P. 1
09 Isi Pelajaran

09 Isi Pelajaran

|Views: 1,328|Likes:

More info:

Published by: Shamsul Hilmi Abd Kadir on Jan 21, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/20/2013

pdf

text

original

BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

TAJUK 1
SINOPSIS

SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK

Tajuk ini membincangkan tentang sejarah perkembangan ilmu linguistik yang bermula pada tahun 500 SM hingga ke zaman moden. Sejarah pengkajian ilmu linguistik bermula pada zaman Yunani, zaman Iskandariah, zaman Rom, zaman pertengahan, zaman Peralihan (Renaissance), zaman Arab, zaman India, zaman Linguitik perbandingan dan zaman linguistik moden. HASIL PEMBELAJARAN (i) (ii) Menyusur galur sejarah perkembangan ilmu linguistik. Menghuraikan sejarah ilmu linguistik zaman Yunani, Iskandariah, Rom, Arab, India hingga zaman moden abad ke-20. 1.0 KANDUNGAN ISI

Tahukah anda bila kajian bahasa bermula? Berdasarkan catatan awal sejarah ilmu linguistik, kajian tentang bahasa telah berlaku seawal 800 tahun sebelum masihi yang berlaku di India. Walau bagaimanapun titik permulaan kajian ilmu linguistik dipercayai berlaku pada zaman Yunani. Hal ini ada kaitannya dengan penemuan kegiatan kajian orang-orang India yang didasarkan kepada hasil kajian Panini telah diwartakan pada abad ke-17. Kehebatan orang Yunani dalam kajian bahasa adalah berdasarkan bukti dalam bentuk catatan yang dikaji pada zaman linguistik yang bermula di Eropah. 1.1 Zaman Yunani, Zaman Iskandariah, Zaman Rom Dalam sejarah ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian bahasa ialah orang-orang Yunani. Tamadun Yunani merupakan satu tamadun terawal yang wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi, budaya dan 1

BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU politik. Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum masihi. Disebabkan seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum masihi. Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu. Untuk pengetahuan anda, tokoh hebat dalam pengkajian bahasa pada zaman Yunani ialah Plato dan Aristotle, iaitu murid Plato. Plato (427 – 347) merupakan ahli falsafah pertama yang mengenal pasti dan menyelidik bahasa sebagai suatu masalah dan persoalan melalui karyanya yang berbentuk dialog, iaitu Cratylus. Dialog Cratylus telah mencetuskan kontroversi berabad-abad lamanya, iaitu antara kumpulan analogis yang mempercayai bahawa bahasa bersifat alamiah, nalar dan logis dengan kumpulan anomalis yang berpegang kepada kepercayaan bahawa bahasa tidak nalar sepenuhnya. Plato telah menimbulkan persoalan adakah ketepatan sesuatu nama berasaskan tabii dan realiti atau konvensyen, iaitu berdasarkan persetujuan masyarakat. Beliau juga menyelidik tentang tatabahasa yang membezakan antara kata nama dengan kata kerja. Plato telah meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada predikat dan kata kerja sebagai penerangan kepada perbuatan. Ilmu linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle tahun 384 – 322 sebelum masihi dengan menambah satu lagi pembahagian dalam tatabahasa, iaitu kata penghubung. Beliau memperkembang dan memperdalam pemikiran tentang falsafah bahasa yang diasaskan oleh Plato. Aristotle merupakan sarjana yang mula-mula mengakui tentang adanya sistem kala atau tense dalam bahasa Yunani. Gagasan lain yang dikembangkan oleh Aristotle ialah fungsi bahasa sebagai alat, khususnya untuk retorik dan puisi. Beliau menganggap bahawa bahasa itu sebagai suatu juzuk dunia, tetap dan dapat diperoleh dalam tulisan yang menjadi subjek tatabahasa dan sebagai cara menunjukkan apa-apa sahaja yang ada di dunia yang menjadi subjek logika. 2

BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU Secara umumnya, anda dapati bahawa kajian mengenai bahasa pada era Yunani lebih tertumpu kepada tatabahasa. Namun demikian, kaedah kajian mereka lebih bercorak logik dan bukannya saintifik. Kita telah selesai membincangkan tentang sejarah perkembangan linguistik zaman Yunani. Sekarang kita beralih pula kepada Zaman Iskandariah. Zaman ini bermula pada abad ketiga tahun masihi. Sebagai sebuah tanah jajahan Yunani, Iskandariah menjadi pusat perkembangan kesusasteraan dan linguistik tamadun Yunani, namun penumpuan bahasa pada waktu ini lebih kepada aspek lisan, iaitu pertuturan. Mereka turut mengkaji sistem fonetik dan membahagikan perkataan kepada adverb, participal, ganti nama dan kata depan. Para sarjana turut memperkenalkan bidang sintaksis, iaitu ayat yang merupakan satu unit deskriptif yang terdiri daripada turutan-turutan perkataan yang mempunyai makna. Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman Rom. Orang Rom telah mengambil alih bidang bahasa setelah tamadun Yunani runtuh. Tahukah anda bahawa mereka mengambil ilmu bahasa Yunani dan membuat kajian dalam bahasa Latin. Jika dikaji perkembangan bahasa pada zaman ini lebih kepada perubahan sistem bahasa daripada tamadun Yunani kepada bahasa Latin. Mereka kurang menyumbang kepada perkembangan ilmu baharu berkenaan bahasa. Walau bagaimanapun sumbangan mereka amat penting kerana hasil tulisan mereka menjadi rujukan kepada semua pengkaji bahasa selepas zaman itu. 1.2 Zaman Pertengahan, Zaman Arab, Zaman India Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman pertengahan yang dikenali juga sebagai zaman Renaissance. Pada era ini ahli bahasa mula meneroka bahasa termasuk tatabahasa vernakular. Para pengkaji pada zaman ini menggunakan ilmu bahasa sebagai satu elemen untuk 3

Mereka juga dapat mengesan hubungan satu bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa Inggeris. Sekarang mari kita bincangikan pula perkembangan linguistik zaman Arab. Perbincangan seterusnya ialah sejarah perkembangan linguistik zaman India. Kebanyakan ahli fikir yang lahir pada zaman ini ialah sarjana Islam yang sentiasa mendapat sokongan daripada pemimpin mereka. Hal ini disebabkan Eropah mengalami zaman gelap. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian. Anda harus ingat bahawa pada era ini juga teori sebab musabab. Pada era ini bahasa Sanskrit digunakan dengan meluas dan memberikan kesan besar kepada ilmu linguistik. 4 . Kajian mereka tertumpu kepada sumber al-Qur’an dan hasilnya perkembangan ilmu fonetik semakin pesat dan hampir menjadi sempurna serta terciptanya kamus lengkap untuk dijadikan bahan rujukan. Golongan zaman pertengahan ini menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman. Pada zaman ini bahasa berkembang pesat di Baghdad sebagai sebuah pusat ilmu di dunia. Anggapan mereka bahawa hasil tulisan itu baik sekiranya bahasa dan hasil tulisan itu tepat dan kurang kesalahan tatabahasa. Kajian mereka lebih baik daripada Yunani dari aspek fonetik. Bahasa pada era ini masih kekal kepada fungsi kesusasateraan. hampir semua bahasa memiliki perkataan yang hampir sama dan maksud perkataan juga hampir sama.BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU mengukur kualiti sesuatu bahasa. Bahan kajian turut berubah daripada tradisi bahasa Inggeris kepada kitab Rig-Veda. Tamadun ini turut mengiktiraf bahawa bahasa berasal daripada satu bahasa yang sama. Tahukah anda bahawa sumbangan terpenting ahli-ahli bahasa zaman ini ialah kejayaan mereka membawa pembaharuan dalam ilmu bahasa dan mula mengkaji bahasa secara saintifik. kelainan logika dalam bahasa dan hubungan antara bahasa mula berkembang. morfologi dan sintaksis.

iaitu bahasa adalah baka dan satu fenomena sosial. berimbuhan dan bahasa berfleksi. Pendekatan kajian bahasa berdasarkan bukti nyata. Gunakan bahasa sendiri menunjukan anda faham apa yang dibincangkan. marilah sama-sama kita lihat sejarah perkembangan linguistik zaman moden sekitar abad ke-20. Sebagai mengakhiri perbincangan tajuk 1 ini. Ahli bahasa zaman ini turut mengasingkan bahasabahasa di dunia kepada tiga kelompok. Pengkajian ilmu bahasa pada zaman ini lebih cenderung kepada linguistic deskriptif atau linguistik huraian. Mereka turut mengkaji pertalian dan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. iaitu bahasa berisolasi. Para pengkaji turut menelurkan satu teori baharu. TUGASAN: Buat catatan nota dalam bentuk grafik tentang sejarah perkembangan linguistik sejak sebelum masihi hingga ke zaman moden. zaman ini dikatakan sebagai permulaan kepada linguistik moden. iaitu antropologi dan sosiologi. Bidang bahasa mula berkembang dengan wujudnya bidang baharu. 5 . Kesan daripada kajian ini wujudnya rumpun-rumpun bahasa daripada semua bahasa di dunia. Hukum baharu mula wujud yang dikenali sebagai hukum R-G-L dan R-D-L.BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU 1.3 Zaman Linguistik Bandingan dan Linguistik Moden Untuk pengetahuan anda. Kajian pada era ini lebih sistematik dan menekankan kepada sinkronis dan diakronis. Mereka mendapati bahawa hubungan bahasa bukan melalui peminjaman atau kebetulan tetapi wujud daripada satu rumpun yang sama. iaitu sekitar abad ke-19.

0 KANDUNGAN ISI Hasil pemikiran de Saussure telah melayakkan beliau diberikan jolokan sebagai “Bapa Linguistik Moden”. iaitu pemikiran Edward Sapir. HASIL PEMBELAJARAN (i) Menghuraikan aliran pemikiran tokoh-tokoh lingustik mengiku zaman (ii) Menghargai sumbangan tokoh-tokoh dalam perkembangan ilmu bahasa sejak zaman awal hingga zaman moden (iii) Membuat banding beza bentuk pemikiran antara tokoh-tokoh linguistik 2. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk.BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU Bincangkan sumbangan Plato dan Aristotle kepada perkembangan ilmu linguistik sehingga kini. TAJUK 2 SINOPSIS PEMIKIRAN DALAM LINGUISTIK Tajuk dua ialah pemikiran dalam linguistik. Leonard Bloomfield dan pemikiran Ferdinand de Saussure. Hasil pemikiran Bloomfield pula telah menghasilkan teori behaviourisme 2.1 Pemikiran Edward Sapir Dalam Bidang Linguistik • Edward Sapir (1884 – 1939) seorang sarjana linguistik struktural 6 . Mereka merupakan tokoh linguistik yang banyak memberi sumbangan kepada perkembangan ilmu bahasa melalui hasil kajian secara empirikal.

2 Pemikiran Leonard Bloomfield dalam Bidang Linguistik • Bloomfield (1887 – 1949) merupakan ahli linguistik yang mempelopori teori behaviourisme yang berkait rapat dengan fahaman ahli psikologi dalam menghuraikan bahasa. • Menurut beliau. Kesimpulan kajian beliau mendapati bahawa struktur bahasa merupakan unsur yang menentukan sturktur pemikiran manusia. • Beliau berpendapat psikologi mendasari pengkajian bahasa dalam sains. Buku beliau bertajuk Language berbeza dengan Bloomfield kerana menggunakan pendekatan antropologi yang melihat bahasa dari segi fungsinya dalam masyarakat. 2. • Rumusan hasil pemikiran beliau tiada bahasa yang sempurna. Dengan kata lain. Beliau beranggapan bahawa bahasa sebagai pangkalan data ucapan yang boleh mengeluarkan segala unit bahasa. iaitu bersifat arbitrari untuk menyampaikan perasaan dan fikiran. Beliau mengkaji hubungan bahasa dengan pemikiran manusia dari aspek psikologi. ayat-ayat itu tersusun di dalam otak dan dikeluarkan apabila adanya rangsangan. sekiranya tingkah laku manusia lain berpunca 7 . bahasa akan sentiasa berubah. bahasa ialah sistem manusiawi yang instingtif. • Rumusan beliau.BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU dan antropologi dari Amerika pada awal abad ke-20.

Langue bermaksud loghat atau dialek dan parole bermaksud ciri-ciri bahasa yang dituturkan atau diucapkan oleh individu dalam masyarakat. Linguistik sinkronis mengkaji bahasa pada suatu masa tertentu. iaitu secara sinkronis dan diakronis. maka bahasapun dapat dilahirkan sebagai gerak balas atau respons terhadap rangsangan itu. • Dalam sejarah ilmu linguistik moden.3 Pemikiran Ferdinand de Saussure dalam Bidang Linguistik • Ferdinand de Saussure (1857 – 1913) ialah orang pertama yang mengasaskan ilmu linguistik moden. beliau merupakan orang pertama yang mengemukakan dan menekankan peri pentingnya kajian bahasa dilakukan dari sudut yang berbeza-beza. 8 telah terbukti melalui penemuanpenemuan konsep dan pendekatan baharu dalam bidang bahasa .BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU daripada adanya rangsangan atau stimulus. Ketokohan beliau sebagai ‘Bapa Ilmu Linguistik Moden’ secara moden. 2. Beliau memperlihatkan konsep saintifik dalam kajiannya. • Beliau juga beranggapan bahawa bahasa ialah satu tingkah laku manusia. • De Saussure merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep ‘langue’ dan ‘parole’. Buku beliau yang popular ialah Language (1933). iaitu suatu kenyataan yang menunjukkan bahawa semua bahan kajian hendaklah dapat diperhatikan dan dianalisis secara empirikal. Linguistik diakronis mengkaji bahasa dari segi sejarah yang dilalui oleh bahasa serta perubahan-perubanan yang dialami oleh sesuatu bahasa tersebut.

Karya agung beliau ini adalah hasil daripada usaha pelajarpelajarnya yang telah mengumpul dan menyusun semula bahanbahan kuliah sehingga terhasilnya buku tersebut yang kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris pada tahun 1959. Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan serta Linguistik Kontekstual. TUGASAN Buat banding beza dalam bentuk grafik antara pemikiran de Saussure dengan Bloomfield. HASIL PEMBELAJARAN (i) Menghuraikan tentang bidang ilmu linguistik 9 . TAJUK 3 SINOPSIS BIDANG LINGUISTIK Tajuk tiga ialah bidang linguistik. Huraikan dengan ringkas menggunakan ayat sendiri sumbangan dan kesan teori behaviourisme terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa. iaitu Linguistik Am dan Linguistik Gunaan.BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU • Ketokohan beliau adalah hasil penelitiannya sehingga menerbitkan buku bertajuk Couse de Linguistique Generale pada tahun 1915. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk.

3. perbandingan antara bahasa dan ciri persamaan dan perbezaan antara bahasa serta kepentingan linguistik sejarah dalam perkembangan ilmu linguistik. Linguistik gunaan timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan psikologi. linguistik gunaan dalam pengajaran bahasa. linguistik sejarah. KERANGKA TAJUK Bidang Linguistik Linguistik Umum Linguistik Gunaan Linguistik Sejarah Linguistik Perbandingan Linguistik Kontekstual 3. iaitu bidang yang mengkaji aspek-aspek teori Ilmu linguistik secara umum. 10 . linguistik perbandingan dan linguistik kontekstual (iii) Membincangkan bidang linguistik gunaan dan hubungannya dengan pengajaran bahasa.1 Linguistik Umum dan Linguistik Gunaan • Linguistik umum disebut juga sebagai linguistik am.BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU (ii) Menghuraikan linguistik am atau umum.0 KANDUNGAN ISI Perbincangan dalam tajuk ini menjurus kepada pengenalan kepada bidang-bidang ilmu linguistik. • • Linguistik gunaan juga dikenali sebagai linguistik terapan.

Antara kaedah mengajarkan bahasa yang dicipta itu ialah kaedah terus yang mengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan bahasa asli pelajarnya. Menentukan sifat umum yang ada pada semua bahasa secara universal. Linguistik ini menghasilkan kaedah-kaedah mengajarkan bahasa dan bahan-bahan mengajarkan bahasa. iaitu terjemahan dan perkamusan.2 Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan • Linguistik perbandingan (asalnya filologi perbandingan) ialah 11 . bentuk kata.BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU • Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori. • • • • • • • • • 3. Deskripsi bahasa seperti sistem sebutan. Linguistik gunaan ialah bidang yang mengumpulkan beberapa disiplin ilmu bahasa yang berhubungan dengan pengajaran bahasa. deskripsi. ayat dan makna mula digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa asing. seseorang itu sudah mampu menghuraikan bentuk-bentuk dan peraturan sesuatu bahasa dan mengajarkan bahasa dengan baik. cara dan kaedah tertentu yang digunakan dalam penghuraian bahasa. Pengenalan linguistik gunaan sebagai suatu disiplin ilmu bahasa merupakan suatu usaha untuk menggunakan bahasa secara saintifik dan moden yang disebut juga sebagai sains gunaan. iaitu secara deskriptif. tetapi dalam modul ini kita hanya menyebut mengenai penggunaan linguistik dalam mengajarkan bahasa sahaja. Perkara yang dikendalikan dalam bidang ini ialah pembentukan konsep yang meliputi pendefinisian aspek dan kajian secara umum. ejaan. Ada aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik gunaan. Dalam meletakkan linguistik gunaan ke dalam pengajaran bahasa. kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajarkan bahasa dan menulis buku-buku teks.

sintaksis. 12 . dan linguistik perbandingan bertujuan untuk membina semula bahasa-bahasa proto dan menentukan perubahan-perubahan yang telah berlaku pada bahasa-bahasa yang didokumenkan itu. • Terdapat juga cabang-cabang linguistik lain yang melibatkan pembandingan bahasa yang bukannya sebahagian linguistik perbandingan: • Tipologi bahasa membandingkan bahasa supaya dapat mengelaskannya mengikut ciri-ciri. • Jika bahasa-bahasa berasal daripada leluhur yang amat jauh. sistem-sistem morfologi. • “Perhubungan" membayangkan asal yang sama atau bahasa proto. dijangka amat tetap. dan perubahan-perubahan sistematik. kaedah perbandingan tidak begitu berguna. dan tidak rapat hubungannya. • Kaedah glotokronologi mencadangkan penggunaan formula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah. setiap perbezaan antara dua bahasa yang berkait harus dapat diterangkan dengan amat munasabah. dan leksikon. • Teknik asas linguistik perbandingan ialah “kaedah perbandingan” yang bertujuan untuk membandingkan sistem-sistem fonologi.BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU satu cabang linguistik sejarah yang membandingkan bahasabahasa supaya dapat menentukan perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu. umpamanya dalam sistemsistem fonologi atau morfologi. • Pada dasarnya. berdasarkan peratusan perbendaharaan kata teras sebanyak 100 butir (kemudian 200) yang seketurunan dalam bahasa-bahasa yang dibandingkan. • Kaedah terawal untuk jenis ini ialah glotokronologi yang mencadangkan satu formula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah.

iaitu membuat perbandingan bagi menentukan perubahan dan perkembangan yang berlaku di dalam bahasa tersebut. yakni bahasa seketurunan daripada bahasa induk. • Kemudian. Tujuannya adalah untuk melihat ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara bahasa yang sekeluarga. • Linguistik perbandingan lebih dikenali sebagai bidang kajian yang membandingkan antara bahasa yang sekeluarga. Kajian perlu dilakukan secara sinkronik iaitu kajian secara terperinci dalam beberapa zaman atau masa dan tempat tertentu. • Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan bahasa serta asasl usul atau etimologi sesuatu bahasa. khususnya sebagaimana yang terbukti dalam kata-kata pinjaman. Linguistik ini 13 . kajian perlu dilakukan secara diakronik. • Cabang kajian linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangan sesuatu bahasa dari segi sejarah yang dilalui melalui masa iaitu dari zaman kemunculannya hinggalah ke suatu tahap yang tertentu.BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU • Linguistik hubungan memeriksa kesudahan-kesudahan linguistik tentang hubungan antara penutur-penutur bahasa yang berbeza. • Perbandingan dilakukan antara beberapa aspek tertentu sahaja atau seluruh aspek bahasa yang dibanadingkan itu. • Linguistik sejarah atau historis ialah cabang ilmu linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangan bahasa dari segi sejarah yang dilaluinya melalui masa. Tujuannya adalah untuk mengetahui proses dan perkembangan bahasa dari masa lampau hingga kini. • Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan dan asal usul (etimologi) sesuatu bahasa. • • Kajian tertumpu kepada lebih dari satu zaman.

14 . • TUGASAN: Buat perbandingan antara linguistik sejarah dengan linguistik perbandingan. dan antropologi linguistik merupakan sains sosial yagn mengkaji interaksi – interaksi linguistik dengan masyarakat pada keseluruhannya.BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU memperlihatkan hubungan yang erat dengan linguistik huraian. • • Analisis wacana kritis ialah bidang yang retorik dan falsafah berinteraksi dengan linguistik. linguistik pengiraan. bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia. Hal ini disebabkan huraian yang lengkap diperlukan tentang aspekaspek yang dibandingkan itu 3. perubatan termasuk serta sains Bincangkan bidang linguistik gunaan dalam pengajaran bahasa.3 • Linguistik Kontekstual Linguistik kontekstual ialah bidang yang linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Bidang-bidang linguistik merentasi disiplin pemerolehan bahasa. kognitif. linguistik evolusi. linguistik antropologi. • Psikolinguistik dan neurolinguistik menggabungkan sains dengan linguistik. Sosiolinguistik. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri.

4. kebudayaan dan .1 KANDUNGAN ISI Linguistik Kontekstual • Menurut J. Mengenal pasti aspek-aspek bahasa.0 4. bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia. 15 Menjelaskan perhubungan antara bahasa dan masyarakat.BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU TAJUK 4 SINOPSIS LINGUISTIK KONTEKSTUAL Tajuk empat ialah tajuk yang melihat bagaimana linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. struktur dan penggunaan bahasa dalam fungsi-fungsi sosial. HASIL PEMBELAJARAN (i) (ii) masyarakat. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri. Lyons. 1968 .

Yang berkenaan. bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia. 2. Linguistik adalah suatu ilmu pengkajian bahasa yang dilakukan secara saintifik. 2. Yang membawa maksud. Kuala Lumpur 2005). Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa dan Pustaka. relevan. Linguistik ialah 1. Menurut John Lyons (1968). Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri. mengikut konteks. Definisi kontekstual: • Menurut Kamus Dewan (edisi keempat).BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU Linguistik adalah satu bidang yang mengkaji bahasa secara saintifik • Menurut Kamus Dewan (edisi keempat). Kajian saintifik tentang bahasa. Berkaitan dengan bahasa. ada hubungan atau kaitan langsung. 16 . Kuala Lumpur 2005). • • Kamus Dwibahasa (1981) menjelaskan bahawa linguistik ialah pengajian ilmu bahasa. Linguistik kontekstual ialah bidang yang melihat bagaimana linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Kontekstual ialah berkaitan dengan atau menurut konteks: penyelidikan sastera dari segi dapat merencanakan perkembangan sastera. Kontekstual membawa pengertian: 1. makna dan kepentingan (meaningful).

BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU 4. pelacakan bahasa rahsia bajak laut. Cenderung berfokus kepada variasi bahasa yang muncul dalam masyarakat yang kebiasaanya dipengaruhi oleh stratifikasi sosial dalam masyarakat. mantra dan pelbagai istilah lain lagi. Sosiolin • Merupakan satu kajian yang sangat luas dan pelbagai meliputi bermacam-macam perkara seperti fungsi bahasa. penerimaan istilah akuntasi di kalangan ahli ekonomi. struktur dan penggunaan bahasa yang ada 17 • . kriteria dan persepsi kesantunan berbahasa. kata sapaan yang ditinjau dari perpaduan sosial dan jarak sosial di antara penutur.2 • • Sosiolinguistik Sosiolinguistik adalah bidang yang mengkaji perhubungan di antara bahasa dan gejalanya dalam masyarakat. Pada prinsipnya. ia mengkaji mengenai aspek-aspek linguistik yang melihat aspek bahasa. peranan bahasa. pengungkapan jati diri secara sosial melalui grafiti.

iaitu satu perihal yang melibatkan apa yang dinamakan “perancangan bahasa” dalam menegakkan identiti sesebuah negara.4 Antropologi Linguistik  Satu cabang yang mengkaji hubungan antara bahasa dan budaya terutama untuk mengamati bagaimana bahasa itu digunakan sehari-hari sebagai alat dalam tindakan bermasyarakat. Fungsi linguistik memperkatakan tentang perkara-perkara seperti perbandingan di antara bahasa rasmi dengan bahasa vernakular yang tidak rasmi. kumpulan sosial.  18 . kebudayaan dan penggunaannya sesebuah masyarakat yang tertentu. masyarakat. • • dalam Secara mudah.  bahasa Salah satu cara atau kaedah yang dapat digunakan untuk melihat pemakaian bahasa dalam konteks sosial budaya secara terperinci adalah participant observation. • 4. sosiolinguistik mengkaji berbagai bahan sosiobudaya yang berhubung dengan aspek-aspek linguistik seperti perhubungan sosial harian yang berkaitan pula dengan kebudayaan. Adakala disebut etnolinguistik iaitu bidang yang dikatakan memberikan penumpuan kepada perhubungan di antara dengan penyelidikan primitif. bahasa.BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU dengan fungsi-fungsi sosial. bererti 4.3 Pengertian Antropologi Menurut etnologinya kata antropologi berasal dari kata yunani “Antropo” yang bererti manusia dan “logy” atau “logos” ilmu yang mempelajari. Kesimpulannya.pemakainya. dialek dan bentuk-bentuk gaya yang dibezakan oleh perihal taraf pemakai. sosiolinguistik adalah bidang yang memperlihatkan pertalian antara bahasa dengan masyarakat. pertalian bahasa dengan kumpulan-kumpulan etnik.

Perlakuan bahasa bergantung kepada keadaan dan partisipasi sesuatu pertuturan. 19 .  4. menetap dan bergaul dengan etnik berkenaan sehingga kadang-kadang membawa kepada perkahwinan dan jangka masa yang lama. Melihat bagaiamana keberkesanan stilistik mempengaruhi bahasa.BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU Participant observation merujuk kepada seseorang yang dihantar kepada esuatu etnik. Melihat aspek-aspek kehidupan penutur yang tertentu dan seterusnya melihat bagaimana suasana kehidupan dan sistem nilai yang dipegang oleh para penutur mempengaruhi cara mereka berbahasa. HASIL PEMBELAJARAN (i) (ii) Mengenal pasti prinsip-prinsip stilistik. Perbezaan dari segi gaya dan laras bermula daripada bentuk yang paling formal kepada bentuk yang agak formal. TAJUK 5 SINOPSIS STILISTIK Tajuk 5 ini melihat variasi bahasa yang bersistem yang wujud dalam sesuatu bahasa yang dituturkan oleh seorang penutur.5 Linguistik Antropologikal Mengkaji hubungan antara bahasa dan budaya. TUGASAN Huraikan cabang-cabang linguistik kontekstual.

5.0 5.2 Stilistik dari sudut Sastera penggunaan  Kajian terhadap keseluruhan karya yang berpusat kepada bahasa. khasnya bergantung kepada keadaan dan partisipasi sesuatu pertuturan.  bahasanya Rene Wellek dan Austin Warren (1966:182) . Pengenalan am Stilistik Bahasa Bermaksud bentuk variasi bersistem yang wujud dalam sesuatu bahasa yang dituturkan oleh seorang penutur.  Cabang linguistik gunaan atau terapan.stilistik meneliti penggunaan bahasa yang menyimpang daripada norma dan berusaha menemukan fungsi estetik.BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU 5.  Karya sastera ditandai kelainan dalam penggunaan gaya untuk menimbulkan kesan artistik. gaya     Kesan penerapan daripada disiplin linguistik tercerminnya ilmu yang membezakan gaya sastera dan gaya bukan sastera. 20 5.3  .1 KANDUNGAN ISI Stilistik Menurut Abdullah Hassan (1990) Stilistik atau sylistics adalah ilmu tentang stail atau gaya yang dihubungkan dengan pemakaian atau penggunaan bahasa Fokus dan penekanan terhadap aspek kebahasaan Ilmu tersebut muncul dalam bidang linguistik dan diperluas dalam bidang kesusasteraan yang menggunakan bahasa sebagai wahana pengucapan.

Perbezaan ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya pengalaman.  Pentafsiran makna ayat melibatkan makna yang mudah difahami.  Kedua.M. mudah dimengerti. 21 .   Analisis itu tidak sahaja dalam lingkungan pengaplikasian bahasa tetapi menjangkaui kepersisan bakat berbahasa penulisnya. melalui pendekatan stilistik huraian terhadap pemilihan diksi. kedudukan stilistik sebagai penelitian sesuatu gaya istimewa dalam eksposisi dan pembentukan satu penyusunan diksi serta struktur kalimat yang mencerminkan keperibadian atau idiosinkrasi penulisnya. penelitian menggunakan pendekatan ini merujuk kepada aspek bahasa yang melibatkan ayat-ayat yang membina keseluruhan karya. pembentukan perkataan dan ayat dapat dilakukan. pendidikan. pendekatan stilistik membincangkan aspek tema seperti sering dibicarakan dengan menggunakan pendekatan struktural. penggunaan pendekatan stilistik berhasil memperlihatkan gaya keperibadian seseorang penulis.4  Prinsip Stilistik Pertama menganggap dan mengiktiraf bahasa sebagai punca kegiatan berkreatif dengan merujuk kepada kemampuan berbahasa sebagai satu anugerah dan bakat seseorang penulis. yang  Namun.  Murry J. 5. banyak maksud dan mempunyai makna simbolik. sikap dan keperibadian penulis  Keempat. Analisis karya sastera merupakan suatu huraian tentang bakat dan kebolehan mengarang bagi seseorang pengarang.BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU  Perbezaan dari segi gaya dan laras bermula daripada bentuk yang paling formal kepada bentuk yang agak formal.  Dalam sesebuah karya sastera yang pelbagai genre itu terdapat pelbagai jenis dan kategori perkataan dan ayat yang digunakan.  Penulis mempunyai cara tersendiri. (1976:7).  Ketiga.

Semasa berkarya.   TUGASAN Huraikan prinsip-prinsip stilistik dan bagaimanakah stilistik itu mempengaruhi kehidupan masyarakat.BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU  Pengetahuan dan ilmu yang bersangkutan dengan aspek kemasyarakatan iaitu bidang sosiolinguistik dan dialektologi perlu dikuasai oleh pengkaji atau peneliti. menimbulkan keseronokan atau memberi kecelaruan dan kekaburan tanggapan kesan daripada penggunaan penanda dan petanda bahasa yang digunakan untuk mengungkapkan pemikiran. 22 . pendekatan stilistik selain digunakan untuk menganalisis proses penghasilan sesebuah karya. juga digunakan untuk menghuraikan penerimaan dan penghargaan pembaca atau khalayak terhadap sesebuah karya. mesej atau idealisme pengarang.  Keenam. Ketujuh. seseorang penulis didorong oleh keadaan dan rangsangan yang berlaku di sekelilingnya.  Kelima.  Pengaplikasian kata dan diksi dari bahasa daerah atau tempatan dapat memperkaya perbendaharaan kata di samping merupakan satu gaya atau stail bagi seseorang penulis. Aspek bahasa dapat menjelaskan kesan penggunaan sesuatu bahasa sama ada dapat difahami. pelbagai   Penelitian yang dilakukan dengan menggunakan pendekatan stilistik ini akan menemukan gagasan bahawa terdapat unsurunsur bahasa yang mendorong seseorang itu berkreatif. pendekatan stilistik membantu mereka memahami makna perkataan yang sukar serta ayat yang kompleks yang digunakan oleh pengarang. pendekatan stilistik juga menekankan penelitian tentang penghasilan sesebuah karya.

BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU TAJUK 6 SINOPSIS SIFAT BAHASA Tajuk 6 ini membincangkan sifat-sifat bahasa menurut Teori Noam Chomsky Menurut Teori Noam Chomsky bahasa apa pun di dunia ini mempunyai sifat-sifat yang tersendiri. 6. Menguasai dan memahami perbezaan sifat-sifat bahasa itu.1 KANDUNGAN ISI Bahasa sebagai satu sistem 23 .0 6. HASIL PEMBELAJARAN (i) (ii) Boleh menjelaskan sifat-sifat bahasa itu secara tepat.

pensel ini BAHASA INGGERIS 1. 24 . susunan perkataan . the beautiful book (buku yang cantik itu) 6. Contoh : BAHASA MELAYU 1. • • • • • Setiap bahasa mempunyai bahasa masing-masing. that car (kereta itu) 2. ayat. three red books (tiga buah buku yang merah) 3. buku itu 2.BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU • Bahasa mempunyai susunan yang tertentu. kata). melainkan mengikut cara-cara tertentu. Sistem yang dimaksudkan ialah aturan. Tidak semua pencatuman unit-unit itu boleh dilakukan. sebuah buku merah 3.2 Bahasa bersifat dinamis dan • Bahasa adalah berubah dan berkembang selagi penuturnya bergaul berinteraksi dengan manusia lain. Terdapat beberapa unit tertentu yang dicantumkan menjadi satu susunan yang sempurna dari segi strukturnya (klausa. nahu atau bentuk sintaksis. Sistem itu telah ditetapkan oleh susunan bahasa. sama ada dalam bentuk bunyi-bunyi perkataan.

struktur dan tatabahasanya tidak berubah. – tempat : situasi sekeliling dimana pertuturan itu mengambil tempat. – butir pertuturan : tajuk percakapan antara penutur dengan pendengar sama ada terdiri daripada hal-hal peribadi atau rasmi. Tidak semestinya ada hubungan antara bunyi yang dilafazkan dengan benda-benda yang dimaksudkan. 6. manusia dengan dan pengurangan • 6. Bahasa sebagai alat berkomunikasi • Proses komunikasi ialah adanya maklumat yang hendak di sampaikan oleh penutur kepada pendengar.3 • Walaupun begitu. • • 6.4.5 • Bahasa mempunyai makna Makna bererti yang dimaksudkan dan yang dipercakapkan. Sebagai contoh: dalam Bahasa Melayu dipanggil “pintu” dalam Bahasa Inggeris dipanggil “door” “puerta” dalam Bahasa Sepanyol. Oleh kerana sifat-sifat arbitrari inilah maka kita dapati tiap-tiap bahasa mempunyai perkataan yang berlainan bagi benda-benda sama. termasuklah benda-benda yang berada di sekitarnya. • Faktor yang mengubah bahasanya.BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU • Pertembungan kebudayaan. 25 . – pendengar : orang yang dilawan bercakap. Bahasa itu bersifat arbitrari Arbitrari ialah pertalian sesuatu bentuk atau lambang dalam bahasa dengan makna yang diberikan secara kebetulan dan ditentukan oleh budaya sesuatu masyarakat. pertembungan manusia lain menyebabkan pertambahan perbendaharaan kata sesuatu bahasa itu.

TAJUK 7 SINOPSIS VARIASI BAHASA Tajuk 7 ini membincang dan menjelaskan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan bagi maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu.BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU • 6. 7. Bahasa itu linear • Bunyi-bunyi itu dihasilkan satu demi satu. ’l’.Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. dihasilkan • Ini dikatakan linear di mana apa yang ingin dituturkan disebut satu demi satu untuk melambangkan sesuatu bunyi. TUGASAN: Dengan memilih contoh-contoh yang sesuai. dan ‘m’. bunyi-bunyi yang ialah ‘k’. Melihat pengaruh variasi bahasa itu mempengaruhi kehidupan masyarakat. Makin besar jumlah penuturnya. huraikan sifat-sifat bahasa dengan jelas. • Sebagai contoh untuk menyebut kalam .6 Sesuatu perkataan yang diujarkan mempunyai maksud. ’ a’. HASIL PEMBELAJARAN (i) (ii) Menghurai dan menjelaskan variasi-variasi bahasa. iaitu dengan pergerakan alatalat artikulasi satu demi satu.0 KANDUNGAN ISI 26 . makin luas daerah penyebaran bahasa itu dan makin banyak perbezaannya. ’a’.

jenis pekerjaan. kosa kata dan tatabahasa. di Semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat berbagai-bagai dialek. di Semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat berbagai-bagai dialek.   Demikian juga terdapat variasi-variasi bahasa Melayu yang wujud oleh sebab faktor-faktor sosial.1  Variasi Bahasa Variasi bahasa bermaksud perbezaan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan bagi maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu  Variasi bahasa merupakan suatu pengkajian terhadap fitur bahasa yang berbeza secara semantik apabila kita membandingkan kumpulan penutur berbeza atau suatu kumpulan penutur yang sama dalam keadaan yang berbeza. Dalam rangka Malaysia. Negeri Sembilan. Perak dan Johor. makin luas daerah penyebaran bahasa itu. 27 . Negeri Sembilan.BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU 7.   Aspek ini lebih menekankan kepelbagaian daerah untuk bahasa sama dan bukannya perbandingan fitur antara dua bahasa. Dalam konteks Malaysia.  Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. dan kedudukan sosioekonomi penutur yang berbeza-beza penggunaannya. dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya. Melaka. Melaka. dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya. Halliday (1968) menjeniskan bahasa kepada dua aspek iaitu : Pengguna – orang yang menggunakan sesuatu bahasa dan Penggunaan – kesesuaian jenis bahasa yang digunakan dengan keadaan atau situasi bahasa itu digunakan. Terengganu. Pahang. Makin besar jumlah penuturnya. seperti latar belakang pendidikan. seperti dialek Kelantan. makin luas daerah penyebaran bahasa itu. Terengganu. Perak dan Johor.   Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Pahang.  yang Variasi bahasa ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan. seperti dialek Kelantan. Demikian juga halnya dengan bahasa Melayu. Makin besar jumlah penuturnya. Demikian juga halnya dengan Bahasa Melayu.

yang sekarang dikenal sebagai bahasa Melayu baku. Tujuannya supaya mudah difahami.2  Terdapat 3 jenis variasi iaitu variasi daerah. mereka mempunyai gambaran tentang satu kesatuan bahasa. yang dari segi sejarahnya berasaskan dialek bahasa Melayu Johor Riau.BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU  Hakikat bahasa dan variasi-variasinya sudah lama diakui oleh ahli. semua situasi rasmi seperti dalam ucapan-ucapan. Dialek merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh pengguna dalam sesuatau masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi . sosial dan stilistik. masih terdiri daripada satu keseluruhan.   Dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa. mesyuarat persidangan dan dalam media massa. Dalam bidang ilmu bahasa. variasi yang dipilih untuk mewakili satu bahasa secara menyeluruh itu disebut bahasa standard atau bahasa baku.orang daripada berbagai-bagai dialek di negara ini berkumpul dan berbincang.ahli bahasa. Variasi Bahasa (Dialek) Perkataan 'dialek' berasal daripada bahasa Yunani iaitu 'dialektos' iaitu perkataan yang pada mulanya digunakan dalam hubungannya dengan bahasa Yunani pada waktu itu.  Daripada beberapa variasi satu bahasa. 28 . ialah dalam dan  Variasi ini. variasi yang digunakan dalam sistem pendidikan (bahasa sekolah). Namun apabila mereka merujuk sesuatu bahasa tertentu. misalnya bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. yang walaupun mempunyai berbagai-bagai kelainan. Variasi bahasa ini dikenali sebagai dialek. satu variasi tertentu dipilih sebagai mewakili bahasa tersebut dan variasi inilah yang menjadi ukuran apabila kita merujuk sifat umum bahasa tersebut.  7.  Tiap-tiap pihak harus gugurkan ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan guna sedikit sebanyak variasi bahasa yang bersifat bahasa m Melayu umum.   Bahasa Melayu baku ialah variasi yang digunakan apabila orang.

untuk berkomunikasi.  7. biasanya dengan mengkombinasikan bentuk tangan. Hal yang sebaliknya juga berlaku. tatabahasa. Biasanya bahasa isyarat ini hanya digunakan oleh mereka yang mempunyai kecacatan seperti bisu dan pekak.3  Bahasa Isyarat Bahasa isyarat adalah bahasa yang mengutamakan komunikasi manual. Sumatera. lengan.BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU  Dialek mempunyai bentuk tertentu. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina. cabang Nusantara. dan gerak bibir. tetapi perbezaannya tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain. Ada negara-negara yang memiliki bahasa tulis yang berbeza (contoh: Inggeris dengan Sepanyol). Ini adalah salah satu cara untuk mereka berkomunikasi antara satu sama lain. Dialek kawasan ialah variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan.   Bahasa isyarat berbeza di negara-negara yang berbahasa sama.  Kaum tunarungu adalah kelompok utama yang menggunakan bahasa ini. 29   . bahasa tubuh. jawa. Contohnya. dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza daripada bentuk yang standard/ baku dari segi sebutan. bukannya suara. Amerika Serikat dan Inggeris meskipun memiliki bahasa tulis yang sama tetapi memiliki bahasa isyarat yang berbeza (American Sign Language dan British Sign Language). Dikaitkan dengan rumpun bahasa Austronesia. Kalimantan dan sebagainya. orientasi dan gerak tangan. Bahasa isyarat unik dalam jenisnya di setiap negara. dan tubuh. serta ekspresi wajah untuk mengungkapkan fikiranmereka. dan penggunaan kata-kata tertentu. tetapi menggunakan bahasa isyarat yang sama.

TAMAT  30 .BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU  Golongan pekak dan bisu di negara ini menggunakan kaedah Bahasa Isyarat Malaysia (BIM). Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) menubuhkan Pusat Latihan Malaysian Sign Language (MySL) yang digerakkan melalui sumbangan Yayasan Tan Sri Othman Yeop mensasarkan melatih 100 jurubahasa dalam tempoh lima tahun. TUGASAN Dengan memilih cerpen yang sesuai. analisis penggunaan variasi bahasa yang digunakan dalam cerpen tersebut. yang memerlukan khidmat jurubahasa apabila berurusan dengan mereka yang tidak memahami bahasa berkenaan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->