You are on page 1of 19

Soalan:

a) Apakah yang dimaksudkan dengan Imbangan Hidrologi?.(10


Markah)

b) Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi imbangan air negatif.


(15 Markah)

Pendekatan Jawapan:

a) Konsep Imbangan Hidrologi.

Imbangan hidrologi atau imbangan air boleh dikaji daripada pelbagai


skala samada skala makro atau skala mikro. Pada asasnya imbangan hidrologi
adalah jumlah air yang diterima di satu-satu kawasan (INPUT) adalah sama
banyaknya dengan yang disimpan (STORAN) dan yang dikeluarkan dari
kawasan tersebut (OUTPUT). Secara formula imbangan air boleh ditulis seperti
berikut:

IA : I = O S.

Dimana;

IA = Imbangan Air.
I = Input Air yang masuk di sesebuah kawasan.
O = Output air yang keluar dari kawasan tersebut.
S = Perubahan storan atau simpanan yang dialami.

Pada skala makro atau skala global input air yang diterima oleh seluruh
permukaan bumi datangnya daripada kerpasan seperti hujan termasuk hujan
batu,salji, embun dan lain-lain. Outputnya pula adalah wap-wap air yang
dikeluarkan melalui sejat-peluhan iaitu kombinasi antara sejatan di permukaan
air, sejatan dari lembapan tanih dan juga pepeluhan oleh tumbuhan di samping
air yang diguna oleh manusia dan haiwan. Manakala storannya adalah yang
disimpan di dalam akuifer sebagai air bawah tanah dan juga simpanan
permukaan seperti di dalam tasik,sungai,kolam serta simpanan terbesar iaitu
laut.
Dalam konteks skala mikro, konsep imbangan air boleh dikaji seperti di
sebuah kawasan lembangan saliran atau di satu kawasan tadahan hujan. Dalam
hal ini input air juga datangnya daripada hujan atau dari lembangan saliran
yang bersebelahan dengannya. Air tersebut akan disimpan di dalam sistem
saliran (sungai),tasik,kolam,paya,empangan dan lain-lain takungan yang ada di
dalam kawasan tadahan berkenaan selain daripada simpanan kekal sebagai air
bawah tanah. Outputnya pula dikeluarkan oleh proses sejat-peluhan, diguna
oleh tumbuhan serta haiwan,diluahkan (discas) oleh sungai ke laut di samping
yang diguna oleh manusia. Di antara contoh-contoh kawasan tadahan yang
popular pada masa kini ialah seperti kawasan tadahan Langat dan kawasan
tadahan Semenyih yang terletak di Selangor. Imbangan air pada skala mikro ini
sentiasa berubah-ubah. Oleh sebab itu konsep keseimbangannya dipanggil
sebagai “Keseimbangan Dinamik” bukannya statik. Ini bermakna dalam
jangkamasa tertentu nilai Input (I), Storan (S) dan Output (O) akan berubah-
ubah hasil daripada perubahan semulajadi atau diubah oleh manusia atau
kombinasi antara kedua-duanya.

b) Faktor-faktor yang mempengaruhi imbangan air negatif.

Imbangan air negatif boleh ditakrifkan sebagai kekurangan air ( fenomena


kemarau) iaitu kadar sejatan melebihi daripada kerpasan (hujan) yang turun. Faktor-
faktor yang mempengaruhi keadaan kemarau atau kekurangan air di sesuatu tempat ini
boleh ditinjau dalam konteks faktor semulajadi dan juga tindakan manusia . Antaranya:

Faktor Semulajadi:

1. Fenomena El-Nino. El-Nino dikaitkan dengan kenaikan suhu lautan


Pasifik yang berupaya mengubah, melemah dan menghentikan tiupan angin
timuran yang selama ini membawa hujan yang lebat di Semenanjung Malaysia.
Hujan telah turun di lautan dan bukannya di kawasan yang sepatutnya iaitu di
daratan. Akibatnya kemarau yang berpanjangan melanda negara semenjak
september 1997 lagi. Suhu yang panas menyebabkan udara menjadi lebih
kering (dry air), lembapan tanih dan akuifer kekurangan air serta proses
transpirasi tumbuhan berkurangan sekaligus mengurangkan peratus
kelembapan udara dan kebarangkalian untuk turunnya hujan adalah amat tipis
sekali. Hal ini akan menyebabkan simpanan air di kawasan tadahan akan
berkurangan dan seterusnya mengurangkan bekalan air/krisis air. Sebagai
contoh boleh dilihat pada jadual di bawah berkaitan dengan kekurangan hujan
akibat El-Nino di kawasan Empangan Langat dan Klang Gates, Selangor semasa
tempoh El-Nino di Malaysia 1997 – 1998.

Perbandingan Purata Taburan Hujan (Jan - Mac) Antara Tahun 1997


dengan 1998 dalam Unit (mm) Di Empangan Langat dan Klang Gates.

Empangan Purata Taburan Hujan (Jan - Mac) Dalam Unit mm.


1997 1998 % Berkurang
Langat 123.46 40.9 67%
Klang Gates 148.60 90.0 39%
Pengurangan input hujan di kawasan tadahan Langat dan Klang Gates ini jelas
sekali telah mempengaruhi kapasiti storan air bawah tanahnya sehingga sungai-
sungai yang mengalir di kawasan tersebut tidak mempunyai bekalan air yang
mencukupi. Keadaan ini pastinya akan menurunkan simpanan air di kedua-dua
buah empangan berkenaan hingga ke paras kritikal.

Faktor Tindakan Manusia:

Walaupun El-Nino sering dipersalahkan dalam kes kekurangan


air/kemarau di Malaysia pada tahun 1997, tetapi tindak tanduk manusia juga
tidak boleh diketepikan. Sebagai contoh dalam kes negeri Selangor. Memang
tidak dapat dinafikan negeri Selangor adalah sebuah negeri yang paling pesat
pembangunannya di Semenanjung Malaysia. Tuntutan pembangunan yang
terlalu mendesak telah menyebabkan hutan-hutan diteroka dengan rakus, bukit-
bukit digondolkan untuk pembinaan petempatan,industri dan lain-lain
sehingga manusia terlupa tentang peri pentingnya keseimbangan air dan kitar
hidrologi dikekalkan. Dengan perkataan yang mudah pada peringkat ini
manusia telah menolak konsep “Pembangunan Lestari”. Sebagai contoh di
dalam kes kegiatan pembalakan di Hutan Simpan Sungai Lalang, Semenyih
Selangor yang hanya terletak dalam lingkungan 3.5 kilometer dari kawasan
tadahan Semenyih. Akviti pembalakan tersebut jelas mempengaruhi penurunan
air di empangan Semenyih. Menurut Prof.Madya Dr.Mohd Ali Hassan,
Pensyarah Jabatan Geologi Universiti Malaya “Sekitar 10 km dari kawasan
tadahan sebenarnya bertindak sebagai zon penampan (Buffer Zone) untuk
menjamin bekalan air yang berterusan kepada kawasan tadahan dan
seterusnya kepada sungai dan empangan. Pembalakan seharusnya dijalankan
di luar daripada zon 10 km ini. Di negara Maju seperti Perancis sebarang
pembalakan hanya dibenarkan pada zon 20 km dari kawasan tadahan”. Zon
penampan ini amat penting dan sensitif kerana ia bertindak sebagai tempat
penyelamat, menakung dan menyimpan air bawah tanah untuk dibekalkan
secara tetap kepada sungai menerusi edaran air bawah tanah. Hutan-hutan di
kawasan ini berfungsi untuk memintas dan menyusupkan air hujan ke dalam
tanah lalu disimpan di dalam sistem akuifer. Sistem akuifer juga bertindak
sebagai konduit untuk membolehkan air mengalir menuju ke sungai,tasik,kolam
dan empangan yang ada dalam kawasan tadahan tersebut. Justeru apabila
pembalakan dijalankan di dalam zon penampan ini ia akan memusnahkan
sistem akuifernya sekaligus menggangu kapasiti storan air bawah tanah.
Selain daripada itu pokok-pokok di dalam kawasan ini juga menjalankan
proses transpirasi membebaskan wap-wap air ke udara, menjamin kelembapan
udara berterusan bagi membentuk awan guna untuk menurunkan hujan di
kawasan tadahan tersebut. Tegasnya jarak 3.5 km dari kawasan tadahan
bukanlah satu keluasan yang selamat untuk memastikan larian air permukaan
mahupun sumber air bawah tanah tidak terganggu. Sebenarnya zon penampan
(10 km dari kawasan tadahan) tidak boleh diusik untuk sebarang pembangunan
bagi menjamin keseimbangan hidrologi dan ekologi tidak terjejas. Jika tidak
empangan-empangan di Selangor akan terus menghadapi masalah kekurangan
sumber airnya.

Kadar pembandaran yang terlalu pesat juga telah menjana kepada


imbangan air negatif/kemarau. Kajian kes boleh dibuat di Lembah Kelang.
Dalam hal ini Lembah Kelang sebagai satu “Lembangan Saliran” sudah tidak
berfungsi lagi. Pembangunan pesat metropolis Kuala Lumpur telah menukarkan
hutan semulajadi kepada hutan batu, muka bumi telah diturap dengan aspalt
dan bitumen. Ini menyebabkan kadar susupan air berkurangan seterusnya
simpanan air di dalam sistem akuifer bawah tanah semakin sedikit. Kesannya
input air kepada sungai-sungai seperti Sungai Gombak,Sungai Kelang serta
tasik-tasik di sekitarnya semakin susut. Selain itu keadaan pulau haba di
Lembah Kelang menjadi fenomena berkala untuk menghasilkan udara kering
(dry air). Peratus kelembapan udara menjadi rendah, gumpalan awan tebal
untuk menurunkan hujan tidak terbentuk yang sekaligus menyebabkan input
air dalam persamaan hidrologi semakin berkurangan.

Kekurangan bekalan air di Selangor juga berpunca daripada pengeluaran


dan penggunaan yang berlebihan tanpa kawal-selia yang cekap dan tidak sejajar
dengan keupayaan pengeluarannya (Permintaan melebihi penawaran). Hal ini
terjadi akibat pertambahan penduduk dan pekembangan industri yang begitu
pesat di Selangor. Pertambahan penduduk akibat migrasi ke Selangor adalah
seiring dengan pembangunan perindustriannya. Permintaan air untuk domestik
dan perindustrian terus meningkat tidak sepadan dengan kemampuan
penawarannya, malah sesetengah kilang telah lama menggunakan air bawah
tanah sebagai langkah penjimatan kos. Selain itu akibat kecuaian manusia
penawaran air bersih semakin berkurangan . Sebagai contoh Loji Air Sungai
Langat terpaksa diberhentikan operasinya beberapa kali dalam tempoh akhir
1997 hingga awal 1998 akibat pencemaran amonia yang dibuang oleh kilang-
kilang yang berdekatan. Kualiti air mentah di Sungai Langat,Sungai Cheras dan
Sungai Labu pernah mengandungi amonia hingga ke paras 9 Mg/Liter
berbanding dengan had yang dibenarkan hanya sebanyak 0.5 Mg/Liter sahaja.
Hal ini bukan sahaja mengurangkan bekalan kuantiti air malah kualiti air juga
terjejas.

Akhir sekali fenomena imbangan air negatif/kemarau yang dihadapi


oleh Malaysia khususnya negeri Selangor pada tahun 1997 juga berpunca
daripada beberapa kelemahan dalam pengurusan dan pengagehan air serta
sikap pengguna air itu sendiri. Sistem perpaipan bawah tanah yang berselirat
dengan teknologi era 1960-an telah memungkinkan berlakunya
kerosakan,kebocoran dan pembaziran air sebagai satu perkara biasa.
Kekurangan kakitangan dan sikap sambil lewa Jabatan Bekalan Air Selanggor
(JBAS) menyebabkan air terbuang dan dibazirkan begitu sahaja. Dismping itu
sikap pengguna yang menggunakan air tanpa efisyen,kes-kes kecurian air
sedikit sebanyak menjadi punca memudaratkan lagi krisis air di Lembah
Kelang.

Rumusannya air adalah satu khazanah semulajadi yang dianugerah dan


diamanahkan oleh Allah SWT kepada manusia. Manusialah yang
bertanggungjawab untuk mengurus dan mentadbirkannya dengan bijaksana.
Krisis air yang berlaku kini sebahagian besarnya datang daripada tangan-tangan
manusia yang mungkin tidak memahami dan mengerti “Apa itu Imbangan
Hidrologi”.

Soalan:
a) Apakah yang dimaksudkan dengan “Sumber Air Bawah Tanah”.
(5 Markah)

b) Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi


masalah kekurangan sumber dan bekalan air di sesuatu kawasan.
(20 Markah).

Pendekatan Jawapan:

a) Maksud Sumber Air Bawah Tanah

Sumber air bawah tanah adalah merujuk kepada sumber air yang
ditakung di dalam sistem akuifer. Sumber ini datangnya daripada susupan air
hujan ke dalam tanah yang kemudiannya disimpan di dalam formasi batuan
yang tak telap air. Terdapat dua jenis sistem akuifer yang dikenali sebagai
AKUIFUG dan AKUIKLUD. Formasi batuan yang hanya boleh menyimpan air
tetapi tidak membenarkan air yang disimpannya mengalir dipanggil sebagai
Akuifug. Sebagai contoh air di dalam tanah yang disimpan di dalam formasi
batuan granit. Manakala formasi batuan yang boleh menyimpan dan bertindak
sebagai konduit untuk air tersebut mengalir sebagai aliran air bawah tanah
dinamakan sebagai Akuiklud, misalnya air yang tersimpan di dalam lapisan
tanah liat dan juga batuan Syal. Sistem akuifer di Malaysia sememangnya
berpotensi kerana kapasiti airnya yang banyak dan sehingga kini belum lagi
digunakan dengan optima oleh manusia. Dianggarkan simpanan air bawah
tanah di negara ini berjumlah 63 juta meter padu.

b) Langkah-langkah mengatasi kekurangan sumber dan bekalan air


-kajian kes Malaysia.

1. Memajukan sumber air bawah tanah . Penggunaan air bawah tanah


amat mudah dan murah. Kawasan yang sudah dikenalpasti hanya perlu
digerudi dan dipamkan keluar airnya untuk disalirkan ke loji pembersihan
(perawatan) sebelum diagehkan kepada penduduk melalui sistem perpaipan
JBA yang sudah sedia ada. Proses penggerudian akan menggunakan campuran
bertonit dan air yang digerakkan oleh engin. Campuran bertonit ini berfungsi
untuk mengangkut keluar tanah yang telah dikorek disamping menstabilkan
dinding telaga yang dibina, seterusnya air dipamkan keluar oleh mesen
pengepam. Kos pembinaannya jauh lebih murah berbanding dengan kos
pembinaan empangan yang bernilai jutaan ringgit. Setiap perigi yang digerudi
dan digali lengkap dengan sistem salirannya hanya melibatkan kira-kira RM:
30,000 sahaja dan ia dapat membekalkan air kepada 60,000 hingga 100,000
pengguna. Manakala mesen gerudi itu pula berharga RM: 2 juta dan ia boleh
menggali telaga tanpa had.
Walaupun pengambilan air bawah tanah adalah mudah dan murah tetapi
ia mestilah sistematik dan terkawal. Jika air diambil dari sumber Akuifug
mungkin tidak begitu memberikan kesan yang besar kerana geologi granit yang
mendasarinya adalah kukuh dan stabil tetapi jika pengambilan air secara
berlebihan daripada sumber Akuiklud ianya amat merbahaya dan beresiko
tinggi khususnya dalam jangka masa panjang. Selain itu kita juga haruslah
memahami bahawa sistem akuifer terutamanya daripada jenis akuiklud adalah
penyumbang air yang tetap kepada sistem saliran khususnya sungai dan tasik.
Sifatnya yang konduit membenarkan air di atasnya mengalir sebagai aliran air
bawah tanah yang amat penting untuk menjamin air sungai yang ada berterusan
mengalir. Mengharapkan air hujan dan air larian semata-mata adalah tidak
mencukupi bagi menambahkan kuantiti air sungai dan juga empangan. Air
tanahlah yang sebenarnya membekalkan aliran dasar (Base Flow) kepada
sungai. Justeru itu penggunaan air bawah tanah adalah satu langkah
penyelesaian jangka pendek sahaja.

2. Melaksanakan usaha pembenihan awan bagi menurunkan hujan tiruan


di kawasan tadahan. Di Selangor usaha ini dilakukan oleh Puncak Niaga (M)
Sdn.Bhd dengan kerjasama Jabatan Kaji Cuaca. Dengan menggunakan pesawat
Dornier Skyvan larutan garam (Silver Iodide) disemburkan ke atas awan
Kumulusnimbus yang terletak pada ketinggian 800 - 6,000 meter. Larutan
garam tersebut berfungsi sebagai “Nukleus Kondensasi” untuk menarik wap-
wap air di dalam awan berkumpul dan bercantum ke arahnya. Pembesaran
bintik-bintik air akhirnya mencapai ke tahap tepu dan hujan akan turun. Sebagai
contoh setiap kali pembenihan awan dilakukan sebanyak 50 Kg garam kapur
yang dilarutkan ke dalam 1000 liter air digunakan dan disembur ke atas awan
dengan menggunakan Mesen Pengesan Kadar Aliran (Flow Rate Indicator) yang
mampu menentukan kadar semburan samada perlahan atau kuat. Proses
semburan mengambil masa kira-kira 15 minit. Selepas satu jam, titisan hujan
akan turun.
Tetapi langkah ini amat mahal dan ianya membabitkan kos kira-kira RM: 50,000
setiap kali usaha pembenihan dilakukan .

3. Langkah membina laluan air atau terowong air untuk memindahkan air
antara lembangan. Teknologi ini pernah digunakan kira-kira 30 tahun yang lalu
apabila pada tahun 1970-an terowong air yang pertama dibina menghubungkan
Empangan Pedu dan Empangan Muda di Kedah yang dikenali sebagai
Terowong Saiong. Terowong ini dibina kerana kapasiti takungan air di
Empangan Pedu lebih besar daripada Empangan Muda. Luas kawasan
empangan yang boleh menakung air di Empangan Pedu ialah 40 kilometer
persegi sedangkan luas takungan air di empangan muda hanya 16 kilometer
persegi sahaja. Bagaimanapun sumber air di Empangan Muda lebih banyak
kerana kawasan tadahannya lebih luas meliputi 480 Km persegi berbanding
dengan Empangan Pedu cuma 105 Km persegi sahaja. Dengan pembinaan
terowong Saiong ini air di empangan Muda yang banyak dapat mengalir ke
Empangan Pedu apabila mencapai paras tertentu. Dalam kes lembah Kelang,
konsep yang sama boleh digunakan untuk mengalirkan air dari Sungai Benus
Pahang ke Empangan Kelang Gates melalui kawasan Janda Baik. Sungai Benus
yang terletak di Bentong dipilih kerana kedudukannya berdekatan dengan
Selangor selain daripada memiliki kawasan tadahan yang luas. Sungai Benus
dijangka mampu membekalkan tambahan air kira-kira 68 juta liter sehari
kepada penduduk Lembah Kelang jikalau ia di salirkan ke Empangan Kelang
Gates melalui konsep terowong air tadi. Namun begitu langkah ini di peringkat
cadangan sahaja. Ia memerlukan kajian EIA yang teliti untuk melaksanakannya
kerana ia akan merentasi kawasan yang berbukit bukau disamping ia akan
menelan kos yang tinggi.

4. Langkah memproses air dari sumber-sumber tasik atau kolam tinggalan


perlombongan bijih timah yang berselerak di Lembah Kelang. Dengan
menggunakan teknologi dari Perancis alat ULTRA-SOURCE akan digunakan
untuk memproses air dari tasik yang akan dipam,dirawat dan disalirkan
kepada penduduk melalui sistem perpaipan JBA yang sedia ada. Alat ini
berupaya memproses 440,000 liter air sehari bagi menampung keperluan antara
400 - 1000 keluarga. Projek ini pula diusahakan oleh Transwater Corperation
Bhd dengan kerjasama Puncak Niaga dan juga JBA Selangor. Dengan
menggunakan alat ini kapasiti air bersih ke kawasan yang bermasalah akan
ditingkatkan . Pihak kerajaan bersedia untuk menyediakan 10 loji Ultra-Source
bagi menampung keperluan air kepada kira-kira 7000 keluarga di Lembah
Kelang.

5. Seterusnya sistem pengurusan dan pengagehan air mestilah diperkemaskan .


Program penggantian paip-paip lama haruslah dipercepatkan agar pembaziran
air akibat kebocoran paip tidak dibiarkan begitu sahaja. Sistem kawal-selia dan
pemantauan daripada pihak JBA terutamanya JBAS haruslah cepat dan pantas
dengan pegawai dan pekerjanya disematkan sikap prihatin dan
bertanggungjawab. Di pihak pengguna pula haruslah lebih bertanggungjawab
menghargai air,tidak membazir dan berhemat. Malah pihak kerajaan negeri juga
harus peka kepada alam sekitar agar tidak terlalu mengejar pembangunan
semata-mata sehingga terlupa tentang kelestarian alam sekitar yang amat
penting dalam menjamin bekalan air yang tetap dan berterusan sepanjang masa.

Soalan:

Pilih sebuah ekosistem pertanian yang telah anda jalankan kajian ke


atasnya;
a) Nyatakan komponen-komponen fizikal yang membentuk ekosistem
tersebut. (5 Markah).

b) Terangkan bagaimana aliran tenaga berlaku dalam ekosistem


pertanian yang anda pilih itu. (8 Markah).

c) Jelaskan bagaimana faktor fizikal dan manusia boleh merosakkan


ekosistem pertanian tersebut. (12 Markah).

Jawapan Lengkap:

a) Ekosistem pertanian yang dipilih ialah : Ekosistem Sawah


Padi. Komponen-komponen fizikal yang membentuk ekosistem sebuah
sawah padi ialah:

1. Komponen biotik: Yang terdiri daripada hidupan akuatik seperti ikan, siput
sawah, gondang, lintah dan hidupan daratan seperti ular, tikus, belalang, pelbagai jenis
seperti burung bangau, burung pucung, burung lang termasuk juga pokok padi itu sendiri.

2. Komponen abiotik: Yang terdiri daripada air, udara, selut/Lumpur, pelbagai


jenis mineral tanih yang diperlukan oleh pokok-pokok padi seperti Nitrogen, Fosforus
Kalsium dan sebagainya.

b) Bagaimana aliran tenaga berlaku dalam ekosistem sawah padi.

Dalam ekosistem sawah padi aliran tenaga boleh diterangkan melalui rantaian
makanannya. Ia melalui beberapa aras trofik berikut:

1. Tahap pertama. Aliran tenaga berlaku dari matahari terus kepada pengeluar
yang terdiri daripada tanamam/pokok padi dan juga tumbuhan-tumbuhan lain yang
biasanya hidup bersama dengan pokok padi seperti rumpai air, keladi, telipot, kiambang
dan sebagainya. Pokok padi dan tumbuhan-tumbuhan ini menggunakan tenaga matahari
untuk membuat makanannya sendiri melalui proses fotosistesis. Dalam konteks ini tenaga
suria ditukarkan kepada tenaga kimia yang disimpan dalam klorofil/sel-sel daun,
bunga,buah dan sebagainya.

2. Tahap ke dua. Aliran tenaga berlaku apabila pengguna pertama memakan


pengeluar untuk mendapatkan makanannya. Antara pengguna pertama yang berada
dalam ekosistem ini ialah seperti belalang, pelbagai jenis serangga perosak seperti
kumbang dan api-api termasuk juga tikus. Bagi hidupan air pula pelbagai jenis siput dan
gondang mungkin menggunakan tumbuhan/pokok padi sebagai makanannya. Antara
contoh yang paling popular ialah siput gondang emas yang dianggap sebagai antara
perosak utama tanaman padi. Apabila pengguna primer ini memakan tumbuhan/pokok
padi maka tenaga kimia yang disimpan dalam tumbuhan/pokok padi berkenaan akan
berpindah ke sel-sel badan haiwan tersebut bagi membolehkan haiwan berkenaan
memiliki tenaga untuk membesar, bergerak dan membiak.

3. Tahap ke tiga. Aliran tenaga seterusnya akan berpindah dari pengguna primer ke
pengguna sekunder yang menjadikan pengguna primer ini sebagai makanannya. Antara
contoh pengguna sekunder dalam ekosistem sawah padi ialah pelbagai jenis burung
pucung, wak-wak,burung ayam-ayam yang memakan belalang dan serangga perosak.
Termasuk juga dalam kategori sekunder ini ialah ular yang memakan tikus. Seperti tahap
ke dua, tenaga kimia dalam badan pengguna primer akan berpindah ke sel-sel badan
pengguna sekunder untuk membolehkan haiwan tersebut membesar, bergerak dan
membiak.

4. Tahap ke empat. Sirkit ke empat ini melibatkan pemindahan tenaga dari


pengguna sekunder ke pengguna tertier yang sebahagian besarnya terdiri daripada haiwan
pemangsa yang terdiri daripada burung Lang atau burung pungguk yang menjadikan ular
dan tikus sebagai makanannya. Di sesetengah kawasan sawah padi burung pungguk
adalah dipelihara khas sebagai pemangsa kepada tikus dan ular. Dengan itu tenaga kimia
dari haiwan sekunder akan berpindah ke haiwan tertier.

5. Tahap akhir. Pada peringkat ini semua tenaga yang disimpan oleh pengeluar dan
pengguna akan berpindah ke pada pereput dan pengurai apabila pengeluar dan pengguna
tersebut mati, reput dan terurai untuk menjadi mineral-mineral tanih. Pengurai terdiri
daripada pelbagai jenis bacteria dan protozoa, misalnya bakteria nitrosomonas yang
bertanggungjawab menguraikan bahan organik dan menukarkannya kepada mineral
nitrogen. Semua mineral akan dikembalikan kepada tanih sawah untuk digunakan semula
oleh pengeluar/padi sawah bagi memulakan rantaian makanan yang baru serta aliran
tenaga yang baru.

Soalan:

a) Mengapakah terdapatnya gunung berapi yang beraneka rupa bentuk


dan saiznya?. (13 Markah)
b) Jelaskan kepelbagaian bentuk bumi yang terhasil akibat proses
gelinciran kerak bumi. (12 Markah).
Skema Jawapan:

a) Faktor-faktor yang mempengaruhi keanekaan bentuk dan saiz


gunung berapi.

1. Jenis bahan yang diletuskan. Keanekaan bahan yang diletuskan akan


menghasilkan kepelbagaian rupa gunung berapi. Lava bes akan membentuk gunung
berapi perisai yang bercerun landai dan lilitannya yang sangat besar. Ini kerana lava bes
sangat cair dan boleh mengalir jauh selepas keluar dari lohongnya. Contoh gunung berapi
perisai ialah Mauna Loa dan Mauna Kea di Pulau Hawaii. Bagi lava asid pula akan
menghasilkan sifat gunung berapi berbentuk kubah yang mempunyai cerun-cerun yang
sangat curam. Ini kerana lavanya sangat likat, tidak mampu mengalir jauh dan cepat
membeku. Setiap letusan yang baru akan menimbun dan menebalkan lava asal sehingga
gunung berapi itu semakin cembung. Lava perantaraan pula akan menghasilkan kon
gunung berapi serbaragam. Lava ini berkeadaan sederhana cair dan ia boleh mengalir
lebih jauh daripada lava asid tetapi tidak sejauh lava bes. Kesannya ia membentuk cerun-
cerun gunung berapi yang sederhana curam. Biasanya lapisan-lapisan lava dalam kon ini
berselang-seli dengan lapisan bahan piroklastik. Oleh itu kon ini juga dinamakan sebagai
gunung berapi berlapis. Seterusnya bagi bahan-bahan piroklastik seperti
piroklast,lapili,pumis,tuf dan abu pula akan menghasilkan kon piroklastik atau kon abu.
Bahan-bahan ini tidak mudah mengalir kerana sifatnya yang pejal. Apabila bahan-bahan
ini diletuskan keluar ia hanya terhimpun disekitar kawahnya sahaja. Penimbunan yang
berterusan akan membentuk kon gunung berapi yang lebih curam sifatnya. Contoh
gunung berapi berkon abu ialah Gunung Vulcan.

2. Sifat Lohong. Faktor ini menghasilkan kepelbagaian rupa gunung berapi kerana
sifat lohong gunung berapi yang ada akan menentukan cara dan arah aliran lava. Sebagai
contoh, lohong linear akan menghasilkan dataran lava manakala lohong tengah/tunggal
akan menghasilkan kon. Sekiranya terdapat beberapa lohong yang berdekatan antara satu
sama lain maka kon-kon gunung berapi yang terbentuk akan bercantum. Sekiranya
gunung berapi mempunyai satu lohong utama dan banyak lohong cawangan maka ia akan
menghasilkan kon serbaragam. Contoh kon serbaragam ialah gunung berapi Etna di
Sicily. Terdapat juga gunung berapi yang mempunyai beberapa kon utama. Gunung
berapi ini dikenali sebagai gunung berapi berganda seperti Gunung Raupehu di New
Zealand. Bagi lohong yang berkeadaan horizontal/mendatar maka lava juga akan keluar
secara mendatar, menimbus muka bumi asal untuk menghasilkan dataran lava atau
dataran tinggi basalt yang luas seperti dataran tinggi Deccan di India.

3. Sifat dan Jenis Letusan. Letusan yang senyap dan berterusan akan
mewujudkan gunung berapi atau kon yang sekata. Sekiranya magma membeku dalam
lohong utama dan menyumbatkannya maka lava terpaksa mencari jalan keluar yang lain.
Justeru itu tekanan dari dalam gunung berapi boleh mewujudkan lohong-lohong
cawangan yang baru melalui starata lapisan geologi yang lemah sepertimana dalam kon
serbaragam. Dengan itu terjadilah kon parasit di sisi gunung berapi berkenaan. Bagi
letusan yang kuat akan menghasilkan kawah/kaldera yang besar di puncak gunung
berapi. Ini kerana letusan yang kuat akan mampu memusnahkan puncak gunung berapi
lalu membentuk lekukan-lekukan yang luas dan dalam.

4. Kuantiti lava dan bahan piroklastik yang keluar. Saiz gunung berapi
amat bergantung kepada kuantiti lava yang keluar. Lebih banyak bahan yang dikeluarkan
bererti lebih besar saiz gunung berapi yang terbentuk. Letusan juga boleh mempengaruhi
saiz, ini kerana letusan yang besar mungkin boleh mengecilkan/memusnahkan sesebuah
gunung berapi yang telah terbentuk.

5. Proses gondolan yang dialami. Sifat gunung berapi yang telah terbentuk
juga tidak kekal ia boleh berubah akibat proses-proses geomorfologi yang dialami di
permukaannya. Misalnya hakisan yang berterusan di cerun-cerun gunung berapi boleh
meruntuhkan cerun-cerun tersebut lalu mendedahkan magma yang telah membeku dan
keras di dalam lohongnya. Magma yang keras ini seolah-olah muncul dari kemuncak
gunung berapi yang dipanggil sebagai Palam Gunung Berapi.

b) Kepelbagaian bentuk bumi yang terhasil akibat proses gelinciran


kerak bumi.

Proses gelinciran yang dialami oleh lapisan kerak bumi adalah pelbagai dan kesan/bentuk
muka bumi yang terhasil juga adalah pelbagai. Antaranya ialah:

1. Cerun Curam Gelinciran. Sekiranya berlaku gelinciran biasa dan gelinciran


songsang maka ia boleh menghasilkan cerun-cerun curam/cenuram yang sesetengahnya
hampir tegak. Ini adalah kerana sebahagian kerak/bongkah bumi adalah menurun atau
meninggi berbanding dengan kerak/bongkah bumi sekitarnya. Cenuram sebenarnya
wujud di satah gelinciran tersebut. Air terjun mungkin terjadi sekiranya ada sungai yang
melintasi cenuram ini. Sebagai contoh air Terjun Niagara.

2. Lurah Gelinciran. Lurah gelinciran terbentuk apabila terdapatnya dua garis


gelinciran di sebelah kiri dan kanan bongkah. Akibat regangan/kuasa tarikan yang
menarik bongkah kiri dan kanan maka bongkah tengah akan menurun/jatuh ke bawah.
Lurah gelinciran akan terbentuk di antara bongkah kiri dan kanan tersebut. Sekiranya
jatuhan bongkah tengah meliputi kawasan yang luas maka lembangan sungai boleh
terbentuk seperti Lembangan Turfan di China. Selain itu lurah gelinciran boleh juga
terbentuk akibat satu siri gelinciran di kedua-dua belah bongkah kiri dan kanan
berkenaan. Gelinciran-gelinciran ini seolah-olah berlaku dalam satu siri yang berurutan
dan bertangga untuk menghasilkan lurah gelinciran bertingkat. Lurah gelinciran terbesar
daripada jenis ini ialah Lurah Gelinciran Afrika Timur yang menganjur sejauh 5000
kilometer bermula di Syria, melalui Lembah Jordan ke laut Merah dan Timur Afrika
hingga ke Zambesi.

3. Gunung Bongkah. Sepertimana kejadian lurah gelinciran, gunung bongkah


juga terjadi apabila adanya 2 garis gelinciran/satah gelinciran di kiri dan kanan bongkah.
Ia terhasil apabila bongkah tengah terangkat lebih tinggi berbanding dengan bongkah di
kiri dan kanannya. Kenaikan bongkah tengah ini disebabkan oleh adanya daya julangan
dan kuasa tolakan/mampatan yang menekan di kiri dan kanan bongkah. Sisi gunung
bongkah biasanya sangat curam dan mungkin juga tegak sementara bahagian atasnya
hampir rata sebelum ianya mengalami proses gondolan. Gunung-gunung seperti
Hunsruck, Vosges dan black Forest di kawasan Rhine German merupakan contoh-contoh
gunung bongkah yang popular di dunia. Selain itu sebuah kawasan dataran tinggi akan
terbentuk sekiranya satu kawasan dataran yang luas terangkat seperti ini akibat
gelinciran.

Soalan:

a) Apakah yang dimaksudkan dengan edaran air tanah. (5 Markah) .

b) Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar keporosan


sesuatu tanah. (10
Markah).

c) Bagaimana tumbuh-tumbuhan mempengaruhi proses transpirasi


dalam kitar hidrologi. (10 Markah).
Skema Jawapan:

a) Maksud edaran air tanah.

Edaran air tanah merupakan satu komponen penting di dalam kitar hidrologi. Ia merujuk
kepada semua bentuk pergerakan air yang menggunakan tanah sebagai mediumnya
(bahan antaranya) seperti aliran sub - permukaan, susupan (infiltrasi) dan pergerakan air
secara mendatar dalam sistem akuifer/edaran air bawah tanah. Semua pergerakan air ini
berlaku dalam bentuk cecair.

b) Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar keporosan sesuatu tanah.

Keporosan merujuk kepada kebolehupayaan air untuk menyusup masuk melalui liang-
liang pore (rongga-rongga) yang wujud dalam partikel-partikel tanah. Kebolehupayaan
air untuk menyusup ini amat bergantung kepada;

1. Jumlah liang pore yang terdapat dalam sesuatu jenis tanah. Tanah yang
mempunyai peratus liang pore yang tinggi seperti tanah kapur/batu kapur maka ia adalah
amat poros (banyak menyusupkan air) berbanding dengan tanah yang peratus liang
porenya rendah seperti tanah liat (banyak menakung air).

2. Struktur/susunan partikel tanah. Partikel tanah yang tersusun longgar seperti


tanah pasir adalah lebih poros berbanding dengan susunan partikel yang lebih padat. Ini
kerana wujudnya ruang-ruang udara yang lebih besar/luas antara partikel-partikel yang
tersusun longgar tadi.

3. Komposisi dan saiz partikel tanah. Tanah yang partikelnya pelbagai jenis dan
saiz seperti campuran bongkah batuan, kerikil dan pasir adalah lebih poros berbanding
dengan tanah yang homogeneus komposisinya seperti tanah liat. Begitu juga dengan saiz
partikel. Semakin besar saiz partikel tanah maka semakin tinggi kadar keporosannya.

4. Lembapan tanih. Tanih yang kering seperti tanah di kawasan gurun panas
adalah lebih poros berbanding dengan tanah yang lembab seperti tanah di kawasan
tropika lembab. Tanah yang lembab bermakna peratus simpanan wap airnya adalah
tinggi berbanding dengan tanah yang kering. Lembapan tanih ini amat bergantung
kepada kelembapan udara sekitar.

5. Tumbuhan litupan. Kawasan yang tebal tumbuhan seperti hutan primer maka
kadar susupannya adalah tinggi. Ini kerana akar-akar pokok menyebabkan tanah poros
disamping sistem akar yang timbul dipermukaan (akar banir) mengurangkan pergerakan
larian air permukaan sekaligus meningkatkan kadar susupan.
6. Ciri-ciri batuan yang menjadi asas pembentuk sesuatu jenis tanah. Ciri-ciri ini
termasuklah tekstur dan struktur, sifat rekahan batuan dan kepadatan rekahan dan juga
ciri-ciri minerologi samada mudah atau sukar terluluhawa/tergondol.

c) Bagaimana tumbuhan mempengaruhi proses transpirasi.

Transpirasi adalah proses pepeluhan tumbuhan – wap-wap air terbebas melalui liang
stomata daun. Tumbuhan mempengaruhi proses transpirasi melalui;

1. Saiz dan kelebaran daun. Tumbuhan yang berdaun besar dan lebar semakin
cepat mengalami kadar transpirasi kerana luas permukaan dan liang stomatanya adalah
banyak.

2. Orientasi daun. Samada mengadap matahari atau terlindung daripada matahari.


Dedaun yang mengadap matahari lebih tinggi kadar pepeluhannya. Ini kerana ia akan
mempengaruhi jumlah tenaga yang diterima.

3. Jenis dan ketebalan litupan (Kanopi). Tumbuhan yang tebal, lebat daunnya dan
berlapis-lapis maka kadar transpirasinya adalah tinggi kerana ia memiliki banyak liang
stomata berbanding dengan tumbuhan yang jarang. Hutan hujan khatulistiwa lebih
banyak membebaskan wap-wap air berbanding dengan tumbuhan Pokok kaktus yang
lebih banyak menyimpan air.

Soalan:

a) Apakah yang dimaksudkan dengan Hujan Asid. (5


Markah).

b) Huraikan punca-punca yang menggalakkan fenomena hujan asid.


(8 Markah)

c) Jelaskan kesan fenomena hujan asid ke atas persekitaran fizikal dan


manusia setempat. (12 Markah).
Skema Jawapan:

a) Maksud hujan asid.

Iaitu air hujan yang mengandungi tahap keasidan yang tinggi (pH kurang dari 5) seperti
air hujan yang mengandungi asid sulfurik dan asid nitrit. Pembentukannya berkait rapat
dengan proses kondensasi yang dijalankan oleh bahan-bahan pencemar di udara seperti
sulfur dioksida, nitrus dioksida,karbon monoksida dan lain-lain lagi. Bahan-bahan
pencemar ini berfungsi sebagai nukleus kondensasi yang mampu menyerap/menarik
wap-wap air ke arahnya, tepu dan akhirnya turun sebagai hujan berasid.

b) Punca-punca yang menggalakkan fenomena hujan asid.

1. Punca perindustrian – punca utama masa kini yang banyak membebaskan


bahan-bahan pencemar ke udara (pollutions) seperti karbon dioksida, karbon monoksida,
sulfur dioksida, hidrokarbon-hidrokarbon dan sebagainya.

2. Punca kenderaan bermotor yang menggunakan bahan api fosil sebagai bahan
bakarnya seperti penggunaan petrol tanpa plumbum. Pembakaran yang tidak lengkap
oleh sistem enjin menyebabkan banyak gas-gas pencemar terbebas ke udara.

3. Punca dari stesyen janakuasa elektrik – yang menggunakan bahan bakar


konvensional seperti arang batu, petroleum dan gas asli yang juga banyak membebaskan
pencemar ke udara.

4. Punca semulajadi khususnya letusan gunung berapi yang mengeluarkan gas-gas


sulfur dalam kuantiti yang banyak untuk menghasilkan asid sulfurik seperti dalam kes
letupan gunung berapi Pinatubo di Filipina .

c) Kesan fenomena hujan asid ke atas persekitaran fizikal dan


manusia.

1. Memusnahkan ekosistem hutan – fenomena waldstrabeen/dedaun pokok


keguguran meninggalkan hutan berangka. Kerosakan rantaian makanan pengeluar –
pengguna - pengurai, kemusnahan habitat dan kepelbagaian spesis fauna dan flora.

2. Kerosakan ekologi air (Akuatik). Meningkatkan nilai keasidan air sungai,


tasik,paya yang akan mematikan plankton serta tumbuhan air yang selama ini menjadi
habitat pelindung kepada hidupan air. Mengurangkan bekalan makanan hidupan
air/menjejaskan ekosistem air.

3. Meningkatkan keasidan tanah. Tanah menjadi kurang subur – Ini menjejaskan


produktiviti pertanian khususnya pengeluaran hasil tanaman makanan.

4. Kerosakan harta benda. Seperti kelunturan warna bangunan, warna kereta,


mempercepatkan proses pengkaratan kepada besi seperti di bangunan tinggi, di jambatan
dan sebagainya yang memerlukan kos yang besar untuk membaik-pulihnya.

5. Gangguan kesihatan – seperti penyakit kulit juga kerosakan tisu badan manusia
yang menggunakan bekalan air dari sungai, tasik dan empangan yang terdedah kepada
hujan asid.

Soalan:

a) Terangkan ciri-ciri cuaca di bandar yang mengalami Pulau Haba


(8 Markah).

b) Mengapakah fenomena Pulau Haba terjadi?. (8


Markah).

c) Huraikan langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengurangkan


fenomena pulau haba di bandar. (9 Markah).
Skema Jawapan:

a) Ciri-ciri cuaca di bandar yang mengalami Pulau Haba.

1. Suhu yang lebih tinggi/cuaca yang lebih panas di bandar berbanding dengan
pinggir bandar. Kecerunan suhu adalah tinggi di pusat bandar kemudian semakin
menurun menghala ke pinggirnya.

2. Kelembapan udara yang rendah. Kewujudan udara kering (dry air) di bandar
berbanding dengan pinggirnya yang lebih lembab/lebih nyaman.

3. Kekerapan hujan yang lebih tinggi di bandar yang berpunca daripada kadar
sejatan permukaan yang tinggi dari haba yang lebih banyak tersimpan di bandar.

4. Tekanan udara yang rendah akibat suhu yang tinggi di pusat bandar – tiupan
angin lebih kencang bertiup masuk ke bandar/badai.

5. Komposisi udara/lapisan udara yang tebal diselimuti jerebu dan bahan


pencemar(pollutions) khususnya dalam keadaan udara yang lebih kering.

b) Sebab-sebab terjadinya pulau haba di bandar.

1. Kekurangan litupan tumbuhan/pokok-pokok peneduh yang mampu bertindak


menyederhanakan suhu. Perubahan landskap yang ketara – hutan semulajadi bertukar
kepada “hutan batu”.

2. Adanya banyak bahan yang boleh menyerap dan menyimpan bahangan matahari
sebagai haba pendam seperti bangunan konkrit, tar/bitumen, aspalt dan sebagainya.
Bahangan matahari yang tersimpan di waktu siang akan dibebaskan di waktu malam.

3. Perlepasan banyak gas-gas rumah hijau seperti karbon dioksida, karbon


monoksida dan hidrokarbon-hidrokarbon daripada sumber-sumber kenderaan, industri
dan sebagainya yang juga mampu memerangkap bahangan matahari.

4. Perlepasan banyak tenaga haba di bandar yang berpunca dari sumber janakuasa
kilang, sumber kenderaan bergerak dan juga dari metabolisme badan manusia sendiri
yang ramai tinggal di bandar.
c) Langkah mengurangkan fenomena Pulau Haba.

1. Mewujudkan kawasan hijau dalam bandar/penghijauan bandar dengan menanam


pokok-pokok peneduh di kawasan rezab bandar seperti rezab jalan,rezab bangunan dan
lain-lain. Pokok-pokok peneduh ini mampu mengekalkan udara lembab disamping
menyederhanakan suhu sekitar.

2. Mengawal aktiviti perlepasan gas-gas rumah hijau secara sewenang-wenangnya


dari sumber kenderaan, industri dan pembakaran terbuka menerusi kawalan undang-
undang.

3. Mengurangkan penggunaan sumber bahan api fosil yang jelas banyak


membebaskan haba dan gas-gas rumah hijau sebaliknya menggunakan/memajukan
sumber tenaga alternatif seperti tenaga suria dan hidroelektrik.

4. Mengurangkan penggunaan peralatan yang banyak membebaskan


Kloroflorokarbon (CFC) seperti alat hawa dingin, peti sejuk, alat-alat semburan dan
sebagainya yang jelas boleh menipiskan lapisan ozon yang kelak mempengaruhi
kemasukan bahangan matahari ke bumi tanpa halangan. Sebaliknya menggunakan
peralatan yang telah disahkan bersifat “Mesra alam” (Enviromental Friendly).

5. Melaksanakan kempen kesedaran khususnya kepada penduduk bandar seperti


kempen berkongsi kereta, menggunakan sistem pengangkutan awam seperti Komuter dan
LRT yang sudah pasti mampu mengurangkan perlepasan gas-gas rumah hijau di bandar.

You might also like