You are on page 1of 11

Tugasan 1

Huraikan dengan terperinci apakah yang dimaksudkan dengan

1. Kitaran sistemik (systemic circulatory)


2. Kitaran pulmonary (pulmonary circulatory)

Pengenalan bagi sistem peredaran (kitaran)

Sistem peredaran terdiri daripada siri-siri saluran yang rumit dan sesuai untuk
mengangkut serta mengagihkan darah ke tisu-tisu. Salur darah yang mengangkut darah
beroksigen keluar dari jantung dipanggil arteri manakala salur darah yang membawa darah
nyahoksigen balik semula ke organ jantung dipanggil vena. Arteri merupakan salur yang
besar, berongga, kenyal dan mempunyai dinding berotot sesuai untuk mangangkut darah
beroksigen yang bertekanan tinggi. Vena pula mempunyai injap untuk menghalang
pengaliran semula darah. Di antara arteri dengan vena wujud kapilari darah yang menjadi
penghubung bagi arteri dan vena. Darah adalah satu utusan yang membawa oksigen kepada
tisu dan memindahkan asid laktik, karbon dioksida, dan hasil sampingan yang lainnya
daripada tisu-tisu. Darah disalurkan oleh sistem peredaran tetapi melaksanakan tugasnya di
kapilari-kapilari.

Kitaran Sistemik

 Atrium kiri menerima darah beroksigen daripada paru-paru.

 Ventrikel kiri mengepam darah tersebut ke seluruh tubuh melalui aorta

 Oksigen dibekalkan kepada tisu-tisu tubuh dan karbon dioksida diangkut


keluar.

Kitaran Pulmonari

 Atrium kanan menerima darah daripada tisu-tisu badan.

 Ventrikel kanan mengepam darah tersebut ke paru-paru melalui batang


pulmonari

 Di paru-paru, darah mengambil oksigen dan melepaskan karbon dioksida.


Penjelasan tentang kitaran Pulmonari dan kitaran Sistemik

Kaedah litar peredaran (kitaran) pulmonari adalah pengangkutan darah tidak


beroksigen dari jantung ke paru-paru. Darah beroksigen akan kembali ke jantung. Darah akan
masuk ke atrium kanan di mana semasa menguncup akan mengarahkan darah melalui injap
trikuspid ke ventrikel kanan. Ventrikel kanan menguncup untuk menolak darah melalui arteri
pulmonari ke pembuluh pulmonari. Pembuluh pulmonari berpecah dua iaitu satu ke arteri
pulmonari kanan yang membawa darah ke paru-paru kanan dan satu lagi arteri pulmonary
kiri yang membawa darah ke pulmonary kiri. Di dalam paru-paru, arteri pulmonari bercabang
ke arteri yang lebih kecil yang dinamakan arteriole. Arteriole bersambung ke bahagian bawah
kapilari yang mengandungi tisu paru-paru alveoli. Pertukaran gas berlaku di sini, karbon
dioksida meninggalkan sel darah merah dan dikeluarkan ke udara dalam alveoli untuk
dibuang dalam paru-paru. Oksigen dari udara dalam alveoli bergabung dengan hemoglobin
dalam sel darah merah. Dari kapilari darah bergerak ke vena kecil atau venules. Venules
adalah dari kiri dan kanan paru-paru dan membentuk vena pulmonari. Vena ini akan
membawa darah beroksigen dari paru-paru balik ke jantung dan atrium kiri. Atrium ini
menguncup, menghantar darah melalui injap bikuspid ke ventrikel kiri. Ruang ini bertindak
sebagai pam untuk darah beroksigen yang baru (segar). Bila ventrikel kiri menguncup, ia
akan menghantar darah beroksigen melalui injap semilunar aortik kemudiannya aorta.

Rujukan:

1. http://www.slideshare.net/imie/sistem-kardiovaskular
2. http://www.sabahan.net/forum/anatomi-dan-fisiologi-latihan-t-1387.html
3. http://pjk.ipti.edu.my/nota/Pengaliran%20Darah%20&%20Pengangkutan
%20Gas.fl.doc
Tugasan 2:

Lukis dan labelkan semua bahagian sebuah jantung

Rujukan:

1. http://infopendidikanjasmani.blogspot.com/2010/05/kadar-nadi.html
2. http://www.dph.gov.my/cdc/downloads/guidelines/ihu/Senaman%20Untuk%20Bakal
%20Jemaah%20Haji.pdf
Tugasan 3:

Huraikan fungsi-fungsi

i) AV Valve
ii) Semilunar Valve
Tugasan 4:

Kecacatan/masalah yang berlaku pada jantung

KECACATAN JANTUNG
Pengenalan
Kecacatan jantung sejak lahir terjadi dalam 8 per 1000 kelahiran. Tanda dan gejala
yang ditunjukkan oleh anak berbeza antara satu sama lain mengikut darjah kecacatan masing-
masing.
Jantung mempunyai 4 ruang, 2 atrium dan 2 ventrikel. Darah tanpa oksigen kembali
dari tubuh masuk ke dalam atrium kanan dan ventrikel kanan. Darah kemudian dipam melalui
injap pulmanari ke paru-paru untuk mengambil oksigen. Darah beroksigen kemudian masuk
ke dalam atrium kiri dan ventrikel kiri dan dipam ke seluruh tubuh melalui aorta. Tekanan
sistemik adalah lebih tinggi dari tekanan pulmonary.

Tanda-tanda kecacatan jantung pada anak


Bayi yang mempunyai kecacatan jantung biasanya menunjukkan tanda-tanda berikut:
1. Gangguan deruan jantung (murmur) : bunyi ini dihasilkan oleh gangguan atau
tubulasi aliran darah contohnya apabila terdapat lubang pada jantung atau laluan injap
yang sempit. Bunyi murmur ini tidak begitu ketara semasa lahir malah hanya dikesan
apabila anak sudah agak besar dan kelihatan sihat dalam aliran sistemik.
2. Kebiruan (cyanosis) : bayi mungkin kelihatan kebiruan sejak lahir. Ini disebabkan
oleh kandungan darah tanpa oksigen yang tinggi dalam darah.
3. Kegagalan jantung : bayi mungkin sesak nafas ketika rehat atau semasa menyusu.
4. Pertumbuhan berat badan terganggu disebabkan oleh kegagalan jantung atau
kekurangan oksigen dalam penyakit jantung .
Jenis-jenis kecacatan jantung:
1. Pink (acyanotic) heart defects with shunt
a) Ventricular septal defect (VSD): terdapat lubang diantara dinding ventrikel kiri dan
kanan yang menyebabkan aliran darah balik. Lubang yang kecil biasanya akan
menutup sendiri. Pembedahan jantung terbuka bergantung kepada saiz dan lokasi
lubang tersebut .
b) Atrial septal defect (ASD) : terdapat lubang di antara atrium kanan dan kiri. ASD
sederhana boleh ditutup dengan penutup khas (tanpa pembedahan jantung terbuka).
Bagi lubang yang besar pembedahan perlu dilakukan.
c) Atrio-ventricular septal defect (AVSD): biasanya dikaitkan dengan sindrom Down.
Sekiranya memerlukan pembedahan jantung, ia akan dilakukan seawal usia setahun.
d) Patent ductus arteriosus (PDA) : terdapat saluran darah menghubungkan aorta dan
arteri pulmonary. PDA yang kecil boleh ditutup menggunakan penutup khas (tanpa
pembedahan jantung terbuka). PDA yang besar tetap memerlukan pembedahan
jantung untuk menutup saluran. Bagi bayi yang lahir pramatang saluran ini tetap
terbuka ketika sakit dan ubat boleh diberikan untuk menutupnya.

2. Blue (cyanotic) heart defects


a) Transposition of great arteries (TGA): dalam hal ini pembuluh darah yang dari
ventrikel bersambung sehingga berlakunya penigkatan aliran darah dan menyebabkan
kegagalan jantung. Dalam kes tertentu sebahagian bayi perlu menjalani prosedur
tertentu sejurus selepas lahir.
b) Fallot tetralogy – kecacatan ini melibatkan VSD dan penyempitan injap pulmonary
sehingga mengurangkan kadar aliran darah. Pembedahan paliatif (meringankan)
biasanya dilakukan sebelum pembedahan pembetulan.

3. Kecacatan jantung jenis sumbatan


a. Pulmonary stenosis (PS) : Terjadi apabila berlaku penyempitan antara ventrikel kanan dan
arteri pulmonary . Penyempitan injap ini boleh diatasi dengan memasukan belon melalui
salur darah di kaki.
Penyakit Jantung
Penyakit jantung adalah penyakit yang mengganggu sistem pembuluh darah atau lebih
tepatnya menyerang jantung dan urat-urat darah. Beberapa contoh penyakit jantung seperti
jantung koroner, serangan jantung, tekanan darah tinggi, stroke, sakit di dada (biasa disebut
"angina") dan penyakit jantung rematik.Penyakit jantung koroner merupakan penyakit
jantung yang penderitanya paling banyak. Penyakit ini menyerang pembuluh darah dan dapat
menyebabkan serangan jantung. Serangan jantung disebabkan oleh pembuluh arteri yang
tersumbat sehingga menghambat penyaluran oksigen dan nutrisi ke jantung. Stroke
disebabkan oleh kurangnya aliran darah yang mengalir ke otak yang terkadang menyebabkan
pendarahan di otak.
Namun, tidak semua penyakit jantung disebabkan oleh terserangnya pembuluh darah.
Berikut ini beberapa gangguan lain pada jantung, yaitu:Abnormal Heart Rhythms Normalnya
jantung berdetak 60-100 kali setiap menit (atau sekitar 100 ribu kali setiap harinya). Jantung
yang bedetak tidak normal biasanya disebut arryhytmia (sering juga disebut dengan
dysrhythmia). Jantung yang berdetak terlalu lambat (dibawah 60 kali per menit) disebut
bradyarrhythmias. Sedangkan yang berdetak di atas 100 per minit disebut dengan
tachyarrhytmias. Heart Failure atau gagal jantung merupakan pemyakit jantung yang paling
menakutkan. Bukan berarti jantung tidak dapat bekerja sama sekali, hanya saja jantung tidak
berdetak sebagaimana mestinya. Heart Valve Disease Rusaknya katup jantung. Katup jantung
terdapat pada setiap bilik jantung (jantung kita memiliki empat buah bilik) yang berfungsi
mengatur aliran darah searah menuju jantung. Congenitas Heart DiseaseAtau biasa disebut
dengan kelainan pada jantung. Menyerang 8-10 anak dari setiap 1000 kelahiran. Gejala awal
biasanya terdeteksi saat kelahiran atau pada masa kanak-kanak.
Cardiomyopathies menyerang pada otot jantung itu sendiri. Mereka yang terserang
penyakit ini biasanya mengalamai pembesaran atau pengecilan jantung secara tidak normal
dan atau bahkan menjadi kaku. Hal itu menyebabkan jantung memompa darah secara tidak
normal (menjadi lebih lemah). Tanpa penanganan yang baik, cardiomyopathies akan
menyebabkan penyakit yang lebih buruk seperti gagal jantung atau menyebabkan jantung
berdetak tidak normal. Pericarditis adalah radang yang mengelilingi lapisan jantung. Kondisi
ini jarang terjadi dan biasanya disebabkan oleh infeksi. Ada banyak faktor yang
menyebabkan kerentanan terhadap penyakit jantung. Faktor utama adalah gaya hidup yang
menyebabkan seolah-olah kita membangun penyakit tersebut di dalam tubuh. Tapi ada
beberapa faktor yang memang tidak dapat diubah, seperti bertambahnya umur dan juga faktor
keturunan.
Jenis-jenis penyakit jantung:
1. Penyakit injap jantung
Jantung mempunyai empat injap. Injap-injap tersebut boleh menjadi sempit atau
bocor. Injap jantung merupakan bahagian yang sering dirosakkan oleh penyakit
'thematik fever'.
2. Penyakit jantung kongenital
Ia berlaku semasa kelahiran. Dinding jantung yang tidak tertutup dengan sempurna
menyebabkan jantung berlubang.
3. Penyakit otot-otot jantung
Apabila otot jantung rosak, fungsi jantung sebagai pam akan tergendala. Penyakit
yang sering merosakkan otot jantung ialah darah tinggi, serangan virus dan sesetengah
tidak diketahui puncanya.
4. Gangguan degupan jantung
Jantung mempunyai pendawaian semulajadi, berdenyut mengikut rentak (timer) yang
menerima rangsangan terus dari sistem saraf dan hormon di dalam darah. Kelainan
pada sistem pendawaian, kerosakan rentak atau otot-otot jantung menyebabkan
jantung berdenyut terlalu laju atau perlahan (aritmia).
5. Penyakit jantung koronari
Ia berlaku apabila pembuluh koronari yang membawa darah ke jantung yang licin dan
tidak mempunyai apa-apa lapisan ini menjadi tebal dan sempit. Penyempitan ini
berlaku kerana lemak atau kolestrol di dalam darah melekat pada dinding pembuluh
tersebut. Ia menyukarkan perjalanan darah daripada mengalir ke otot-otot jantung.
Implikasinya berlaku 'ischemia' di mana jantung kekurangan oksigen dan tenaga
untuk bekerja dan mengakibatkan seseorang itu berasa sakit dada. Jika ia berlaku
secara tiba-tiba maka bekalan darah ke jantung akan terputus. Ia dikenali segabai
'heart attack' dan pesakit akan mati secara tiba-tiba.

Rujukan:
1. http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Kanak-kanak/KECACATANJANTUNG.pdf
2. http://artikelorganik.blogspot.com/2008/07/jenis-jenis-penyakit-jantung.html
Tugasan 5:

Kira Kadar nadi latihan anda untuk 80%

Formula Karvonen

KNL = KNR+% intensiti latihan [KNM-KNR]

KNL (kadar nadi latihan)

KNR (kadar nadi rehat)

% intensiti latihan (60% hingga 75%)

KNM (kadar nadi maksimim)

(KNM= 220-umur)

Pengiraan:

Umur: 21

KNR: 75 denyutan seminit

Intensiti latihan: 80%

=75+80/100 [(220-21)-75]

=75+4/5 [199-75]

=75+4/5 [124]

=75+99

= 174 denyutan seminit untuk intensiti latihan 80%.

Rujukan:

1. http://infopendidikanjasmani.blogspot.com/2010/05/kadar-nadi.html
2. http://www.dph.gov.my/cdc/downloads/guidelines/ihu/Senaman%20Untuk%20Bakal
%20Jemaah%20Haji.pdf

You might also like