You are on page 1of 2

Faedah-faedah Menyertai Unit Beruniform di Sekolah

“Berilah aku seratus orang tua, aku hanya mampu menggoncang perahu yang tertangkup, sebaliknya berilah aku sepuluh orang
pemuda, aku pasti mampu menggoncangkan dunia”. Kata-kata tersebut diungkapkan oleh mantan Perdana Menteri Indonesia,
Soekarno. Berdasarkan ungkapan berpuitis tersebut dapat dirangkumkan bahawa ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang agama’.
Jika kita perhatikan daripada pelbagai sudut , ekoran daripada ledakan dunia dan bahang kemodenan, modal insan iaitu remaja
sering terdedah dengan pelbagai gejala negativ. Ramai beranggapan bahawa remaja yang terlibat dengan gejala sosial dan kurang
sihat ini berpokok pangkal daripada keadaan dunia hari ini. Remaja dikatakan mengalami sedikit ‘kejutan budaya’. Hal ini jika
didiamkan akan menjadi api dalam sekam terhadap negara. Oleh hal yang demikian kerajaan telah mengambil langkah drastik
dengan mewujudkan badan-badan beruniform di sekolah. Kewujudan badan-badan beruniform ini merupakan langkah awal yang
bijak, yang telah diambil sesuai dengan ungkapan Muhammad Abduh, “bagi menyelesaikan segala kemusykilan, selidikilah
puncanya dan bertindaklah semaksima mungkin”. Terdapat pelbagai faedah yang boleh diperolehi remaja jika mereka melibatkan
diri dengan aktiviti badan beruniform.

Umpama serampang dua mata, kerajaan memperkenalkan badan beruniform ini bagi mengurangkan isu gejala sosial dan juga
memenuhi sukatan aktiviti di sekolah. Banyak faedah yang boleh diperoleh remaja apabila menyertai badan beruniforn. Antaranya
ialah kita dapat membina ketahanan mental dan fizikal badan beruniform seperti Kadet Remaja Sekolah, kadet Polis dan Persatuan
Puteri Islam sering melakukan aktiviti perkhemahan di hutan atau tempat-tempat rekriasi. Perkhemahan tersebut diisi dengan
pelbagai aktiviti yang mencabar minda dan menguji kesabaran.Contohnya, ‘flying fox’. Aktiviti tersebut memerlukan kita mempunyai
rasa berani yang menebal dalam diri. Keyakinan yang tinggi apabila melakukan aktiviti yang sihat tersebut pasti dapat memberikan
kepuasan yang sangat megujakan. Selain itu, aktiviti tersebut turut memerlukan kita untuk mempamerkan riak-riak keseronokan.
Justeru, apabila kita melibatkan diri dalm aktiviti beruniform kita bukan sahaja berupaya membina ketahanan mental dan fizikal
bahkan kita dapat menghindarkan diri daripada gejala sosial yang kurang sihat dan tidak bermoral.

Bagai aur dengan tebing, peribahasa tersebut amat sesuai sekali untuk mengumpamakan kelebihan dan faedah yang dapat
diperoleh daripada aktiviti badan beruniform. Hal ni demikian kerana, secara umum dan dasarnya, tujuan penubuhan unit
beruniform adalah untuk melahirkan remaja yang memiliki semangat kerjasama dan berdisiplin. Sebagai contoh, apabila kita
menyertai ekspedisi dan pekhemahan unit beruniform kita perlu bersama-sama menggembleng tenaga dan mencurahkan keringat
daripada tulang empat kerat kita untuk mendirikan khemah dan melibatkan diri dalam aktiviti badan beruniform.

Seterusnya, kaedah yang boleh kita dapati daripada aktiviti badan beruniforn ialah kita dapat menambah jumlah kenalan. Biasanya
perkhemahan unit beruniform dijalan kan di kawasan lapang atau hutan dan akan disertai oleh pelbagai sekolah. Nah, disitulah kita
akan bertemu dengan pelbagai ragam manusia yang datang dari pelbagai pelosok tanah air. Malah, harapan Perdana Menteri
Malaysia untuk mencapai ‘1 Malaysia’ dapat dilaksanakan dengan jayanya. Hal ini demikian kerana peserta unit beruniform tersebut
bukan sahaja datang dari pelbagai pelosok tanah air, malah mereka turut datang daripada kalangan individu yang berbeza agama,
bangsa, bahasa pertuturan dan warna kulit. Malah, kita turut dapat mengetahui dan mempelajari cara hidup mereka yang pelbagai.
Perpaduan kaum dapat dipertingkatkan dan menjadi utuh melalui aktiviti badan beruniform ini.umpama kata pepatah, sambil
menyelam minum air.kita bukan sahaja memperoleh stu faedah, malah kita memperoleh pelbagai faedah daripada aktiviti ini

Konklusinya sudah terang lagi bersuluh terdapat banyak faedah yang dapat diperoleh jika kita menyertai aktiviti beruniform kita
bukan shaja dapat menghindarkan diri daripada terjebak dengan gejala sosial malah dapat m,embina jati diri yang mampan dan
ampuh. Kewujudan badan beruniform ini patut dipuji kerana aktiviti ini merupakan usaha murni ke arah melahirkan modal insan
yang berkredibiliti dan mantap dari segala aspek. Kita tidak mahu negara gah dengan kemodenan berkelas pertama tertapi
masyarakat masih mengamalkan cara berfikir kelas ketiga lantaran ketempangan budaya. Oleh itu tranformasi dan anjakan
paradigma penting bagi mengelakkan gejala kegiatan tidak bermoral terus menerajui persada dunia kini. Akhir kalam, sertailah
badan beruniform untuk kepentingan bersama.
Kementerian Pelajaran Malaysia baru sahaja meningkatkan dominan kepentingan kokurikulum dalam sistem pendidikan nasional.
Langkah ini secara eksplisit menerangkan kokurikulum sebagai simbolikkepada tiket kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi
Awam (IPTA) berserta beberapa syarat kelayakan yang lain. Oleh yang demikian, institusi-institusi akademik di Malaysia mula
mempromosikan badan-badan beruniform seperti Kadet Pertahanan Awam, Kadet Remaja Sekolah dan Persatuan Pengakap bagi
menyusuri arus pendidikan negara.

  Faedah-faedah yang boleh didapati apabila para pelajar menyertai badan beruniform antara lain adalah memapankan ketahanan
mental dan fizikal diri. Hal ini sangat penting kerana meningkat usia remaja, banyak cabaran yang perlu ditongkah seraya
mendambakan kekuatan luaran dan dalaman. Bahkan, formula ketahanan diri tersebut juga boleh diaplikasikan demi menghadapai
rintangan pada masa hadapan. Oleh itu, aktiviti-aktiviti lasak yang sudah termaktub dalam silabus badan beruniform seperti 'flying-
fox', 'night-walk' dan 'jungle-trekking' merupakan kaedah awal bagi membuka kotak penerimaan pelajar terhadap kepentingan hal ini
kepada diri mereka.

  Di samping itu, penyertaan pelajar dalam unit beruniform berpotensi memangkinkan semangat kerjasama dan pembentukan
disiplin mereka. Hal ini dapat dibuktikan melalui penglibatan pelajar dalam aktiviti-aktiviti yang mendesak ketepatan masa yang
tinggi seperti kawad kaki. Aktiviti tersebut memerlukan gemblengantenaga yang maksimum daripada ahli-ahli pasukan bagi
menghasilkan formasi yang sedap mata memandang. Jika semangat bersinergi tidak dipahat dalam diri pelajar, sikap
bertanggungjawab dan prihatin juga tidak akan wujud. Oleh itu, para pelajar yang menyertai badan beruniform
sering masyhur dengan ketepatan masa dan nilai disiplin yang tinggi.

  Selain itu, para pelajar juga akan diasuh tentang ilmu asas kecemasan. Perkara ini sangat berfaedah kerana sekiranya berlaku
sebarang kecederaan ketika bergiat lasak, para pelajar boleh tampil menghulurkan bantuan. Sebagai misalan, Persatuan Bulan
Sabit Merah (PBSM) merupakan unit utama di sekolah yang bertindak menyebarkan wadah kesihatan kepada ahli-ahlinya dan
umum. Maka, tindakan ini dilihat sangat efektif demi memansuhkan kedaifan akal pelajar tentang ilmu kesihatan.

  Akhirulkalam, semua pelajar wajib menyertai kegiatan kokurikulum bagi menjamin kemenjadian masa depan. Elakkan daripada
tertumpu kepada aset kurikulum sahaja. Para pelajar perlu sedar bahawa roda zaman sedang berputar justeru mereka harus
mengikuti perkembangan sistem pendidikan untuk faedah diri sendiri.

SINONIM
1. dominan: pengaruh/kuasa
2. eksplisit: dinyatakan secara terang-terangan
3. simbolik: sebagai simbol/perlambangan
4. ditongkah: ditempuhi
5. silabus: sukatan pendidikan
6. memangkinkan: menyemarakkan/meningkatkan
7. gemblengan: paduan/kerjasama
8. masyhur: terkenal
9. wadah: medium/medan
10. Akhirulkalam: kesimpulannya, konklusinya 
11. kemenjadian: hasil yang positif

You might also like