You are on page 1of 6

ciri-ciri syarikat awam berhad

• Milikan
– Syarikat awam dimiliki oleh orang awam dengan
membeli syer dalam syarikat itu.
– Akta Syarikat 1965 – bilangan pemegang saham
sekurang-kurangnya dua orang dan maksimumnya
tidak terhad.
– Pemegang syer tidak melibatkan diri dalam
pengurusan syarikat.
– Pengurusan syarikat diterajui oleh Ahli Lembaga
Pengarah yang dilantik pemegang syer.
• Modal
– Modal diperoleh dengan cara menjual syer kepada
orang awam melalui media massa secara terbuka.
– Modal dikumpulkan daripada pemegang syer tanpa
dihadkan bilangannya.
– Syernya boleh diurusniaga secara bebas dan ia
mempunyai sifat kecairan.
• Pembentukan
– Ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965.
– Proses penubuhan rumit dan mahal – banyak
peraturan, syarat, dan dokumentasi.
• Liabiliti
– Liabiliti setiap pemegang syer terhad kepada
modal yang dilaburkan.
– Harta peribadinya tidak boleh dituntut oleh
pemiutang syarikat.
• Pengurusan
– Pengurusan syarikat diserahkan kepada Lembaga
Pengarah yang dilantik oleh pemegang syer dalam
mesyuarat agung tahunan untuk menguruskan
syarikat secara proksi.
• Badan korporat yang sah
– Mempunyai taraf perundangan yang sah , terpisah
daripada ahli-ahlinya.
– Ia boleh mendakwa dan didakwa, memiliki harta
serta membuat perjanjian atas namanya sendiri.
• Agihan untung rugi
– Keuntungan yang diperoleh, selepas ditolak
ganjaran kepada para lembaga, dan rizab, akan
diagihkan sebagai dividen.
– Bonus – tambahan syer yang diberi secara
percuma, jika rizab syarikat kukuh dan banyak.
• Syarat dan dokumentasi
– Pendaftar syarikat mengenakan syarat ketat ke atas
syarikat berhad untuk melindungi kepentingan
orang ramai yang melabur ke dalamnya.
– Syarat itu termasuk:
• Akaunnya mestilah diaudit oleh akauntan bertauliah dan
dihantar kepada Pendaftar Syarikat setiap tahun.
• Akaun Untung Rugi dan Kunci Kira-kira mesti
diumumkan untuk pengetahuan orang ramai melalui
media massa.
• Sebarang perubahan struktur syarikat termasuk
pengambilalihan dan percantuman mesti mendapat
kelulusan daripada pendaftar syarikat.
• Mesyuarat agung tahunan mesti diadakan setiap tahun.
• Cukai
– Keuntungan syarikat dikenakan cukai yang tinggi,
iaitu 27% atas keuntungan.

You might also like