You are on page 1of 8

UCAPAN PENGUMUMAN

Pohon Meranti tiga sebatang


Ditebang orang tiga pemuka
Tuan dinanti sudahlah datang
Berbesar hati kami menerima

Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Sarjan Nurhaizin bin _______ , dari


Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail...

Pihak majlis mengalu-alukan ketibaan Yg Berusaha Sarjan Nurhaizin bin _______


ke Temasya Sukan Tahunan Tadika Cerdik Islam Al Farabi bagi tahun 2010.

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera....

Seiring madah pantun bersambut


Dalam senyum penghidang ceria
Mesra berdakap kasih terpaut
Persilakan tamu pembuka bicara

Memasang pukat terkena lokan,


Lokan dibawa ke Tanjung Puri;
Selamat datang kami ucapkan,
Ke Temasya Sukan Tadika Al Farabi.

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan


ke Temasya Sukan Tahunan Tadika Cerdik Islam Al Farabi bagi tahun 2009.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta para hadirin sekalian, majlis
akan bermula sebentar lagi.

Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta para hadirin sekalian diminta
mengambil tempat di dalam khemah yang disediakan.

Temasya Sukan Al Farabi akan dimulakan dengan perbarisan dan lintas


hormat oleh pasukan rumah-rumah sukan. Bagi menyerikan acara ini,
dijemput Yg Berusaha Sarjan Nurhaizin bin _______ diiringi En. Mohd
Zain selaku Pengurus Tadika Al Farabi untuk menerima tabik hormat dari
pasukan rumah sukan.
Dipersilakan...
(pasang lagu rentak March)
Perbarisan dan lintas hormat bagi Temasya Sukan Tahunan Tadika Al Farabi
2010 kali ini akan dimulakan oleh Rumah HIJAU . Guru Pembimbing bagi
pasukan rumah ini ialah Cikgu MAS . Motto pasukan rumah ini
ialah .....................................................

Seterusnya, perbarisan ini diikuti oleh rumah BIRU. Guru Pembimbing


pasukan rumah ini ialah CIKGU MAI . Motto pasukan ini ialah ..................

Perbarisan oleh rumah sukan yang seterusnya ialah Rumah KUNING. Guru
Pembimbingnya ialah Cikgu TI . Motto bagi pasukan ini
ialah ........................................

Pasukan terakhir dalam acara perbarisan ini ialah dari Rumah MERAH yang
dibimbing khusus oleh Cikgu MA. Mereka memilih
Motto ....................................... sebagai pembakar semangat bagi
kejohanan sukan kali ini. Semoga berjaya.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yg


Berusaha Sarjan Nurhaizin bin _______ atas kesudian beliau untuk
menerima tabik hormat perbarisan daripada pelajar-pelajar Tadika cerdik
Islam Al Farabi.

Tetak buluh panjang sepuluh


Mari jolok sarang tebuan
Angkat tangan jari sepuluh
Doa diminta sejahtera aman

Dengan itu majlis mempersilakan ....................... untuk membacakan doa. Majlis


dengan hormatnya mempersilakan.....

Atau

Bagi memohon keberkatan doa , dengan ini, marilah kita bersama-sama


membacakan Ummul Kitab, Al Fatihah......

Bacaan doa....

DOA SEMPENA HARI SUKAN


‫الر ِح ْي ِم‬
َّ ‫الر ْح َم ِن‬
َّ ‫هللا‬
ِ ‫ِب ْس ِم‬

‫سالَ ُم‬ َّ ‫صالَة َُوال‬ َّ ‫ َال‬، ‫ات‬ ُ ‫ِـح‬


َ ‫صال‬ َّ ‫ِي ِبن ِْع َم ِت ِه َت ِت ّم ُال‬
ْ ‫هلل الذ‬ ِ ‫ـح ْم ُد‬ َ ‫ا ْل‬
َ‫أجـ َم ِع ْين‬ْ ‫أص َحاب ِه‬ ْ ‫س ْولِ َنا األ ِم ْينَ َو َع َلى َءألِ ِه َو‬ ُ ‫َع َلى َر‬
‫ان َوالَ َت ْج َعلْ ف ِْي قـُلُ ْو ِب َنا‬ ِ ‫س َبقُ ْو َنا ِباإلِ ْي َم‬ َ َ‫اغف ِْر َل َنا ُذ ُن ْو َب َنا َوإلِ ْخ َوا ِن َنا الَّ ِذ ْين‬
ْ ‫ال َّل ُه َّم‬
‫ف َر ِح ْي ٌم‬ ٌ ‫غِ الًّ لِلَّ ِذ ْينَ َءا َم ُن ْوا َر َّب َناإ َّن َك َر ُء ْو‬
‫يا هللا يا رحمن يا رحيم‬

Kami berhimpun pada pagi ini keranaMu untuk mengisi seluruh ruang hidup kami
dengan ibadah kepadaMu sesuai dengan
firmanMu yang mulia :

. ‫هلل َربِّ ال َعا َل ِمي َْن‬ َ َ ‫صالَ ِتيْ َو ُنسُكيِ َو َمحْ يا‬
ِ ِ ِ‫ي َو َم َماتي‬ َ َّ‫قُ ْل إِن‬
Yang mafhumnya “Sesungguhnya solatku , ibadahku , hidupku , dan matiku
semata-mata hanya untukMu ya Allah”.

‫يا هللا يا مهيمن يا عزيز يا جبار‬

Sejahterakanlah tubuh badan kami , sejahterakanlah pendengaran kami ,


sejahterakanlah penglihatan kami agar kami dapat menjalankan aktiviti pada hari
ini dengan lancar dan sempurna serta terpelihara daripada sebarang
kecederaan dan bahaya.

‫يا هللا يا حى يا قيوم‬

Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri
kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan
sempurnakanlah keindahan diri kami dengan kesihatan yang baik.

‫يا هللا يا فارج الهم ويا كاشف الغم‬

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami)


INSTITUSI ini akan menjadi INSTITUSI yang cemerlang, terbilang , INSTITUSI
yang disegani dan dihormati, INSTITUSI yang akan melahirkan pelajar-pelajar
yang gemilang dalam aspek akademik mahupun kokurikulum serta berjaya
di dunia dan di akhirat .

ُ ‫ َو َت َف ُّر َقـَ َنا مِنْ َب ْع ِد ِه َت َف ُّرقا ً َم ْع‬، ‫اج َعلْ َج ْم َع َنا ه ََذا َج ْم ًعا َم ْر ُح ْو ًما‬
، ‫ص ْو ًما‬ ْ ‫اَللَّ ُه َّم‬
Ya Allah, jadikanlah pertemuan kami pada pagi ini
sebagai pertemuan yang diberkati dan perpisahan
kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau
peliharai...

. ‫شقِ ًّيا َوالَ َم ْط ُر ْودًا َوالَ َم ْح ُر ْو ًما‬ َ ‫َوالَ َت ْج َع ِل اللَّ ُه َّم فِ ْي َنا َوالَ َم َع َنا َوالَ َمنْ َي ْت َب ُع َنا‬
َ ‫س َنة ًَوقِ َنا َع َذ‬
ِ ‫اب ال َّنار‬ َ ‫س َنة ً َوفِي األخ َِر ِة َح‬ َ ‫َر َّب َنا َءاتِ َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح‬
، ‫سلَّ َم‬ َ ‫صلَّى هللاُ َعلَى ُم َح َّم ٍد َو َعلَى َءالِ ِه َو‬
َ ‫ص ْحبِ ِه َو‬ َ ‫َو‬
َ ‫هَّلِل‬ ْ
َ‫َوال َح ْم ُد ِ َر ِّب ال َعال ِم ْين‬

Yang Berusaha
Sarjan Nurhaizin bin _______
Pegawai Polis Taman Tun Dr. Ismail
Yang Dihormati,
En. Mohd Zain selaku Pengurus Tadika Al Farabi,
Yang Diingati ,
Pn. Noraini bt Nayan atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Nona
selaku Pengetua Tadika Al Farabi,
Pengadil-pengadil Temasya Sukan Al Farabi,
Guru-guru ,tuan-tuan dan puan-puan , hadirin yang dimuliakan
sekelian serta anak-anak didik Tadika Al Farabi....

Majlis hari ini diteruskan dengan upacara pembacaan ikrar kejohanan dan
bacaan doa senaman.
Dipersilakan Adik MOHD SHAHRIL SYAHMI BIN MOHD FAHMI
untuk menyempurnakan pembacaan ikrar kejohanan dan Adik MOHD
ADIB ADHA BIN MOHD SUFIAN bagi bacaan doa senaman.

Terima kasih diucapkan kepada Adik ................. dan Adik ...............

Seterusnya diminta para hadirin berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku.


(pasang lagu NegaraKu)

Persembahan yang seterusnya ialah Lagu MARI KAWANKU dan Senaman


Chicken Dance yang akan dijayakan oleh para pelajar Tadika Al Farabi.
Marilah sama-sama, kita saksikan... (pasang lagu Chicken Dance)
Terima kasih diucapkan kepada para pelajar Tadika Al Farabi.
Hadirat hadirat sekalian,
Kalau dilipat sebesar kuku
Kalau dibentang seluas alam
Yang jauh diimbau
Yang dekat digamit
Seuntai salam sejambak kata
Degup bicara, merisik rasa.

Benarlah kata orang, jika tak kenal maka tak cinta,


Kalau dah cinta, ingin pula bertentang mata,
Pabila bertentang mata, ingin pula mendengar suara.
Tanpa melengahkan masa, dengan ini dijemput Yang Berusaha Sarjan
Nurhaizin bin _______ untuk menyampaikan ucapan alu-aluan seterusnya
merasmikan Temasya Sukan Tahunan Tadika Cerdik Islam Al Farabi bagi
tahun 2010.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan....

Pihak majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan alu-aluan itu tadi....
Seterusnya sebagai kemuncak perasmian Temasya Sukan Tahunan Tadika
Cerdik Islam Al Farabi, majlis memohon Yang Berusaha Sarjan Nurhaizin
diiringi En. Mohd Zain selaku Pengurus Tadika Al Farabi bagi melepaskan
tembakan perasmian. Dipersilakan....

Pihak majlis sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Sarjan Nurhaizin
atas kesudian melepaskan tembakan perasmian.

Acara selanjutnya ialah perarakan peserta perbarisan ke khemah sukan.


(pasang lagu rentak March)

PENGUMUMAN : Untuk pengetahuan hadirin sekalian, penganjur


menyediakan acara sukan untuk kaum ibu, kaum bapa , anak-anak bawah 4
tahun dan juga bekas pelajar Tadika Al Farabi. Jika ada yang berminat, sila
daftarkan diri anda di meja urusetia dengan segera.

Kaum Bapa : Tarik Tali


Kaum Ibu : Rebut Kerusi
Anak-anak bawah 4 tahun : Mengutip gula-gula
Bekas Pelajar Al Farabi : Ambil Gula-gula dalam tepung
Acara sukan bermula:
Terbang bebas si rama-rama
Teratai mekar di tengah lembah
Menyusun langkah semerdu irama
Temasya Sukan Tahunan kini dipersembah

PENUTUPAN

UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA : lihat catatan dlm fail

................................................................................................................................
.

.................................................................................................................................

...............................................................................................................................

Hadirin, hadirat sekalian seperti kata orang lama,

Kok berkayuh dah sampai ke muara


Kok berenang dah sampai ke tepian
Kok berlari dah sampai ke garisan
Kok berjalan dah sampai ke penghujung...

Bunga selasih dapat di pangkal


harga serupa kain kesturi
terima kasih selamat tinggal
hingga berjumpa di lain hari

Hinggap merpati di tunggul jerami


berenang laju selam kemumu
namun di hati tetap bersemi
kenang Al Farabi dalam doamu

Resah hati diperalat tuan,


terduga rasa dalam gelora;
berpisah jadi adat pertemuan,
semoga sentiasa dalam sejahtera.

Kiri jalan kanan pun jalan


Tengah-tengah pohon mengkudu
Selamat jalan kami ucapkan
Berhati-hati ketika memandu
Dengan kata-kata ini maka.....

Selesailah sudah Sukan Tahunan Tadika Cerdik Islam Al Farabi bagi tahun 2010.

Saya bagi pihak majlis mengucapkan terimakasih di atas kehadiran tuan-tuan


dan puan-puan ke temasya sukan yang diadakan pada hari ini.

PENGUMUMAN PENTING!!!
PIHAK TADIKA ISLAM AL FARABI MENGISYTIHARKAN CUTI PADA HARI
ISNIN KEPADA MURID-MURID TADIKA, MANAKALA UNTUK NURSERI
DIBUKA SEPERTI BIASA.

Akhir kata, saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang
mengendalikan majlis ini. Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala
segala kelemahan itu datangnya dari diri saya sendiri.
Saya sudahi majlis dengan w.b.t wassalamualaikum warahmatullah hi
wabaratuh. Dengan ini majlis bersurai.
Tangan ditadah penuh inayah,
Majlis dibuka penuh rahmatNya,
Mohon keberkatan serta hidayah,
Moga tercerna minda kelas pertama.

Indah budi kerna jasa,


Indah manusia kerna bahasa,
Budimu tuan tidak dilupa,
Semoga bahagia melimpah berkatNya....

Tanam lenggun tumbuh kelapa


Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan kami tak lupa
Sudah tersemat di dalam hati

Tuan puteri pergi ke Kuah


Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi

You might also like