You are on page 1of 8

TEKS PIDATO

(BACAAN MENGIKUT BARIS)

”Rukun Negara Membentuk Jati Diri”

Kejadian 13 Mei yang mengegarkan negara,


Menyebabkan goyahnya perpaduan negara,
Lantas diperkenalkan Rukun Negara
Mari kita telusuri kekuatan Rukun Negara.

Terima kasih pengerusi majlis,


Barisan panel hakim yang arif,
Def-def terhormat,
Datuk-datuk,
Datin-datin,
Serta warga dewan sekalian,
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

”Rukun Negara Membentuk Jati Diri”

Begitulah bunyi tajuk pidato saya hari ini,


Saudara dan saudari.

Secara tuntasnya atau definisi seluruhnya,


Pidato yang akan saya dendangkan,
Akan membuktikan,
Bahawa Keperibadian Seseorang insan,
Akan terbentuk,Dengan penghayatan dan amalan,
Atas Rukun negara yang diperkenalkan.

Warga dewan kebangaan negara,


Tak beralihkan rupa berentakan irama,
Hujah saya yang pertama,
Kepercayaan kepada tuhan.

Semua agama menyeru umatnya,


Melakukan kebaikan sesama manusia.

Ini akan melahirkan sikap tolenrasi,


Yang amat tinggi,
Yang juga merupakan satu ciri, Jati diri.

Kerajaan Malaysia, telah mengadakan,


Pelbagai program keagamaan,
Bagi membentuk jati diri insan,
Yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang,
Bukannya Malang,Melayang dan Temberang.

Kepercayaan kepada tuhan yang esa,


Akan menyedarkan umatnya,
Bahawa setiap perlakuan ada batasnya,
Kerana ada hukuman dan balasannya.
Sidang dewan sekalian,
Kerana itulah negara kita banyak mengadakan,
Acara keagaamaan dan perayaan,

Kita ada Hari Raya,


Tahun Baru Cina,
Deepavali,
Krismas,
Dan kita juga ada kongsi raya.

Mengapa semua ini diadakan?


Kerana kita percaya,
Perayaan keagamaan ini,
Dapat membentuk kerjasama sejati,
Perpaduan murni,
Bagi membentuk Jati Diri,
Rakyat negara ini.

Jelas!
Prinsip rukun negara yang diperkenalkan,
Iaitu kepercayaan kepada tuhan,
Dapat membentuk jati diri mampan,
Sidang dewan yang budiman,
Hujah saya yang kedua di bawah naungan kata,
Kesetiaan kepada Raja dan Negara.

Raja adalah pemerintah negara yang tertinggi,


Kaitan kedua-duanya sangat rapat sekali,
Sebagai rakyat, menjadi tugas hakiki,
Untuk mentaati Raja dan Negara.

Apakah buktinya kesetiaan itu?


Adakah dengan menyatakan di bibir sahaja?
Tepuk dada tanya selera.

Setiap negeri,
Mempunyai lagunya sendiri,
Yang senikatanya memuji dan menghargai,
Raja dan negeri.

Kerana itulah lagu negeri,


Wajib dinyanyikan setiap minggu sekali,
Bagi menanam semangat jadi diri,
Terhadap raja dan negeri serta negara.

Sebagai tanda setia rakyat kepada pemerintahnya


Masih ingatkah lagi, ketika lagu Negaraku,
Dipermain-mainkan oleh penuntut hantu,
Rakyat Malaysia bangun bersatu,
Menentang pengkhianat itu.
Tindakan itu membuktikan kepada semua,
Kesetiaan rakyat yang dipelihara,
Dapat membentuk jati diri warga,
Iaitu kesetiaan kepada raja dan negara.

Tidak dapat disangkal lagi,


Bahawa Prinsip rukun negara,
Iaitu kesetiaan kepada raja dan negara,
Dapat membentuk jati diri berwibawa.

Saudari dan saudara,


Tidak lama lagi Hari Raya,
Hujah saya yang ketiga,
Keluruhan perlembagaan dan
Kedaulatan undang-undang

Negara kita yang berdaulat ini,


Mempunyai perlembagaannya sendiri,
Dan undang-undang yang mantap serta tepat,
Mampu menjadi aspirasi negara yang hebat,
Bagi melahirkan masyarakat yang seimbang,
Dan mempunyai jati diri cemerlang.

Uniknya perlembagaan di Malaysia,


Ialah mempunyai cara yang istimewa,
Dan sentiasa menjadi panduan bagi pemimpin,
Dan menjadi landasan bagi rakyat yang dipimpin.
Perlembagaan dan Undang-undang inilah,
Sentiasa dipelihara sebagai wadah,
Untuk memastikan jati diri akan terserlah,
Dan masyarakat Malaysia akan lahirlah,
Kepercayaan dan keyakinan yang tidak bercapah,
Antara kaum-kaum agar tidak berpecah,
Ibarat kata pepatah,
Telur serangkak pecah sebiji pecah semua,
Bukannya pecah sebiji pecah sendiri.

Kerana itulah perlembagaan dan undang-undag


negara,
Mesti dipelihara dan diawasi setiap masa,
Mengikut keadaan dan perkembangan dunia,
Kerana ia menjadi asas bagi warga,
Untuk hidup dalam satu kawasan bersama-sama,
Dan melahirkan jati diri bertolenrasi.

Hadirin dan hadirat


Semoga sentiasa sihat
Hujah saya yang keempat
Kesopanan dan kesusilaan

Kesopanan dan kesusilaan adalah perlakuan budi,


Yang begitu tinggi dan haruslah diikuti,
Oleh masyarakat di negara ini.
Kesopanan dan kesusilaan
Dapat melahirkan
Jiwa rakyat yang mementingkan,
Amalan budi dalam kehidupan seharian.

Amalan budi ini juga dapat memperkuatkan


Jati diri insan
Walaupun hidup dalam kemodenan
Kerana moden sahaja tidak bererti
Jika budi pekerti mati.

Kerana itulah kerajaan


Begitu hebat mengadakan
Pelbagai kempen Kesopanan dan kesusilaan
Seperti Kempen Budi Bahasa dan Hidup Berjiran
Kepada rakyat tempatan
Agar menjadi pegangan
Dan amalan dalam kehidupan
Dan akhirnya terbentuklah jati diri mampan.

Pandangan pelancong asing adalah buktinya,


Mereka menyatakan rakyat Malaysia,
Begitu berbudi pekerti dan mesra.

Kajian Penerbangan Malaysia,


Tentang tarikan pelancong ke negara kita,
Menyatakan 65 peratus adalah kerana rakyatnya,
Yang bersopan santun dan berbudi bahasa.
Penghayatan prinsip rukun negara ini,
Adalah bukti,
Bahawa jati diri rakyat negara ini,
Dapat dibentuk dengan Amalam Rukun Negara.

Secara konklusifnya membuktikan,


Rukun negara dapat melahirkan,
Rakyat yang berjati diri,
Dan berbangga dengan negara sendiri,
Dan negara mempunyai,
Rakyat yang berindentiti,berkualiti dan berjati diri.

Akhir kalam,
Laksamana SKBTP mohon permisi,
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

DISEDIAKAN OLEH :
CIKGU MOHD FAIZULLAH BIN BUYONG

You might also like