P. 1
Definisi Ahli Sunnah Wal Jamaah

Definisi Ahli Sunnah Wal Jamaah

|Views: 1,790|Likes:

More info:

Published by: Mohamad Nazrien Hassan on Jan 17, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/19/2013

pdf

text

original

Pendahuluan

Mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah ialah kumpulan orang Islam yang berpegang pada iktikad yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dan ianya merupakan mazhab yang paling dominan dalam sejarah umat ini serta benar mengikut apa yang dikehendaki oleh ajaran dan amalan Islam. Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w dan apabila berakhirnya zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin, ajaran Islam semakin luas dan bilangan umat Islam bertambah semakin ramai. Namun begitu, pertambahan umat Islam ini telah menimbulkan pelbagai ideologi bagi permasalahan yang terjadi. Berdasarkan ideologi-ideologi tersebut maka lahirlah fahaman-fahaman yang kebanyakannya bertentangan dengan ajaran Islam. Hal ini jelas dinyatakan dalam hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a bahawa baginda s.a.w bersabda ³Sesungguhnya Bani Israil berpecah menjadi tujuh puluh satu golongan. Dan sesungguhnya umatku akan berpecah menjadi satu tujuh puluh tiga golongan

(firqah),semuanya

masuk

neraka

melainkan

golongan

iaitu

al-Jamaah.´

Berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w, golongan al-Jamaah merupakan puak yang berpegang dengan iktikad Ahli Sunnah wal Jamaah. Justeru, Ahli Sunnah wal Jamaah merupakan golongan yang teguh berpegang dengan petunjuk yang tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu kitab Allah, Sunnah Rasulullah s.a.w dan ijma¶ para sahabat. Namun begitu, walaupun kebenaran telah terbukti berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w, gambaran-gambaran menyeleweng yang terkeluar dari landasan kebenaran terus berlaku di tengah masyarakat, khususnya berkaitan dengan akidah.

1

namun setakat manakah yang mengamalkan ajaran tersebut dengan sepenuhnya? Semoga dengan terhasil tugasan ini dapat memberi penjelasan yang benar tentang takrif dan latar belakang Ahli Sunnah wal Jamaah. walaupun kini kira-kira 90% umat Islam di seluruh dunia berpegang dengan iktikad Ahli Sunnah wal Jamaah. Mudah-mudahan kaum muslimin akan terus berada di jalan yang benar dan tidak sesekali tergelincir ke dalam iktikad yang sesat lagi menyesatkan jiwa dan akidah Islam yang suci dan murni. 2 .Penyudah bicaranya.

Disini jelas dinyatakan oleh baginda s.w mengikut al-Quran dan hadis. Dalam Sunan Ibn Majah riwayat dari Abu Hurairah r.a. kepercayaan dan amalan) yang dibawa oleh Rasulullah s.w dan mereka dinamakan al-Jamaah kerana bersatu di atas prinsip kebenaran dan tidak berpecah belah dalam agama. Mereka dinamakan ahli sunnah kerana pegangan mereka menepati sunnah Rasulullah s.w dan para sahabat baginda. Penggunaan istilah Jama'ah Muslimin memang terdapat dalam hadis-hadis. dan satu golongan dalam syurga. Jawab Baginda "Jamaah". Maksud Ahli Sunnah wal Jamaah ialah mereka yang menurut jejak Nabi s. Orang-orang Nasara pula berpecah menjadi tujuh puluh dua golongan. mereka bersatu mendokong al-haq (kebenaran) yang dibawa oleh para imam kaum muslimun serta tidak sesekali menentangnya. tujuh puluh satu golongan mereka dalam neraka.a.a: Maksudnya: "Orang-orang Yahudi telah berpecah menjadi tujuh puluh satu golongan atau puak(firqah) dan umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan".a.a.w bahawa golongan yang selamat ialah Jamaah dan istilah Jamaah inilah yang diidentikkan dengan Ahli Sunnah wal Jamaah. 3 .a.w bersabda Maksudnya: "Orang-orang Yahudi telah berpecah kepada tujuh puluh satu golongan. Demi Tuhan yang dirl Muhammad berada dalam tangan kekuasaanNya. benar-benar umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga golongan. Satu golongan daripada mereka itu dalam syurga dan yang tujuh puluhnya dalam neraka. terutamanya dua istilah iaitu "jamaah" dan "firqah" iaitu jamaknya "firaq".Definisi Ahli Sunnah wal Jamaah Ahli Sunnah wal Jamaah atau dikenali sebagai Jamaah Muslimin merupakan kumpulan orang Islam yang berpegang dengan iktikad (ajaran. Sebuah hadis lagi diriwayatkan daripada 'Auf bin Malik bahawa baginda s. satu golongan berada dalam syurga dan tujuh puluh dua dari mereka dalam neraka' Baginda ditanya: Siapakah mereka (yang masuk syurga) itu?".

dan namanya biasa disebut-sebut bersekali dengan nama Imam Abu alHasan al-Asy'ari. Beliau dilahirkan di kampung Maturid di Samarqand. Imam Hafiz al-Baihaqi. apabila dikatakan Ahli Sunnah wal Jamaah. sepuluh tahun setelah meninggalnya Imam Abu Hasan al-Asy'ari. yang dimaksudkannya ialah aliran yan diajarkan oleh Imam Abul Hasan al-Asy'ari dan Abu Mansur al. guru pada Imam al-Ghazali.Maturidi. Antara kitab-kitab yang dihasilkannya ialah al-Ibanah fi Usuli'd-Diyanah. Pada mulanya beliau berpegang dengan fahaman Mu'tazilah sebagaimana diajarkan oleh gurunya al-Jubba'i. Imam al-Baqillani. Imam al-Qusyairi.a juga dianggap sebagal pengasas Ahli Sunnah wal Jamaah. alJuwaini. Antara para ulama besar yang menyebarkan aliran al-Asy'ari ini ialah Imam Abu Bakar al-Qaffal. Imam alGhazali. Beliau mempertahankan pegangan Ahli Sunnah dalam menghadapi pelbagai fahaman yang bertentangan dan batil pada zamannya. Maqalat al-Islamiyyin dan alMujaz. Imam Fakhruz-Razi. Imam 'Izzud-Din ibn 'Abdiss-Salam yang semuanya pendokong aliran Ahli Sunnah sebagaimana yang dihuraikan oleh Imam Abdul Hasan al-Asy'ari.a dan Syeikh Abu Mansur al-Maturidi r. Kemudian beliau meninggalkan aliran itu setelah mendapat hidayah daripada Allah.Pengasas mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah Golongan Ahli Sunnah wal Jamaah diketuai oleh dua orang ulama' besar iaitu Syeikh Abu Hasan al-Ash'ari r. 4 . Oleh kerana jasanya dalam mengemukakan pandangan Ahli Sunnah wal Jamaah persepsi masyarakat pasti akn terfikir akan dua tokoh ulama¶ ini sebagaimana yang disebutkan dalam Syarah Ihya' oleh Murtada az-Zabidi. Imam Abu Mansur al-Maturidi r.a. sama seperti zaman Imam Abul Hasan al-Asy'ari. Abu Hasan al-Asy'ari dilahirkan di Basrah pada tahun 260 Hijrah dan meninggal dunia di Basrah pada tahun 324 Hijrah. Abu Ishaq al-Isfara'ylni. Imam al-Haramain. Asia Tengah dan meninggal di sana juga pada tahun 333 Hijrah.

syarat-syarat ijtihad dan imamah. serta mereka boleh membezakan antara riwayat-riwayat yang sahih. dan mereka mengharamkan mut'ah serta berpegang kepada wajibnya taat kepada Sultan di dalam perkara yang bukan maksiat terhadap Allah. laitu mereka yang berpegang kepada hadis (dan tidak begitu berpegang kepada fikiran. balasan azab.a. Golongan Ahli Sunnah yang ketiga ialah mereka yang mempunyai ilmu yang cukup tentang sanad riwayat hadis-hadis Nabi s. serta mereka mempercayai bangkit dari kubur serta soalan Munkar dan Nakir di dalamnya. zatNya dan mereka yang bersih daripada pegangan Qadariyah dan Mu'tazilah. Mereka ini juga berpegang kepada wajibnya istinbat hukum hukum Syariat daripada al-Quran.w.a. pahala.w. Mereka ini termasuk daripada golongan mutakallimin yang bebas daripada tashbih dan ta'til daripada perkara-perkara bidaah Rawafid. juga percaya akan sabda Nabi s. ra'y) dan yang berpegang kepada hadis (selepas daripada berpegang kepada Quran). dan mereka tahu tentang sebab-sebab 'cedera'nya para periwayat. Mereka ini terdiri daripada golongan yang beriktikad tentang dasar-dasar agama (usuluddin) mazhab yang percaya kepada sifat-sifat Allah. Mereka percaya kepada harusnya memandang Wajah Allah di akhirat dengan pandangan mata tanpa tashbih dan ta'til. 5 . Sunnah dan ijma' para Sahabat. Jahmiyah. Kedua: Imam-imam dalam ilmu fiqh yang terdiri daripada dua golongan. Mereka percaya kepada kekalnya nikmat syurga dan ahlinya serta kekalnya azab neraka dan ahlinya. nubuwwah. shafa'at . Najjariyah dan lain-lain golongan sesat yang mengikut hawa nafsu. Diri mereka bersih daripada sebarang bentuk bidaah yang mengikut hawa nafsu. Mereka percaya kepada Khulafa arRasidin serta mereka memuji golongan salaf as-Salih dengan pujian yang baik dan berpegang bahawa wajibnya solat jumaat. serta mereka mengamalkan gaya hidup Islam. keampunan dosa dan mereka tidak mensyirikkan Allah. yang dhaif. Khawarij.w. berlakunya tiga talak.a. sirat. serta sunnah-sunnah yang datang daripada Baginda s.Golongan Ahli Sunnah wal Jamaah Pertama: Mereka yang mempunyai keyakinan berkaitan dengan bab-bab mengesakan Allah. .

Sesiapa daripada mereka yang cenderung kepada sesuatu daripada aliran bidaah sesat kaum tersebut. Mereka menghuraikan ilmu mereka dengan menggunakan jalan ibarat dan isyarat mengikut perjalanan ahli-ahli ilmu hadis. Agama golongan sufiyah ini adalah agama tauhid yang menolak tashbih dan 6 .dan 'adil'nya mereka serta mereka tidak mencampuradukkan ilmu mereka itu dengan sesuatu daripada ahli hawa nafsu yang sesat. pemandangan dan hati semuanya akan ditanya tentang kebaikan dan kejahatan yang dilakukan. nahu. al-Akhfash. Golongan yang keenam ialah golongan ahli-ahli zuhud dan sufiyah (al-zuhhad alsufiyah). Mereka mempunyai pandangan yang tajam. al-Farra'. dan mereka menguji diri dengan mendapat pengalaman dalam bidang rohaniah (absaru fa aqsaru wa'khtabaru) serta mereka mengambil iktibar sebaiknya dan redha dengan apa yang ditakdirkan oleh Allah. maka mereka tidak termasuk ke dalam golongan Ahli Sunnah wal Jamaah dan pendapatnya tidak boleh dijadikan hujah lagi. serta mampu mengawal diri daripada perkara yang tidak sepatutnya. Mereka sentiasa rasa memadai dengan rezeki yang sedikit (yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka). al-Mazini dan Abi 'Ubaid. al-Asma'i. Mereka juga menghisab diri mereka di atas amalan yang dilakukan walau sebesar zarah. Abu 'Amru bin al-'Ala. Sibawaih. dan mereka mempersiapkan diri mereka dengan persiapan yang sebaiknya bagi hari yang penghabisan iaitu akhirat. bukan mengikut mereka yang mengeluarkan kata-kata kosong serta tidak melakukan apa yang baik kerana riak dan mereka tidak meninggalkan apa yang baik itu kerana malu kepada sesiapa. dan mereka tahu bahawasanya pendengaran. dan lain-lain imam dalam nahu yang terdiri daripada golongan orang-orang Kufah dan Basrah yang tidak mencampuradukkan ilmu mereka dengan bidaah-bidaah yang sesat seperti kaum Qadariyah. tasrif dan mengikuti perjalanan imam-imam dalam ilmu bahasa seperti al-Khali'l. Golongan yang keempat ialah mereka yang mempunyai ilmu tentang sastera. Rafidah atau Khawarij. Golongan yang kelima ialah mereka yang mempunyai ilmu yang mantap berkaitan dengan pembacaan Quran (qira'at) serta dari segi tafsir ayat-ayat Quran dan ta'wilta'wilnya yang sesuai dengan mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah.

Mereka berpaling daripada menentang apa yang ditentukan Allah. Maksudnya: "Itulah pemberian daripada Allah yang dikurniakan kepada sesiapa vang dikehendakinya dan Allah mempunyai pemberian yang amat besar'. Sentiasa memadai dengan apa yang direzekikan olehNya. (Diedit dari koleksi ilmiah Muhammad Uthman el-Muhammady) 7 . wa'd. dan mereka merujuk kepada ulama' Ahli Sunnah dalam bimbingan ajaran-ajaran agama serta mereka mengikut para ulama' dalam perkara-perkara furu' berkenaan dengan halal dan haram. benarbenar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami". Yang dimaksudkan dengan golongan ini ialah golongan yang beriktikad bahawa benarnya ulama' Ahli Sunnah wal Jamaah. berpegang kepada bab-bab keadilan Tuhan dan TauhidNya. bertawakkal kepadanya serta tunduk taslim bagi perintahnya. Mereka tidak beriktikad dengan perkara yang ada dalam pegangan golongangolongan ahli kesesatan. berjuang melawan musuh kaum muslimin. Inilah golongan-golongan yang berada dalam kalangan Ahli Sunnah wal Jamaah. Golongan kelapan ialah golongan yang mendokong mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah. bukannya mendokong tempat-tempat yang merupakan syiar-syiar bagi golongangolongan yang sesat dan mengikut hawa nafsu. Golongan yang ketujuh ialah golongan yang bersiap sedia menjaga kubu-kubu muslimin (di sempadan Negeri Islam) dalam menghadapi orang-orang kafir.mazhab mereka ialah menyerah diri tunduk kepada Allah. wa'id. memberi perlindungan kepada para wanita dan rumah tangga mereka serta menzahirkan pada kubu-kubu mereka itu mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah dalam hubungan mereka inilah Allah turunkan firmannya: Maksudnya: "Dan mereka yang berjihad untuk (mencari keredaan) Kami. Mereka itu adalah sebagaimana yang digambarkan dalam al-Quran.

w adalah dengan roh sahaja. Kedua. Hingga mereka tidak mengakui khalifah Abu Bakar. Umar dan Uthman. sebagaimana katanya apabila seseorang itu kafir maka kebajikan yang bagaimanapun dilakukan tidak memberi manfaat juga. Semuanya bercanggah dengan ideologi yang dibawa oleh Ahli Sunnah wal Jamaah. 8 . Tuhan tidak boleh dilihat dalam syurga dan orang-orang yang melakukan dosa besar diletakkan antara syurga dan neraka. Mereka ini kemudiannya berpecah kepada lima golongan.a.a. kaum Mu'tazilah yang mempunyai fahaman bahawa Allah tidak mempunyai sifat-sifatnya. Antara mereka ada yang mengkafirkan beliau. dan manusia bebas melakukan amalnya sendiri. Pertama.Golongan yang bercanggah dengan Ahli Sunnah wal Jamaah Dalam Bughyatu'I-Mustarshidin 32 disebutkan bahawa yang dikatakan tujuh puluh dua golongan yang sesat itu ialah mereka yang terdiri daripada tujuh golongan. Kelimanya ialah golongan Najjariyah yang mempunyai pegangan bahawa perbuatan manusia dijadikan oleh Tuhan dan Tuhan tidak mempunyai sifat-sifat tersendiri. Mereka ini berpecah menjadi dua puluh dua golongan. Mereka berpecah kepada tiga golongan. golongan Khawarij yang terlalu berlebihan dalam membenci Saidina Ali r. kaum Syiah yang terlalu melebihi dan memuja Saidina Ali dan keluarganya. orang-orang yang melakukan dosa besar menjadi kafir Mereka ini kemudiannya berpecah menjadi dua puluh golongan. Ketiga. Kemudiannya mereka ini berpecah menjadi dua puluh golongan. Pada pandangan mereka. Keempatnya ialah kaum Murji'ah yang mempunyai pegangan bahawa sesiapa yang melakukan dosa tidak akan mendatangkan mudarat apabila sudah beriman. Mereka juga beranggapan bahawa mikraj Nabi s.

naik tangga dan turun tangga dan sebagainya. Oleh itu.Keenamnya ialah kaum Jabbariyah yang mempunyai keyakinan bahawa manusia tidak terdaya apa-apa. ada kaki. iaitu kaum yang mempunyai pegangan bahawa Tuhan mempunyai sifat-sifat sebagaimana yang ada pada manusia. Mereka terdiri daripada satu golongan sahaja. umpamanya Tuhan ada tangan. Ketujuhnya ialah kaum Musyabbihah. jumlah mereka semuanya adalah tujuh puluh dua golongan. Mereka terdiri dari satu golongan sahaja. usaha atau ikhtiar manusia tidak ada sama sekali. 9 . duduk atas Arasy.

y Al-Ittiba¶ Ahli Sunnah wal Jamaah sentiasa mengikut al-Sunnah. kerana mereka adalah contoh teladan yang baik tentang ilmu. bersatu dengan kaum muslimin yang lain dan menjauhkan diri daripada perpecahan serta perselisihan dalam agama. bertilawah dan mengkaji tafsirannya. amalan dan juga dakwah. Seterusnya memberi perhatian terhadap hadis dengan menimba ilmu pengetauhan yang terkandung di dalamnya dan mengukuhkan pengetauhan yang telah diperoleh dengan amalan. Seterusnya memelihara diri daripada golongan yang bercanggah dengan mereka. y Al-Iqtida¶ Golongan ini sentiasa mengikut jejak a¶immat al-huda yang adil. A¶immat al-huda itu ialah para sahabat dan golongan yang mengikut jejak mereka. 10 .Ciri-ciri Ahli Sunnah wal Jamaah y Berpegang dengan al-Kitab dan al-Sunnah Golongan yang berpegang dengan ajaran ini akan menaruh perhatian terhadap al-Quran dengan menghafal. meninggalkan bidaah. y Masuk ke dalam Islam secara menyeluruh Ahli Sunnah wal Jamaah beriman dengan kesemua kandungan Kitab Allah.

y Berbuat baik sesame manusia Golongan ini sentiasa bersikap ihsan. menghidupkan sunnah. y Memelihara perpaduan Ahli Sunnah wal Jamaah sentiasa menjaga perpaduan kaum muslimin. menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar. berkasih saying dan berakhlak mulia sesame manusia. Demikian juga dengan amalan dan tingkah laku. berbanding dengan puak ghuluw (pelampau) dan puak tafrit (lalai). y Bersikap sedar dan adil Golongan Ahli Sunnah wal Jamaah sentiasa mengambil berat hak Allah dan bukannya mengutamakan kepentingan peribadi. 11 .y Sederhana (al-tawassut) Golongan ini sentiasa bersikap sederhana dalam iktikad. berjihad. y Kesatuan Pandangan Golongan ini sentiasa mengekalkan kesatuan pandangan dan pendirian walaupun diantara mereka diantara mereka berjauhan jarak tempat dan juga masa. Mereka menjauhi segala factor yang boleh menimbulkan perpecahan dan perselisihan antara mereka. y Berdakwah ke jalan Allah Golongan ini sentiasa berusaha berdakwah di jalan Allah. menegakkan agama menghindari bidaah serta menegakkan syariat Allah dan hukumnya dalam setiap perkara atau urusan sama ada kecil atau besar.

y Menyampaikan nasihat Ahli Sunnah wal Jamaah sentiasa berusaha menyampaikan nasihat kerana Allah dan Rasul-Nya. y Mengambil berat urusan kaum muslimin Ahli Sunnah wal Jamaah sentiasa mengambil berat dan menolong kaum muslimin dalam semua urusan. Seterusnya menunaikan kewajipan yang bersangkutan dengan hak-hak mereka. 12 .

´ (surah An-Nisaa¶:136) 1. kitab-kitabNya.Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah Ahli Sunnah wal Jamaah menekankan akidah yang sahih dalam iktikad dan pegangan mereka. malaikat-malaikat-Nya. rasul-rasul-Nya. Mempercayai Qadha¶ dan Qadar Oleh itu. akidah yang sahih adalah akidah yang berlandaskan al-Quran dan sunnah dan yang diistilahkan dengan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah itu ialah iktikad yang mengikut Nabi s. sesiapa yang berpaling atau meragui antara salah satu daripadanya maka terbatal akan iman mereka. Antara ciriciri lain akidah yang sahih iaitu percaya kepada enam perkara rukun iman. Barangsiapa yang kafir kepada Allah.w. Mempercayai Rasul 4. Allah s.t itu Maha Esa dan tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah.t yang bermaksud: ³Wahai orang-orang yang beriman. tetaplah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada kitab yang Allah turunkan kepada Rasul-Nya serta kitab yang Allah turunkan sebelumnya. iaitu mengiktikadkan dengan iktikad yang pasti dan tetap. Firman Allah s. Amal ibadat seseorang itu hanya sah dan diterima Allah apabila ibadat tersebut terbit dari akidah yang sahih. Mempercayai Malaikat 3. maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya.w dan kumpulan orang ramai.w. 13 . Mempercayai Hari Akhirat 6.a. Mempercayai Kitab-Kitab Allah 5. Ciri-ciri akidah yang sahih ialah mentauhidkan Allah. Mempercayai Allah Azza Wajalla 2. dan hari kemudian.

t.a meriwayatkan bahawa baginda s.Rasulullah s.a.w. Mereka bertanya Baginda. Semua mereka itu dalam neraka melainkan satu golongan (illa millatan wahidatan). Bani Isra'il telah berpecah menj'adi tujuh puluh dua golongan (ithnatain wa sab'ina millatan) dan umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan (thalathin wa sab'in millatan) meleblhi mereka itu satu golongan (millah).w menyebutkan hanya golongan Ahli Sunnah wal Jamaah yang selamat tatkala terjadinya perpecahan. terlalu kecil kumpulan yang terselamat dari azab Allah s. Abdullah bin 'Amru r. Jawab Baginda.w bersabda.Penutup Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah merupakan akidah yang sejahtera daripada sebarang bentuk penyelewengan. "Siapakah satu millah yang tidak masuk neraka itu?". "(Mereka itu adalah golongan yang mengikut) perjalanan hidupku dan para sahabatku (ma ana 'alaihi wa ashabi)". Rasulullah s.w yang dipraktikkan dalam kalangan masyarakat? 14 .a. perselisihan dan penyelewengan di tengah-tengah umat.a. Tetapi persoalnnya kini. walaupun kita mengakui akan hal ini dan kita juga mengaku bahawa kita berpegang dengan iktikad Ahli Sunnah wal Jamaah. Maksudnya: "Benar-Benar akan berlaku atas umatku apa yang telah berlaku ke atas Bani Isra'il. Jika difikirkan sabdaan Rasulullah s.a.w.w menyatakan golongan yang mengikut ajaran Rasul-Nya dan para sahabat baginda yang terselamat dari azab neraka Allah iaitu Ahli Sunnah wal Jamaah. jika dilihat pada zaman ini.a. sejauh manakah sunnah Rasulullah s.

jika kita singkap kembali zaman para sahabat r.Adakah dengan menganjurkan program-program hiburan yang melalaikan? Benarlah yang dikatakan pada zaman ini. Oleh itu. sebagai seorang muslim yang mukmin kita seharusnya berpegang dengan iktikad Ahli Sunnah wal Jamaah yang sentiasa berada di jalan yang diredhai Allah dan Rasul-Nya.w ibarat µmenggenggam bara api¶. Semoga segala pegangan dan amalan kita bertepatan dengan kehendak syarak serta diredhai Allah.a. 15 .a. Namun kerana taufik dan hidayah daripada Allah telah menusuk masuk ke dalam jiwa mereka.w yang harus kita jadikan contoh dan tauladan untuk kita menghadapi arus global yang penuh dengan liku-liku maksiat dan kesenangan yang menipu. Iman seperti para sahabat baginda s.a. untuk mengikut sunnah Rasulullah s. mereka cekal dan tabah dalam menghadapi segala dugaan dan cabaran demi Islam yang tercinta. Tetapi. mereka berjuang mempertahankan akidah mereka hingga ke titisan darah yang terakhir walaupun diseksa dengan kejam dan dianggap seperti binatang yang tidak berakal.

Lampiran y Buku berkaitan Ahli Sunnah wal Jamaah 16 .

17 .

18 .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->