DOA BUKA MAJLIS. Ummulkitab al ±fatihah... Bismillahi....alhamdulillah hi rabill alamin..

Ya Allah, pada pagi yang mulia ini kami memanjatkan syukur kepadaMU atas rahmat dan limpah kurnia MU dapatlah kami menjayakan majlis ini. Ya Allah, lancarkanlah dan permudahkanlah majlis kami pada pagi ini. Ya Allah kurniakanlah hati yang penuh segar mensyukuri nikmatmu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMU. Ya Allah kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar ± benar mantap. Ya Allah kurniakanlah kami cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya dan petaka. Kembangkanlah lembayung rahmatMU kepada kami, ke luarga dan anak ±anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama ±sama kami.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful