You are on page 1of 7

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH

SEMPENA HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE – 49, 2006.

1. NAMA PERTANDINGAN
1.1. Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bolasepak 7 Sebelah Sempena
Hari Kebangsaan Malaysia Yang Ke – 49, 2006.

2. PENGANJUR/ PENGELOLA
2.1. Pertandingan ini dianjurkan/dikelolakan oleh PEMADAM Daerah
Seremban, Cawangan Negeri Sembilan.
2.2 Tarikh pertandingan : 2 September 2006 ( Sabtu )
2.3 Masa : 8.00 Pagi hingga 6.00 Petang.
2.4 Tempat Pertandingan : Padang Kompleks Belia dan Sukan Negeri, Paroi
Seremban (Tepian Gelanggang)

3. HADIAH
3.1. Johan - Wang Tunai RM500.00 serta Hadiah Iringan
3.2 Naib Johan - Wang Tunai RM300.00 serta Hadiah Iringan
3.3 Ketiga - Wang Tunai RM200.00 serta Hadiah Iringan
3.4 Keempat - Wang Tunai RM100.00 sahaja

4. BAYARAN PENYERTAAN
4.1 Pasukan yang mengambil bahagian dikenakan bayaran penyertaan
sebanyak RM50.00 sahaja.
4.2 Tarikh tutup penyertaan - 25 Ogos 2006, Jam 5.00 Petang.
4.3 Tarikh undian - 30 Ogos 2006.

5. PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN

5.1. Setiap pasukan dikehendaki mendaftar tidak lebih dari sembilan (9) orang
pemain.
5.2 Pendaftaran pemain hanya diakui sah oleh Jawatankuasa Pertandingan
apabila butir-butir berikut dicatatkan dalam Borang Pendafiaran.
a) Nama Penuh
b) No. Kad Pengenalan
c) Tarikh Lahir
d) Tandatangan Pemain

5.3. Pemain yang tidak didaftarkan tidak dibenarkan mengambil bahagian.


Sekiranya berlaku demikian, penyertaannya dalam pertandingan ini akan
dibatalkan secara automatik. Semua perlawanan sebelumnya yang disertai
oleh pasukan tersebut dianggap tidak sah. Jika menang, kemenangan
percuma akan diberikan kepada pasukan lawan.

5.4. Seseorang pemain tidak boleh didaftar lebih dari satu pasukan. Pemain itu
akan digantung sepenuh perlawanan sekiranya didapati melanggar
peraturan ini.

5.5. Pengurus-pengurus pasukan dikehendaki menyertakan satu salinan Kad


Pengenalan setiap pemain bersama-sama dengan Borang Pendaftaran
Pemain kepada Jawatankuasa Pertandingan semasa mesyuarat Pengurus-
Pengurus Pasukan.

5.6. Pemain-pemain yang sedang menjalani hukuman pengantungan oleh


FIFA, FAM, Negeri atau Kelab sama sekali tidak dibenarkan mengambil
bahagian.

5.7. Pemain-pemain yang mempunyai kontrak pekerjaan dengan mana-mana


Persatuan Bolasepak Negeri tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.

5.8. Had umur pemain yang didaftarkan mestilah 15 tahun ke atas.


5.9. Sekiranya timbul sebarang kemusykilan berhubung taraf pemain-pemain,
maka perkara itu hendaklah diajukan kepada Jawatankuasa Pertandingan
dan keputusannya adalah muktamad.

6. FORMAT PERTANDINGAN
6.1. Pasukan-pasukan yang bertanding dibahagi kepada dua (2) kumpulan yang
akan ditentukan dengan cara undian.
6.2. Perlawanan dijalankan secara kalah mati. Johan kumpulan A akan bertemu
Johan Kumpulan B bagi menentukan johan dan naib johan. Naib Johan
kumpulan A bertemu Naib Johan kumpulan B bagi menetukan tempat
ketiga dan keempat.
6.3. Sekiranya perlawanan berkesudahan dengan seri, tendangan penalti
sebanyak 3 kali akan diberi dan jika ianya masih seri, pemenang akan
ditentukan dengan cara Toss of Coin (Ientingan syiling).

7. MASA PERLAWANAN DAN JADUAL PERTANDINGAN


7.1. Masa perlawanan ialah 7 minit bagi separuh masa pertama dan 7 minit
bagi separuh masa kedua dan satu minit diberi untuk pertukaran tempat.
7.2. Setiap perlawanan hendaklah mengikut jadual yang disediakan oleh
Jawatankuasa Pertandingan.
7.3. Pasukan yang bertanding hendaklah berada di padang 10 minit sebelum
perlawanan bermula. Kemenangan percuma akan diberi kepada mana-
mana pasukan jika pasukan lawan gagal berada di padang selepas lima (5)
minit dari masa sesuatu perlawanan sepatutnya dimulakan.
7.4. Perlawanan akan dijalankan dengan cara tujuh (7) pemain sebelah. Setiap
pasukan hendaklah mempunyai bilangan minima lima (5) pemain untuk
membolehkan sesuatu perlawanan dijalankan. Pasukan yang kurang dari
lima (5) akan dikira kalah dan kemenangan percuma akan diberi kepada
pasukan lawan.
8. PERTUKARAN PEMAIN
8.1. Sebanyak dua (2) pertukaran pemain termasuk penjaga gol
dibenarkan pada setiap perlawanan. Pemain yang telah digantikan tidak
dibenarkan bermain semula di dalam sesuatu permainan.

9. PENANGGUHAN PERTANDINGAN
9.1 Permohonan penangguhan permainan dari mana-mana pasukan tidak akan
dilayan. Walaubagaimanapun, Jawatankuasa Pertandingan berhak
meminda susunan atau masa perlawanan jika diperlukan. Sebarang
pindaan yang dilakukan akan dimaklumkan kepada Pengurus Pasukan
masing-masing dengan seberapa segera.

10. HUKUMAN
10.1. Seseorang pemain yang telah menerima dua (2) kad kuning dalam satu
perlawanan secara otomatik diberi kad merah dan diarah keluar padang
serta digantung satu permainan.
10.2. Seseorang pemain yang telah menerima dua (2) kad kuning
dalam 2 perlawanan secara otomatik tidak dibenarkan bermain dalam satu
perlawanan seterusnya.
10.3. Seseorang pemain yang dikenakan hukuman kad merah diarah
keluar padang dan digantung satu perlawanan seterusnya.

11. BANTAHAN
11.1. Sebarang bantahan hendaklah dikemukakan kepada Pengerusi
Jawatankuasa Pertandingan secara bertulis dan hendaklah ditandatangani
oleh Pengurus Pasukan dalam tempoh 10 minit setelah berakhirnya
perlawanan berserta dengan wang tunai RM 100.00.
11.2. Wang bantahan tidak akan dikembalikan jika bantahan itu ditolak.
11.3. Bantahan berhubung dengan fakta perlaksanaan undang-undang
oleh pengadil tidak akan dilayan. Keputusan pengadil pertandingan adalah
muktamad.
11.4. Sebarang bantahan hendaklah disertakan dengan bukti yang kukuh.

12. PERATURAN AM
12.1. Semua pemain diwajibkan berpakaian lengkap sukan bolasepak
12.2. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab di atas apa-apa tuntutan
kerugian, kecederaan atau kemalangan sebelum, semasa dan selepas
pertandingan.

13. HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKAN


13.1. Segala hal yang tidak diperuntukan di bawah mana-mana peraturan atau
goal perbezaan taksiran akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan
dan keputusan itu adalah muktamad.

" MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA ”

Saya yang menjalankan tugas,

ISMAIL BIN SYED MOHAMED


Pengerusi Jawatankuasa Pengelola

Keterangan lanjut sila hubongi saya, nombor telefon : 012-6634064.


PERTANDINGAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH SEMPENA
HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE – 49, 2006

Borang Pendaftaran

Nama Pasukan : ……………….……………………………………………

Nama Pengurus Pasukan : …………………………….………………………………

Alamat : ………………....………………………………………….

…………………….………………………………………

.............................................................................................

No. Telefon Pengurus Pasukan ……………………………………………………………


(Pejabat) / (Rumah) / (H/Pbone)

Warna Jersi (Jika Ada) : ………………………………………………

Bil NAMA PEMAIN NO. K/P TARIKH T/TANGAN


LAHIR
1

Bayaran Penyertaan RM 50.00 Satu Pasukan (Tunai / Cek / Wang Pos )


Setiap Bayaran Akan Dikeluarkan Resit Rasmi. (No. Resit : ……………….)

Pengesahan Pengurus Pasukan

Tandatangan Pengurus : ……………………………………………………

(Nama : )

Tarikh : ………………

* Untuk Kegunaan Urus setia

You might also like