You are on page 1of 5

May 19, '09 12:15 AM

Doa dan amalan untuk memperolehi zuriat~Ustazah Siti Nor Bahiyah for everyone

Melalui perkahwinan, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana
perkahwinan yang harmoni dan sesuai menurut tuntutan Ilahi, dapat memenuhi tuntutan biologi. Malah tujuan
perkahwinan juga adalah untuk mendapatkan zuriat melalui ikatan sah di sisi agama dan undang-undang. Namun,
tidak semua pasangan suami isteri beroleh zuriat setelah berkahwin. Ada sesetengah pasangan perlu mengambil
masa yang lama untuk memperoleh zuriat dan ada juga yang tidak mempunyai zuriat sehingga tua disebabkan
perkara-perkara tertentu. Tetapi perlu diingat bahawa semua yang berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak
ALLAH s.w.t.

Oleh yang demikian, mereka yang beriman dan percaya dengan ketentuanNYA akan redha dengan segala apa yang
terjadi terhadap diri mereka. Akan tetapi itu tidak bermakna kita hanya perlu akur dan berserah dengan apa yang
terjadi tanpa berusaha bersungguh-sungguh untuk memiliki zuriat. Dalam Islam terdapat tips atau amalan yang boleh
diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh.

Pertama, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang
bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya
Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s
pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah ALLAH s.w.t. Maka
baginda meyakini bahawa ALLAH berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula, baginda memegang
amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang
sihat sejahtera dan berakhlak.

Kedua, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: “Wahai
Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-
baik yang mewarisi.” Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s. untuk memperoleh anak yang baik bagi
menyambung zuriatnya.Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk mendapat zuriat.
Selain itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Pasangan suami isteri juga dinasihatkan
supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah ALLAH s.w.t. yang hebat
ini.

Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah
laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya. Untuk mendapat anak yang baik dan soleh, terdapat
amalan yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa anak itu sendiri, iaitu:

1.
Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa
mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.

2.Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau
sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan
15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak)
sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi
dalam kandungan bolehlah diamalkan.
3.
Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia,
lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya,
basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.
4.
Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-
kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.

5.
Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah
mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya.

*
Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatanSurah Maryam – Untuk memudahkan ibu
bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan
cerdik jiwa.Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.Surah Hujurat – Untuk
memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hatiSurah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak
terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan
terpelihara daripada maksiat.Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

Amalan-amalan untuk memperolehi zuriat

Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada
Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan
tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi
anda berdua untuk memperolehi zuriat.

Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa
untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat
kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.

Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang
terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.

Amalan pertama.

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh


- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah
kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan
merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.

Amalan kedua.

-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum
mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut
diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat
daripada-Nya.
Setiap kita ingin memiliki anak, zuriat atau keturunan yang bisa membuatkan hati rasa gembira dan
bahagia.  Dan sudah tentulah ukurannya pasti kita lihat dari sudut agama kerana ukuran agama
lebih abadi sifat dan kesannya.

Pernah seorang ibu bertanya kepada saya apakah yang harus diperbuat untuk membentuk anak-
anak supaya menjadi soleh?

Saya yang merupakan seorang bapa muda dan belum banyak pengalaman berasa agak malu untuk
menjawab, sekadar mengatakan bahawa ibubapa mesti mendidik anak-anak dengan akhlaq yang
soleh dan harus memberikan contoh yang baik.  Kerana anak-anak banyak mencontohi tauladan dan
perbuatan dari ibubapa mereka.  Disamping itu, jangan lekang dengan do’a kerana selepas usaha
dan ikhtiar, harus kita menyerahkan urusan kita kepada ALLAH.  Hidayah dan taufiq untuk anak-
anak adalah haq ALLAH.

Saya menyarankan kepada beliau do’a yang masyhur dibaca oleh masyarakat dari surah al-Furqan,
ayat 74.  Kerana itu sahaja setakat yang saya hafal dan amalkan.

Teringat akan hal di atas maka hari ini, saya belek buku ‘Didik Anak Cara Rasulullah SallAllahu
‘Alaihi Wasallam’ yang ditulis oleh Muhammad Nur Abdullah Hafiz Suaid terbitan KBC dan
alhamdulillah di sana ada disenaraikan doa-doa berkaitan kebaikan keluarga dan zuriat yang dipetik
dari al-Quran yang mulia.  Berikut adalah do’a-do’anya:

‫ك َو ِم ْن ُذ ِّريَّتِنَا‬َ َ‫َربَّنَا َواجْ َع ْلنَا ُم ْسلِ َمي ِْن ل‬


َ َ‫ ُم ْسلِ َمةً ل‬ ً‫أُ َّمة‬
 ‫ك‬
Maksudnya:  “Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepadaMU dan
(jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepadaMU.”    (Al-Baqarah :
128)

  

َ َّ‫ك ُذرِّ يَّةً طَيِّبَةً إِن‬


‫ك‬ َ ‫َربِّ هَبْ لِي ِم ْن لَ ُد ْن‬
 ‫ال ُّد َعا ِء‬ ‫َس ِمي ُع‬
Maksudnya:  “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya
Engkau Maha Pendengar doa”. (Ali-Imran : 38)

َّ ِ‫َربِّ اجْ َعلْ هَ َذا ْالبَلَ َد آ ِمنًا َواجْ نُ ْبنِي َوبَن‬


 ‫ي‬
 ‫أَ ْن نَ ْعبُ َد األصْ نَا ِ َم‬
Maksudnya:  “Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Mekah), negeri yang aman, dan jauhkanlah aku
beserta anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala.”  (Ibrahim : 35)

 ‫َربِّ اجْ َع ْلنِي ُمقِي َم الصَّال ِة َو ِم ْن ُذرِّ يَّتِي‬


 ‫ َوتَقَبَّلْ ُد َعا ِء‬ ‫َربَّنَا‬
Bermaksud:  “Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan
salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”  (Ibrahim : 40)

َ ِ‫ي َولِ ْل ُم ْؤ ِمن‬


‫ين يَ ْو َم‬ َّ ‫َربَّنَا ا ْغفِرْ لِي َولِ َوالِ َد‬
  ُ‫ ْال ِح َساب‬ ‫يَقُو ُم‬
Bermaksud:  “Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapakku dan sekalian orang-
orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).”  (Ibrahim : 41)

 َ‫اجنَا َو ُذ ِّريَّاتِنَا قُ َّرة‬ ِ ‫َربَّنَا هَبْ لَنَا ِم ْن أَ ْز َو‬


 ‫ين إِ َما ًما‬ َ ِ‫أَ ْعي ٍُن َواجْ َع ْلنَا لِ ْل ُمتَّق‬
Bermaksud:  “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami
sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang
bertakwa.”  (Al-Furqan : 74)

 ‫ك الَّتِي‬ َ َ‫َربِّ أَ ْو ِز ْعنِي أَ ْن أَ ْش ُك َر نِ ْع َمت‬


 ‫ي َوأَ ْن أَ ْع َم َل‬ َّ ‫ي َو َعلَى َوالِ َد‬ َّ َ‫ت َعل‬ َ ‫أَ ْن َع ْم‬ 
‫ضاهُ َوأَصْ لِحْ لِي فِي ُذ ِّريَّتِي‬ َ ْ‫صالِحًا تَر‬ َ
َ ‫ْك َوإِنِّي ِم َن ْال ُم ْسلِ ِم‬
 ‫ين‬ َ ‫ْت إِلَي‬
ُ ‫إِنِّي تُب‬
Bermaksud:  “Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau
berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang
Engkau ridai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku.
Sesungguhnya aku bertobat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang
berserah diri.”  (Al-Ahqaf : 15)

Mudah-mudahan kita dapat beramal dengannya dan dikurniakan kita semua dengan zuriat yang
soleh dan solehah, amin.

You might also like