You are on page 1of 7

DIPLOMA PENGURUSAN KOPERASI

SESI JUN 2009/2011

PENGURUSAN KEWANGAN (ACC 221)

NAMA PENSYARAH : EN. ZULKIFLEE B. ASPAN

NAMA PELAJAR NO. MATRIK


NORMUZAMER B. ABD RAHMAN D0009060129F
MUHAMAD NAZIRULMUBIM B. MUHAMAD RUSDI D0009060028F
HAZIQ RITHAUDDEEN B. HARIS FADZLAH D0009060123F
YASMIN BT. KAMARUDIN D0009060102F
SITI NORZAKIRAH BT. ZAKARIA D0009060096F
NURUL AIN BT. ZAINI D0009060070F

Perbezaan Antara Bank Konvensional Dengan Bank Islam.


Terdapat beberapa perbezaan di antara sistem perbankkan Islam dan Konvensional
secara amnya dapat dilihat dari sudut seperti berikut:

1. Aspek Keuntungan
a) Bank Islam
Pulangan keuntungan berdasarkan usaha yang sah di sisi syarak. Sebagai
contoh, keuntungan kepada modal asal wang hendaklah berdasarkan
pengkongsian untung rugi yang dikongsi bersama (profit/loss sharing). Jika
sesuatu pihak sahaja yang menanggung kerugian manakala satu pihak
lagi tetap mendapat untung di dalam apa jua keadaan, ini adalah
ketidakadilan dan nyata sebagai pengamalan riba. Penggunaan riba
sebagai keuntungan kepada modal asal wang tidak dibenarkan sama
sekali (perbankan tanpa faedah) kerana keuntungan berkonsepkan ini
bukan kerana pulangan usaha yang sah di sisi syarak.
Sebagai contoh, perbankan islam yang berlandaskan kontrak-kontrak
perniagaan yang dibenarkan dengan ajaran islam adalah :
- al-Mudharabah (Trustee profit sharing)
- al-Musharakah (Joint-venture profit sharing)
- al-Bai` bithaman ajil (Deferred instalment sale)
- al-Ijarah (Leasing)
- Bai salam (Salam sale)
- Bai alistisna` (Sale on order) 

b) Bank Konvensional
Bagi bank komersial, pulangan adalah berdasarkan kepada keuntungan
yang mempunyai pengertian khususnya di dalam aktiviti yang melibatkan
tabungan awam (akaun simpanan pengguna) dan secara tidak langsung ia
melibatkan amalan riba.

2. Keuntungan Peribadi atau Kumpulan (Pemegang Saham)


a) Bank Konvensional
Kebanyakkan bank konvensional menggunakan tabungan awam untuk
mendapatkan keuntungan- keuntungan peribadi ataupun kumpulan
( pemegang saham ), oleh itu, pelaburan dan perniagaan hanya tertumpu
kepda usaha untuk memaksimumkan keuntungan sahaja tanpa melihat
kesan- kesan kepada masyarakat sama ada jangka masa panjang
ataupun pendek

b) Bank Islam
Berlainan pula dengan bank islam kerana teorinya pihak bank perlu
bertanggungjawab terhadap semua simpanan daripada orang ramai dan
member perkhidmatan cekap demi kepentingan awam bagi memenuhi
matlamat sosioekonomi islam yang berkaitan.

3. Perhubungan antara pelanggan


a) Bank Konvensional
Para pelanggan bank konvensional hanya terhad kepada hubungan antara
pemiutang dan pemimjam sahaja.Tetapi di dalam bank islam, pihak bank
akan bertindak selaku pengurus projek ataupun ahli kewangan yang bergiat di
dalam pengumpulan wang atau amanah yang didasarkan kepada
perkongsian untung atau rugi.

b) Bank Islam
Bank islam ialah pengurus wang yang sebenar bagi pelanggan yang
berkongsi segala maklumat dengan mereka. Para pelanggan bank islam
boleh berkongsi semua kesan negatif tanpa sebarang jaminan keuntungan
daripada bank ataupun hak untuk mendapatkan keuntungan yang telah
ditentukan iaitu faedah.

4. Prinsip Asas
a) Bank Konvensional
Ia merupakan ciptaan manusia dan boleh berubah-ubah mengikut keadaan. Sebagai
contoh, perakaunan berubah mengikut keadaan ekonomi semasa

b) Bank Islam
Ia dibina berasaskan Al-Quran dan Sunnah. Prinsip asasnya adalah keadilan) tidak
boleh di diubah. Hanya cara memperakaunkan sahaja yang boleh diubah, bukan
prinsip asas dan hukum-hukumnya

5. Kepentingan
a) Bank Konvensional
Hanya tertumpu kepada kepentingan individu ataupun pemilik modal sesebuah
syarikat.
Sebagai contoh, sistem kapitalis – bersifat sekular iaitu mengutamakan keduniaan
semata-mata

b) Bank Islam
Kepentingannya tidak terhad kepada pemilik modal sahaja, tetapi juga kepada
masyarakat (yang meliputi semua umat). Ini jelas menunjukkan bahawa islam
mementingkan semua makhluk yang ada dimuka bumi ini.

6. Etika
a) Bank Konvensional
Berdasarkan kepada etika yang bersumberkan kepada hukum perdagangan
masyarakat kapitalis moden. Ini bermaksud perakaunannya adalah melibatkan
urusniaga yang haram disisi islam seperti riba dan judi.

b) Bank Islam
Perakaunan islam berdasarkan kepada etika ynag sersumberkan Al-Quran dan
Hadis. Urusniaga yang dijalankan mestilah mematuhi perundangan syariah dimana
perniagaan yang haram seperti riba, judi, arak dan khinzir tidak boleh dijalankan.

7. Pendedahan
a) Bank Konvensional
Penyajian maklumat yang sangat terbatas. Pendedahan dibuat dengan tujuan
pengguna akhir dapat membuat keputusan ekonomi. Laporan yang dibuat bersifat
konservatif dalam menghadapi ketidakpastian.

b) Bank Islam
Pendedahan Bank Islam menyeluruh(full disclosure) untuk memenuhi maklumat
kewanagn yang sesuai dan Syariah dan memenuhi Islamic Corporate Report (ICR).

8. Objektif
a) Bank Konvensional
Meyakinkan pengguna bahawa perekodan yang dibuat dan penyata kewangan yang
disediakan adalah boleh dipercayai dan sahih tetapi ia tidak mengambil berat hasil
pendapatan samaada is diperolehi dari sumber riba dan kosnya pula tidak diyakini
samaada ia dari rasuah atau kos-kos lain yang salah dari hukum agama.

b) Bank Islam
Adalah menjadi tanggungjawab dalam menyediakan penyata kewangan dengan jujur
dan sahih dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah. Segala kegiatan
perusahaan dan urusniaga mestilah halal iaitu hasil pendapatan mestilah bukan dari
sumber yang haram (sebagai contoh: riba dan judi)

9. Ketekalan
a) Bank Konvensional
Dalam konsep ketekalan, bagi perbankan konvensional adalah penyata
kewangannya dicatat dan dilapor secara konsisten selaras dengan GAAP iaitu
amalan-amalan yang diterima pakai di dalam perakaunan

b) Bank Islam
Perakaunan islam pula merekod dan melaporkan secara konsisten mengikut prinsip
syariah.

10. Materialisme
a) Bank Konvensional
Bagi Bank Konvensional,ia menekankan prinsip kepentingan relatif sebelum
membuat sesuatu keputusan untuk merekod dan melapor. Contohnya, tidak
mengambilkira amaun yang kecil (sen) yang dirasakan tidak memberi impak yang
besar kepada penyata kewangan dan hanya meletakkan jumlah genap. Perkara ini
dapat dilihat dalam penyediaan KKK dan penyata pendapatan. Mereka beranggapan
bahawa perkara itu adalah remeh dan mengelirukan pengguna maklumat kewangan.

b) Bank Islam
Manakala,bagi Bank Islam pula,ia menekankan prinsip kewajipan kepada Allah,
masyarakat dan individu sebelum membuat sesuatu keputusan untuk merekod dan
melapor. Dalam perakaunan Islam, syarikat akan melaporkan setiap jumlah yang
digunakan atau diperolehi walaupun jumlah itu sangat kecil.

11. Tempoh Perakaunan


a) Bank Konvensional
Disediakan untuk satu tempoh yang tertentu biasanya 12 bulan mengikut kalender
masihi.
b) Bank Islam
Disediakan dalam tahun hijrah untuk pungutan zakat.

12. Berorientasikan
a) Bank Konvensional
Tidak berkaitan dengan zakat sama sekali.

b) Bank Islam
Sistem perbankan moden islam, telah menjadi salah satu fungsi berorentasikan
perkhidmatan dari bank-bank Islam untuk menjadi pusat zakat dan mereka juga
membayar zakat

13. Penekanan
a) Bank Konvensional
memberikan penekanan yang lebih besar pada kelayakan kerdit dari pelanggan.
b) Bank Islam
ia memberikan penekanan lebih besar pada kelangsungan hidup projek

14. Kunci Utama


a) Bank Konvensional
Pengurusan Bank Konvensional tiada akad bila berurusan dengan para
pelanggannya.

b) Bank Islam
Akad adalah merupakan kunci utama yang membezakan antara bank-bank Islam dan
bank-bank konvensional. Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung dari akadnya.
Perbezaannya untuk akad-akad yang berlangsung pada bank-bank Islam ini hanya
akad yang halal, seperti bagi hasil, jual beli atau sewa menyewa. Tidak ada unsur riba
dalam bank-bank Islam ini.

You might also like