You are on page 1of 3

SISTEM-SISTEM PENDAWAIAN

Sistem Pendawaian ialah suatu sistem pemasangan litar elektrik yang


merangkumi pengalir, penebat, pelindung mekanikal, aksesori-aksesori
elektrik. Sistem pendawaian boleh dijalankan dengan berbagai-bagai cara
mengikut :
a.)Jenis perlindungan mekanikal
b.)Keadaan pemasangan kabel
c.)Jenis penebat kabel yang digunakan

Jenis-Jenis Sistem Pendawaian Yang Umum Digunakan


1. Pendawaian Permukaan ( Surface Wiring )
2. Pendawaian Tersembunyi ( Concealed Wiring )
3. Pendawaian Selongsong PVK ( PVC Casing Wiring )
4. Pendawaian Pembuluh PVK ( PVC Conduit Wiring )
5. Pendawaian Sesalur ( Trunking Wiring )

Struktur Pemasangan 3 Fasa

Pemasangan 3 Fasa

Domestik Industri

Sesalur Permukaan Kondiut Sesalur (Trunking)


(Casing) (Surface)

PVC Metal (Besi Metal PVC


bergalvani)
SISTEM PENDAWAIAN PEMBULUH / KONDIUT
(CONDUIT WIRING)

Pemasangan saluran atau paip di mana kabel pendawaian


dimasukkan ke dalamnya.
Saiz ~ 16mm, 20mm, 25mm, 32mm
Panjang ~ 3.75m

Langkah Dan Kaedah Pemasangan Kondiut Logam


Kondiut akan dipotong mengikut jarak yang dikehendaki
dengan menggunakan gergaji atau pemotong kondiut (Conduit
Cutter).
Hujung kondiut yang telah siap dipotong akan diratakan dengan
kikir sebelum dan selepas kerja membenang dilakukan. Ini akan
memastikan semua gerigis telah dibersihkan dengan
menggunakan pelulas.
Pemasangan dan penyambungan pembuluh logam dilakukan
dengan membuat bebenang dengan menggunakan Stock & Dies
dan bengkokkan dengan Pembengkok Pembuluh (Conduit
Bender).
Ragum kondiut (Conduit Wise) akan digunakan untuk
memegang kondiut semasa kerja gergaji dan membuat
bebenang.
Oil Can digunakan untuk mengisi minyak gerigis untuk kerja
membuat bebenang untuk melicinkan pembentukan bebenang
pada kondiut.
Penarikan kabel ke dalam kondiut hendaklah dimulakan dari
tengah-tengah sistem tersebut.
Fish Tape digunakan untuk penarikan kabel ke dalam kondiut.
Kebaikan Dan Kelemahan Pendawaian Sesalur (Trunking)

Kebaikan Kelemahan
Pemasangan tahan lasak Tidak kemas
Memberi perlindungan Harga pemasangan lebih
mekanikal mahal
Memberi keselanjaran bumi Tempoh menyiapkan
tambahan pemasangan lebih lama
Boleh digunakan di tempat Kerja membenang,
yang terdedah pada air, bahan membengkok dan membuat
kimia, kelembapan dan offset memerlukan alat tangan
kepanasan khas
Boleh membuat tambahan
pemasangan dengan tidak Memerlukan alat tambah dan
memerlukan mengubah penyokong
kedudukan pemasangan lama

You might also like