You are on page 1of 10

Akta Bekalan Elektrik

Suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi pengawalseliaan industri pembekalan


elektrik,pada harga yang munasabah,pelesenan mana-mana pepasangan elektrik,pengawalan
mana-mana pepasangan,logik dan kelengkapan elektrik berkenaan dengan perkara yang
berhubung dengan keselamatan orang dan penggunaan elektrik dengan cekap dan bagi
maksud yang berkaitan dengannya.

[ 1hb. September 1990. P.U.(B) 494/90 ]

Tajuk ringkas,mula berkuatkuasa dan pemakaian

1.1)Akta ini bolehlah dinamakan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan hendaklah mula
berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam warta.
1.2)Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia,walau bagaimanapun Menteri boleh
melalui perintah menggantung penguatkuasaan keseluruhan atau mana-mana peruntukan
Aktan ini di mana-mana Negeri.
PERATURAN-PERATURAN ELEKTRIK

AKTA 447

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 53 Akta Bekalan elektrik 1990,Menteri
membuat peraturan-peraturan yang berikut:

Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 dan mula


berkuatkuasa pada 30hb Januari 1994.

Tafsiran

[ Peraturan 2-3 ]

Dalam Akta ini,melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

“ Aksesori”ertinya peranti,selain daripada kelengkapan menggunakan arus,yang berkaitan


dengan apa-apa kelengkapan atau pendawaian pepasangan;

“dibumikan”ertinya disambungkan kepada jisim am bumi;

“gear suis”ertinya pemasangan radas pensuisan utama dan tambahan bagi


pengedalian,pengawalseliaan,perlindungan atau pengawalan lain pepasangan elektrik;

“kabel”ertinya panjang konduktor tunggal bertebat,sama ada pejal atau berlember,atau dua
atau lebih konduktor itu,setiapnya disediakan dengan penebatnya sendiri,yang dipasangakan
bersama. Konduktor atau konduktor-konduktor bertebat itu boleh atau tidak disediakan
dengan penutup keseluruhannya bagi perlindungan mekanikal;

“kerja elektrik”ertinya apa-apa kerja yang dilaksanakan atau dijalankan pada sesuatu
pepasangan elektrik dan termasuk pemasangan,pembinaan,mendirikan atau membaiki
pepasangan elektrik,mengubah struktur,menggantikan mana-mana bahagiannya,menambah
mana-mana bahagiannya atau menjalankan apa-apa kerja padanya bagi maksud
penyenggaraannya,tetapi tidak termasuk kerja yang berhubungan dengan-

a) pengilangan pepasangan elektrik atau pemasangannya dalam penjalanan,atau


berkaitan dengan,pengilangannya bagi maksud menghasilkan barang baru;atau
b) meminyak,menggris,membersih,membersih atau mengecat pepasangan elektrik;
“konduktor fasa”ertinya konduktor suatu sistem arus ulang-alik bagi penghantaran tenaga
elektrik,selain daripada konduktor neutral;

“konduktor neutral”ertinya konduktor yang disambungkan pada poin neutral sesuatu sistem
dan menyumbang kepada penghantaran tenaga elektrik;

“konduktor talian”ertinya suatu konduktor yang menjadi sebahagian daripada talian aerial;

“kontraktor Elektrik”ertinya orang yang memegang Perakuan Pendaftaran sebagai seorang


Kontraktor Elektrik yang dikeluarkan di bawah peraturan 75;

“konduktor Papan Tanda elektrik”ertinya orang yaang memegang Perakuan Pendaftaran


sebagai seorang Kontraktor Papan Tanda Elektrik yang dikeluarkan di bawah peraturan 84;

“kontraktor Pembaikan Elektrik”ertinya orang yang memegang Perakuan Pendaftaran sebagai


seorang Kontraktor Pembaikan Elektrik yang dikeluarkan di bawah peraturan 88;

“litar”ertinya litar elektrik yang menbentuk suatu sistem atau suatu cawangan sistem;

“litar akhir”ertinya litar yang bersambunga terus kepada kelengkapan menggunakan arus,atau
kepada soket aliran keluar atau poin aliran keluar lain,bagi smabungan kepada kelengkapan
itu;

“neutral bumi bebilang”ertinya konduktor talian neutral yang dibumikan pada lebih daripada
satu poin;

“papan suis”ertinya pemasangan gear suis dengan atau tanpa peralatan,tetapi tidak terpakai
bagi suatu kumpulan suis setempat pada litar akhir;

“Papan tanda elektrik”ertinya papan tanda neon atau radas penggunaan lain yang
seumpamanya yang dikendalikan lebih daripad 400 volt;

“Pemutus litar”ertinya peranti mekanikal bagi menyambung atau memutuskan litar


hidup,contohnya litar pintas,apabiala litar itu terputus secara automatik;

“Pencantum kabel”ertinya orang yang memegang Perakuan Kekompetenan sebagai


Pencantum Kabel yang dikeluarkan di bawah peraturan 51;

“pencawang”ertinya mana-mana premis atau bahagiannya yang terkepung yang mempunyai


radas sama ada untuk mengubah atau menukarkan elektrik kepada atau daripada voltan tinggi
(selain daripada mengubah atau menukarkan elektrik semata-mata bagi pengendalian peranti
pensuisan atau peralatan),atau untuk pensuisan,pengawalan atau pengawalseliaan elektrik
pada voltan tinggi dan yang cukup besar untuk membolehkan orang masuk selepas radas
diletakkan pada tempat itu,dan termasuk radas di dalamnya;

“Pendawai”ertinya orang yang memegang Perakuan Kekompetenan sebagai Pendawai yang


dikeluarkan di bawah peraturan 50;
“Pengilang Papan Suis”ertinya orang yang memegang Perakuan Pendaftaran sebagai
Pengilang Papan Suis yang dikeluarkan di bawah peraturan 92;

“pengubah”ertinya radas yang tanpa bahagian yang sentiasa bergerak yang melalui arus
elektromagnet mengubah voltan atau arus ulang-alik dalam satu liltan menjadi voltan atau
arus ulang-alik dalam satu atu lebih liltan yang lain,biasanya pada nilai yang berbeza bagi
voltan atau arus dan termasuklah pengubah auto;

“penyelia Elektrik”rrtinya orang memegang Perakuan Kekompetenan sebagai Penyelia


Elektrik yang di keluarkan di bawah peraturan 48;

“pepasangan berdaftar”ertinya pepasangan yang baginya Perakuan Pendaftan yang sah telah
dikeluarkan di bawah peraturan 3;

“pepasangan domestic”ertinya pepasangan di tempat kediaman persendirian yang tidak


digunakan dalam mana-mana hotel atau rumah tumpangan atau bagi maksud menjalankan
apa-apa perniagaan,perdagangan,profesion atau perkhidmatan;

“peranti arus kaki”ertinya peranti pensuisan mekanik atau sekumpulan peranti yang
dicadangkan untuk menyebabkan pembukaan sentuhan apabila arus baki mencapai nilai yang
ditentukan dalam keadaan tertentu;

“sesalur agihan”ertinya bahgain mana-mana sesalur yang dengannya talian perkhidmatan


adalah atau dimaksudkan hendak disambung secara langsung;

“Unit Pendawaian Persendirian”ertinya orang yang memegang Perakuan Pendaftaran sebagai


Unit Pendawaian Persendirian yang dikeluarkan di bawah peraturan 80;

“voltan amat rendah”ertinya voltan yang biasanya tidak melebihi 50 volt arus ulang-alik atau
120 volt arus terus,sama ada antara konduktor atau antara konduktor dengan bumi;

“voltan rendah”ertinya voltan yang biasanya melebihi voltan amat rendah tetapi tidak
melebihi 1,000 volt arus ulang alik atau 1,500 volt arus terus di antara konduktor,atau 600
volt arus ulang alik atau 900 volt arus terus antara konduktor dengan bumi.
Peraturan 12-14

Penyeliaan dan penyiapan pepasangan-

12.1)Mana-mana pendawaian elektrik dalam sesuatu pepasangan yang menerima bekalan


fasa tunggal daripada pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan,mengikut mana-mana
yang berkenaan,hendaklah di bawah penyeliaan langsung Pendawai dengan Sekatan Fasa
Tunggal atau sekatan Fasa Tiga,dan apabila siap pepasangan itu,Pendawai tersebut hendaklah
memperakukan suatu Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan.

12.2)Mana-mana pendawaian elektrik dalam suatu pepasangan,dikendalikan pada voltan


rendah yang menerima bekalan tiga fasa daripada pemegang lesen atau pihak berkuasa
bekalan,mengikut mana-mana yang berkenaan,hendaklah di bawah penyeliaan langsung
Pendawai dengan sekatan Fasa Tiga,dan apabila siap pepasangan itu,Pendawai itu hendaklah
memperakukan Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan.

12.3)Bagi maksud peraturan ini dan subperaturan 13(1) dan (2),Pendawai dengan sekatan
Fasa Tunggal atau Sekatan Fasa Tiga,mengikut mana-mana yang berkenaan,hendaklah
diambil kerja sepenuh masa oleh Kontraktor Elektrik atau Unit Pendawaian Persendirian.

Ujian pepasangan

13.1)Apabila siap pendawaian atau pendawaian semula sesuatu pepasangan atau tambahan
pada pepasangan yang sedia ada seperti dalam subperaturan 12(1) itu,pepasangan itu
hendaklah diuji oleh Pendawai dengan Sekatan Fasa Tunggal atau oleh Pendawai dengan
Sekatan Fasa Tiga yang diberi kuasa untuk menguji mana-mana pepasangan,dan yang
hendaklah mengesahkan Perakauna Ujian bagi pepasangan itu.

13.2)Apabila siap pendawaian atau pendawaian semula pepasangan atau tambahan kepada
pepasangan yang sedia ada seperti dalam subperaturan 12(2),pepasangan itu hendaklah diuji
oleh Pendawai dengan Sekatan Fasa Tiga yang diberi kuasa untuk menguji mana-mana
pepasangan,dan yang hendaklah memperakukan Perakuan Ujian bagi pepasangan itu.

13.3)Apabila siap pepasangan atau tambahan kepada pepasangan yang sedia ada yang
dikendalikan pada voltan yang lebih tinggi daripada voltan rendah itu,pepasangan itu
hendaklah diuji oleh Jurutera Perkhidmatan Elektrik,yang diambil kerja sepenuh masa oleh
Kontraktor Perkhidmatan Elektrik dan yang hendaklah mengesahkan Perakuan Ujian bagi
pepasangan itu.

Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan dan Perakuan Ujian

14.1)Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan dan Perakuan Ujian dalam peraturan 12 dan 13
hendaklah masing-masing dalam borang G dan H yang ditetapkan dalam Jadual Pertama.
14.2)Tiada pepasangan,selain daripada dalam peraturan 11,boleh menerima bekalan elektrik
daripada atau diberi bekalan elektrik oleh pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan
sehingga Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan dan Perakuan Ujian dikemukan oleh pemunya
atau pengurusan pepasangan itu kepada pemegang lesen atau pihak berkuasa
bekalan,mengikut mana-mana yang berkenaan.

Suis,fius suis,suis fius,pemutus litar,penyentuh,fius,dsb.

16.1)Mana-mana suis,fius suis,suis fius,pemutus litar atau pengasing rangkai hendaklah-

a) dibina,ditempatkan atau dilindungi mengikut apa-apa cara bagi mencegah bahaya;

b) dibina dan dilaras mengikut apa-apa cara bagi membuat dan mengekalkan sentuhan
berkesan;

c) disediakan gagang berkesan ditebat daripada sistem itu dan disusun mengikut apa-apa
cara supaya gagangnya tidak boleh dengan tidak sengaja tersentuh mana-mana
bahagian hidup;

d) dibina dan disusun dengan apa-apa cara supaya ia tidak boleh dengan tidak sengaja
tersentuh mana-mana bahagian hidup konduktor apabila ditinggalkan dalam keadaan
Off

e) dibina dengan apa-apa caraa supaya ia tidak boleh dalam keadaan sentuhan separa
dengan mana-mana konduktor hidup;dan

f) dibina dengan apa-apa cara supaya tidak terdapat arus apabila digunakan untuk
memutuskan litar berbeban.

(2)Mana-mana pemutus litar dan penyentuh yang digunakan untuk menukarkan


sumber bekalan hendaklah mempunyai kutub-kutub yang termasuk suatu kutub
neutral.

(3)Mana-mana fius atau pemutus litar hendaklah-

(a) dibina dan disusun dengan apa-apa cara supaya dapat memutuskan
arus apabila ia melebihi nilai yang diberikan bagi masa yang mencukupi
bagi mencegah bahaya;dan

(b) dibina,dikawal atau ditempatkan dengan apa-apa cara supaya dapat mencegah
bahaya akibat terlampau panas,pengarkaan atau daripada penyelerakan logam panas
atau bahan lain.

(4)Fius dalam subperaturan (3) hendaklah sama ada yang dibina sedemikian rupa atau
yang dilindungi dengan suis supaya bahagian sebatiannya mudah diganti tanpa
bahaya.
Cara pengasingan

Dalam suatu sistem elektrik,cara yang berkesan hendaklah diadakan bagi-

a) mematikan setiap bahagian sistem itu;

b) melindungi setiap bahagian sistem daripada arus berlebihan;

c) mematikan setiap cawangan sistem agihan tanpa gangguan bekalan kepada sistem
yang selebihnya;dan

d) mematikan setiap sublitar sistem pendawaian tanpa gangguan bekalan kepada sistem
yang selebihnya.

Susunan papan suis secara am

19. (1) Susunan am papan suis hendaklah seperti berikut:

a) semua bahagian yang mungkin dikehendaki dilaraskan atau dikendalikan hendaklah


mudak diakses;

b) pengaliran tiap-tiap konduktor hendaklah boleh dikesan dan gambarajah sambungan-


sambungan yang dilukis dengan jelas hendaklah dipamerkan berdekatan dengan
papan suis itu.

c) Sesuatu konduktor,tidak disusun untuk sambungan kepada sistem yang


sama,hendaklah diasingkan dengan baik dan boleh dibezakan;dan

d) sesuatu konduktor tidak bersalut hendaklah ditempatkan atau dilindungi bagi


mencegah bahaya daripada sentuhan tidak sengaja.

Mengendali papan suis

20.sebelum apa-apa kerja dimulakanpada papan suis-

a.papan suis itu hendaklah dimatikan dan setiap konduktor dibumikan;atau


b.jika papan suis itu disusun mengikut apa-apa cara supaya mana-mana konduktornya
boleh dimatikan mengikut bahagian dan diasingkan dengan pemisah atau pengandang
kekal atau boleh alih daripada bahagian yang bersebelahan yang konduktornya
hidup,bahagian yang padanya kerja akan dibuat hendaklah dimatikan dan setiap
konduktor dibumikan.
Papan suis dikendalikan pada voltan tinggi dan voltan amat tinggi

21.Dalam suatu papan suis yang dikendalikan pada voltan tinggi atau amat tinggi-

a.konduktor yang boleh dicapai dengan bersahaja oleh orang yang berdiri di atas
pelantar kerja atau dalam mana-mana laluan papan suis hendaklah ditempatkan atau
dilindungi secukupnya bagi mencegah bahaya;
b.rangka logam mana-mana peralatan hendaklah dibumikan;dan
c.gagang logam suis dan mana-mana gear logam bagi mengedalikan suis hendaklah
dibumikan.

Keadah pembumian

35.dalam mana-mana pepasangan sistem pembumian konduktor yang lengkap yang dibuat
daripada bahan yang boleh diterima dan mempunyai luas keratan rentas yamg mencukupi
dengan satu atau lebih plat bumi,paip atau rod hendaklah diadakan. Sistem membumi itu
hendaklah disambungkan ke bumi dan disenggarakan dengan berkesan.

Perlindungan terhadap arus kebocoran bumi

36.(1) Bagi suatu pepasangan di tempat hiburan awam,perlindungan terhadap arus kebocoran
bumi hendaklah dibuat bagi mana-mana litar akhir yang membekalkan elektrik kepada
sesuatu kelengkapan yang dimaksudkan untuk mengadakan perkhidmatan kepada orang
awam atau yang dimaksudkan boleh diakses,digunakan atau dikendalikan oleh orang ramai
dengan menggunakan peranti arus baki yang mempunyai arus kendalian baki terkadar tidak
melebihi 10 miliampere.

(2)Bagi sesuatu pepasangan di tempat yang lantainya berkemungkinan akan basah atau jika
dinding atau kepungan berintangan elektrik yang rendah,perlindungan terhadap arus
kebocoran bumi hendaklah dibuat pada mana-mana litar akhir yang membekalkan elektrik
kepada mana-mana kelengkap[an,sama ada secara berasingan,atau dalam kumpulan,dengan
peranti arus baki yang mempunyai arus kendalian baki terkadar tidak melebihi 10
miliampere.

(3)Bagi sesutu pepasangan jika kelengkapan,radas atau perkakas yang dipegang dengan
tangan digunakan atau berkemungkinan digunakan,perlindungan terhadapa arus
kebocoran bumi hendaklah dibuat pada mana-mana litar akhir,sama ada secara
berasingan atau dalam kumpulan,dengan peranti arus baki yang mempunyai arus
kendalaian baki terkadar tidak melebihi 30 miliampere.

(4)bagi sesuatu pepasangan,selain daripada pepasangan yang disebut dalam


subperaturan (1),(2) dan (3),perlindungan terhadap arus kebocoran bumi hendaklah dibuat
bagi mana-mana litar akhir,sama ada secara individu atau secara kumpulan,dengan peranti
arus baki yang mempunyai arus kendalian bali terkadar tidak melebihi 100 miliampere
melainkan-
a) atas sebab-sebab funsi,adalah tidak praktik untuk mengadakan perlindungan itu;atau

b) adalah tidak selamat atau berbahaya untuk mengadakan perlindungan itu.

Ruang bagi papan suis atau kelengkapan

37.Mana-mana bahagian sesuatu pepasangan yang papan suis atau kelengkapan dipasang di
dalam mana-mana premis-

(a) hendaklah cukup terang,dialih udara dan sentiasa kering.

(b) hendaklah bebas daripada halangan bagi membolehkan papan suis atau kelengkapan itu
dikendalikan dengan selamat;

(c)tidak boleh digunakan bagi apa-apa jenis penstoran.

PENYENGGARAAN

Pemeriksaan dan ujian bagi maksud penyenggaraan pepasangan,dsb.

110. (1) sesuatu pepasangan hendaklah disenggarakan dalam keadaan baik dan berfungsi
dan langkah-langkah awasan hendaklah dipatuhi pada setiap masa untuk mencegah
bahaya.

(2)tanggungjawab untuk menyenggara pepasangan mengikut cara yang dikehendaki


dalam subperaturan (1) hendaklah terletak pada pemunya pengurusan atau pemegang
lesen atau penghuni pepasangan,pengkhidmat atau ejennya,mengikut mana-mana
yang berkenaan.

(3)sesuatu pepasangan,selain daripada pepasangan domestik,hendaklah diperiksa dan


diuji oleh orang kompeten sekurang-kurangnya sekali setiap lima tahun,atau pada
bila-bila masa yang diarahkan oleh Suruhanjaya.

(4)mana-mana geganti dan peranti pelindung sesuatu pepasangan hendaklah


diperiksa,diuji dan ditentu ukur oleh orang kompeten sekurang-kurangnyasekali setiap
dua tahun,atau pada bila-bila masa yang diarahkan oleh Suruhanjaya.

(5)Suruhanjaya boleh memeriksa sesuatu pepasangan atau premis di tempat


pepasangan diletakkan jika Suruhanjaya berpendapat adalah wajar berbuat demikian
bagi kepentingan orang ramai atau keselamatan awam,dan jika notis bertulis diberikan
kepada pemunya,pengurusan atau pemegang lesen sesuatu pepasangan atau
premis,mengikut mana-mana yang berkenaan,hendaklah menyebabkan orang yang
menjaga pepasangan atau premis itu hadir dan memberikan apa-apa bantuan
sebagaimana yang diperintahkan oleh suruhanjaya dalam notis itu.

You might also like