You are on page 1of 22

Pengenalan

Gejala perlanggaran disiplin di kalangan pelajar-pelajar sekolah sebenarnya bukan


fenomena baru, ianya telah lama wujud dan tiada kesudahannya iaitu semenjak sistem
persekolahan mula diperkenalkan. Masalah disiplin di kalangan pelajar di negara kita telah pun
wujud semenjak kewujudan sistem pendidikan itu sendiri iaitu sebelum negara kita mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957 (Musa, 1978).

Ponteng adalah salah satu kes salah laku pelajar yang berlaku di semua peringkat sekolah
sama ada rendah atau menengah yang mempunyai bilangan kes sedikit ataupun banyak. Laporan
tentang gejala ini juga sering dipaparkan di dada-dada akhbar contohnya pada 4 dan 5 April 2001
melaporkan pelajar melakukan salah laku ponteng secara berturut-turut kian meningkat. Ini jelas
menampakkan masalah ponteng perlu di beri perhatian yang lebih agar generasi yang akan
datang mempunyai sikap dan nilai yang terpuji dan tidak terjejas kecemerlangan akademiknya.

Gejala ponteng sekolah menjadi masalah disiplin yang tinggi peratusnya berbanding
dengan masalah disiplin yang lain. Ini diakui dalam laporan Disiplin tahunan 1992 Bahagian
Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Gejala ini juga telah menimbulkan kerisauan di
kalangan warga pendidik dan masyarakat kerana banyak sekolah, sama ada di kampung ataupun
di bandar telah dan masih hingga kini menghadapinya. Lebih merisaukan lagi fenomena ini
semakin meningkat. Laporan dari Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (1996)
telah menunjukkan jumlah yang besar dan sentiasa meningkat. Permasalahan ini terjadi dari
berbagai faktor seperti faktor kemiskinan, pengaruh rakan sebaya, sikap pelajar itu sendiri dan
juga faktor sekolah. Walau apa pun faktornya, ponteng menjadi satu penyakit yang berbahaya
dan mudah tersebar kepada pelajar lain.

1
1.0. Latar belakang murid yang ponteng.

Responden 1

Nama : MOHAMAD AZRUL BIN CHE SIDEK


Umur : 11 Tahun
Darjah : Tahun 5 Pintar
Kedudukan dalam kelas : Tempat ke 31 daripada 33 orang
Nama sekolah : SK Kebor Besar
Lokasi Sekolah : Luar Bandar
Bilangan adik beradik : 5 orang
Anak ke :4
Pekerjaan Ibu : Pembantu restoren
Status Ibu : Ibu Tunggal
Latar belakang :
Mohamad Azrul dibesarkan dalam keluarga yang berantakan di mana kedua-dua
ibubapanya berpisah semasa umurnya 9 tahun. Memandangkan hubungannya yang erat bapanya
dan merupakan anak yang paling manja dengan bapanya, kesan peceraian ibu bapa telah
menyebabkan pelajarannya terjejas teruk dan dia berubah menjadi seorang pelajar yang suka
memberontak dan melawan guru. Di sekolah, dia tidak memberi perhatian kepada pengajaran
guru dan dia juga tidak pernah menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Perlakuan ini
dilakukan hanya untuk menunjukkan rasa tidak puas hati diatas penceraian itu dan
menginginkan bapanya kembali semula kepada ibunya. Lantaran kekurangan wang untuk belanja
ibunya keluar bekerja seawal pagi dan pulang dilewat petang.

Kekurangan wang saku, ejekan rakan-rakan dan rasa rendah diri menjadi punca
Mohamad Azrul ponteng sekolah. Masalah ini menjadi bertambah berat lagi apabila kedua-dua
abangnya juga merupakan murid yang sering ponteng sekolah. Kebanyakan masanya dipenuhi
dengan menonton cerita kegemarannya ditelevisyen. Kesibukan ibunya mencari wang
menyebabkan tidak masa untuknya untuk memantau pelajaran anak-anaknya.

2
Biodata Responden 2

Nama : Mohamad Naim bin Abd Rashid


Umur : 11 Tahun
Darjah : Tahun 5 Bijak
Kedudukan dalam kelas : Tempat ke 2 daripada 31 orang
Jawatan di sekolah : Pengawas Perpustakaan
Nama sekolah : SK Kebor Besar
Lokasi Sekolah : Luar Bandar
Bilangan adik beradik : 2 orang
Anak ke :2
Pekerjaan Bapa : Kontraktor
Pekerjaan Ibu : Jururawat
Latarbelakang :

Mohamad Naim merupakan anak kedua dan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga ini.
Segala kasih sayang tercurah kepadanya ibarat menatang minyak yang penuh. Segala
kemahuannya sentiasa dipenuhi oleh kedua ibubapanya. Mohamad Naim merupakan seorang
murid yang bijak tetapi terlalu suka bermain dan berseronok bersama rakan-rakan.
Memandangkan kemampuan keluarganya menyediakan pelbagai jenis permainan, menjadikan ia
leka dengan permainan. Keseronokan bermain menyebabkan ia sering berjaga diwaktu malam
semata-mata untuk bermain dengan permainan kegemarannya. Mengantuk dan sukar untuk
bangun tidor menjadi alasan untuknya tidak hadir kesekolah. Sikap ibubapanya yang
mengganggap anaknya cerdik ( kerana sering mendapat markah yang baik dalam setiap
peperiksaan) seolah-oleh membenarkan anaknya tidak hadir sekolah.

3
Responden 3

Nama : MOHD SYAZWAN BIN TAHAR


Umur : 11 Tahun
Darjah : Tahun 5 Pintar
Kedudukan dalam kelas : Tempat ke 33 daripada 33 orang
Nama sekolah : SK Kebor Besar
Lokasi Sekolah : Luar Bandar
Bilangan adik beradik : 8 orang
Anak ke :4
Pekerjaan Bapa : Menternak Ayam
Pekerjaan Ibu : Surirumah Tangga
Latar belakang :
Mohd Syazwan merupakan seorang murid yang lemah dalam penguasaan
pembelajarannya dan beliau adalah murid yang mengikuti kelas pemulihan pembelajaran kerana
tidak menguasai kemahiran membaca, menulis dan membaca. Kelemahan ini menjadikan ia agak
sukar untuk memahami pengajaran guru. Ia sering diejek dan diketawakan oleh rakan-rakannya.
Dia juga sering dimarahi guru apabila tidak dapat menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh
guru. Memandangkan kelas 5 Pintar mempunyai bilangan pelajar yang ramai dan ditambah pula
jumlah murid yang lemah agak ramai menyebabkan guru tidak dapat memberikan perhatian yang
lebih kepada semua murid. Merasakan dirinya bodoh dan sering disisih oleh rakan-rakan
menyebabkan ia tidak berminat untuk belajar sebaliknya banyak menghabiskan masa untuk
membantu bapanya menternak ayam.

4
Responden 4

Nama : SHAHRIL RAMADHAN BIN ABD GHANI


Umur : 11 Tahun
Darjah : Tahun 5 Cerdik
Kedudukan dalam kelas : Tempat ke 10 daripada 30 orang
Nama sekolah : SK Kebor Besar
Lokasi Sekolah : Luar Bandar
Bilangan adik beradik : 5 orang
Anak ke :2
Pekerjaan Bapa : Buruh
Pekerjaan Ibu : Surirumah Tangga
Latar belakang :

Shahril Ramadhan pula menyatakan ia kerap ponteng sekolah kerana selalu dimarah dan
dihukum oleh guru kerana kegagalannya untuk menyiapkan kerja-kerja yang diberikan oleh
guru. Kegagalan menyiapkan kerja bukan kerana malas tetapi tidak tahu bagaimana untuk
menyudahkannya. Memandangkan kedua-dua ibubapanya tidak mempunyai pendidikan yang
tinggi menyebabkan mereka tidak dapat membantu anaknya dalam pelajaran. Apa yang boleh
dilakukan oleh mereka hanyalah menyerah bulat-bulat kepada guru untuk mengajar anak mereka.
Teguran yang kasar dan leteran oleh guru menyebabkan ia rasa malu dan menyebabkan ia tidak
berminat untuk belajar.

5
Responden 5

Nama : NOR BAZILAH BINTI MARZUKI


Umur : 11 Tahun
Darjah : Tahun 5 Bijak
Kedudukan dalam kelas : Tempat ke 7 daripada 31 orang
Nama sekolah : SK Kebor Besar
Lokasi Sekolah : Luar Bandar
Bilangan adik beradik : 5 orang
Anak ke :1
Pekerjaan Bapa : Petani
Pekerjaan Ibu : Menjaja sayur-sayuran
Latar belakang :

Nor Bazilah membesar dalam keluarga yang miskin dengan pendapatan dibawah paras
kemiskinan iaitu berpendapatan sebanyak RM450.00 sebulan. Dengan wang sebanyak ini sudah
pasti tidak cukup untuk menampung perbelanjaan isi rumah. Memandangkan Nor Bazilah
merupakan anak sulong dan bapanya tidak mampu untuk menyediakan pengasuh untuk menjaga
anak-anaknya yang masih kecil sudah menjadi tanggung jawabnya untuk membantu ibunya
mengurus dan menjaga adik-adiknya ketika ibunya tiada di rumah menyebabkan Nor Bazilah
sering ponteng sekolah. Keadaan ini sering terjadi apabila ibunya keluar menjaja sayur.

Kemiskinan juga menyebabkan ia merasa rendah diri dan sering menyisihkan diri
daripada kawan-kawannya. Miskin pun Nor Bazilah merupakan pelajar yang agak pintar, namun
kekerapan tidak hadir ke sekolah menyebabkan ia ketinggalan dalam pelajaran.

6
2.0. Faktor-faktor kepada kejadian ponteng sekolah

Masalah ponteng di kalangan pelajar-pelajar sekolah adalah satu penyakit yang serius yang
sehingga kini tiada penyelesaiannya. Fenomena yang berlarutan ini boleh membantut
kecemerlangan pendidikan, ia juga akan mengheret seseorang itu kepada perbuatan salah laku
yang lebih memudaratkan lagi seperti merokok, mencuri, menghisap dadah, peras ugut dan lain-
lain aktiviti jenayah.

Terjadinya kes ponteng adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Ada dua faktor utama
yang menyebabkan para pelajar melakukan ponteng iaitu faktor sekolah dan faktor luar sekolah.
Antara factor luaran sekolah adalah seperti suasana persekitaran sekolah yang berubah secara
mendadak akibat dari proses pembandaran. Pembinaan pusat membeli belah dan pusat-pusat
hiburan yang terlalu hampir dengan sekolah akan menjadi faktor penarik kepada gejala ponteng
sekolah. Sikap pelajar yang sukakan hiburan dan mudah terikut-ikut dengan gaya penampilan
artis yang mereka minati, seperti memakai pakaian yang berjenama dan stail rambut yang baru,
jika tiada wang yang mencukupi, mereka rela ponteng sekolah untuk bekerja demi mendapat
wang.

Adalah amat penting untuk disedari bahawa bukan semua pelajar minat untuk belajar.
Jiwa muda mereka lebih terangsang untuk berseronok bersama rakan-rakan. Oleh kerana masa
untuk berseronok telah habis untuk belajar, maka mereka ini memilih untuk ponteng sekolah
bagi membolehkan mereka berseronok. Alasan ini bertepatan dengan Responden Kedua dimana
ia lebih banyak menghabiskan masanya dengan bermain permainan di komputer sama ada di
rumah mahu pun di siber café bersama rakan-rakannya kerana ia lebih menyeronokkan. Lebih-
lebih lagi pada masa sekarang ini, banyak aktiviti yang menggalakkan budaya mungkar dan
hedonistik di kalangan remaja menerusi penganjuran konsert-konsert artis Barat. Ini
membarahkan lagi keadaan. Untuk melepaskan nafsu berseronok mereka, para pelajar tidak ada
pilihan melainkan ponteng sekolah. Pengaruh media elektronik yang saban hari memaparkan
tentang gejala ganas dan kebebasan remaja yang keterlaluan banyak mempengaruhi pemikiran
golongan muda terutama yang baru meningkat remaja juga menjadi penyumbang kepada
berlakunya gejala ponteng.

7
Manakala kurangnya didikan agama dan kasih sayang dari ibu bapa, perasaan ingin tahu
serta desakan atau pengaruh dari rakan sebaya boleh menjadi penyebab terjadinya masalah
ponteng yang kian sukar dibendung lagi. Alasan ini bersesuaian dengan responden pertama,
dimana ia ponteng sekolah kerana merasakan dirinya tidak disayangi oleh kedua ibubapanya
akibat peceraian kedua ibubapanya. Perbuatan ponteng ini dilakukan untuk menunjukkan protes
atau menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap ibubapanya.

Selain itu, faktor sekolah juga menjadi salah satu penyebab kepada permasalahan ponteng
dan mengganggu suasana pembelajaran. Mengikut Hussein (1993) pembelajaran yang berkesan
datangnya dari suasana sekolah yang tenteram, kerana ketenteraman itu amat kritikal bagi
melahirkan pencapaian yang baik di kalangan pelajar. Kewujudan suasana sekolah yang positif
dari segi kemudahan sekolah, pengajaran guru, kedudukan sekolah dari aspek pengangkutan
pelajar dan perlaksanaan disiplin yang efektif menjamin pembelajaran yang berkesan dan
mengurangkan kes-kes salah laku pelajar.

Mengikut Rafiah Ismail (1993), faktor sekolah yang menyebabkan pelajar melanggar
disiplin ialah guru disiplin terlalu tegas dalam perlaksanaan disiplin serta keterlaluan dalam
menjatuhkan hukuman ke atas pelajar tanpa melihat serta selidiki sebab pelajar melakukan salah
laku. Perlaksanaan disiplin di sekolah perlu dijalankan dengan tegas untuk menjaga suasana
sekolah tetapi tidak harus keterlaluan. Bila keadaan ini berlaku, pelajar akan sentiasa rasa
tertekan dan mula memberontak serta melanggar dengan apa jua peraturan yang disediakan oleh
pihak sekolah. Disebabkan itulah terjadinya masalah ponteng yang semakin meningkat. Menurut
Olive Banks (1987), pemberontakan pelajar sebagai ponteng sekolah dan dihalau keluar dari
bilik darjah oleh guru apabila pelajar menentang peraturan yang disediakan oleh sekolah.
Seterusnya penentangan ini membawa kepada masalah kes salah laku yang lebih berat lagi
seperti menghisap dadah, merosakkan harta sekolah, samseng, mencuri dan sebagainya.

Berdasarkan kepada temubual responden ketiga, antara punca pelajar ponteng yang
telah dikenal pasti ialah kurang berminat terhadap pengajaran dan pelajaran di sekolah. Keadaan
ini mungkin berpunca daripada isi kandungan sukatan pelajaran yang banyak memberikan
tumpuan kepada mata pelajaran yang memerlukan pelajar menghafal seperti mata pelajaran
sejarah, geografi, pendidikan Islam dan sebagainya. Di samping itu, pelajar juga kurang berminat

8
kerana mereka mungkin tidak mampu untuk mengikuti pelajaran dengan sempurna kerana
ketinggalan akibat kelemahan diri mereka sendiri. Alasan ini juga yang menyebabkan berlakunya
kes ponteng di kalangan pelajar yang lemah jika dibandingkan dengan pelajar yang cerdas.
Pelajar seperti ini biasanya mudah berputus asa dan ditokok tambah pula guru tidak berusaha
menarik minat mereka, maka pelajar-pelajar itu akan hilang semangat untuk belajar. Mereka
kebanyakannya datang ke sekolah semata-mata kerana menurut kehendak ibu bapa. Oleh itu,
mereka kerap ponteng kerana tidak dapat memberikan saingan kepada rakan-rakan pelajar yang
lebih cerdas. Mengikut Koh Boh Boon (1981), guru yang kurang pandai teknik dan strategi
mengajar pelajar berkecenderungan mempunyai sikap negatif terhadap kebolehan dan
pencapaian pelajar. Sikap negatif ini merendahkan lagi konsep diri serta harga diri pelajar yang
kurang pandai dan seterusnya mengurangkan lagi minat dan keinginan mereka untuk belajar
seterusnya menjurus kepada masalah disiplin. Sikap negatif guru ini terhadap pelajar lemah akan
membawa masalah kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Responden keempat pula menyatakan ia kerap ponteng sekolah kerana selalu dimarah
dan dihukum oleh guru kerana kegagalannya untuk menyiapkan kerja-kerja yang diberikan oleh
guru. Kegagalan menyiapkan kerja bukan kerana malas tetapi tidak tahu bagaimana untuk
menyudahkannya. Menurut W.F Connel (1981), disiplin yang terlalu ketat dalam bentuk denda
yang kejam, sindiran dan pemeriksaan yang terlalu kasar pada kerja menyebabkan ketegangan
emosi di kalangan pelajar. Keadaan ini akan memburukkan suasana pembelajaran dan menjadi
salah satu penyebab pelajar bermasalah dalam kehadiran ke sekolah . Dari kajian Bahagian
Sekolah Kementerian Pendidikan tahun 1995 (Utusan Malaysia, 21 Mac 1997), iklim
persekolahan yang tidak menggalakkan seperti tumpuan berlebihan terhadap peperiksaan,
hukuman yang keras dan memalukan serta sikap guru yang kasar dan bengis menjadi punca
utama masalah disiplin di kalangan pelajar. Pelajar akan merasakan bahawa diri mereka
teraniaya dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar dan menjejaskan minat serta semangat
mereka untuk belajar.

9
3.0. Tindakan yang perlu dilakukan terhadap murid yang kerap ponteng sekolah

Bagi pelajar-pelajar yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu, pelajar mestilah
menyertakan dokumen seperti berikut sebagai bukti:

a. Sakit - mesti ada surat pengesahan doktor/pegawai perubatan


b. Kematian-mesti ada surat pengesahan kematian daripada hospital/penghulu/
ibu/bapa/penjaga.

Pelajar yang tidak dapat hadir 3 hari berturut-turut dalam seminggu atau 10 hari berselang dalam
sebulan ke sekolah/aktiviti ko-kurikulum/kelas tambahan/kelas amali dan lain-lain aktiviti
sekolah dengan tanpa apa-apa maklumat daripada ibu/bapa/penjaga, surat makluman akan
dikeluarkan. Jika tiada tindakan ibu bapa/penjaga selepas TUJUH (7) hari surat makluman akan
dikeluarkan, surat Amaran 1 akan dikeluarkan dan seterusnya seperti berikut: - 3 hari berturut-
turut,10 hari berselang-selang

a. Surat amaran 1 - 10 markah demerit


b. Surat amaran 2 - 15 markah demerit
c. Amaran terakhir - 20 markah demerit
d. Makluman Penggantungan dengan tarikh

Pelajar yang tidak hadir selama 30 hari berturut-turut atau berselang, pelajar boleh digantung
persekolahan selama seminggu (1 minggu) dengan makluman ibu/bapa/penjaga. Manakala bagi
pelajar yang tidak hadir selama 60 hari berturut-turut atau berselang, pihak sekolah akan
mengambil tindakan menggantungkan pelajar tersebut selama dua minggu (2 minggu) dengan
makluman ibu/bapa/penjaga. Sekiranya pelajar yang tidak hadir melebihi 60 hari, pelajar
berkenaan akan dicadangkan kepada Jabatan Pelajaran untuk dibuang sekolah.

4.0. Langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani peningkatan pelajar ponteng
sekolah.

Kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran pula perlu membuat satu kajian yang menyeluruh
berkenaan dengan sistem pendidikan dan peraturan sekolah yang sedia ada. Ketika ini sistem

10
sekolah lebih menjurus kepada kecemerlangan akademik tetapi kurang ke arah kecemerlangan
sahsiah. Ini dapat dilihat masalah disiplin dan moral juga ketara di sekolah sekolah berasrama
penuh walaupun mereka yang belajar di situ terdiri dari mereka yang terpilih.

Jelaslah masalah disiplin pelajar ini akan hanya dapat dibendung jika semua pihak yang
terbabit memainkan peranan masing-masing. Menjatuhkan hukuman semata-mata tidak akan
menyelesaikan masalah. Mereka yang mempunyai masalah disiplin dan moral ini sebenarnya
sedang sakit. Samada sakit jiwa, sakit hati, sakit fikiran atau sakit rohaninya. Mereka yang sakit
perlu dirawat supaya dapat pulih semula. Mereka yang terjatuh perlu dibantu untuk bangun
semula. Mereka yang tersesat perlu dibimbing ke pangkal jalan.

Justeru itu pelbagai langkah perlu diambil dalam mengatasi masalah ini. Sekolah, guru,
masyarakat dan ibubapa perlu memainkan peranan mereka dalam mengatasi masalah bagi
memastikan anak dan anak didik mereka berjaya mengharungi kehidupan mereka sewaktu di
sekolah sebagai insan yang sempurna, diantara peranan yang boleh dimainkan ialah:

4.1. Peranan Sekolah Dalam Menangani Masalah Ponteng.

4.1.1 Pihak pentadbiran sekolah.

Pihak pentadbiran sekolah perlulah mantap dan berkejarsama untuk menangani masalah ponteng
sekolah ini. Di mana pihak sekolah sepatutnya bertegas dengan para pelajar sekolah berkenaan
untuk menangani masalah ponteng ini. Di mana para pelajar mestilah didedahkan dengan
peraturan –peraturan sekolah dan tindakan yang boleh di ambil sekiranya mereka melanggar
peraturan sekolah.

Selain itu pihak sekolah mesti tegas dalam melaksanakan peraturan sekolah ini. Ini bagi
membolehkan para pelajar tidak akan mengulangi lagi kesalahan yang sama dan juga menjadi
pengajaran kepada para pelajar lain. Di mana pihak sekolah perlu mengambil pendekatan agresif
dan hard line approach yang berbentuk hukuman berat ke atas pelajar yang ponteng sekolah;

11
Pihak pentadbiran sekolah juga perlu berkerjasama dengan ibubapa atau penjaga pelajar,
bagi memantau masalah ponteng ini dikalangan mereka. Dengan membangunkan program
mengenai masalah ponteng melibatkan ibu bapa dan komuniti setempat; Sebagai contoh pihak
sekolah perlu memberitahu kepada ibubapa pelajar, apabila anak-anak mereka tidak hadir ke
sekolah tanpa sebab. Ini kerana banyak terjadinya kes-kes ponteng sekolah yang di luar
pengetahuan ibubapa,kerana pelajar ini tetap berpakaian sekolah dan keluar serta pulang ke rumah
apabila tamat waktu belajar. Tindakan pihak sekolah sekarang yang mana hanya memberi surat
amaran kepada pelajar yang ponteng sekolah selama tiga kali berturut-turut kepada pelajar untuk
diserahkan kepada penjaga mereka, adalah salah satu tindakan yang kurang bijak. Ini ditambah
lagi dengan dewasa ini, para ibubapa sudah tidak mengambil berat lagi masalah anak-anak
mereka. Mereka lebih menyerahkan segala-galanya kepada para guru dan juga sekolah,jika
berlaku apa-apa masalah. Sepatutunya pihak sekolah perlu berjumpa secara terus atau
memberitahu terus kepada penjaga pelajar, bukan menyerahkan surat kepada pelajar
berkenaan.selain itu pihak sekolah juga perlu memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga
tentang dasar yang berkaitan ponteng sekolah supaya ibu bapa faham dan boleh respon dan
bertindak kepada anak yang ponteng

Selain itu tindakan-tindakan disiplin yang di jalankan seperti gantung sekolah,


sewajarnya tidak lagi di laksanakan,ini kerana akan mengalakkan para pelajar untuk ponteng
sekolah. Sewajarnya tindakan-tindakan yang hendak dilaksanakan perlulah yang akan
membuatkan para pelajar itu sedar akan kesalahan mereka.

Dalam pada itu, pihak pentdabiran sekolah juga perlulah mentadbir sekolah mereka ke
arah sekolah penyayang yang mana bukan sahaja tindakan yang mana, mereka mengambil berat
tentang masalah-masalah para pelajar dan juga cuba menjadikan sekolah sebagai tempat yang
mengembirakan semua pelajar mereka. Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah
ialah dengan membuat program-program bersama para pelajar mereka seperti hari sukan,
sambutan hari guru dan juga aktiviti riadah, yang mana ini membolehkan pihak pentadbiran,
guru dan juga pelajar rapat.

12
Aktiviti-aktiviti di sekolah seperti kokurikulum contohnya, membolehkan para pelajar
bergaul antara satu sama lain, dan secara tidak langsung akan memupuk mereka melakukan
aktiviti yang berfaedah dan tidak membuang masa dan tidak terpengaruh dengan gejala-gejala
negatif luar seperti terlibat dengan permainan video, cyber cafe dan juga lepak di pusat-pusat
membeli belah. Ini juga akan menyebabkan para pelajar ini seronok untuk ke sekolah.

Selain itu, masalah ponteng sering dikaitkan berlaku apabila tamatnya musim
peperiksaan di sekolah-sekolah, jadi antara cara yang dirancang ialah pihak sekolah perlu
melewatkan waktu peperiksaan agar mengalakkan para pelajar ke sekolah, dan juga
menyediakan aktiviti-aktiviti yang menarik kepada para pelajar selepas tamatnya musim
peperiksaan. Pihak pentadibiran sekolah juga perlu berusaha untuk memastikan agar sekolah
menjadi tempat yang paling seronok kepada para pelajar bagi menangani masalah ponteng ini.

Pihak pentadbiran juga perlu melantik para pegawas iaitu daripada kalangan para pelajar
sendiri untuk menjadi ‘mata-mata’ kepada pihak sekolah bagi melaporkan kepada pihak sekolah
jika terdapatnya pelajar yang ponteng sekolah, dan lokasi ponteng sekolah mereka itu. Selain
daripada para pengawas juga bertindak sebagai rakan sebaya yang boleh mempengaruhi para
pelajar lain agar tidak melakukan kesalahan seperti ponteng sekolah ini. Ini kerana sebaya dan
senang untuk berdamping dengan para pelajar ini.

Mengikut Hussein Mahmood (1993) pembelajaran yang berkesan datangnya dari suasana
sekolah yang tenteram, kerana ketenteraman itu amat kritikal bagi melahirkan pencapaian yang
baik di kalangan pelajar. Kewujudan suasana sekolah yang positif dari segi kemudahan sekolah,
pengajaran guru, kedudukan sekolah dari aspek pengangkutan pelajar dan penguatkuasaan
disiplin yang efektif menjamin pembelajaran yang berkesan dan mengurangkan kes-kes salah
laku pelajar.

Persekitaran kelas juga perlu di ubah, dimana kuantiti pelajar di dalam kelas yang paling
ideal adalah diantara 25 hingga 30 orang pelajar sahaja. Ini memudahkan proses pembelajaran
dan pengajaran berjalan dengan lancar. Di samping itu juga, ini memudahkan para guru

13
memberikan perhatian kepada pelajar mereka. Keadaan kelas yang sesak dengan pelajar boleh
menybebabkan ada pelajar yang bosan dan akhirnya mereka akan ponteng kelas berkenaan.

Selain daripada kuantiti para pelajar, kelengkapan yang disediakan haruslah sempurna
dan juga lengkap. Pihak sekolah juga boleh mengalakkan para pelajar untuk menceriakan kelas-
kelas mereka melalui pertandingan kelas tercantik contohnya, yang mana secara tak langsung
apabila suasana kelas yang ceria ini akan membolehkan para pelajar suka ke kelas dan belajar.

4.1.2. Peranan para guru.

Guru memainkan peranan penting dalam menangani masalah ponteng sekolah ini. Ini adalah
kerana para gurulah yang banyak menghabiskan masa mereka bersama pelajar-pelajar di dalam
kelas. Para guru perlulah merangsang pemikiran pelajar mereka dan juga perlu menjalankan
pendekatan secara berhemah. Di mana mereka perlulah pandai untuk mengawal emosi para
pelajar mereka. Seorang guru perlu bertegas dengan para pelajar mereka tetapi dalam masa yang
sama mereka tidak boleh terlalu garang hingga membuatkan para pelajar tidak suka kepada guru
dan juga akhirnya pelajar ini akan ponteng kelas.

Para guru perlu lebih kreatif dalam kaedah pengajaran mereka agar dapat `menangkap'
dan mengukuhkan minat para pelajar. Dengan pembangunan dan perubahan kini yang
melahirkan anak-anak yang lebih moden, guru-guru dituntut mempunyai kemahiran lebih
daripada hanya kemahiran mengajar. Mereka tidak harus menumpukan kepada aspek akademik
semata-mata tetapi mengambil pendekatan yang lebih menyeluruh.

Cara pengajaran yang banyak kepada menghafal, membuatkan para pelajar yang lemah
akan bertambah malas untuk belajar, matapelajaran seperti sejarah, geogafi dan pendidikan islam
yang memerlukan para pelajar menghafal akan membuatkan para pelajat tidak berminat untuk
belajar. Para guru perlu berusaha menjadikan suasana pembelajaran di bilik darjah sentiasa segar
bagi memupuk emosi seronok dan minat yang berkobar-kobar di kalangan pelajar untuk belajar.
Banyak cara yang boleh digunaka oleh para guru pada masa kini, bukan lagi seperti guru-guru
pada masa dahulu yang hanya membaca dan juga pelajar menyalin apa yang dikatakan oleh guru.

14
Banyak bcara yang boleh dilakukan contohnya dengan kepesatan teknologi pada masa kini, para
guru boleh mengajar dengan mengunakan LCD.

Para guru juga perlulah menunjukkan sifat yang baik kepada para pelajar mereka, agar
mereka boleh menjadi role model kepada para pelajar mereka. Dimana para guru sepatutnya
bersikap adil kepada semua para pelajarnya di mana semua pelajar perlulah dilayan samarata
tanpa mengira faktor-faktor fizikal mereka dan juga tahapkecerdasan mereka, keturunan atau
agama mereka. Ini akan membolehkan guru ini disenangi pelajar dan juga ini membolehkan
proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Di mana apabila para guru mengamalkan
sikap adil dan sama rata serta tidak pilih kasih semasa terhadap para pelajar mereka. Ini akan
menyebabkan para pelajar lebih bermotivasi untuk belajar dan juga tidak akan berasa rendah diri dan
tidak selesa ketika belajar. Ini juga sala satu daripada motivasi yang mengalakkan para pelajar untuk hadir
ke kelas dan juga sekolah.

Setiap guru perlulah sentiasa meluangkan sedikit masa yang lebih, walau dalam keadaan
yang sibuk dengan apa jenis kerjapun, untuk mengambil tahu tentang masalah pelajar, lebih
waspada dengan perwatakan dan tingkah-laku pelajar-pelajar di bawah kawalannya, masalah
ponteng akan dapat dikesan dan dibendung terlebih awal. Tidak perlu tunggu sehingga dilantik
sebagai guru disiplin atau guru kaunseling barulah hendak mengambil berat tentang latar
belakang dan masalah pelajar, lakukan sahaja asalkan dia adalah seorang guru. Dengan
mengambil tahu masalah para pelajar ini para guru boleh bertindak untuk menyelesaikan
masalah para pelajar ini yang mana mereka masih lagi dalam proses pembesaran yang mana
emosi mereka masih lagi belum stabil dan mudah terpengaruh dengan anasir-anasir luar.

Para guru juga perlu memahami masalah para pelajar mereka, sebagai contoh mengapa
seseorang itu sering ponteng sekolah mungkin di sebabkan beberapa perkara contohnya pelajar
terbabit terpaksa berkerja selepas daripada masa sekolah untuk menyara keluarga mereka, kerana
mereka berasal daripada keluarga miskin, jadi sebelum mengambil apa-apa tindakan, para guru
perlulah menyiasat dulu sebab-sebab berlakunya masalah ini. Agar ada jalan penyelesaian yang
boleh dilakukan. Antaranya memgusahakan agar pelajar terbabit mendapat bantuan daripada
pihak sekolah atau juga biasiswa yamg membolehkan mereka tidak perlu lagi untuk berkerja.

15
4.1.3. Peranan Masyarakat Dalam Mengatasi Masalah Ponteng

Masyarakat wajar dijadikan sebagai teras di peringkat prasekolah lagi. Objektif dasar ini ialah
memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi serta membangunkan
dan memperkasakan insan sepanjang hayat supaya penerapan nilai-nilai murni dapat
dilaksanakan dengan berkesan.
Dalam fenomena ini masyarakat perlulah peka kepada persekitaran dengan apa yang
berlaku seperti gejala ponteng sekolah. Apabila masyarakat mengambil tahu hal ini maka perlu
bertindak dengan memberikan nasihat kepada para pelajar yang mengamalkan budaya ponteng
ini. Tidak dapat dinafikan lagi sekiranya masyarakat mempunyai perasaan bertanggungjawab
dalam mengatasi masalah ini ianya akan melakukan sesuatu perkara bagi mengelakkan gejala ini
daripada terus meningkat secara mendadak. Seperti contoh apabila anggota masyarakat ada
melihat pelajar yang dikenalinya atau berpakaian seragam sekolah duduk melepak dimara-rata
tampat dalam waktu sekolah, maka sewajarnya masyarakat segera melaporkan kejadian tersebut
kepada pihak sekolah dan seterusnya kepada ibu bapa mereka supaya diambil tindakan yang
sewajarnya terhadap pelajar ini supaya mereka tidak lagi ponteng dari sekolah atau kelas dan
secara lansung timbul keinsafan dalam diri.

Masyarakat merupakan agen sosialisasi yang penting kepada para pelajar dalam
pembentukan nilai murni dalam diri seseorang itu. Peranan yang dimainkan oleh anggota
masyarakat adalah menyemai nilai murni dalam diri sendiri dan secara tidak langsung akan terbit
dalam diri para pelajar kerana mereka ini sering didedahkan dengan perkara yang membawa
kebaikan. Apabila mereka sering melihat tingkahlaku yang dipaparkan adalah bermoral maka
pelajar ini akan menjadikannya sebagai pengajaran dan contoh kepada diri mereka.

4.1.4. Peranan Ibubapa Dalam Mengatasi Masalah Ponteng.

Kita selaku ibubapa bertanggungjawab mempastikan anak-anak sentiasa dibimbing agar berjaya
mengelak daripada terpedaya dengan sebarang bentuk anasir buruk yang akan merosakkan masa
depan mereka.

Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam Surah at-Tahrim ayat 6:

16
Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu api
neraka yang bahan bakarannya manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang keras
kasar; tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka,
dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”
Ini ditegaskan oleh Nabi SAW dalam sabda baginda:

Mafhumnya: "Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kedua orang tuanyalah yang
membuatnya menjadi seorang Yahudi, seorang Nasrani maupun seorang Majusi."

Ibu bapa perlu sedar bahawa mereka sedang menyediakan generasi baru. Ibu bapa perlu
sedar bahawa anak dalam dukungan mereka kelak akan menjadi insan yang mempunyai
tanggungjawab, dan tata kelakuan mereka akan mempunyai kesan terhadap insan lain.

Secara langsung, nilai dan gaya hidup ibu bapa akan mempengaruhi tarbiyah atau
pendidikan anak-anak. Anak-anak akan melakukan apa yang mereka lihat dan akan
mengingatinya untuk di contohi. Apa yang nyata, anak yang melihat ibu bapanya menipu tidak
akan belajar menjadi orang yang jujur. Anak yang mempunyai ibu bapa yang ganas dan lasak,
tidak akan membesar menjadi seorang yang mempunyai sifat kasih sayang.

Merujuk kepada kisah-kisah tauladan Rasulullah s.a.w., memang terdapat banyak riwayat
mengenai cara Rasulullah s.a.w. mentadbir dan menguruskan rumahtangganya. Antaranya:

i. Mempromosikan dan menghayati hidup beragama dalam rumahtangga.


ii. Mewujudkan persekitaran dan suasana keluarga yang sihat.
iii. Mewujudkan sifat belas kasihan, ihsan, lemah lembut, dan kasih sayang.
iv. Memahami tahap-tahap keperluan anak-anak mengikut proses pembesarannya.

17
Ibu bapa mestilah memantau anak-anak mereka dengan baik, tidak terlalu menurut
kemahuan anak-anak sehingga anak-anak memijak kepala mereka. Dan yang lebih pentingnya,
jika anak-anak itu bersalah dan dikesan oleh pihak lain, ibu bapa mestilah mengakui kesalahan
itu, di samping membantu menyelesaikan masalah sama ada dengan kaedah sendiri ataupun
bersama pihak yang mengesan kesalahan anak mereka itu. Oleh itu amat penting bagi ibubapa
melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan supaya dapat membesar dan mendidik anak dengan
lebih sempurna. Ini perlu memandangkan ibubapa yang bekerja mempunyai masa yang terhad
bersama dengan anak-anak. Masa yang singkat ini perlulah dimanfaatkan dengan sebaik
mungkin supaya kasih sayang dan kemesraan kekeluargaan itu dapat dieratkan.

5.0. Pendapat dan Saranan

Pada pendapat saya, gejala ponteng sekolah adalah berpunca daripada kurangnya
kesedaran murid itu sendiri terhadap kepentingan pelajaran. Murid tidak diberi atau didedahkan
dengan peri perlunya pelajaran dalam kehidupan mereka oleh guru dan juga ibubapa. Apa yang
mereka lalui adalah rutin kehidupan seorang pelajar iaitu belajar, membuat latihan, membaca dan
sebagai tanpa mengetahui kepentinganya. Murid disogok dengan latihan dan tugas yang banyak
terutama bagi murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan bagi mendapat keputusan yang
baik dalam peperiksaan. Keinginan pihak sekolah dan hasrat ibubapa untuk mendapat keputusan
yang cemerlang sudah pasti memberi tekanan kepada guru dan murid. Murid pula dibekalkan
dengan latihan yang banyak berserta dengan kelas tambahan yang saban hari sehinggakan tiada
waktu untuk berehat. Keadaan ini sudah pasti membuat mereka berasa bosan dan mencari
altenatif yang lebih menyeronokkan. Pelajar sekarang terdedah dengan pelbagai perkara di
sekeliling mereka. Bahan bacaan, televisyen, wayang, internet, kawan, keluarga dan persekitaran
masyarakat adalah antara yang banyak memainkan peranan dalam pembentukan peribadi
seseorang itu. Ini termasuk keadaan dunia yang tanpa sempadan kini menyaksikan pelbagai
pengaruh dari luar menjajah minda para pelajar. Tanpa kesedaran tentang pentingnya pelajaran
dan benteng keimanan yang kukuh murid-murid mudah terjebak dalam gejala yang tidak sihat
seperti ponteng, merempik dan sebagainya.

Bagi mengatasi masalah ponteng sekolah dan seterusnya menentukan kejayaan pelajar- pelajar
ialah melalui iklim dan budaya sekolah. Suasana dan persekitaran yang harmoni boleh

18
membangkitkan semangat dan akan melahirkan pelajar yang mempunyai sikap cintakan sekolah.
Dengan itu dapat mengurangkan masalah salah laku dan disiplin. Sekolah perlu mewujudkan
suasana persekitaran yang sesuai dan indah bagi membolehkan supaya pelajar mempunyai sikap
cinta kepada sekolah. Membentuk disiplin tidak sesuai menggunakan kekerasan, emosi tidak
boleh disekat, dengan itu masalah disiplin pelajar dapat dikurangkan.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, Kesedaran tentang penanaman nilai-nilai murni disemai dan


dibajai mulai zaman kanak-kanak lagi. Ibubapa, guru-guru dan masyarakat masing-masing
berperanan dalam memberi teladan kepada kanak-kanak agar mereka dapat menyesuaikan dan
mempersembahkan diri mereka berdasarkan kepada nilai murni yang ditonjolkan kerana mereka
ibarat kain putih yang perlu dicorakkan dengan warna-warna nilai yang baik. Bak kata pepatah,
"melentur buluh biarlah dari rebungnya".
Ibubapa memainkan peranan penting dalam mencorakkan anak-anak sepertimana yang
dikehendaki oleh Islam, bukan mengikut corak yang mereka pilih atau sukai. Oleh itu, anak-
anak perlu dididik, diasuh dan dijaga dengan sebaik-baiknya supaya hidupnya kelak sentiasa
beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.

Firman Allah s.w.t. :-

)Surah al-Anfal: ayat 28(

Maksudnya: “ Ketahuilah bahawa harta benda kami dan anak-anak kamu itu hanyalah
menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar ”.

19
Di sekolah guru memainkan peranan sebagai ibubapa dalam membentuk kanak-kanak
selaras dengan penerapan yang dimasukkan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Nilai-nilai murni
mula diterapkan dari pendidikan pra sekolah lagi merupakan asas kepada proses pembelajaran
dan perkembangan kanak-kanak dalam membentuk peribadi dan bernilai murni. Guru bukan
hanya menjalankan tugas mengajar matapelajaran yang terdapat dalam sukatan tertentu sahaja,
sebab nilai murni perlu terdapat dalam setiap matapelajaran. Dan adakalanya nilai murni yang
disalurkan itu tidak terdapat secara khusus di dalam subjek tersebut tetapi diterapkan secara tidak
formal seperti komunikasi yang baik antara guru dan murid, yang akan mempengaruhi
penanaman nilai dalam jiwa pelajar.

Dalam pada itu, pihak pentdabiran sekolah juga perlulah mentadbir sekolah mereka ke
arah sekolah penyayang yang mana bukan sahaja tindakan yang mana, mereka mengambil berat
tentang masalah-masalah para pelajar dan juga cuba menjadikan sekolah sebagai tempat yang
mengembirakan semua pelajar mereka. Aktiviti-aktiviti di sekolah seperti kokurikulum
contohnya, membolehkan para pelajar bergaul antara satu sama lain, dan secara tidak langsung
akan memupuk mereka melakukan aktiviti yang berfaedah dan tidak membuang masa dan tidak
terpengaruh dengan gejala-gejala negatif luar seperti terlibat dengan permainan video, cyber cafe
dan juga lepak di pusat-pusat membeli belah. Ini juga akan menyebabkan para pelajar ini
seronok untuk ke sekolah.

20
Rujukan

Abdullah Sani Yahaya. (2005). Mengurus Disiplin Pelajar.Penang:Rhythm Industries Sdn.


Bhd..

Ee Ah Meng. (1997). Pedagogi Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah (Semester II):Siri
Diploma Perguruan. Selangor Darul ehsan:Percetakan Polygrafic (M) Sdn. Bhd

Mohd Tajudin Abdul Rahman. (2000). Masyarkat Melayu : Masalah Disiplin Dikalangan
Pelajar Sekolah Dan Penyelesaiannya. Kuala Lumpur.
Nor Hasikin Ibrahim. (2003). Ponteng Sekolah Gejala Semasa: masalah dan penyelesaian,
Jabatan Sosio Budaya Melayu,Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Rajaguru, Mohd Daud Saad dan Ibrahim Saad. (1982). Pengamatan Terhadap Masalah
Disiplin. Isu Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur:DEB.

SMK Bandar Sarikei. (2006). Buku Kawalan Kelas (Tingkatan 4, 5 dan 6Atas). Sarikei: SMK
Bandar Sarikei.

Cikgu Lee. (nd). Di sebalik Masalah Ponteng Pelajar . Diperolehi Oktober 26, 2010,
dari http://cikgulee.blogdrive .com/comm ents?id=69

Kavyan, (2008, Januari). Masalah sosial pelajar sekolah. Diperolehi Oktober 26, 2010,
dari http://www.geocities.com/kavyan_kavya/ raman0301.htm

http://www.scribd.com/doc/19337443/Kajian-Tindakan-Oum-Gejala-Ponteng-Sekolah.Oktober
23, 2010

21
http://www.sabah.edu.my/smkperempuan_sdk/peraturan_sekolah.pdf. Oktober 23, 2010

http://inertz.com/2009/11/budaya-lepak-dan-ponteng-sekolah-dikalangan-pelajar/ Oktober 23

2010

http://www.islam.gov.my/khutbahjakim/IBUBAPA PENJANA PENDIDIKAN ANAK-ANAK


http://www.islam.gov.my/khutbahjakim/MEMBENTUK ANAK-ANAK MENJADI INSAN CEMERLANG

http://www.islam.gov.my/khutbahjakim/” IBUBAPA MENDEPANI PENDIDIKAN ANAK-ANAK

http://www.islam.gov.my/khutbahjakim/ PENCEGAHAN JENAYAH JUVANA/26 Okt 2010.

22

You might also like