You are on page 1of 13

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI 2010

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LANGKAWI

1.0 NAMA PROGRAM

Program pendidikan luar bilik darjah (PLBD) (lawatan ke Pulau Langkawi,


Kedah) bersama ibubapa dan guru anjuran Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pelajaran
SMK Permata Jaya, Rengit, Batu Pahat, Johor.

1.1 PENGENALAN

Program pendidikan luar bilik darjah (PLBD) iaitu lawatan ke Pulau


Langkawi ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar
melawat tempat-tempat yang menarik disamping menimba pengetahuan dan
pengalaman baru yang menggembirakan. Lawatan ini juga merupakan salah satu
kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah.

Para pelajar memperolehi pengetahuan melalui pembelajaran masteri yang


mana ia merupakan satu kaedah yang berkesan dalam menyalurkan maklumat
kepada para pelajar berkeperluan khas ini.

1.2 MATLAMAT PROGRAM

Menganjurkan program pendidikan luar bilik darjah (PLBD) yang


tersusun dan terancang ke arah meningkatkan keyakinan diri pelajar dan
mengembangkan semangat sosialisasi pelajar terhadap persekitaran luar.

Melalui lawatan ini pelajar Pendidikan Khas SMK Permata Jaya akan
diberi pendedahan serta menimba pengalaman dan pengetahuan secara langsung
ke arah meningkatkan tahap pencapaian mereka dalam bidang pendidikan
khasnya dan kehidupan amnya.

Membina hubungan kasih sayang yang lebih intim antara ibubapa dan
pelajar istimewa melalui program lawatan. Ianya secara tidak langsung dapat
meningkatkan kesedaran ibubapa betapa pentingnya perhatian dan belaian
terhadap pelajar istimewa ini.

1.3 SASARAN PESERTA PROGRAM

Para peserta terdiri daripada pelajar-pelajar istimewa yang mengalami pelbagai


kecacatan seperti:-

a) SINDROM DOWN
b) AUTISME

1
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI 2010

c) TERENCAT AKAL RINGAN


d) HYPERAKTIF
e) DISLEKSIA

1.4 BILANGAN PESERTA PROGRAM


Seramai 19 orang pelajar Pendidikan Khas, 8 orang guru, 2 orang Pembantu
Pengurusan Murid dan 8 orang ibubapa

1.5 TARIKH PROGRAM

28 JUN 2010 – 1 JULAI 2010 (ISNIN – KHAMIS)

1.6 JANGKA MASA PROGRAM

Program ini berlangsung untuk tempoh 3 hari 2 malam

1.7 DESTINASI PROGRAM

Galeria Perdana, Underwater World, Laman Padi, Beras Terbakar, Kereta Kabel,
Kota Mahsuri (PULAU LANGKAWI, KEDAH DARUL AMAN)

2.0 OBJEKTIF

Objektif Program pendidikan luar bilik darjah (PLBD) (lawatan sambil belajar ke Pulau
Langkawi, Kedah) ini diadakan ialah :

1. Mewujudkan suasana riang dan mesra di kalangan pelajar-pelajar bermasalah


pembelajaran serta guru-guru dan ibubapa disamping membentuk kestabilan diri.
2. Memberikan pengetahuan kepada pelajar cara berinteraksi dan menghormati orang
luar
3. Memberi ruang kepada pelajar mempelajari dan menghormati adat dan budaya
negeri lain
4. Memberi peluang bersiar-siar ke tempat-tempat yang belum pernah mereka kunjungi
disamping dapat menimba pengetahuan baru.
5. Membina daya tahan pelajar mengharungi perjalanan yang jauh dan mencabar

3.0 PELAKSANAAN AKTIVITI

Aktiviti lawatan ini bermula pada hari Isnin (28 Jun 2010). Peserta–peserta lawatan
berkumpul di dataran sekolah SMK Permata Jaya pada pukul 4 petang. Para peserta bersama-
sama mengerjakan sembahyang Asar berjemaah. Pada pukul 5.30 petang, bas mula bergerak
meninggalkan SMK Permata Jaya. Sepanjang perjalanan ke Kuala Perlis

2
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI 2010

Isnin, 28 Jun 2010

MASA AKTIVITI
4.00 – 5.30 petang  Peserta lawatan berkumpul di dataran SMK
Permata Jaya
 Menunaikan solat Asar berjemaah
 Menaiki bas

Selasa, 29 Jun 2010

MASA AKTIVITI
8.45 pagi  Tiba di Jeti Kuala Perlis

9.00 pagi  Menaiki feri ‘My Ferry 2’ menuju ke jeti Pulau


Langkawi
10.00 pagi  Tiba di jeti Pulau Langkawi
 Mendapatkan bas persiaran yang disediakan oleh
pihak Koperasi MRSM Langkawi Berhad
10.30 pagi  Menuju ke Galeria Perdana. Berada di Galeria
Perdana selama satu setengah jam
11.45 pagi  Menuju ke Kompleks LADA untuk menikmati makan
tengahari yang ditaja oleh pihak LADA
1.00 tengahari  Singgah sebentar di tempat penghasilan gamat
‘Legenda Warisan Gamat’
 Singgah ke kedai penjualan kain batik dan hasil
bumi Langkawi
2.00 petang  Ke Kota Mahsuri

3.00 petang  Singgah solat Jamak Zohor dan Asar

4.00 petang  Menuju ke Underwater World

6.00 petang  Berhenti makan di Dataran Lang

7.00 petang  Mendaftar masuk ke apartment MRSM Langkawi

3
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI 2010

Rabu, 30 Jun 2010

MASA AKTIVITI
8.00 pagi  Menaiki bas persiaran ke pekan Kuah untuk
bersarapan
8.30 pagi  Sarapan pagi
9.00 pagi  Menuju ke Kilim Geoforest Park – melihat aktiviti
memberi makan burung Helang dan aktiviti laut
yang dijalankan
 Ke Gua Kelawar
11.30 pagi  Singgah di Cable Car (tetapi keadaan cuaca yang
tidak mengizinkan menyebabkan operasi Cable Car
dihentikan)
 Bersiar-siar disekitar kawasan Cable Car
12.15 pagi  Menuju ke Pantai Pasir Hitam
 Membeli-belah hasil laut di Pantai Pasir Hitam
1.00 tengahari  Menuju ke Beras Terbakar

1.30 tengahari  Singgah solat Jamak Zohor dan Asar di surau


berdekatan dengan Beras Terbakar
2.00 petang  Membeli-belah di Haji Ismail Group

4.00 petang  Membeli-belah di Idaman Suri

6.00 petang  Membeli makan malam di Pasar Malam


berhampiran Pekan Kuah
7.00 petang  Pulang ke apartment MRSM Langkawi

Rabu, 1 Julai 2010

MASA AKTIVITI
9.00 pagi  Menaiki bas menuju ke Jeti Pulau Langkawi

11.00 pagi  Menaiki feri ‘My Ferry 2’ menuju ke jeti Kuala Perlis

12.00 tengahari  Tiba di jeti Kuala Perlis


 Mendapatkan bas yang menanti di jeti Kuala Perlis
12.30 pagi  Menuju ke Padang Besar, Perlis
 Membeli-belah di Padang Besar
3.00 petang  Menuju pulang ke Batu Pahat, Johor

8.00 malam  Singgah sebentar di Mc Donald, Juru, Seberang


Perai untuk makan malam yang ditaja oleh Mc

4
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI 2010

Donald Malaysia
9.30 petang  Menuju pulang ke SMK Permata Jaya, Batu Pahat,
Johor

Jumaat, 2 Julai 2010

MASA AKTIVITI
9.30 pagi  Tiba di SMK Permata Jaya

5.1 PERBELANJAAN SEPANJANG LAWATAN

Yuran pelajar = RM 4200


Yuran guru (RM120 x 1 orang) = RM 120
(RM 140 x 4 orang) = RM 560
(RM 180 x 5 orang) = RM 900
= RM 1580
Yuran ibu bapa (RM250 x 6) = RM 1500
Yuran ibu bapa (RM140 x 2) = RM 280
RM 1780

JUMLAH = RM 4200 + RM 1580 + RM 1780 = RM 7560

Perbelanjaan sepanjang lawatan

Tambang feri = RM 1014.00


Sewa apartment MRSM = RM 1512.00
Makan pagi di MRSM = RM 136.50
Sewa bas di Langkawi = RM 1170.00
Wang saku pelajar = RM 600.00
Baju lawatan = RM 527.00
Bayaran bot (Kilim Geoforest Park) = RM 435.00
Tiket masuk U/water world (RM22 x 12)+(RM 7 x 19) = RM 397.00
Tiket masuk Galeria Perdana (RM5 x 17) = RM 85.00
Tiket masuk Kota Mahsuri (RM 4.50 x 11) = RM 49.50
Wang tiket masuk Cable Car yang dikembalikan = RM 72.00
Lain – lain = RM 110.00
= RM 6108.00
Baki wang lawatan = RM 1452

5
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI 2010

PERBELANJAAN WANG TAJAAN

Wang tajaan = RM 700.00


Telefon = RM 100.00
Kerepek = RM 20.00
Baju pemandu bas = RM 40.00
Key chain = RM 120.00
Coklat (saguhati) = RM 150.00
Duit saguhati driver = RM 100.00
Duit minyak = RM 50.00
JUMLAH = RM 580.00

Baki wang tajaan = RM 120.00

*baki wang lawatan dan tajaan disalurkan ke Tabung Kelas Pendidikan Khas SMK Permata Jaya

5.0 BATASAN / MASALAH YANG DIHADAPI

Tiada masalah yang besar dihadapi sepanjang lawatan ini. Pelajar perlu diberi perhatian

sepenuhnya oleh guru yang bertanggungjawab untuk menjaganya daripada sebarang bahaya.

Pelajar ini tidak mengenal erti bahaya. Selain itu, program ini melibatkan ibu bapa pelajar dan ini

telah memberi sedikit masalah kepada guru-guru untuk menguruskan pelajar kerana kadangkala

terpaksa mengurus ibu bapa tersebut. Walaubagaimanapun, segala masalah dapat dihadapi dan

diselesaikan dengan baik.

6.0 CADANGAN UNTUK KECEMERLANGAN PROGRAM

Program ini telah dapat dijalankan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.

Perancangan dan pelaksanaan kerja-kerja awal yang dilaksanakan dengan pemantauan berterusan

banyak membantu kelancaran program tersebut. Bagi meningkatkan tahap pengurusan yang

lebih cemerlang dalam program akan datang adalah dicadangan seperti tugasan guru perlu

6
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI 2010

diperincikan agar setiap guru dapat menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan

lebih berkesan. Diharap juga semua peserta lawatan memberi kerjasama yang lebih baik dengan

mematuhi setiap arahan untuk mengelakkan sebarang masalah. Pelajar juga seharusnya lebih

kerap didedahkan dengan program luar untuk membiasakan pelajar dengan disiplin dan

peraturan lawatan.

7.0 KEBERKESANAN PROGRAM KEPADA PELAJAR

Pelajar dapat mengenal dunia luar seperti bentuk muka bumi setiap negeri dan nama

negeri yang dilalui. Sekaligus pelajar dapat menimba pengetahuan baru yang hanya boleh

dipelajari daripada subjek Geografi.

Selain itu, melalui program ini pelajar dapat pendedahan tentang komunikasi antara

sesama mereka serta orang luar. Pelajar juga dapat mempraktikkan kemahiranyang dipelajari

dalam mataelajaran Matematik seperti penggunaan wang ketika membeli-belah dan membayar

harga makanan.. Pelajar berpeluang berkomunikasi dengan orang asing dalam Bahasa Inggeris

walaupun tahap bahasa mereka masih rendah. Ini dapat membina keyakinan diri bila berhadapan

engan orang luar. Pelajar mula berkeyakinan untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam

percakapan seharian mereka selepas pulang dari lawatan tersebut. Pelajar juga didedahkan

kepada menghormati orang yang berada disekeliling mereka. Kerjasama antara pelajar juga

terserlah apabila saling bantu-membantu mengurus diri rakan mereka yang lemah.

Setiap tempat yang dilawati, pelajar dapat menimba ilmu serta meningkatkan keyakinan

diri mereka. Pelajar dapat mempelajari sejarah Langkawi, bentuk muka bumi, dan dapat

menikmati keindahan dan keunikan persekitaran Langkawi.

8.0 SEKITAR AKTIVITI LAWATAN SAMBIL BELAJAR

7
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI 2010

1) Semasa perjalanan menuju ke Pulau Langkawi

2) Para pelajar semasa lawatan di Galeria Perdana, Langkawi

3) Makan tengahari yang ditaja oleh LADA di Restoran Azwalangka

8
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI 2010

4) Mempelajari pembuatan minyak gamat di Warisan Gamat

5) Menimba ilmu sejarah Mahsuri di Kota Mahsuri

6) Mempelajari dan melihat keindahan hidupan laut di Underwater World Langkawi

9
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI 2010

7) Menaiki bot untuk mejalankan aktiviti memberi makan Helang di Kilim Geoforest Park

8) Menyelusuri Gua Kelawar

9) Bermesra dengan Ikan Sumpit dan Ikan Pari

10
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI 2010

10) Aktiviti memberi makan kepada burung Helang

11) Melihat aktiviti mencanting batik di Kompleks Kraftangan Malaysia

12) Singgah sebentar di Langkawi Cable Car

11
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI 2010

13) Di Beras Terbakar, Padang Mat Sirat

14) Menanti feri di Jeti Pulau Langkawi

15) Makan malam yang ditaja oleh Mc Donald Malaysia di Mc Donald, Juru, Seberang Perai

12
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI 2010

9.0 PENUTUP

Program yang dijalankan ini dapat membantu mengeratkan lagi hubungan antara guru,

ibubapa dan pelajar serta hubungan sesama pelajar. Selain itu, program ini juga memupuk

semangat pelajar untuk bekerjasama, menghormati antara satu sama lain, dan menimba ilmu baru

serta menikmati persekitaran yang indah sekaligus menghargai persekitaran sekeliling mereka.

Harapan kami selaku warga pendidik Program Pendidikan Khas Integrasi agar program seperti

ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi kebaikan anak-anak pendidikan khas.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

……………………………… ……………………………….

CIK NURSHUHAIDA BINTI MOHD SALLEH TN. HJ. SUBARI B. JUBRI


Setiausaha Penolong Kanan
Lawatan sambil belajar ke Langkawi Program Pendidikan Khas Integrasi
SMK Permata Jaya SMK Permata Jaya

Disahkan oleh :

………………………………..
HJH. FARIDAH BT KALAM
Pengetua
SMK Permata Jaya
Rengit, Batu Pahat, Johor

13

You might also like