You are on page 1of 2

Definisi Subjek Dan Predikat Dalam Bahasa Melayu :

Menurut Nik Safiah Karim (2008), subjek ialah konstituen, sama ada terdiri daripada satu
perkataan atau beberapa perkataan yang bersifat frasa nama dan menjadi unsur yang diterangkan.
Secara amnya, subjek setiap ayat dalam bahasa Melayu hanyalah terdiri daripada frasa nama.
Predikat pula ialah kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang
menerangkan subjek. Predikat sesuatu ayat tunggal boleh terdiri daripada unsur-unsur Frasa
Nama, Frasa Kerja, Frasa Adjektif, dan Frasa Sendi Nama.

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2009 : 464) pula, subjek merupakan bahagian
ayat yang diterangkan manakala predikat pula ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek. Di
samping itu, menurut Abdullah Hassan (1993 : 30), subjek bermaksud hal yang hendak
diceritakan. Hal ini terdiri daripada orang, benda, tempat atau perkara. Terdapat empat frasa
yang boleh menjadi subjek iaitu Kata Nama, Kata Ganti Nama, Kata Kerja dan Kata Sifat yang
berfungsi sebagai Kata Nama. Predikat pula ialah bahagian ayat yang menceritakan perihal
orang, benda, tempat atau perkara yang dinyatakan dalam subjek. Predikat terdiri daripada empat
jenis frasa iaitu, Frasa Nama, Frasa Kerja, Frasa Sifat dan Frasa Sendi Nama.

Definisi Subjek Dan Predikat Dalam Bahasa Inggeris :

Menurut Noam Chomsky (2004) dalam Subject and predicate in logic and grammar, struktur
umum sesuatu ayat dipersembahkan melalui ‘language-trees’ yang terbahagi kepada frasa nama
yang dikenali sebagai subjek dan juga predikat. Menurut Dan Kurland (2009) pula, subjek dalam
bahasa inggeris merupakan permulaan dalam ayat atau dikenali sebagai kedudukan. Selain itu,
subjek juga merupakan topik utama yang dibincangkan dalam ayat tersebut. Manakala predikat
pula merupakan perkara yang mengikuti subjek .

Contoh Ayat Yang Menerangkan Subjek Dan Predikat Dalam Bahasa Melayu :

1. Ibu sedang menjahit baju kurung.


- Fungsi (subjek) : Ibu
- Unsur pengisi : Frasa Nama
- Fungsi (predikat) : sedang menjahit baju kurung
- Unsur pengisi : Frasa Kerja

2. Baju itu sesuai dengan harganya.


- Fungsi (subjek) : Baju itu
- Unsur pengisi : Frasa Nama
- Fungsi (predikat) : sesuai dengan harganya
- Unsur pengisi : Frasa Adjektif

Contoh ayat yang menerangkan subjek dan predikat dalam bahasa Inggeris :

1. Rudy bought a present for his girlfriend.


- Fungsi (subjek) : Rudy
- Unsur pengisi : Frasa Nama
- Fungsi (predikat) : bought a present for his girlfriend
- Unsur pengisi : Frasa Kerja

2. The girl covered her bedroom walls with her photos.


- Fungsi (subjek) : The girl
- Unsur pengisi : Frasa Nama
- Fungsi (predikat) : covered her bedroom walls with her photos
- Unsur pengisi : Frasa Kerja

You might also like