Professional Documents
Culture Documents
1. Rasional
Pusat Sumber Sekolah memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha membantu
meningkatkan pencapaian pelajar dalam pembelajaran dan membantu guru-guru dalam
menjalankan pengajaran yang lebih kondusif. Oleh itu, penggunaan PSS perlulah dioptimumkan
dengan menyediakan suasana bilik yang lebih selesa dan kemudahan mendapatkan maklumat serta
bahan-bahan rujukan yang pelbagai dan berkualiti.
2. Nama program
Sumber dan khidmat internet dalam PSS.
3. Matlamat
Menjadikan PSS SMKSI sebagai satu tempat yang menyediakan perkhidmatan dan kemudahan
mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber. Selain itu, menjadikan PSS SMKSI juga sebagai
satu tempat yang menyediakan koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran secara sistematik
dalam berbagai-bagai sumber dalam bentuk media cetak dan elektronik. Selain bahan buku,
internet juga merupakan salah satu bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang sangat
penting kepada guru dan pelajar. Oleh itu, PSS SMKSI amat memerlukan komputer untuk
kemudahan guru dan pelajar mengakses internet di sekolah. Tambahan pula, pihak sekolah telah
menyediakan talian internet Streamyx bagi memudahkan pelajar, guru dan kakitangan sekolah
untuk mendapatkan maklumat dengan mengakses internet.
4. Objektif
1. Mendedahkan pelajar, guru dan kakitangan SMKSI kepada teknologi maklumat khususnya
internet.
2. Pelajar, guru dan kakitangan SMKSI dapat mengakses internet di PSS SMKSI sebagai salah satu
cara pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
3. Penggunaan komputer juga dapat meningkatkan fungsi dan perkhidmatan yang ditawarkan di
PSS SMKSI.
4. Menggalakkan guru dan kakitangan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi
menyemai tabiat membaca dalam kalangan pelajar dengan menggunakan kemudahan internet.
5. Anjuran
Pihak pentadbiran dan PSS SMKSI
6. Pelaksanaan Program
1. Perbincangan PSS SMKSI dengan pihak pentadbiran sekolah
2. Perbincangan pihak pentadbiran sekolah dengan PIBG SMKSI
3. Mesyuarat AJK Induk PSS SMKSI
4. Penilaian dan pelaporan
7. Kumpulan Sasaran
1. Semua pelajar SMKSI
2. Semua guru SMKSI
3. Semua kakitangan SMKSI
8. Aktiviti Program
1. Program P&P di PSS SMKSI menggunakan kemudahan internet untuk mencari maklumat
2. Jejak Maklumat di internet
3. Kuiz internet
9. Sumber Kewangan
PIBG SMKSI
Perkara Tindakan
Punca kegagalan Pengurusan peralatan Murid merosakkan Murid terlalu ramai
yang lemah. komputer. menggunakan komputer
pada satu-satu masa.
Penyelesaian Penjagaan dan membaik Memberi taklimat Membuat jadual
pulih komputer oleh AJK sayangi harta sekolah. penggunaan komputer.
PSS.
Hasil Penggunaan komputer berinternet dioptimumkan
……………………………………. …………………………………………..
Pn Rahayu bt Hj Ismail, Tn Hj Mohamad b Yusof,
Penyelaras PSS, Pengetua,
SMKSI 2011. SMKSI 2011.