You are on page 1of 5

NAMA : NOR HIDAYAHNE BINTI JAMIL

KELAS : RBT / BM / PJ ( 2 )

DEFINISI

1) Bilik Darjah
 Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran
merupakan tempat yang terpenting yang perlu ada pada sekolah. Ia juga
merupakan medan perjuangan utama kerjaya seseorang guru.
Secara amnya, bilik darjah ialah bilik-bilik disekolah dimana sekumpulan
murid atau pelajar mengikuti pelajaran atau belajar sesuatu mata pelajaran
yang diajar oleh guru. Untuk konsep yang lebih luas, bilik darjah tidak
semata-mata merupakan ruang untuk proses pengajaran dan pembelajaran,
tetapi mencakupi pelajar-pelajar dan guru yang belajar dan mengajar dan
berinteraksi antara satu sama lain didalamnya.

Pengurusan bilik darjah

 Menurut Lemlech (1988), beliau mengatakan pengurusan bilik darjah


sebagai orkestra dalam bilik darjah yang memerlukan pembentukan
kurikulum penyelenggaraan prosedur dan sumber pengajaran. Beliau juga
menekankan kepentingan penyusunan suasana bilik darjah bagi
memaksimumkan keberkesanan, pemantauan perkembangan murid serta
tanggungjawab guru dalam memikirkan terlebih dahulu masak – masak. 
 Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan
‘kawan’ atau ‘musuh’ dalam pengajaran.
 Menurut Lee Shok Mee (1995), pengurusan bilik darjah boleh ditakrifkan
sebagai semua tindakan guru mengendalikan kelas supaya mewujudkan
suasana persekitaran yang tersusun untuk menggalakkan pembelajaran.
 Menurut Anderson (1989), mengatakan pengurusan bilik darjah yang
berkesan adalah terdiri daripada:
1. Tingkah laku yang menghasilkan penglibatan pelajar yang
maksimum dalam aktiviti pembelajaran.
2. Meminimumkan tingkah laku pelajar yang mengganggu tugas guru
dan pelajar lain.
3. Penggunaan masa pembelajaran yang efesien.
 Menurut Marzano (2003) menyatakan tindakan guru dalam bilik darjah
mempunyai impak dua kali ganda dalam pencapaian pelajar berbanding
dengan polisi sekolah berkenaan kurikulum, penilaian kerjasama di antara
guru dan masyarakat.
 Pengurusan bilik darjah merupakan satu proses yang memerlukan guru
mengurus bilik darjah agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan dapat dijalankan. Tugas mengurus bilik darjah termasuk juga
aktiviti mengatur reka letak fizikal dan mewujudkan komunikasi dan
interaksi dikalangan pelajar dan guru. Pengurusan bilik darjah juga boleh
di definisikan sebagai set tingkahlaku yang kompleks yang digunakan oleh
guru untuk menetapkan, dan memastikan keadaan- keadaan bilik darjah
dapat membawa ke pencapaian objektif pengajaran yang berkesan.
RUMUSAN DEFINISI BILIK DARJAH DAN PENGURUSAN BILIK DARJAH

Bilik darjah merupakan perkara yang paling penting untuk sesebuah sekolah. Ini
kerana segala proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam bilik
darjah. Jika tiada bilik darjah, maka tidak lengkap sesebuah sekolah dan murid-
murid tidak dapat pembelajaran yang sempurna.

Pengurusan bilik darjah juga amat penting supaya murid-murid selesa untuk
berada di dalam bilik darjah. Saya tertarik dengan definisi pengurusan bilik
darjah iaitu menurut Lee Shok Mee (1995), ” pengurusan bilik darjah boleh
ditakrifkan sebagai semua tindakan guru mengendalikan kelas supaya
mewujudkan suasana persekitaran yang tersusun untuk menggalakkan
pembelajaran”. Guru juga terlibat dalam pengurusan bilik darjah untuk
mengendalikan dan mewujudkan suasana.

Guru perlu mempunyai idea yang kreatif untuk menceriakan dan menjadikan
bilik darjah yang bersifat kondusif. Contohnya dari segi kecerian kelas seperti
warna dinding kelas, susun atur meja dan kerusi, tampalan info-info yang
berkaitan dengan pelajaran, sudut bacaan dan pelbagai lagi alternatif yang
membolehkan murid-murid bersemangat untuk proses pengajaran dan
pembelajaran. Susunan fizikal bilik darjah boleh memberi sumbangan dari segi
kawalan, pembelajaran, perhubungan guru dan murid, juga antara murid dan
murid, dan keseronokan bekerja bersama-sama.
DEFINISI

2) Tingkah Laku
 Semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai.
 Tingkah laku adalah berbagai ragam dan berbagai laku
(Kamus Dewan 1979)

Pengurusan tingkah laku


  “Pengurusan tingkah laku adalah satu kajian tingkah laku yang saintifik
yang dibuat secara analisis untuk menghasilkan perubahan tingkah laku
sosial bagi seseorang.” (Bear,Wolf and Risley, 1968)
 Pengurusan tingkah laku ialah tingkahlaku yang dilakukan oleh guru, ibu
bapa atau pihak-pihak tertentu untuk membentuk perlakuan luaran dan
dalaman individu atau kumpulan supaya individu tersebut mempunyai
tingkahlaku yang bermanfaat, produktif, dan diterima oleh masyarakat.

RUMUSAN DEFINISI TINGKAH LAKU DAN PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Tingkah laku adalah perbuatan seseorang yang pelbagai sama ada yang positif atau
yang negatif. Jika berada di dalam bilik darjah, guru akan berhadapan dengan
pelbagai tingkah laku yang dilakukan oleh murid-murid.

Jadi, guru perlu pandai dan bijak untuk menangani tingkah laku yang dilakukan oleh
murid-murid. Ianya adalah supaya sesi pengajaran dan pembelajaran akan berjalan
dengan lancar. Malah murid-murid boleh menerima segala pelajaran yang diajar
oleh guru.
RUJUKAN

http://klikduniaku.wordpress.com/category/pengurusan-bilik-darjah-dan-tingkah-laku/

http://spailmiah.blogspot.com/2009/03/renungan-pendidikpengurusan-bilik.html

http://notapismp.blogspot.com/search/label/Nota%20Pengurusan%20Bilik%20Darjah

http://ariedrifke.blogspot.com/2010/07/maksud-pengurusan-bilik-darjah.html

http://anuarsped.blogspot.com/2009/06/proses-pengajaran-dan-pembelajaran-yang.html

http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/05/pengurusan-tingkah-laku-2.html

http://www.slideboom.com/presentations/93881/Pengubahsuaian-Tingkahlaku

www.freewebs.com/oum1/BilikDarjah.ppt

You might also like