You are on page 1of 19

NILAI-NILAI

MURNI
DALAM
PENDIDIKAN
KUMPULAN E
• Mohamed Rasul b. Sallehudin
• Nurul Hidayah bt Md Salleh
PENGENALAN
• Di sekolah guru memainkan peranan sebagai
ibu bapa dalam membentuk kanak-kanak
selaras dengan penerapan yang dimasukkan
dalam Falsafah Pendidikan Negara.
• Nilai-nilai murni mula diterapkan dari
pendidikan pra sekolah merupakan asas
kepada proses pembelajaran dan
perkembangan kanak-kanak dalam
membentuk peribadi dan bernilai murni.
DEFINISI NILAI MURNI
Nilai murni dapat didefinisikan
sebagai perlakuan yang baik,
peradaban dan tatasusila individu
manusia dalam hubungannya
sesama manusia, alam dan Tuhan.
Dalam pendidikan, penerapan nilai
murni secara rasmi diberi penekanan
adalah melalui Laporan Kabinet.
DEFINISI NILAI MURNI
“Merupakan tanggapan kepada
perkara-perkara yang dihajati dan
pada masa yang sama juga menjadi
kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni
sesuatu masyarakat biasanya
diasaskan kepada agama”
(Wan Mohd. Zahid, 1988)
NILAI-NILAI MURNI UTAMA
• Baik hati • Kebersihan fizikal dan
• Berdikari mental
• Kejujuran
• Hemah tinggi
• Kerajinan
• Hormat menghormati
• Kerjasama
• Kasih sayang
• Kesederhanaan
• Keadilan • Kesyukuran
• Kebebasan • Rasional
• Keberanian • Semangat
• Patriotisme bermasyarakat
RASIONAL NILAI-NILAI MURNI
DALAM PENDIDIKAN
• Pada bulan Mei 1969, rusuhan kaum berlaku
dalam sejarah negara. Ini menunjukkan
kerapuhan kebangsaan kita.
• Masyarakat kita tiada semangat muhibbah
yang dapat menyatukan setiap kaum.
• Penularan pelbagai jenis penyakit
kerohanian, akhlak, sosial dikalangan
masyarakat mengalakkan pihak yang
berkenaan memberi perhatian yang lebih
kepada isu nilai murni dalam pendidikan.
RASIONAL NILAI-NILAI MURNI
DALAM PENDIDIKAN
• Kementerian Pendidikan Malaysia telah
melaksanakan strategi penerapan nilai-nilai
murni secara komprehensif dimana:
" Nilai-nilai murni akan disisipkan melalui kesemua
matapelajaran dan akan diperkukuhkan melalui
kegiatan-kegiatan ko-kurikulum, formal dan tidak
formal, di dalam dan di luar bilik darjah, akan
digunakan sepenuhnya dengan cara bersepadu
untuk memastikan penerapan nilai-nilai murni
akan berhasil dan berkesan."
STRATEGI PENERAPAN
NILAI-NILAI MURNI
1. Penerapan nilai murni berlaku secara
bersahaja dan tidak langsung. Strategi
penerapan nilai secara yang tidak
langsung ini penting kerana nilai tidak
boleh diajar secara formal seperti
matapelajaran lain. Ini merupakan satu
penghayatan dan pengusahaan secara
beramal bukan sekadar peringatan atau
penghafalan.
STRATEGI PENERAPAN
NILAI-NILAI MURNI
2. Penerapan nilai murni berlaku melalui
strategi yang mempunyai kaitan
langsung dengan isi pelajaran. Fakta-
fakta sejarah dan cerita-cerita dalam
matapelajaran sastera umpamanya
akan dapat dibincang melalui isu-isu
yang dapat dikaitkan secara langsung
dengan unsur nilai yang dipegang oleh
pelajar atau nilai sejagat tertentu.
TEKNIK PENERAPAN NILAI
MURNI DALAM PENDIDIKAN
Antara cara yang dikenalpasti untuk
menerpkan dan menyerap serta
menyemai nilai-nilai murni ialah:
• Melalui matapelajaran tertentu
(Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam)
• Penerapan nilai murni dalam
matapelajaran lain
• Aktiviti ko-kurikulum
• Aktiviti persatuan sekolah
NILAI-NILAI MURNI DIPUPUK
MELALUI CONTOH TELADAN GURU
Guru Sebagai Pembentuk Nilai
• Guru adalah contoh teladan yang baik
kepada murid-murid.
• Seorang guru harus mempunyai sifat-
sifat yang terpuji untuk dicontohi oleh
murid-murid. (berpakaian kemas,
berkelakuan baik, bersopan santun,
berbudi bahasa, menepati masa, rajin
dan sentiasa positif)
NILAI-NILAI MURNI DIPUPUK
MELALUI CONTOH TELADAN GURU
Guru Penyayang
• Guru yang menyedari, prihatin, berminat,
bertimbang rasa, memikir dan memberi
perhatian terhadap permintaan dan
kebajikan murid-murid.
• Guru sentiasa mengejar ilmu dan
memainkan peranan sebagai agen
perubahan dan mahir dengan teknik
mengajar yang berkesan.
NILAI-NILAI MURNI DIPUPUK
MELALUI CONTOH TELADAN GURU
Guru Sebagai Mentor
• Guru merupakan pembimbing dan
penasihat yang berpengalaman dalam
bidang pendidikan.
• Guru menolong pelajar menyediakan
perancangan persekolahan sesuai dengan
kebolehan, minat dan perkembangan
masing-masing.
NILAI-NILAI MURNI DIPUPUK
MELALUI CONTOH TELADAN GURU
Guru Sebagai Patriot
• Menyemaikan semangat dan perasaan
cinta terhadap negara.
• Sentiasa mengamalkan prinsip-prinsip
Rukun Negara.
• Memupuk perpaduan di kalangan rakyat
berbilang bangsa dengan mengikis semua
prasangka yang bersifat perkauman.
KEBERKESANAN PENERAPAN NILAI
MURNI DALAM PENDIDIKAN
• Masih ramai masyarakat kita yang berakhlak
mulia walaupun mereka dipengaruhi oleh
pelbagai godaan untuk memencongkan nilai
murni pada diri manusia.
• Kanak-kanak sekolah begitu prihatin terhadap
kelemahan dan kesusahan orang lain.
Penerapan nilai murni yang mereka terima
membantu menyedarkan mereka untuk
menderma, menolong dan prihatin terhadap
masalah yang wujud tanpa mengira siapa.
PENUTUP
• Tugas guru dalam menerapkan nilai murni tidak
semestinya bergantung 100% kepada kandungan
kurikulum yang ditentukan tetapi perlulah juga
berdasarkan inisiatif mereka sendiri.
• Guru sebagai "role model" perlulah menunjukkan dan
memainkan peranan dalam menerapkan nilai murni baik
dari segi perbuatan, perlakuan mahupun tuturkatanya.
• Guru harus cekap dalam menyampaikan isi pelajaran
disamping menerapkan nilai-nilai murni dalam
penyampaiannya. Begitu juga dalam memilih kaedah
dan waktu hendaklah bersesuaian.
BIBLIOGRAFI
• Abu Bakar Nordin, 1991. Kurikulum , Perspektif dan
Perlaksanaan. Pustaka Antara, Kuala Lumpur.
• Dr. Tajul Ariffin Nordin & Dr. Nor Aini Dan, 1992.
Pendidikan dan Wawasan 2020. Arena Ilmu Sdn. Bhd,
Kuala Lumpur.
• Dr. Hussien Hj. Ahmad, Jurnal Pengurusan Pendidikan.
Perihal Pendidikan dan Falsafah di Malaysia.
• Ibrahim Saad, 1982. Isu Pendidikan di Malaysia. Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
• MASSA: Wawancara Reformasi Pendidikan bersama
Datuk Najib. Jun 1997.
• Mok song Sang, 1991. Pendidikan di Malaysia. Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.
• Wan Mohd Nor Wan Daud, (Jan-Mac 1996). Insan Baik
Teras Kewarganegaraan. Pemikir.

You might also like