You are on page 1of 4

estetika

• Perkataan estetika(aesthetics) mula digunakan oleh


Baumgarten pada tahun 1735.
• Perkataan ini berasal dari perkataan Yunani, iaitu
aesthetisis yg bermaksud menanggapi.
• Ada pendapat yang mengatakan perkataan estetika berasal
dari Yunani-Latin yang bermaksud ‘yang terlatih utk
membuat tanggapan terhadap keindahan’.
• Estetika melibatkan penggunaan deria yang dimiliki oleh
manusia untuk pengamatan atau tanggapan terhadap
sesuatu perkara atau suasana yang menekankan aspek
kesenian atau keindahan.
Pandangan tokoh
• Ibnu khaldun: estetika mengandungi unsur-unsur kecantikan, baik
susunannya, menarik komposisinya serta indah apabila sesuatu
karya dihasilkan.
• John Dewey (1859-1952) menjelaskan estetika ialah satu sistem
pengkajian seni yang dianggap ekspresi yang mesemua
makna,sama ada di peringkat pengalaman.
• Perasaan estetika mengandungi bentuk kekaguman atau
kebanggaan (admiration).
• Syed Ahmad Jamal estetika berkaitan dengan deria pengamatan
terhadap sesuatu perkara atau suasana yang menekankan aspek
kesenian atau keindahan, bukan menekankan aspek
kegunaannya.
Estetika dalam Pendidikan Seni Visual

Peniruan (menterjemah secara langsung objek)


sebagai Representasi Gambar dan Imej

Ekspresi dalam Perasaan dan Emosi

Menggunakan Kaedah Formalistik - penguasaan unsur-


unsur seperti garisan, warna, ruang, jalinan, bentuk, dan
rupa.

Keaslian- keunggulan idea atau gagasan


Pengalaman Estetik
• Pengalaman estetik ialah proses penguasaan bidang ilmu dan
maklumat tertentu menerusi pengamatan dari pelbagai
deria,pengalaman langsung dan kemahiran intelek terhadap
sesuatu perkara yang berkaitan dengan kesenian dan keindahan.
• Pengalaman estetik boleh digunakan untuk menilai karya seni
visual.penilaian karya tidak terhad kepada karya yang dianggap
indah sahaja malah karya yang dianggap tidak menarik juga boleh
dinilai berdasarkan pengalaman estetik oleh seseorang individu.
• Pengalaman estetik berperanan membantu seseorang itu untuk
menguasai kemahiran berfikir secara kreatif dan memupuk
kemahiran secara berperingkat dan sistematik.

You might also like