b. Gunakan peralatan dan mesin dengan betul.Contohnya, kikir berfungsi


hanya untuk mengikir dan bukannya mengetuk

c. Pastikan peralatan yang rosak perlu segera dibaiki bagi mengelakkan


kemalangan.

1.5 Penggunaan Kuasa Elektrik

Kuasa elektrik digunakan dengan meluas dalam bidang perindustrian dan


pembuatan. Kuasa elektrik digunakan bagi membolehkan kerja dilakukan dengan
lebih cepat, selamat dan sistematik. Bagaimanapun, penggunaan elektrik yang
tidak disenggara dengan baik boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna.

Penggunaan kuasa elektrik dengan cara yang tidak selamat seperti boleh
menyebabkan renjatan elektrik dan kebakaran. Bagi mengelakkan kemalangan
elektrik, pekerja mestilah sentiasa berwaspada dan mengikuti peraturan yang telah
ditetapkan. Antara langkah yang perlu diberi perhatian bagi mengelakkan
kemalangan elektrik adalah dengan memastikan setiap penggunaan bahan elektrik
dilengkapi dengan pembumian dan penebatan.

Pembumian ialah satu sambungan antara pendawaian elektrik dengan bumi


yang terdapat pada alat elektrik. Fungsi pembumian adalah untuk menghindarkan
pengguna daripada bahaya renjatan elektrik apabila berlaku kebocoran pada
pendawaian elektrik.

6
Penebatan pula amat perlu bagi setiap alat elektrik sebagai pelindung untuk
mengawal pengaliran arus. Arus dan voltan yang berlebihan semasa alat elektrik
digunakan boleh membahayakan pengguna dan merosakkan alat tersebut. Sebab
itu, alat pelindung diperlukan

Alat pelindung atau peranti pelindung yang biasa digunakan ialah fius dan
pemutus litar. Peranti pelindung berfungsi memutuskan aliran elektrik dalam litar
jika berlaku kebocoran elektrik atau sekiranya tenaga elektrik digunakan secara
berlebihan.Jika tiada peranti perlindung, kemalangan elektrik mungkin boleh
berlaku.

1.5.1 Renjatan Elektrik

Apabila berlaku renjatan elektrik, pengguna akan terdedah kepada bahaya


elektrik sehingga masalah yang menyebabkan renjatan dapat diatasi. Biasanya,
renjatan elektrik boleh menyebabkan kematian sekiranya tidak dirawat dengan
segera. Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan renjatan elektrik.
Antaranya termasuklah:

a. Kebocoran pendawaian seperti kabel pecah, sambungan yang rosak


dan tiada pembumian.
b. Kesilapan pendawaian elektrik semasa dibaiki dan diubahsuai oleh
orang yang tidak bertauliah.
c. Persekitaran yang basah.
d. Kerosakan alat elektrik.

Semasa renjatan elektrik berlaku,badan mangsa akan berfungsi


sebagai pengalir arus elektrik. Renjatan juga akan menyebabkan mangsa
melecur, pengsan dan perlu di beri rawatan segera. Sekiranya tidak dirawat
dengan segera, mungkin boleh mengakibatkan kematian kepada mangsa.
Berikut merupakan langkah yang perlu diambil apabila berlaku renjatan
elektrik:

a. Putuskan bekalan utama elektrik, jangan sesekali menyentuh mangsa


sebelum bekalan diputuskan.
b. Alihkan mangsa renjatan ke tempat yang selamat.
c. Berikan bantuan pernafasan sekiranya mangsa pengsan atau
pernafasannya terhenti.
d. Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

1.6 Kebakaran

Elektrik juga boleh menyebabkan kebakaran. Umumnya, terdapat beberapa


faktor yang menyebabkan hal ini berlaku, antaranya :

7
a. Berlaku kerosakan pada sistem penebatan kabel yang menyebabkan
litar pintas.
b. Penggunaan tenaga elektrik yang berlebihan.

c. Penggunaan fius yang salah

d. Penyambungan litar yang longgar pada peranti

1.6.1 Pencegahan Kebakaran

Kebakaran yang berlaku boleh menyebabkan kecederaan, kehilangan


nyawa dan kerugian harta benda. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan
kebakaran. Antaranya ialah:

i. Bahan mudah terbakar seperti gas, petrol dan sebagainya.


ii. Kecuaian pekerja yang tidak mematuhi peraturan semasa
bekerja dengan bahan api dan merokok di tempat kerja.
iii. Berlaku litar pintas yang disebabkan oleh kerosakan pada
pendawaian, peralatan dan mesin.

Bagi mengelakkan kebakaran, pengguna mesti sentiasa mematuhi


peraturan dan langkah keselamatan yang telah ditetapkan. Antara langkah yang
perlu diambil dan dipatuhi ialah:

i. Pastikan pendawaian elektrik di tempat kerja dalam keadaan


sempurna.
ii. Pastikan peralatan dan mesin yang menggunakan kuasa elektrik
sentiasa dalam keadaan selamat untuk digunakan.
iii. Pastikan bahan mudah terbakar tersimpan di tempat yang selamat
dan jauh dari punca api
iv. Pastikan alat pemadam api sentiasa dalam keadaan baik dan boleh
digunakan. Letakkannya di tempat yang mudah dicapai.

Dengan mengambil langkah berjaga-jaga, pengguna dapat mengelakkan


sebarang kejadian yang tidak diingini demi keselamatan semua pihak.

1.6.2 Alat Pemadam Api

Alat pemadam api ialah alat yang digunakan untuk memadam kebakaran.
Alat pemadam api yang sering digunakan adalah dalam bentuk silinder. Kaedah
menggunakan alat pemadam api perlu dipelajari oleh semua pihak agar dapat
bertindak dengan cara yang betul.

8
Apabila berlaku kebakaran,setiap pekerja yang berada di tempat kerja perlu
bersedia mengambil tindakan yang cepat dan tepat. Alat pemadam api yang
disediakan mesti digunakan dengan betul dan dapat membantu memadamkan
kebakaran.

Biasanya, alat pemadam api yang terdapat di tempat kerja digunakan untuk
memadamkan kebakaran yang kecil dan punca kebakaran sebelum pihak bomba
datang membantu. Adalah satu kesalahan sekiranya mana-mana bangunan tidak
menyediakan alat pemadam api kerana ia amat penting bagi mengelakkan
kebakaran kecil daripada terus merebak ke tempat lain.

Terdapat pelbagai alat pemadam api yang boleh digunakan untuk


memadamkan kebakaran. Selain itu, pasir dan air juga boleh digunakan bagi
memadamkan kebakaran yang berpunca daripada bahan seperti tilam,kain,kayu
dan perabot.

1.6.3 Peti Pertolongan Kecemasan

Semua pekerja perlu mempunyai pengetahuan asas tentang pertolongan


cemas supaya dapat membantu sekiranya berlakunya kemalangan atau
kecemasan di tempat kerja. Di samping itu, tempat kerja juga perlu dilengkapi
dengan peti pertolongan cemas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.6.

Rajah 1.6.1 Peti kecemasan dan peralatannya.

Peti ini hendaklah diletakkan di tempat yang sesuai dan mudah diperolehi
apabila ingin digunakan. Senarai kelengkapan dan ubat-ubatan yang perlu ada
dalam kotak peti pertolongan cemas serta kegunaannya ditunjukkan dalam Jadual
1.1.

Jadual 1.6.1 Senarai alat dan ubat yang perlu ada dalam peti
pertolongan cemas serta kegunaannya.

Alat/Ubat Kegunaan
1. Kain anduh Mengampu lengan yang patah atau

9
terseliuh
2. Kain Pembalut Kasa Membalut luka atau anggota yang
terseliuh
3. Gunting Memotong
4. Larutan Flavin Merawat luka
5. Larutan Antiseptik Merawat luka
6. Krim Antiseptik Merawat luka
7. Kapas Mencuci luka serta menyapu ubat pada
luka
8. Penampal Luka (Plaster) Membalut luka kecil

1.6.4 Rawatan Kecederaan

Apabila berlaku kecederaan seperti luka dan melecur, rawatan segera


hendaklah di berikan kepada mangsa sebelim bantuan perubatan tiba. Antara
beberapa langkah segera perlu di ambil ialah;

a. Rawatan luka
 Sapukan ubat antiseptic pada bahagian luka.
 Lekatkan penampal luka.
 Sekiranya luka besar, balutkan dengan kain kasa.
 Jika darah keluar banyak, tambahkan balutan kain itu.
 Tinggikan bahagian anggota yang berdarah untuk
memperlahankan darah keluar.

b. Rawatan mangsa patah

 Anggota yang patah tidak boleh di gerakan dan jangan sesekali


bertindak kasar.
 Gantungkan anggota yang patah dengan menggunakan kain
anduhuntuk mengampuanggota tersebut dengan berhati-hati.
 Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

c. Rawatan melecur

 Jangan sentuh pada tempat melecur


 Jangan letakan sebarang ubat jika keadaan tempat yang
melecur kelihatan teruk.

10
 Balutkan tempat melecur dengan kain pembalut yang
bersihsementara menunggu bantuan perubatan.
 Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

d. Sesak nafas

 Longgarkan ikatan seperti leher dan tali pinggang yang terdapat


pada badan mangsa.
 Alihkan mangsa ke tempat yang lapang untuk mendapatkan
pengaliran udara yang lebih baik.
 Tenangkan dan rehatkan mangsa.
 Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

11

You might also like