You are on page 1of 17

BINAAN AYAT

Ayat Inti Ayat Ayat


Tunggal Majmuk

1. FN + FN Subjek
2. FN + FA
3. FN + FK
4. FN + FSN Predikat

Ayat Ayat Ayat Ayat


Majmuk Majmuk Majmuk Majmuk
Gabungan Pancangan Campuran Pasif
Binaan Ayat Inti

Konsep Ayat Inti

Dikenali sebagai ayat inti.


Terbentuk daripada unsur-unsur utama yang wajib
Tidak mengandungi sebarang keterangan di dalamnya.
Tidak mengandungi tambahan unsur pada frasa subjek atau predikat.
Binaan ayat dasar yang paling ringkas dan menjadi dasar terbitnya ayat-ayat lain.

Pola Ayat Inti

Pola ayat inti terbahagi kepada empat jenis pola berdasarkan jenis-jenis unsure
yang hadir dalam konstituen subjek dan konstituen predikat.
Konstituen ini boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan
frasa sendi nama.
Pola-pola ayat inti ini adalah gabungan frasa- frasa tersebut.

Pola Subjek Predikat


FN + FN Suhanis pelajar maktab.
( frasa nama) ( frasa nama)
FN + FK Kathy sedang memasak
( frasa nama) (frasa kerja)
FN + FA Lo Bing Bing rajin
( frasa nama) (frasa adjektif)
FN + FSN Si Putih di kantin.
( frasa nama) (frasa sendi nama)

Ciri-ciri Ayat Inti


Mengandungi satu klausa yang lengkap dan mengandungi satu subjek dan satu
predikat.
Ayat dasar mempunyai struktur subjek-predikat.
Ayat penyata lebih dasar dan lebih lengkap daripada ayat jenis lain seperti
ayat perintah atau ayat Tanya.
Semasa kata kerja sebagai predikat ayat inti maka ayat aktif digunakan kerana
lebih dasar dan lebih lengkap.
Berpotensi untuk diluaskan dengan penambahan unsur-unsur.
Ayat inti dapat dekembangkan atau diperluaskan bagi menerbitkan ayat jenis
lain.
Ayat inti tidak mengandungi unsur yang boleh dihubungkan oleh kata hubung
dengan unsur-unsur lain.

Binaan Ayat Tunggal


Susunan
Ayat Tunggal
Susunan Biasa
Predikat
Subjek
Susunan Songsang
Frasa Nama
Kata Nama

Kata Nama Khas


Kata Nama Terbitan

Kata Nama Terbitan


Kata Nama Am

Kata Nama Am
Kata Nama Khas

Frasa Kerja
Kata Ganti Nama

Kata Kerja Asal


Kata Ganti Nama
Tunjuk
Berimbuhan
Kata Ganti Nama
Orang Tak Berimbuhan

Kata Kerja berfungsi


sebagai Kata Nama Kata Kerja Terbitan

Kata Bantu
Kata Adjektif berfungsi
sebagai Kata Nama Kata Bantu Ragam

Kata Bantu Aspek

Unsur Keterangan

Frasa Adjektif

Frasa Sendi Nama


Ayat Tunggal
Ayat tunggal ialah ayat yang terbina daripada dua bahagian, iaitu subjek dan
predikat.
Subjek – bahagian ayat yang diterangkan.
Predikat – bahagian ayat yang menerangkan subjek.

Binaan Subjek
Kata Nama

KN yang menjadi subjek sesuatu ayat boleh terbentuk daripada:

i. Kata nama am
ii. Kata nama khas
iii. Kata nama terbitan

Contoh:

Subjek (Nama Am) Predikat


i. Jambangan bunga itu untuk adik.
ii. Pantai ini sungguh cantik.
iii. Ayah seorang yang tegas.
Subjek (Nama Khas) Predikat
i. Si Comel sangat cerdik.
ii. Arfizy sedang tidur.
iii. Gunung Singai penuh dengan pokok durian.
Subjek (Nama Terbitan) Predikat
i. Nyanyiannya memukau jiwa.
ii. Masakan ini enak sekali.
iii. Tumbukannya sungguh kuat.

Kata Ganti Nama

KN yang menjadi subjek sesuatu ayat boleh terbentuk daripada:


i. Ganti nama orang
ii. Ganti nama tunjuk

Contoh:
Subjek ( Ganti nama orang) Predikat

i. Kami pelajar maktab.


ii. Beliau seorang pensyarah.
Subjek (Ganti nama tunjuk) predikat
i. Ini kawasan asrama.
ii. Itu tuduhan yang melampau.

Kata Kerja berfungsi sebagai Kata Nama

KK yang penggunaannya dalam ayat berfungsi sebagai subjek, iaitu KK yang


mengambil tugas kata nama.
Ini berlaku apabila kata dari golongan kumpulan lain diberi imbuhan seperti
me.....

Contoh:
Subjek (KK ) Predikat
i. Melukis menjadi kegemarannya.
i. Bersenam menyihatkan badan.
ii. Merokok ialah tabiat yang buruk.

Kata Adjektif berfungsi sebagai Kata Nama

Ada juga KA yang berfungsi sebagai subjek sesuatu ayat, yakni adjektif yang
mengambil tugas KN.
Contoh:

Subjek (Kata Adjektif) Predikat


i. Merah melambangkan keberanian.
ii. Lemah-lembut sifat orang-orang Timur.
iii. Boros membawa kepapaan.
iv. Miskin jangan dipandang hina.

BINAAN PREDIKAT

Predikat sesuatu ayat tunggal dapat dibina daripada unsur-unsur utama berikut:
i. FN
ii. FK
iii. FA
iv. FSN

Frasa Nama

• Binaan frasa nama yang menjadi predikat sama seperti binaan frasa nama yang
berfungsi sebagai subjek dalam satu ayat .
• Unsur ini boleh terbina daripada :
i. KN Am
ii. KN Khas
iii. KN Terbitan

Subjek Predikat( Nama Khas)


i. Sekolah itu Sekolah Kebangsaan Negeri Sarawak.
ii. Beliau Pengarah Syarikat Mega.
Subjek Predikat ( Nama Am)
i. Suhanis pelajar.
ii. Binatang itu kucing.
Subjek Predikat ( nama terbitan)
i. Kata-katanya menyakitkan hati.
ii. Tegurannya suatu pengajaran .

Predikat Frasa Kerja


FK yang menjadi predikat dalam sesuatu ayat terbentuk daripada unsur-unsur berikut:

i. KK asal
ii. KK terbitan
iii. Kata bantu
iv. Unsur- unsur keterangan

KK asal
• Terdiri daripada 2 jenis :
• KK asal tidak berimbuhan – terdiri daripada satu kata dasar yang boleh terdiri
daripada KKTT dan KKT .
• KK asal berimbuhan – gabungan kata dasar dengan kata imbuhan
Contoh KK Asal Tidak Berimbuhan

Subjek Predikat
KKTT Keterangan
i. Fizi tidur dalam kelas.
ii. Kami berjalan ke pasar.
iii. Katak melompat
Subjek Predikat
KKT Objek
i. Fizi Makan Aiskrim
ii. Kami mencuci mangkuk

Contoh KK Asal Berimbuhan

Subjek Predikat ( KKTT)


Pelajar- pelajar menyanyi.
Gadis itu bersantai di tepi pantai
Uchung terjatuh

Subjek Predikat
KKT Objek
Fizi menulis cerpen.
Kami menggubah lagu.
Kerajaan memahami hasrat rakyat.

Kata Kerja Terbitan


• KK yang asalnya bukan dari golongan KK tetapi dari golongan yang lain seperti
KN dan KA.

• KA dan KN mengalami pengimbuhan me-….-kan , me-…i .

• Menghasilkan KKT yang memerlukan objek.


Subjek Predikat
KKT Objek
i. Fizi menyekolahkan adiknya.
ii. Kami menjalani latihan perguruan.
iii. Ibu mengindahkan bilik tidurnya.

Kata Bantu
• Unsur FK yang hadir sebelum KK.
• Terbahagi kepada 2 jenis :
i. Kata bantu aspek ( menerangkan sesuatu perbuatandari segi masa – belum,
semasa, selepas )
ii. Kata bantu ragam ( menerangkan ragam perasaan yang berkaitan dengan
perbuatan yang dilakukan – hendak , mahu , harus )
iii.
Unsur Keterangan
• KKT & KKTT boleh menerima frasa keterangan.
• Berfungsi untuk menerangkan dengan lebih lanjut.
• Contoh:
i. Benny berlari dengan laju.
ii. Kuliah tamat pada pukul satu.

Predikat Frasa Adjektif


• Terdiri daripada dua jenis :
i. Kata adjektif selapis
* Boleh didahului oleh kata penguat SAS ( sangat, amat , sungguh).
* Boleh diakhiri oleh kata penguat sungguh, sekali, betul dan benar.
* Bandingan lebih dan paling dan imbuhan ter- boleh digunakan.
i. Kata adjektif ganda
* Erti banyak dan pelbagai rupa bentuk serta sifat
Contoh
Subjek FN Predikat KA selapis
Kereta Min besar.
Mejanya rendah.
Kamus itu tebal.

Subjek FN Predikat KA ganda


Rumah di bandar besar-besar.
Kamus itu tebal- tebal.

Predikat Frasa Sendi Nama

• Menjadi predikat terbina daripada kata sendi nama diikuti oleh frasa nama.
Subjek Predikat FSN

Buku saya di bilik.


Mee itu untuk emak.
Wangnya dengan kakak.

Ayat
Majmuk

Ayat Ayat Ayat Ayat


Majmuk Majmuk Majmuk Majmuk
Gabungan Pancangan Campuran Pasif

Fakta 1. Ayat Relatif


Musabah
Berurutan 2. Akibat Ayat
3. Syarat Majmuk
4. Waktu Gabungan
Dan, lalu, lagi, Ayat
serta, sambil 5. Pertentangan
Komplemen
6. Harapan Ayat Relatif
Tetapi, sebaliknya, 7. Tujuan
melainkan, padahal
Pertentangan Fakta 8. Perbandingan
AyatFrasa Ayat
9. CaraNama
Adjektif
Keterangan
Kerja Komplemen
Ayat Majmuk

Ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih dengan
mengikut susunan tertentu sehingga menjadi ayat baharu.
Dibahagikan tiga bentuk utama:
1. Kata Majmuk Gabungan
2. Kata Majmuk Pancangan
3. Kata Majmuk Campuran
Kata Majmuk Gabungan

Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang dibina oleh dua atau lebih klausa bebas
dengan menggunakan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, serta, lalu dan
sebagainya.
Koma mungkin digunakan jika gabungan terdiri daripada tiga atau lebih klausa.
Contoh:

(1) Alicia mahir memasak dan menjahit.


(2) Alicia mahir memasak
(3) Alicia mahir menjahit.

Ayat yang (1) berasal daripada ayat (2) dan (3).Kedua-dua ayat (2) dan (3)
dihubungkan dengan menggunakan kata hubung dan.Klausa (2) dan (3) sama
tarafnya iaitu klausa utama.

Ayat majmuk gabungan boleh jadi ayat yang mengandungi fakta yang sejajar atau
fakta yang bertentangan.
Untuk fakta yang bertentangan, kata hubung seperti dan, serta, tambahan, pula,
sambil dan sebagainya digunakan.
Untuk fakta yang bertentangan, kata hubungan seperti tetapi, sebaliknya, padahal
dan sebagainya digunakan .

Kata Majmuk Pancangan

Ayat majmuk pancagan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak
setara.Ini bermakan dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau ayat
utama dan satu atau lebih klausa tak bebas atau ayat  kecil.
Ayat kecil dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata
hubungan seperti yang, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan
sebagainya.
Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada
tiga jenis :
1. Ayat relatif
2. Ayat komplemen
3. Ayat keterangan.
 
 
Ayat Relatif

Ayat relatif terdiri daripada satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih
klausa terikat atau ayat kecil.
Ayat kecil dipancangkan ke dalam subjek ayat utama atau predikat ayat utama
dengan menggunaka kata hubung.
Perhatikan contoh berikut:

o Buku yang tebal itu milik Pak Mat.


o Buku itu milik Pak Mat.
o Buku itu tebal.

Ayat (3) telah dipancangkan kepada subjek ayat utama dan dijadikan ayat kecil
dengan menggugurkan buku itu tebal dan menggunakan kata hubung yang.
 
Ayat Komplemen

Ayat majmuk komplemen ialah ayat utama yang dipancangkan dengan ayat kecil
yang seterusnya menjadi komplemen kepada ayat utama.

Perhatikan contoh berikut:

Dia memberitahu sesuatu


Jika sesuatu itu diterangkan sebagai ``giginya sakit'' atau ``membeli baju baru''
atau ``akan bertolak ke Kuala Lumpur esok'' maka ayat komplemen dapat
dibentuk dengan menggunakan kata hubung bahawa atau yang.

Dia memberitahu giginya sakit


Dia memberitahu membeli baju baru
Dia memberitahu akan bertolak ke Kuala Lumpur esok.

Terdapat tiga jenis ayat komplemen

1. Ayat komplemen frasa nama


- Ayat komplemen nama subjek
- Contoh: Bahawa rancangan itu gagal memang tidak boleh
dipercayai.

- Ayat komplemen frasa nama objek tepat


- Contoh: Yang dituduh mengakui bahawa dia telah membunuh
orang tersebut.

2. Ayat komplemen frasa kerja


- Boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif (KKTK).
- Ayat-ayat komplemen berfungsi sebagai pelengkap untuk KKTK.
- Tidak boleh dipasifkan.
- Contoh: Orang itu berpendapat bahawa anaknya juga patut
dibenarkan melanjutkan pelajaran ke seberang laut.

3. Ayat komplemen frasa adjektif


- Menjadi unsur predikat.
- Jumlah ayat jenis ini terhad.
- Contoh: Saya amat yakin bahawa dia akan berjaya.

Ayat keterangan.

Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat utama dan
satu atau lebih ayat kecil yang bertugas sebagai keterangan kepada predikat.
Hubungan antara ayat-ayat keterangan ialah:
Ayat induk + Kata hubung + Ayat keterangan

Jenis-jenis ayat keterangan:


1. Keterangan musabah
- Menerangkan sebab berlaku sesuatu kejadian atau perbuatan.
- Kata hubung yang digunakan ialah kerana, sebab dan oleh sebab.
- Contoh: Saya tidak hadir ke kuliah kerana urusan peribadi di rumah.

2. Keterangan akibat
- Menerangakn kesan sesuatu perbuatan
- Contoh: Saya mengantuk kerana tidur lewat semalam.

3. Keterangan syarat
- Menerangkan tuntutan yang mesti dipenuhi.

4. Keterangan waktu
- Menerangkan masa sesuatu perbuatan

5. Keterangan harapan
- Menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang berlawanan

6. Keterangan cara
- Menerangkan kaedah atau gaya sesuatu perbuatan.
7. Keterangan tujuan
- Menerangkan maksud sesuatu perbuatan

8. Keterangan perbandingan
- Menerangkan kejadian yang menjadi persamaan

Ayat Majmuk Campuran


Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis
ayat.
Ayat ini mungkin terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk gabungan atau
ayat majmuk pancangan.
Biasanya, ayat jenis ini panjang.
Panjang pendek bukanlah kriteria ayat majmuk campuran tetapi bilangan subjek
dan predikatnya atau bilangan klausanya.

Contoh:
Klausa utama ditandakan `U' dan bilangannya dinomborkan; ayat kecil
ditandakan 'K' dan bilangannya dinomborkan.
 
contoh 1: 

Negara mengalami masalah ekonomi (U1) tetapi keadaannya bertambah baik


(U2) apabila pertumbuhan eknomi mula berkembang semula (K1).
(Ayat campuran ini terdiri daripada ayat gabungan dan ayat keterangan waktu;
atau dua ayat utama dan satu ayat kecil.)
 
contoh 2: 

Apabila kami tiba di Langkawi (K1) kami disambut oleh


jawatankuasa (U1) dan kami diperkenalkan kepada Pegawai Daerah
(U2) serta ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampun (U3).

(Ayat campuran terdiri daripada tiga ayat utama dan satu ayat kecil)
 
contoh 3:

Ketika pihak bomba sampai (K1) kebakaran itu mula merebak (U1)
walaupun penduduk di situ cuba mengawal api (K2).
(Ayat campuran yang mengandungi satu klausa utama dan dua ayat kecil; atau
ayat tunggal dengan ayat keterangan waktu dan keterangan pertentangan).
 
contoh 4:
Projek-projek besar kerajaan diharap menjana pertumbuhan ekonomi negara
(U1) dengan meluaskan pekerjaan (K1) serta menggerakkan pelbagai sektor
ekonomi pembinaan (K1) serta menggerakkan pelbagai sektor ekonomi
pembinaan (K2) selain menyediakan infrastruktur negara (U2).
(Ayat campuran yang terdiri daripada ayat gabungan ayat keterangan cara).

Ayat Majmuk Pasif

Ayat Majmuk Gabungan

Aktif: Saya minum teh dan Minah makan mee.


Pasif: Teh saya minum dan mee dimakan oleh Minah.

Ayat Majmuk Relatif

Aktif: Supiah membaca kamus yang tebal itu.


Pasif: Kamus yang tebal itu dibaca oleh Supiah

Ayat Majmuk Komplemen Objek

Aktif: Guru menerangkan bahawa ujian akan bermula pada bulan hadapan.
Pasif: Bahawa ujian akan bermula pada bulan hadapan diterangkan oleh guru.

Ayat Majmuk Keterangan

Aktif: Ali akan membeli buku itu kalau ayah membenarkan.


Pasif : Buku itu akan dibeli oleh Ali kalau ayah membenarkan.

You might also like