P. 1
Pendidikan Inklusif

Pendidikan Inklusif

|Views: 620|Likes:
Published by Rifaizal L' Rajeun

More info:

Published by: Rifaizal L' Rajeun on Jan 20, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/31/2013

pdf

text

original

Pendidikan Inklusif

Konsep Pendidikan Inklusif 1. Perkataan inklusif berasal daripada Bahasa Inggeris inclusive yang membawa maksud termasuk atau merangkumi semua. 2. Ia boleh diertikan sebagai pendidikan umum, iaitu setiap orang individu, sama ada normal, pintar-cerdas atau cacat, adalah berhak diberi peluang pendidikan umum. Ini adalah termaktub dalam Dasar Pendidikan Negara dan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang berbunyi : Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. 3. Pendidikan Inklusif merupakan peluang pendidikan umum yang diberikan kepada semua kanak-kanak Malaysia, termasuk kanak-kanak cacat. Di bawah program Pendidikan Inklusif ini, kanak-kanak cacat khasnya, yang mempunyai potensi belajar, adalah ditempatkan dalam kelas biasa di bawah bimbingan seorang guru resos (guru terlatih khas) yang berkerjasama dengan guruguru biasa. 4. Bagi kanak-kanak cacat yang tidak dapat mengikuti kurikulum biasa pada peringkat permulaan, mereka akan ditempatkan di dalam Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP). 5. Pelajar-pelajar cacat ini mengikuti satu program pendidikan khas yang dirancangkan berdasarkan kebolehan mereka. Selain daripada pelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris, mereka pula diajarkan kemahiran manipulatif seperti berkebun, membasuh, menggosok dan memasak. Konsep

Pendidikan Khas
1. Secara amnya, Pendidikan Khas ialah program pendidikan dirancang khusus untuk kanak-kanak istimewa, iaitu
kanak-kanak cacat dan juga kanak-kanak pintar-cerdas.

2. Secara khususnya, Pendidikan Khas merujuk kepada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi,
kaedah dan teknik mengajar, untuk Kanak-kanak-Kanak-kanak bukan normal tetapi luar biasa kerana sebab mereka tidak akan sanggup dapat faedah dan pencapaian yang sepatutnya daripada program sekolah biasa.

3. Mengikut Dr. Chua Tee Tee (1982), pendidikan khas ini adalah satu program pendidikan dirancangkan
khas untuk kanak-kanak istimewa, atau luar biasa dari segi intelek, jasmani, sosial atau emosi. Mereka tidak akan dapat mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak berupaya mendapat faedah sepenuhnya daripada program pendidikan sekolah biasa.

4. Kanak-kanak istimewa yang memerlukan pendidikan khas boleh digolongkan dalam 7 kategori seperti
berikut: i. ii. iii. iv. Kanak-kanak kerencatan akal (mentally retarded) Kanak-kanak bermasalah pembelajaran (learning diasbilities) Kanak-kanak kecelaruan tingkah laku (behavioral disorders) Kanak-kanak cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi

Program Pendidikan Khas ini akan dapat mengembangkan potensi mereka secara optimum. Kanak-kanak pintar-cerdas dan berbakat istimewa 5. Melatih tenaga pengajar untuk melaksanakan program pendidikan khas dengan berkesan. ii. viii. misalnya sekolah kanak-kanak buta dan sekolah kanak-kanak bisu dan pekak. Berlandaskan kepada kenyataan di atas.. dan seterusnya menjadi rakyat yang berguna. Bekerjasama dengan agensi persendirian atau pertubuhan sukarela untuk membantu mereka dari segi kewangan atau latihan untuk orang cacat. program pendidikan khas adalah dilaksanakan mengikut dua model berikut: I. iii. Program pendidikan khas diintegrasikan dengan program pendidikan biasa dalam institusi pendidikan yang sama.. berdisiplin dan terlatih. berupaya memberi sumbangan dan perkhidmatan kepada negara. untuk memastikan bahawa sistem pendidikan itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatupadu. Menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling bagi kanak-kanak cacat dengan tujuan meningkatkan konsep kendiri dan membantu mereka menyesuaikan diri dalam persekitaran hidup yang sebenar. Menyediakan peluang persekolahan dengan membina sekolah-sekolah khas dan kelas khas bermasalah pembelajaran untuk Kanak-kanak-Kanak-kanak cacat. 8. vi.v. Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1986 mengisytiharkan Falsafah Pendidikan Khas yang berbunyi : "Falsafah Pendidikan Khas ialah untuk menyediakan peluang yang sama kepada kanak-kanak khas seperti yang diberi kepada kanak-kanak biasa untuk perkembangan psikososial yang seimbang. demi mempertingkatkan peluang menjayakan program pendidikan khas dan mencapai tujuannya dengan berkesan. dan. II.." 7. Di Malaysia. iv. Falsafah ini diselaraskan dengan objektif untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat. v. i. Melalui Bimbingan dan Kaunseling untuk pihak yang berkenaan agar mengikis pandangan atau sikap negatif terhadap ketidakupayaan kanak-kanak cacat menjalankan aktiviti pembelajaran di sekolah. 6. Kanak-kanak cacat penglihatan Kanak-kanak cacat fizikal (psikomotor atau neurosis) vii. Kementerian Pendidikan telah menentukan lapan strategi berikut supaya melaksanakan program pendidikan khas bagi kanak-kanak istimewa di negara kita. mental atau emosi kanak-kanak cacat.. Melatih kanak-kanak cacat dengan kemahiran dan vokasional yang membolehkan mereka menjadi warganegara yang berguna. . Menyediakan kemudahan perubatan dan penyelidikan untuk merawat atau memulihkan kecacatan fizikal. Program pendidikan khas dilaksanakan dalam institusi khas.. Untuk mencapai tujuan tersebut. Menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk ibu bapa yang mempunyai kanakkanak cacat supaya mereka dapat bekerjasama dengan pihak sekolah. vi. vii.

Dalam kes ini. memakan. Mengikut Terman. Kanak-kanak dalam kategori ini biasanya menghadapi kerosakan sistem saraf akibat masalah kelahiran. Ciri-ciri mereka dapat diperlihatkan seperti berikut: ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ Kanak-kanak ini boleh mengikuti pelajaran hingga Darjah 4. Mereka hanya boleh belajar satu kemahiran asas dalam satu tempoh masa sahaja. tetapi berjaya dalam ujian yang . kekurangan zat makanan atau gangguan hormon dan sebagainya. Kanak-kanak kerencatan akal adalah kanak-kanak yang mempunyai Darjah Kercedasan (Intelligent Quotient. kanak-kanak tersebut mempunyai kebolehan akal yang normal mengikut umurnya. IQ)di antara 35 hingga 85. memakai baju dan aktiviti-aktiviti harian yang lain. kecederaan. membuang air dan sebagainya. maka umur akal adalah sama dengan umur masanya. membersihkan badan. Mengenal Pasti Kanak-Kanak Kerencatan Akal Gunakan Ujian Mengukur Darjah Kecerdasan yang disarankan oleh Binat dan Terman. Mereka memerlukan bantuan orang normal untuk menolong mereka. Kanak-kanak cacat ini adalah digolongkan dalam kumpulan murid yang belajar lambat (slow learners). y Kanak-kanak ini tidak berupaya belajar kecuali dengan cara menghafal. Kanak-kanak yang mempunyai darjah kecedasan di antara 35-49 biasanya menghadapi masalah menjaga diri sendiri. boleh disempurnakan oleh kanak-kanak normal yang juga berumur 10 tahun. seorang kanak-kanak yang berumur genap sepuluh tahun boleh menjayakan sesuatu ujian yang dijangkakan. Ciri-ciri kanak-kanak ini boleh diperhatikan seperti berikut: y Kanak-kanak golongan ini boleh dilatih untuk mengurus hal peribadi diri sendiri.Jenis Kanak-Kanak Istimewa 1. Taraf pencapaian akademik bagi kanak-kanak ini adalah di antara setengah hingga tigaperempat daripada taraf pencapaian murid-murid biasa. dan tidak berupaya belajar lebih dari satu kemahiran secara serentak ataupun konsep yang abstrak. memakan. dan perlukan banyak aktiviti pengukuhan untuk mengekalkan kemahiran. Jika umur kanak-kanak kurang10 tahun. seperti memakan. Mereka tidak boleh mengikuti pelajaran di sekolah biasa. seperti memakai baju. Mereka sukar dididik kerana kekurangan kemahiran untuk belajar apa mata pelajaran pun di sekolah. Mereka belajar lambat. membuang air dan sebagainya. iv. Kanak-kanak cacat yang mempunyai darjah kecerdasan antara 50-70 merupakan kadar kecacatannya ringan atau sederhana. Kanak-kanak ini hanya boleh membaca atau memahami konsep matematik secara formal apabila umur mereka mencapai di antara 9 hingga 12 tahun. warisan baka keluarga. dan cepat lupa apa yang baru dipelajari. Mereka boleh dididik dan dilatih di sekolah. Kanak-Kanak Kerencatan Akal (Mentally Retarded) i. Sukar bagi mereka belajar konsep yang abstrak. menjaga kebersihan diri. Ingatan mereka tidak kekal. sehingga mereka mencapai umur 16 tahun. iii. Kanak-kanak cacat yang mempunyai darjah kecerdasan di bawah 35 merupakan kecacatan mental yang amat buruk. ii. dengan mengaitkan umur akal kanak-kanak kepada umur masanya. Mereka kurang keupayaan untuk berdikari dan memerlukan penjagaan yang rapi. Mereka hanya boleh dilatih mengurus hal peribadi seperti memakai pakaian. v.

tabiat malas berusaha. mengeja ataupun mengira. motivasi rendah. (c) Sering mengantuk dalam kelas. Golongan kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini biasanya mempunyai konsep kendiri negatif. Mengenal Pasti Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran : Satu Rumusan Berdasarkan huraian-huraian di atas. persepsi kognitif. kanak-kanak kerencatan akal juga boleh dikenal pasti melalui pemerhatian atau ujian saringan. kekurangan minat dan kecederungan dalam kanak-kanak ataupun sering sakit. Keadaan kanak-kanak bermasalah pembelajaran khusus dirujuk sebagai halangan psikologikal atau neurologikal terhadap gerakbalas bahasa. maka kanak-kanak itu dikatakan mempunyai kebolehan akal lebih tinggi daripada kanak-kanak berumur sama dengannya.setaraf dengan kanak-kanak berumur 10 tahun. Keadaan gangguan tatatertib tersebut dapat diperlihatkan daripada proses mengingat semula peristiwa lama. Definisi untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang diterima umum adalah definisi digariskan oleh Jawatankuasa Penasihat Kebangsaan Bagi Kanak-Kanak Cacat pada tahun 1986. sifat introvert. Jika umur kanakkanak itu ialah lebih 10 tahun. (e) Sentiasa menjauhkan diri daripada rakan-rakan sedarjah atau guru." ii. dan kecederaan ringan otaknya. Defmisi ini adalah diturunkan seperti berikut: " Kanak-kan ak bermasalah pembel ajaran adalah dimanifestikan daripada salah satu atau beberapa proses psikologikal yang melibatkan gangguan tatatertib dalam kefahaman dan penggunaan bahasa lisan atau tulisan. (d) Tidak menunjuk minat dalam pelajaran. tetapi memerlukan kaedah mengajar khas untuk membantu mereka belajar. atau aktiviti psikomotor. 2. dyslexia. kanak-kanak bermasalah pembelajaran dapat dikenal pasti dengan ciri-ciri yang dirumuskan berikut: (a) Pencapaian akademik keseluruhannya tidak sampai tahap memuaskan. maka dia mempunyai kebolehan akal lebih rendah daripada kanakkanak yang berumur sama dengannya. Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran (Learning Diabilities) i. (b) Mereka tidak berupaya mengikuti pelajaran dalam kelas biasa. Halangan ini dapat dihuraikan daripada kriteria-kriteria berikut: (a) Percanggahan di antara tingkah laku yang spesifik dengan kebolehan atau pencapaian kanakkanak bermasalah pembelajaran. membaca. Ini juga termasuk keadaan-keadaan yang dirujuk sebagai handikap persepsi. pertuturan. (f) Hanya berupaya memberi perhatian atau tumpuan singkat terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. iii. (c) Kaedah mengajar khas ini bukan digunakan terutamanya untuk mengajar kanak-kanak yang tidak berpeluang belajar. pemikiran. . asphyxia. (b) Lemah pencapaian dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa. Selain daripada Ujian Mengukur Darjah Kecerdasan. sama ada lisan atau tulisan.

: Mempunyai tingkah laku yang menentang autoriti. (h) Suka menentang autoriti dan sering melanggar peraturan sekolah. Kanak-kanakgolongan ini adalah hiperaktifalau hiperkinetik. Secara am. (b) Menunjukkan sifat penarik diri dan sering memencilkan diri daripada kumpulan sebaya. tetapi boleh mencapai peringkat lulus dalam Bahasa. pasif. kanak-kanak empat kategori seperti berikut: kecelaruan tingkah laku boleh diklasifikasikan kepada (a) Tingkah laku terbias. (c) Bersifat pemalu dan pendiam. sering berkhayal dan tidak mengendahkan nilai kendiri sendiri. (e) Suka mencuri barang orang lain. dan mudah tersinggung. Kanak-kanak Kecelaruan Tingkah Laku (Behavorial Disorders) i. hiperkinetik dan hiperagresif.(g) Sering meniru atau menyalin kerja rumah rakan sedarjah. dan dapat prestasi baik dalam Senilukis. (i) Bersifat pemalu dan introvert. Kemahiran Manipulatif atau mata pelajaran yang lain. (d) Tingkah laku antisosial : Kanak-kanak sering bertindak liar dan kerap menimbulkan masalah disiplin sekolah seperti memeras. 3. (b) Sifat pengongkongan dalaman : Kanak-kanak yang bersifat pemalu. mengugut. kurang bertimbang rasa dan suka menyerang orang. (l) Masalahnya tidak dipedulikan atau tidak dapat dibantu mengatasinya oleh anggota keluarga. (c) Tingkah laku ketidakmatangan : Kanak-kanak yang kurang berupaya menumpukan perhatian dalam pelajaran. (k) Sering ponteng sekolah. tidak suka berkawan. (f) Mudah kehilangan akal dan perasaannya amat sensitif. ponteng kelas dan ponteng sekolah. (i) Tidak berminat belajar dan sering ponteng sekolah. Kanak-kanak kecelaruan tingkah laku boleh dikenal pasti dengan ciri-ciri berikut: (a) Bersifat hiperaktif. atau tidak membuat kerja rumah langsung. mudah lupa. (g) Mempunyai nilai kendiri yang amat negatif. (d) Suka membohong dan sentiasa berkhayal. . (j) Bersifat pediam dan tidak berani bertanya. sensitif. Mereka sering melakukan tindakan di luar dugaan. pendiam. (n) Tidak menghargai sahsiah diri sendiri. mencuri. tidak mematuhi peraturan atau undang-undang. (h) Ingatan lemah. Mereka tidak berminat belajar. (m) Mempunyai konsep kendiri rendah. Mereka mungkin menghadapi masalah dalam matematik. ii. (o) Mereka bukan kanak-kanak lembam yang gagal sama sekali di sekolah.

glaukoma dan juling. Di antara punca-punca cacat penglihatan ialah kesakitan mata. (e) Kurang berupaya menggunakan perkataan-perkataan tepat untuk menerangkan atau menyatakan sesuatu perkara atau idea. kekurangan zat makanan ataupun kerosakan saraf optik atau menghidap penyakit seperti hypermetropia. yang biasanya berlaku selepas telah mempunyai pengalaman bercakap. astigimatisme. rabun warna. iaitu kanak-kanak cacat pendengaran pretutur (prelingual) dan kanak-kanak cacat pendengaran postutur (postlinguaf). saraf pendengaran ataupun warisan baka. Kanak-Kanak Cacat Penglihatan Kanak-kanak cacat penglihatan adalah kanak-kanak buta atau mempunyai kadar kecekapan penglihatan di antara 20/200 hingga 20/70 selepas pembetulan. (d) Matanya kelihatan kemerah-merahan. (b) Terlalu pasif dan tidak suka bergaul dengan rakan-rakan sebaya. Kanak-kanak cacat pendengaran pretutur adalah kanak-kanak pekak dari sejak lahir. terpesong sedikit kedudukan mata hitamnya. katarak. sering tersekat-sekat atau berulang-ulang. (e) Matanya juling. (g) Sering bergantung membaca pergerakan bibir orang untuk memahami maksud kata. Kecacatan penglihatan merupakan kecacatan deria yang buruk sekali. khasnya dalam proses persepsi dan penangkapan konsep dengan tepat. (h) Sering cuba mengelakkan daripada menjawab soalan lisan orang lain kerana kurang pasti tepat apa yang disoal. . (d) Menghadapi masalah memahami kata orang lain. rabun jauh. Kanak-kanak cacat pendengaran biasanya digolongkan dalam dua kumpulan. iaitu kanak-kanak rabun dekat. (g) Matanya amat sentitif terhadap cahaya. (c) Pertuturan mereka kurang lancar.4. berbanding dengan kanak-kanak penglihatan normal yang mempunyai kadar kecekapan penglihatan 20/20. Kanak-kanak cacat penglihatan boleh dikenal pasti dengan ciri-ciri berikut: (a) Kesukaran membaca tulisan dan ilustrasi dalam buku serta dipapan kapur. dyslexia dan sebagainya. Kanak-kanak cacat pendengaran boleh dikenal pasti dengan ciri-ciri berikut: (a) Bersifat pendiam. Punca-punca cacat pendengaran biasanya disebabkan kerosakan gegendang telinga. Kanak-Kanak Cacat Pendengaran Dan Bermasalah Komunikasi Kanak-kanak cacat pendengaran sering menghadapi masalah komunikasi dan sukar memperajari sebutan perkataan-perkataan dengan jelas dan tepat. rabun malam. (i) Mencondong mukanya ke depan untuk mendengar jelas kata orang. Kanak-kanak cacat penglihatan tentunya akan menghadapi masalah dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. manakala kanak-kanak cacat pendengaran postutur adalah cacat pendengaran separa atau sepenuhnya. myopia. (f) Persepsinya kurang tepat kerana tidak boleh mendengar sesuatu dengan jelas dan tepat. (b) Sering membawa buku dekat matanya untuk membaca. 5. (f) Sering merasa pening kepala. (c) Sering mengesat matanya. pemalu dan tidak suka bertanya. Kanak-kanak cacat penglihatan boleh digolongkan dalam beberapa jenis.

pinggang. Mereka juga mempunyai daya ingatan yang tinggi serta berbakat mencipta atau berbakat khas dalam senilukis. Kanak-Kanak Cacat Fizikal Kanak-kanak cacat fizikal ialah kanak-kanak yang mempunyai kecacatan ortopedik atau anggotanya. Kecacatan ortopedik mempengaruhi fungsi tulang sendi atau otot. (b) Kanak-kanak yang mempunyai bakat mencipta. iaitu: (a) Kanak-kanak yang mempunyai intelek yang tinggi. muzik. Chua juga mengenal pasti tujuh ciri pelajar pintar. Punca-punca utama kanak-kanak kecacatan fizikal ialah kekurangan zat makanan atau kecederaan disebabkan kemalangan. dan sebagainya. misalnya mata pelajaran senilukis.cerdas: (a) Mempunyai keupayaan berfikiran kreatif. (b) Memperolehi kebolehan intelek am. (c) Memiliki kebolehan akademik khusus. penulisan dan sebagainya. sukan. kanak-kanak pintar-cerdas atau berbakat rrierujuk kepada kanak-kanak yang ada Darjah Kecerdasan melebihi 120. 6. kemahiran kemanipulatif. . (g) Mempunyai bakat memimpin.(h) Tidak dapat membaca dalam tempoh lama. khasnya dalam pelajaran yang bergantung kepada kecekapan anggota-anggota badan. Kanak-Kanak Pintar-Cerdas Dan Berbakat Secara am. kraftangan. (d) Berbakat dalam satu atau lebih kesenian. 7. menyebabkan pergerakan leher. Mereka biasanya digolongkan dalam tiga kategori. (c) Kanak-kanak yang berbakat khas dalam senilukis. Kecacatan fizikal ini akan menjejaskan pencapaian akademik mereka. (e) Cekap menyesuaikan diri dari segi sosial (f) Boleh bervisi j auh. pelajar pintar-cerdas ialah kanak-kanak yang menunjukkan potensi atau kebolehannya dengan cemerlang dalam aktiviti intelek seperti pemikiran abstrak. muzik dan pendidikan jasmani. Chua Tee Tee. tangan atau kakinya hingga menjadi lemah dan kurang berdaya. muzik. pemikiran logik atau kemahiran bertutur. drama. (i) Kerap menulis perkataan-perkataan dengan ejaan lama. Pergerakan anggota-anggota badan yang kurang cekap atau lancar adalah ciri yang jelas diperlihatkan bagi kanak-kanak cacat fizikal. drama. Dr. penulisan. Menurut Dr.

tidak boleh menumpukan perhatian dan sering menggangu rakan-rakan di sekelilingnya. ‡ Sikap acuh tak acuh terhadap kerja yang diberikan oleh guru. jelas dan tepat. Mempunyai sifat ingin tahu yang amat kuat dan ketara.Mengenal Pasti Kanak-Kanak Pintar-Cerdas Dan Berbakat Kanak-kanak pintar-cerdas dan berbakat boleh dikenal pasti berdasarkan ciri-ciri am dan ciri-ciri spesiflk seperti yang dihuraikan berikut: 1. mempersepsi perkaitan. Suka membaca bahan-bahan di paras kematangan. Mempunyai perasaan afektif yang tinggi. (b) Ciri-ciri aspeks negatif ‡ Hiperaktif dan tidak boleh berdiam diri. serta berupaya memahaminya dengan cepat. Ciri-ciri am kanak-kanak pintar-cerdas dan berbakat ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ Mempunyai kemahiran kognitif yang tinggi. Ciri-ciri spesifik kanak-kanak pintar-cerdas dan berbakat Ciri-ciri spesifik yang dimanifestikan oleh kanak-kanak pintar-cerdas dan berbakat boleh ditinjau daripada dua aspeks. dan membuat assosiasi secara logis. menginferensi dan melapor. Menguasai kemahiran pemikiran kognitif dengan cekap. Dapat mengukuhkan dan mengekalkan dalam ingatan apa yang dipelajari tanpa banyak latihan berulang-ulangan. Mempunyai sifat lucu dan sering nampak riang. Mempunyai potensi kreativiti dan sensitiviti. Mengetahui dan menaruh minat terhadap banyak perkara dan peristiwa di mana kanak-kanak biasa tidak pernah menyedarinya. mengelasifikasi. Mempunyai keinginan yang kuat untuk menunjukkan kehebatannya. Berminat terhadap asal-usul manusia dan alam persekitarannya. mengumpul. Menunjukkan motivisi yang kuat. tulisan kurang kemas atau silap mengira kerana kekurangan kesabarannya. Berupaya membuat generalisasi. Menunjukkan minat terhadap rekaan dan ciptaan yang canggih. Cekap menyiasat. . 2. Menunjukkan sifat ingin tahu terhadap bidang dan skop yang mendalam dengan kerap kali bertanya serta membaca. Suka berkawan dengan kanak-kanak dan orang dewasa yang lebih matang daripada kanak-kanak sebaya. menjadual. iaitu : (a) Ciri-ciri aspeks positif y ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ ‡ Boleh belajar dengan mudah dan cepat. Memperolehi perbendaharaan kata yang banyak dengan ditonjolkan dalam pemikiran dan pendapatnya. ‡ Si lap dalam ejaan.

Selain daripada Ujian Mengukur Darjah Kecerdasan. 4. ujian saringan ini juga mengukur tahap pengamatan kanak-kanak. dan memajukan kualiti kepimpinan. memupuk minat untuk belajar sendiri. 2. Mengenal Pasti Kanak-Kanak Istimewa Melalui Ujian Kecerdasan Untuk mengenal pasti kanak-kanak istimewa. menjalani kegiatan-kegiatan pembelajaran yang lebih mencabar. dengan mengaitkan umur akal kanak-kanak kepada umur masanya. 5. kanak-kanak pintar-cerdas dan berbakat adalah diberikan peluang menyertai aktiviti pengayaan semasa aktiviti kumpulan dalam kelas biasa. Cara yang sah dan boleh dipercayai ialah penggunaan Ujian Kecerdasan (Intelligent Test). Mengenal Pasti Kanak-Kanak Istimewa Melalui Ujian Saringan (Screening Test) 1. 7. melahir atau mengembangkan daya cipta atau kreativiti. kita boleh gunakan Ujian Mengukur Darjah Kecerdasan yang disarankan oleh Binet dan Terman. ujian saringan untuk mengenal pasti kanak-kanak istimewa adalah disediakan khas untuk menentukan peringkat percapaian dalam mata pelajaran Bahasa dan Matematik sahaja. . pada masa yang lalu.Tetapi. meminati dan menguasai bacaan luas dengan merujuk kepada pelbagai bahan dan sumber maklumat. menggunakan masa lapang mengikut minat dan bakat mereka. Lazimnya. Di Malaysia. kanak-kanak istimewa juga boleh dikenal pasti melalui pemerhatian atau ujian saringan. iaitu kuasa penglihatan. Kanak-kanak istimewa boleh dikenal pasti dengan cara memerhati ciri-ciri tingkah laku mereka. 3. selaras dengan objektif-objektif Pendidikan Khas untuk kanak-kanak pintar-cerdas dan berbakat yang disenaraikan berikut oleh Kementerian Pendidikan pada tahun 1982 : 1. Bagaimanapun. cara pemerhatian ini adalah kurang objektif dan kurang jitu.‡ Suka mencari kelemahan dan mengkritik secara terbuka rakan-rakan dan guru-gurunya. pendengaran dan psikomotor. 6. meluaskan lagi pengetahuan dan pengalaman mereka. 2.

Sebut perkataan-perkataan ini : saya. kawan. (c) Saya berdiri atas kerusi. 3. (d) Saya menulis di papan kapur. (b) Saya tutup pintu. 2. Baca huruf-huruf ini : a.Sebahagian Contoh Ujian Saringan Bagi Bahasa Melayu 1. Isikan hurufdi tempat kosong : a b c k a e f k a . m. z. 1. adik. K. R. x. 4. c. W. Y. Baca ayat dan buat mengikut maksud ayat: (a) Saya buka buku. C. emak. f. rumah. N. T. Baca huruf-huruf ini : A. 5.

.

guru biasa hendaklah mengajar secara kolaboratif dan koperatif dengan guru resos. dan menguruskan aktiviti pengayaan bagi kanakkanak pintar-cerdas. 2. Bagi sekolah yang belum sempat melaksanakan program Pendidikan Khas. kanak-kanak istimewa pula terpaksa mengikuti pendidikan kurikulum biasa bersama dengan kanakkanak normal. Ini bermakna guru biasa hendaklah juga mengajar mereka bersama dengan kanak-kanak normal. guru biasanya gunakan kaedah kumpulan untuk menguruskan aktiviti pemulihan bagi kanak-kanak lambat (slow learners) kerana kecacatan bidang tertentu. kaedah dan teknik mengajar. guru biasa akan bekerjasama dengan guru resos itu dengan menjalankan aktiviti pengajaran khas untuk kanak-kanak istimewa mereka.Peranan Guru Resos Dan Guru Biasa : Pengajaran Kanak-Kanak Istimewa Secara Kolaboratif Dan Koperatif 1. berusaha bersama-sama menyediakan inventori untuk mengenal pasti kanak-kanak istimewa. merancang program pengajaran. Bagi sekolah yang dapat peluang melaksanakan program Pendidikan Khas kerana diperuntukkan guru pendidikan khas atau guru resos serta kemudahan-kemudahan yang sesuai dan lengkap. Untuk menjayakan program pendidikan khas. kanak-kanak istimewa. . Mengikut Program Pendidikan Inklusif. adalah ditempatkan dalam kelas biasa mengikut umur seperti kanak-kanak normal. menentukan strategi. menyediakan alat-alat bantu mengajar. sama ada cacat atau pintar-cerdas. serta isi pelajaran dan penilaian. Dalam keadaan ini. 3.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->