Komunikasi Berkesan Dalam Bilik Darjah

Oleh: Khairuddin Abdul Rahman Terdapat banyak kajian yang telah dikenal pasti bagaimana guru boleh mewujudkan komunikasi menjadi lebih berkesan di dalam mengurus proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Komunikasi yang berkesan amat diperlukan dalam menjayakan proses pengajaran dan pembalajaran. Ini adalah bertujan untuk mecapat objektif pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan bagi melahirkan pelajar sepertimana objektif yang hendak dicapai oleh guru. Objektif pengajaran dan pembelajaran termasuklah pelajar boleh mengetahui, memahami, dan mengamalkan sesuatu yang telah dipelajari dengan sebaiknya apa yang telah dipelajari di akhir pembelajaran dan utnuk masa hadapan. Diantara cara-cara amalan komunikasi yang boleh membantu guru-guru ikuti bagi mengurus bilik darjah dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah seperti di bincangkan di bawah: 1) Praktikkan gaya kepimpinan demokratik. Guru mesti mempunyai gaya kepimpinan yang baik, tutur kata yang tegas atau penggunaan nada yang betul perlu digunakan pada situasi yang betul amat bertujuan untuk menarik minat dan perhatian pelajar dalam menerima maklumat yang hendak disampaikan, pakaiannya dan cara komunikasi gerak badan atau muka guru memainkan peranan yang penting dalam menunjukkan penegasan yang menjelaskan data yang ingin disampaikan kepada murid supaya lebih mudah difahami dengan jelas. Melahirkan suasana gaya yang betul dalam pengajaran dan pembelajaran agar murid seronok dan terus berminat dalam menerima pengajaran yang disampaikan oleh guru. 2) Galakkan penglibatan murid dengan mengelolakan aktiviti Aktiviti-aktiviti bilik darjah akan mewujudkan interaksi murid dengan murid dan guru dengan muridmurid secara dua hala. Ini akan menjadikan penglibatan murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran akan lebih aktif. 3) Gunakan kaedah berkumpulan sekiranya boleh dilakukan Kaedah berkumpulan adalah ditekankan dalam KBSR kerana interaksi murid dengan murid serta guru dapat diperkembangkan. Ia boleh melahirkan murid-murid mempunyai nilai bekerjasama dalam kumpulan, menghormati pandangan kawan-kawan dan mempunyai kemahiran berfikir sendiri dan boleh menyelesaikan masalah. 4) Banyak menggunakan teknik main peranan, lakunan, dan sesi buzz Teknik ini mewujudkan murid-murid mengambil bahagian yang aktif dalam pengajaran guru. Penglibatan aktif pelajar akan memberi kesan yang nyata dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. 5) Adakan sesi soal jawap dalam pengajaran Sesi soal jawap membantu murid-murid mengigati kembali apa yang telah dpelajarinya, malah juga meletakkan murid sentiasa memberi perhatian yang tinggi kepada pengajaran dan pembelajaran yang dilakaukan oleh guru. 6) Menggunakan alat gantu mengajar yang berteknologi Menggunakan teknologi tinggi seperti computer, persembahan pengajaran dan pembelajaran menggunakan powor point dan sebagainya lebih memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di minatai oleh murid-murid kerana ia melibatkan video, audio yang dapat menunjukkan sesuatu maklumat yang disampaikan lebih jelas dengan visualnya. 7) Iktiarkan penyertaan murid Interaksi murid adalah penting dalam pengajaran dam pembelajaran yang dilakukan oleh guru oleh itu guru mestilah berusaha mengiktiarkan penyertaan murid adalah aktif di dalam bilik darjah kerana usaha mengalakkan murid-murid aktif akan menanamkan minat pelajar dan pemerhatian yang lebih terhadap pelajarannya.

Ini mengakibatkan perubahan dalam pelbagai perkara seperti paradigma guru. Perubahan dalam kurikulum memanglah dijangkakan akan berlaku seiring dengan peredaran masa. Diharapkan pelajar tersebut mengubah tingkahlaku dan boleh melibatkan secara aktif di dalam bilik darjah. Dalam proses ini. strategi pengajaran dan sebagainya. Guru seharusnya beriktiar membantu murid-murid seperti ini dan merujuk kepada guru kaunseling untuk diatasi permasalahan murid tersebut. yang tersingkir dan terasing akan menjejaskan interaksi di dalam bilik darjah. Dengan ini interaksi murid-murid yang bermasalah dengan guru dan murid-murid lain akan bertambah baik. mentertawakan kawan-kawan diatas jawapan yang kurang tepat dan sebagainya. Strategi pengajaran yang konvensyenal hendaklah digantikan dengan kaedah pengajaran yang berpusatkan murid serta berorientasikan kepada penggunaan pelbagai sumber dan teknologi yang seiring dengan perkembangan teknologi negara kita. buku-buku teks. Di sinilah pembelajaran koperatif memainkan . Guru seharusnya juga menambah atau menjadikan pendapat murid tersebut sebagai contoh pendapat yang betul dan boleh diterima pakai atau mengolah pendapat murid tersebut itu menjadi lebih jitu jika penadapat tersebut kurang jelas atau samara-samar. Dalam pembelajaran.8) Adakan sesi kaunseling dengan murid bermasalah Murid-murid yang pendian dan pemalu. adalah tidak seharusnya guru menyindir murid. Sebaliknya guru hendaklah memperbetulkan pendapat tersebut atau menyokong pendapat tersebut menjadi lebih jelas untuk diterima pakai oleh murid-murid lain. Posted by KhairuddinAR at 10:56 PM Labels: Bilik Darjah. Suasana ini akan memberanikan murid-murid mengeluarkan pendapat masing-masing kerana setiap pendapat yang dikeluarkan tidak terancam dengan kritikan dan tomahan guru dan kawan-kawan. 10) Murid-murid digalakkan memberi pujian kepada rakan-rakan mereka dan menjauhkan diri daripada melakukan perkara sebaliknya seperti menyindir. Malah pendapat yang diberi penghargaan menghasilkan minat pelajar lain untuk mengeluarkan pendapat masing-masing. banyak perubahan yang berlaku misalnya yang terkini sekali iaitu pelaksanaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam bidang pendidikan. interaksi sosial menjadi salah satu faktor penting bagi perkembangan skima mental yang baru. Pengenalan Pembangunan sistem pendidikan negara selepas merdeka adalah hasil daripada program kerajaan untuk melaksanakan pelbagai rancangan dan peraturan yang termaktub dalam Ordinan Pelajaran 1957 dan Akta Pelajaran 1961. komunikasi PEMBELAJARAN KOPERATIF : PENDEKATAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK MASA KINI 1. 9) Memberikan sikongan kepada murid yang mengemukakan pendapat Sekiranya murid mengeluarkan pendapat yang kurang baik seperti yang dikehendaki oleh guru.

Apakah Pembelajaran Koperatif ? Pembelajaran koperatif membawa maksud belajar bersama-sama dalam satu kumpulan kecil yang mempunyai matlamat yang sama iaitu ke arah kejayaan. bertolak-ansur dan bertanggungjawab. Dalam pembelajaran koperatif. kreatif. $ Saling Bergantungan Positif . Melalui strategi pembelajaran sebegini. 2.peranannya dalam memberi kebebasan kepada pelajar untuk berfikir secara analitis. Matlamat pembelajaran koperatif tidak akan tercapai jika penyelesaian suatu masalah hanya dilakukan oleh seorang palajar sahaja. Semua pelajar dalam suatu kumpulan berhak memberi pandangan atau saling bertukar ide dalam membuat penyelesaian masalah agar dapat difahami dan diterima oleh semua ahli kumpulan itu. kejayaan atau kegagalan yang diperolehi akan dikongsi bersama. sabar. hormatmenghormati. menyokong. Prinsip Asas Pembelajaran Koperatif Untuk memenuhi tujuan sebenar pembelajaran koperatif. pelajar akan mendapat galakan dan rangsangan daripada ahli-ahli kumpulan untuk menyelesaikan masalah matematik walaupun masalah itu sukar. kritis. Itulah yang perlu ditekankan kepada para guru di mana pembelajaran yang baik boleh berlaku apabila pelajar melibatkan diri secara aktif. semua ahli harus memahami dan menyedari peranan masing-masing. beberapa prinsip asas perlulah dipatuhi. Pelajar memiliki semangat bekerjasama untuk mencapai tahap pembelajaran yang maksimum bagi diri sendiri dan juga bagi setiap ahli kumpulannya. Teknik-teknik dalam pembelajaran koperatif sangat sesuai diaplikasikan dalam kelas yang ada pelbagai kebolehan kerana ia memupukkan nilai murni dalam diri pelajar seperti saling menghargai. Oleh itu. 3. peranan guru berubah dari sebagai pemberi maklumat kepada seorang fasilitator. Oleh itu. reflektif dan produktif. Pengajaran yang berkesan akan menghasilkan pembelajaran yang diingini. Kejayaan ahli-ahli kumpulan adalah saling bergantungan antara satu sama lain.

$ Interaksi Bersemuka Pelajar harus bekerja secara bersemuka untuk menyiapkan tugasan. $ Interaksi Serentak Setiap kumpulan boleh melakukan perbincangan pada masa yang sama iaitu secara serentak. Boleh dikatakan bahawa kemahiran sosial adalah sama penting dengan kemahiran teknikal untuk memperolehi kejayaan hidup pada zaman ini. Di sini pelajar berpeluang untuk menyuarakan pendapat dan mendapat maklumbalas rakan ahli secara terus tanpa sekatan. $ Penglibatan Saksama Semua ahli kumpulan mesti melibatkan diri secara saksama dan menerima tugasan secara adil. pembahagian kerja sama rata. $ Kemahiran Sosial Ini perlu bagi melicinkan aktiviti-aktiviti proses pembelajaran dan juga kesediaan pelajar untuk menjadi ahli masyarakat yang boleh berkomunikasi. $ Tanggungjawab Individu Setiap pelajar dalam kumpulan adalah bertanggungjawab kepada pembelajarannya sendiri dan sumbangan kepada kumpulan. Penilaian perlu dilakukan secara individu untuk menunjukkan individu itu melakukan pembelajaran walaupun berada dalam kumpulan iaitu tidak hanya mengharapkan sumbangan rakan ahli. semasa meraikan kejayaan dan ketika menjalankan 'post mortem' bagi hasil tugasan yang telah selesai. penglibatan aktif pelajar dapat dipertingkatkan lagi. Ini berbeza dengan cara tradisional di mana perbincangan dijalankan secara tersusun. Dengan berlakunya interaksi serentak ini. Ini akan memastikan keaktifan setiap pelajar dalam proses pembelajaran. pemberian peranan kepada setiap ahli dan perkongsian bahan atau maklumat di kalangan ahlu kumpulan.Pelajar perlu saling bergantungan dalam menyiapkan tugasan yang mana ianya boleh tercapai melalui matlamat yang sama. $ Pemprosesan Kumpulan .

¶ 'Team-Accelerated Instruction' (TAI) . Jenis Pembelajaran Koperatif Terdapat beberapa jenis strategi yang boleh digunakan dalam pembelajaran koperatif. Ia melibatkan para pelajar mentafsir. berkomunikasi dan mengesan tahap kefahaman mereka. kuiz atau perbincangan kumpulan. Motif utama dalam Jigsaw ialah setiap pelajar dalam satu kumpulan akan menjadi pakar dalam topik tertentu dan bertanggungjawab memberi tunjuk ajar kepada rakan sekumpulan tentang apa yang telah mereka pelajari. Selepas itu. membuat maklumbalas. memfokus. Semua maklumat yang telah diperolehi akan dianalisis dengan cara terperinci untuk dipersembahkan dalam bentuk yang kreatif dan menarik. Ahliahli dalam kumpulan pakar akan membincangkan sebahagian bahan akademik (yang telah disediakan oleh guru). Guru dan pelajar akan melihat sejauh mana kejayaan yang dicapai dalam sesi pengajaran dan pembelajaran itu. Strategi pembelajaran ini mengintegrasikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah melalui proses inkuiri akademik. Guru pula perlu menilai sejauh mana pengajarannya telah berjaya mencapai matlamat pembelajaran yang diingini. pelajar perlu melakukan refleksi secara individu. Ini memerlukan pelajar mengenalpasti suatu topik yang disiasat. Di antaranya ialah : ¶ Penyiasatan Berkelompok (Group Investigation) Setiap ahli kumpulan akan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah untuk mendapatkan maklumat. ¶ Jigsaw Setiap kumpulan akan menghantar ahli untuk membentuk kumpulan pakar. 4.Setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran tamat. Mereka saling membantu di antara satu sama lain melalui tutorial. ¶ 'Student Team Achievement Division' (STAD) Pelajar-pelajar berada dalam kumpulan kecil dan menggunakan lembaran kerja untuk menguasai suatu cabang pengetahuan. merancang serta menjalankan penyiasatan. semua ahli kumpulan pakar tadi akan kembali ke kumpulan asal masing-masing untuk berkongsi pengetahuan mereka dengan rakan sekumpulan.

Pelajar akan bermain suatu permainan berbentuk pertandingan di dalam bilik darjah. demonstrasi atau pertunjukan visual. Kesimpulan Strategi pembelajaran koperatif mempunyai manfaat yang besar kepada pembelajaran pelajar. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar yang rendah pencapaian supaya dapat meningkatkan tahap pencapaiannya seiring dengan pelajar lain yang mempunyai pencapaian tinggi. ¶ 'Team Games Tournament' (TGT) Model TGT mengandungi putaran aktiviti pengajaran seperti berikut : (I). . Kuala Lumpur. meja pertandingan akan diwakili oleh 2 hingga 4 orang ahli dari setiap pasukan yang sama kebolehan akademik. 5. Dewan Bahasa dan Pustaka. Bagi setiap pertandingan. Bagi setiap permainan. Ianya boleh dijadikan strategi pengajaran alternatif masa kini di mana pelajar memperolehi faedah secara bersepadu dari aspek kognitif.Ia merupakan pendekatan secara menyeluruh di mana pelajar mempunyai kebebasan bertindak dan guru boleh membentuk kelas matematik heterogeni. Perubahan Pendidikan Di Malaysia : Satu Cabaran. Bahan-bahan TAI direka khas untuk program ini yang menggantikan buku teks sepenuhnya. Kemudian pelajar akan bekerja mengikut lembaran kerja yang disampaikan oleh untuk menguasai konsep. Ibrahim Saad (1990). Pelajar berbincang mengenai bahan yang disampaikan oleh guru. Bahan Rujukan : 1. Pelajar yang mempunyai latar belakang yang berbeza ditentukan kepada kumpulan yang heterogenus. efektif dan psikomotor. Guru seharusnya merancang pengajaran dan pembelajaran agar kemahiran intelek di kalangan pelajar dapat dimanifestasikan dalam pengajaran. (II). Kesepaduan yang diperolehi dari pembelajaran koperatif dapat memenuhi hasrat kerajaan seperti yang tertulis dalam Falsafah Pendidikan Negara. Guru perlu memberitahu pelajaran yang berkaitan sama ada dalam bentuk syarahan.

seorang guru dengan murid-muridnya atau seumpamanya. sosial dan rohani manusia. 6. KERTAS KERJA KAJIAN SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN ( MTT2353 ) PENDIDIKAN SEBAGAI SUATU PROSES PENGAJARAN 1. maka ilmu dan budaya yang tersebar secara langsung dan tidak langsung akan mempengaruhi perkembangan fizikal. Al Quran telah memberi beberapa garis panduan sebagai asas bagi mewujudkan perhubungan atau interaksi yang berkesan di antara seseorang dengan seseorang insan yang lain. London. Kerelevenan Pembelajaran Koperatif Dalam Kurikulum Sekolah Malaysia. Oleh kerana pendidikan adalah suatu proses penerimaan dan penyebaran maklumat. Research and Practise.2. Englwood Cliff. Prentice Hall. Praeger Publisher.Johnson. New Jersey. tempat tinggal. Robert E. Kertas kerja dalam seminar Matematik. Cooperative Learning : Theory. David W. MPKTBR. pekerjaan dan tempat bekerja serta institusi masyarakat lainnya. Ia juga boleh berlaku di antara individu dengan beberapa individu yang lain seperti di antara seorang anak dengan kedua ibu bapa atau keluarganya atau dengan rakan sebaya. Competitive and Individualistic Learning. Slavin (1990). 5. Pendidikan juga merupakan suatu proses komunikasi dan interaksi di antara manusia dengan persekitarannya seperti sekolah. Shlomo Sharan (1980). New York. media massa. Allyn Bacon. Newbury. The Jigsaw Classroom.w.)(Ab.0 PENGENALAN Pendidikan adalah suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan perhubungan atau komunikasi dan interaksi di antara individu dengan individu yang lain seperti seorang ibu dengan anaknya atau seorang pengikut dengan ketuanya atau seumpamanya. Dan (ingatlah) Allah maha kaya dan maha penyantun". California Sage Publication. . Rahman Abu Bakar. Di antara ayat-ayat Al Quran yang menjelaskan tentang perkara di atas ialah : "Perkataan yang baik dan perbuatan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada memberi sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan) menyakitkan hati. 3. Cooperative Learning : Theory and Research.t. Learning Together and Alone : Cooperative. 1992). Proses ini berlaku sehingga manusia mencapai keserasian dalam kehidupannya yang perlu berinteraksi dengan individu dan masyarakat serta alam dan dalam keperluan perhubungan beribadah kepada Tuhan (Allah s. Elliot Aronson (1978). 4. Gan Siowck Lee (1992).Johnson dan Roger T.

aspek tersebut masih kurang menonjol walaupun ia merupakan matlamat yang perlu ditekankan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). sebilangan besar siswazah gagal dalam temuduga pekerjaan sama ada di sektor awam atau swasta. Tan Sri Dr. 2. tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu". menyatakan konsep kendiri ialah suatu faktor penting dalam komunikasi interpersonal. maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang baik menyenangkan hati". Brooks dan Emmert (1976). (Rosli Abd. Didapati bahawa kegagalan mereka dalam kemahiran berkomunikasi ini menjadi penyebab wujud masalah dari segi pergaulan. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar. 1997). Rahman. Dewasa ini kebanyakan majikan mendapati kekurangan keterampilan siswazah merupakan faktor penyebab pihak majikan berhati-hati mengambil mereka bekerja dalam firma swasta. bekerjasama. seseorang itu dapat bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman dengan individu lain. (Al-Isra' : 28) "Maka rahmat Allah yang menyebabkan kamu berlemah lembut terhadap mereka." (An-Nahl : 125) Petunjuk-petunjuk dari ayat-ayat Al Quran di atas telah menggariskan bahawa hikmah kebijaksanaan. Individu yang mempunyai kemahiran berkomunikasi mempunyai peluang lebih baik untuk menyesuaikan dirinya dengan persekitarannya. 1997). Ketua Pengarah Pendidikan. Melalui interaksi. ISU 2 Pembinaan minda merentas kurikulum yang diajar di sekolah rendah dan menengah diperhebatkan lagi dengan pelancaran Program Gerak Gempur Minda 1997 bagi melahirkan pelajar yang berkemahiran berfikir secara lebih kritis dan kreatif. individu yang mempunyai konsep kendiri positif biasanya dapat berinteraksi dengan orang lain dengan cara yang lebih baik. Manakala sifat-sifat keras dan kasar serta kata-kata yang menyakitkan adalah dilarang. Dalam proses komunikasi. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin berkata.0 RASIONAL PEMILIHAN TAJUK ISU 1 Kemahiran berkomunikasi boleh dikuasai melalui proses pembelajaran (Rosli Abd. Jelas di sini. Kurang kemahiran berkomunikasi dan konsep kendiri di sekolah boleh menyebabkan pelajar sukar membuat penyesuaian diri dan sukar menyelesaikan masalah. berpendapat konsep kendiri dan personaliti sebagai sinonim. .(Al-Baqarah: 263) "Dan kalaulah engkau terpaksa berpaling daripada mereka untuk tidak melayani mereka kerana menuntut Rahmat Tuhan kamu yang kamu mengharapkannya. Ekoran dari faktor ini. (Al-'Imran : 159) "Serulah (manusia) ke jalan (agama) Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat yang baik dan berbahasalah dengan mereka dengan cara yang sebaik-baiknya«. cara berkomunikasi dan dalam pengurusan konflik.. Keberkesanan berkomunikasi interpersonal berkait rapat dengan persepsi diri. lemah lembut dan percakapan dan bahasa yang baik adalah menjadi asas bagi mewujudkan komunikasi dan interaksi berkesan di antara sesama insan. Rahman. Hamachek (1990). salah satu bidang yang mempunyai pengaruh yang paling kuat ke atas tingkah laku seseorang ialah persepsi diri seseorang atau konsep kendirinya.

Pendidikan yang didapati di sekolah merupakan proses dan aktiviti yang bertujuan untuk membawa perubahan kepada seseorang individu. Sekolah memberikan pendidikan dan menghasilkan perubahan ke atas diri seseorang pelajar itu. 1988). Sekiranya guru tidak faham serta mahir dalam berkomunikasi dengan murid-murid semasa mengajar sudah pasti sukar bagi seseorang guru itu untuk menjadikan pengajarannya berkesan dan bermutu.Menurut beliau. khususnya dalam bilik darjah. Ini adalah kerana guru-guru berinteraksi dengan pelajar secara individu hampir setiap hari. kebanyakan proses pengajaran dan pembelajaran mencorakkan tingkah laku dan perbendaharaan kata pelajar (Syarifah Alawiah Al-Sagoff.1 Kepentingannya Setiap orang guru perlu mahir dalam berkomunikasi. pendidikan harus berpusatkan kepada pelajar sebagai individu untuk melengkapkan dirinya dengan ciri-ciri insan yang sempurna pada keseluruhannya. 4. Menurut Dewey. Kelemahan ini tidak sewajarnya berlaku dalam bidang pendidikan yang kegiatan utamanya memerlukan aspek kemahiran berfikir serta pengembangan minda selain penekanan yang diberikan kepadanya di dalam KBSM dan KBSR. Daripada dua isu yang telah dikemukakan tersebut menunjukkan bahawa usaha ke arah mengutamakan aspek kemahiran dan keupayaan berkomunukasi perlu dipertingkatkan untuk kepentingan pelajar menyesuaikan diri di dalam masyarakat pada masa akan datang. Dalam keadaan persekolahan sekarang ini.0 INTERAKSI ANTARA GURU DAN MURID DI DALAM BILIK DARJAH 4. sekolah bukan merupakan institusi setakat untuk menyediakan individu itu bagi sesuatu latihan dan memperolehi pekerjaan tetapi membuat persediaan untuk mereka membangunkan masyarakat. secara umumnya. Oleh itu kami telah memilih tajuk ini dengan membincangkan dari beberapa aspek seperti : kepentingan komunikasi bilik darjah ciri-ciri komunikasi guru yang positif dan negatif ciri-ciri komunikasi yang disukai oleh murid ciri komunikasi guru yang boleh menghasilkan pengajaran yang berkesan halangan-halangan komunikasi bilik darjah cara untuk mengatasi halangan yang dihadapi cadangan dari aspek kesedaran dan kesediaan guru. Bilik darjah merupakan unit interaksi sosial yang paling berpengaruh di sekolah (Syarifah Alawiah Al-Sagoff. 3. Ia berlaku di mana ada masa dan ruang yang ditetapkan untuk melakukan pengajaran dan pembelajaran.0 PERANAN SEKOLAH SEBAGAI INSTITUSI SOSIAL Mengikut kamus Oxford (1969) menyatakan bahawa sekolah merupakan institusi untuk memberi pendidikan kepada para pelajar. . Interaksi sosial pelajar dalam sistem pendidikan formal di sekolah berlaku dalam bilik darjah dan aktiviti ko-kurikulum. 1988). 95 % proses pengajaran dan pembelajaran sekarang masih berpusat kepada guru dan hanya 5 % membabitkan interaksi pelajar. Oleh itu.

Flanders meletakkan tanggungjawab utama mencorakkan interaksi bilik darjah itu adalah terletak di tangan guru. idea. ilmu pengetahuan. cekap dan optimis dalam menghadapi sesuatu situasi serta cabaran. maklumat. Sebagai seorang guru. samada lisan atau bertulis. guru bukan sahaja perlu kreatif dan inovatif. tunjuk ajar serta nasihat kepada murid-murid dengan baik dan tepat tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan. menghampiri dan mendampingi murid. 1970 (Edward dan Westergate. memberi isyarat. komunikasi lisan berlaku apabila guru sedang menyampaikan pelajaran atau arahan untuk menjalankan sesuatu tugas amali. menyoal soalan-soalan. Guru juga perlu bijaksana menyusun strategi agar suasana berinteraksi di antara murid sesama murid berlaku secara harmonis. nyata bahawa kemahiran berkomunikasi amat penting bagi seorang guru untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. berbincang. Ketika guru menulis sesuatu di papan hitam atau lutsinar untuk kegunaan muridmurid. kekaburan dan salah faham. 1987) dalam kajiannya terhadap interaksi bilik darjah dikenali dengan Sistem Analisis Interaksi Flanders) telah merumuskan bahawa dalam sesuatu proses pengajaran yang berlaku dalam bilik darjah. 4. maka komunikasi secara bertulis telah diamalkan.(Ee Ah Meng. serta sesi pengajaran pembelajaran menjadi hambar dan membosankan. Sekiranya mesej yang dihantar oleh penyampai dapat difahami maksudnya oleh penerima. bijaksana. saling bantu membantu serta hormat menghormati supaya pembelajaran berlaku secara bermakna dan berkesan. 1996). apabila berhadapan dengan murid-murid. Ini bermakna komunikasi atau interaksi bilik darjah boleh berlaku secara lisan dan bukan lisan. malah ianya seolah-olah tidak langsung memberi kesempatan untuk merancang dan berfikir. memberi penjelasan. Guru-guru yang bersifat dominatif menunjukkan ciri-ciri berkomunikasi dengan muridmurid seperti berikut : Menentukan secara terperinci segala gerak geri murid Enggan menerima langsung cadangan dari murid Mengatur aktiviti murid tanpa mengkaji hubungan sesama mereka atau di antara murid dengan persekitaran bilik darjah Suka menengking dan memarahi murid Selalu memberi amaran .2 Corak Komunikasi dalam bilik darjah Komunikasi merupakan proses penyampaian mesej. meneguh dan menegur. Oleh kerana itu. seseorang guru bercakap dua pertiga daripada keseluruhan waktu mengajar.("Classroom Life : Some Dimensions of Parallel Universes". Oleh itu segala maklum balas yang berlaku di antara kedua belah pihak bukan sahaja terjadi secara spontan dan perlu segera. 1994). Anderson dan Brewer's. Percakapan guru itu secara langsung mempengaruhi murid-murid seperti dalam menyampai. Kegagalan guru berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja akan menyebabkan murid-murid menjadi kecewa. Flanders. mengarah.Dengan komunikasi yang berkesan guru akan dapat menyampaikan isi pelajaran. maka komunikasi berkesan telah pun berlaku. tetapi mesti sabar. Dalam situasi berkenaan. mengenakan denda dan sebagainya. memberi arahan dan mengkritik. 1946 (Dalam Amir Sharifudin. iaitu jenis dominatif dan intergratif. Dalam konteks bilik darjah. malah lebih buruk lagi ialah objektif yang dirancang bagi sesuatu sesi pengajaran itu tidak akan tercapai. waktu untuk guru berinteraksi dengan murid-murid begitu terhad. 1986) dalam kajiannya menunjukkan bahawa terdapat dua jenis tingkah laku guru apabila berinteraksi dengan murid-murid sewaktu mengajar dalam bilik darjah. Semasa waktu mengajar. guru berinteraksi dengan murid dengan bercakap.

(Wlodkowski. 1994). 1975 (dalam Noran Fauziah dan Ahmad Mahzan. banyak menerima tulisan puisi dan lukisan daripada pelajar-pelajar mereka. peramah dan baik hati. 1984) (dalam Classroom Life.Gagal menyediakan kemudahan kepada murid Guru-guru yang bersifat intergratif pula mempunyai ciri-ciri tingkahlaku seperti berikut : Sentiasa bersetuju dengan cadangan murid Menerima perbezaan pendapat dari murid Memandu murid melengkapkan jawapan yang kurang sempurna Mengambil bahagian bersama murid-murid di dalam aktiviti bilik darjah Bersimpati dengan masalah murid Memberi kebenaran atau menggalakkan murid-murid mencuba Hasil kajian tersebut telah menunjukkan bahawa guru-guru yang bersifat dominatif lebih banyak membawa kesan negatif terhadap perkembangan dan kemajuan murid.3 Ciri-ciri Interaksi Guru dan Pelajar di dalam Bilik Darjah yang berkesan Motivasi pelajar untuk belajar adalah sangat berkaitan dengan sikap. Wlodkowski mencadangkan beberapa strategi untuk menghasilkan interaksi yang berkesan antara guru dan murid. 1990) telah menyenaraikan antara tingkahlaku guru yang disukai murid semasa berinteraksi dalam bilik darjah ialah : Baik hati. . bersikap adil. Antaranya ialah : Menggunakan teknik "Supportive communication behavior" untuk membantu interaksi yang bermakna. Evan. 1962. perasaan dan kehendak mereka yang mana ianya bergantung kepada kualiti perhubungan dan interaksi di dalam suasana pembelajaran. Hamachek juga menyebut tentang kajian-kajian lain yang menyatakan guru-guru sekolah menengah yang peramah dan bertimbang rasa. guru mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mengenalpasti keperluan pelajar dan untuk menggalakkan interaksi bilik darjah yang positif dan berkesan. peramah dan sabar sewaktu mengajar Menggalakkan murid-murid menyoal dalam kelas Sering menyelitkan humor atau unsur berseloroh semasa sesi pembelajaran Membenarkan murid-murid melakukan banyak aktiviti dan dalam masa yang sama dapat mengekal ketenteraman dan disiplin kelas Hamachek (1974) (dalam Noran Fauziah dan Ahmad Mahzan. mesra. 1962 dan Hollis. Gunakan "direct" dan "spontaneous communication" iaitu menerangkan dengan jelas apa yang hendak disampaikan oleh guru dan cuba menerima pendapat pelajar terutama di dalam menyelesaikan masalah dan merancang aktiviti. Dapatan tersebut terbukti memang berasas apabila kajian yang dibuat oleh beberapa orang pengkaji terkemudian seperti Taylor. 1990). 4. Sebagai seorang pemimpin di dalam kelas. mempercayai guru yang berkesan mempunyai unsur-unsur "kemanusiaan" iaitu guru yang mempunyai kualiti seperti suka berseloroh. Manakala guru-guru yang bersifat intergratif pula didapati lebih banyak mendatangkan kesan positif kepada pembelajaran murid-murid.

antaranya ialah : Mempunyai sifat penyabar. lemah lembut.a.) telah menggariskan beberapa ciri komunikasi guru dan murid yang boleh menghasilkan pengajaran yang berkesan. antara murid dengan guru dan antara murid dengan bahan-bahan Menggalakkan murid-murid memberi pendapat sendiri serta peluang untuk mempertahankan pendapat tersebut mengikut cara dan gaya tersendiri Memberi arahan secara lebih positif Menggunakan penghargaan. Rancangan KBSR dan KBSM telah digubal dengan menekankan pengajaran yang berpusatkan murid. beberapa ciri tingkahlaku berkomunikasi dalam interaksi bilik darjah telah disarankan. kasih sayang. Penghargaan dan pujian yang diberikan hendaklah ikhlas dan jujur Sentiasa bersikap positif dan bercakap tentang perkara yang baik dan benar. Dr. terutama dalam tahun-tahun 1980-an. sabar dan berdisiplin. rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan di semua sekolah rendah di seluruh negara mulai tahun 1983. Di antara hadis-hadis Rasulullah (Nabi Muhammad s. Bagi mempastikan sesuatu pengajaran pembelajaran itu berhasil dengan baik.) yang menegaskan mengenai kesimpulan di atas ialah : . pertuturan dan tindakan guru harus mencerminkan perhatian guru dan kejujurannya hendaklah membantu dan mendidik murid-murid Menggunakan bahasa badan atau gerak geri yang sesuai dalam pengajaran Sentiasa mewujudkan dan mengekalkan hubungan mata semasa bercakap atau berkomunikasi dengan murid Sentiasa mengulang isi-isi penting Sentiasa bertolak ansur dengan murid-murid dalam memberi maklumat atau pengajaran Sentiasa memberi peluang kepada murid-murid untuk mengemukakan soalan atau maklum balas Hasil daripada kajian-kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran yang bermutu dan berkesan boleh dihasilkan apabila perhubungan atau komunikasi bilik darjah berlaku secara berkesan. penyayang serta suka akan murid-muridnya. hormat menghormati. 1990 (Prof.(Mok Soon Sang.w. Sifat ini dapat melahirkan kemesraan antara guru dengan murid Pandai menghargai dan memuji murid-murid.Gunakan struktur matlamat secara menyeluruh untuk memaksimumkan penglibatan pelajar Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami banyak perubahan sejak merdeka. Elakkan daripada bersikap angkuh atau suka melemparkan kritik yang tidak beralasan Air muka. ganjaran atau pengukuhan positif Abdul Hamid Mahmood. diikuti dengan rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mula diperkenalkan di semua sekolah menengah pada tahun 1989. Perhubungan atau komunikasi boleh berlaku secara berkesan apabila interaksi guru dengan murid atau di antara murid sesama murid terjadi dalam suasana yang ramah mesra. antaranya : Guru menggalakkan murid berinteraksi secara teratur sesama murid. 1996). Berdasarkan kepada Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979).

ragu-ragu. menurut Ab. malu dan sebagainya serta faktor masa. Sistem KBSR telah mengemukakan beberapa cadangan sebagai garis panduan bagi mengatasi masalah tersebut.0 MENGATASI HALANGAN BERINTERAKSI Persoalan utama kita ialah bagaimanakah halangan-halangan tersebut dapat diatasi. Walaubagaimanapun. antaranya ialah : Melalui sistem pengaliran dan pengumpulan murid dengan mengecilkan bilangan murid dalam satu kelas Memperkenalkan kaedah kumpulan mengikut kebolehan Pendekatan individu Menggalakkan penggunaan sumber sebagai media dan aktiviti-aktiviti gerakerja kelas. ternyata bahawa saranan-saranan tersebut ada yang terlalu ideal dan sehingga sekarang tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh kerana kekangan infrastruktur dan . kumpulan dan individu dalam bentuk lembaran kerja. marah.0 HALANGAN-HALANGAN DALAM INTERAKSI BILIK DARJAH Menurut Mohd Amir Sharifudin Hashim (1986). Rahman Abu Bakar (1992). terdapat juga halangan-halangan yang menyebabkan interaksi bilik darjah tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan iaitu : Faktor fizikal Seperti bangunan. eksperimen dan sebagainya. 6. terutamanya terhadap faktor dalaman diri atau faktor psikologi yang mendatangkan kesan yang sangat negatif terhadap pembelajaran murid serta juga pengajaran guru. dinding bilik dan kecacatan tubuh badan Faktor bukan fizikal Seperti peraturan-peraturan yang dilaksanakan dan faktor dalaman diri seseorang atau faktor psikologi seperti rasa takut."Sesiapa yang tidak menyayangi kanak-kanak dan tidak menghormati hak orang yang lebih tua maka ia bukan dari golongan kami" (Riwayat Al-Bakhari) "Sesungguhnya Allah menyukai sikap berlemah-lembut dalam semua hal" (Riwayat Al-Bakhari) "Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggillah ia dengan nama yang paling disenanginya" (Riwayat Al-Tabrani) 5.

dengan mudah mendapat respon yang positif daripada murid. 'kamu'. 1994) mendapati permulaan sesuatu sesi pengajaran adalah detik yang paling penting dalam mencorak situasi pembelajaran seterusnya. lebih-lebih lagi apabila diucap dengan tata bahasa yang betul dan tersusun. Guru yang bercakap dengan penuh bertenaga. Dialog-dialog bilik darjah yang kemas dan teratur. Murid-murid dalam kelas terus memberi perhatian dan mula membuat tanggapan yang tersendiri serta membina sikap tertentu terhadap guru melalui sifat dan perawakan zahir yang diperlihatkan. dari permulaan hingga penutup.(Ab. (Ab. ketegangan dapat dikendurkan dan kebuntuan dapat diatasi. satu perkara yang tidak kurang pentingnya bagi mencapai matlamat yang dibincangkan ialah dari aspek kesedaran dan kesediaan guru sendiri dalam beberapa perkara yang disarankan di bawah : Guru benar-benar mengenali serta faham akan masalah setiap orang murid secara individu Guru benar-benar menguasai kurikulum serta kaedah dan teknik pengajaran Guru sentiasa bermuhasabah untuk menilai pengajaran sendiri secara ikhlas setiap masa . Rahman Abu Bakar. 'anda' dan sebagainya. 1992). jelas. hasil kajian Wlodkowski. Dalam sesuatu sesi pengajaran. ketenangan dan penguatan rohaniah yang berkait mesra dengan fitrah insan itu sendiri (Uthman Muhammady. yang diselit dengan unsur-unsur berseloroh serta mesra dapat memurnikan lagi suasana interaksi bilik darjah. Guru yang masuk ke kelas dengan penuh ceria dan senyum . berintonasi serta suara yang menarik lebih cepat menerima respon daripada murid. saling memberi dan menjawab salam merupakan satu aspek ibadah yang menjadi faktor kepada hubungan kasih sayang. 1984 (classroom Life. aktiviti kumpulan dan lain-lain juga merangsang ke arah mewujudkan interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. apabila salam atau ucap selamat dilafazkan.(Ab. Begitu juga dengan menyebut nama atau singkatan nama atau panggilan khusus yang selalu diucap oleh keluarga dalam berinteraksi dengan murid lebih bermakna daripada penggunaan ungkapan panggilan umum seperti 'awak'. Rahman Abu Bakar. Rahman Abu Bakar (1992) faktor-faktor umum yang lain seperti motivasi. manakala doa adalah pendidikan. Rahman Abu Bakar. penggunaan sumber. 1994). sebutan yang tepat. 7. lebih-lebih lagi apabila disusuli dengan sapaan yang bermakna seperti salam atau ucap selamat.0 CADANGAN DARI ASPEK KESEDARAN DAN KESEDIAAN GURU Apa yang penting kepada kita ialah untuk meroboh halangan tersebut dengan memberi perhatian kepada situasi dalam setiap episod sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Sebenarnya permulaan bagi sesuatu sesi pengajaran itu berlaku sebaik-baik sahaja guru mula melangkah masuk ke dalam bilik darjah. kesefahaman dan kemesraan di antara sesama insan kerana salam adalah doa dan harapan yang dirujuk kepada Allah (swt). Rahman.1997). dengan sendirinya tabir yang menghalang interaksi guru dengan murid mula tersingkap dan seterusnya mencorak situasi perhubungan guru murid dalam proses pengajaran pembelajaran yang selanjutnya. seperti pengecilan jumlah murid dalam satu bilik darjah. 1991) (dalam Rosli Abd. Dengan senyuman. Kajian oleh Theodore Coladarci (1991) juga menunjukkan bahawa faktor percakapan dan panggilan murid juga memudahkan berlaku jalinan hubungan dan interaksi guru murid dalam bilik darjah. Rata-rata kebanyakan sekolah terpaksa menempatkan dalam lingkungan 40 orang murid dalam satu darjah. Di dalam Islam. 1992). Sebagai contoh. Menurut Ab. 1984)(dalam Classroom Life. 1992). (Wlodkowski.tenaga guru. Namun demikian.

html __http://barco. Gerak Gempur Minda Lahir Pelajar Kritis. DBP. KPM: Bahagian Agama Islam. BIBLIOGRAFI Abdullah Yusuf Ali (1991). Kuala Lumpur. Jurnal Dewan Bahasa. Terjemahan Dan Huraian Maksud. Untuk mewujudkan suasana interaksi sosial yang baik. (1996).edu/arted/clclife. KL. peningkatan taraf akedemik dan profesional dengan melanjutkan pelajaran.. Mohd Amir Sharifudin Hashim (1986).. guru dan pelajar perlu mengetahui peranan yang sebenarnya yang perlu dimainkan oleh setiap individu. and Westergate (1987). Ee Ah Meng (1996). DBP. 8. sekolah. Journal of Experimental Education. . Utusan Melayu.0 KESIMPULAN Maka jelaslah di sini bahawa interaksi antara pelajar dan guru memainkan peranan yang sangat penting di dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik. KL. DBP. pelajar dipengaruhi oleh berbagai-bagai egen sosialisasi termasuk keluarga.1990). seminar.html_. Rahman (1997). Kearah Melahirkan Pengajaran Berkesan. . Al Quranul Karim. DBP.art. Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Bhd. Ab. Tan Sri Dr. _ HYPERLINK http://barco. Pendidikan Di Malaysia. Kesan Latihan Kemahiran Berkomunikasi Terhadap Konsep Kendiri Pelajar Di Sebuah sekolah Menengah. Kertas Kerja Ikhtisas Guru-Guru agama Islam. mengikuti kursus. Jurnal Pendidikan Malaysia.Guru sentiasa meluaskan pengetahuan dan kemahiran kendirinya melalui pembacaan. Rahman Abu Bakar (1992).. Pengurusan Bilik darjah: Interaksi Guru-Murid Dalam Bilik darjah. Investigating Classroom Talk. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin. Noran Fauziah Yaakob dan Ahmad Mahzan Ayob (1990). Classroom Life : Some Dimensions of Parallel Universes. London and Philadepia: The Falmer Press. Sekolah sebagai institusi sosial bertanggungjawab mewujudkan interaksi sosial dan pembentukan sikap kepimpinan di kalangan pelajar dengan menekankan keberkesanan interaksi di dalam bilik darjah. 4 April 1997. Teachers' Sense of Efficacy and Commitment to Teaching. University of Maine. Guru dan Perguruan. 1994. Theodore Coladarci (1991). Rosli Abd. Ini kerana dalam usaha menyesuaikan diri dalam masyarakat. Pendidikan Di Malaysia 1. KL. Edward. rakan sebaya dan media massa. Jurnal Dewan Bahasa.edu/arted/clclife.uiuc. Terjemahan Uthman ElMuhammady. Komunikasi Berkesan Asas Pendidikan Bermutu. A.uiuc. Mok Soon Sang. Abdul Hamid Mahmood (Okt. bengkel dan seumpamanya.art.D. Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Kuala Lumpur.

. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Pemudawilayah . Murugiah berkata. Masalah yang dihadapi oleh segelintir majikan sebenarnya boleh selesai jika mereka menawarkan pakej insentif yang menarik pada pekerja tempat.´ katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini Beliau mengulas laporan mengenai hampir 20 peratus tenaga kerja di negara ini terdiri daripada warga asing seperti yang didedahkan dalam Simposium Kebangsaan mengenai Dasar Pekerja Asing di Malaysia anjuran bersama Kementerian Sumber Manusia dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO). Soalnya mereka malas untuk berbuat demikian kerana kos mengunakan pekerja asing lebih murah dan mereka boleh dikerah bekerja 24 jam walaupun masa musim perayaan. . kebanyakan majikan yang memerlukan tenaga kerja juga dilihat terus menghubungi Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memohon mendapatkan pekerja asing tanpa membuat sebarang usaha seperti mencari pekerja tempatan di kawasan pedalaman atau membuat sebarang pengiklanan. ´Kita tidak nampak sebarang usaha majikan untuk mengambil pekerja tempatan dan saya sendiri tidak pernah nampak iklan sama ada di surat khabar dan televisyen untuk mengambil pekerja tempatan. majikan juga tidak memberi peluang kepada pekerja tempatan walaupun mereka lebih rajin dan senang diatur untuk melakukan kerja berbanding pekerja asing. . Senator T.Sikap majikan punca kebanjiran pekerja asing Dikirim pada Oktober 22.Masalah kebanjiran tenaga kerja asing di negara ini berpunca daripada sikap sesetengah majikan yang mahu membayar gaji rendah berbanding mengambil pekerja tempatan.Jumlah kelulusan yang diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) begitu tinggi dan ianya adalah tempat untuk µPerdagangan Manusia¶ yang terbesar dinegara ini. Simposium berkenaan juga dimaklumkan bahawa hampir separuh daripada lebih 252. 2008 oleh HermanSamsudeen KUALA LUMPUR 21 Okt (Utusan Malaysia).600 pekerjaan yang diwujudkan di negara ini setiap tahun diisi oleh pekerja asing. Murugiah berkata.

Ismail Kontrak sosial perlu jadi kurikulum universiti » 2 Responses to ³Sikap majikan punca kebanjiran pekerja asing´ 1. politik. Isu Ekonomi. kemanusiaan dan kelemahan penguatkuasaan. kementerian terbabit boleh menyanggah dakwaan ini tetapi pikirkan berapa banyak duit rakyat malaya hangus setahun untuk urusan PATI???? pikirkanlah.langkap. yang dilepaskan semasa operasi kerana teknikal (dokumen meragukan takyah tahan pasal susah nak proses dokumentasi) . di Oktober 22nd. Keratan Akhbar. kerja tak seberapa. yang ilegal bagaimana? jangan kata tak de maklumat la « nampak sangat alasan bodoh. semalam saya berborak dengan tokei cuci kereta. rasuah. kesemuanya merungut dengan prestasi kerja ³budak melayu´. selalu tak datang. Komunikasi Non-Verbal Definisi : Semua bentuk tingkah laku yang bukan lisan Contoh : bunyi. majikan setel dll. 2008 pada 11:08 am Kata: statistik tu untuk pekerja yang legal. Komunikasi Verbal Definisi : Komunikasi lisan Berlaku secara langsung apabila dua orang berbual secara bersemuka atau tidak. Undang-Undang « Daftar persatuan belia . bermula dengan sistem. gerakan badan atau mimik muka. http://dppwp. Gaji nak tinggi. di Oktober 22nd. Keluarga&Masyarakat.wordpress. kuasa. Hasbullah Pit. Penggunaan bahasa : Guru menyampaikan pengajaran kepada pelajar-pelajar dengan cara bertutur. tu yang ditahan .lengging macap. pegila kat pusat tahanan sementara semenyih.. berapa ramai yang ditahan. Konteks dalam bilik darjah : Guru mengangguk kepala sebagai tanda setuju dengan jawapan pelajar.Difailkan dalam: Artikel. madbi. tokei kedai makan (melayu). Konteks dalam bilik darjah : Perhubungan di antara orang dengan orang. . Isu Sosial. apa citer? kalau nak bersihkan malaya ni dari pekerja ilegal adalah sesuatu yang mustahil dapat dilakukan kerana beberapa faktor besar yang terpaksa dihadapi. yang dah tangkap. 2. 2008 pada 4:03 am Kata: Saya tidak setuju dgn murugiah.com/2008/10/22/sikap-majikan-punca-kebanjiran-pekerja-asing/ Komunikasi ialah satu proses yang melibatkan penghantaran dan penerimaan maklumat di antara dua pihak iaitu penghantar dan penerima. iaitu guru dengan murid atau murid dengan murid yang berlaku dalam bentuk percakapan atau gerak geri. kajang dll.

maka timbul konflik di antara kedua-dua individu tersebut. Kurang tumpuan Pelajar-pelajar kurang memberi tumpuan terhadap pengajaran guru. Pemikiran tertutup Umpamanya. Amalan Komunikasi Berkesan Ø Bersikap positif / percaya kepada pelajar Ø Bersifat ramah dan mesra Ø Hormat terhadap pandangan pelajar Ø Ketahui latar belakang pelajar Ø Pendengar yang aktif Ø Tunjuk mimik muka berseri Ø Guna bahasa yang mudah dan difahami Ø Arahan yang jelas dan jitu Ø Bersemangat tinggi dalam pengajaran Ø Galakkan pelajar supaya memberi idea atau pandangan Ø Guna nama pelajar ketika berinteraksi Ø Gunakan gerak fizikal. Emosi guru atau murid Penumpuan akan terjejas jika emosi guru/ pelajar kurang stabil. Komunikasi berkesan amat penting bagi menjamin P&P yang efektif. Jika maksud penyampai disalah tafsir oleh penerima. Masalah Komunikasi Dalam Bilik Darjah . pelajar yang kurang berminat terhadap sesuatu subjek mungkin enggan mendengar penjelasan guru atau guru yang kurang senang dengan sebilangan pelajar dalam sesuatu kelas. Anggapan umum terhadap guru Lazimnya berlaku pada guru baru kerana pelajar menganggap guru baru kurang berpengalaman. mungkin akan mengurangkan komunikasi terbuka.Komunikasi Berkesan Komunikasi berkesan berlaku apabila mesej yang disampaikan oleh penyampai dapat diterima dan difahami dengan jelas oleh penerima. gerak isyarat dan mimik muka ketika memberi penjelasan Ø Kaitkan pelajaran baru dengan pengetahuan yang sudah diketahui oleh pelajar Gangguan/Halangan Dalam Komunikasi Kebisingan Suasana kelas bising menyebabkan pelajar sukar mendengar pelajaran yang disampaikan.

Mimik muka Mimik muka yang serius atau garang akan menyebabkan pelajar takut untuk bercakap. Aktiviti pembelajaran kurang menarik Minat pelajar untuk belajar akan berkurangan dan cenderung ke arah kebisingan.Kritikan Pelajar akan mendiamkan diri apabila dikritik.com/smjelai/norzila1. Memberi arahan Arahan yang memaksa akan menghalang komunikasi dua hala. Bahasa Guru menggunakan bahasa yang sukar difahami oleh pelajar. Penyampaian Guru yang sentiasa bercakap akan menghalang komunikasi dua hala. Komunikasi Berkesan Dalam Bilik Darjah Oleh : Puan Norzilah Mazahar GKMP Sains dan Matematik http://www. Kurang perhatian Kurang perhatian daripada guru menyebabkan pelajar tidak berminat untuk bercakap. Kurang persediaan Kekeliruan ketika penyampaian pengajaran menyebabkan pelajar-pelajar tidak dapat menerima mesej dengan jelas.html . Kelajuan Guru yang bercakap laju akan menyebabkan pelajar sukar untuk faham. Ancaman Ancaman boleh menghadkan komunikasi terbuka. Melabel pelajar Pelajar yang dilabel suka mendiamkan diri supaya lebih selamat.geocities.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful