You are on page 1of 16

SOALAN

PERDANA MENTERI MALAYSIA YAB DATO’ SERI NAJIB TUN RAZAK TELAH
MENGEMUKAKAN SATU KONSEP IAITU “ SATU MALAYSIA”.

BERDASARKAN PEMAHAMAN ANDA, HURAIKAN SECARA KRITIS


SEJAUHMANAKAH KONSEP SATU MALAYSIA DAPAT MELAHIRKAN
PEMBINAAN BANGSA DAN NEGARA MALAYSIA.

1
PENGENALAN

Persoalan pembinaan suatu bangsa Malaysia merupakan persoalan paling


penting yang terus menjadi agenda utama negara dalam perlaksanaan semua
sistem di negara ini. Perpaduan amat penting bagi sebuah negara yang berbilang
kaum dan agama seperti Malaysia. Keupayaan membina perpaduan bergantung
kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme. Ia menjadi semakin penting
lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas
dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia, tetapi juga sistem nilai,
budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara.

DEFINISI

Konsep Satu Malaysia menurut penjelasan YAB Dato‟ Sri Mohd Najib Tun
Abdul Razak: “Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia dan
kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik
dalam negara kita. Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk
menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil
dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat
sesuatu pertimbangan daripada kerajaan. Kita keluar daripada cara bertindak dalam
tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”. Berdasarkan penjelasan di atas,
dapat dirumuskan kesimpulan berikut, Konsep 1 Malaysia menuntut setiap
warganegara dan pemimpin memainkan peranan masing.

Ayat yang menyebut “Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa
Malaysia. One People” menuntut rakyat daripada pelbagai kaum dan agama berfikir
melepasi sempadan kaum masing-masing. Mereka juga di tuntut melahirkan
tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum. Justeru, bangsa
Melayu sebagai contoh, diminta tidak hanya berfikir dalam skop bangsa mereka
sahaja. Mereka juga diminta tidak hanya membataskan tindakan mereka kepada
perkara-perkara yang menjadi kepentingan mereka sahaja. Demikianlah juga
dengan kaum-kaum yang lain, mereka dituntut melakukan perkara yang sama.

Sementara ayat “dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak


semua kumpulan etnik dalam negara kita” lebih menjurus dan bersangkutan dengan

2
kepimpinan negara. Perenggan ini bermakna kepimpinan negara akan melayani
dan memenuhi segala keperluan dan hak semua kaum dan etnik di Malaysia.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga , ‘pembinaan’ bermaksud pembangunan,


‘negara’ bermaksud sesuatu masyarakat yang menduduki kawasan tertentu dan
diperintah oleh sesebuah kerajaan dan ‘bangsa’ pula bermaksud kumpulan manusia
dalam satu ikatan ketatanegaraan. Oleh itu, pembinaan negara bangsa bermaksud
pembanguan sesuatu masyarakat dalam sesebuah negara.

Malaysia kini memasuki fasa kedua kearah mencapai wawasan 2020 dimana
Malaysia ingin menjadi sebuah negara maju mengikut acuannya sediri, iaitu ingin
mencapai kemajuan yang seimbang dari segi ekonomi, politik,social, kerohanian,
dan kebudayaan. Malaysia juga berhasrat menjadi sebuah negara yang
masyarakatnya bwersatu padu dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi,
berpegang teguh kepada nilai agama, moral dan etika serta menikmati kehidupan
yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, perkonsian ekonomi yang adil dan
saksama, progresif dan makmur serta menguasai ekonomi yang mampu bersaing,
dinamik, tangkas serta berdaya tahan.

BAGAIMANAKAH KONSEP SATU MALAYSIA DAPAT DITERAPKAN DALAM


BIDANG PENDIDIKAN.

Aspek pendidikan turut menjadi fokus utama pengenalan gagasan 1 Malaysia.


Aspek pendidikan merupakan aspek yang penting dan aspek yang perlu diberi
pertimbangan yang kuat di negara malaysia yang berbilang kaum. Institusi-institusi
pendidikan di negara ini berlandaskan kurikulum yang telah ditetapkan oleh
kementerian pendidikan malaysia. Dasar Pendidikan Negara perlu memperkenalkan
dan menerapkan nilai-nilai 1 Malaysia dalam diri dan mentaliti pelajar agar
memahami kepentingan dan kewajaran gagasan ini diperkenalkan.

Secara definisinya, konsep 1 Malaysia dalam pendidikan merangkumi


pembentukan sistem pendidikan yang ideal dan sesuai untuk keseluruhan
masyarakat amnya. Penghapusan dasar pendidikan yang hanya berkepentingankan
sesebuah bangsa dan menafikan hak golongan tertentu merupakan matlamat 1
Malaysia dalam pendidikan. Persaingan yang sengit antara pelajar hari ini dalam
memperoleh peluang pendidikan yang lebih tinggi menuntut kerajaan dan Badan

3
Bukan Kerajaan (NGO) bertindak bijak dan saksama agar peluang yang diwujudkan
tidak menindas mana-mana pihak atau bangsa tertentu.

Selain itu, pembentukan satu jenis sekolah sahaja yang menggunakan satu
bahasa penghantar yang rasmi iaitu bahasa Melayu mampu melahirkan bangsa
Malaysia yang mantap dari segi perhubungan antara kaumnya. Justeru itu, tindakan-
tindakan seperti ini amat membantu dalam melahirkan golongan pemimpin yang
berfikiran kreatif dan berpandangan jauh untuk masa depan negara mereka yang
tercinta.

Nilai pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana


negara mencapai kejayaan. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada
masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan
ketenteraan. Negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan
dan pengetahuan segala-galanya. Sebagaimana yang sedia maklum, budaya
membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai minda yang
sentiasa terbuka. Di mana sekolah aliran kebangsaan telah ditakrifkan semula untuk
memasukkan sekolah vernakular dan semua aliran sama ada sekolah kebangsaan,
sekolah Cina dan sekolah India hendaklah sentiasa mencari peluang berinteraksi
dengan mengadakan aktiviti bersama. Di samping itu, kurikulum yang dibangunkan
untuk ketiga-tiga aliran hendaklah menekankan nilai-nilai bersama yang perlu
dipupuk untuk membentuk 1Malaysia.

4
PERSOALAN KAJIAN (KRITIKAN TERHADAP KONSEP SATU MALAYSIA
YANG DAPAT MELAHIRKAN PEMBINAAN BANGSA DAN NEGARA MALAYSIA)

Malaysia merupakan satu Negara yang terdiri daripada pelbagai kaum. 1


Malaysia merupakan satu konsep yang mana diperkenalkan oleh Perdana Menteri
Malaysia kita Datuk Seri Najib Tun Razak khasnya bertujuan untuk mengeratkan
lagi perpaduan di kalangan rakyat yang berbilang kaum. Konsep satu Malaysia ini
membawa makna bahawa semua rakyat dalam negara Malaysia digelar bangsa
Malaysia tanpa mengira agama, warna kulit mahupun keturunan. Konsep ini secara
tidak langsung penting untuk mengekalkan keharmonian dan kedamaian rakyat di
Malaysia kerana masyarakat yang berlainan kefahaman dan cara hidup perlu
disatukan di bawah satu konsep.

Konsep satu Malaysia adalah sebenarnya akviti sambungan daripada


pelancaran Pelan Tindakan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (PTPNIN). Di
mana ia merupakan pelan yang berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun
Tangga adalah untuk mengurangkan segregasi kaum serta kerenggangan dalam
perhubungan inter dan intra kaum serta wilayah. Pelan Lima Tahun sehingga 2010
itu turut menggariskan pemupukan dan peningkatan semangat perpaduan dan
patriotik sebagai rakyat Malaysia, di samping meningkatkan toleransi dan
keharmonian antara kaum, di samping meningkatkan toleransi dan keharmonian
antara kaum.

Satu Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang


kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar
dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat
dalam satu negara dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat.

Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum,
yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-
mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan
kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan
dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada
golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.

5
Satu Malaysia adalah penerusan agenda membina negara. Untuk mencapai
kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan
dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada
perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan
negara akan berjalan dengan lebih lancar.

Konsep 1Malaysia digagaskan akan terlaksana dalam dua aspek utama seperti
berikut:
• Aspek Pertama – Penerapan Teras-Teras Perpaduan

Menerapkan teras-teras perpaduan sebagai budaya dan amalan semua rakyat


Malaysia. Teras perpaduan ini adalah komponen-komponen asas yang menguatkan
semangat bersatu padu di kalangan rakyat berbilang kaum. Teras Perpaduan ini
didokongi oleh nilai-nilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat
Malaysia.

• Aspek Kedua – Penerapan Nilai-Nilai Aspirasi

Nilai-nilai Aspirasi yang digagaskan dalam konsep 1Malaysia ialah nilai-nilai yang
perlu ada pada masyarakat progresif dan dinamik yang akan memacu negara ke
arah mencapai status negara maju. Nilai-nilai aspirasi akan membantu dalam
mewujudkan tenaga kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam
persekitaran global dan ini seterusnya membantu melonjakkan kedudukan ekonomi
negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap.

Ini adalah kerana walaupun sudah bertahun-tahun kita mencapai


kemerdekaan namun Malaysia belum lagi benar-benar berjaya dalam usaha untuk
menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum. Kedamaian dan kesejahteraan di
kalangan masyarakat di Malaysia dapat mengelakkan daripada berlakunya
pertelingkahan dan perselisihan faham antara satu sama lain. Sikap toleransi turut
ada pada setiap rakyat Malaysia kerana mereka sedar bahawa sikap bertolak ansur
penting bagi mengekalkan keharmonian negara. Konsep ini turut dipertingkatkan
dengan konsep penerimaan yang turut bermaksud bahawa rakyat Malaysia perlu
menerima hakikat sejarah, dan sosiobudaya yang menjadi latar kepada konsep
negara bangsa yang dinamakan Malaysia.

6
Namun begitu persoalan yang timbul adalah sejauh manakah ketelusan dan
ketulusan kesemua kaum di Malaysia. Sejauh manakah penerimaan orang Melayu
terhadap kaum lain di Malaysia sebagai rakyat Negara ini. Begitu juga timbulnya
persoalan di atas penerimaan kaum lain di ke atas masyarakat kaum lain di Malaysia
sebagai penduduk asal di Negara ini.

Persoalan ini dapat dijawap jika rakyat di Negara ini bertutur dalam bahasa
yang sama. Walaupun termaktub dalam Perlembagaan Malaysia bahawa Bahasa
Malaysia merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Negara ini, tetapi
penghayatan terhadap bahasa ini masih lagi belum dapat dilihat. Malahan para
pemimpin juga masih tidak menghayatinya secara keseluruhan. Masing-masing leka
dengan status mereka dan bersikap prejudis terhadap kaum lain dan mendatangkan
perselisihan. Mereka masih lagi menganggap bahawa kelainan negatif yang dapat
mereka timbulkan dalam hati semua rakyat dapat menimbulkan persaingan yang
dikatakan persaingan “hidup mati”. Justeru itu, mereka masih lagi degil dalam
mempertahankan apa yang ada.Kelainan-kelainan seperti ini mengurangkan minat
perkongsian malahan lebih menguatkan lagi sifat perkauman setiap pihak. Adakah
ini dikira sebagai satu Malaysia. Dalam aspek bahasa pun kita tidak dapat bersatu.

Justeru itu, cadangan“ Satu Bahasa” perlu dijadikan akar Gagasan 1 Malaysia
jika mahu melihat matlamat perpaduan tulen dalam hati setiap rakyat tercapai.
Keberkesanan cadangan ini hanya dapat dilihat keberkesananya apabila semua
rakyat dapat bertutur dalam satu bahasa. Secara psikologi, apabila terdapat dua
pihak yang sedang berbual dalam satu bahasa yang sama, dan terdapat pihak
ketiga yang mengganggu komunikasi mereka dengan menggunakan bahasa lain
yang hanya difahami oleh salah satu pihak itu, sudah tentu pihak yang satu lagi akan
terasa. Inilah merupakan salah satu punca timbulnya sikap prejudis dan seterusnya
membawa kepada kerenggangan hubungan.

Bahasa yang berfungsi sebagai alat komunikasi bagi mencapai matlamat


perpaduan. Bagaimana mungkin pelbagai kaum boleh disatukan di bawah konsep
satu Malaysia jika masing-masing masih dibenarkan bercakap dalam bahasa yang
saling tidak difahami. Adakah ini membawa kepada kesatuan padahal dalam aspek
bahasa pun kita tidak bersatu. Keadaan ini mengakibatkan jurang komunikasi yang
besar dan secara tidak langsung membawa kepada kegagalan konsep 1 Malaysia

7
dan mereka akan gagal untuk rapat dan bersatu padu. Bagaimana kita dapat
mengukur kefahaman seseorang rakyat jika ciri bahasa tidak dikongsi bersama?
Adakah orang india akan faham jika orang cina bertanya “ ni hau ma?” atau adakah
orang Melayu akan faham jika orang india berkata “Vanakam”. Jika sapaan rakyat di
Malaysia pun kita tidak dapat fahami kesatuan apakah yang kita bawa?

Apabila kita lihat pada kontrak sosial Negara ia menyarankan bahawa bahasa
yang difahami oleh semua orang dijadikan sebagai bahasa kebangsaan yakni
bahasa pemersatu. Terbukti bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa yang paling
sesuai untuk ini. Walaubagaimanapun tidak semua yang dapat menerimanya
kononya kerana mereka berpegang kepada konsep toleransi dan demokrasi. Begitu
menyedihkan jika orang Melayu sendiri pun termasuk para pemimpin,masih tidak
dapat menerima jika semua kaum menggunakan Bahasa Melayu. Ini adalah untuk
mempertahankan martabat bahasa mereka.

Perkataan bangsa dalam slogan “bahasa menunjukkan bangsa” perlulah


dihayati dan dilihat secara menyeluruh iaitu sebagai bangsa Malaysia iaitu kaum
Melayu, Cina, India, serta kaum peribumi Semenanjung, Sabah dan Sarawak., dan
bukannya terhad kepada bangsa Melayu sahaja. Ia juga termasuk kaum minoriti
seperti Sikh, Siam, dan Portugis. Kepelbagaian kaum ini sudah tentu
memperlihatkan kepelbagaian bahasa yang digunakan di Malaysia. Malaysia
Indonesia sebagai contoh di mana mereka menggunakan bahasa Indonesia untuk
mempersatu rakyat jelatanya.

Kini tibalah masanya rakyat negara kita menghayati konsep penerimaan di


mana sebelum ini mereka sudahpun bertoleransi dalam pelbagai perkara. Bahasa
Melayu yang diubah kepada Bahasa Malaysia menunjukkan bahawa bahasa ini
bukan sahaja milik satu kaum iaitu orang melayu tetapi milik seluruh rakyat.
Pengorbanan untuk berkongsi oleh orang melayu perlulah dihayati oleh semua
rakyat demi mencapai hasrat Perdana Menteri kita demi mencapai 1 Malaysia.
Gunakanlah bahasa kebangsaan dengan telus dan tulus.

8
KESIMPULAN

Banyak pendapat telah dimajukan oleh pelbagai pihak tentang konsep 1


Malaysia yang telah perkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Abdul
Razak apabila beliau mengambil alih teraju kepimpinan kerajaan pada 3 April 2009.

Matlamat konsep 1 Malaysia ini adalah murni iaitu bagi memupuk dan
mengukuhkan perpaduan nasional satu matlamat yang telah menjadi keutamaan
setiap Perdana Menteri Malaysia semenjak Almarhum Tunku Abdul Rahman lagi.
Pemupukan dan pengukuhan perpaduan ini menjadi keutamaan kepada mereka
kerana mereka sedar tanpa usaha tersebut mana mungkin Malaysia yang bersifat
pelbagai kaum akan mampu mengekalkan kelangsungannya sebagai sebuah
negara yang aman dan makmur. Hari ini misi dan visi mulia ini diteruskan pula oleh
Datuk Sri Najib.

Walaupun matlamatnya adalah murni namun ada pihak berkepentingan yang


cuba memutarbelitkan hasrat beliau dengan menyamakan konsep ini dengan
konsep Malaysian Malaysia atau Malaysia untuk orang Malaysia konsep yang
menjadi teras perjuangan parti politik yang bersayap kiri. Penyamaan ini telah
menimbulkan kegusaran kepada orang Melayu ataupun bumiputera kerana ia satu
konsep yang amat sensitif kepada mereka. Sensitiviti terhadap konsep ini terbentuk
kerana walaupun konsep Malaysia untuk orang Malaysia ini berbunyi muluk dan
bersifat halwa telinga kepada pendengarnya namun ia tidak berpijak di bumi nyata
kerana gagal mengambil kira faktor sejarah dan realiti tempatan. Teras asas konsep
ini ialah penolakan kepada sebarang bentuk tindakan afirmatif dan pelaksanaan
prinsip meritokrasi sepenuhnya di dalam dasar-dasar negara terutamanya dasar
sosioekonomi. Di dalam konteks Malaysia ketiadaan tindakan afirmatif dan
pelaksanaan meritokrasi yang tidak mengambil kira realiti ketidakseimbangan
sosioekonomi antara kaum akan hanya menghasilkan ketidakadilan serta
ketidaksaksamaan yang akhirnya akan mengakibatkan diskriminasi minoriti ke atas
majoriti.

Konsep 1 Malaysia berbeza dari Malaysian Malaysia kerana konsep ini


bertunjangkan kepada realiti tempatan dan sejarah negara. Memahami dan
menghayati sejarah amat penting kerana seperti mana kata seorang Ahli Falsafah

9
Amerika berketurunan Sepanyol George Santayana, "Mereka yang tidak belajar dari
sejarah akan disumpah mengulanginya". Jika kita mengikuti ucapan Datuk Sri Najib
semasa merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan 2009 Peringkat Kebangsaan,
kita akan mendapati beliau sebenarnya telah pun membezakan antara kedua-dua
konsep ini apabila memperincikan tiga teras utama konsep 1 Malaysia iaitu
penerimaan, kenegaraan dan keadilan sosial.

Teras pertama 1 Malaysia yang beliau nyatakan ialah mengubah asas


perhubungan kaum di Malaysia dari konsep toleransi kepada konsep penerimaan.
Transformasi dari toleransi kepada penerimaan ini amat penting kerana untuk
Malaysia mencapai kemakmuran dan keharmonian ia memerlukan iltizam rakyat
Malaysia dari pelbagai kaum. Ini termasuklah bagi merealisasikan matlamat untuk
menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi serta bebas kemiskinan.

Untuk negara terus berada di hadapan keluk kejayaan semua rakyat Malaysia
perlu terus membina di atas persamaan yang ada dan pada masa yang sama
berlapang dada menerima perbezaan yang wujud di antara satu sama lain tanpa
bersikap menghakimi atau menilai. Kita perlu meraikan perbezaan yang wujud
sebagai sumber kekuatan bukannya terperangkap dengan polemik yang berpunca
dari perkara titik bengik sehingga melupakan matlamat besar bersama.

Teras kedua 1 Malaysia ialah kenegaraan yang bertunjangkan prinsip-prinsip


yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
Perlembagaan Persekutuan adalah merupakan undang-undang tertinggi negara
manakala lima prinsip Rukun Negara bertindak sebagai ideologi kebangsaan adalah
asas yang terbaik untuk memupuk dan mengukuhkan Perpaduan Nasional. Oleh
yang sedemikian janganlah mana-mana kaum menjadi gundah-gulana kerana 1
Malaysia tidak sekali-kali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Orang-
orang Melayu/bumiputera juga tidak perlu bimbang bahawa 1 Malaysia akan
menyimpang dari peruntukan yang sudah sedia ada di dalam undang-undang
tertinggi negara terutamanya Perkara 153 (Hak-hak Istimewa Melayu/bumiputera).

Teras ketiga 1 Malaysia seperti mana yang diterangkan oleh Perdana Menteri
pula ialah keadilan sosial. Tragedi hitam 13 Mei 1969 mengejutkan rakyat Malaysia
kepada realiti bahawa perpaduan nasional tidak boleh menyubur jika

10
ketidakseimbangan sosioekonomi berlaku. Bagi memastikan tragedi tersebut tidak
berulang maka Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah digubal dengan bermatlamatkan
perpaduan dengan menggunakan dua strategi, pertama membasmi kemiskinan
tanpa mengira kaum dan kedua menyusun semula masyarakat. Walaupun DEB
telah berakhir pada tahun 1990 semangatnya masih diteruskan melalui dasar-dasar
pengganti sehingga hari ini. Hakikatnya tidak ada negara yang mampu maju dan
makmur jika kaum majoriti terpinggir dan ketinggalan dari segi sosioekonomi jika
adapun sejarah telah menunjukkan kemajuan dan kemakmuran tersebut bersifat
sementara kerana negara berkenaan bukanlah sebuah negara yang stabil. Ia ibarat
sebuah peti yang penuh dengan serbuk letupan yang tidak stabil dan hanya
menunggu satu percikan untuk menyebabkannya meletup.

Namun semua pihak harus memahami hakikat bahawa dasar pengagihan


yang adil melalui tindakan afirmatif tidak akan berjaya di dalam kek ekonomi yang
gagal berkembang secara sihat dan mapan. Kita tidak boleh bersikap dogmatik di
dalam mengurus ekonomi sebaliknya kita perlu bersikap pragmatik dan sanggup
memikir di luar dari kotak kelaziman.

11
RUJUKAN

http://www.docstoc.com/docs/22506433/Undergraduate-assignmentPembinaan-
Negara-Bangsa (diakses pada 24 disember 2010)

http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/1Malaysia_B.pdf (diakses pada 24


disember 2010)

http://www.kpkk.gov.my/pdf/Booklet_1Malaysia.pdf (diakses pada 24 disember


2010)

Utusan Malaysia. (26 Mei 2009). Gagasan 1 Malaysia Perlu Formula Bm=2T.

http://malaysia-perlu-formula-bm2t.htm. [Tarikh bahan diakses: 25 Disember 2010]

Indonesian Language. http://en.wikipedia.org/wiki/Indonesian_language. [Tarikh


bahan diakses: 25 Disember 2010]

Bahasa kebangsaan. http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_kebangsaan. [Tarikh


bahan diakses: 25 Disember 2010]

1 Malaysia. www.kpkk.gov.my/pdf/Booklet_1Malaysia.pdf. [Tarikh bahan diakses: 25


Disember 2010]

Memartabatkan Bahasa Melayu. http://galusbm1.blogspot.com/. [Tarikh bahan


diakses: 25 Disember 2010]

12
7.0 REFLEKSI

Disediakan Oleh: Purani A/P Warataraju (821209-10-5662)

Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara turut memainkan peranan yang
penting bagi mengukuhkan lagi proses pembinaan negara dan bangsa terlaksana
dengan baik. Penggunaan Melayu memudahkan rakyat Malaysia yang terdiri
daripada pelbagai agama dan kaum berinteraksi dengan mudah dan berkesan. Ini
membolehkan rakyat Malaysia dapat memahami dan menghormati adat istiadat
kaum lain.

Selain daripada itu, kerajaan juga turut melancarkan Bulan Perpaduan


Peringkat Kebangsaan yang juga bertujuan untuk meningkatkan integrasi semua
negeri di Malaysia, dan menghadapi cabaran Wawasan 2020 untuk mewujudkan
bangsa Malaysia. Pelbagai program yang berfaedah dianjurkan sepanjang bulan
tersebut bagi mencapai objektif tersebut. Misalnya, Karnival Anak Malaysia, Liga
Sukan Komuniti dan sebagainya. Dengan itu, kerajaan berpendapat bahawa
memastikan masalah perpecahan sesama kaum dan intra kaum akibat perbezaan
ideologi politik yang wujud dapat dihapuskan dengan sepenuhnya.

Selain itu, dasar pendidikan juga tidak ketinggalan untuk memainkan peranan
dalam hal ini. Dasar Pendidikan senantiasa digubal agar sifat perpaduan dan
muafakat kaum dan nasional dapat disemai di kalangan para pelajar melalui guru-
guru yang berdedikasi. Contohnya, Rancangan Khidmat Negara dan penggunaan
bahasa Inggeris dalam subjek Matematik dan Sains kini ditukar semula dengan
pengajaran dalam bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan dalam bahasa
ibunda masing-masing di sekolah jenis kebangsaan. Dengan ini, satu generasi muda
yang bersatu padu dan bersemangat partriotisme tinggi dapat dilahirkan sejurus
dengan misi Wawasan 2020 yang dalam melahirkan Bangsa Malaysia yang
bersatupadu, berwawasan dan berdaya maju.

Namun begitu, perpaduan  sebenarnya dapat dijengahi menerusi ciri yang


mendasari integriti itu sendiri. Umpamanya nilai kemanusiaan, bekerjasama,
tolong-menolong, rnuhibah, kekeluargaan, kasih sayang dan percintan, semangat
perpaduan menerusi kegiatan kejiranan dan permuafakatan, taat setia, kecintaan
kepada negara dan alam sekitar, menghargai nilai dan norma hidup yang dikongsi

13
bersama, tidak mementingkan diri sendiri menerusi semangat toleransi, hormat
pandangan dan tanggapan orang lain, mencetus pemikiran atau idea bernas tanpa
menyinggung perasaan orang lain dan kesedaran kepada pengorbanan segala-gala
daripada tenaga, buah fikiran, wang ringgit hatta nyawa sekalipun. Tetapi yang lebih
bermakna daripada itu ialah dari segi siratannya bahawa perpaduan dalam  erti kata
sebenarnya terbentuk oleh keterikatan dari segi politik, ekonomi dan sosiobudaya.
Masing-masing pentasnya sudah ada mekanisme tersendiri yang memperkejap
kekisi perpaduan sesama kaum.

Oleh yang demikian, kebelakangan ini pihak kerajaan dan badan bukan
kerajaan berjabat tangan untuk mengajurkan beberapa sesi dialog dan diskusi yang
dihadiri oleh pihak inteleksual mengenai isu kontroversi di sebalik konsep satu
Malaysia. Justeru, penganjuran forum dan seminar akademik berkenaan diharapkan
dapat mencetuskan idea baik ke arah mengendurkan ketegangan hubungan
penduduk pelbagai bangsa. Dengan ini proses mewujudkan rakyat yang berinteraksi
dan menjalinkan perhubungan antara mereka di samping mewujudkan suasana
persefahaman yang mesra dan harmoni dapat dipercepatkan.

Secara kesimpulannya, semua pihak harus memainkan peranan masing-


masing agar matlamat kerajaan mewujudkan satu bangsa Malaysia bersatu dan
berpatriotik tinggi dapat dilahirkan. Kesedaran begini akan melahirkan dan memupuk
semangat kekitaan dan semangat kepunyaan di kalangan mereka supaya dapat
mempertahankan perpaduan nasional demi kelangsungan negara bangsa yang
gagah perkasa, cemerlang, gemilang, lagi terbilang agar peristiwa sejarah hitam 13
Mei 1969 tidak akan berulang lagi.

14
Disediakan Oleh : Nirmala A/P Latchumanan (820317-02-5518)

1 Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang


diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak
pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian
etnik, sub-etnik dan kebudayaan.Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi
secara evolusi. Datuk Seri Najib Tun Razak juga menegaskan, gagasan Satu
Malaysia adalah konsep yang mempunyai pengisian jitu dan bukannya kenyataan
retorik politik semata-mata.

Ia adalah kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu dalam


membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.Ia adalah ramuan serta formula
pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang,
gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan
kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan


dalam satu keluarga besar. Aspek utama konsep ini diwujudkan ialah untuk
mengeratkan lagi hubungan masyarakat majmuk di Malaysia bagi jangka masa
panjang. 1 Malaysia ini sebagai satu imperatif politik yang penting kepada
perpaduan nasional. Jadi tidak patutlah sentimen politik jangka pendek mewarnai
cara kita berpolitik di bumi bertuah ini. Adalah satu kepelikan di negara ini di mana
terdapat parti-parti politik yang kononnya mendakwa mereka bersifat pelbagai kaum
dan memperjuangkan konsep Malaysia untuk orang Malaysia tetapi pada hakikatnya
adalah jauh dari sifat kemajmukan. Jika parti-parti ini bersifat pelbagai kaum maka
sudah tentu senarai keahlian dan kepimpinan mereka akan mencerminkan fakta
tersebut. Kesimpulannya jika hampir keseluruhan ahli-ahli dan kepimpinan mereka
datang dari satu kaum sahaja maka lebih eloklah parti politik ini menukar status
mereka kepada parti satu kaum bukannya parti pelbagai kaum.

Adalah diharapkan bahawa usaha pemupukan dan pengukuhan perpaduan


nasional akan mampu bergerak secara lebih terarah kemas dan jitu melalui inisiatif
konsep 1 Malaysia. Kita semua adalah rakyat Malaysia yang lahir, mencari rezeki
dan membina kehidupan di bumi bertuah ini. di sinilah bumi dipijak dan di sinilah
juga langit dijunjung. jadi kita sebagai generasi muda harus yakin bahawa pelaburan

15
yang di buat dalam usaha memupuk dan mengukuhkan perpaduan nasional adalah
pelaburan yang berbaloi kerana masa depan generasi yang akan dan kelangsungan
negara kita bergantung kepadanya.

16

You might also like