You are on page 1of 21

siti aisyah zahidah PISMP BM

Soalan 1
Apakah kesan terhadap perkembangan bahasa Melayu dalam arus globalisasi
kini.

BAHASA MELAYU DALAM ERA GLOBALISASI

oleh YB Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim [Disember 2004]

Negara telah melangkah ke alaf baru empat tahun lalu. Dan pada tahun 2020 Malaysia
dijangka menjadi sebuah negara maju, meninggalkan tarafnya sebagai negara
membangun. Perhitungan ini banyak disandarkan kepada pembangunan fizikal dan
terlalu sedikit kepada asas-asas jiwa dan penjiwaan, kualiti hidup dan jati diri bangsa.

Kita, misalnya, sentiasa mengukur pencapaian mengikut KDNK, pertumbuhan ekonomi


sebenar, ketinggian bangunan yang kita bina dan lain-lain pencapaian fizikal. Pada
tahun 2020, iaitu sekitar 15 tahun dari kini tentunya serba-serbi berjalan pantas.
Kehidupan masyarakat Malaysia, seperti yang diramal, akan dipenuhi pembaharuan
demi pembaharuan. Teknologi informasi dan komunikasi pada masa itu akan secanggih
mungkin. Cara hidup kita di Malaysia dan juga di merata dunia akan turut berubah.

Kita sedang diterap dan dicorakkan oleh nilai-nilai dan amalan dunia global dengan
hebatnya. Segala macam ilmu pengetahuan akan lebih pantas diperolehi. Cara berfikir,
cara bertindak dan cara hidup, semuanya akan berubah. Banyak penyakit yang tidak
terubat pada masa ini mungkin beroleh penawar yang mujarab di zaman itu. Atau
sebaliknya, masyarakat Malaysia, khususnya orang Melayu, akan lebih terdedah
kepada unsur-unsur baru.

Unsur-unsur ini tidak semestinya membina jati diri atau yang membina bangsa yang
dikehendaki kerana proses yang ada pada masa itu ialah yang sesuai dipanggil
osmosis di mana proses nilai kuat lagi berpengaruh menyedut nilai lemah yang kurang
berpengaruh. Salah satu yang bakal disedut melalui proses osmosis itu nanti ialah
siti aisyah zahidah PISMP BM

menerusi pencabulan bahasa, kebudayaan dan cara hidup yang mencorakkan sifat
kemelayuan mereka. Pandangan yang cenderung ke arah fenomena ini mungkin akan
dipertikai tetapi pada amatan kebanyakan pemerhati ianya pasti berlaku.

Seperti yang telah disaksikan kebelakangan ini, kesan kemajuan global telah banyak
mengubah cara hidup lama. Satu-satunya yang baru ialah hidup dengan komputer dan
internet. Orang kini mengirim berita pantas melalui e-mail dan sms – dua istilah yang
sudah pun menjadi sebahagian perbendaharaan kata kita, dan sehubungan itu ramai
yang berurus niaga melalui internet. Perkataan terbaru sering memasuki
perbendaharaan kata kita, kadangkala tanpa perlu ditapis atau dihalusi terlebih dahulu.
Istilah Infotenmen, misalnya, yang menimbulkan kontroversi dalam penggunaan istilah
bahasa Melayu juga merupakan satu istilah baru yang dipertikaikan walaupun Menteri
Penerangan telah menghujahkan alasan-alasan penggunaannya di Parlimen. Hiburan,
berita dan maklumat, kebanyakannya disajikan oleh media sampai terus ke bilik tidur
dengan nisbah yang lebih ketara daripada yang disajikan secara tempatan. Alat-alat
canggih pengguna dipasarkan secara meluas lalu menggantikan peralatan lama.
Bahasa Melayu dituturkan separuh Melayu separuh Inggeris, di kalangan sektor swasta
pertuturan adalah lebih kurang 70% dalam bahasa Inggeris dan hanya 30% dalam
bahasa Melayu, itu pun adunan bahasanya dalam keadaan lintang-pukang seolah-olah
sekerat ular sekerat belut. Dan secara ketara, pendidikan negara mulai disalut dengan
kaedah-kaedah baru dengan perantaraan media baru iaitu bahasa Inggeris.
Nisbah perkataan baru yang di ceduk dari bahasa Inggeris lalu jadi sebahagian bahasa
rojak kita. Dunia siber sudah bertapak dalam hidup kita. Bersediakah kita
mempertahankan diri agar jati diri dan kesinambungan bina bangsa terjamin?
Sebenarnya soalan ini tidak akan dapat dijawab secara tepat dan kalau dijawab pun
ianya belum pasti akur kepada apa yang mungkin terjadi.

Jika diamati generasi muda Melayu di pusat-pusat Bandar, akan tersua amalan asas
mereka. Mereka leka dengan perkelilingan baru — keluarga, hiburan, sukan, tempat
kerja dan tumpuan-tumpuan hidup yang lain lantas dipengaruhi unsur-unsur global yang
telah dipopularkan melalui media, dagangan antarabangsa dan hiburan muzik serta
siti aisyah zahidah PISMP BM

wayang gambar hollywood dan bollywood. Mereka kian lama kian jauh dari apa yang
dahulunya boleh dikesan sebagai belia Melayu. Sementara itu golongan Korporat
Melayu cuba berlumba-lumba mendapatkan hak mereka dari “kuih” ekonomi yang ada,
sekali pun tahap yang dicapai setakat ini masih di paras 18%. Jelaslah 12% lagi masih
di awangan dan belum menepati janji serta aspirasi kita yang digurindamkan pada
tahun 1971 dahulu.

Dalam perkelilingan beginilah masyarakat Malaysia hidup di negara ini. Dan dalam
perkelilingan beginilah kita kembali memperkatakan nasib bahasa Melayu (BM). Cuma
kali ini ditambah sedikit dengan kaitannya dengan senario global. Sebenarnya
memperkatakan tentang bahasa Melayu hakikatnya ialah kita memperkatakan satu-
satunya aspek asas orang Melayu itu sendiri. Survival bahasa Melayu di peringkat yang
maju dan beridentiti lantas juga mencerminkan bangsa Melayu khasnya dan bangsa
Malaysia amnya. Cuma bangsa Malaysia adalah igauan politik yang hendak dicapai
tetapi Bangsa Melayu sudah ada dan nyata.

Kebelakangan ini sudah begitu banyak pihak memperkatakan tentang Bahasa Melayu.
Tetapi boleh dikatakan kesemuanya membuat rungutan atau dengusan yang negatif
tentang keadaan terumbang-ambing beberapa aspek bahasa Melayu itu. Dari tahun
1999 hingga 2003 terdapat secara rambang sekitar 94 rencana utama termasuk kertas-
kertas simposium dan konvensyen yang memperkatakan tentang bahasa Melayu dari
pelbagai sudut dan aspek. Tajuk-tajuk yang digemari ialah masalah bahasa rojak;
keupayaan bahasa Melayu dalam dunia moden, bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar dan bahasa ilmu, kemampuan bahasa Melayu sebagai lingua franca di
kepulauan Melayu, bahasa Melayu dalam konteks pembudayaan bahasa persuratan,
kelunturan bahasa Melayu dan pelbagai lagi tajuk pokok yang kesemuanya menyentuh
tentang pusaka perhubungan Melayu ini. Malangnya tiada satu pun di antara rencana-
rencana itu yang memuji atau memberi markah tinggi kepada usaha memperkasakan
bahasa Melayu. Sebenarnya usaha memperkasakan Bahasa Melayu semacam sudah
dilupai, seolah-olah seperti bidalan terpijak pergi terlanda pulang. Boleh juga dikatakan
siti aisyah zahidah PISMP BM

bahawa piel atau sikap yang ada ialah sikap tangkap muat atau taking things for
granted dalam kiasan bahasa Inggerisnya.

Bahasa Melayu dalam era global adalah suatu tajuk yang sangat mencabar dan penuh
permasalahan. Ia berkait rapat dengan soal jati diri orang Melayu dan bangsa Malaysia
amnya. Ia juga suatu masalah pembudayaan yang amat berat dan rumit. Tajuk ini
walaupun pernah dibincangkan dalam beberapa polemik yang terdahulu lebih banyak
menimbulkan masalah daripada jawapan. Ini adalah kerana bahasa Melayu itu sendiri
sedang menghadapi cabaran dan rintangan yang hebat di dalam negara sendiri.
Bercakap pasal bahasa Melayu di era global semestinya memerlukan kita
membincangkan terlebih dahulu beberapa isu bahasa secara domestik. Jika tidak,
perbincangan kita semacam belum tegak sudah berlari.

Bahasa sebagai alat komunikasi antara manusia mempunyai berbagai-bagai fungsi. Ia


berfungsi mengungkapkan konsep, gambaran dan menjelmakan perbuatan. Ia
berfungsi menyampaikan kehendak mental. Ia berfungsi mengungkapkan perasaan,
rasa hati dan gerak hati. Pendeknya sesuatu yang bermain-main dalam fikiran kita
dapat kita ungkapkan melalui bahasa.

Dengan bunyi glottal atau vokal manusia melahirkan bunyi itu. Pengalaman begini
memakan masa dan merentas zaman. Perkataan baru sebelum diterima pakai sebagai
sebahagian bahasa sesuatu masyarakat itu mengalami ujian ‘penerimaan’ atau
‘penolakan’. Proses menerima atau menolak ini bergantung kepada sekuat mana jati
diri bangsa penuturnya. Jika lemah maka lebih banyaklah kata-kata yang diimport
sekalipun di dalam himpunan kata-kata bangsa sudah sedia ada kata-kata sendiri.

Sesuatu yang bermain-main dalam fikiran secara umumnya disebut bayangan dan
secara khususnya disebut sebagai citra dalam Bahasa Sanskrit dan atau imej dalam
alih Bahasa Inggeris. Citra atau imej muncul dalam bentuk simbol atau perkembangan.
Misalnya apabila kita berfikir tentang kuda, kita menuturkan sebagai kuda atau
siti aisyah zahidah PISMP BM

menulisnya dalam istilah-kata "Kuda". Ertinya setelah membayangkan konsep "kuda"


dalam fikiran, kita jelmakan ianya dalam bentuk lisan atau tulisan sebagai kuda.

Bahasa (kata istilah dan konsepnya) cukup penting dalam mengungkapkan tahap-tahap
ilmu yang tertentu. Dalam hierarki mempelajari sesuatu ilmu, wujud empat tahap
keilmuan. Ilmu yang terbawah ialah ilmu empirikal (misalnya - ilmu sains dengan
berbagai-bagai cabang ilmunya), diikuti tahap yang paling tinggi iaitu ilmu rasional ( ilmu
falsafah dan ilmu pemikiran kreatif), ilmu laduni (intuitive knowledge) iaitu ilmu terus
daripada Allah dan ilmu tertinggi ialah ilmu makrifat yakni ilmu tentang Ilahi yang
merupakan ilmu yang tertinggi dalam hierarki ilmu.Setiap tahap ilmu mempunyai kata,
istilah dan konsepnya yang tersendiri. Misalnya bahasa yang di ungkapkan pada tahap
ilmu empirikal adalah bahasa saintifik. Bahasa saintifik membawa pengertian bahasa
yang logik yakni yang berfungsi dan bersifat tersendiri tetapi yang melibatkan erti tepat.
Dalam konteks inilah sayang sekali konsep tepat pengertian dan tepat penghasilan
tidak didalami sebelum kita mengaku kalah lalu bahasa Melayu tidak mampu menjadi
wahana sains dan matematik.

Isu-isu bahasa :
Pada amnya terdapat 7 isu pokok yang berkaitan bahasa Melayu dalam konteks bina
bangsa (nation building):i. Masalah penjiwaan bahasa Melayuii. Masalah bahasa
rojakiii. Masalah pemakaian dan keutamaan bahasa Melayuiv. Utiliti atau sifat perlu-
guna bahasa Melayuv. Unsur-unsur dan amalan yang merosakkan bahasa Melayuvi.
Akta Bahasa Kebangsaan 1963vii. Perubahan dasar bahasa ilmui.

Penjiwaan bahasa: Bagi tempoh tahun-tahun 1960’an Isu bahasa Melayu sebagai
bahasa Kebangsaan menjadi perkara hangat dan isu yang membakar semangat
perjuangan orang Melayu dan rakyat Malaysia. Bahasa Jiwa bangsa sesungguhnya
sebahagian dari jiwa nasionalisme orang Melayu. Begitu penting dan utama bahasa
Melayu sehingga UMNO sendiri menerapkannya ke dalam fasal 3 perlembagaannya
tentang bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Sementelahan pula istilah
Melayu itu sendiri mengikut Perkara 160 Perlembagaan negara mewajibkan seseorang
siti aisyah zahidah PISMP BM

itu berbahasa Melayu selain beragama Islam dan mengamalkan adat istiadat Melayu
sebelum layak diiktiraf sebagai seorang Melayu. Kempen Bahasa Kebangsaan anjuran
Dewan Bahasa dan Pustaka di bawah pimpinan Tuan Syed Nasir Ismail masih diingati
sebagai yang terhebat dan berkesan.

Secara rambang keutuhan bahasa Melayu tidak banyak dipertikaikan sehingga 1986.
Bahasa Melayu itu sendiri mengalami edaran zaman dan evolusi. Sistem ejaan,
kerjasama penyeragaman Bahasa Melayu-Bahasa Indonesia, penulisan novel, cerpen
dan penyemarakan bahasa menjadi amalan biasa sehingga apabila menjelang tahun
1985 penulisan novel, cerpen, sajak terus beroleh tempat di kalangan pembaca.
Maktab Perguruan Bahasa Lembah Pantai semenjak 1959 hingga awal 1980’an terus
menjadi kilang guru bahasa Melayu yang berkesan dan disegani. Kini ianya cuma jadi
sejarah. Penekanan kepada bahasa Melayu dari sudut perguruan khusus sudah kurang
mendapat perhatian.

Bila pengkhususan pengajaran bahasa berkeadaan sedemikian, maka hasil


penjiwaannya juga turut berkurangan. Sastera Melayu, penulisan kreatif Melayu,
bahasa Indah Melayu dan pada amnya pembudayaan bahasa Melayu turut merana.
Bila jiwa sudah lemah dalam sesuatu amalan, maka aspek praktisnya juga turut lemah.
Lemahnya penjiwaan adalah terasas kepada tuntutan perkelilingan. Lemah penjiwaan
ini hanya dapat diatasi dan diperkukuh semula jika hala tuju jiwa bangsa tadi bersedia
memungut yang cicir, mencari yang hilang. Jika polemik hanya tertumpu kepada hujah
yang secara asasnya tidak yakin kepada bahasa ibunda sendiri sebagai bahasa ilmu
tentulah ubat yang dicari tidak akan menyembuhkan penyakit. Penyakit lama akan
hinggap kembali. Kini orang Melayu tak pandai sangat berkata halus lagi. Antara “Hi”
dan “Hello” dan “showtime” pepatah-petitih sudah dilupai. “Apa khabar” juga sudah
dipulas oleh Assalamualaikum. Perumpamaan Melayu semacam menjadi pusaka
murah. Buku Kiliran Budi dan Ilmu Mengarang Melayu karya Pendeta Za’ba sudah
disaluti habuk kerana tidak dirujuk lagi. Kita menerpa dan melompat ke hadapan tanpa
menyusun langkah. Di sinilah barangkali tepat dikatakan: “koyak baju kerana lenggang;
siti aisyah zahidah PISMP BM

pesuk songkok kerana lonjak”. Kerosakan ini semua adalah akibat badan yang buruk
pinta. Rangkap lama mengingatkan kita:
Jangan disalai ciku kedondong
Salailah ikan atas para
Jangan salahkan ibu mengandung
Salahkan badan yang buruk pinta.
ii. Masalah bahasa rojak kini kita sudah diserang penyakit campur-aduk seperti yang
disebutkan di atas. Penyakit campur-aduk inilah yang menyebabkan berkembangnya
bahasa rojak. Bahasa rojak wujud dalam sesuatu ayat yang diselang-selikan dengan
bahasa asing sehingga campurannya itu semacam hidangan rojak. Hanya yang
berbeza ialah rojak lebih sedap dimakan tetapi bahasa rojak menyebabkan kita sakit
telinga mendengarnya dan paling parah, bangsa Melayu malu dipalunya.

Awal-awal lagi boleh diperakukan, mencedok perkataan asing untuk dimuatkan ke


dalam sesuatu ayat bahasa Melayu memang tidak dihalang, malah memang benar
seperti kata-kata Pendeta Za’ba dalam buku klasiknya Ilmu Mengarang Melayu bahawa
dalam bahasa Melayu sedia terdapat sekian banyak perkataan yang asalnya adalah
dari pelbagai punca: Sanskrit, Inggeris, Portugis, Belanda, Parsi, Arab, Cina dan
sebagainya. Tidak perlu bagi saya menyatakan perkataan-perkataan itu kerana umum
sudah pun mengetahuinya.
Paling mudah bagi kita mendengar melalui radio atau TV sekarang ungkapan-ungkapan
seperti “e-mail”, “sms” “internet”, “software”, “hardware”, “ISDN”, “html”, “computer”
“website” dan sebagainya. Sekarang pun kita secara harian mendengar dialog seperti
berikut:
“Hei, hari ini birthday I lah”
“Dalam hal ini you yang paling best”
“How are you today...harap OK lah”
“You dah breakfast kah”
“Hei, kawan-kawan, it’s showtime”
“Inilah showtime yang ori…”
siti aisyah zahidah PISMP BM

Ungkapan-ungkapan dalam dialog ini dipetik dari siaran radio dan TV kita. Di kaki lima
dan di kedai kopi dialog generasi muda begitu juga. Warga emas juga diheret sama.
Jelas tiada pengawasan oleh pihak-pihak tertentu sehingga berterusan wujudnya
bahasa rojak dalam kehidupan kita sehari-hari. Di samping pengawasan di media
barangkali boleh dilakukan, tetapi ianya sukar dikuatkuasakan terhadap individu yang
sudah memilih tatabahasa yang baru untuk bercakap antara seorang dengan seorang
yang lain. Jika diamati, contoh-contoh ini boleh dituruti oleh ratusan contoh lain yang
rata-rata membuktikan bahawa bahasa lisan kita sudah rosak keunggulannya.
Sebaliknya bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil tidak tertarik dengan amalan campur-
aduk ini ke tahap yang dialami bahasa Melayu. Yang merunsingkan ialah kepekaan dan
rasa prihatin masih belum tertera di pemikiran yang bertanggung jawab di bidang
penggunaan bahasa.

Ada beberapa petua sebelum masyarakat harus membenarkan bahasanya dirasuk


bahasa rojak yang tidak indah dan tidak mencerminkan jati diri. Pihak yang mengatakan
bahawa apa salahnya diambil perkataan asing, sedangkan perkataan-perkataan asing
sudah pun dipinjam semenjak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Ini memang boleh
diterima tetapi peminjaman itu berasas kepada beberapa syarat dan ketertiban demi
menjaga keutuhan bahasa Melayu:i. Istilah atau perkataan baru itu bolehlah diambil jika
tiada perkataan yang sama maksudnya dalam bahasa Melayu; Jika dalam bahasa
sendiri ada perkataan yang sesuai, kenapa kita perlu tiru hak orang? Dalam pengertian
ini, misalnya kita tak perlu ambil birthday sedangkan hari jadi atau hari kelahiran ada
dalam bahasa Melayu.
Showtime boleh diganti dengan masa persembahan atau saat persembahan; ori
dengan asli;ii. Peniruan atau pengambilan kata perbendaharaan orang lain harus
menambah ilmu dan jati diri kepada masyarakat.iii. Pihak pengembang dan pemaju
bahasa ibunda harus bertindak dan membetulkan sesuatu ungkapan atau perkataan
yang dirasakan menceroboh bahasa sendiri. Malangnya kuasa membetulkan ini tiada
pada sesiapa atau mana-mana pihak pada masa ini.
siti aisyah zahidah PISMP BM

Manakala siaran pantas dari satelit atau multimedia yang lain bertambah pesat, seperti
yang laksanakan Astro pada masa ini, kita dapat bayangkan betapa besar dan
dahsyatnya kemungkinan pencabulan berlaku di bidang-bidang lain kehidupan kita.
Secara amnya kita terdedah dan terlalu terbuka kepada anasir-anasir luar. Mekanisme
penahanan atau mengehadkan penerapan luaran ini tidak cukup ada pada kita
sekalipun agama itu tampaknya patut lebih berkesan sebagai penangkis.Apabila
bahasa berubah dan diubah soalan yang muncul ialah: siapa yang ubah dan kenapa?
Jawabnya tentu terletak pada hakikat bahawa ianya diubah sedemikian cara kerana
penuturnya berasa bahasa ibundanya tidak lagi cukup untuk melahirkan maksudnya
sehingga ia terpaksa menggunakan perkataan-perkataan asing. Sebaliknya mereka
mungkin beranggapan bahawa imej yang mereka perolehi dengan menyelitkan
perkataan Inggeris di celah-celah ayat Bahasa Melayu akan meninggikan imej mereka
walaupun ini tentunya berupa pendekatan bersifat makjujad (hypocrite); atau dengan
bahasa Melayu rojak mereka berasa boleh mencapai kepuasan berkomunikasi; atau,
dan ini penting, mungkin asuhan bahasa Melayu mereka di sekolah tidak sampai ke
tahap mantap. Juga terdapat di beberapa kalangan, termasuk pemimpin yang tidak
berpendidikan aliran Inggeris, lantaran mereka rata-rata dianggap tidak mempunyai
kelulusan akademik yang tinggi, mereka cuba menyelitkan sepatah dua perkataan
Inggeris dalam perbualan dengan tujuan supaya orang menganggapnya boleh speaking
atau ‘tinggi’ tahap pendidikannya.
Walaupun gejala ini barangkali kecil bilangannya, boleh diperakukan bahawa ianya
wujud nyata di kalangan masyarakat kita.Sebenarnya ungkapan sekerat belut-sekerat
ular tadi:
“Hei, hari ini birthday I lah” boleh dituturkan sebagai “Hei, hari ini hari jadi saya
(aku)lah”. Semua ungkapan di atas tadi boleh belaka dituturkan secara Melayu 100%.
Tetapi kenapa tidak dilakukan sebegitu? Ini semua adalah petanda yang bakal
membawa kepada kelunturan. Ini bukan sekadar ramalan seorang idealis atau yang
semata-mata bersifat tulen tak menentu, tetapi pandangan ini bertapak pada alam
nyata:
Sekilat ikan di air, sudah tahu jantan betina
Kilat beliung ke kaki, kilat cermin ke muka.
siti aisyah zahidah PISMP BM

Jika demikian cara dan kaedah yang paling berkemungkinan untuk menangani bahasa
rojak yang memuramkan imej bahasa kita ialah dengan menjayakan program-program
latihan lisan yang membina amalan komunikasi. Ia harus dijalankan di semua institusi
persekolahan dan pengajian tinggi.

Personaliti media utama, pemimpin, institusi kawalan kerajaan harus mengutamakan


percakapan bahasa Melayu yang betul. Gejala bahasa rojak tidak akan hapus kerana
pembudayaan bahasa ibunda belum wujud sepenuhnya di negara ini. Jati diri tidak
dikaitkan dengan pentingnya bahasa ibunda dipersadakan.iii. Masalah pemakaian dan
keutamaan bahasa MelayuDari segi bahasa, bahasa Inggeris sudah nyata akan
merobah cara berfikir dan juga cara bertindak di samping cara menimba ilmu serta jenis
ilmu yang bakal ditimba.
Akan wujud sekian ramai anak Melayu yang nanti berfikir dalam bahasa Inggeris
kemudian bercakap dalam bahasa Melayu. Malah bermimpi dalam bahasa Inggeris
juga kebiasaan. Juga akan ada anak-anak masyarakat Cina dan India Malaysia yang
bercakap dalam bahasa Melayu dan berfikir dalam bahasa Cina dan India. Sekarang
pun kecenderungan ini sudah berlaku. Juga tidak dapat dinafikan bahasa Mandarin dan
Tamil akan beroleh tempat yang lebih signifikan melalui langkah-langkah pembudayaan
bahasa mereka.

Oleh kerana bahasa perisian pada masa itu rata-rata Inggeris, Bahasa Melayu akan
disadur banyak oleh terma-terma dan sintaksis Inggeris. Penutur bahasa Melayu mesti
bersedia untuk perubahan-perubahan ini. Mereka yang bersifat sebagai pengamal
keaslian (purist) mungkin akan berduka kerana bahasa lama akan secara perlahan
menghilang, struktur dan gaya baru pula akan muncul.Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan dijamin di bawah Perkara 152 Perlembagaan Malaysia. Ia juga bahasa
rasmi Parlimen Malaysia. Status ini tidak perlu dipertikaikan lagi. Cuma kemajuan dan
kepesatannya mungkin terjejas akibat dasar mengglobalkan bahasa Inggeris dan bukan
Bahasa Melayu.
siti aisyah zahidah PISMP BM

Bila ini berlaku, Bahasa Melayu tetap menyusul dari belakang kerana dari segi
keutamaan global bahasa Inggeris beroleh keutamaan. Peranan dan posisi bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu dari sudut ini tidak akan meningkat tanpa peningkatan
industri buku yang seharusnya diperjuangkan.Bahasa Melayu, seperti yang telah
diketahui, akan lebih terdedah kepada pelbagai pindaan informal yang dicetuskan oleh
dan melalui media elektronik, khususnya oleh pengaruh komunikasi serta aliran alam
siber. Dalam erti kata sebenar, cara hidup baru itu nanti bakal merubah pemakaian
tatabahasa Melayu.

Seharusnya, bibit-bibit budaya yang indah, yang halus, yang murni perlu dikekalkan
tetapi berbudi bahasa dan mengamalkan nilai-nilai murni bermakna kita tidak minta
dibuli atau dipijak. Ini termasuklah asuhan Islam positif yang perlu dibudayakan terus-
menerus. Khususnya dalam hal ini nilai-nilai yang dijalin dan disajikan melalui Islam
Hadhari akan lebih diminati. Amalan Islam yang mengambil kira tamadun yang
berevolusi, konsep dan amalan budi-bahasa, amalan tradisi Melayu seperti sopan-
santun, kekeluargaan, hormat-menghormati dan sebagainya akan lebih membimbing.
Pendeknya mesti diteruskan apa yang selama ini dikenali sebagai “asuhan budi”.
Barangkali falsafah “Rukunegara” yang membentuk masyarakat Dasar Ekonomi Baru
(DEB) boleh disemarakkan semula. Kejuruteraan sosial (social engineering) tidak boleh
dihentikan atau dicanai oleh pemikiran seseorang sahaja. Satu muafakat bangsa mesti
diadakan. Mewujudkan Kementerian Kebudayaan kesenian dan Warisan hanya
sebahagian daripada usaha ke arah itu. Di samping Bangsa Malaysia hendak
diwujudkan, soal adab dan tamadun tidak harus dikelasduakan. Bahasalah menjadi
penjalin dan penjana bangsa.iv. Utiliti atau sifat perlu guna bahasa Melayu adalah
lumrah manusia iaitu jika sesuatu itu tidak berapa menepati tuntutan kegunaan atau
utilitinya, perkara atau barang itu akan kurang disimpan, kurang dipakai dan kurang
keperluannya.
Dalam satu aspek bahasa Melayu mungkin tergolong kepada keadaan ini jika bahasa
ilmu terus menerus disalur oleh bahasa Inggeris. Tetapi hakikat yang satu lagi ialah
bahawa bahasa Melayu masih diperlukan sebagai syarat lulus dan cukup syarat dalam
peperiksaan dengan kelulusan dalam bahasa Melayu. Lagipun sebagai lingua franca
siti aisyah zahidah PISMP BM

negara ini BM akan tetap digunakan sebagai wahana komunikasi. Sebagai bahasa ilmu
BM dikhuatiri tidak akan terlalu membangun kecuali dasar pembukuan negara diubah
dengan erti kata semua teks ilmu moden dan usang diterjemahkan ke dalam bahasa
Melayu. Tetapi soalnya, sekalipun buku-buku aeronautik, kimia, kaji cuaca,
kejuruteraan, elektronik dan lain-lain diterjemahkan, siapa akan baca lantaran buku-
buku ini dengan mudah diperolehi dalam bahasa Inggeris, bahasa yang dipelajari di
sekolah untuk menimba ilmu. Di sini sudah jelaslah kedudukan BM sebagai bahasa
ilmu.

Sebaliknya pula jika anak-anak Melayu tidak berlumba-lumba pula untuk menguasai
bahasa Inggeris, mereka akan tercicir terus dalam usaha menimba ilmu semasa.
Keadaan serba-salah ini sebenarnya tidak harus digusarkan. Ini adalah kerana jika
zaman moden dunia hendak disertai oleh warga Malaysia melalui kebangkitan global,
bahasa Inggeris tidak dapat dinyahkan lagi. Ini bererti sekian banyak istilah bahasa
Inggeris akan menerpa masuk kepada perbendaharaan kata BM. Bahasa rojak akan
berterusan dituturkan dan dilaungkan.

Mungkin dalam bahasa tulisan sedikit sagu hati akan diperolehi kerana nahu semasa
akan terus digunakan. Sebagai perbandingan, bahasa Arab juga menghadapi
permasalahan yang sama. Mereka belum mampu menimba ilmu moden dengan
bahasa ibunda mereka. Justeru saban tahun sekitar 20,000 mahasiswa dalam pelbagai
jurusan sains mengaji di universiti dan institusi pengajian tinggi Barat yang bahasa
pengantarnya ialah Inggeris.

v. Unsur-unsur yang merosakkan bahasa Melayu.


Bahasa Melayu yang dituturkan pada hari ini, selain melalui ucapan, ialah bahasa yang
ditulis dan dijadikan sebagai wahana komunikasi surat-menyurat. Sementara keadaan
bahasa Melayu lisan boleh dikatakan dalam keadaan kurang memuaskan berbanding
BM tulisan, beberapa sebab dapat diperhatikan:
siti aisyah zahidah PISMP BM

a. kurang latihan pertuturan yang baik yang melibatkan anak-anak sekolah, mahasiswa
dan petugas awam.
b. Kurangnya asuhan melibatkan bahasa indah dan cara berfikir objektif dalam
pembahasaan dan pertuturan.
c. Kurangnya asuhan bahasa baik, bahasa indah.
d. Kurangnya latihan atau mata pelajaran berkaitan karya-karya besar sastera bangsa
sendiri.
e. Pembelajaran dalam bidang the Arts yang tidak disaring dan dikemas.
f. Kurangnya tenaga pengajar yang komited dengan pembudayaan bahasa atau
pembahasaan sebagai satu bidang kajian atau mata pelajaran.

Sementara itu amalan-amalan di peringkat pimpinan, kepegawaian dan urusan-urusan


rasmi juga dilihat orang sebagai unsur-unsur yang mempengaruhi dan merumitkan
penggunaan BM yang baik. Jika bahasa mesyuarat juga bercampur-aduk dengan
selingan bahasa rojak, bagaimana penggunaan bahasa baik dapat dicapai? Sementara
itu akhbar Utusan Melayu berkeadaan mati segan hidup tak mahu lantaran orang
Melayu sendiri bersikap dingin terhadap tulisan Jawi.
Menurut pihak berkuasa di syarikat Utusan, akhbar yang pada satu masa dulu berfungsi
sebagai pencetus nasionalisme Melayu kini sudah jadi edisi sekali seminggu. Itu pun
dengan jualan yang kurang dari 7,000 naskhah seminggu. Ini memalukan. Jika dicari di
mana hilangnya, jika dipintas di mana hanyutnya, puncanya ialah pembelajaran
bangsa.

vi. Akta Bahasa Kebangsaan 1963Cinta rakyat kepada Bahasa Kebangsaan meluap-
luap sehingga mereka yang mulanya memperleceh Bahasa Kebangsaan akhirnya diam
dan mula segan dan hormat terhadap bahasa ibunda orang Melayu itu. Pada tahun
1963 Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan Parlimen. Akta itu hanya sekadar
mengisytiharkan peruntukan Perkara 152 perlembagaan Persekutuan. Ia tidak
memperuntukkan sebarang provisi penalti terhadap sesiapa yang mencabul bahasa
atau yang tidak mengamalkan penjiwaan bahasa, umpamanya. Malah jika terdapat
siti aisyah zahidah PISMP BM

penggunaan bahasa pada iklan papan tanda, Dewan Bahasa dan Pustaka, misalnya,
tidak dapat berbuat apa-apa melainkan menasihatkan pihak yang berkenaan.
Apabila Singapura merdeka dari Persekutuan Malaysia pada 1965 Bahasa Melayu
lantas dijadikan bahasa rasminya. Banyak pihak beranggapan bahawa Akta bahasa
Kebangsaan 1963 adalah tulang belakang kepada maju atau mundurnya bahasa
Melayu. Pada satu hakikat ini mungkin benar tetapi pada pengertian khususnya Akta ini
hanya bersifat deklatori, yakni menyatakan apa yang sudah jelas dan nyata daripada
hal bahasa Melayu itu. Sebaik-baiknya beberapa pindaan harus dilakukan dalam usaha
memberi sedikit kuasa penguatkuasaan kepada satu-satunya agensi bahasa di negara
ini, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Penguatkuasaan yang dihajati benar ialah apabila disuai penggunaan yang telah
disalahgunakan, DBP tidak boleh berbuat apa-apa sedangkan di Perancis, misalnya,
Biro Bahasa Perancis di bawah Kementerian Kebudayaan berkuasa membetulkan
sesuatu penyelewengan bahasa Perancis. Fenomena “pencapaian dan kecapaian”
pada tahun 1996 seharusnya boleh diatasi dengan segera oleh DBP tetapi lantaran
ketiadaan peranan yang jelas dari segi membetulkan bahasa yang disalahgunakan,
anggota masyarakat bermaharajalela dengan pembahasaan salah. Kesalahan bahasa
papan tanda juga sedemikian.
vii. Perubahan dasar:
Benarkah ia melemahkan Bahasa Melayu?Pada suatu hakikat memang boleh diterima
bahawa dasar 2002 yang mewajibkan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran
matematik dan sains merobah satu lagi pancang seri yang selama ini menjadi
kebiasaan dalam pengajaran kedua-dua mata pelajaran tersebut di Sekolah
Kebangsaan.
Tetapi realiti perkara ini memerlukan penilaian objektif dan bukan subjektif. Sebelum
anjakan dasar ini dibuat dua tahun lalu, keciciran anak-anak Melayu dalam Bahasa
Inggeris, Matematik dan Sains memang ketara sedangkan penguasaan sains dan
matematik di kalangan bukan Melayu berada di tahap baik. Ini adalah kerana
pengajaran bahasa Inggeris di SRJK lebih mantap dan berkesan sedangkan di Sekolah
Rendah Kebangsaan adalah di sebaliknya. Pencapaian sains dan matematik di
siti aisyah zahidah PISMP BM

sekolah-sekolah berbahasa Mandarin, sebaliknya, terus meningkat. Ini disebabkan


kualiti pengajaran menyumbang kepada pencapaian anak-anak di SRJK.
Justeru sampai kini sekolah-sekolah ini enggan menggunakan bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengajaran sains dan matematik. Tetapi pencapaian mereka di bidang-bidang
berkenaan terus meningkat sekalipun pencapaian bahasa Inggeris mereka cuma di
peringkat sederhana.Apa akan berlaku jika amalan lama tidak dianjak? Pertama anak-
anak Melayu akan terus berada di tahap lama, mereka akan terus lemah pencapaian B
Inggeris, sains dan matematik.

Sekurang-kurangnya bahasa Inggeris mereka selepas ini akan bertambah baik lantas
secara teorinya mereka akan lebih profisyen dan boleh menimba ilmu lain dengan lebih
mudah. Tetapi ini bergantung kepada kualiti pengajaran bahasa itu kepada murid-
murid. Ini bergantung kepada kualiti para guru itu sendiri. Jika kualiti pengajarannya
melonjak maka pencapaian di kedua-dua subjek itu juga akan turut melonjak. Dalam hal
ini pendekatan paling baik ialah mewujudkan kumpulan pengajar yang fasih dan berilmu
tinggi.

Peranan Maktab Perguruan Bahasa tidak boleh dipandang ringan.Juga akan berlaku
ialah bahasa Melayu akan kekurangan peranan dalam pengajaran dua ilmu tersebut.
Dari satu sudut ini kenampakan sebagai suatu kerugian tetapi dari segi sebenar jika
diimbangi ia boleh menjadi rangsangan baru. Tetapi bahasa Melayu tidak boleh
dianggap bahawa lantaran bahasa Inggeris dipilih untuk menyegarkan pengajian
matematik dan sains maka BM akan terus lemah dan menghilang. Ini merupakan sikap
mengalah dan pesimis.

Rumusan TindakanTampak sebagai penting iaitu penggunaan bahasa Melayu perlu


dijana semula dan dikempenkan semula. Para pengucapnya mesti dalam keadaan
sedar (conscious) selalu supaya megah dan berasa senang berbahasa Melayu dengan
baik. Sekolah, universiti, agensi-agensi Kerajaan, NGO dan kumpulan-kumpulan lain
harus bersekutu dan bekerjasama memperjuangkan kembali perkara nasional yang
amat penting ini.Banyak bidang yang boleh terus diperjuangkan: meningkat dan
siti aisyah zahidah PISMP BM

memperhebatkan dasar buku nasional; menerbitkan buku-buku bermutu dunia dan


serantau; meningkatkan kerjasama bahasa serantau; mengamalkan dasar cintakan
bahasa sastera, sesungguhnya bermacam-macam projek bahasa boleh diteruskan.
Dengan lain pengertian, pembudayaan bahasa perlu diusahakan terus-menerus.

Kesimpulan boleh dibuat pada peringkat ini, iaitu kita tidak harus terus berasa hilang
tenaga dalam menghadapi cabaran global. Untuk menghalang bahasa Melayu daripada
diselangi perkataan dan nilai luar secara melulu tidak akan membawa kita ke mana-
mana. Yang penting ialah kita mesti terus memupuk rumpun yang ada dan
memperkayakannya dengan bimbingan, hala tuju dan apresiasi yang berterusan.

Asas pendidikan kita harus kuat. Pendekatan kita demi BM zaman depan mesti
bersandar kepada situasi menang. Untuk itu pembudayaan bahasa harus nyata.Di
plaza tol lebuh raya kini terdapat bahasa tanda yang berbunyi, “Lorong Touch ‘n Go”.
Bahasa apa ini? Inilah dia bahasa rojak rasmi. Inilah yang dikatakan pandai meniru
tetapi tidak menuras. Inilah juga kerja yang memalukan bangsa. Kenapa tidak dipakai
saja istilah “Lorong pacu segera” atau “Lorong tekan & pacu” Sudahkah kita betul-betul
menggeledah kamus bahasa ibunda sebelum sewenang-wenang menggunakan “touch
‘n go” Jika tiada azam perjuangan yang kental untuk menggunakan bahasa sendiri
lantaran istilahnya cukup dalam bahasa sendiri, kita juga nanti akan dipanggil bangsa
touch ‘n go. Tepuk dada, tanya selera.

http://lokmandayat.blogspot.com/2008/11/bahasa-melayu-dalam-era-globalisasi.html
siti aisyah zahidah PISMP BM

Teo Kok Seong: Bahasa Melayu Mangsa Globalisasi (Siri  1) Jun 4, 2008
Posted by ummahonline in Wawancara.
trackback

Oleh: UoL Team

“Tuhan bagi saya akal. Biarpun sekadar ahli bahasa, namun saya ada amanah ilmu. Maka ilmu yang saya
peroleh harus dikongsi dengan khalayak.” Begitu antara kalimah terakhir Teo Kok Seong, professor
sosiolinguistik, UKM sewaktu mahu menamatkan wawancara bersama Ummahonline.com (UoL) tanggal
2 Mac 2008.

Dalam wawancara tiga siri ini, anak tiong hua kelahiran Kelantan ini telah berkongsi wawasannya
tentang kedudukan bahasa Melayu ketika berdepan dengan kemajmukan kaum dan kederasan arus
globalisasi. Beliau cuba meleraikan hubungan antara bahasa Melayu dengan himpitan bahasa-bahasa
lain di Malaysia. Baginya, sebarang anjakan bahasa hanya cerminan kepada nasionisme, bukan kepada
nasionalisme.

Ternyata, fikirannya sarat dengan idea-idea nasionalisme. Faham kaum telah berkecai dalam
pemikirannya. Mungkin kaum Melayu sendiri patut merasa ralat, bagaimana ada anak tiong hua yang
begitu menyayangi bahasa Melayu, sehingga seperti melebihi kaum asal bahasa tersebut. Ini barangkali
antara keinsafan yang boleh ditimba dari hasil wawancara ini: bahawa perkauman bukanlah suatu
faham yang kukuh!

Barangkali isu terbesar dalam soal bahasa dewasa ini ialah tentang hubungannya dengan globalisasi.
Atau yang lebih tepat lagi, kesan yang dibawakan oleh globalisasi terhadap kedudukan bahasa
setempat. Sebagai ahli bahasa, menurut anda sejauh manakah globalisasi ini telah memberi dampak
terhadap bahasa, terutamanya bahasa-bahasa tempatan?

Ya! Memang, globalisasi telah memberi kesan kepada bahasa-bahasa kecil, atau kita panggil sebagai
minor languages ini. Pada zaman globalisasi ini, kita melihat kemusnahan bahasa itu berlaku dengan
lebih pantas. Kalau dulu, seperti yang dikatakan dalam teori bahasa, sesuatu bahasa itu akan pupus
dalam rentang waktu antara 50 tahun hingga 100 tahun, iaitu kira-kira antara dua generasi hingga
empat generasi. Tetapi akhir-akhir ini, semenjak adanya bahang globalisasi, kita melihat bahasa-bahasa
kecil itu mulai pupus dalam satu generasi saja. Maksudnya, bahasa-bahasa kecil tidak dapat diwariskan
kepada generasi yang lebih muda ini. Sebaleknya, bahasa-bahasa kecil ini kelihatannya sudah diabaikan
aspek penggunaannya, yang lama-kelamaan bahasa ini akan hilang dimamah zaman.

Bagaimana dalam kes bahasa Melayu?

Memang, dalam globalisasi ini, bahasa-bahasa besar maseh lagi bertahan. Tapi, dalam kes bahasa
Melayu, ternyata sudah ada kesan yang ketara. Mithalnya, anjakan bahasa yang berlaku pada Januari
2003, iaitu sewaktu kerajaan mula-mula mahu melaksanakan pengajaran sains dan matematik ke dalam
siti aisyah zahidah PISMP BM

bahasa Inggeris. Jadi, anjakan bahasa ini adalah satu fenomena yang merujuk—kalau diperhatikan dari
sudut ilmu sosiolinguistik—kepada peralihan bahasa kurang berprestij kepada bahasa yang lebih
berprestij, terutamanya dalam penggunaan bidang-bidang penting.

Umpamanya dalam bidang pendidikan. Dan dalam bidang pendidikan itu ada banyak aspek pula.
Sayangnya, aspek yang telah kerajaan pilih adalah aspek suatu penting juga, iaitu bidang sains dan
matematik. Padahal, di samping bidang sains dan matematik, kita asasnya turut ada pendidikan bahasa,
pendidikan agama, pendidikan seni, pendidikan jasmani, dll. Maka, kerajaan telah mengambil keputusan
untuk mengantikan bahasa Melayu yang dikatakan kurang berprestij itu, berbanding dengan bahasa
Inggeris. Dan dalam bidang ilmu yang saya tekuni ini, iaitu sosiolinguistik, keadaan ini dinamakan
anjakan bahasa (language shift). Maknanya, sudah ada anjakan dari satu bahasa ke satu bahasa yang
lain yang drastik skali di Malaysia.

Jadi, dorongan kerajaan untuk melakukan anjakan bahasa ini kerana dihambat oleh arus globalisasi?

Benar. Dan inilah kesan globalisasi. Maksudnya, sebelum ini tidak ada pun kerajaan hendak fikir-fikir
mahu menukar bahasa. Namun, kini mengapa tiba-tiba mahu tukar? Saya kira kerana kerajaan kita, atau
pemimpin kitalah, ingin sangat Malaysia tidak ketinggalan dalam globalisasi ini. Tapi, dengan kita
memilih bahasa Inggeris tanpa fikir secara mendalam, telah menyebabkan kita menjadi mangsa kepada
arus era globalisasi.

Kita mahu memainkan peranan utama (active player). Tapi nampaknya dalam kes ini kita menjadi
mangsa kepada globalisasi. Walhal, satu komponen penting dalam pendidikan kita yang sebelum ini
sudah elok dilakukan dalam bahasa Melayu. Malah, tidak ada aduan ataupun rungutan pun tidak ada.
Tapi tiba-tiba pemimpin kita rasa kita akan ketinggalan dalam arus globalisasi ini. Saya katakana ini,
kerana jelas kelihatan seweaktu mereka bertegas mahu matapelajaran sains dan matematik dijalankan
semuanya dalam bahasa Inggeris. Bahkan, menurut mereka, kalau matapelajaran sains dan matematik
terus dijalankan dalam bahasa Melayu, maka kita akan ketinggalan. Jadi, satu tindakan drastik telah
dilakukan oleh kerajaan. Saya ingat lagi, usul di mana mahu digunakan bahasa Inggeris dalam sains dan
matematik ini kali pertama disuarakan pada Mei 2002. Jadi, selepas itu, dalam tempoh tujuh bulan
sahaja, secara pantas pada Januari 2003 dasar ini dilaksanakan.

Malah, kalau kita kaji balek, kerajaan melalui pemimpin kita Tun Dr. Mahathir Mohammad pada waktu
tersebut pernah berusaha untuk melaksanakan bahasa Inggeris ini dalam sains dan matematik semenjak
tahun 1993 lagi. Waktu itu Tun Dr. Mahathir mencuba, tetapi gerakan yang menentang cadangan pada
waktu tersebut sangat kuat. Sebab itu, dasar ini tidak sampai boleh dilaksanakan. Malah, ada buku
ditulis yang memperlihatkan usulan Tun Dr. Mahathir pada waktu itu yang mahu menggunakan bahasa
Inggeris dalam mengajar matapelajaran sains dan teknologi di IPTA. Walaubagaimanapun, ada badan-
badan bukan kerajaan yang bergabung, serta menghantar memorandum. Akhirnya, idea tersebut gagal.

Tapi, ia tidak berakhir begitu saja.


siti aisyah zahidah PISMP BM

Ya. Ia tidak berakhir di situ. Dan hampir sedekad selepas itu, iaitu pada awal Mei 2002, saya maseh ingat
lagi yang saya berada di selatan Thailand untuk menghadiri suatu seminar. Bila saya pulang, maka sudah
heboh di seluruh negara berkenaan hasrat untuk melaksanakan anjakan bahasa ini. Hasrat ini
kemudiannya mendapat sokongan. Maksudnya, pandangan Tun Dr. Mahathir disokong oleh Umno dan
dengan cepatnya dilaksanakan tanpa sebarang banyak persediaan. Dasar ini mula-mula diperkenalkan
pada Januari 2003. Jadi, pada tahun ini (2008) adalah merupakan tahun terakhir untuk generasi 2003
akan menamatkan tahun 6. Nanti kita dapat tengok, sejauh mana kesan daripada pelaksanaan dasar
tersebut.

Hakikatnya, banyak masalah dari dasar ini. Malah, cekgu pun merangkak-rangkak untuk mengajar dalam
bahasa Inggeris. Murid pun berbaur antara faham atau tidak faham. Jadi tahun 2008 ini, murid yang
pernah berada tahun 1 pada tahun 2003 sudah berada pada tahun 6. Pada hujung tahun ini mereka
hendak mengambil peperiksaan. Seperti biasa, kerajaan melalui lembaga peperiksaan, akan buat soalan
dalam dua bahasa. Satu soalan dalam bahasa Melayu. Dan satu lagi dalam bahasa Inggeris. Sementara
para murid dibenarkan sama ada mahu menjawab dalam bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris.

Rata-rata memang murid terutamanya di luar Bandar agak kesulitan. Tapi, bagaimana pula dengan
pihak cekgu-cekgu?

Cekgu-cekgu juga begitu. Adalah anehnya, yang selama ini di sekolah, cekgu-cekgu telah diarahkan
untuk mengajar dalam bahasa Inggeris. Bahkan, cekgu-cekgu dilarang untuk guna bahasa Melayu pun.
Cekgu yang boleh mengajar, maka bolehlah mereka mengajar. Sebaleknya, yang tidak boleh mengajar,
terpaksalah merangkak. Jadi bila dalam keterbatasan ini, para murid pun dapat dapat ilmu sedikit
sahaja. Tapi bila peperiksaan dijalankan sekarang, alih-alih dibenarkan para murid untu menjawab dalam
bahasa Melayu.

Jadi lebih kurang beginilah. Kalau nak cakap jahat sikit, “apa kejadahnya mengajar dalam bahasa Inggeris
yang lintang pukang.” Sebab, kalau para murid sekarang menjawab dalam bahasa Melayu sekalipun,
maka ilmu yang telah diperoleh mereka dalam bahasa Inggeris tidaklah sempurna. Macam faham tak
faham sahaja. Inilah masalahnya sekarang. Jadi akhirnya, kerajaan pun tak sanggup nak suroh para
pelajar tersebut untuk menjawab dalam bahasa Inggeris. Kerajaan takut keputusan peperiksaan yang
diperoleh lagi teruk. Melihat kemungkinan tersebut, kerajaan terpaksa bagi pilihan kepada mereka.
Maka, tentu ada para pelajar Cina dan India yang pandai-pandai akan memilih menjawab dalam bahasa
Inggeris. Tapi cekgu-cekgu Melayu pun pasti rasa tertipu juga. Merangkak-rangkak mereka mengajar
dalam bahasa Inggeris, tiba-tiba bila waktu peperiksaan, para pelajar boleh menjawab dalam bahasa
Melayu.

Apa yang boleh kita ibaratkan tentang hal ini?

Bagi sayalah, semua yang berlaku ini adalah nestapa sosial kebangsaan (national social tragedy). Benar,
kita tidaklah sampai menafikan kepentingan bahasa Inggeris. Saya kira, macam sebelum ini pun—kalau
kita tengok balek akhbar-akhbar yang memaparkan untuk mengajar sains dan matemarik dalam bahasa
siti aisyah zahidah PISMP BM

Inggeris—hujah yang selalu saya baca ialah pelaksanaan ini dilakukan untuk mengatasi kelemahan
bahasa Inggeris di kalangan para pelajar. Malah, waktu itu pun sudah ada yang bantah dengan berkata
bahawa ini bukan caranya. Ini kerana, sains dan matematik tidak ada kandungan yang boleh
memperkayakan penguasaan sesuatu bahasa. Kalau ada pun, mungkin matapelajaran sastera Inggeris.
Jadi khalayak sudah mula bercakap pada waktu itu. Tapi nampaknya suara tersebut tidak diendah oleh
pihak kerajaan. Kerajaan mahu melaksanakan juga.

Memang agak rapuh hujah tersebut. Namun, apakah benar mereka tidak ada kekuatan hujah lain
sebagai alasan untuk melaksanakan dasar ini?

Seperti yang saya perhatikan, tidak pernah saya lihat secara konsisten hujah mereka bahawa mereka
mahu menggunakan sains dan matematik dalam bahasa Inggeris ini kerana kita tidak mahu ketinggalan
dalam arus globalisasi. Ataupun, saya tidak pernah mendengar mereka yang menyatakan bahawa dasar
ini perlu dilaksanakan kerana terjemahan kita lambat, atau tidak tepat. Hujah tersebut jarang sekali kita
dengar. Yang selalu kita dengar ialah kerana bahasa Inggeris di kalangan rakyat kita lemah. Saya rasa,
untuk buktinya, elok kita tengok balek akhbar-akhbar yang disimpan secara digital.

Tapi, bukan bila kita menggunakan bahasa Inggeris kita dapat pergi kepada bahasa pertama sumber
ilmu tersebut? Ini barangkali merupakan satu jalan pintas? Sebab kalau kita perhatikan sekarang,
banyak ilmu yang terdapat pada waktu ini tersedia dalam bahasa Inggeris. Ini ditambahkan lagi, apa
yang berlaku di Malaysia, di mana proses terjemahan memakan masa yang agak lama, dan tidak tepat
macam yang dikatakan tadi. Malah, para ahli akademik kita tidak giat menerjemah. Jadi, tidakkah
pelaksanaan bahasa Inggeris dalam sains dan matematik hakikatnya satu jalan pintas dalam
memantaskan pembangunan negara?

Ya, betul. Dasar ini adalah jalan pintas untuk membangunkan negara. Tapi, kita tidak boleh lihat
semuanya dari segi ekonomi begitu. Sebab dari segi budaya, kita akan banyak kehilangan. Maksudnya,
dari segi budaya, orang Melayu amnya, atau bangsa Malaysia khususnya, akan kehilangan satu saluran
untuk menyatakan hal-hal yang berkaitan dengan sains dan teknologi dalam bahasa Melayu itu. Hari ini,
saluran tersebut sudahpun hilang. Dan kita tahu, kalau nak nyatakan sains dan teknologi dalam bahasa
sendiri, memang ia dilakukan oleh orang cina di China, orang jepun di Jepun, orang korea di Korea, atau
orang jerman di Jerman. Dan meraka pun dapat maju dari segi sains dan teknologi. Dalam waktu yang
sama, mereka pun tahu kekurangan bahasa Inggeris mereka. Namun, mereka ada cara tersendiri untuk
mengatasi kelemahan mereka ini.

Jadi, bagaimana caranya untuk mengatasi kelemahan ini?

Jadi kalau kita mahu mempertingkatan kurikulum kita, kita ubah cara belajar kita. Kita membaca buku
sains dan teknologi dalam bahasa Inggeris, dan memahaminya. Kemudian kita mengungkapkan semula
apa yang kita faham tersebut dalam bahasa kebangsaan kita. Maka, menerusi itu, bahasa kebangsaan
kita akan maju. Sebenarnya bahasa kebangsaan kita boleh maju. Bahasa kita boleh ungkap apa-apa saja.
Sains angkasa lepas pun boleh. Sains samudera pun boleh. Apa-apa ilmu pun boleh. Cuma kita saja yang
siti aisyah zahidah PISMP BM

tidak yakin pada bahasa kita. Bagi saya, tidak perlu berlaku pun anjakan bahasa. Teruskan dalam bahasa
kebangsaaan itu. Sebab semua orang boleh terima. Orang cina pun terima. Tak pernah orang cina tuntut
nak tukar sains dan matematik dalam bahasa mereka. Mereka belajar sains dan matematik ini sampailah
ke tahun 6. Kemudian pada tingkatan 1, mereka belajar balek dalam bahasa Melayu. Mereka pun tak
tuntut anjakan bahasa.

Mungkin pemimpin kita salah memandang?

Yalah, pemimpin kita melihat begitu. Pemimpin kita melihat begitulah caranya. Mereka lihat dari segi
nasionisme, iaitu bagaimana nak membangunkan negara. Apa cara pun tak kira. Mungkin mereka yang
mahukan bahasa Melayu ini berkeras mahu membangunkan negara dari segi nasionalisme. Sebaleknya,
pemimpin kita mahu nasion, bukan nasionalisme.

Saya kira Tun Dr. Mahathir lihat dari segi itu. Kita pun tak boleh kata Tun Dr. Mahathir tidak sayang pada
bangsa Melayu dan negara. Cuma pragmatisme Tun Dr. Mahathir itu dari segi nasionisme. Jadi, bila
nasion itu penting, maka tidak kiralah bagaimanapun, asalkan negara kita maju. Sebaleknya, satu pihak
lagi yang menentang, dan mereka mahu nasionalisme. Nasionalisme maksudnya, kita mahu
menggunakan apa-apa yang bersifat tempatan serta membantu meningkatkan jatidiri rakyat kita.

http://ummahonline.wordpress.com/2008/06/04/bahasa-melayu-mangsa-globalisasi/

cabaran bahasa melayu

http://braddellwestlake.tripod.com/others/Cabaran_Bahasa_Melayu.pdf

bm era teknlogi mklmt

http://www.kongresbahasa.org/wp-content/uploads/2006/11/052.pdf

You might also like