You are on page 1of 4

pemampat

PENGENALAN
Pemampat merupakan sebuah alat mekanikal yang digunakan untuk menghasilkan udara yang
bertekanan tinggi mengikut kepeluan yang dikehendaki. Pemampat merupakan sebuah alat atau
mesin yang penting di dalam sebuah kilang, industri, prasarana, woksyop, mahupun di dalam
kenderaan dan peralatan rumah yang kita gunakan seharian. Pemampat boleh ditemui dalam
pelbagai jenis dan saiz. Sesebuah pemampat mempunyai beberapa perbezaan dari segi binaan
dan juga kecekapan pemampat tersebut. Di dalam tugasan ini, jenis-jenis pemampat akan
diterangkan secara lebih terperinci.

OBJEKTIF
Melalui tugasan, pelajar akan dapat :-
Mengenali jenis-jenis pemampat
Mempelajari binaan
Menghuraikan prinsip kerja pemampat mengikut jenisnya
Membandingkan kebaikan dan keburukan untuk setiap jenis pemampat
Membuat rujukan untuk pemampat

PEMAMPAT (COMPRESSOR)
Pemampat adalah sejenis alat mekanikal yang berfungsi untuk meningkatkan tekanan udara
dengan menurunkan isipadu udara tersebut bagi setiap kuantiti. Secara umumnya, pemampat dan
pam adalah sama, iaitu meningkatkan tekanan bendalir untuk menghasilkan suatu gerakan.
Namun, secara khususnya, pemampat hanya boleh memampatkan udara sahaja manakala pam
hanya boleh digunakan untuk cecair sahaja.

Jenis-Jenis Pemampat
Pemampat terdiri dari beberapa jenis utama. Carta di bawah menunjukkan jenis-jenis pemampat.
Carta 1 : Jenis-jenis pemampat
Seperti di dalam carta di atas, pemampat boleh dikelaskan kepada dua jenis iaitu, pemampat
anjakan positif (Positive Displacement Compressor) dan juga pemampat dinamik(Dynamic
Compressor). Di bawah jenis anjakan positif, ianya terbahagi lagi kepada dua iaitu jenis
salingan(reciprocating) dan ‘rotary’(putaran). Di bawah jenis pemampat dinamik, biasanya ianya
terbahagi kepada dua lagi iaitu aliran jejari(centrifugal) dan aliran paksi(axial).

Pemampat Anjakan Positif


Pemampat Salingan(Reciprocating)
Pemampat ‘reciprocating’ atau juga dikenali sebagai pemampat piston kerana ia menggunakan
piston untuk melakukan kerja pemampatan. Pergerakan dalam sistem pemampat ini dipacu oleh
‘crankshaft’ yang menggunakan motor elektrik, enjin stim ataupun enjin pembakaran dalam.
Pemampat ini menggunakan injap spring bebanan automatik (automatic spring loaded valve)
dalam setiap silinder untuk mengawal buka-tutup injap masukan (inlet valve) dan injap lepasan
(discharge valve).

1.1 Binaan
Crankshaft – Berfungsi untuk menggerakkan piston
Connecting rod – Menghubungkan crankshaft dengan crosshead
Crosshead – Berfunsi dalam menghubungkan crankshaft untuk menukarkan
pergerakan berputar kepada pergerakan salingan. Ianya terletak
di antara connecting rod dan piston.
Distance piece – Terlerak di antara penggerak utama (prime mover) dan
Pemampat.
Piston rod – Menghubungkan piston kepada crosshead
Piston – Berfungsi untuk memampatkan gas di dalam silinder
Piston ring – seal antara piston dan dinding pemampat
Injap masukan – membenarkan udara masuk ke dalam silinder
Injap hantaran – Melepaskan gas dari silinder selepas dimampatkan
Head – Dipasang pada hujung pemampat, sebagai penutup.
Clearance pocket – Membolehkan operator mengubah kapasiti pemampat
1.2 Prinsip Operasi

Rajah 1.1 - Binaan asas pemampat piston


Graf 1 - tekanan melawan isipadu
Pada bahagian 1, tekanan di dalam silinder adalah lebih redah daripada tekanan atmosfera.
Dengan itu, injap masukan akan terbuka dan membenarkan udara mengalir memasuki ke dalam
silinder dan injap hantaran akan terbuka
Pada bahagian 2, piston akan mula bergerak ke atas dan memulakan proses pemampatan.
Pergerakan ini dinamakan ‘up stroke’. Pada masa yang sama, injap masukan akan tertutup.
Udara akan yang terperangkap di dalam silinder akan termampat.
Pada bahagian 3, apabila tekanan udara yang dimampatkan oleh piston telah mencapai tahap
yang telah disetkan, injap hantaran akan terbuka. Piston akan bergerak hingga ‘top dead center’
(TDC).
Pada bahagian 4, piston akan mula turun semula ke bawah. Injap masukan akan terbuka dan
proses sedutan udara ke dalam silinder akan berulang dan injap hantaran akan terbuka.

1.3 Pemampat Salingan Satu Peringkat (Single Acting)


Pemampat salingan satu peringkat adalah pemampat yang menggunakan satu piston ataupun satu
bahagian pada satu piston untuk melakukan satu kitar kerja pemampatan yang lengkap. Ini
bermakna, udara akan masuk ke dalam silinder apabila injap masukan terbuka. Selepas itu,
piston akan bergerak ke atas untuk malakukan kerja pemampatan sabil injap masukan akan tutup.
Apabila mencapai satu tahap tekanan yang telah disetkan, injap hantaran akan terbuka dan piston
terus bergerak ke atas. Selepas itu, injap hantaran akan tertutup dan piston akan bergerak semula
ke bawah. Kitar akan bermula semula.
Rajah 1.2 – Pemampat salingan satu peringkat

1.4 Pemampat Salingan Dua Peringkat (Double Acting)


Pemampat salingan dua peringkat adalah pemampat yang menggunakan dua piston ataupun satu
piston dengan menggunakan kedua-dua bahagian piston tersebut untuk melakukan kerja
pemampatan udara. Bagi satu piston, semasa ia bergerak ke hadapan (forward strokes), kerja
pemampatan akan dilakukan. Dan apabila patah semula (backward stroke), ia juga akan
melakukan kerja pemampatan.
Bagi yang menggunakan dua piston, udara akan disedut masuk ke dalam silinder. Piston pertama
akan memampatkan udara tersebut. Apabila udara tersebut telah dimampatkan pada piston
pertama, suhunya akan meningkat. Dengan itu, ianya disejukkan dengan melalukan pada
bahagian penyejuk. Selepas itu, ianya akan disalurkan kepada [iston kedua untuk melakukan
kerja pemampatan sekali bagi meningkatkan lagi tekanan udara tersebut sebelum dikeluarkan.

Rajah 1.3 - Pemampat salingan dua peringkat (satu piston)

Rajah 1.4 - Pemampat salingan dua peringkat(dua piston)

Rajah 1.5 - Pemampat salingan yang menggunakan tiga piston

1.5 Pemampat Salingan Gegendang (diaphragm) / Pemampat Salingan ‘Membrane’


Pemampat jenis menggunakan hampir sama dengan pemampat salingan yang lain, cuma ia tidak
menggunakan piston, tetapi ia menggunakan gegendang. Kerja pemampatan dilakukan oleh
‘flexible membrane’. ‘Flexible membrane’ ini digerakkan dengan mekanisma ‘crankshaft’ dan
rod yang dijana menggunakan motor elektrik.

Pemampat gegendang biasanya digunakan untuk memampatkan gas hydrogen dan gas asli.
Rajah 1.6 - Pemampat gegendang ‘three stages’ untuk memampatkan sehingga 41 Mpa
1.6

Kebaikan Pemampat Salingan


Rekabentuk yang mudah
Kos dalaman rendah
Mudah dipasang
Model ‘two stage’ mempu menjana kecekapan yang tinggi
Tidak memerlukan minyak yang berterusan
Menghasilkan kuasa kuda (hp) yang besar
1.

7 Keburukan Pemampat Salingan


Kos penyelenggaraan yang tinggi
Banyak alat ganti
Mempunyai masalah getaran (vibration)
Tidak beroperasi sepenuhnya pada satu masa.
1.8 Kegunaan
Biasanya digunakan unutk memampatkan gas hydrogen dan gas asli. Ianya boleh didapati dalam
pelbagai peringkat kuasa kuda yang dijanakan dari 5 hp sehingga 30 hp. Terdapat juga model
yang mempunyai kuasa kuda terbesar iaitu 1000 hp.

You might also like