P. 1
Fiqh Al-Tijarah: Suatu Sorotan Awal Perniagaan Islam Secara Koprehensif

Fiqh Al-Tijarah: Suatu Sorotan Awal Perniagaan Islam Secara Koprehensif

|Views: 183|Likes:
Published by Badiu'zzaman Fahami

More info:

Published by: Badiu'zzaman Fahami on Jan 18, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
See more
See less

09/09/2014

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Fiqh al-Tijarah: Suatu Sorotan Awal Perniagaan Islam Secara Komprehensif
Ahmad Sufian Che Abdullah, Mohd Abd Wahab Fatoni Mohd Balwi dan Suhaili Sarif Jabatan Syariah dan Pengurusan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

Abstrak

P

erkembangan teknologi komputer dan telekomunikasi moden telah

menjana pelbagai bentuk perniagaan dalam pelbagai bidang. Keperluan kepada bentuk fiqh yang lebih menyentuh secara khusus tentang perniagaan, strategi pemasaran dan pengurusan kewangan secara khusus menjadi lebih ketara. Artikel ini cuba menyorot isu-isu perniagaan moden serta keperluan terhadap fiqh al-tijarah yang lebih fokus kepada bidang perniagaan secara lebih komprehensif. Jika fiqh al-muamalat lebih menfokuskan tentang isu-isu muamalah dan akad dalam perniagaan, fiqh al-tijarah yang cuba diutarakan oleh artikel ini lebih memberi penumpuan kepada falsafah perniagaan menurut Islam, teknik pemasaran serta kewangan, agar isu-isu perniagaan moden dapat dilihat secara lebih terfokus dan menyeluruh. Bagaimanapun, artikel ini cuma menyentuh beberapa isu perniagaan terkini sebagai satu sorotan awal terhadap kepentingan fiqh al-tijarah untuk dikembangkan sebagai satu disiplin ilmu Islam yang baru.

1

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan 1.0 Pendahuluan

Dunia perniagaan masa kini sudah tidak terhad lagi kepada satu ruang fizikal yang boleh menjadi tempat pertemuan antara penjual dan pembeli. Pada zaman teknologi komunikasi, perniagaan secara dalam talian telah meningkat menjadi begitu popular kerana kemudahan yang diberikan melalui medium itu kepada manusia. Mereka tidak lagi perlu beratur panjang di jalan raya, cukuplah dengan menekan butang serta memasukkan kata laluan pengenalan diri untuk urusan pembayaran, juga memesan barangan, seterusnya barangan akan tiba di pintu rumah masing-masing.

Pada masa yang sama, terdapat pelbagai bentuk perniagaan

yang

ditawarkan menggunakan medium teknologi maklumat. Sistem jualan berasaskan sistem matrik, autosurf, network business, perniagaan ebook turut menjadi bidang perniagaan penting di dalam dunia internet. Selain itu, perniagaan berasaskan pengiklanan melalui laman web juga menjadi bidang perniagaan yang semakin popular. Perkembangan ini menuntut para sarjana Islam agar tidak diam dalam melakukan penyelidikan, agar hukum Islam tidak sekadar meliputi fiqh muamalah yang dikarang oleh ulama' pada era klasik, tetapi turut menyelesaikan pelbagai masalah perniagaan masa kini dan akan datang.

Justeru, untuk menyertai bidang perniagaan yang semakin berkembang berikutan perkembangan teknologi yang begitu pesat, fiqh al-tijarah wajar diperkenalkan bagi menangani isu-isu perniagaan dunia moden dengan lebih fokus dan berkesan. Konsep-konsep pemasaran secara Islam, penilaian bidang perniagaan secara komprehensif, serta implikasi perniagaan terhadap sistem ekonomi masyarakat perlu diteliti berasaskan konsep-konsep fiqh muamalah yang sedia ada, serta digabungkan dengan falsafah perniagaan (al-tijarah) yang telah disediakan oleh ulama' terdahulu akan membentuk satu lagi disiplin ilmu perniagaan yang lebih khusus.

2

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan Fiqh al-tijarah bukan suatu perkara baru kerana ia merupakan cabang fiqh muamalah yang lebih menumpukan kepada implikasi kontrak. Fiqh altijarah yang cuba diperkenalkan ini ialah konsep hukum yang lebih menyeluruh, yang bukan sahaja menumpukan kepada kontrak antara penjual dan pembeli, tetapi turut menyentuh isu-isu strategi pemasaran, pengurusan kewangan organisasi perniagaan dan pengurusan sumber manusia agar ia selari dengan kehendak maqasid syariah Islam

2.0

Definisi

Al-Tijarah dijelaskan oleh Ibn Manzur adalah perkataan yang berasal daripada tajara – yatjuru – tijarah yang memberi maksud urusan pembelian dan penjualan.1 al-Quran menggunakan perkataan al-tijarah sebagai enam kali untuk menggambarkan kepentingan perniagaan kepada manusia. Bahkan Allah menyifatkan orang-orang yang membaca kitab Allah (al-Quran), menunaikan solat, membelanjakan harta ke jalan Allah ialah orang yang mengharapkan perniagaan yang tidak akan rugi.2 Selain itu Allah juga menyifatkan amalan-amalan seperti yang disebut di atas merupakan perniagaan yang boleh menyelamatkan manusia daripada api neraka.3 Hal ini menggambarkan betapa pentingnya perniagaan kepada manusia.

3.0

Kepentingan Perniagaan

Menurut Badr al-Din al-'Ayni dalam menghuraikan kitab Sahih al-Bukhari, Imam al-Bukhari sengaja memasukkan bab berkenaan dengan perniagaan iaitu Kitab al-Buyu‘ selepas bab-bab berkenaan dengan ibadah adalah kerana kepentingan perniagaan itu sendiri berbanding topik lain seperti perkahwinan, kekeluargaan dan jenayah. Menurutnya, terdapat ulama’

1 2

Ibn Manzur (t.t.), Lisan al-Arab. Kaherah: Dar al-Ma’arif, j. 5, h. 420 Surah Fatir: 29 3 Surah al-Saff: 10

3

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan berpandangan bahawa ramai manusia mampu untuk tidak berkahwin tetapi semua manusia pastinya tidak akan terlepas daripada memasuki bidang perniagaan, sama ada sebagai penjual atau pun pembeli.4

Bidang perniagaan merupakan amalan yang biasa masyarakat Arab sebelum Islam. Bahkan Rasulullah SAW sendiri adalah seorang ahli perniagaan dan pernah menguruskan perniagaan janda hartawan Khadijah r.a. sebelum baginda memperisterikannya.5 Bahkan antara para sahabat yang masyhur sebagai ahli perniagaan yang berjaya ialah ‘Abd al-Rahman bin ‘Awf r.a dan ‘Uthman bin al-Affan. Diceritakan dalam sebuah hadis yang sahih, sebaik sahaja Abd al-Rahman dipersaudarakan oleh Rasulullah dengan Sa‘ad bin al-Rabi‘, Sa‘ad telah menawarkan sejumlah harta kepada Abd al-Rahman serta menawarkan isterinya untuk diperisterikan oleh Abd Rahman (setelah diceraikan dan tamat tempoh ‘iddah), tetapi Abd alRahman bin Awf telah menolak dengan baik serta meminta agar ditunjukan kepadanya pasar di Madinah. Lalu ditunjukkan kepada beliau Pasar Qaynuqa‘ yang merupakan pasar yang tersohor di Madinah dan pada ketika itu dipelopori oleh orang Yahudi.6 Kisah ini menunjukkan bahawa sikap ingin berdikari serta minat yang mendalam sahabat Rasulullah s.a.w itu untuk menceburi dalam bidang perniagaan. Dan seperti yang diketahui umum Abd al-Rahman bin Awf adalah menjadi sahabat yang terkaya di kalangan para sahabat Rasulullah s.a.w.

Bidang perniagaan juga dianggap oleh para ulama’ sebagai bidang yang paling afdal untuk diceburi. Sekali pun terdapat sedikit perbezaan antara bidang yang paling utama; sama ada bidang perniagaan, pertanian atau pun
Lihat Badr al-Din, Abu Muhammad Mahmud Bin Ahmad al-‘Ayni (2001), ‘Umdah alQari Syarh Sahih al-Bukhari. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, juz. 11, h. 226. 5 Lihat Abu al-Fida’ Isma’il Ibn ‘Umar Ibn Kathir (1997), al-Bidayah wal al-Nihayah. t.t.p: Dar Hajar, j. 3, h. 462. 6 Muhammad bin Ismail al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab al-Buyu‘, Bab Ma Ja’a Fi Qawl Allahi Ta’ala, Fa’iza Qudiyah al-Salah Fantasyiru Fi, No. Hadis: 1907.
4

4

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan pembuatan. Namun mereka tetap bersetuju bahawa hasil yang terbaik adalah hasil kerja yang diusahakan sendiri oleh seseorang manusia.7 Ini adalah berasaskan hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh alMiqdam bahawa Rasulullah s.a.w berkata:

“Tidaklah seseorang itu makan daripada makanan yang lebih baik daripada hasil apa yang diusahakan oleh tangannya sendiri. Sesungguhnya Nabi Allah Dawud a.s. makan daripada hasil yang diusahakan oleh tangannya sendiri.” 8

Perniagaan merupakan keperluan asas bagi sesuatu masyarakat yang telah wujud sejak zaman berzaman lagi. Islam menganggap bidang ini adalah satu perkara daruriyyat yang sangat penting untuk manusia. Justeru, Islam tidak pernah mengharamkan sebagai aktiviti perniagaan bahkan

menggalakkan umatnya untuk menjadi seorang usahawan yang berdikari serta boleh menghasilkan keuntungan yang seterusnya dapat membelanjakan keuntungan tersebut pula ke jalan Allah.9

4.0

Beberapa Isu Hukum Dalam Perniagaan Islam

Sebelum membawa hadis berkenaan dengan kelebihan bekerja sendiri, Imam al-Bukhari terlebih dahulu mengutarakan persoalan syubhah yang perlu dielakkan oleh setiap orang yang terlibat dalam perniagaan. Beliau seterusnya membawa hadis-hadis berkenaan dengan kecenderungan umat akhir zaman untuk mengabaikan hasil usaha mereka sama ada haram atau halal. Jelas di sini bahawa dalam menjalankan sesuatu aktiviti perniagaan, setiap tindakan yang dilakukan bermula daripada proses pengumpulan
7

Ahmad Ibn ‘Ali Ibn Hajar (2001), Fath al-Bari Syarh Sahih Bukhari. Riyad: t.n.p, j. 4, h. 356. 8 Muhammad bin Ismail al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab al-Buyu‘, Bab Kasb al-Rajul Wa ‘Amaluhu Biyadihi, No. Hadis: 1930. 9 Ibrahim bin Musa al-Syatibi (2003), al-Muwafaqat fi Usul al-Syari ‘ah. Beirut: Dar alKutub al-‘Ilmiyyah, j. 2, h. 215

5

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan modal, penghasilan produk, aktiviti jualan serta pemasaran mestilah dipantau secara terperinci agar unsur-unsur syubhah serta haram tidak masuk ke dalam perniagaan yang dilakukan oleh seorang Islam.

Sebagai satu sorotan permulaan, fokus fiqh al-tijarah diberikan kepada beberapa perkara perlu dijaga untuk menjamin perniagaan seorang Islam berjalan di atas landasan yang betul secara komprehensif:

i. ii. iii. iv.

Falsafah sebenar perniagaan Islam Bidang perniagaan yang diceburi Isu kewangan yang tidak melibatkan riba dan perkara haram Strategi pemasaran yang melibatkan penipuan

Sekali pun Islam menggalakkan umatnya berniaga, tetapi Islam pada masa yang sama memberikan panduan kepada manusia agar perniagaan yang dilakukan adalah selaras dengan objektif sebenarnya iaitu untuk mencapai al-falah iaitu kejayaan di dunia dan di akhirat.10 Untuk mencapai al-falah iaitu kesinambungan keuntungan perniagaan di dunia dan akhirat, para peniaga wajar berwaspada dengan lima isu tersebut.

5.0

Menghayati Falsafah Perniagaan Islam

Dalam falsafah Islam, perniagaan ialah satu kerja yang sangat terpuji yang menghidupkan masyarakat. Aktiviti ini bukan sahaja dilakukan untuk mendapatkan keuntungan, tetapi pada masa yang sama menunaikan kewajipan sebagai anggota masyarakat Islam. Falsafah perniagaan Islam adalah berasaskan kepada falsafah ekonomi Islam itu sendiri iaitu perniagaan yang berasaskan kepada rabbani ataupun prinsip-prinsip
10

Lihat Ab Mumin Ab Ghani (2006), “Sistem Pengurusan Islam: Tinjauan Menyeluruh Dari Aspek Konsep”, dalam Ab Mumin Ab Ghani, Fadillah Mansur (Ed), Dinamisme Pengurusan Islam: Mengurus Kerja dan Modal Insan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, h. 5.

6

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan ketuhanan.11 Dengan kata lain, apa-apa tindakan yang dilakukan oleh seorang ahli perniagaan hendaklah akur dengan segala perintah Allah dan tidak boleh lari daripada hukum yang ditetapkan oleh Allah. Menurut Yusuf al-Qaradawi, asas kepada aktiviti perniagaan dan ekonomi Islam mestilah bertunjangkan akidah Islam yang jernih. Dalam konsep Islam juga, harta adalah merupakan amanah Allah kepada manusia dan manusia adalah pemegang amanah Allah. Sekalipun setiap orang oleh mencari keuntungan sebanyaknya, namun ia tertakluk kepada hukum yang telah ditetapkan oleh Allah.

Falsafah perniagaan Islam ini dimanifestasikan oleh beberapa peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah. Di dalam al-Quran, Allah telah berfirman:

“Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baru tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar berkhutbah). Katakanlah (wahai Muhammad: Pahala, balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu dan Allah sebaikbaik pemberi rezeki.” [al-Jum‘ah: 11]

Dalam ayat di atas, Allah telah menempelak mereka yang mengutamakan perniagaan sehingga mengabaikan kewajipan mendengar khutbah dan menunaikan solat Jumaat, sedangkan yang memberikan rezeki kepada mereka itu adalah Allah dan bukannya perniagaan itu sendiri. Secara lebih luasnya, ayat ini menjelaskan bahawa segala urusan penting yang wujud dalam dunia perniagaan tidak boleh dilakukan sehingga mengabaikan
11

Yusuf al-Qaradawi (1995), Dawr al-Qiyam wa al-Akhlaq fi al-Iqtisad al-Islami, Kaherah: Maktabah Wahbah, hh 29-31

7

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan kewajipan asas seperti sembahyang, bahkan kewajipan lain yang ditetapkan oleh Allah. Diriwayatkan bahawa sahabat Rasulullah s.a.w, Abd al-Rahman bin ‘Awf pernah membelanjakan kesemua harta keuntungan perniagaannya kepada jalan Allah setelah beliau gagal untuk mendapat takbiratul ihram secara berjemaah dengan Rasulullah s.a.w. Sekalipun Rasulullah s.a.w tidak menyuruh umatnya meniru sikap tersebut, sekurang-kurangnya kisah ini membuktikan bahawa nilai harta bagi seorang ahli korporat zaman Rasulullah tidak dapat ditukar ganti dengan pelaksanaan ibadah kepada Allah s.w.t.

Justeru, bidang perniagaan adalah salah satu usaha untuk menghidupkan sistem sosial masyarakat itu sendiri tetapi pada masa yang sama Islam membenarkan manusia mendapatkan keuntungan daripada perniagaan mereka. Cuma cara yang digunakan untuk mendapatkan keuntungan perlulah melalui saluran yang betul juga. Allah juga tidak menyuruh manusia berterusan beribadah sehingga mengabaikan usaha untuk mencari segala kelebihan yang Allah kurniakan kepada manusia. Firman Allah:

“Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat” [al-Jum‘ah: 10]

Selain daripada kewajipan asas manusia sebagai hamba Allah untuk beribadah kepada Allah, manusia juga tidak terlepas daripada

tanggungjawab lain seperti menjaga hubungan sesama manusia serta menjaga kebersihan alam persekitaran perniagaan mereka. Rasulullah ada memberikan satu tip bagaimana untuk mempermudah rezeki serta

8

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan memberkatinya seperti mana sabda baginda s.a.w yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a. bermaksud:

“Sesiapa yang sukakan dipermudah (diberkati) baginya rezeki serta dipanjangkan (diberkati) baginya umur, hendaklah dia menjalinkan silaturrahim” 12

Majoriti para pengkaji hadis menghuraikan maksud utama perkataan “albast” yang digunakan oleh hadis ini adalah dipermudahkan rezeki melalui berkat yang dianugerahkan oleh Allah. Keberkatan adalah unsur yang paling penting bagi harta orang Islam. Tanpa keberkatan, harta dan umur orang Islam tidak akan bernilai apa-apa sama ada di dunia mahu pun di akhirat. Daripada hadis ini juga kita dapat memahami bahawa betapa pentingnya menjaga hubungan silaturahim antara manusia dalam menjalankan aktiviti perniagaan. Kewajipan menjaga hubungan sesama manusia tidak boleh diabaikan sekalipun dalam usaha mengaut keuntungan. Hubungan semasa manusia tidak terhad kepada sesama Islam sahaja, tetapi seluruh anak Adam, tanpa mengira batas agama mahu pun bangsa . Tegasnya, falsafah perniagaan Islam adalah berpaksikan ibadah kepada Allah serta untuk menjalinkan hubungan yang baik antara manusia dan alam. Jika perkara asas itu diabaikan, perniagaan itu dianggap tidak mendatangkan apa-apa keuntungan sekalipun keuntungan wang yang diperoleh adalah banyak. Keuntungan wang adalah bukan menjadi matlamat utama umat Islam. Ini kerana matlamat keuntungan duniawi adalah sebenarnya sekadar wasilah sahaja untuk mencapai keuntungan sebenar di akhirat nanti. Matlamat ini perlu dijadikan asas kepada perniagaan.
12

Sabda Rasulullah s.a.w dalam menerangkan kepentingan

Muhammad bin Ismail al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab al-Buyu‘, Bab Man Ahabba al-Bastu Fi al-Rizq, No. Hadis: 1925.

9

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan penetapan matlamat bagi orang Islam seperti mana yang diriwayatkan oleh ‘Umar al-Khattab r.a.:

“Sesungguhnya kerja-kerja itu adalah bergantung kepada niatnya (matlamat). Dan bagi setiap orang, apa yang diniatkannya. Sesiapa yang hijrahnya (tindakannya) adalah untuk Allah dan Rasulullah, maka hijrahnya adalah untuk Allah dan Rasulullah, atau jika kerana dunia, maka dia akan mendapatnya (sekadar dunia sahaja), dan jika kerana wanita, dia akan menikahinya. Maka hijrahnya (tindakannya) adalah mengikut apa yang menjadi matlamatnya.” [Muttafaq ‘Alayhi]

Sudah tentu wajib bagi setiap orang Islam untuk menetapkan matlamat yang lebih jauh daripada sekadar mendapat keuntungan dunia sahaja. Risiko di dunia ini kadang-kala tidak dapat diduga. Jika sekadar merancang matlamat dunia tanpa merancang untuk akhirat, maka kerugian itu makin berganda. Jika rugi di dunia tetapi selamat di akhirat, kerugian itu hanya bersifat sementara. Namun adalah lebih baik merancang untuk mendapat keuntungan untuk kedua-duanya, dunia dan akhirat. Itulah al-falah yang menjadi falsafah kepada perniagaan menurut Islam.

6.0

Bidang Perniagaan Yang Produktif

Ruang perniagaan dalam Islam adalah tersangatlah luas. Bahkan segala bentuk kewajipan yang ditentukan oleh Allah terhadap manusia membuka peluang kepada manusia untuk menjalankan perniagaan sesama mereka. Kewajipan sembahyang contohnya, membuka peluang kepada penjanaan ilmu astronomi dalam menentukan waktu solat, arah kiblat, pakaian dan seumpamanya. Maka peralatan astronomi seperti teleskop dan lain-lain boleh diniagakan untuk mendapatkan keuntungan. Begitu juga ibadah

10

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan puasa yang mana jelas di Malaysia, bazar-bazar Ramadan telah menjana ekonomi umat Islam. Ibadah haji juga menjana ekonomi bukan sahaja umat Islam di Mekah, tetapi perniagaan pengangkutan air dan udara turut menjadi medan perniagaan penting bagi umat Islam. Paling jelas ialah ibadah zakat yang mana umat Islam yang tidak berharta sudah tentu tidak dapat menunaikannya, sedang kaedah yang terbukti berkesan untuk mendapatkan harta yang banyak adalah perniagaan.

Sekadar mengemukakan contoh-contoh bidang perniagaan secara terhad, umat Islam sememangnya dibenarkan untuk mengutip segala apa yang dikurniakan oleh Allah seperti maksud firman Allah dalam surah al-Jum‘ah yang telah diutarakan sebelum ini. Namun begitu, demi kemaslahatan masyarakat juga, Islam tidak membenarkan umat Islam melakukan perniagaan barangan yang haram seperti arak dan perjudian. Begitu juga perkara lain yang boleh merosakkan masyarakat seperti pelacuran dan dadah. Sesetengah sarjana turut mengharamkan umat Islam berniaga rokok setelah rokok difatwakan haram oleh majoriti ulama’ moden. Jelasnya, perniagaan yang dibenarkan Islam ialah bidang perniagaan yang produktif serta membantu masyarakat menjalankan kehidupan dengan sempurna.

Islam juga menetapkan bahawa ‘urf dan adat merupakan sumber penting dalam Syariah Islam. Mana-mana hukum yang tidak ada dalilnya di dalam al-Quran, maka ‘urf berperanan untuk menentukan sama ada baik atau buruk sesuatu perniaagan. Justeru, mana-mana barangan yang diharamkan oleh undang-undang tempatan, turut haram untuk diniagakan di sisi Islam13. Hal ini kerana undang-undang tempatan biasanya diwujudkan untuk menjaga ketenteraman masyarakat serta mengelakkan kemudaratan di

13

Lihat Ahmad Sufian Bin Che Abdullah (2007), “Pasaran Derivatif Dalam Sistem Kewangan Islam di Malaysia: Analisis Berdasarkan al-‘Urf” (Disertasi Sarjana, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya) h. 63.

11

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan dalam masyarakat. Hal ini adalah merupakan maksud utama Syariah Islam itu sendiri. Perniagaan mercun, barangan yang diseludupi, barangan cetak rompak, produk-produk yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan dan lain-lain adalah contoh barangan yang diharamkan oleh undang-undang tempatan. Mana secara automatik ia turut diharamkan dalam Syariah Islam, selagi mana undang-undang itu tidak bercanggah dengan mana-mana prinsip asas dalam Syariah Islam.

Dalam isu tertentu, seperti skim perniagaan internet, Swiss Cash contohnya telah jelas diharamkan oleh undang-undang tempatan, tetapi pada suatu ketika, sebelum fatwa belum dikeluarkan, terdapat golongan ‘agama’ yang kononnya bergelar ‘ustaz’ cuba untuk mengharuskan program tersebut, sedangkan ia jelas melanggar Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram 2001.

Begitu juga perniagaan berisiko tinggi seperti perniagaan mata wang asing melalui Internet. National Future Association dan Suruhanjaya Niaga Hadapan Komoditi dengan kerjasama FBI telah mendedahkan bahawa sebilangan besar skim pelaburan wang asing dalam internet adalah berbentuk scam, penipuan, berisiko tinggi dan menyalahi undang-undang.14 Maka tidak perlulah lagi sebarang usaha untuk mengharuskan perniagaan bentuk ini sekalipun pada asalnya hukum bay‘ al-sarf yang dilakukan secara spot dan tidak melibatkan niaga hadapan atau lock-in price adalah harus.15 Namun begitu, perlulah difahami bahawa perniagaan pelaburan mata wang asing melalui internet dan bay‘ al-sarf adalah suatu perkara yang berbeza. Perniagaan tukaran wang asing yang wujud di Malaysia

14 15

Lihat National Future Association,

http://www.nfa.futures.org/compliance/forexInvestorAlert_020107.asp, 14 Oktober 2008.

Bay‘ al-Sarf ialah pertukaran wang dengan wang daripada jenis yang berbeza tetapi disyaratkan dilakukan secara serentak tanpa ada apa-apa perbezaan. Lihat Mawsu’ah Fiqhiyyah, j. 26, h. 350.

12

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan melalui bank-bank dan pengurup wang yang sah adalah tertakluk kepada undang-undang, kawalan dan penyeliaan. Begitu juga kontrak pasaran mata wang asing dunia yang terletak di bawah kawalan Suruhanjaya Sekuriti dan Opsyen USA. Sekalipun urus niaga mata wang asing tersebut dilakukan secara di luar bursa atau Over the counter (OTC)16, tetapi ia masih lagi tertakluk kepada suruhanjaya tersebut. Berbeza dengan urus niaga mata wang yang banyak ditawarkan di Internet yang majoritinya tidak mempunyai sebarang penyeliaan dan kawalan. Perniagaan mata wang sebetulnya adalah perniagaan yang berisiko tinggi dan kandungan risiko yang begitu tinggi ini boleh disifatkan sebagai gharar fahisy.17 Sekalipun, bagi sesetengah orang mendakwa bahawa perniagaan ini adalah bebas daripada riba al-fadl kerana tiada urus naiga harapan dilakukan, tetapi mereka masih lagi tidak bebas daripada gharar fahish kerana laman web yang menjadi asas kepada perniagaan itu tidak dapat ditentukan lokasi asalnya yang sebenar, bahkan tiada pula kawalan oleh pihak tertentu. Itu belum lagi mengira risiko kerugian yang sangat-sangat tinggi dalam perniagaan mata wang asing.

Bidang perniagaan yang sebenar ialah perniagaan yang berasaskan kepada penghantaran barangan yang sebenarnya, dan bukan perniagaan yang sekadar untuk mendapatkan keuntungan ‘atas angin’ semata-mata. Dalam
Kaedah urus niaga di lokasi secara over-the-counter atau (OTC) ini ialah kaedah yang dilakukan tanpa diuruskan oleh mana-mana organisasi. Ertinya setiap peserta pasaran akan saling berhubungan antara satu sama lain menggunakan kaedah-kaedah tertentu, tanpa adanya suatu organisasi yang menguruskan kredit, pembayaran, piawai dan prosedur, barangan dan seumpamanya./ Lihat Norton, Edgar A., Melicher, Ronald W. (2000), Finance: Inroduction to Institution, Investments and Management. Ohio: South-Western College Publishing, h. 357. 17 Gharar yang diharamkan oleh Syariah iaitu ketidakpastian yang menyebabkan risiko yang terlalu tinggi dalam urus niaga atau dalam kontrak. Menurutnya, gharar jenis ini terdapat banyak pula bentuk-bentuk urus niaga di bawahnya, termasuklah perjudian, jual beli ikan di lautan, burung yang berterbangan dan semua urus niaga yang mengandungi ketidakpastian dengan kadar yang tinggi yang boleh menyebabkan terdapatnya unsur ketidakrelaan dalam mana-mana pihak. Gharar jenis ini dinamakan sebagai gharar fahisy. Lihat Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad al-Syawkani (1999), Nayl al-Awtar Syarh alMuntaqa al-Akhbar. Beirut: Dar al-Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, jld. 5, h. 150
16

13

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan Islam, setiap keuntungan itu dinilai berasaskan risikonya. Justeru, perlu dihayati oleh umat Islam bahawa tidak ada satu pun perniagaan di dunia ini yang tidak mempunyai risiko. Para usahawan Muslim, tidak boleh mengharapkan satu bentuk pendapatan pasif yang mana mereka akan mendapat keuntungan yang tinggi tanpa mengharungi usaha yang gigih dan mendepani risiko yang wujud. Risiko itu pula hendaklah bukanlah risiko yang terlalu tinggi sehingga mencapai tahap ketidakpastian dalam urus niaga, tetapi risiko yang realistik yang mana sudah jelas keputusan antara usaha dan hasilnya.

7.0

Strategi Pemasaran Yang Tidak Menipu Pelanggan

Islam juga membenarkan kita menggunakan apa jua cara untuk menarik perhatian pelanggan untuk membeli barangan yang dijual tetapi hendaklah melalui cara yang betul. Hakikatnya Islam menggalakkan kreativiti dan inovasi dalam setiap strategi yang dilakukan. Kebebasan ini telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis yang sahih bermaksud: “Kamu sebenarnya lebih tahu berkenaan dengan dunia kamu”18

Hadis ini menjelaskan bahawa Islam memberi kebebasan kepada umatnya untuk melaksanakan urusan dunia mereka secara lebih kreatif, sesuai dengan kehendak dan keperluan masyarakat.

Cara yang mengandungi unsur penipuan atau al-ghubn adalah haram di sisi Islam. Mengiklankan produk yang berkualiti tinggi tetapi menjual produk yang berkualiti rendah adalah jelas mencacatkan unsur iradah atau alMuslim Bin al-Hajjaj, Sahih Muslim, Kitab al-Fada’il, Bab Wujub Imtithal Ma Qalahu Sya’an Duna Ma Dhakarahu Min Ma’ayish al-Dunya, No Hadith, 4358.
18

14

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan taradi yang menjadi unsur penting dalam perniagaan. Firman Allah s.a.w di dalam al-Quran yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu....” [al-Nisa’: 29]

Ayat ini menjelaskan bahawa perniagaan yang dilakukan adalah atas dasar sukarela antara kedua-dua pihak; penjual dan pelanggan. Faktor sukarela ini adalah amat penting sehinggakan Imam al-Syafi‘i mewajibkan sighah ijab dan qabul bagi mengesahkan bahawa wujudnya kerelaan kedua-dua belah pihak yang berakad. Walau bagaimanapun, majoriti sarjana berpandangan sighah ini adalah tidak wajib kerana tidak pernah pun dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat baginda tetapi cukuplah dengan apa-apa sahaja bukti kerelaan yang diiktiraf oleh kebiasaan masyarakat.19 Pandangan Imam al-Syafi‘i r.h adalah mungkin berasaskan kepada realiti masyarakatnya ketika itu yang memerlukan sighah bagi mengatasi masalah ketidakjelasan dalam pernyataan persetujuan terhadap akad.

Kerelaan kehendak dalam akad juga mungkin menjadi cacat sekiranya ia dieksploitasi melalui kaedah-kaedah penipuan sehingga apa yang dihajati oleh pelanggan akhirnya menemui kekecewaan akibat penipuan oleh peniaga. Sekarang ini, banyak perniagaan yang dilakukan dengan pembelian berasaskan kad kredit dengan mengeksploitasi kemudahan itu untuk menjual berangan yang tidak diperlukan oleh pelanggan. Contohnya promosi “kad diskaun” untuk percutian kerap kali menggunakan taktik
19

Ibn Quddamah al-Maqdisi (t.t.), al-Mughni. Riyad: Dar ‘Alam al-Kutub, j.6, h. 8.

15

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan yang sangat mengelirukan pelanggan. Kad Diskaun yang ditawarkan sebenarnya tidak berguna apa-apa pun kepada pelanggan kerana terdapat syarat-syarat yang begitu ketat dalam penggunaan kad tersebut. Bahkan syarikat yang menawarkan kad tersebut mungkin bila-bila masa sahaja boleh ditutup dan akhirnya kad yang mereka keluarkan itu tidak berfungsi seperti yang diharapkan.

Begitu juga pemasaran secara paksaan seperti gores yang menang, yang menghendaki para pelanggan membayar sejumlah wang tertentu setelah menggores ‘kad cabutan bertuah’. Semua ini adalah perniagaan yang sangat mengelirukan serta mempunyai unsur manipulasi dan eksploitasi yang jelas bercanggah dengan prinsip perniagaan Islam.

Strategi perniagaan secara jualan langsung berbilang tingkat atau lebih dikenali sebagai multilevel-marketing (MLM) juga perlu dilihat secara lebih serius. Perniagaan yang menggunakan strategi pemasaran ini begitu popular di kalangan masyarakat moden. Dengan bantuan sistem komputer dan teknologi komunikasi, pelbagai bentuk skim MLM dengan nama yang pelbagai seperti sistem matriks, pemasaran networking dan lain-lain lagi. Hakikatnya, semua bentuk ini adalah diaspirasikan daripada skim piramid yang ternyata memusnahkan ekonomi sesebuah masyarakat. Robert L. FitzPatrick yang menulis tentang False Profit cuba membuktikan bahawa skim MLM adalah jelas merugikan ekonomi masyarakat serta merupakan salah satu bentuk ‘skim piramid yang halal’. Bagi beliau, MLM tidak lebih daripada bertujuan untuk sekadar memperkaya golongan atasan sahaja serta meningkatkan harga sesuatu barangan yang dijual.
20

Berasaskan falsafah

Islam, skim MLM ternyata bukanlah satu perniagaan yang produktif kerana barangan yang cuba dipasarkan itu bukanlah lebih tertumpu kepada barangan sahaja, tetapi lebih menumpukan kepada berapa banyak ahli yang
20

False Profit, http://www.falseprofits.com/IsMLMLegal.html, 14 Oktober 2008.

16

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan boleh direkrut. Jelas, ia merupakan sterategi yang sangat mengelirukan. Hasil pendapatan yang diperoleh adalah bukan semata-mata kerana barangan yang dijual, tetapi kerana ‘downline’ yang berbentuk piramid yang semakin berkembang sehingga suatu tahap yang tidak dipastikan.

Sudah tentu tidak ada satu dalil yang jelas untuk mengharamkan strategi pemasaran jenis ini tetapi apa yang jelas ialah pendapatan yang diusahakan oleh orang yang berada di tingkat bawah adalah tidak patut untuk dinikmati oleh orang yang berada di tingkat atas berasaskan firman Allah s.w.t:

“Dan sesungguhnya tidak boleh seseorang insan itu mendapat hasil kecuali apa yang diusahakan olehnya.” [al-Najm: 39]

Selain dalil tersebut, unsur kerelaan yang perlu wujud antara dua pihak yang berakad dalam perniagaan jenis ini juga boleh dipertikaikan. Hal ini kerana terdapat dua perkara yang menjadi niat pelanggan, sama ada sematamata untuk mendapatkan barangan, ataupun untuk mendapatkan

keuntungan setelah mendapatkan seramai mungkin ahli di bawahnya. Sistem MLM ini juga terdedah kepada eksploitasi oleh mereka yang menganjurkan skim cepat kaya dengan mengadakan pelbagai ‘barangan yang berupa ilusi’ tetapi sebenarnya adalah menganjurkan skim piramid yang merosakkan masyarakat. Atas dasar itu, strategi pemasaran secara MLM adalah patut dielakkan oleh usahawan Muslim kerana perniagaan ini bukanlah perniagaan yang sebenarnya. Ia lebih kepada suatu sistem mengaut kekayaan berbanding memperdagangkan barangan secara produktif dalam masyarakat.

Selain itu, strategi promosi dalam pemasaran juga perlulah mengambil kira sensitiviti sesuatu masyarakat kerana ‘urf masyarakat hendaklah dihormati.

17

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan Adalah haram bagi umat Islam untuk menyakiti hati sesiapa pun sama ada dengan lidah mahupun perbuatan. Justeru, dalam usaha mempromosi barangan, perasaan orang lain hendaklah diambil kira, tidak kira apa jua agamanya sekalipun. Sabda Rasulullah s.a.w daripada Jabir:

“Seorang Islam ialah mereka yang menyelamatkan orang Islam yang lain daripada diperlakukan oleh lidahnya atau tangannya”21

Begitu juga dengan promosi yang mengeksploitasi perkara tertentu seperti wanita, atau menggunakan ayat-ayat Allah untuk tujuan perniagaan yang murah, adalah haram di sisi Islam.

Dalam strategi harga, umat Islam sebenarnya diberi kebebasan untuk meletakan sebarang harga, asalkan caranya tidak berbentuk penipuan dan memuaskan hati semua pihak. Strategi harga ini adalah sangat bergantung kepada kemahiran perniagaan yang dimiliki oleh seseorang usahawan. Dalam sebuah hadis, diceritakan bahawa seorang sahabat Rasulullah telah membeli seekor unta dengan harga satu dinar, kemudian dia berjaya menjualnya dengan harga dua dinar. Jika diperhatikan seolah-olah harga yang dijual adalah sekali ganda berbanding harga kos, tetapi Rasulullah tidak pula melarang sahabat tersebut daripada berbuat demikian. Apa yang penting adalah sikap jujur dalam berurus niaga serta mahir dalam selokbelok dan tawar menawar antara peniaga dan pembeli. Hal ini boleh dikatakan termasuk dalam kategori isu dunia yang diserahkan oleh Rasulullah kepada masyarakatnya. Namun keterlaluan dalam meletakkan harga sehingga menzalimi masyarakat adalah tidak digalakkan oleh Islam.

21

Lihat Muslim Bin Hajjaj, Sahih Muslim, Kitab al-Iman, Bab Bayan Tafadul al-Islam Wa Ayyi Umurhi Afdal, No. Hadis 58.

18

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan Konsep perniagaan jujur juga telah dijelaskan oleh Allah di dalam al-Quran melalui firman Allah:

“Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan), Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup, Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.” [al-Mutaffifin: 1-3]

8.0

Isu Kewangan Yang Tidak Melibatkan Unsur Riba dan Haram

Wang adalah sumber dan matlamat utama dalam bidang perniagaan. Wang dilaburkan berserta dengan usaha untuk mendapatkan wang yang lebih banyak yang berupa keuntungan. Harta keuntungan hasil perniagaan ini disifatkan oleh Allah sebagai salah satu daripada kecenderungan utama manusia untuk memperolehnya. Firman Allah s.w.t:

Maksudnya: “Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebunkebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaikbaiknya (iaitu Syurga).”

Islam, bagaimanapun, mengawal kehendak manusia terhadap wang melalui batas-batas yang ditetapkan serta melalui pensyaratan zakat dan sedekah agar kecenderungan itu dapat dikawal seterusnya boleh mengelakkan manusia melakukan kerosakan demi mendapatkan wang.

19

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan Dalam melakukan transaksi kewangan, urus niaga melalui sistem riba adalah amat dimusuhi oleh Islam. Allah telah secara jelas telah mengisytiharkan perang terhadap golongan yang suka mengamalkan riba dalam transaksi kewangan mereka. Firman Allah s.w.t bermaksud:

“Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan

mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang

mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya. Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Dia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekahsedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran dan selalu melakukan dosa” [al-Baqarah: 275-276]

Seperti yang telah ditegaskan sebelum ini, para sarjana secara bersepakat menganggap bahawa sebarang nilai tambahan berasaskan kontrak hutang adalah dianggap riba yang diharamkan oleh Allah, tidak kira nilai itu kecil atau besar. Berbeza dengan kontrak jual beli, pertambahan yang berlaku adalah dianggap keuntungan yang diharuskan oleh Islam. Menurut sarjana

20

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan Usul Fiqh tema utama ayat yang disebutkan di atas bukan sahaja untuk mengharamkan riba, tetapi untuk membezakan hukum dan implikasi antara dua kontrak, riba dan jual beli. Hal ini kerana, menurut sarjana Usul Fiqh, pengharaman riba telah diketahui oleh ayat sebelum turunnya ayat ini, dan ayat 275 adalah bertujuan untuk membezakan antara dua kontrak itu sahaja.
22

Hampir semua para sarjana bersetuju bahawa kadar bunga atau faedah pinjaman adalah sama seratus peratus dengan riba yang dimaksudkan oleh al-Quran. Walau bagaimanapun, terdapat juga pandangan yang mengatakan riba yang diharamkan oleh al-Quran ialah lebihan ke atas pinjaman tidak produktif sebagaimana yang berlaku pada zaman jahiliah, tetapi pandangan ini ditolak dan tidak mempunyai asas sama sekali.23

Selain daripada riba yang terhasil daripada kontrak hutang seperti yang telah jelaskan, terdapat juga riba yang diharamkan kerana berlakunya pertambahan nilai bayaran akibat pertukaran barang-barang ribawi. Riba jenis ini termaktub pengharamannya di dalam sebuah hadis yang sahih, yang mana Rasulullah s.a.w telah bersabda:

Maksudnya: “Daripada `Ubadah bin al-Samit katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan

barli, tamar dengan tamar, garam dengan garam (sekiranya berlaku pertukaran, maka hendaklah) jenisnya, sama sukatannya dan sama

berlaku secara tunai

(spot). Walau bagaimanapun, sekiranya berbeza antara
Lihat Muh}ammad Fath}i al-Durayni (1997), al-Manahij al-Usuliyyah fi al-Ijtihad bi alRa’yi fi al-Tasyri` al-Islami. Cet. Kedua. Beirut: Muassasat al-Risalah, h. 67. 23 Lihat Ab. Mumin Hj. Ab Ghani (1999) Sistem Kewangan Islam dan Pelaksanaannya di Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, h. 217.
22

21

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan barangan tadi, maka berjual belilah kamu seperti yang kamu semua kehendaki jika ia adalah jualan tunai.” 24 Sebenarnya menjelaskan bahawa riba boleh berlaku dalam dua bentuk: 25 i. ii. Riba al-Nasi’ah Riba al-Fadl

Riba al-Nasi’ah ialah riba atau lebihan bayaran yang terhasil akibat melambatkan bayaran atau dengan kata lain, lebihan ke atas bayaran hutang. Menurut sarjana, riba ini adalah riba yang paling utama diamalkan pada zaman Jahiliah, dan riba jenis inilah yang dimaksudkan oleh ayat alQuran26. Namun begitu, berasakan hadis tadi, sekiranya emas dan emas ditukar tetapi pada tempoh yang berlainan, maka perbezaan masa ini boleh menjejaskan nilai harga emas itu sendiri, justeru lebihan bayaran boleh berlaku akibat berlakunya kelewatan dalam pembayaran juga dianggap sebagai riba al-nasi’ah. Hadis tadi juga menjelaskan bahawa riba boleh berlaku secara al-fadl iaitu lebihan yang terhasil akibat perbezaan dua jenis atau emas yang berkualiti berbeza, contohnya, emas yang lebih mahal dengan emas lebih murah. Lebihan ini juga diharamkan oleh Islam.

Daripada penjelasan berkenaan riba secara ringkas di atas, jelas betapa penting para usahawan Muslim mengelakkan diri daripada melibatkan diri daripada riba. Namun dewasa ini terdapat kecenderungan sebahagian masyarakat untuk melibatkan diri ke dalam kontrak yang memberikan pulangan yang berupa peratusan tetap yang dikira berasaskan kepada modal yang disumbangkan. Kontrak jenis ini adalah jelas riba yang diharamkan

Lihat Muslim bin al-Hajjaj (1998), Sahih Muslim. Kitab al-Musaqah, Bab al-Sarf wa Bay` al-Dhahab bi al-Wariq Naqdan, No. 2970. 25 Lihat Ziaul Haque (1995), Riba: The Moral Economy of Usury, Interest and Profit. Kuala Lumpur: S. Abdul Majeed & Co, h 62. 26 Lihat Ibid.

24

22

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan oleh Syariah Islam. Sebagai contoh, A berjanji dengan B sekiranya B memberikan modal RM10000 kepadanya untuk membiayai perniagaannya. Untuk tempoh dua tahun, A akan memberikan pulangan sebanyak 8% sebulan sepanjang waktu tersebut. Ini bermakna dalam tempoh dua tahun, B akan mendapat RM19200, untung RM9200 berbanding modal asalnya. Perjanjian sebegini adalah jelas merupakan riba yang diharamkan oleh Islam. Sekiranya A ingin mendapatkan modal daripada B, B wajar memberikan pembiayaan secara qard hasan iaitu pinjaman tanpa faedah ataupun B boleh menyertai perniagaan tersebut secara perkongsian untung rugi (sama ada al-musyarakah atau al-mudarabah), yang mana peratusan dikira berdasarkan keuntungan yang diperoleh, bukan kepada modal yang dilaburkan. Sekiranya rugi maka B turut menanggung kerugian modal. Selain cara itu, B juga boleh membiayai kos barangan yang ingin dibeli oleh A dan menjualnya dengan harga bercampur keuntungan secara ansuran kepada A, melalui kontrak al-murabahah dan bay‘ al-taqsit. B turut boleh menggunakan cara al-ijarah dengan membeli barangan yang diperlukan oleh A dan menyewakannya. Pemilihan kontrak pembiayaan ini adalah berasaskan kepada apa yang ingin dibiayai oleh perniagaan tersebut.

Sekiranya memerlukan pembiayaan itu layak dipohon daripada institusi kewangan, terdapat pelbagai institusi kewangan di Malaysia yang menawarkan pinjaman perniagaan berlandaskan Islam. Ini boleh

menjauhkan para peniaga daripada melakukan urus niaga riba.

Islam bagaimanapun mengharuskan jualan barangan secara dua harga, iaitu harga tunai yang lebih murah, manakala harga untuk pembelian ansuran adalah lebih mahal. Majoriti para sarjana mengharuskan urus niaga ini kerana harga itu telah ditetapkan lebih awal daripada kontrak. Namun sekiranya harga kedua itu diletakkan setelah kontrak berlaku, maka itu adalah termasuk dalam ketegori riba. Contohnya A menjual barangan

23

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan dengan harga RM1000 kepada B dengan pembayaran selama seminggu. Akibat lewat daripada seminggu maka A menaikan harga kepada RM1200. Keadaan ini telah menjadikan kontrak tersebut sebagai riba. Hal akan berbeza sekiranya A terlebih awal menyatakan pembelian secara ansuran adalah RM1200 dan pembelian tunai adalah RM1000 lantas B memilih pembelian mana yang sesuai untuk kemampuan dirinya.

Selain daripada unsur riba, unsur-unsur haram lain yang melibatkan kewangan perlu juga dielakkan. Bahkan unsur-unsur ketelusan dan audit kewangan yang baik adalah amat digalakkan oleh Islam. Dalam ayat yang paling panjang di dalam al-Quran iaitu ayat 286 surah al-Baqarah, Allah memerintahkan agar urus niaga hutang agar ditulis dan disaksikan oleh dua saksi yang boleh diharapkan berkenaan dengan urus niaga kewangan. Hal ini membuktikan bahawa pengurusan perakaunan dan audit yang telus wajar dilakukan agar pengurusan yang melibatkan kewangan dapat dilicinkan demi mengelakkan daripada menggunakan harta yang haram atau menzalimi manusia lain akibat tiada catatan yang baik. Sebarang pertikaian juga dapat dielakkan dengan adanya rekod yang baik serta boleh disemak apabila diperlukan.

9.0

Kesimpulan

Apa yang diutarakan dalam artikel ini adalah satu sorotan awal yang menyentuh hanya beberapa isu dalam perniagaan. Pelbagai lagi isu yang perlu dianalisis secara lebih kritikal dan analitis berasaskan kepada sumber khazanah fiqh muamalah klasik dengan menjalinkan idea-idea perniagaan moden. Suatu perkara yang perlu difahami, fiqh al-tijarah bukan sekadar perbincangan tentang hukum agama dalam perniagaan, tetapi lebih daripada itu, menjadikan sumber al-Quran dan sunnah Rasulullah sebagai inspirasi dalam menghasilkan strategi-strategi perniagaan moden yang mampu diaplikasi tidak kira oleh usahawan peringkat awal mahupun sektor

24

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan korporat. Isu-isu lain seperti etika, pengurusan maklumat organisasi, tanggungjawab sosial perniagaan dan pengurusan kewangan berhemat boleh disorot berasaskan sumber daripada al-Quran. Contohnya al-Quran, melalui surah al-Hujurat, secara jelas memberikan panduan tentang pengurusan komunikasi dalam organisasi. Rahsia mukjizat al-Quran ternyata lebih jelas jika apa yang ditulis oleh sarjana silam diterjemahkan dalam bentuk praktis oleh organisasi perniagaan.

25

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->