You are on page 1of 8

KAEDAH

PEMULIHAN
BAHASA MELAYU
I
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMEROLEHAN BAHASA
- Makanan
- Persekitaran
- kognititf
MAKANAN
• Para doktor menyarankan kepada ibu-ibu yang
mengandung agar mengambil pemakanan yang sihat dan
seimbang bagi tumbesaran anak dan otaknya. Sebagai
contoh pengambilan asid folid dan asid lemak (EFA).
• Pengambilan EFA amat penting sewaktu hamil kerana
bahan ini membantu dalam perkembangan otak bayi, mata
dan sel sarafnya.
• EFA mengandungi asid linoleic dan acid alphalilolenic.
Minyak sayuran seperti minyak jagung, minyak kacang
soya, minyak matahari, kekacang adalah sumber yang baik
untuk membekalkan EFA yang diperlukan oleh tubuh ibu
untuk disalurkan kepada bayi.
• Pada masa sekarang juga, terdapat ubat serta susu yang
dijual di pasaran yang dapat membantu perkembangan
dan kecerdasan otak bayi semasa dalam kandungan.
Seelok-eloknya untuk mengambil bahan ini, para ibu
perlulah terlebih dahulu mendapatkan khidmat nasihat
para doktor yang pakar terlebih dahulu.
• Ini kerana makanan yang seimbang dapat melindungi
ibu dan bayi daripada menghadapi masalah yang
membahayakan. Salah satu daripadanya ialah kecacatan
pada otak bayi. Tumbesaran otak yang terbantut juga
mungkin akan menyebabkan bayi yang dilahirkan
kurang cerdas ataupun hiperaktif.
PERSEKITARAN
• Persekitaran terdiri daripada gaya hidup, sosio-
ekonomi, perhubungan dalam keluarga dan
masyarakat sekeliling.
• Penggunaan bahasa yang diamalkan oleh
masyarakat setempat secara automatik
menyumbang kepada perkembangan bahasa
setiap manusia.
KOGNITIF
• Kecerdasan individual dinilai menerusi kecekapan
individu tersebut berbahasa.
• Kanak-kanak cerdas lebih cekap penggunaan
bahasanya berbanding kanak-kanak terencat akal
(gangguan atau masalah pertuturan).
• Sayugia berpendapat bahawa fungsi bahasa adalah
sarana gambara pemikiran individu.
• Jean Piaget menyatakan bahawa pengadaptasian individu
dengan alam sekitar merupakan faktor yang penting dalam
perkembangan manusia.
• Pembelajaran terhasil melalui interaksi kanak-kanak tersebut
bersama orang yang lebih berpendidikan daripadanya.
• Teori beliau telah membahagikan lima konsep asas yang
berkaitan dalam penyataan gambaran teori pembelajaran; iaitu
:
 Skema
 Adaptasi
 Keseimbangan
 Asimilasi
 Akomodasi
KOGNITIF
• Pada hakikatnya, proses pemerolehan bahasa
itu pada setiap anak sama, iaitu melalui
pembentukan dan ujian hipotesis tentang
kaedah bahasa. Pembentukan kaedah itu
dimungkinkan oleh adanya kemampuan
bawaan atau struktur bawaan yang secara
mental adalah dimiliki oleh setiap anak. Inilah
yang disebut dengan alat pemerolehan
bahasa (Language Acquisition Device / LAD). 
• Kajian-kajian telah dijalankan untuk melihat sama
ada manusia memang sudah dilengkapi dengan alat-
alat biologi untuk kebolehan berbahasa seperti yang
didakwa oleh ahli linguistik Noam Chomsky dan
Lenneberg ataupun kebolehan berbahasa ialah hasil
dari pada kebolehan kognisi umum dan interaksi
manusia dengan sekitarannya. 
• Mengikut Piaget, semua kanak-kanak sejak lahir
telah dilengkapi dengan alat-alat nurani yang
berbentuk mekanikal umum untuk semua kebolehan
manusia termasuklah kebolehan berbahasa.

You might also like