You are on page 1of 5

Internet dan Email dari Unit Bilik Komputer Dan Celik ICT

Apakah perbezaan antara Internet, intranet, ekstranet, Ethernet dan


Networks? 

Internet merupakan satu rangkaian besar dan umum yang menghubungkan banyak
rangkaian-rangkaian komputer di seluruh dunia, ianya bersifat awam dan boleh dicapai oleh
sesiapa sahaja.

Intranet pula adalah satu rangkaian komputer yang tertutup dan boleh dicapai oleh orang
atau pihak yang tertentu sahaja, contohnya rangkaian komputer sebuah universiti yang
menghubungkan semua jabatannya di seluruh kampus.

Manakala ekstranet adalah jalinan antara beberapa intranet, contohnya jalinan antara
rangkaian komputer yang terdapat disebuah universiti dengan universiti-universiti yang lain.

Ketiga-tiga Internet, intranet dan ekstranet menggunakan satu teknologi sama yang pada
umumnya dikenali sebagai teknologi Internet ataupun protokol Internet. Ethernet pula
merupakan satu bentuk rangkaian kawasan setempat (local area network atau LAN) yang
menghubungkan satu kumpulan komputer contohnya di sebuah pejabat. Networks atau
rangkaian pula adalah satu istilah umum yang merujuk kepada dua atau lebih komputer yang
dihubungkan antara satu sama lain.

Apa maksud alamat www ?


World Wide Web atau singkatannya WWW merupakan koleksi dokumen hiperteks
yang disimpan dalam komputer-komputer yang berada dalam rangkaian internet.

Contoh: http://www.Utusan.com.my
http = Hypertext Type Protocol
www = standard HTML.
Utusan = nama produk atau
.Com =Singkatan dari Commercial, website berkenaan bercirikan Komersial. Contoh-contoh
lain adalah .org (organization), .edu (education), .gov(government).
.my = Malaysia (Website berkenaan berpangkalan di malaysia). .sg (Singapore), .hk (Hong
Kong), .au (Australia). Sekiranya tiada menyatakan nama negara, ia berpangkalan di US
(United state America)syarikat.

Saya suka membuat pelayaran melalui internet tapi amat-amat


membosankan kerana menunggu terlalu lama untuk mendapatkan
sesuatu maklumat.. Tidakkah ada cara lain yang paling mudah dan
cepat. 
Salah satu `netiquette' ataupun Etika Net yang perlu diamalkan oleh para pelayar Internet
ialah bersabar. Lebuhraya maklumat tidak terlepas daripada masalah kesesakan lalulintas
Internet dan Email dari Unit Bilik Komputer Dan Celik ICT

terutamanya pada waktu-waktu kerja yang sibuk. Bagaimanapun jika anda ingin keselesaan
semasa melayari Internet, terdapat beberapa tip; 

 Guna Internet sewaktu tidak sibuk seperti sebelah petang atau awal pagi. Elakkan
waktu makan tengahari.
 Pastikan komputer anda menggunakan modem yang baik dan berkelajuan sekurang-
kurangnya 33.6kbps. Sesetengah modem, walaupun laju tetapi mempunyai kadar
pemampatan data yang lemah dan seringkali menyebabkan talian terputus. Oleh itu
pilihlah modem dengan bijak.
 Sekiranya anda menggunakan talian dail terus (dial-up), cuba putuskan hubungan
(disconnect) dan sambung (connect) semula selepas beberapa minit.
 Jika anda ingin memindahkan fail dari komputer pelayan (server) luar negeri dan ia
menyediakan pelayan protokol pemindahan fail (FTP), jangan guna perisian pelayar
(browser) sebaliknya gunalah perisian FTP dan pindah terima (download) fail terus
daripada pelayan FTP tersebut.
 Jika mampu, langganlah talian ISDN ataupun jika menggunakan komputer di pejabat,
syorkan pihak pentadbiran agar menggunakan talian suwa berkelajuan tinggi,
sambungan gentian optik ataupun sistem rangkaian yang lebih baik.

Apakah Perbezaan Pelayan Web dengan Pelayar Web?


Pelayan web ialah komputer yg menyimpan dokumen hiperteks yg boleh dicapai
oleh pengguna internet. Antara pelayan web yg popular ialah IIS utk windows
NT/2000 dan Apache untuk Unix / Linux. Manakala pelayar web pula adalah perisian yg
berfungsi untk mencapai dokumen hiperteks dan kemudiannya memaparkan dokumen
tersebut pada skrin komputer pengguna. 2 jenis pelayar web yg digunakan secara meluas
ialah
Mozilla Firefox dan Internet Explorer (IE).
Internet dan Email dari Unit Bilik Komputer Dan Celik ICT

MENGGUNAKAN INTERNET

A) Klik mouse kiri pada ikon internet


explorer atau seperti symbol ini yang berada
dibawah desktop anda atau berada diatas
bar.

B) Butang Back, Forward adalah untuk


anda pergi ke muka surat sebelum atau
selepasnya.

C) Dalam bahagian address, klik dalam


kotak address dan taipkan alamat laman web
contohnya: www.google.com, atau jika anda
mempunyai alamat yang lain seperti
www.bernama.com.my,
www.utusan.com.my,www.majalah.

Contoh senarai laman web :


Internet dan Email dari Unit Bilik Komputer Dan Celik ICT

Simpan Fail Gambar Dari Internet Ke Dalam Computer Atau


Pendrive
D) Buka satu laman web yang bergambar
contohnya seperti berikut

E) Letakkan anak panah mouse anda diatas


gambar yang hendak di simpan

F) Tekan mouse kanan pilih save picture


as

G) Anda akan dapat kotak untuk save in.


Pilih
target anda dengan menekan butang anak
panah ke bawah atau tekan kotak di sebelah
save in. kemudian pilih My Computer /
removable drive

Beri nama fail gambar anda (file name)


Jenis fail, biasanya kalau gambar dalam
.jpg, .bmp, .gif.

dan tekan butang save untuk menyimpan

MENDAFTAR EMAIL
A) Buka alamat email www.gmail.com
B) Sekirannya sudah mendaftar, masukkan
Username dan password. Username contohnya
Azman80, tidak perlu azman80@yahoo.com

Jika sudah mendaftar masukkan id dan password


anda. Sekiranya belum mendaftar atau kali pertama,
sila tekan Create an account Tekan Di sini untuk
mendaftar, ia percuma!!
Internet dan Email dari Unit Bilik Komputer Dan Celik ICT

You might also like