P. 1
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Jualan Peniaga Pasar Malam

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Jualan Peniaga Pasar Malam

|Views: 1,472|Likes:
Published by Badiu'zzaman Fahami

More info:

Published by: Badiu'zzaman Fahami on Jan 18, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
See more
See less

07/11/2013

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Jualan Peniaga Pasar Malam
Fauzilah Salleh, Noryati bt Yaakub dan Mazuri bt Abd. Ghani Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan Universiti Darul Iman Malaysia Kampus KUSZA, Gong Badak Wan Kuntom bt Wan Sulong Fakulti Kontemporari Islam Universiti Darul Iman Malaysia Kampus KUSZA, Gong Badak

ABSTRAK

K

ajian ini dijalankan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang

mempengaruhi jualan peniaga pasar malam. Faktor-faktor yang diuji adalah sumber kewangan, citarasa dan pilihan pengguna, permintaan terhadap produk, usia perniagaan dan jumlah pekerja. Kajian ini telah menguji 10 hipotesis yang memungkinkan faktor-faktor yang dikenalpasti sebagai mempengaruhi prestasi jualan peniaga pasar malam. Kajian ini mendapati faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi jualan peniaga pasar malam adalah jumlah pekerja dan usia perniagaan. Dapatan kajian ini boleh digunakan oleh para akademik untuk kajian perbandingan dan menyediakan khidmat nasihat kepada peniaga-peniaga dan bakal peniagapeniaga yang berminat untuk berniaga di pasar malam.

Kata Kunci: peniaga pasar malam ; prestasi jualan JEL Classification Codes :

Fauzilah Salleh , Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan, Universiti Darul Iman Malaysia, Kampus KUSZA, Gong Badak,21300 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. Email: fauzilah@udm.edu.my

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan 1.0 Pengenalan

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinisikan pasar malam sebagai kelompok gerai yang menjual barang-barang makanan keperluan atau tempat orang berjual beli pada waktu malam. Pasar malam kebiasaannya beroperasi seawal jam 5.00 petang dan berakhir hingga 12.00 malam. Pasar malam merupakan tempat menjalankan perniagaan runcit yang

dikategorikan sebagai pasar/gerai yang bergerak, susunan gerai yang memanjang menyusuri jalan dan menggunakan tapak awam atau persendirian (Muhammad Fisal Ibrahim: Soh Kok Leng, 2003). Perniagaan pasar malam juga ditakrifkan sebagai aktiviti penjajaan walaupun ianya semi-statik atau bermusim. Pasar ini menjalankan perniagaan komoditi pengguna yang luas dari makanan dan juga barang-barang bukan makanan yang beroperasi sekali atau dua kali seminggu di tempat yang berlainan. Kewujudan pasar malam adalah disebabkan terdapatnya penawaran dan permintaan daripada pihak peniaga pasar malam yang memberi peluang kepada mereka untuk menambah pendapatan dan bagi pembeli pula pasar malam dapat membantu mereka memperolehi kepelbagaian keperluan harian dengan harga yang murah. Antara kepelbagaian keperluan harian yang terdapat di pasar malam yang menjadikan pasar malam diminati oleh semua lapisan masyarakat ialah barang-barang keperluan dapur (barang kering dan basah), pakaian, buah-buahan, makanan, minuman dan beberapa barangan lain. (www.hbp.usm.my)

Aktiviti peniaga pasar malam adalah menyumbang kepada Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang mempunyai nilai ekonomi. Peranan yang dimainkan oleh peniaga-peniaga pasar malam amatlah besar dalam menjana ekonomi. Menurut Kamus Dewan menjana ekonomi bermaksud mengadakan, melahirkan mengeluarkan dan menghasilkan kekayaan atau kebendaan sesebuah negara. Halvorson dan Raundi (1992) dalam kajiannya menyatakan perniagaan mikro mempunyai nilai ekonomi iaitu menjana

2

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan pendapatan dan output, memberi peluang pekerjaan yang murah, menggunakan input domestik dan mengeluarkan produk/perkhidmatan yang murah.

Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Malaysia dianggap sebagai industri yang berkembang pesat dan juga merangsang serta menyumbang ke arah pencapaian objektif pembangunan ekonomi negara. Industri ini

menghasilkan pekerjaan yang memerlukan

pelbagai kepakaran dan

pendidikan, kekuatan hubungan dalam komuniti kekeluargaan, menghalang kehilangan populasi, menarik kepakaran dan pelaburan dalam komuniti dan menghasilkan kestabilan yang berpanjangan (Minoo dan Charles, 2003). IKS didefinisikan sebagai syarikat-syarikat yang mempunyai pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang dan jualan tahunan tidak melebihi RM25 juta. Menurut Bancian Asas Penubuhan dan Syarikat (Baseline Census of Establishments and Enterprises) yang dilancarkan pada Mac 2005, ke atas sektor pertanian, perkilangan (termasuk asas tani) dan perkhidmatan, daripada 523,132 syarikat dan perusahaan yang memberi respons, didapati 99.2% atau 518,996 perniagaan adalah IKS yang menyumbang kepada jumlah output sebanyak 38%. Dari segi pekerjaan pula, IKS yang menyumbang sebanyak 65.1% daripada jumlah pekerjaan datangnya dari sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan. Bancian juga mendapati majoriti IKS adalah kecil di mana 79% atau 411,849 syarikat adalah syarikat mikro yang mempunyai pekerja yang bekerja sepenuh masa kurang dari 5 orang (BNM, 2006).

Beberapa faktor secara langsung dan tidak langsung dikenalpasti sebagai perangsang kepada perkembangan IKS di Malaysia. Skim bantuan oleh kerajaan adalah faktor penting dalam memperkenalkan IKS. Sebagai contoh, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 1.1 billion melalui Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK9) sebagai peruntukan untuk

3

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan menyokong industri ini. Perdana Menteri dalam ucapan pembentangan RMK9 menyarankan supaya melaksanakan produk dan proses secara inovasi, membina perniagaan yang berpandangan jauh dan menggunakan teknologi yang canggih dan berkemampuan. Selain daripada bantuan kerajaan, perubahan persekitaran seperti globalisasi dan pembangunan teknologi juga merangsang perkembangan IKS di Malaysia. Di bawah RMK9, semua IKS disarankan untuk melihat ke hadapan dan melabur dalam inovasi, teknologi, modal insan dan memproses secara inovasi untuk mempastikan pembangunan produk-produk baru dan perkhidmatan yang berterusan yang mampu bersaing di pasaran global.

Definisi oleh Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) Malaysia (2005) syarikat mikro adalah berpandukan kepada jumlah jualan tahunan yang kurang dari RM200,000 dan mempunyai pekerja sepenuh masa kurang dari 5 orang seperti di jadual 1. Dari takrifan tersebut, antara sektor yang dikenalpasti berada di bawah kategori ini adalah penjajapenjaja yang meliputi pasar awam dan persendirian, kelompok gerai, dan juga peniaga pasar malam. Kerajaan telah mengiktirafkan sektor penjajaan dan pasar malam sebagai salah satu kegiatan ekonomi yang penting yang dijalankan di merata-rata tempat di Malaysia. Ia juga merupakan satu sektor yang terbukti mampu membekalkan perkhidmatan jualan runcit kepada golongan pengguna dan saluran pembekalan barang dan perkhidmatan pengeluar.

4

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Jadual 1. Ciri-ciri Industri Kecil dan Sederhana Kategori Sektor Pertanian Asas Industri Mikro Bilangan Pekerja : Kurang dari 5 orang Jualan Tahunan: Kurang dari RM200,000 Bilangan Pekerja: Kurang dari 5 orang Jualan Tahunan: Kurang dari RM250,000 Industri Kecil Bilangan Pekerja: 5 hingga 19 orang Jualan Tahunan: RM200,000 hingga RM1 juta Bilangan Pekerja: 5 hingga 50 orang Jualan Tahunan: RM250,000 hingga RM10 juta Industri Sederhana Bilangan Pekerja: 20 hingga 50 orang Jualan Tahunan: RM 1 juta hingga RM5 juta Bilangan Pekerja: 51 hingga 150 orang Jualan Tahunan: RM 10 juta hingga RM 25 juta

Perkilangan (Termasuk Asas Tani)

Perkhidmatan (Termasuk Teknologi Maklumat dan Komunikasi)

Bilangan Pekerja: Bilangan Pekerja: Kurang dari 5 orang hingga 19 orang

5 Bilangan Pekerja: hingga 50 orang

20

Jualan Tahunan: Jualan Tahunan: Jualan Tahunan: Kurang dari RM200,000 hingga RM1 RM1 juta hingga RM5 RM200,000 juta juta

Sumber: Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (2005)

2.0

Pernyataan Masalah

Dalam laporan Bank Negara Malaysia (2006), 99% dari syarikat-syarikat semasa adalah daripada IKS yang majoriti (81%) datangnya daripada syarikat mikro. Industri ini hanya menyumbang sebanyak 6% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan 7.7% kepada pekerjaan.

Sumbangan ini nyata sekali rendah berbanding dengan purata global iaitu sebanyak 80% IKS yang menyumbang kepada 50% KDNK.

Memandangkan tahap sumbangan IKS kepada KDNK hanya 6%, menunjukkan sektor ini mempunyai prestasi yang rendah. Oleh itu, kajian ini adalah untuk mengenalpasti apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada perkembangan sektor mikro yang sedia ada.

5

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

3.0

Hipotesis Kajian

Beberapa hipotesis kajian telah dibentuk berpandukan perbincangan di atas: H1. Terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor-faktor demografi pemilik terutamanya gender (H1a), umur (H1b) dan tahap akademik (H1c) dengan prestasi jualan. H2: Sumber kewangan perniagaan mempunyai hubungan yang signifikan dengan prestasi jualan. H3: Perniagaan yang mengeluarkan barangan yang memenuhi citarasa dan pilihan pengguna signifikan dengan prestasi jualan. H4: Permintaan terhadap produk yang dihasilkan oleh peniaga mempunyai hubungan yang signifikan dengan prestasi jualan. H5: Usia perniagaan mempunyai hubungan yang signifikan dengan prestasi jualan. H6: Jumlah pekerja yang ramai mempunyai hubungan yang signifikan dengan prestasi jualan. H7: Jumlah modal yang banyak mempunyai hubungan yang signifikan dengan prestasi jualan. H8: Kekerapan berniaga seminggu mempunyai hubungan yang signifikan dengan prestasi jualan. H9: Umur peniaga mempunyai hubungan yang signifikan dengan prestasi jualan. H10: Tahap pendidikan peniaga mempunyai hubungan yang mempunyai hubungan yang

signifikan dengan prestasi jualan.

6

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

4.0

Objektif Kajian

Secara khususnya, objektif kajian ini adalah: 1. Untuk mengenalpasti tahap jualan peniaga pasar malam. 2. Untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi peniaga pasar malam.

5.0

Kepentingan Kajian

Kajian ini penting dijalankan berdasarkan kepada beberapa sebab. Pertama, prestasi peniaga pasar malam adalah faktor yang signifikan dalam IKS kerana ianya membantu perkembangan perniagaan. Hasil kajian ini akan membantu peniaga-peniaga pasar malam khususnya dan pengusahapengusaha IKS amnya mendapat maklumat dan halatuju peranan mereka dalam memperkembangkan perniagaan dan seterusnya menyumbang kepada KDNK.

Kedua, hasil dari kajian ini adalah penting untuk membantu institusiinstitusi kerajaan seperti SIRIM, Yayasan Pembangunan Usahawan dan SMIDEC dalam memberi bimbingan dalam bentuk kajian kepada pengusaha-pengusaha IKS untuk memenuhi keperluan masa depan, menyediakan bantuan kewangan, menyediakan program kesedaran dan jualan runcit serta membuat penyelidikan berterusan supaya inovasi dapat dilaksanakan agar IKS bergerak seiring dengan aktiviti-aktiviti ekonomi Malaysia.

Akhirnya kajian ini penting untuk mengenalpasti apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada kejayaan IKS dan seterusnya kepada ekonomi negara.

7

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan 6.0 Sorotan Literatur

Sharma, Miller dan Reeder (1990) dalam kajiannya mentakrifkan perniagaan mikro ialah syarikat yang bercirikan seperti; i) Dilaksanakan dan diuruskan seorang atau dua pekerja ii) Biasanya diasaskan oleh keluarga dan iii) Fungsinya adalah di dalam sektor yang tidak formal. Faktor-faktor yang memperkembangkan perniagaan mikro termasuklah sumber-sumber inovasi, peluang untuk produk dan perkhidmatan yang baru sesuatu tempat pasaran serta sokongan infastruktur syarikat persendirian dan awam.

Minoo dan Charles (2003) mengkaji perkembangan ekonomi dan perniagaan mikro luar bandar. Kajian itu disertai oleh perniagaan-

perniagaan dari sektor runcit, perkhidmatan dan pengilangan kecil di mana pemilikan perniagaan adalah berbeza dari pemilikan individu, perkongsian, pemilikan keluarga dan koperasi. Kajian ini menekankan kepada beberapa kategori sumber-sumber yang kritikal seperti kepakaran, kewangan, logistik dan keselamatan serta mengkaji kepentingan gender kepada perniagaan dan kesan ke atas jangka hayat dan kejayaan perniagaan mikro di luar bandar. Hasil kajian menunjukkan kepakaran dalam perniagaan seperti pemasaran, perancangan strategik dan teknikal diikuti kategori kewangan adalah sumber-sumber yang kritikal untuk kejayaan dan jangka hayat perniagaan mikro luar bandar.

Terdapat berbagai cara mengukur kejayaan sesebuah perniagaan mikro. Minoo dan Charles (2003) mengukur prestasi industri mikro melalui jualan, keuntungan, market share dan kestabilan masa depan dalam kajiannya terhadap perniagaan mikro. Menurut Brown, Shona, Eisenhardt dan Kathleen (1995) kejayaan diukur berpandukan prestasi kewangan termasuk keuntungan, jualan dan market share. Bagi Wasilczuk (2000) pula, sukar untuk mengukur perkembangan dan kejayaan sesebuah pernigaan kecil dan

8

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan ianya boleh diukur secara objektif dan subjektif. Ukuran objektif adalah maklumat yang sukar diperolehi yang boleh memberi impak kepada pencapaian objektif sesebuah organisasi. Hasilnya boleh diukur dari segi kuantiti dan kualiti dan biasanya diukur dengan keuntungan dan jualan. Manakala ukuran subjektif pula adalah dari maklumat yang mudah termasuk maklumat penilaian dan gelagat perniagaan tersebut.

Knowles & White, (1995) mendapati hasil dan keuntungan adalah dua faktor yang mengembangkan perniagaan kecil di mana hasil yang dimaksudkan adalah jumlah tunai yang diterima dari jualan atau perkhidmatan yang diberikan (Gaber, Davidson, Stickney and Weil, 1993). Manakala, Stranger (1998) menggunakan jualan sebagai ukuran prestasi yang senang difahami oleh responden. Memandangkan tidak ada konsensus yang terbaik untuk ukuran prestasi dalam penyelidikan perniagaan, satu ukuran mesti dipilih dan bagi tujuan kajian ini penyelidik akan menggunakan jualan tahunan sebagai ukuran kejayaan.

Kajian terhadap perbezaan gender dengan pemilikan perniagaan kecil masih lagi kabur (Minoo dan Charles, 2003). Walau bagaimanapun kajian ini memberi impak yang signifikan terhadap prestasi perniagaan mikro setelah diberi tumpuan oleh beberapa pengkaji (Coleman, 2000; Minoo & Charles 2003). Begitu juga dengan kajian-kajian yang dijalankan untuk mengetahui perbezaan gender terhadap prestasi jualan tahunan dan keuntungan (Orser & Foster, 1992; Heck, Rowe & Owen, 1995; Coleman, 2000). Kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan terhadap prestasi industri kecil yang dijalankan oleh lelaki dan wanita. Keputusan ujian gender pula menunjukkan usahawan wanita tidak menghadapi masalah berbanding dengan lelaki dalam mendapat sumber-sumber kritikal. Kajian oleh Minoo dan Charles, (2003) terhadap kepakaran dalam perniagaan seperti pemasaran, perancangan strategik dan teknikal, kategori

9

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan kewangan (sumber-sumber yang kritikal untuk kejayaan) telah mendapati bahawa usahawan wanita tidak menghadapi masalah berbandingkan dengan lelaki dalam mendapat sumber-sumber kritikal ini. Namun begitu kajian yang dijalankan oleh Sonfield, Lussier, Corman dan Mc Kinney (2001) tidak menemui perbezaan antara gender dari segi inovasi, penerimaan risiko dan pendekatan strategik yang digunakan.

Usahawan-usahawan perniagaan IKS adalah terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Beberapa kajian telah dijalankan untuk melihat kaitan antara umur pemilik dan kejayaan perniagaan. Kajian oleh Heck, Rowe and Owen (1995) merumuskan pemilik perniagaan yang lebih berumur dan berpelajaran menunjukkan prestasi yang lebih baik. Kajian lain oleh Orser and Foster (1992) juga menghasilkan keputusan yang sama iaitu pemilik perniagaan yang berumur 40 tahun mempunyai peluang untuk mendapat pendapatan yang lebih berbanding dengan mereka yang berumur kurang dari 40 tahun.

Tahap akademik pemilik perniagaan juga memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam memperkembangkan perniagaan. Pemilik perniagaan ini mempunyai tahap pendidikan yang hanya tamat sekolah rendah sehinggalah lepasan universiti. Heck, Rowe and Owen (1995) menyatakan bahawa pemilik perniagaan yang berpelajaran tinggi dapat meneruskan operasi perniagaan dan mendapat pendapatan yang baik. Begitu juga kajian oleh Wasilczuk (2000), menyokong dapatan dari kajian di atas. Beliau merumuskan, mereka yang berpendidikan tinggi dapat menguruskan syarikat ke arah perkembangan yang lebih cemerlang berbanding dengan mereka yang berpendidikan rendah.

Memulakan sesuatu perniagaan memerlukan sumber kewangan. Menurut Thompson Lighthouse & Co., (1996), para usahawan biasanya akan

10

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan mendapat pembiayaan kewangan daripada pihak bank untuk memulakan sesuatu perniagaan. Institusi-institusi kewangan pada masa ini dapat memberikan jawapan sama ada diterima atau ditolak dalam masa yang singkat iaitu beberapa minggu sahaja selepas borang kredit dihantar (Howard, 2000). Manakala Bradley (2000) melalui kajiannya

mengenalpasti perniagaan kecil yang jatuh bankrap adalah disebabkan sumber kewangan yang tidak mencukupi untuk meneruskan perniagaan mereka.

Menurut Miller dan Grace (1990), kejayaan perniagaan bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya mempelajari dan memahami faktor-faktor pasaran, citarasa dan pilihan pengguna, jumlah penggunaan serta pendapatan pelanggan.

Usia perniagaan meningkat selari dengan umur pemilik. Sekiranya sesebuah perniagaan itu dapat meneruskan operasi melepasi tempoh permulaan perniagaan dan berkembang dalam tempoh lima tahun, dapatlah dikatakan bahawa perniagaan itu telah berjaya (Gray & Gray, 1994). Orser dan James (1992) mendapati makin lama perniagaan itu beroperasi, semakin ramai pekerja yang bekerja dan seterusnya pendapatan tahunan juga bertambah.

Penglibatan pemilik perniagaan dan pekerja dalam meningkatkan pengeluaran atau perkhidmatan memainkan peranan penting dalam menentukan kecemerlangan sesebuah perniagaan. Thibault, (2001) mendapati semakin ramai pekerja yang bekerja sepenuh masa akan menjana jualan yang semakin tinggi kerana setiap ahli dalam organisasi mempunyai peranan dan kepakaran dalam pekerjaan mereka yang menyumbang kepada prestasi perniagaan.

11

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan METODOLOGI KAJIAN.

Kawasan Kajian Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang

mempengaruhi prestasi peniaga pasar malam di Terengganu. Kajian ke semua daerah di Negeri Terengganu melibatkan tujuh (7) daerah merangkumi tiga (3) kawasan yang dikategorikan sebagai kawasan bandar, pertanian dan perikanan. Pemilihan kawasan berdasarkan justifikasi berikut; i) Kawasan bandar dipilih mengikut perniagaan pasar malam yang dijalankan di kawasan bandar setiap daerah. ii) Kawasan pertanian pula mengikut perniagaan pasar malam yang dijalankan di kawasan pertanian seperti di Kuala Berang dan kawasan pendalaman di setiap daerah di mana aktiviti penduduk tertumpu kepada pertanian. iii) Kawasan perikanan mengikut perniagaan pasar malam yang dijalankan di kawasan pinggir pantai yang majoriti penduduk menjalankan kegiatan yang berkaitan dengan perikanan atau nelayan.

Instrumen Penyelidikan Soal selidik untuk kajian ini mengandungi dua bahagian seperti berikut: i). ii). Bahagian A: Soal Selidik Demografi Peniaga dan Perniagaan Bahagian B: Soal Selidik Faktor-faktor Perniagaan

Bahagian A: Soal Selidik Demografi Peniaga dan Perniagaan Bahagian ini mengandungi 10 soalan berkaitan dengan responden yang merangkumi gender, umur, tahap pendidikan, kawasan, jenis perniagaan, modal permulaan dan usia perniagaan dengan menggunakan format soalan tertutup (close ended question) yang menghendaki responden menjawab

12

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan kenyataan dengan memilih skala yang ditentukan. Kaedah ini sesuai dan senag untumk disoal, mengurangkan bias temubual, lebih cepat untuk ditadbir, mudah untuk dijawab oleh responden. Kaedah ini juga memberikan keseragaman maklumbalas yang tinggi dan akhirnya memudahkan urusan pemprosesan data. (Kinnear dan Taylor, 1996).

Bahagian B: Soal Selidik Faktor-faktor Perniagaan Bahagian ini melibatkan soalan-soalan bagi mengumpul data berkaitan faktor-faktor perniagaan yang dilihat dapat mempengaruhi prestasi jualan yang melibatkan 11 dimensi iaitu sumber kewangan, cita rasa pengguna, permintaan terhadap produk, modal permulaan, usia perniagaan dan jumlah pekerja.

Semasa sesi temubual dijalankan, satu set borang soal selidik digunakan untuk merekod maklumat yang diperolehi. Borang soal selidik untuk kajian ini dibangunkan dengan menggunakan sebahagian soalan yang

dibangunkan oleh Marc Thibault (2001) yang akan dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian yang pertama adalah untuk mendapat maklumat demografi pemilik perniagaan. Bahagian yang seterusnya, adalah untuk mengkaji faktor-faktor yang terpilih yang mempengaruhi prestasi perniagaan dengan menggunakan skala Likert (1= amat tidak bersetuju hingga 5= sangat bersetuju). Maklumat daripada borang soal selidik ini dipindahkan dan dianalisa menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS). Ujian Kesahan (Cronbach Coefficient Alphas) telah dilakukan ke atas semua instrumen dan yang paling penting adalah untuk menguji kesemua hipotesis yang dibentuk. Analisis korelasi pula akan dilakukan untuk mengenalpasti hubungan antara pemboleh ubah bersandar, jualan tahunan dan beberapa pembolehubah bebas yang terdapat dalam hipotesis. Akhirnya, analisis regresi digunakan untuk menentukan apakah faktor yang menpengaruhi prestasi peniaga pasar malam. Kajian ini

13

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan menggunakan reka bentuk deskriptif dan regresi. Menurut Tabachnick dan Fidell (1996), analisis regresi boleh digunakan untuk memperolehi persamaan ramalan yang terbaik kepada kebanyakakan fenomena yang berkaitan dengan sesuatu pembolehubah bebas dan pembolehubah bersandar. Analisis regresi juga digunakan kerana ianya dapat

membolehkan penyelidik untuk menilai hubungan yang terbaik di antara pemboleubah bersandar, jualan dan beberapa pebolehubah bebas yang dibentangkan melalui hipotesis.

Pengukuran Prestasi Peniaga Pasar Malam

Minoo dan Charles (2003) mengukur prestasi industri mikro melalui jualan, keuntungan, market share dan kestabilan masa depan dalam kajiannya terhadap perniagaan mikro. Menurut Brown, Shona, Eisenhardt dan Kathleen (1995) kejayaan diukur berpandukan prestasi kewangan termasuk keuntungan, jualan dan market share. Bagi Wasilczuk (2000) pula, sukar untuk mengukur perkembangan dan kejayaan sesebuah pernigaan kecil dan ianya boleh diukur secara objektif dan subjektif. Ukuran objektif adalah maklumat yang sukar diperolehi yang boleh memberi impak kepada pencapaian objektif sesebuah organisasi. Hasilnya boleh diukur dari segi kuantiti dan kualiti dan biasanya diukur dengan keuntungan dan jualan. Manakala ukuran subjektif pula adalah dari maklumat yang mudah termasuk maklumat penilaian dan gelagat perniagaan tersebut.

Knowles & White, (1995) mendapati hasil dan keuntungan adalah dua faktor yang mengembangkan perniagaan kecil di mana hasil yang dimaksudkan adalah jumlah tunai yang diterima dari jualan atau perkhidmatan yang diberikan (Gaber, Davidson, Stickney and Weil, 1993). Manakala, Stranger (1998) menggunakan jualan sebagai ukuran prestasi yang senang difahami oleh responden. Memandangkan tidak ada konsensus

14

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan yang terbaik untuk ukuran prestasi dalam penyelidikan perniagaan, satu ukuran mesti dipilih dan bagi tujuan kajian ini penyelidik akan menggunakan jualan tahunan sebagai ukuran kejayaan.

Kajian Rintis Kajian rintis telah dijalankan untuk menguji borang soal selidik, menentukan kebolehpercayaan item-item yang digunakan dalam soalselidik dan kesahan instrumen untuk memastikan ia mengukur perkara sebenar yang hendak diukur. Kajian rintis ini telah dijalankan ke atas 20 orang peniaga pada bulan April 2007. Maklumbalas yang di dapati dari soal selidik tersebut seterusnya dianalisis menggunakan SPSS Versi 14 dan skor pekali kebolehpercayaan Alpha bagi setiap dimensi dinyatakan seperti Jadual 2. Menurut Nunnally (1978), nilai pekali kebolehpercayaan yang tidak kurang dari 0.5 selalunya diterima, maka soal-selidik yang digunakan boleh diterima dari segi pekali kebolehpercayaan.

Jadual 2. Nilai Pekali Kebolehpercayaan (Cronbach Alpha) Dimensi Nilai Pekali Kebolehpercayaan (N=20) 0.6909 0.6555 0.6667 0.7250 0.8555

Sumber Kewangan Cita rasa Pengguna Permintaan Modal Permulaan Jumlah Pekerja

Banci Penjaja Kajian ini melibatkan kajian lapangan iaitu menemubual penjaja menggunalan sampel mudah (conveniance sampling). Tugas ini dilakukan oleh penyelidik-penyelidik sendiri iaitu seramai empat orang untuk

15

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan memastikan jawapan yang tepat direkodkan mengikut jawapan yang diberikan oleh peniaga. Penyelidik-penyelidik untuk kajian ini telah membuat lawatan dan bancian pada bulan Mei 2007. Kawasan mengikut daerah yang dilawati adalah mengikut jadual yang diberikan oleh majlismajlis daerah diseluruh negeri Terengganu. Seramai 350 peniaga pasar malam telah ditemubual.

Semasa sesi temubual dijalankan, satu set borang soal selidik digunakan untuk merekod maklumat yang diperolehi. Borang soal selidik untuk kajian ini di bangunkan dengan menggunakan sebahagian soalan yang dibangunkan oleh Marc Thibault (2001) yang akan dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian yang pertama adalah untuk mendapat maklumat demografi pemilik perniagaan. Bahagian yang seterusnya, adalah untuk mengkaji faktor-faktor yang terpilih yang mempengaruhi prestasi perniagaan dengan menggunakan skala Likert (1= amat tidak bersetuju hingga 5= sangat bersetuju). Maklumat daripada borang soal selidik ini dipindahkan dan dianalisa menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS). Ujian Kesahan (Cronbach Coefficient Alphas) telah dilakukan ke atas semua instrumen dan yang paling penting adalah untuk menguji kesemua hipotesis yang dibentuk. Analisis korelasi pula akan dilakukan untuk mengenalpasti hubungan antara pemboleh ubah bersandar, jualan tahunan dan beberapa pembolehubah bebas yang terdapat dalam hipotesis. Akhirnya, analisis regresi digunakan untuk menentukan apakah faktor yang menpengaruhi prestasi peniaga pasar malam.

7.0

Dapatan Kajian

Sebanyak 350 borang soal selidik telah diproses dan hanya 286 (81.7%) dapat digunakan untuk dianalisa kerana soalan-soalan yang ditanya hanya

16

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan sebahagian yang dijawab. Bahagian ini membentangkan hasil kajian mengenai profil peniaga pasar malam dan perniagaan yang dijalankan, jantina, umur, tahap pendidikan, jenis perniagaan, usia perniagaan, modal, lokasi dan pendapatan perniagaan.

Profil Peniaga Pasar Malam Profil Umum Objektif kajian yang pertama adalah untuk menfailkan faktor-faktor demografi (jantina, umur, tahap akademik) peniaga pasar malam dengan tahap ekonomi mereka. Merujuk pada Jadual 3, sebanyak 286 soalselidik yang dianalisis, terdapat 53.1% peniaga lelaki dan 46.9% peniaga perempuan, majoriti (93%) terdiri dari bangsa Melayu. Selebihnya 0.7% terdiri dari bangsa Cina dan 6.3% terdiri dari lain-lain bangsa, terutamanya bangsa Kemboja. Dari segi umur, majoriti (85%) adalah dalam umur pertengahan, iaitu 26 – 55 tahun dan 8% dalam lingkungan umur melebihi 55 tahun dan yang paling tua adalah berumur 70 tahun. Ini menunjukkan keperluan mereka terus berniaga adalah untuk terus hidup. Dari segi pendidikan, sebahagian besar peniaga berpendidikan rendah iaitu setakat tidak bersekolah dan sekolah rendah (33.6%), berpendidikan menengah rendah (22.7%), SPM (36.7%) dan STPM (4.5%). Hanya 2.4% sahaja peniaga berpendidikan diploma dan ijazah.

Profil Perniagaan Jenis Perniagaan Daripada 286 responden tersebut, kebanyakan peniaga (36.4%)

menjalankan perniagaan makanan sebagai perniagaan utama dan diikuti dengan perniagaan pakaian/kasut/aksesori (29.7%). Antara jenis perniagaan lainnya adalah sayur/buah (14.7%), barangan runcit/kering (7.3%), ikan/ayam/daging (2.1%), tanaman/pokok (1.0%) dan lain-lain (8.7%) yang termasuk membaiki jam dan menjual cd/dvd/kaset.

17

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Usia Perniagaan Terdapat 34.3% perniagaan yang berusia terlalu muda iaitu kurang dari 5 tahun. Usia perniagaan antara 5 hingga 14 tahun (38.1%) adalah perniagaan yang mendominasi perniagaan pasar malam ini dan diikuti oleh usia perniagaan antara 15 hingga 24 tahun (23.8%). Perniagaan yang paling lama adalah berusia melebihi 35 tahun. Mengikut Gray & Gray, (1994), sekiranya sesebuah perniagaan itu dapat meneruskan operasi melepasi tempoh permulaan perniagaan dan berkembang dalam tempoh lima tahun, dapatlah dikatakan bahawa perniagaan itu telah berjaya.

Modal Hasil kajian mendapati majoriti perniagaan (70%) memulakan perniagaan dengan menggunakan modal kurang dari RM5,000 dan selebihnya (13.6%) menggunakan modal melebihi RM5,001 sehingga RM10,000. Manakala selebihnya (16%) menggunakan modal melebihi RM10,000. Mengenai sumber modal pula, majoriti peniaga pasar malam (47.4%) menggunakan simpanan peribadi sebagai modal, diikuti sumber daripada institusi kewangan (24.8%) dan hanya 0.3% sahaja peniaga membuat pinjaman dari ceti atau along sebagai modal permulaan.

Sumber Modal Permulaan Jadual juga menunjukkan sumber modal permulaan yang digunakan oleh kebanyakan (47.4%) peniaga pasar malam adalah dari simpanan peribadi selain daripada institusi kewangan (24.8%), bantuan kerajaan (14.0%) dan pinjaman persendirian/keluarga (13.5%). Terdapat juga peniaga pasar

malam yang menggunakan sumber modal permulaan dari ceti/along walaupun hanya 0.3%.

Jualan Tahunan

18

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan Sebahagian peniaga pasar malam (42%) memperolehi jualan kurang dari RM50,000 setahun. 33.6% peniaga pula memperolihi jualan tahunan antara RM50,000 sehingga RM99,999 dan diikuti jualan tahunan RM100,00RM149,999. Sebanyak 5.6% peniaga memperolehi jualan tahunan melebihi RM200,000 dan daripada dapatan kajian, seorang peniaga memperolehi jualan tahunan sebanyak RM546,000. Ini menunjukkan peniaga pasar malam juga dapat menjana pendapatan yang begitu tinggi.

Jadual 3. Analisa Demografi Responden (n =286) Pembolehubah Gender Bangsa Lelaki Perempuan Melayu Cina Lain-lain Bawah 25 tahun 26 – 35 tahun 36 – 45 tahun 46 – 55 tahun Melebihi 56 tahun Tiada pendidikan/Sek Ren SRP/PMR SPM STPM Diploma/Sijil Ijazah Pertanian Perikanan Bandar Makanan Pakaian/Kasut/Aksesori Barangan Runcit/Kering Sayur/Buah Ikan/ayam/daging Pokok/tanaman Lain-lain Bawah 5 tahun 5 – 14 tahun 15 – 24 tahun 25 – 34 tahun Peratusan (%) 53.1 46.9 93.0 0.7 6.3 7.0 20.6 35.7 28.7 8.0 33.6 22.7 36.7 4.5 1.4 1.0 30.8 33.6 35.7 36.4 29.7 7.3 14.7 2.1 1.0 8.7 34.3 38.1 23.8 2.8

Umur

Tahap Pendidikan

Kawasan

Jenis Perniagaan

Usia Perniagaan

19

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan Melebihi 35 tahun ≤RM5,000 RM5,001 – RM10,000 RM10,001 – RM15,000 RM15,001 – RM20,000 Melebihi 20,000 Simpanan Peribadi Pinjaman Persendirian/Keluarga Bantuan Kerajaan Institusi Kewangan Ceti/Along Kurang dari 3 kali seminggu Antara 3 kali – 6 kali seminggu Antara 6 kali – 9 kali seminggu Kurang dari RM49,999 RM50,000 – RM99,999 RM100,000 – RM149,999 RM150,000 – RM199,999 Melebihi RM200,000 1.0 69.9 13.6 5.2 3.8 7.3 47.4 13.5 14.0 24.8 0.3 17.2 50.3 32.5 42.0 33.6 14.0 4.9 5.6

Modal

Sumber Modal Permulaan

Kekerapan Jualan Seminggu Jualan Setahun

ANALISIS INFERENTIAL Perbincangan berikut akan merangkumi beberapa pengujian terhadap hipotesis yang dibentuk dengan menggunakan kaedah-kaedah statistik seperti ujian t, analisis varians (ANOVA) dan regresi berganda.

Analisis Perbezaan Prestasi Jualan Terhadap FaktorFaktor Demografi Bahagian ini membuat pengujian hipotesis melibatkan tiga kriteria demogafi peniaga yang meliputi gender, umur dan tahap akademik. Oleh itu, ujian-t digunakan untuk melihat perbezaan antara gender dengan prestasi jualan. Manakala, analisis varians (ANOVA) akan digunakan untuk membandingkan perbezaan antara kumpulan umur dan tahap akademik dengan prestasi jualan.

20

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan Hipotesis 1 menganjurkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam prestasi jualan berdasaran faktor-faktor demografi peniaga. Terutamanya; (H1a) – gender, (H1b)- umur dan (H1c)- tahap pendidikan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap prestasi jualan.

Gender Hipotesis 1 (a): Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap prestasi jualan berdasarkan gender peniaga. Keputusan ujian-t untuk membandingkan antara gender dengan presatsi jualan di tunjukkan di Jadual 4 di bawah. Keputusan tersebut menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap prestasi jualan di antara peniaga lelaki dan perempuan. Jadi, hipotesis 1 (a) ditolak. Ujian-t menunjukkan t(286) = 1.16, p>0.001. Dapatan kajian ini menerangkan peniaga lelaki dan perempuan sama-sama berpeluang untuk memperolehi hasil jualan yang tinggi atau mempunyai potensi untuk berjaya dalam bidang ini. Jadual 4 Prestasi Jualan Berdasarkan Gender Gender Lelaki Perempuan Min S.P Min S.P Prestasi 2.54 .6588 2.43 .6563 Jualan .

t 1.16

Sig-t

.266 (TS ) Nota: Tidak signifikan pada aras keyakinan 0.05 (dua hujung)

Umur Peniaga Hipotesis 1 (b): Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap prestasi jualan berdasarkan umur peniaga

21

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan Hasil dari analisis varians yang dipamirkan pada Jadual 5, menunjukkan min jualan bagi peniaga dalam kategori umur kurang dari 25 tahun adalah 0.88, 26 hingga 35 tahun (2.01), 36 hingga 45 tahun (2.08) dan 1.73 untuk kategori melebihi 56 tahun. Bagaimanapun perbezaan min yang ditunjukkan tidak signifikan pada aras keyakinan 0.05 dengan nilai F (286)=0.585, p > 0.05. Dapatan ini menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara jualan tahunan berdasarkan umur perniaga. Sehubungan dengan itu, Hipotesis 1 (b) adalah ditolak.

Jadual 5 Umur (tahun) Prestasi Jualan

Prestasi Jualan Berdasarkan Umur 26 - 35 36 – 45 46 - 55 Min 1.92 S.P 1.01 Melebihi 56 Min 1.73 S.P 1.12 F Sig.F

Kurang 25 Min S.P 1.80 0.88

Min S.P Min S.P 2.01 1.21 2.08 1.16

.585

.674

Nota: Tidak signifikan pada aras keyakinan 0.05 (dua hujung)

Tahap Pendidikan Hipotesis 1 (c): Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap prestasi jualan berdasarkan tahap akademik peniaga Jadual 6 menunjukkan hasil analisis perbezaan min jualan di antara tahap pendidikan peniaga. Perbezaan min yang dipamerkan didapati tidak signifikan pada aras keyakinan 0.05 dengan F(286) = 0.49, p>0.05. Berdasarkan dapatan di atas maka didapati tiada perbezaan yang signifikan antara jualan tahunan dengan tahap akademik peniaga. Maka Hipotesis 1(c) ditolak.

Jadual 6. Prestasi Jualan Berdasarkan Tahap Akademik

22

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Tahap Pendidikan

Tiada/Sek Ren

SRP/PMR

SPM

STPM

Ijazah F Sig.F

Min Prestasi Jualan 1.92

S.P 1.06

Min 1.92

S.P 1.04

Min 1.99

S.P 1.17

Min 2.54

S.P 1.56

Min 2.00

S.P 1.00 0.888 .490

Nota: Tidak signifikan pada aras keyakinan 0.05 (dua hujung)

Faktor-Faktor Peramal Kepada Prestasi Jualan Objektif ketiga kajian ialah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi peniaga pasar malam. Oleh itu, lima hipotesis telah dibina untuk diuji seperti berikut: H2: Sumber kewangan perniagaan mempunyai hubungan yang

signifikan dengan prestasi jualan. H3: Perniagaan yang mengeluarkan barangan yang memenuhi

citarasa dan pilihan pengguna mempunyai hubungan yang signifikan dengan prestasi jualan. H4: Permintaan terhadap produk yang dihasilkan oleh peniaga

mempunyai hubungan yang signifikan dengan prestasi jualan. H5: Usia perniagaan mempunyai hubungan yang signifikan dengan

prestasi jualan. H6: Jumlah pekerja yang ramai mempunyai hubungan yang

signifikan dengan prestasi jualan. H7: Jumlah modal yang banyak mempunyai hubungan yang

signifikan dengan prestasi jualan. H8: Kekerapan mempunyai hubungan yang signifikan dengan

prestasi jualan.

23

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan H9: Umur peniaga mempunyai hubungan yang signifikan dengan

prestasi jualan. H10: Tahap pendidikan peniaga mempunyai hubungan yang signifikan dengan prestasi jualan.

Juga untuk menjawab Objektif 2 kajian iaitu untuk mengenalpasti faktorfaktor yang menyumbang kepada prestasi peniaga pasar malam. Untuk itu, analisis regresi digunakan ke atas enam dimensi pembolehubah. Dapatan dari analisis adalah seperti yang ditunjukkan pada Jadual 7. Berdasarkan jadual, didapati lima daripada sembilan pembolehubah peramal

mempunyai hubungan prestasi jualan dengan menunjukkan nilai yang signifikan dengan F (286)= 11.63, p<0.001. Pengaruh yang disumbangkan oleh pembolehubah peramal terhadap prestasi jualan dapat diterangkan melalui nilai R² terlaras dengan nilaian sebanyak 0.255. Keadaan ini memberi maksud pembolehubah peramal dapat menerangkan sebanyak 25.5% terhadap prestasi jualan dan peratusan selebihnya adalah diterangkan oleh lain-lain faktor yang tidak dapat dikawal dan tidak ditentukan melalui kajian ini.

Menurut Lea (1997) sejauh mana bagusnya sesuatu pembolehubah bebas dalam menerangkan hubungan terhadap pembolehubah bersandar boleh ditentukan dengan nilai R² terlaras. Menurut beliau, nilai R² terlaras yang melebihi 75% adalah sangat baik, 50% -75% adalah baik, 25% - 50% kurang baik tetapi boleh diterima dan kurang dari 25% adalah buruk. Sehubungan dengan itu, nilai R² terlaras kajian ini adalah hubungan yang buruk tetapi masih mempunyai hubungan antara pembolehubah bebas dan bersandar.

24

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan Jadual 8 juga menunjukkan lima daripada sembilan pembolehubah peramal menunjukkan pengaruh yang signifikan ke atas prestasi jualan. Kesignifikan ini ditunjukkan oleh dimensi permintaan, ß = 0.203, p< 0.05, usia perniagaan, ß = 0.168, p< 0.05, jumlah pekerja, ß = -0.197, p< 0.001, jumlah modal, ß = 0.177, p< 0.05 dan kekerapan berniaga seminggu, ß = 0.312, p< 0.001. Keadaan ini menunjukkan permintaan, usia perniagaan, Pembolehubah Beta (ß) Sig F Sumber Kewangan -.009 .876 -.044 .574 Cita rasa Pengguna Permintaan .203 .009* Usia Perniagaan .168 .005* -.194 .000** Jumlah Pekerja Jumlah Modal .177 .002* Kekerapan Jualan .312 .000** Umur Peniaga .100 .891 Tahap Pendidikan .079 .222 R² .279 R² terlaras .255 Nilai F 11.635 Sig F .000 jumlah pekerja, jumlah modal dan kekerapan jualan seminggu memainkan peranan tersangat penting berbanding dengan lain-lain dimensi dalam menyumbang kepada prestasi jualan. Oleh itu, hipotesis 4,5,6,7 dan 8 diterima, manakala hipotesis 2,3, 9 dan 10 ditolak.

Jadual 7 Hubungan Pembolehubah Peramal dengan Prestasi Jualan

*p < 0.05 **p< 0.001

8.0

Kesimpulan Dan Cadangan Penyelidikan Akan Datang

Faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi jualan peniaga pasar malam telah ditentukan dari kajian yang telah dijalankan. Kajian ini telah menguji sepuluh hipotesis yang memungkinkan faktor-faktor yang dikenalpasti

25

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan sebagai mempengaruhi prestasi jualan peniaga pasar malam dan dua hipotesis telah disokong. Pembolehubah-pembolehubah tersebut adalah

permintaan, usia perniagaan, jumlah pekerja, jumlah modal dan kekerapan jualan seminggu. Dapatan kajian ini boleh digunakan oleh para akademik untuk kajian perbandingan dan menyediakan khidmat nasihat kepada peniaga-peniaga dan bakal peniaga-peniaga yang berminat untuk berniaga di pasar malam. Oleh kerana kajian ini dapat menyokong teori sedia ada serta lain-lain kajian yang berkaitan, maka adalah sangat penting untuk mengkaji secara terperinci bagaimana amalan-amalan perniagaan, berbeza dengan industri mikro yang lain.

Kajian akan datang perlu melihat perkara yang sama secara berterusan dan dibandingkan dengan dapatan dari kajian ini. Kajian secara berterusan penting untuk melihat perubahan kepada amalan-amalan perniagaan supaya akan ada penambahbaikan.

Memandangkan alat kajian ini menggunakan pembolehubah-pembolehubah bebas yang diambil dari kajian-kajian lepas dan berbentuk penilaian oleh subjek yang dijalankan di luar negara yang mempunyai perbezaan adat dan budaya, kajian susulan keatas subjek baru perlu dilakukan untuk melihat sejauh mana ketekalan dapatan dari kajian tersebut. Kajian seterusnya dicadangkan adalah berbentuk kualitatif seperti kaji budaya kerja peniaga pasar malam akan dapat membantu memahami aspek-aspek dan corak perniagaan yang boleh menjana jualan tahunan yang tinggi. Cara ini akan dapat membantu penyelidik membuat perbandingan dalam bentuk nilai dan kepercayaan untuk menilai aspek-aspek persamaan dan perbezaan berbanding dengan ukuran kuantitatif.

26

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Rujukan Minoo T, Charles S, (2003), Economic Development and MicroEnterprises In Rural Communities: Are There Gender Differences? The Journal of Business and Economic Studies, pg. 26. Halvorson Q, Raundi, (1992), The Growing Potential Of MicroEnterprises. Organisation for Economic Cooperation and Development, pg 7. Sharma M, Miller Harry G, Reeder R, (1990), Micro-Enterprise Growth: Operational Models and Implementation Assistance in Third and Fourt World Countries, Journal of Small Business Management, pg 9. Muhammad Faisal Ibrahim, Soh Kok Leng (2003), Shoppers’ Perceptions of Retail Developments: Suburban Shopping Centres and Night Markets In Singapore, Journal of Retail & Leisure Property, pg 176 Bradley, D. (2002), Lack of Financial and Location Planning Causes Small Business Bankruptcy. University of Central Arkansas. Brown, Shona, Eisenhardt and Kathleen, 1995), Product Development: Past Research, Present Findings, and Future. Vol.20, Iss. 2; pg. 343, 36 pgs Coleman, S. (2000), Access to Capital and Terms of Credit: A Comparison of Men and Women Owned Small Businesses. Journal of Small Business Management, vol.38, no. 3 pp. 37-52. Milwaukee: International Council for Small Business.

27

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan Gaber,B., Davidson, S., Stickney, C., and Weil, R. (1993), Financial Accounting, Fifth Canadian Edition. Toronto: Holt, Rinehart, and Winston of Canada. Gray, D.M and Gray, D. (1994), The Complete Canadian Small Business Guide, 2nd Edition, Toronto: McGraw-Hill. Heck, R., Rowe, B., and Owen, A. (1995), Home Based Employment and Family Life. Westport, Connecticut: Auburn House. Howard, R. (2000), Personal Interview: Small Business Financing. Royal Bank of Canada. Knowles, Ron, and Debbie White, (1995), Issues in Canadian Small Business. Toronto: Harcourt Brace & Company Canada. Orser, B., and Foster, M. (1992), Home Enterprise: Canadians and Home Based Work, The Home Based Business Project Committee, Canada. Orser, B., and James, T. (1992), Home Business: The New Reality. Home Based Business Project Committee, Canada. Stranger,A (1998), Determinants of Home-Based Business Sales

Performance, Master Dissertation, University of New England, Australia. Thibault, M. (2001), Influencing Sales Performance in Small and MediumSized Enterprise, Master Dissertation, The University of Guelph, Ontario. Thompson, Lighthouse and Co., (1996), Canadian Sources of Financing for SMEs. In Lavoie, D., ICSB Bulletin, vol. 29, no. 4, pp. 5. Wasilczuk, J (2000), Advantageous Competence of Owner/Managers to Grow The Firm in Poland. Journal of Small Business Management, vol.38, no.2. Milwaukee: International Council for Small Business. Miller, H.G and Grace, L (1990). Global Aspects Of Local MicroEnterprise Development. Journal of Studies in Technical Careers. XII(1): 27-37 Harper, Malcolm (1984), “Small Business in The Third World: Guidelines for Practical Assisrance. New York: John Wiley

28

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan Baines, S and Wheelock, J (1998). Working for Each Other: Gender, The Household and Micro-Enterprise Survival and Growth. International Small Business Jornal. 17:16-35 Bank Negara Malaysia, 2006 Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka http://pmo.gov.my)

29

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->