You are on page 1of 18

ISI KANDUNGAN

M/surat

ISI KANDUNGAN 1

BORANG PENERIMAAN TUGASAN 2

PENGENALAN KONSEP ASAS TAMDUN ISLAM 3

1.0 DEFINISI TAMADUN ISLAM 4

2.0 MATLAMAT TAMADUN ISLAM 6

3.0 SUMBER TAMADUN ISLAM 9

4.0 PRINSIP TAMADUN ISLAM 10

BIBLIOGRAFI 19

KOLABORASI 20

1
BORANG PENERIMAAN TUGASAN

PENGENALAN KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM

2
Tamadun Islam mempunyai keunikan dan ciri-ciri keistimewaan tersendiri.
Antaranya ialah tamadun Islam didasari dengan nilai ketuhanan dan keagamaan
(Rabbaniyyah). Selain itu, panduan atau petunjuk yang diberi dalam kehidupan
menyentuh aspek kepercayaan dan kehakiman secara sempurna dan menyeluruh
(Syumul). Selain daripada itu, pembangunan tamadun Islam adalah untuk setiap
individu tanpa mengira sempadan bangsa atau umum (‘Alamiyyah). Seterusnya,
Islam juga meletakkan kesempurnaan tahap tertinggi yang ingin dicapai oleh setiap
individu melalui idealistik dan realistik. (Waqi’iyyah).

"Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik


(yang halal) yang telah Kami berkan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah,
jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya."

(Surah al-Baqarah : ayat 172).

. Kita boleh bermula dengan melihat agama (“al-din”) menerusi pengertiannya


yang menyeluruh sebagaimana sifat Islam yang membawa kepada timbulnya “diri”
peradaban tertentu dengan ciri-ciri yang semuanya berpaksikan tauhid atau
keyakinan terhadap Keesaan Tuhan Yang Mutlak. Bermula daripada aspek yang
paling batin, dengan akidah dan hidup rohaniahnya, berserta dengan nilai-nilai
akhlaknya, hingga kepada peraturan-peraturan hidup yang menyeluruh, yang
merangkumi seluruh aspek hidup manusia dan tamadunnya, yang membawa kepada
timbulnya institusi-institusi, cara-cara pemerintahan, perkembangan ilmu sastera dan
sains, dengan aspek-aspek fisikal, sosial, moral, dan rohani peradaban atau
tamadun yang dibinanya. Dengan itu timbullah “peribadi” peradaban yang berupa
keseluruhan yang organik.

1.0 Definisi Tamadun Islam

Apabila membicarakan tentang definisi yakni istilah kepada sesuatu perkataan


kebiasaannya menimbulkan kekeliruan banyak pihak. Hal ini bertitik tolak tentang

3
wujudnya pelbagai pendapat yang dikemukakan oleh para ilmuan atau sarjana
dalam bidang berkaitan. Setiap kelainan ialah fitrah semulajadi manusia yang
sentiasa berbeza antara satu sama lain terutama dalam cara berfikir. Sesungguhnya
Allah S.W.T menjadikan hamba-hambanya adalah berbeza dari segala aspek
sehinggalah sekecil unsur seperti cap pada jari manusia.

Pengertian tamadun merangkumi kebudayaan, peradaban, kemajuan


(kebendaan dan kerohanian) dan sopan santun, (Kamus Dewan). Walaupun
perkataan di dalam pengertian tamadun itu berbeza sebutannya namun membawa
satu maksud iaitu pencapaian manusia di dalam segala aspek kehidupan manusia
sama ada dari aspek pemikiran, kerohanian, abstrak atau kebendaan. Manusia pula
tidak akan dapat mencari satu etika tamadun jika tidak mempunyai masyarakat
bermoral.

Perspektif tamadun Melayu mencatatkan tamadun ialah sesuatu yang lahir


dan berkembang bersama-sama dengan kehidupan manusia iaitu abstrak dan
material, (Abu Bakar Hamzah).

Berbeza pula dengan Mahmood Taib al-Najmi (1971), mendefinisikan


tamadun sebagai peraturan masyarakat yang dapat membantu manusia
menambahkan hasil pengeluarannya sama ada dari segi pemikiran atau kebendaan.

Mengikut perspektif tamadun Barat, Arnold Toynbee menyatakan tamadun


sebagai suatu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil
pengeluaran. Beliau menambah lagi di dalam bukunya A Study of History tamadun
ialah “satu kumpulan pemikiran dari berbagai-bagai manifestasi, orientasi yang
berterusan, satu gaya kebudayaan yang bertanggungjawab membentuk institusi
politik, kesusasteraan, agama dan moral.

Begitu juga dengan Karl Wittfogel (Approach to Asian Civilization)


mendefinisikan tamadun sebagai ciri kebudayaan secara keseluruhan daripada
sesuatu negara berdasarkan pemikiran dan kepercayaan. Kesuluruhannya, tamadun
tetap membawa maksud pencapaian manusia di dalam bidang pemikiran dan
kebendaan yang berpusat di kota.

4
Mengikut perspektif tamadun Islam, Ibnu Khaldun menjelaskan tamadun
sebagai kemuncak pembangunan yang berkait dengan peningkatan kemewahan dan
minat kepada pelbagai aspek industri yang boleh mempertingkatkan kualitinya.

Muhammad Idris Abdul Rauf al-Marbawi di dalam Qamus al-Marbawi,


menjelaskan bahawa kata tamadun berasal daripada kata madana yang bermaksud
kehalusan budi pekerti dan akhlak mulia seperti orang kota. Kamus itu juga
menjelaskan bahawa tamadun membawa kehalusan adat atau kemurnian
pencapaian manusia yang hidup di kota yang memiliki peraturan yang baik sehingga
berjaya menghasilkan keamanan, keselamatan, kemakmuran dan penghasilan
teknologi yang menbantu menyempurnakan kehidupan kota yang bahagia.

Kesimpulannya, huraian berkaitan tamadun tersebut jelas menunjukkan


maksud sebenar istilah tamadun adalah serupa sama ada dalam perspektif
Tamadun Islam,Tamadun Barat dan Tamadun Melayu. Tamadun merangkumi
kedua-dua bidang ini iaitu kebendaan dan kerohanian. Manakala istilah kebudayaan
atau culture ataupun al-Hadharah pula lebih tepat dikelaskan sebagai pencapaian
dan pemikiran.

Kemajuan Tamadun Islam tidak terbatas hanya pada kemajuan kebudayaan


semata-mata, malahan ia merupakan kemajuan yang serentak dengan kerohanian.
Tamadun Islam sememangnya berbeza dengan tamadun dunia yang lain kerana ia
meletakkan ad-Din sebagai asas yang membentuk tamadun berbanding dengan
tamadun lain yang diasaskan oleh manusia. Dalam erti kata paling ringkas Tamadun
Islam ialah pencapaian manusia dalam bidang kerohanian dan kebendaan yang
berpusat di kota dalam bentuk ilmu pengetahuan, kepercayaan, sains teknologi dan
sebagainya berasaskan kepada akidah dan syarak serta bersumberkan al-Quran
dan al-Sunnah.
2.0 Matlamat Tamadun Islam

Tamadun Islam mempunyai tiga matlamat utama iaitu hubungan manusia


dengan Allah ataupun dalam Bahasa Arabnya disebut sebagai Hablumminallah,
hubungan manusia dengan manusia atau Hablumminannas dan Hubungan manusia
dengan alam. Tiga matlamat ini menjadi matlamat hidup kehidupan harian manusia
yang bermula dari pendidikan Islam atau pendidikan Rabbani, sepanjang zaman.

5
Begitu juga dengan hidup manusia yang menjadikan ma’ruf dan mengenepikan
mungkar sebagai asas.

Hablumminallah merupakan cara bagaimana manusia itu dapat mengenal


Allah s.w.t. yang dikenali dengan rukun iman yang enam dan cara manusia
berhubung dengan-Nya yang dikenali dengan rukun Islam yang lima.

Keimanan mempunyai unsur kekuatan yang mencukupi untuk mengubah


individu dan umat menjadi individu dan umat yang berjiwa besar. Contohnya
masyarakat Arab Jahiliah yang dahulunya buta huruf, yang hidup dalam keadaan
mundur, muncul sebagai satu bangsa penakluk, pemerintah dan perancang tamadun
yang agung. Imanlah yang bertanggungjawab melakukan semuanya ini kerana
tingkah laku, penguasaan ilmu pengetahuan dan daya reka umat Islam tidak dapat
dipisahkan dari keimanan yang mereka hayati.

Orang yang beriman sentiasa berada dalam keadaan aman dan bahagia.
Mereka sentiasa mengingati Allah s.w.t. sama ada dalam keadaan senang atau
susah. Apabila dianugerahkan dengan kenikmatan oleh Allah s.w.t. mereka
bersyukur dan membelanjakan hartanya pada jalan Allah s.w.t. Sebaliknya jika
ditimpa kemalangan atau kedukaan mereka akan bersabar dan rela dengan qadak
dan qadar Allah s.w.t. Hal ini amat berbeza dengan mereka yang tidak beriman.
Apabila mereka memperoleh kenikmatan mereka bergembira sehingga melakukan
maksiat, tetapi apabila ditimpa kecelakaan mereka menjadi tidak sabar lalu
membunuh diri. Contohnya di Jerman Barat dilaporkan dalam tahun 1974, terdapat
10,000 kes membunuh diri kerana kekecewaan masyarakat Barat dengan tamadun
kebendaan.

Pelaksanaan rukun Islam yang lima mempengaruhi diri individu muslim untuk
mengiktiraf secara sukarela tentang kewujudan dan keesaan Allah s.w.t. itu sendiri.
Pelaksanaan rukun Islam yang lima sekaligus berfungsi sebagai lambang pengakuan
dan diri seseorang tentang kewujudan Allah s.w.t.

Fenomena kebesaran Allah s.w.t. akhirnya berjaya membentuk peribadi


muslim yang warak, tawaduk dan merendah diri. Bukan sahaja terhadap Allah s.w.t.,

6
malah apabila berhadapan dengan makhluk ciptaan-Nya. Perasaan riak, sombong,
takbur, dengki dan sebagainya adalah sifat-sifat yang tidak tercatat di dalam senarai
sifat-sifat individu muslim. Malah sifat beriman, bertakwa dan beramal salih sentiasa
mewarnai, menjiwai dan menghayati jiwa dan jasadnya, sehingga tidak ada sesuatu
di dalam kehidupannya yang terlepas daripada perasaan merendah diri kepada Allah
s.w.t.

Melahirkan individu yang sentiasa sabar dan bertawakal kepada Allah s.w.t.
Setiap kegiatannya sentiasa diserahkan kepada Allah s.w..t. hingga tiada sesuatu
yang menakutkan atau menggentarkannya apabila bertindak untuk menegakkan
kalimah Allah s.w.t. Ia sanggup mempertaruhkan jiwa dan raganya demi
menegakkan kalimah Allah s.w.t. Mati syahid adalah cita-cita mereka yang dihayati
oleh jihad dan dihayati oleh konsep dan tuntutan syahadah yang merupakan rukun
Islam yang pertama.

Hablumminannas pula mewajibkan individu mematuhi segala titah dan


perintah Allah s.w.t. dan meninggalkan segala larangan-Nya apabila berhubungan di
antara satu dengan yang lain. Hal ini disebabkan tiada manusia dianggap dapat
hidup bersendirian. Justeru itu, pematuhan perundangan gubalan Allah s.w.t. yang
mengatur cara bagaimana seharusnya manusia berinteraksi di antara satu dengan
yang lain dalam membentuk keluarga, jiran, masyarakat, negara, ekonomi,
kebudayaan, pendidikan dan sebagainya juga termasuk di dalam bidang hubungan
manusia dengan manusia.

Pematuhan syarak amat besar ertinya ke arah pembentukan masyarakat dan


tamadun khalifah Allah s.w.t. di atas muka bumi ini. Kesempurnaan masyarakat
hanya dapat disempurnakan dengan adanya tolong-menolong, kerjasama dan
perpaduan. Hal ini dapat diselaraskan jika adanya undang-undang. Dengan adanya
undang-undanglah ditentukan hak setiap anggota masyarakat dan terselamat
daripada pencerobohan.

Hubungan manusia dengan alam juga merupakan matlamat Tamadun Islam.


Allah s.w.t. telah memperundangkan aturcara bagaimana manusia seharusnya
bertingkah laku apabila berhubungan dengan alam sekitarnya. Hal ini penting kerana

7
segala yang berada di lautan dan di daratan semuanya dijadikan untuk kepentingan
dan kebahagiaan manusia sejagat. Dengan penganugerahan akal pula, manusia
digalakkan oleh Allah s.w.t. untuk menguasai dan menerokai angkasa lepas,
menyelami dasar lautan dalam dan mencari gali perut bumi untuk mengambil faedah,
dan mengetahui rahsia alam.

Hal ini dijelaskan oleh Allah s.w.t. di dalam ayat yang bermaksud:
“Allah yang menjadikan langit-langit dan bumidan Ia menurunkan dari langit akan air,
maka Ia mengeluarkan dengan buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu. Dan Ia
memudahkan bagi kamu kapal untuk kamu bekalan di laut dengan ketentuan
daripada-Nya dan dimudahkan untuk kamu sungai-sungai, disediakan malam dan
siang dan Ia membawa datang untuk kamu akan segala sesuatu yang kamu
bermohon daripada-Nya.”

Dari segi pelaksanaannya, sejarah telah membuktikan tamadun Islam telah


berjaya menyempurnakan keperluan masyarakat manusia untuk mencapai
kebahagiaan. Keadilan meluas di dalam semua bidang tidak kira di dalam bidang
politik, ekonomi, pentadbiran, pendidikan, kebudayaan dan sebagainya. Contohnya
pada zaman Umar bin al-Khattab dan Umar bin Aziz, tidak fakir miskin yang dapat
diberikan wang zakat dari Baitulmal.

3.0 Sumber Tamadun Islam

Terdapat beberapa sumber tetap Tamadun Islam. Antaranya ialah Al-Quran,


Sunnah, Syariah dan Fekah. Al-Quran didefinisikan sebagai mukjizat yang
diturunkan oleh Allah s.w.t. melalui Jibrail a.s. kepada Nabi Muhammad s.a.w. serta
membacanya berupa ibadah. Menurut kajian, terdapat lebih kurang 330 ayat Al-
Quran daripada 6666 ayat yang terdapat dalam al-Quran yang menyentuh mengenai

8
perundangan. Antaranya ialah 140 ayat menyentuh ibadah dan taharah (bersuci
secara fizikal dan spiritual), 70 ayat menyentuh hukum kekeluargaan, 70 ayat
menyentuh hukum muamalah (urusan dan jual beli), 30 ayat menyentuh hukum
jenayah dan 20 ayat menyentuh kehakiman.

Sunnah pula ialah segala yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w sama
ada perkataan, perbuatan, pengakuan atau sifat kejadian, akhlak dan riwayat hidup
baginda sebelum dan sesudah baginda dilantik menjadi Rasul. Ia diriwayatkan
daripada Rasulullah s.a.w oleh para Sahabat, Tabi’in dan seterusnya sehingga ditulis
oleh ulama hadis. Umat Islam berijtimak atau bersepakat bahawa sunnah menjadi
sumber hukum syariah. Ini jelas sebagaimana firman yang bermaksud:

“Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah ia dan apa yang ditegahnya,
maka tinggalkan ia”. (Al-Quran, surah al-Hashr 59:7)

Syariah pula mempunyai pengertian lebih umum daripada fekah. Fekah lahir
daripada syariah kerana syariah bersifat tetap, persoalan-persoalannya berbentuk
prinsip dan dasar, manakala fekah berkembang, berubah dan persoalannya
berbentuk cabang. Ulama fekah mengembangkan hukum-hukum fekah mengikut
kegiatan manusia yang luas berdasarkan kefahaman mereka dan hukum dikeluarkan
menurut nilai kebaikannya dengan berdasarkan nas-nas daripada Al-Quran, sunnah
serta Ijma’.

Perbezaan masa dan suasana juga boleh membawa kepada pelaksanaan


hukum fekah yang berbeza. Persoalan syariah dan fekah meliputi hak Allah ke atas
hamba seperti amal ibadah dalam rukun Islam iaitu senbahyang, zakat dan haji.
Juga hak hamba sesama hamba yang bertujuan mengatur cara hidup manusia
seperti jual beli, nikah kahwin, jenayah dan pewarisan.

4.0 Prinsip Tamadun Islam

Terdapat lima prinsip dalam Tamadun Islam. Pertama ialah prinsip


keselamatan nyawa. Tiada apa yang lebih berharga di dunia ini pada diri setiap

9
manusia selain nyawa. Justeru itu, Tamadun Islam meletakkan pemeliharaan nyawa
sebagai prinsip yang paling utama. Allah s.w.t. telah menggubal perundangan yang
paling terperinci dalam penjaminan keselamatan nyawa. Hal ini telah dijelaskan di
dalam Al-Quran, Surah an-Nisa’, 4:32, yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu membunuh bangsamu sendiri. Sesungguhnya Tuhan itu


penyayang kepadamu.”

Membunuh sama ada diri sendiri atau diri orang lain adalah sesuatu yang
amat dilarang oleh Allah s.w.t. Perbuatan itu memusnahkan generasi manusia.
Sebaliknya, pemeliharaan diri setiap manusia daripada bahaya sentiasa digalakkan
oleh Allah s.w.t. dan sebarang tindakan yang dapat mencederakan fizikal orang lain
juga turut ditegah. Ia bukan sahaja beerti membunuh seorang manusia tetapi
bereerti membunuh seluruh makhluk manusia. Nauzubillah.

Dalam erti kata sebenar diri seseorang adalah sebahagian daripada makhluk
manusia. Makhluk manusia itu adalah satu dalam erti kata perpaduan, persatuan dan
kerjasama di antara satu dengan yang lain serta diperlukan untuk menyempurnakan
perjalanan dan kelicinan kehidupan masyarakat manusia. Seruan ini telah dijelaskan
oleh Allah s.w.t. di dalam Surah al-Maidah, 5:32 yang bermaksud:

“Bahawa sesiapa yang membunuh seorang manusia bukan kerana hukuman


pembunuhan atau kerana membuat bencana dalam negeri, maka bererti orang itu
telah membnuuh manusia seluruhnya.”

Prinsip seterusnya di dalam Tamadun Islam ialah mengutamakan


keselamatan akal. Akal adalah anugerah Allah s.w.t. yang paling berharga kepada
manusia. Akal juga merupakan salah satu ciri menjadikan manusia sebagai makhluk
yang sempurna yang dijadikan oleh Allah s.w.t. di atas muka bumi ini. Dengan akal
jugalah manusia menjadi khalifah Allah s.w.t.di ats muka bumi ini, menjadi pengguna
segala sumber alam yang dijadikan oleh Allah s.w.t. untuk hambanya. Akal
merupakan ciri utama yang menentukan hakikat kemanusiaan. Kemuliaannya diakui
oleh Allah s.w.t. iaitu dalam bidang ibadat dan hal-hal yang bergantung kepada

10
kemampuan akal. Contohnya, orang gila tidak diwajibkan sembahyang kerana tidak
sempurna akalnya atau aqil.

Perilaku perbuatan manusia terutama jenayah baharu disabitkan kesalahan


sama ada oleh hukum syarak atau undan-undang manusia, jika ketika melakukannya
seseorang itu berada dalam keadaan sedar dan waras akal fikirannya. Untuk
memelihara kesempurnaan akal, Allah s.w.t. telah mengharamkan segala sesuatu
yang dapat merosakkan akal. Contohnya, pengharaman arak kerana dengan
meminumnya dapat merosakkan akal fikiran manusia. Hal ini dijelaskan dalam ayat
Surah al-Maidah, 5:90 yang bererti:

“Hai orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, berkorban untuk
berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji termasuk perbuatan
syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu memperoleh
keberuntungan.”

Prinsip yang ketiga pula ialah keselamatan keturunan atau maruah. Manusia
adalah makhluk Allah s.w.t. yang paling sempurna dan paling mulia. Justeru itu,
Tamadun Islam berusaha memelihara kesempurnaan keturunan Allah s.w.t. dan
telah memperundangkan cara yang terbaik untuk memelihara pembentukan keluarga
yang sempurna. Segala tindakan itu dapat merosakkan keturunan adalah dilarang.
Contohnya pengharaman zina, liwat (homoseksual) kerana perkara itu dapat
merosakkan keturunan. Hal ini dijelaskan oleh Allah dalam Surah al-Isra’, ayat 17:31
yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina adalah suatu perbuatan
yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.”

Fitrah semula jadi manusia ialah suka kepada berketurunan dan mempunyai
cahaya mata. Tapi malangnya, sejarah telah mencatatkan bahawa pada zaman
Jahiliah pembunuhan anak berlaku dengan berleluasa. Punca pembunuhan anak-
anak pada zaman Jahiliah ialah ketakutan ibu bapa terhadap anak perempuan yang
biasanya menjadi punca maksiat yang mencemarkan nama keluarga dan takut
kepapaan dalam penyaraan anak-anak mereka. Untuk mengekalkan generasi

11
manusia, perundangan untuk menyekat kemungkaran itu terus berlaku adalah
penting. Allah s.w.t. telah memperundangkan pengharaman pembunuhan anak di
dalam ayat 6:151, surah al-An’am, terjemahannya:

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan. Kami
yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepada kamu.”

Di samping akal, manusia juga dibekalkan dengan nafsu syahwat. Ia juga


merupakan salah satu ciri yang menyempurnakan sifat-sifat kemanusiaan. Matlamat
utama penganugerahan seks adalah tidak lain dan tidak bukan untuk mengekalkan
kesinambungan generasi manusia. Andainya matlamat ini difahami nescaya seks
akan dapat dipergunakan untuk kepentingan, kebahagiaan dan kesejahteraan. Seks
ialah satu gejala yang murni dan mulia jika disalurkan mengikut peraturan yang
sempurna melalui sistem nikah kahwin secara syarak.

Ketidakpatuhan dan keingkaran manusia kepada syarak telah mnyebabkan


kelahiran seribu satu kesrosakan di dalam dunia ini. Umpamanya, segala kegiatan
harian yang berulang, seks telah dijadikan sumber inspirasi oleh sesetengah
manusia. Penyakit ini bukan sesuatu yang baharu dialami oleh manusia tetapi telah
berlaku sejak zaman purba lagi. Kedatangan al-Quran adalah bertujuan untuk
mengubati penyakit dan kerosakan akhlak manusia ini.

Semasa Rasulullah s.a.w dilantik menjadi Rasul, orang Arab Jahiliah telah
bertelanjang dan mengelilingi Kaabah kerana menjalankan kegiatan beragamakan
seks. Fenomena ini terus berkembang dan tersebar luas hingga kini. Allah s.w.t.
telah menegaskan hal ini di dalam ayat 25:43, Surah al-Furqan,
Maksudnya:
“Terangkanlah kepada-Ku tentang orang yang menjadikan hawa nafsu sebagai
tuhannya. Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya.”

Akibat daripada kegilaan seks telah menyebabkan keruntuhan moral dan


kemusnahan sistem keturunan seperti kelahiran anak-anak luar nika, pembunuhan
dan pengguguran anak yang masih berada dalam kandungan. Semua itu telah
menjadi satu adat resam yang dapat diperoleh di mana-man sahaja pada hari ini.

12
Sejarah telah membuktikan bahawa kemusnahan dan kehancuran sesuatu tamadun
manusia dari dahulu kala sehingga hari ini adalah kerana tidak terkawalnya
kebuasan seks.

Untuk memelihara manusia, akhlak dan keturunannya, al-Quran telah


memperundangkan secara tegas pengharaman zina dan segala yang dapat
membawa kepada perlakuan zina. Hukuman yang paling berat telah dijatuhkan
kepada penzina yang telah dibuktikan sabit kesalahannya dengan seratus kali rotan
bagi teruna dan dara serta rejam hingga mati bagi yang telah berkahwin. (Surah an-
Nur,24:2)

Prinsip keempat dalam tamadun Islam ialah keselamatan harta. Fitrah semula
jadi manusia juga ialah suka mencari kekayaan. Justeru itu, penimbunan harta
kekayaan oleh setiap individu adalah sesuatu yang amat digalakkan oleh al-Quran,
terutama umat Islam agar mereka menjadi kaya dan berkuasa di atas muka bumi ini.
Hal ini diterjemahkan oleh Allah s.w.t. di dalam Surah al-Qashah, ayat 28:77 yang
bermaksud:

“Dan tuntutlah apa yang didatangkan oleh Allah kepada kamu untuk negeri akhirat
dan janganlah kamu lupa habuan kamu di dunia. Buatlah baik sebgaimana Allah
berbuat baik kepada kamu dan janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi,
sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melakukan kerosakan.”

Harta kekayaan yang dikumpul oleh seseorang yang sememangnya


digalakkan oleh al-Quran adalah dugaan dan percubaan daripada Allah s.w.t. Andai
cara harta diperolehi, barangan yang terlibat dan cara ia dibelanjakan sejajar dengan
kehendak Allah s.w.t., kekayaan itu akan membawa kebahagiaan di dunia dan di
akhirat. Dugaan lain yang terkandung di dalam harta kekayaan yang menjadi hak
milik individu ialah kekuasaan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepadanya. Ertinya,
dengan kekuasaan harta, seseorang itu dapat menjadi yang terhormat dari kaca
mata manusia, walaupun durjana dari kaca mata Allah s.w.t. Dengan kekayaan itu
juga, membolehkan tuan badan memperolehi segala yang di haramkan oleh Allash
s.w.t. dan melakukan pelbagai kedurjanaan di atas muka bumu ini. Hal ini dijelaskan
oleh Allah s.w.t. di dalam ayat 43:51, Surah al-Zukhruf, terjemahannya:

13
“Firaun menyeru kaumnya, lalu berkata: Hai kaumku, bukankah kerajaan Mesir ini
kepunyaan ku dan (bukankah) sungai-sungai ini mengalir di bawahku, maka apakah
kamu tidak melihat(nya).”

Oleh kerana pemilikan kekayaan merupakan naluri semula jadi manusia,


maka Allah s.w.t. telah menggalakkan bakat manusia dalam penimbaan harta
diperkembangkan ke tahap yang paling maksimum dengan membahagikan masa
hidup manusia kepada dua bahagian, iaitu masa untuk beribadat khusus yakni
penunaian rukun Islam yang lima dan masa untuk ibadat umum iaitu mencari
kelebihan hidup di dunia ini seperti yang dijelaskan Allah di dalam Surah al-Jumu’ah,
ayat 62:10 yang bererti:

“Maka apabila kamu selesai mengerjakan sembahyang kamu, bertaburanlah kamu di


muka bumi dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu
beruntung.”

Untuk menjamin keselamatan harta benda yang menjadi hak milik halal yang
mutlak setiap individu di dunia ini, Allah s.w.t. telah mengharamkan sebarang bentuk
pencurian dari sekecil-kecilnya barang seperti jarum sehingga sebesar-besar mata
manusia. Aktiviti berjudi pula yang menggunakan wang adalah satu aktiviti yang
amat digemari manusia. Sedangkan mereka sedar bahawa itu adalah cara yang
akan memusnahkan harta mereka yang paling berharga.

Prinsip yang kelima iaitu yang terakhir dalam Tamadun Islam, keselamatan
kebebasan. Melalui prinsip ini ia terbahai kepada dua iaitu hak Allah s.w.t. dan hak
manusia.

Kebebasan yang ada kaitannya dengan hak Allah s.w.t. merupakan


kebebasan manusia daripada sebarang bentuk pengabdian diri selain Allah s.w.t.
Dalam erti kata lain, konsep kebebasan yang ada kaitannya dengan Allah s.w.t. ialah
pentauhidan kepada Allah sendiri. Al-Quran secara khususnya bertanggungjawab
mengekalkan kebebasan manusia yang ada kaitannya dengan hal Allah s.w.t.
melalui tiga cara:

14
Pertama, kebebasan melalui taklid. Telah menjadi kegemaran dan tabiat
manusia itu sendiri yang suka mnegikut apa yang telah menjadi tradisi bagi mereka.
Tradisi dan adat pusaka adalah belenggu yang membendung dan mengikat akal
manusia daripada berfikir dengan wara dan matang, sejajar serta sesuai dengan
peranan akal manusia itu sendiri yang pada tabiatnya cintakan kebebasan berfikir.
Al-Qurran datang memerdekakan manusia daripada belenggu yang menindas
akal mereka, iaitu adat yang bertentangan dengan akidah, syarak dan akhlak.
Bertepatan dengan ini Allah s.w.t. telah berfirman di dalam Surah al-A’raf, ayat 7:179
yang bermaksud:
“Apabila orang berkata kepada mereka: “Ikutlah kita yang telah diturunkan Allah!”
mereka menjawab: “Tidak! Bahkan kami akan mengikut apa yang kami dapati ayah-
ayah kami kerjakan”. Apakah juga kalau ayah-ayah mereka tidak dapat memikir
sesuatu dan tidak mendapat petunjuk.”
Kedua, alam bukti kewujudan Allah s.w.t. Ia bertanggungjawab mengekalkan
kemerdekaan akal daripada kesesatan akidah dengan membuktikan bahawa
kewujudan alam ini sebgai bukti kewujudan dan keesaan Allah s.w.t. hal ini amat
penting kerana sebelum penganugerahan al-Quran telah terdapat ramai ahli falsafah
dari zaman berzaman yang telah sampai kepada pembuktian kewujudan Tuhan yang
Esa. Tetapi tidak seorang pun yang berjaya mencapai hakikat ketuhanan seperti
yang disarankan oleh al-Quran, iaitu ketuhanan Allah s.w.t. yang bersifat dengan
segala sifat kesempurnaan dan Maha Suci daripada sebarang kecacatan.
Sebelum manusia sampai ke tahap penerimaan segala yang terkandung di
dalam al-Quran tentang sifat ketuhanan Allah s.w.t., mereka dikehendaki meneliti,
merenung dan berfikir tentang kejadian alam kerana dengan berfikir itu, kelak akan
mencetuskan keimanan yang kuat dan unggul terhadap keesaan Allah s.w.t.,
kekuasaan dan keluasan ilmu-Nya. Hal ini dijelaskan oleh Allah s.w.t di dalam ayat
88:17-20 Surah al-Ghasyiah yang bermaksud:

“Apakah mereka tidak memperhatikan kepada unta bagaimana dicipta, kepada


gunung-gunung bagaimana ditegakkan dan kepada bumi bagaimana dihamparkan.”

Ketiga, kebebasan dari kesesatan. Walaupun Allah s.w.t. telah menegaskan


tentang ketinggian dan kemuliaan akal, namun demikian daerah kemampuannya
adalah terhad di ruang alam benda yang dapat dilihat melalui pancaindera sahaja.

15
Sedangkan perkara-perkara ghaib, alam roh atau hal ketuhanan, bukan urusan dan
bidang yang dapat diterokai oleh akal manusia. Justeru itu, mahu atau tidak mahu ia
mesti patuh dan menyerah diri kepada bimbingan al-Quran. Inilah sebenarnya jalan
yang rentas kepada jalan yang tidak berhujung untuk menyelamatkan manusia
daripada kesesatan yang menjajah mereka. Hal ini dijelaskan oleh Allah s.w.t. di
dalam ayat 2:2 Surah al-Baqarah yang bermaksud:
“Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang
bertakwa. (Iaitu0 mereka yang beriman kepada ghaib, yang mendirikan sembahyang
dan menafkahkan sebahagian rezeki yang kami (Allah) anugerahkan kepada
mereka.”
Hak kebebasan manusia dari kaca mata Islam boleh dilihat melalui kebebasan
bergerak, kebebasan bersuara, kemerdekaan berpersatuan dan kebebasan
beragama.
Kebebasan bergerak dan bertindak merupakan satu perkara yang menjadi
hak asasi manusia yang dijamin oleh Islam. Malah dengan kebebasan inilah,
manusia dapat melaksanakan segala urusan kehidupan mereka yang berkaitan
dengan politik, ekonomi, pendidikan, sosial, kebudayaan dan sebagainya.
Kebebasan bergerak dan bertindak dijamin oleh Islam selagi ia tidak bercanggah
dengan akidah, syarak, dan akhlak yang diperundangkan oleh Allah s.w.t.
Contoh paling jelas yang dapat dikemukakan di sini ialah dalam pendidikan.
Islam menggalakkan setiap umat Islam menguasai segala bidang ilmu pengetahuan
yang diterangkan di dalam ilmu fardu ain dan fardu kifayah seberapa inggi yang
dapat, walaupun ia terpaksa pergi keluar negeri untuk meningkatkan keimanan,
ketakwaan dan amal salih serta meyempurnakan keperluan umat Islam sejagat yang
berakhir dengan kesejahteraan, keamanan, kemakmuran dan perpaduan.
Kebebasan bersuara dan mengeluarkan buah fikiran, Islam menganggapnya
sebagai hak asasi manusia juga. Setiap manusia mempunyai bakat semula jadi yang
dapat diperkembangkan sehingga dapat mengeluarkan fikiran yang bernas dan
bermutu. Andainya kebebasan itu disekat, ia akan mencetus revolusi. Sebab itulah
al-Quran menitikberatkan tentang jaminan kebebasan bersuara dan mengeluarkan
pendapat asalkan kebebasan itu tidak melanggar akidah, syarka dan akhlak. Ini
disebabkan perkara-perkara tersebut menjadi hak mutlak Allah s.w.t. hal ini
dijelaskan oleh Allah s.w.t di dalam Surah an-Nisa’, ayat 4:148 yang bermaksud:

16
“Allah tidak menyukai berterus-terang dengan perkataan buruk, kecuali daripada
orang yang teraniaya. Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.”

Kemerdekaan berpersatuan ialah tentang jaminan kebebasan berkumpul,


berorganisasi dan berpersatuan dalam Islam tidak perlu dipertikaikan lagi. Kewajipan
melaksanakan konsep syura di dalam Islam adalah bukti yang paling nyata bahawa
umat Islam diberikan kebebasan untuk berhimpun dan berpersatuan. Hal ini
ditegaskan lagi oleh Allah s.w.t. di dalam ayat terjemahan Surah asy-Syura, 42:38 :
“Dan bagi orang yang menerima (mematuhi) suruhan-Nya dan mendirikan
sembahyang dan urusan mereka (diputuskan) dengan syura di antara mereka.”

Daripada ayat tersebut beberapa pengertian dapat dikemukakan. Pertama,


Allah mewajibkan umat islam berbincang sesama sendiri apabila hendak
menyelesaikan segala urusan hidup mereka tidak kira sam ada hal politik, ekonomi,
pendidikan dan sebagainya. Kedua, syura adalah rumusan pendapat di antara
sejumlah orang yang pakar di dalam pelbagai bidang asalkan beriman dan bertakwa
dalam mencari penyelesaian sesuatu masalah. Keputusan yang diambil adalah
berdasarkan kepada suara terbanyak di dalam majlis tersebut.
Terakhir sekali, kebebasan beragama. Allah s.w.t. sendiri memberi jaminan
tentang kebebasan beragama kepada setiap manusia seperti yang dijelaskan di
dalam terjemahan ayat 2:256, Surah al-Baqarah:
“ Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama Islam. Sesungguhnya telah jelas
yang benar dari jalan yang salah.”

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa umat islam tidak berhak menggunakan
kekerasan untuk memaksa orang bukan Islam untuk memeluk Islam. Malah cara
yang berhikmah, iaitu pujukan dan dakwah yang lemah-lembut sahajalah merupakan
jalan yang paling baik untuk menyeru mereka yang bukan Islam untuk menganut
Islam. Hikmah yang dimaksudkan di sini ialah memberikan dalil-dalilyang jelas untuk
menghilangkan keraguan.
Kebebasan agama ini akan tamat serta-merta sehinggalah penganut agama
lain tidak mengenang budi pemerintah Islam dengan melakukan sabotaj dan
pengkhianatan kepada agama Islam sendiri, seperti yang dilakukan oleh golongan

17
Yahudi di Madinah. Sejak itu, umat Islam diwajibkan berjihad menghapuskan
mereka. Hal ini dijelaskan oleh Allah s.w.t di dalam ayat; terjemahannya:
“Telah diizinkan berperang bagi orang yang diperangi, kerana sesungguhnya
mereka telah dianiaya.”
(Surah al-Hajj, 22:39)
BIBLIOGRAFI

Azhar Hj. Mad. Aros (2004).Tamadun Islam dan Tamadun Asia (titas). Cetakan
Ketiga. Penerbit fajar bakti sdn. Bhd. Selangor darul Ehsan.

Muhammad 'Uthman El-Muhammady. Agama Sebagai Pendorong Tamadunan.


 http://traditionalislam.freeservers.com. Di akses pada 22 Mac 2010.

Mustafa haji daud. (1991) Tamadun Islam. Cetakan pertama. Utusan


Publications dan distrubators sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Pembangunan Dalam Islam. http://sites.google.com. Di akses pada 22 Mac


2010.

Sukatan Pelajaran Tamadun Islam Kursus Pendidikan Perguruan Asas. Bahagian


Pendidikan Guru. Kementerian Pendidikan Malaysia. 1988. H.vii. disalin.

18

You might also like