You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MAMBAU

70300 SEREMBAN

MINIT MESYUARAT PERTAMA AJK PUSAT AKSES TAHUN 2008

TARIKH : 1 FEBRUARY 2008


HARI : Jumaat
MASA : 2.30 p.m.
TEMPAT : BILIK PUSAT AKSES
KEHADIRAN : HADIR
1. Mohd Mustaffa B. Hj. Mobarak Ali (Ketua)
2. En. Tajol Anuar B. Md. Yusof -AJK
3. En. Chia Sen Chun – AJK

TIDAK HADIR -

AGENDA MESYUARAT
1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI

• En. Mohd Mustaffa mengalu-alukan kehadiran ahli jawatankuasa baru.


• Beliau memaklumkan bahawa En. Kalidasan dan Pn. Komathy telah
ditukarkan bertugas ke bilik khas lain dan diganti dengan En. Tajol.
• Beliau berterima kasih di atas kerja sama yang diberikan oleh ahli
jawatankuasa.
• Selanjutnya, beliau berharap Pusat Akses akan bertambah ceria dan maju.

2.0 PENGESAHAN MINIT

• Minit mesyuarat yang lalu telah dicadang sah oleh En. Chia Sen Chun
dan disokong semua.

3.0 PERKARA BERBANGKIT

• Permasalahan partition tidak selesai, perkara ini masih diusahakan.


• Persoalan keceriaan seperti tikar getah getah/karpet dan langsir masih belum
selesai. Insyallah akan diajukan lagi.
• Masalah pelajar tidak catat, merosakkan peralatan komputer dan kurang
menjaga kebersihan sebagaimana yang dibangkitkan oleh En Chia. Dinasihati
agar guru penyelaras bertindak tegas menegur pengguna berkenaan dan jika
masih engkar, boleh menyuruhnya keluar. Soal vandalism adalah serius dan
sebarang peralatan Pusat Akses yang dipecahkan atau dirosakan harus
diganti. Sila catat dalam buku log kerosakan peralatan.

TINDAKAN: Ketua dan J/K

4.0 PENGURUSAN FAIL DAN CARTA PUSAT AKSES (OLEH: En. Mohd Mustaffa)

• Seperti umum. Fail dan carta Pusat ini perlu diperbaharui dan dikemaskinikan.
• Rekod Penggunaan Komputer perlu disemak selalu.
• Persaraan Pengetua dan Pertukaran GPK 1 baru iaitu Pn Rosita diganti oleh
Pn Jawakhir menyebabkan kita perlu menukarkan carta orginasasi 2 atau 3
kali tahun ini nampaknya. Nampaknya hal ini tidak dapat dielakkan.
• Beberapa carta lama seperti Peraturan dan Keselamatan kekal digunakan
kecuali ada perubahan,

TINDAKAN: Ketua dan J/K

5.0 PERMASALAHAN BARU.


• Capaian internet selalu bermasalah. Adakalanya baik dan ada masanya
kurang baik. Perkara ini juga diakui oleh En. Chia yang juga adalah
Penyelaras Makmal ICT sekolah.
• Sudah 2 kali sepasang connector optik diganti. Termasuk satu kali tukar
switch hub dan mainboard PC 1 kerana kerosakan akibat kilat. Jelas surge
protector tiada dipasang pada router modem di makmal ICT. En. Chia
maklumkan bahawa pada awalnya peralatan itu ada tetapi rosak dan dibawa
oleh pegawai ICT JPNNS untuk dibaiki dan sampai sekarang tidak diganti.
• Pelajar berbohong untuk menggunakan PC semasa waktu belajar dengan
alasan guru subjek waktu tersebut izinkan. Ada yang bawa surat guru yang
beri kebenaran. Soalnya dalam kes seperti ini pelajar tersebut tidak
dibenarkan masuk dan menggunakan Pusat Akses kecuali ada guru
memantau dan sebaik-baiknya guru yang beri kebenaran itu sendiri yang
memantau bukan beri kebenaran kepada pelajar pergi menggunakan Pusat
Akses tanpa memohon kebenaran Guru Pusat Akses untuk berbuat demikian,
Pelajar boleh menggunakan pada masa rehat dan pada masa petang. Kita
harus berhati-hati dengan kes ponteng kelas dan ketidakpastian yang berlaku.
Hal ini telah terjadi apabila saya sendiri yang terkena dan Ketua guru disiplin
mempertikaikan masalah ini. Kebaikan kita kan jadi keburukan kalau tidak
berhati-hati.
• Waktu relief, guru relif boleh membawa pelajar masuk menggunakan PC
dengan syarat Guru Relif memantau.
• Waktu Koko akan ditutup supaya pelajar tidak ponteng aktiviti kokurikulum.

TINDAKAN: Ketua dan J/K

6.0 HAL-HAL LAIN


• Guru Kelab Catur boleh menggunakkan Pusat Akses dengan syarat menjaga
peraturan dan keselamatan serta kekemasan Pusat Akses.
• Guru Kelab Komputer mestilah berada dengan ahli kelab semasa gunakan
Pusat Akses kerana Ketua dan J/K lain ada kelab masing-masing untuk
diuruskan pada masa yang sama. Jadi diharapkan En. Chia akan memahami.
• En. Tajol diminta meformat PC 10 kerana pelajar telah merosakkan
Konfigurasi PC.
• Guu-guru telah diminta untuk memastikan pelajar beratur ketika keluar dan
masuk ke Pusat Akses serta setiap pelajar mematuhi setiap peraturan Pusat
Akses

TINDAKAN: J/K dan guru-guru.

7.0 UCAPAN PENUTUP


• En. Mustaffa selaku Ketua Unit Pusat Akses berharap semua ahli
jawatankuasa berkerjasama demi kecemerlangan Pusat Akses SMK Mambau.
• Tujuan meminta En. Tajol jadi ahli jawatan kuasa adalah kerana kepakarannya
membaiki PC yang rosak. Tambahan lagi beliau pernah menjadi jurulatih
kanan ICT JPNNS. Ini adalah satu kelebihan kepada Pusat Akses selain En.
Chia yang juga pakar computer sekolah ini di samping memegang jawatran
Penyelaras ICT sekolah.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.05 p.m.sehingga ke satu masa yang akan
dimaklumkan kelak.

Disediakan oleh,

……………………………………...
(EN. MOHD MUSTAFFA BINTI MOBARAK ALI)
Ketua Unit Pusat Akses
SMK Mambau

You might also like