Professional Documents
Culture Documents
ISI KANDUNGAN
PENGENALAN
BIL TAJUK
1 PENGENALAN
2 DEFINISI PERBANKAN ISLAM
3 FAKTOR-FAKTOR PENUBUHAN PERBANKAN ISLAM
1
SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA 2010
Sistem perbankan Islam telah ditubuhkan untuk menggantikan kepada sistem konvensional
yang sedia ada. Secara amnya, sistem perbankan Islam telah berkembang sejak tahun 1983 di bawah
Akta Bank Islam 19831. Sistem ini diwujudkan ekoran daripada keperluan kepada sistem perbankan
Islam. Agenda yang akan dibincangkan di dalam tajuk ini ialah mengenai definisi perbankan islam,
faktor-faktor di tubuhkan sistem perbankan islam di Malaysia, kelebihan sistem perbankan islam,
perbezaan antara sistem perbankan islam dan sistem konvensional dan langkah-langkah yang perlu
di tangani.
Bentuk terawal aktiviti perbankan Islam diketahui bermula pada bulan September 1963
dengan tertubuhnya Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji (PWSBH). PWSBH telah
ditubuhkan untuk dijadikan institusi bagi umat Islam membuat simpanan sebagai persediaan
mengerjakan ibadat Haji ke tanah suci Mekah. Pada tahun 1969, PWSBH telah bergabung dengan
Pejabat Urusan Haji bagi membentuk Lembaga Urusan dan Tabung Haji (kini dikenali sebagai
Lembaga Tabung Haji)2. Bank Islam pertama telah ditubuhkan pada tahun 1983. Pada tahun 1993,
bank perdagangan, bank saudagar dan syarikat kewangan mula dibenarkan untuk menawarkan
produk-produk dan perkhidmatan perbankan Islam di bawah Skim Perbankan Islam (SPI).Walau
bagaimanapun, institusi-institusi ini dikehendaki mengasingkan dana dan aktiviti urus niaga
perbankan Islam daripada urus niaga perbankan konvensional bagi memastikan tiada percampuran
dana.
Perbankan Islam adalah aktiviti perbankan yang dijalankan berlandaskan prinsip Syariah.
Perbankan Islam tidak membenarkan pembayaran atau penerimaan faedah dan menggalakkan
2
SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA 2010
Istilah perbankan adalah kata terbitan daripada perkataan ‘bank’. Perkataan bank berasal
daripada perkataan Itali iaitu ‘banco‘ yang beerti kepingan papan tempat meletak buku atau sejenis
meja iaitu ‘bench‘3. Bank juga didefinisikan sebagai institusi yang menawarkan perkhidmatan
kewangan seperti jagaan wang, pertukaran mata wang, pemberian pinjaman dan terimaan bil
pertukaran. Qamus al-Munjid fi al-Lughah wa al-A’lam pula menyatakan bank sebagai tempat untuk
meletakkan harta bagi tujuan pekerjaan tertentu di bawah penyelenggaraan yang khusus.
Manakala perbankan Islam pula boleh didefinisikan sebagai perbankan yang selaras dengan
sistem nilai dan etos Islam. Dengan kata lain, ia merupakan institusi yang diwujudkan untuk
menyediakan kemudahan dan perkhidmatan bank khususnya kepada umat Islam yang berlandaskan
syarak. Ini bermakna, perbankan Islam bermaksud pelaksanaan operasi perbankan yang berlandas
prinsip yang ditetapkan Islam 4. Ia juga merupakan instisusi kewangan yang berobjektif untuk
Sistem perbankan Islam pula bermaksud satu rangka kerja institusi perbankan dan kewangan
yang prinsip perjalanan dan amalannya berdasarkan kepada Syariah untuk merealisasikan keadilan
dalam pengagihan kekayaan dan pendapatan. Secara lebih detil, ia sebagai suatu sistem perbankan
yang prinsip perjalanan dan amalannya berlandaskan hukum Islam atau di dalam bahasa Arab
disebut sebagai Syariah. Ini bererti segala operasi yang terdapat di dalam bank samaada
penyimpanan wang mahupun urusan pinjaman dilakukan berlandaskan hukum Syariah. Penggunaan
prinsip ini juga meliputi transaksi bank yang lain seperti urusan kiriman wang, surat jaminan, surat
FAKTOR-FAKTOR PENUBUHAN
3
http://syafiqe.wordpress.com.artikel memahami konsep sistem perbankan islam secara ringkas, diperolehi
pada ”20 julai 2010”.
4
http://spidm.wordpress.com.pengenalan kepada definisi sistem perbankan islam, diperolehi pada ”20 julai
2010”.
3
SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA 2010
Penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad telah bermula semenjak tahun 1970-an lagi. Usul
penubuhan Bank Islam di negara-negara Islam telah di bincangkan di peringkat antarabangsa apabila
seruan ini dikemukakan oleh perwakilan negara Mesir dan Pakistan dalam mesyuarat kedua
Menteri-Menteri luar negara Islam pada tahun 1971 5. Berikutan daripada usul tersebut, kajian demi
kajian telah dibuat untuk merealisasikan penubuhan bank Islam ini. Kajian-kajian ini kemudiannya
pada Disember 19736. Dalam mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan Negara-Negara Islam yang
diadakan pada tahun 1974, Jawatankuasa Penyediaan yang dipengerusikan oleh YTM Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj (Setiausaha Agong Pertubuhan Negara-Negara Islam pada masa itu) telah
membentangkan dokumen rasmi yang pertama menghuraikan pandangan umat Islam mengenai
sistem bank.
Usaha awal penubuhan perbankan Islam di Malaysia bermula seawal penubuhan Tabung
Haji pada November 1962 yang telah memulakan operasinya pada 30 September 1963. Di Malaysia,
banyak pihak telah menyuarakan hasrat penubuhan sebuah bank Islam untuk negara dan ianya
Pembangunan Dalam Islam yang diadakan di UKM (1981) dan juga di peringkat kerajaan negeri
seperti di Kelantan dan juga Melaka 7. Lembaga Urusan dan Tabung Haji turut juga membuat kajian
mengenai penubuhan Bank Islam di Malaysia, berikutan usul Kongres Ekonomi Bumiputera (1980)
Kejayaan Tabung Haji mendorong pelbagai pihak untuk mengemukakan cadangan kepada
kerajaan agar menubuhkan sebuah bank Islam sepenuhnya. Gerakan ini adalah hasil pelbagai
perbincangan dan kajian demi kajian yang akhirnya menghasilkan rumusan bahawa wujudnya
keperluan menubuhkan sistem perbankan yang berteraskan syariah. Hasilnya, Kabinet meluluskan
5
http://www.bankislam.com.sejarah penubuhan perbankan islam, diperolehi pada “23 julai 2010”.
6
http://www.bank islam.com.my.menjejak sejarah penubuhan perbankan islam di Malaysia, diperolehi pada
”23 julai 2010”.
7
http://www.bankislam.com.menjejak sejarah penubuhan perbankan islam, diperolehi pada ”23 julai”.
4
SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA 2010
penubuhan bank Islam yang pertama pada tahun 1983 yang dikenali sebagai Bank Islam Malaysia
Selain daripada itu, sistem Perbankan Islam di Malaysia telah dipengaruhi oleh faktor-faktor
luaran dan dalaman. Faktor-faktor luaran adalah dengan tertubuhnya Bank Islam yang pertama iaitu
Dubai Islamic Bank di Dubai U.A.E dan Bank Pembangunan Islam (IDB) di Arab Saudi pada tahun
1975. Pada tahun 1976 hingga 1985 pula, penubuhan institusi kewangan secara Islam di seluruh
dunia semakin pesat berlaku8. Langkah-langkah ini diikuti oleh beberapa negara Islam seperti Sudan,
Pakistan dan Iran dengan menukarkan sistem perbankan kepada sistem perbankan Islam. Manakala
faktor dalaman juga memainkan peranan yang penting dalam pengoperasian sistem perbankan
Islam. Ianya disebabkan oleh gesaan masyarakat Islam di Malaysia ke arah penubuhan bank Islam
Di samping itu, ia juga dapat di lihat menerusi kejayaan Lembaga Tabung Haji sebagai
institusi yang di segani dan telah terbukti bahawa kejayaannya sebagai institusi simpanan islam.
Selain daripada itu, ianya juga disebabkan oleh kesedaran dan sikap pro-aktif kerajaan Malaysia
untuk menyediakan satu saluran perbankan alternatif kepada umat islam. Kesemua faktor-faktor ini
telah membawa kepada beberapa perkara penting yang telah dilaksanakan. Antara pelaksanaan
yang telah dilakukan ialah penggubalan Akta Bank Islam 1983, penggubalan Akta Pelaburan Kerajaan
1983 dan penubuhan bank islam yang lain di Malaysia pada tahun yang sama.
Akta Bank Islam 1983 (ABI) telah memberi kuasa kepada BNM untuk mengawalselia dan
memantau bank-bank Islam. Antara ciri-cirinya ialah lesen perbankan universal kepada Bank Islam
untuk menjalankan urusan perbankan Islam yang tidak bertentangan dengan syariah. BNM juga
perlu menjalankan pemeriksaan on-site secara berterusan iaitu dengan mengaudit setiap urusan
perbankan Islam. BNM juga perlu membuat penilaian dan kelulusan akaun tahunan bagi bank-bank
Islam termasuk pembukaan cawangan-cawangan baru 9. ABI juga memberi penekanan di atas
8
http://zulkiflihasan.files.wordpress.com.perlaksanaan sistem perbankan islam di Malaysia, diperolehi pada
”23 julai 2010”.
9
http://zulkiflihasan.files..wordpress.com.perlaksanaan sistem perbankan islam di Malaysia, diperolehi pada
”23 julai 2010”.
5
SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA 2010
pematuhan kepada keperluan pengawal seliaan iaitu seperti CAR, SRR dan LRR. Bank-bank Islam juga
perlu mengemukakan data statistik secara berterusan kepada BNM. Bukan itu sahaja, bank-bank
Akta Pelaburan Kerajaan 1983 (APK). Akta ini membolehkan kerajaan mengeluarkan sijil atau
bon pelaburan kerajaan berdasarkan prinsip islam 10. Tujuannya supaya membolehkan bank-bank
Islam mematuhi keperluan mudah tunai dan melabur lebihan dana yang tidak digunakan secara
sementara. Antara jenis bon kerajaan yang dikeluarkan setakat itu ialah Sijil Pelaburan Kerajaan
Penubuhan BIMB pada tahun 1983 dalam bulan Julai sebagai Bank Islam pertama
merupakan langkah awal atau peringkat pertama perbankan Islam. Operasi-operasi BIMB dari tahun
1983 hingga 1992 telah dianggap sebagai tahun-tahun monopoli kerana keputusan kerajaan untuk
memberi tempoh 10 tahun kepada BIMB untuk berkembang, membenarkan BIMB beroperasi tanpa
saingan yang boleh menjejaskan pertumbuhannya dan yang terakhir sekali memberi peluang kepada
Bank Islam mencipta sebanyak mungkin produk perbankan Islam. Manakala pada tahun 1990 pula,
BNM telah menggariskan wawasan untuk mewujudkan satu sistem kewangan Islam yang
Selain itu juga, Sistem Dwi Perbankan telah dipecahkan kepada dua pernyataan visi.
Pernyataan visi yang pertama pada tahun 1990 di mana ia mewujudkan satu sistem kewangan Islam
yang komprehensif seiring dengan sistem kewangan konvensional. Pernyataan visi yang kedua pula
ialah pada tahun 2001 di mana ia mewujudkan satu sistem kewangan Islam yang cekap, berkembang
maju dan komprehensif yang dapat menyumbang kepada keberkesanan dan kecekapan sektor
kewangan Malaysia dalam mencapai keperluan ekonomi negara 11. Sistem ini wujud disebabkan oleh
sesebuah bank Islam tidak mencerminkan satu sistem perbankan kerana ia memerlukan peserta-
peserta yang ramai ekoran daripada produk-produk yang banyak. Dengan itu, umat Islam di Malaysia
10
http://www.islam.gov.my.akta pelaburan kerajaan untuk mengeluaran sijil terhadap perbankan islam di
Malaysia, diperolehi ”23 julai 2010”.
11
http://zulkiflihasan.wordpress.com.pelaksanaan sistem perbankan islam di Malaysia, diperolehi pada ”23
julai 2010”.
6
SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA 2010
akan mempunyai pilihan untuk menggunakan sistem perbankan yang selaras dengan agama mereka.
Bukan itu sahaja, ianya dapat menyediakan satu perbankan alternatif yang baru dan lebih luas
kepada rakyat yang membolehkan masyarakat membuat pilihan produk secara Islam atau
konvensional. Sistem Dwi Perbankan juga ditubuhkan ekoran daripada penubuhan perantara-
perantara kewangan yang baru untuk menyokong Sistem Dwi Perbankan di mana senarai produk
kewangan islam akan menjadi lebih komprehensif. Dengan adanya tahap kecanggihan produk dan
perkhidmatan yang lebih tinggi dalam era Teknologi Maklumat dan persekitaran berasaskan ilmu
Sejajar dengan objektif itu, produk bank Islam telah berjaya diwujudkan antaranya al-
Al-Wadiah (Simpanan). Dalam konsep Wadiah, bank dianggap sebagai penjaga dan
pemegang amanah dana. Seseorang pendeposit akan mendepositkan dana ke dalam bank dan bank
akan menjamin pembayaran balik kesemua amaun deposit berkenaan, atau sebahagian daripada
amaun belum jelas apabila pendeposit memintanya. Pendeposit mungkin akan diberikan ‘hibah’
(hadiah), atas budi bicara bank, sebagai satu bentuk penghargaan kerana membenarkan
antara pemberi modal dan pengusaha projek di mana pengusaha projek boleh menggunakan dana
bagi menjalankan aktiviti perniagaan beliau. Sebarang keuntungan yang diperoleh akan dibahagi di
antara pemberi modal dan pengusaha projek tersebut mengikut nisbah yang telah dipersetujui
Al-Musyarakah (Usaha Sama). Konsep ini biasanya diguna pakai bagi perniagaan
perkongsian atau perniagaan usaha sama untuk sesuatu perusahaan perniagaan. Keuntungan yang
12
http://www.bankislam.com.my.produk –produk perbankan islam seperti:al-wadiah,al-mudharabah,al-
musyarakah,al-murabahah,al-bai’bithaman ajil,al-wakala,al-qardhul Hassan,al-ijarah thumma al bai’,al-bai al
inah,al-hibah, diperolehi pada ”23 julai 2010”.
7
SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA 2010
diperoleh akan dikongsi bersama berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui manakala kerugian
Al-Murabahah (Kos Tokok). Penjualan barangan adalah pada harga yang termasuk margin
keuntungan yang dipersetujui oleh kedua pihak. Harga belian dan jualan, kos-kos lain serta margin
pembayaran tertangguh pada harga tertentu, yang termasuk margin keuntungan yang telah
dipersetujui.
Al-Wakalah (Agensi). Peserta melantik seorang wakil untuk melaksanakan dan menjalankan
Al-Qardhul Hassan (Pinjaman Ihsan). Pinjaman yang diberikan atas semangat ihsan dan
peminjam hanya dikehendaki membayar amaun yang dipinjam sahaja. Walau bagaimanapun,
peminjam atas budi bicaranya boleh membayar balik pinjaman melebihi jumlahnya (tanpa berjanji)
Al-Ijarah Thumma Al Bai’ (Sewa Beli). Konsep ini melibatkan dua kontrak yang berasingan.
Kontrak pertama ialah kontrak Ijarah (pemajakan/menyewa) akan ditandatangani terlebih dahulu
sebelum kontrak kedua iaitu kontrak Bai’ (belian) dimeterai. Sebagai contoh, di bawah kemudahan
pembiayaan kereta, pelanggan akan memasuki kontrak pertama dan memajak kereta tersebut
daripada pemilik (bank) pada kadar sewa yang telah dipersetujui untuk suatu tempoh tertentu. Pada
akhir tempoh pemajakan, kontrak kedua akan dikuatkuasakan bagi membolehkan pelanggan
Al-Bai’ al-Inah (Perjanjian Jual dan Beli Balik). Pembiaya menjual aset kepada pelanggan
secara bayaran tertangguh dan seterusny aset berkenaan akan dibeli kembali oleh pembiaya secara
Al-Hibah (Hadiah). Saguhati yang diberi secara sukarela sebagai balasan kepada pinjaman
8
SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA 2010
Untuk mencapai perkembangan yang lebih kukuh dan komprehensif di dalam industri
perbankan Islam, peningkatan kerjasama yang erat dan komitmen antara negara-negara Islam
adalah diperlukan. Disamping itu juga, sumbangan dan penyertaan oleh negara-negara Islam
9
SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA 2010
industri perbankan Islam dalam negara mereka. Keseragaman pasaran dan kehematan perbankan
dan kewangan islam boleh diperbaiki lagi untuk menjadikan perbankan dan kewangan islam satu
Malaysia pada hari ini, menjadi penyumbang utama kepada perkembangan perbankan dan
kewangan Islam di peringkat antarabangsa. Ini kerana, Malaysia mempunyai struktur sistem
Perbankan dan kewangan Islam yang tersusun. Malaysia juga telah merumuskan strategi jangka
pendek dan jangka panjang yang sesuai dalam menghasilkan struktur kewangan Islam yang telah
ditetapkan agar ianya lebih kukuh dan komprehensif 14. Antara usaha-usaha yang dilakukan oleh
Malaysia untuk mengembangkan lagi sistem perbankan islam diperingkat antarabangsa iaitu 15:
Usaha sedang giat dijalankan untuk menjadikan Labuan sebagai Pusat Kewangan Islam
serantau. Ianya dimulakan dengan penubuhan pasaran kewangan Islam antarabangsa secara
usahasama dengan Bank Pembangunan Islam (IDB) dan juga bank-bank pusat terpilih. Perjanjian
Persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara IDB, Bahrain Monetary Agency, Bank of Sudan,
Bank Indonesia dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan dan dijangka akan dilancarkan pada
13
http://www.yadim.com.my.seminar perbankan dan kewangan islam dalam era globalisasi, diperolehi pada
“27 ogos 2010”.
14
http://www.yadim.com.my.seminar perbankan dan kewangan islam dalam era globalisasi, diperolehi pada
“27 ogos 2010”.
15
http://www.yadim.com.my,seminar perbankan dan kewangan islam dalam era globalisasi, diperolehi pada
“27 ogos 2010”.
16
http://www.yadim.com.my.seminar perbankan dan kewangan islam dalam era globalisasi, diperolehi pada
“27 ogos 2010”.
10
SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA 2010
Bank Negara Malaysia, LOFSA, Bank-bank Islam, dan beberapa buah bank pusat sedang aktif
mengadakan mesyuarat pada tahun lepas untuk menubuhkan IIFM 17. IIFM akan ditubuhkan untuk
menggalakan penjanaan mudah tunai dan instrumen kewangan di kalangan bank-bank Islam di
peringkat antarabangsa. Ini kerana, pada ketika ini bank-bank Islam di antarabangsa tidak
mempunyai pasaran wang secara Islam. Hanya Malaysia sahaja yang mempunyai pasaran wang
secara Islam. IIFM membuka peluang-peluang pelaburan dan menggerakkan dana-dana Islam secara
Diharapkan penubuhan IIFM dapat menyelesaikan masalah yang dialami oleh bank-bank
Dalam tempoh satu atau dua tahun lagi, IFSO akan ditubuhkan sebagai sebuah organisasi
berhemat untuk institusi kewangan Islam. Pelarasan ini penting kerana negara Islam kini
menggunakan piawaian yang berbeza sehingga menyukarkan sistem perbankan Islam digunakan
untuk perdagangan. Oleh yang demikian, IFSO mengeluarkan standard yang sama untuk sistem
perbankan Islam. Penubuhan IFSO bukan sahaja membantu memantapkan perbankan Islam, malah
membolehkan negara Islam yang mempunyai banyak wang, menyimpan melalui sistem perbankan
17
http://www.yadim.com.my.seminar perbankan dan kewangan islam dalam era globalisasi, diperolehi pada
“27 ogos 2010”.
18
http://www.yadim.com.my.seminar perbankan dan kewangan islam dalam era globalisasi, diperolehi pada
“27 ogos 2010”.
11
SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA 2010
iii. Sekretariat.
AAOIFI ditubuhkan untuk memajukan piawai perakaunan dan pengauditan bagi institusi
kewangan Islam. Setakat ini, hanya Bahrain dan Sudan yang mengaplikasikan AAOIFI di dalam
kewangan mereka. AAOIFI telah menerbitkan 12 garis panduan termasuklah standard perakaunan
kewangan dan juga kod etika untuk para perakaunan dan juruaudit bank-bank Islam dan institusi-
IRTI yang beribupejabat di Jeddah ditubuhkan sebagai satu organ IDB untuk melakukan
penyelidikan dan menyelia institut latihan dan pendidikan ekonomi Islam dan kewangan Islam 20. IRTI
menganjurkan persidangan dan seminar untuk meningkatkan tahap kesedaran pasaran dan untuk
IIRA akan ditubuhkan sebagai agensi penarafan antarabangsa bagi institusi kewangan Islam dan
produk-produk kewangan Islam. IIRA juga dijangka ditubuhkan di bawah naungan Bank
Dalam sistem perbankan Islam, penggunaan riba di mana riba sebagai keuntungan kepada
modal asal wang tidak dibenarkan sama sekali (perbankan tanpa faedah).Ini adalah disebabkan
keuntungan berdasarkan riba didapati bukan kerana pulangan usaha yang sah di sisi syarak.
19
http://www.yadim.com.my.seminar perbankan dan kewangan islam dalam era globalisasi, diperolehi pada
“27 ogos 2010”.
20
http://www.yadim.com.my.seminar perbankan dan kewangan islam dalam era globalisasi, diperolehi pada
“27 ogos 2010”.
12
SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA 2010
Sepatutnya keuntungan kepada modal asal wang hendaklah berdasarkan perkongsian untung dan
rugi yang dikongsi bersama (profit/loss sharing) 21. Jadi jika satu pihak sahaja yang menanggung
kerugian manakala satu pihak lagi tetap mendapat untung di dalam apa jua keadaan pun,ini adalah
ketidakadilan dan nyata sebagai pengamalan riba. Aspek asas keuntungan di dalam bank-bank
konvensional adalah berdasarkan kepada keuntungan yang mempunyai pengertian ini khususnya di
dalam aktiviti yang melibatkan tabungan awam (akaun simpanan pengguna) secara tidak langsung
yang dibenarkan di dalam Islam seperti: Al-Mudharabah, Al-Musharakah, Al-Bai`bithaman ajil, Al-
Ijarah, Bai salam, Bai alistisna . Di mana kontrak-kontrak perniagaan halal ini adalah sebagai
alternatif kepada sistem perniagaan riba yang ada di dalam bank Konvensional.
itu, pelaburan dan perniagaan hanya tertumpu kepada usaha untuk memaksimumkan keuntungan
sahaja tanpa melihat kesan-kesan kepada masyakarat sama ada jangka masa panjang ataupun
pendek. Berlainan pula dengan bank Islam kerana teorinya pihak bank perlu bertanggungjawab
terhadap semua simpanan daripada orang ramai dan memberi perkhidmatan cekap demi
kepentingan awam bagi memenuhi matlamat sosioekonomi Islam yang berkaitan. Dari segi
antara pemiutang dan peminjam sahaja. Tetapi di dalam bank Islam, pihak bank akan bertindak
selaku pengurus projek ataupun ahli kewangan yang bergiat di dalam pengumpulan wang atau
Di samping itu pelanggan juga boleh berkongsi semua kesan negatif tanpa sebarang jaminan
keuntungan daripada bank ataupun hak untuk mendapatkan keuntungan yang telah ditentukan iaitu
faedah. Oleh itu, bank Islam ialah pengurus wang yang sebenar bagi pelanggan yang berkongsi
13
SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA 2010
Sistem perbankan Islam adalah pengguna sebenar tabungan, manakala menurut definisi lain
peranan sebenar bank Konvensional adalah (pencipta terbilang) iaitu penawaran wang ataupun erti
kata lain, pencipta utama tekanan inflasi. Berdasarkan cirri tersebut, maka dengan inilah simpanan di
dalam bank Konvensional boleh dianggap sebagai hutang iaitu seolah penyimpan itu telah memberi
hutang kepada pihak bank dan bukan sebagai simpanan semata-mata. Perkiraan apa yang berlaku di
dalam alam realiti dan bukan mengikut nama yang diberi iaitu tidak kiralah kita menamakannya
sebagai simpanan ataupun dengan nama yang lain namun pada realiti, ia telah pun melanggar
batasan makna simpanan itu sendiri lalu menghampiri makna bahkan telahpun menyamai makna
`hutang`. Ini diakui oleh kebanyakan pakar ekonomi barat di mana simpanan berfaedah atau
simpanan yang mendapat pulangan sebegini adalah dianggap `hutang` melainkan jika simpanan itu
semata-mata simpanan dan tiada apa-apa keuntungan yang diperolehi oleh penyimpan.
Islam mengharamkan riba, iaitu pemilikan harta yang berdasarkan sistem riba banyak
mendatangkan keburukan malah ciri-ciri yang ada pada sistem bercorak riba itu juga membawa
kepada harta yang tidak ‘bersih’, maka sebagai alternatif Islam telah membuka cara lain bagi
pemilikan harta seperti kontrak perniagaan seperti yang dinyatakan diatas 22. Di samping itu
pelanggan juga boleh berkongsi semua kesan negatif tanpa sebarang jaminan keuntungan daripada
bank ataupun hak untuk mendapatkan keuntungan yang telah ditentukan iaitu faedah. Oleh itu,
bank Islam ialah pengurus wang yang sebenar bagi pelanggan yang berkongsi segala maklumat
dengan mereka.
Perbezaan antara perbankan Islam dengan perbankan konvensional secara umum terbahagi kepada
dua konsep iaitu konsep imbalan dan konsep sistemnya. Perbezaan konsep antara sistem perbankan
Islam dengan perbankan konvensional dapat dilihat dalam jadual perbandingan di bawah 23.
22
http://www.yadim.com.my.perbezaan antara bank islam dan bank konvensional, diperolehi pada ”25 julai
2010”.
23
http://www.yadim.com.my. Perbezaan antara bank islam dan bank konvensional, diperolehi pada “25 julai
2010”.
14
SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA 2010
Berorientasikan Berorientasikan
Keuntungan dan Al-Falah keuntungan
15
SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA 2010
Perbankan Islam menawarkan Sistem Takaful yang bermaksud skim perlindungan yang
menyediakan perlindungan bersama di kalangan peserta skim takaful tertentu 24. Konsep saling
menyumbang dan saling melindungi di kalangan peserta takaful adalah unik berbanding dengan
kebanyakan skim insurans konvensional kerana kontrak takaful adalah di kalangan peserta sesama
mereka sahaja. Syarikat pengendali takaful sebenarnya bukanlah pihak yang memberikan
perlindungan tetapi pihak peserta takaful sesama mereka, masing-masing merupakan pihak yang
dilindungi dan pihak yang memberikan perlindungan. Pihak syarikat pengendali takaful hanya
bertindak sebagai pengurus yang aktif berkenaan skim perlindungan yang tersebut.
Kontrak utama dalam takaful ialah kontrak “tabarru‘at” iaitu derma di mana segala
sumbangan merupakan sumbangan derma para peserta kepada dana takaful untuk digunakan bagi
tujuan perlindungan bersama apabila peserta menghadapi risiko yang telah dinyatakan di dalam
aqad perjanjian takaful. Kontrak-kontrak sokongan yang mempertautkan antara para peserta, dana
takaful dan pengendali takaful biasanya akan melibatkan kontrak mudharabah atau wakalah.
Di Malaysia, pengendali takaful menjalankan operasi secara komersial sebagai usaha niaga
perniagaan untuk mendapat keuntungan. Oleh itu, pengendali takaful dikehendaki membuat
pendedahan secukupnya dan memastikan ketelusan dalam amalan takaful sebagai sebahagian
daripada langkah untuk meningkatkan tadbir urus korporat dan melindungi semua pihak
pelaburan kumpulan wang pemegang saham, Fi Agensi / Wakalah, Bahagian keuntungan pelaburan
Pelan perlindungan dalam skim takaful adalah berdasarkan prinsip syariah dan menawarkan
pelbagai ciri unik kepada peserta. Secara amnya, pelan perlindungan terbahagi kepada dua jenis,
24
http://malaysia harian.blogspot.com.kebaikan sistem perbankan islam dan bank konvensional, diperolehi
pada ”25 julai 2010”.
25
http://malaysia harian.blogspot.com.kebaikan sistem perbankan islam dan bank konvensional, diperolehi
pada ”25 julai 2010”.
16
SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA 2010
TAKAFUL KELUARGA
Takaful keluarga memberi bimbingan bagi mereka yang menghadapi masalah akibat
kematian dan kemalangan ke atas diri seseorang peserta. Ada dua cara untuk bagi seseorang
melindungi keluarganya iaitu sama ada meninggalkan sejumlah wang kepada warisnya apabila ia
meninggal dunia atau mempunyai simpanan wang yang cukup sebagai nafkah hidup diri dan
Melalui skim takaful keluarga, setiap peserta dikehendaki membayar caruman mengikut
kemampuannya tertakluk kepada jumlah minimum. Bayaran caruman boleh dibuat sama ada secara
tahunan, setengah tahun, suku tahunan atau bulanan. Caruman yang dikumpulkan daripada peserta
akan dimasukkan ke dalam dua akaun iaitu akaun peserta dan akaun khas peserta mengikut kadar
yang telah ditentukan. Sebanyak 95% daripada caruman peserta akan dimasukkan ke dalam akaun
peserta bagi tujuan simpanan dan pelaburan manakala 5% daripada caruman peserta akan
dimasukkan ke dalam akaun khas peserta untuk tujuan membayar faedah takaful kepada peserta
Wang yang dimasukkan ke dalam kedua-dua akaun ini akan disatukan dalam satu kumpulan
wang. Syarikat Takaful akan melaburkan kumpulan wang ini dalam bidang dan bentuk pelaburan
yang halal mengikut hukum syarak. Apa-apa keuntungan yang diperolehi dari usaha pelaburan yang
dijalankan dan diuruskan oleh Syarikat Takaful akan dibahagikan mengikut perjanjian Al-
Mudharabah yang telah dipersetujui antara syarikat dan peserta seperti yang dinyatakan dalam
perjanjian. Contohnya jika nisbah pembahagian pada kadar 7:3, maka peserta-peserta akan
menerima 70% daripada keuntungan. Sementara syarikat akan menerima 30%. Bahagian
keuntungan untuk peserta akan dimasukkan ke dalam akaun masing-masing. Ini bermakna, dengan
adanya keuntungan ini, maka jumlah tabungan atau simpanan masing-masing yang terdapat di
17
SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA 2010
dalam akaun peserta akan bertambah. Bahagian keuntungan bagi akaun khas peserta dari
keuntungan pelaburan yang sama pula akan dimasukkan ke dalam akaun khas masing-masing.
TAKAFUL AM
kebakaran, takaful motor, takaful kemalangan dan lain-lain dengan menyediakan suatu kumpulan
wang yang disumbangkan oleh orang ramai yang menyertai skim ini. Kumpulan wang ini akan
digunakan untuk membayar ganti rugi atau pampasan kepada peserta yang mengalami kesusahan
kerana ditimpa sesuatu risiko. Perlindungan jenis ini boleh disertai orang perseorangan, syarikat,
pertubuhan atau perbadanan. Terdapat lima jenis perlindungan yang diberikan dalam takaful am
Mengikut skim takaful am, peserta dikehendaki membayar caruman dan jumlah caruman
bergantung pada jenis takaful am yang disertai. Kumpulan wang ini kemudiannya akan dilaburkan
dalam bidang-bidang pelaburan yang halal dari segi syariah. Peserta-peserta takaful am yang tidak
mengalami tuntutan akan berkongsi keuntungan ini dan keuntungan akan diberikan secara tunai.
Pada teorinya, jika rugi, peserta menambah caruman tetapi secara praktikalnya, kerugian itu akan
dibawa ke hadapan sehingga keuntungan diperolehi semula. Berbeza dengan pemegang polisi am di
selama setahun. Sekiranya tempoh akad skim perlindungan ini tamat, peserta boleh memperbaharui
akad perlindungan tersebut bagi jangka masa setahun lagi dan begitulah seterusnya iaitu skim
perlindungan ini terus diperbaharui dari setahun ke setahun selagi kepentingan peserta masih kekal
Manakala bank Konvensional menawarkan Sistem Insurans yang umumnya difahami sebagai
pemindahan risiko daripada seseorang individu atau sesebuah organisasi kepada syarikat insurans.
18
SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA 2010
Individu atau organisasi tersebut kemudiannya dikenali sebagai pemegang polisi. Syarikat insurans
akan menerima bayaran daripada pemegang polisi dalam bentuk premium dan sekiranya pemegang
polisi ditimpa sebarang kerugian atau kerosakan, syarikat insurans akan membayar pampasan
kepada pemegang polisi tersebut 26. Terdapat dua jenis insurans konvensional utama yang disediakan
oleh syarikat- syarikat insurans pada masa kini. Kedua-duanya menawarkan dua polisi yang berbeza
di luar jangkaan seperti kematian, kecederaan atau ketidakupayaan. Insurans nyawa merupakan satu
kontrak antara pengambil polisi dengan syarikat insurans sebagai penanggung, untuk membayar
sejumlah wang tertentu bersama-sama dengan bonusnya, apabila polisi insurans ini cukup
tempohnya atau pengambil insurans meninggal dunia. Lazimnya, tempoh perlindungan insurans
hayat adalah lebih dari setahun. Ini bermakna bayaran premium secara berkala sama ada secara
bulanan, suku tahunan atau tahunan perlu dijelaskan oleh pengambil insurans. Terdapat beberapa
risiko yang dilindungi insurans hayat iaitu: Kematian, Kematian dalam tempoh polisi, Pendapatan
INSURANS AM
Insurans am pula merupakan polisi insurans yang melindungi seseorang individu atau
sesebuah organisasi sebagai pemegang polisi daripada sebarang kerugian atau kerosakan yang
ditanggung, selain daripada risiko yang dilindungi insurans hayat. Untuk perlindungan yang
menyeluruh, pemegang polisi perlu memahami risiko yang dilindungi insurans am untuk memastikan
harta atau diri terpelihara daripada sebarang kejadian yang tidak diduga. Lazimnya, tempoh
perlindungan untuk kebanyakan polisi dan pelan insurans am adalah setahun yang memerlukan ada
26
http://malaysia harian.blogspot.com.kebaikan sistem perbankan islam dan bank konvensional, diperolehi
pada ”25 julai 2010”.
19
SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA 2010
membayar premium secara sekali gus. Risiko yang dilindungi insurans am meliputi kerugian harta
benda seperti kecurian kereta atau kebakaran rumah, liabiliti yang wujud akibat kerosakan kepada
pihak ketiga yang disebabkan oleh pemegang polisi atau kematian disebabkan kemalangan atau
kecederaan.
Dalam beberapa hal, bank konvensional dan bank syariah memiliki persamaan, terutama
dalam segi teknik penerimaan wang, mekanisme transfer, teknologi komputer yang digunakan,
20
SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA 2010
syarat-syarat umum untuk memperoleh pembiayaan seperti KTP, NPWP, proposal, laporan
kewangan dan sebagainya. Disamping itu, antara bank syariah dan bank konvensional memiliki
perbezaan yang sangat prinsipil, yakni mengikut akad-akad yang telah ditetapkan, aspek legalitas,
struktur organisasi, bidang usaha yang dibiayai dan lingkungan kerja 27. Berikut adalah kelebihan
Di dalam perbankan Islam, akad yang dilakukan memiliki konsep duniawi dan ukhrawi,
kerana akad yang dilakukan berdasarkan ketentuan syari’at Islam. Di dalam perbankan Islam, apabila
pihak-pihak yang melakukan akad atau transaksi melanggar kesepakatan / perjanjian yang telah
disepakati dan ditandatangani, maka konsep hukum yang akan diterima tidak hanya ketika hidup di
dunia saja tetapi juga kelak di hari kiamat. Semua hal dan pihak-pihak, baik barang, jasa maupun
pelaku-pelaku yang terlibat dalam setiap akad transaksi perbankan Islam mestilah memenuhi syarat-
syarat perbankan Islam seperti berikut. Rukun: penjual, pembeli, barang, harga dan akad (ijab-qabul/
transaksi). Syarat-syarat pula: Barang dan jasa harus halal. Karena itu segala bentuk akad / transaksi
atas barang dan jasa yang haram menjadi batal / haram demi syariah, Harga barang dan jasa
mestilah jelas, Tempat penyerahan (delivery) mestilah jelas, Barang yang menjadi objek transaksi
mestilah sepenuhnya dalam pemilikan yang sah. Tidak boleh syariah melakukan akad / transaksi jual
beli atas barang atau sesuatu yang belum dimiliki atau dikuasai, seperti yang terjadi pada transaksi
STRUKTUR ORGANISASI
Perbankan Islam diperkenalkan untuk memiliki struktur organisasi yang sama dengan bank
konvensional, misalnya adanya Pengawasan dan Pengarah. Namun, dari segi lain terdapat perbezaan
27
http://www.bernama.com.bernama news.kelebihan system perbankan islam, diperolehi pada ”26 julai
2010”.
21
SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA 2010
yang sangat mendasar antara struktur organisasi yang dimiliki perbank Islam dan bank
konvensional28. Perbezaan yang mendasar itu adalah bahawa di dalam struktur organisasi perbankan
Islam harus ada Dewan Pengawas Syariah. Perbezaan yang mendasar itu adalah bahwa di dalam
struktur organisasi perbankan Islam harus ada Dewan Pengawas Syariah. Dewan Pengawas Syariah
biasanya diletakkan pada kedudukan yang setingkat Dewan Komisaris pada setiap bank. Hal ini
untuk menjamin keberkesanan pendapat atau opini yang dikemukakan oleh Dewan Pengawas
perbankan Islam.
Di dalam perbankan Islam, perniagaan dan usaha yang dilaksanakan tidak terlepas dari
ketentuan dan petunjuk syariah. Oleh kerana itu, perbankan Islam tidak membiayai perniagaan dan
usaha yang diharamkan oleh syariah. Lembaga kewangan perbankan Islam tidak akan mengambil
berat tentang permohonan pembiayaan dari suatu usaha atau perniagaan sebelum mendapatkan
Berbeza dengan perbankan konvensional, jika terjadi perselisihan faham antara bank dan
pelanggannya pihak bank islam akan membantu untuk menyelesaikannya. Penyelesaian masalah
dilakukan melalui isi akad. Oleh itu, jika dalam akad kemungkinan penyelesaian masalah antara
pihak bank dan pelanggan dapat diselesaikan. Selain itu dengan adanya Undang-Undang Agama,
maka penyelesaian masalah dapat diselesaikan di Pengadilan Agama. Hal inikemungkinkan kerana
undang-undang tersebut secara jelas dapat difahami oleh pihak bank dan pelanggan.
28
http://www.bernama.com.bernama news.kelebihan system perbankan islam, diperolehi pada ”26 julai
2010”.
22
SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA 2010
Perbankan konvensional adalah berasaskan riba yang diharamkan di sisi Islam. Riba
bermaksud bertambah, meningkat dan berkembang. Namun begitu, ia bukan bermakna semua
23
SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA 2010
bentuk pertambahan adalah dilarang. Keuntungan perniagaan merupakan satu bentuk tambahan
yang dibenarkan dan bertepatan dengan al-Quran yang bermaksud: “Allah menghalalkan jual beli
dan mengharamkan riba” (Surah 2:275)29. Riba yang diharamkan menurut al-Quran adalah setiap
bentuk tambahan ataupun lebihan dalam pertukaran yang tidak disertai dengan pulangan setimpal.
Tambahan pula, istilah yang diadoptasi dalam perbankan Konvensional adalah kadar faedah.
Persoalan yang timbul adakah kadar faedah itu riba? Kadar fedah dimaksudkan sebagai bayaran ke
atas penggunaan modal yang dipinjam oleh pihak lain. Di antara bentuk-bentuk kadar faedah ialah
kadar faedah atas pinjaman, deposit, bol/bil perbendaharaan atau sekuriti dan wang panggilan. Dari
aspek Syariah adalah jelas bahawa kadar faedah memenuhi ketiga-tiga kriteria yang ada pada riba
iaitu pertambahan ke atas jumlah pinjaman, pertambahan ditetapkan terlebih dahulu dan kadar
Dengan itu, merujuk kepada prinsip keadilan sosial, Syariah menekankan bahawa
pembayaran kadar faedah yang sentiasa bernilai positif sebagai ‘ganjaran’ yang tidak dijustifikasi.
Wang dalam Islam hanya layak menerima pulangan jika ia digunakan secara produktif yang
berdasarkan ’prinsip pulangan berdasar dengan usaha’. Namun begitu ada hujah yang menyatakan
ganjaran menunggu adalah kos melepas bagi pelaburan yang dilaksanakan dengan menggunakan
wang yang tidak dipinjamkan, pembayaran kadar faedah berkadar tetap masih tidak berasas. Ini
adalah kerana pelaburan akan terdedah kepada risiko yang memperolehi untung, rugi atau pulang
Tambahan pula, ahli ekonomi Islam berpendapat “positive time preference” yang
dikemukakan oleh Bohn Bawerk adalah tidak mempunyai justifikasi. Ini kerana, ia boleh diterima
sebagai satu hukum tabii yang terbina dalam naluri semulajadi manusia dan pendiskaunan harus
dilakukan apabila menilai dayamaju sesuatu projek pelaburan. Kadar diskaun menurut Islam
berdasarkan keuntungan yang sentiasa berubah-ubah dan bukan berkadar tetap. Selain itu, Islam
juga mengakui kewujudan inflasi yang menyebabkab penurunan nilai matawang. Ini kerana dalam
29
http://syariahbank.blogspot.com.pandangan islam terhadap system perbankan konvensional, diperolehi
pada ”29 julai 2010”.
24
SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA 2010
ekonomi konvensional atau barat penurunan matawang diasaskan kepada kaedah indeksasi. Kaedah
ini tidak boleh ditentukan terlebih dahulu kerana ia akan menyamai riba. Justeru itu, alasan bahawa
kadar faedah dibayar untuk melindungi pemilik aset daripada keadaan inflasi juga tidak diterima.
Bertitik tolak dari kesedaran ini, maka umat Islam telah menggesa dan mendesak kerajaan
agar membangunkan sistem kewangan Islam yang terdiri daripada Baitulmal, Waqf, Takaful,
Lembaga Urusan dan Tabung Haji, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) dan Bank
Islam. Di antara ciri-ciri penting bagi kewangan Islam adalah sifat tolong-menolong antara satu sama
lain, kegiatan yang dilakukan mesti disertai dengan persetujuan bersama dan mengamalkan sifat
KESIMPULAN
Perlaksanaan sistem perbankan Islam di Malaysia telah dibuktikan Berjaya melalui beberapa
pendekatan yang merangkumi sistem dwi perbankan, ruang lingkup undang-undang yang
25
SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA 2010
komperehensif, sokongan sektor pasaran modal dan sekuriti dan pemantauan serta polisi perbankan
dan sumber manusia. Pendekatan yang bersepadu ini membolehkan perlaksanaan sistem perbankan
islam berjalan dengan lancer dan berkembang pesat bukan sahaja di arena tempatan malahan
antarabangsa.
Dari aspek keberkesanaan perlaksanaan sistem perbankan islam pula, secara umumnya kita
dapat melihat perkembangan positif samada dari sudut peratusan asset perbankan islam mahupun
pertambahan produk-produk perbankan berdasarkan pelbagai konsep yang diterima oleh rakyat
tempatan mahu pun masyarakat antarabangsa. Walaupun dengan pencapaian perlaksanaan sistem
perbankan islam ini, namun sehingga kini hasrat untuk memertabatkan ekonomi umat islam
khususnya di Malaysia masih belum dapat di capai sepenuhnya. Hingga kini masih terdapat
perbezaan ekonomi yang ketara antara penduduk Bandar dan luar Bandar, perbezaan pemilikan
antara kaum masih jelas dan penguasaan harta masih berada ditangan kelompok tertentu. Sebagai
contoh matlamat Dasar Ekonomi Baru yang mensasarkan 30 peratus ekonomi bumiputera masih
belum dicapai walaupun dasar ini telah dilaksanakan sejak tahun 1970 lagi. Sehubungan dengan itu,
perlaksanaan sistem perbankan islam ini perlu dipergiatkan lagi secara berterusan, berhikmah dan
bersifat global.
RUJUKAN
26
SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA 2010
2. Bank Islam Malaysia Berhad, Laporan Tahunan, pelbagai keluaran, Kuala Lumpur..Bank Muamalat
4. Nor Mohamed Yakcop (1996), Teori, Amalan dan Prospek Sistem Kewangan Islam di
7. Malaysia, UKM Bangi (2003), Perspektif Pelanggan Terhadap Produk dan Perkhidmatan:
8. Perbandingan di Antara Bank Islam dan Bank Muamalat, Prosiding Seminar Kedah Maju 2010,
UUM.
27
SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA 2010
28
SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA 2010
29
SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA 2010
30