You are on page 1of 3

SOALAN TUGASAN:

i. Huraikan keperluan linguistik dalam kalangan guru bahasa Melayu.

ii. Perincikan jenis pengetahuan linguistik yang perlu diketahui oleh guru bahasa

Melayu.

iii. Jelaskan kepentingan linguistik dalam kehidupan masyarakat.


Ada banyak cara linguistik itu boleh menjadi berguna kepada seseorang guru bahasa.
E. Roulet (1975: 65-75) memberikan enam kegunaan linguistik dalam pengajaran
bahasa:
1. Teori linguistik memberikan maklumat tentang struktur dan fungsi sistem bahasa itu secara
umum kepada guru bahasa. Hal ini mungkin memainkan peranan penting dalam
menentukan tujuan, isi, dan pendekatan sesebuah kursus bahasa.
2. Teori linguistik juga memberikan suatu bahasa perantaraan kepada guru. Ini ialah
kesejagatan bentuk seperti jenis-jenis rumusan yang berlainan dalam tatabahasa
transformasi generatif (rumus penyingkiran, rumus transformasi, dan sebagainya) dan
keseragaman kategori-kategori seperti Frasa Nama, Frasa Kerja, atau ciri-ciri nahuan
kata, seperti: + animat, + statif, dan seterusnya. Semua perkara ini boleh dipakai oleh
guru dalam pengajaran bahasa.
3. Sama ada secara langsung atau tidak, teori linguistik tentang pemerolehan bahasa
mempengaruhi perkaedahan pengajaran bahasa, lebih-lebih lagi bagaimana kursus-
kursus bahasa diajarkan.
4. Sebuah deskripsi bahasa akan menyedarkan guru tentang struktur bahasa yang akan
diajarkan, dan dengan itu dapat meningkatkan kualiti isi linguistik dalam kursus bahasa.
5. Deskripsi bahasa juga memberi guru bahasa itu suatu pengetahuan tentang unit-unit unsur
seperti fonem, morfem, tagmem, dan sebagainya. Ia juga memberikan senarai struktur
atau suatu sistem rumusan bagi sesuatu bahasa yang boleh digunakan dalam
kursusnya.
6. Suatu deskripsi bahasa memberikan satu sistem rumusan yang berentetan. Ini boleh
digunakan untuk membentuk bahan mengajar. Kadang-kadang rentetan itu tidaklah
perlu dituruti secara rapi.
Walau bagaimanapun, ahli linguistik bukanlah memberikan teori atau
deskripsi bahasa. Linguistik hanya memberikan teknik analisis. Kedua-dua ahli linguistik
dan guru bahasa menggunakan bahasa yang sama lain. Susah kita hendak menerima
bagaimana sebuah bahasa itu boleh diajarkan tanpa sebuah deskripsi bahasa. walau
bagaimanapun, tentu ada pula yang memerlukan penyesuaian untuk diajarkan.
Pengajaran bahasa itu tentu sentiasa mempengaruhi deskripsi bahasa.
Guru bahasa memang memerlukan linguistik. Oleh itu mereka hendaklah tahu
hubungannya antara linguistik dengan pengajaran bahasa. D.A. Wilkins (1972)
menyatakan ada tiga jenis hubungan tersebut. Pertama, linguistik memberikan deskripsi
yang lengkap tentang bahasa, tetapi tidak memberikan cara mengajar yang paling baik.
Kedua, sebarang perkembangan dalam bidang linguistik itu, janganlah
disalahmengertikan sebagai suatu sebab untuk membuat perubahan. Banyak daripada
maklumat demikian yang akan dipakai untuk mengajarkan bahasa. tetapi seseorang
guru bahasa itu hendaklah menyesuaikan maklumat tersebut untuk tujuan dan
kepentingannya. Ketiga, linguistik memang mempengaruhi pengajaran bahasa, tetapi
tidaklah pula selalunya begitu, tetapi biarlah dihadkan kepada keperluan semasa.

You might also like