You are on page 1of 219

SPA 101 / i

MODUL
______________________________________________________________________

KOLEJ KOMUNITI
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
MALAYSIA

SPA 101
PENDIDIKAN ISLAM

ABDUL KADIR BIN IBRAHIM


NOR AZIZAH BT SHAMLI

AKI / ANNUR 2005


SPA 101 / ii
______________________________________________________________________

BIODATA PENULIS
SPA 101- PENDIDIKAN ISLAM

Nama : Abdul Kadir Bin Ibrahim.

Alamat : Jabatan Pengajian Am


Kolej Komuniti Sungai Siput
Peti Surat 390,Sungai Siput (U)
31100 Sungai Siput Perak.

Telefon : 05-5971440

Kelulusan : B.A. (Hons) Usulluddin, Al- Azhar

Jawatan : Pensyarah

Nama : Nor Azizah Bt Shamli

Alamat : Jabatan Pengajian Am


Kolej Komuniti Chenderoh
Peti Surat 21,
Pejabat Pos Kuala Kangsar,
33007 Kuala Kangsar,
Perak.

Telefon : 05-7585802

Kelulusan : B.A.(Hons) Syariah, UKM

Jawatan : Pensyarah

AKI / ANNUR 2005


SPA 101 / iii
______________________________________________________________________

GRID KURIKULUM MODUL PENDIDIKAN ISLAM – SPA 101

TOPIK UNIT
TASAWWUR ISLAM 1
AKIDAH 2
IBADAH DAN PEMBANGUNAN 3
IBADAH-IBADAH KHUSUS 4
AKHLAK ISLAM 5

UNIT 1 : TASAWWUR ISLAM

1.1 Islam Sebagai Cara Hidup (Ad-Din)

1.1.0 Pengenalan
1.1.1 Erti Perkataan Islam
1.1.2 Erti Perkataan Muslim
1.1.3 Pengertian Ad-Din
1.1.4 Pengertian Islam Sebagai Ad-Din

1.2 Konsep kejayaan Dan Kecemerlangan Dalam Islam

1.2.0 Pengenalan
1.2.1 Erti Kejayaan Dan Kecemerlangan Menurut Islam
1.2.2 Perbezaan Kejayaan Dan Kecemerlangan Menurut FAham secular
Dan Islam
1.2.3 Kejayaan Dan Kecemerlangan Dalam Islam Adalah Meliputi Dunia
Dan Akhirat

1.3 Konsep Kebahagiaan Menurut Islam

1.3.0 Pengenalan
1.3.1 Erti Kebahagiaan Menurut Islam
1.3.2 Ciri-Ciri Kebahagiaan Dalam Islam
1.3.3 Faktor-Faktor Untuk Mencapai Kebahagiaan

1.4 Konsep Pembangunan

1.4.0 Pengenalan
1.4.1 Erti Pembangunan
1.4.2 Matlamat Pembanguna Dalam Islam
1.4.3 Pembangunan Insan Dan Pembangunan Material
1.4.4 Kesan Pembangunab Yang Tidak Seimbang

AKI / ANNUR 2005


SPA 101 / iv
______________________________________________________________________

UNIT 2 : AKIDAH ISLAM

2.1 Akidah Dan Kepentingannya

2.1.0 Pengenalan
2.1.1 Pengertian Akidah
2.1.2 Kepentingan Akidah Yang Benar Dan Betul Dalam Kehidupan Insan
2.1.3 Kesan Pelanggaran Terhadap Akidah Yang Benar Dan Betul
2.1.4 Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

2.2 Fungsi Dan Tanggungjawab Manusia

2.2.0 Pengenalan
2.2.1 Kejadian Manusia Dari Perspektif Islam
2.2.2 Manusia Sebagai Hamba Dan Khalifah Allah di Muka Bumi
2.2.3 Tanggungjawab Manusia Terhadap Allah; Terhadap Manusia dan
Terhadap Alam

2.3 Konsep Pahala Dan Dosa

2.3.0 Pengenalan
2.3.1 Pahala
2.3.2 Dosa
2.3.3 Kesan Psikologi Terhadap Keyakinan dan Kefahaman Tentang Dosa
Dan Pahala

2.4 Taubat

2.4.0 Pengenalan
2.4.1 Pengertian Dan Konsep Taubat
2.4.2 Mengapa Mesti Taubat
2.4.3 Syarat Dan Rukun Taubat
2.4.4 Contoh Dan Kisah Taubat Ahli Salaf

AKI / ANNUR 2005


SPA 101 / v
______________________________________________________________________

UNIT 3 : IBADAH DAN PEMBANGUNAN

3.1 Bekerja Sebagai Ibadah

3.1.0 Pengenalan
3.1.1 Konsep Ibadah
3.1.2 Syarat-Syarat Kerja Yang Menjadi Ibadah
3.1.3 Syarat-Syarat Kerja Yang Menjadi Ibadah

3.2 Banding Beza Ibadah Dan Adat

3.2.0 Pengenalan
3.2.1 Perlakuan Yang Menjadi Ibadah Dan Perlakuan Yang Menjadi Adat
Sahaja
3.2.2 Faktor Yang Menjadikan Perlakuan Adat Sebagai Ibadat Dan
Sebaliknya.

3.3 Solat Jemaah Asas Pengurusan Dan Kepimpinan Islam

3.3.0 Pengenalan
3.3.1 Pengurusan Solat Jemaah Sebagai Model Asas Pengurusan
Organisasi
3.3.2 Peraturan Dalam Solat Jemaah

UNIT 4 : IBADAH-IBADAH KHUSUS

4.1 Toharah (Bersuci)

4.1.0 Pengenalan
4.1.1 Pengertian Toharah Menurut Syarak
4.1.2 Pembahagian Ibadah Toharah
4.1.3 Kepentingan Toharah
4.1.4. Alat-Alat Toharah
4.1.5 Cara-Cara Menyuci Hadas Dan Najis

4.2 Amali Solat

4.2.0 Pengenalan
4.2.1 Amali Solat Berjemaah
4.2.2 Amali Solat Qasar Dan Jamak
4.2.3 Amali Solat Hajat Dan Istikharah

AKI / ANNUR 2005


SPA 101 / vi
______________________________________________________________________

4.3 Wirid Dan Doa

4.3.0 Pengenalan
4.3.1 Wirid Selepas Solat
4.3.3 Doa Selepas Solat

4.4. Amalan Dan Ajaran Sesat

4.4.0 Pengenalan
4.4.1 Takrif ajaran Dan Amalan Sesat
4.4.2 Ciri-Ciri Ajaran Dan Amalan Sesat
4.4.3 Contoh-Contoh Ajaran Dan Amalan Sesat

UNIT 5 : AKHLAK ISLAM

5.1 Akhlak Terpuji (Mahmudah)

5.1.0 Pengenalan
5.1.1 Konsep Akhlak Terpuji
5.1.2 Ciri-Ciri Dan Jenis Akhlak Terpuji
5.1.3 Contoh-Contoh Akhlak Terpuji

5.2 Akhlak Tercela (Mazmumah)

5.2.0 Pengenalan
5.2.1 Konsep Akhlak Tercela
5.2.3 Ciri-Ciri Dan Jenis Akhlak Tercela
5.2.4 Contoh-Contoh Akhlak Tercela

5.3 Pelanggaran Akhlak

5.3.0 Pengenalan
5.3.1 Rasuah: Takrif, Punca, Kesan dan Pandangan Islam Terhadapnya
5.3.2 Sumbang Mahram : Takrif, Punca, Kesan dan Pandangan Islam
Terhadapnya
5.3.3 Sifat Putus Asa, Malas dan Tidak Bersungguh-Sungguh: Sikap Al
Quran dan Hadis Terhadap Sifat-Sifat Tersebut.

AKI / ANNUR 2005


SPA 101 / vii
______________________________________________________________________

5.4 Pengukuhan Akhlak Dan Pemantapan Akhlak

5.4.0 Pengenalan
5.4.1 Pengukuhan Akhlak Dengan Ibadat Solat; Puasa dan Amalan-
Amalan Sunat
5.4.2 Pengukuhan dan Pemantapan Akhlak Berasaskan Hubungan Sosial :
Memilih RAkan dan Memilih Persekitaran.

AKI / ANNUR 2005


SPA 101 / viii
______________________________________________________________________

PENYATAAN TUJUAN

Modul ini disediakan bagi kegunaan pelajar – pelajar semester satu yang mengikuti kursus
sijil Kolej Komuniti . Ianya bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai
konsep sesuatu unit ke arah pembelajaran kendiri atau pun dengan bimbingan daripada
pensyarah berkaitan.

PRA – SYARAT KEMAHIRAN DAN PENGETAHUAN

Tiada pra-syarat kemahiran dan pengetahuan diperlukan

OBJEKTIF AM

Di akhir modul ini, para pelajar akan dapat :-

• Mentakrif dan menghurai konsep atau pengertian Ad-Din, kejayaan, kebahagiaan


dan pembangunan mengikut tasawwur Islam yang betul.
• Mengaitkan keadaan kehidupan harian dengan tasawwur Islam yang jelas dan betul.
• Menerang, mengait serta mengaplikasi konsep-konsep akidah dalam situasi
penyelesaian masalah dengan betul.
• Mengetahui, memahami dan mengaplikasi konsep kejadian manusia serta
tanggungjawab dan peranannya sebagai hamba dan khalifah Allah dalam
kehidupan.
• Memahami konsep pahala dosa dan taubat serta m;engaitkan dengan tingkahlaku
seharian.
• Mengenalpasti perlakuan solat jemaah dan hubungannya dengan pengurusan dan
kepimpinan organisasi.
• Melaksanakan toharah, solat, doa dan wirid dengan betul dan sempurna.
• Mengenalpasti ajaran sesat dalam ibadah seharian.
• Menghurai kepentingan dan ciri-ciri akhlak terpuji dan keburukan akhlak tercela.
• Mengenalpasti dan menghuraikan beberapa kes pelanggaran akhlak serta
mengenalpasti langkah pengukuhan dan pemantapan akhlak.

AKI / ANNUR 2005


SPA 101 / ix
______________________________________________________________________

PANDUAN MENGGUNAKAN MODUL

Sekiranya anda ingin mendapat manfaat sepenuhnya dari modul ini, sila ikuti
semua arahan dan aktiviti yang disediakan :

1. Modul ini dibahagikan kepada 5 unit, setiap unit disediakan dalam jilid yang
berbeza.

2. Muka surat dinomborkan berdasarkan kepada modul dan unit.


Contoh :
SPA101 / 1 / 2 di mana :- SPA101 / 1 / 2

Kod Subjek / Unit / Muka Surat

3. Pada permulaan setiap unit, objektif am dan khusus dinyatakan

4. Setiap unit mengandungi urutan aktiviti dan diberikan simbol berikut :-

OBJEKTIF
Bahagian ini mengandungi objektif am dan khusus bagi setiap
pembelajaran

INPUT
Input adalah bahagian yang mengandungi maklumat yang akan
pelajar pelajari.

AKTIVITI
Bahagian ini pula mengandungi proses pembelajaran secara aktif
untuk menguji kefahaman pelajar. Pelajar perlu mengikuti dengan
teliti dan melaksanakan arahan yang diberikan.

MAKLUMBALAS AKTIVITI
Bahagian ini mengandungi jawapan kepada soalan yang
dikemukakan dalam aktiviti.

AKI / ANNUR 2005


SPA 101 / x
______________________________________________________________________

`FAKTA KUNCI
Isi / ringkasan penting yang berkaitan dengan input sebelum
penilaian kendiri.

PENILAIAN KENDIRI
Penilaian kendiri menguji kefahaman anda dalam setiap unit.

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI


Bahagian ini mengandungi jawapan kepada soalan-soalan yang
dikemukakan dalam penilaian kendiri.

5. Pelajar perlu mengikuti unit demi unit yang telah disediakan secara berturutan.

6. Pelajar boleh meneruskan unit seterusnya setelah berjaya melalui unit sebelumnya
dan yakin dengan pencapaian diri sendiri.

AKI / ANNUR 2005


SPA 101 / xi
______________________________________________________________________

PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENAMBAHBAIKAN MODUL


DALAM P&P

1.0 PENGENALAN

Pelaksanaan modul akan membawa perubahan dari segi peranan pensyarah dan
pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Konsep autonomi dalam
P&P dan pensyarah sebagai pembimbing / fasilitator diberi penekanan.

2.0 KONSEP PENGGUNAAN MODUL DALAM PROSES P&P ADALAH


SEPERTI BERIKUT:

I. Modul adalah alat bantuan mengajar (ABM) dalam bentuk nota yang berstruktur
dan dinamik dan masih terdapat kelemahan. Oleh itu ianya perlu penambahbaikan
dari masa ke semasa.

II. Modul adalah sebagai ABM yang dibekalkan dengan input, aktiviti dan
penilaian kendiri yang direka bentuk dan dirangka untuk membantu pelajar dalam
proses P&P.

III. Pensyarah boleh menggunakan kreativiti sendiri untuk merancang penggunaan


modul dalam P&P mengikut kesesuaian topik, kebolehan pelajar dan peruntukan
masa.

IV. Pensyarah tidak dibenarkan membaca terus isi kandungan modul kepada pelajar
semasa sesi kuliah. Sesi kuliah adalah untuk memberi penerangan, perbincangan
dan menjalankan aktiviti lain untuk mengukuhkan kefahaman pelajar.

AKI / ANNUR 2005


SPA 101 / xii
______________________________________________________________________

V. Peranan pensyarah sudah berubah menjadi seorang fasilitator. Pelajar perlu


diberitahu bahawa mereka bertanggungjawab terhadap proses pembelajaran
mereka. Pensyarah akan memberi galakan dan panduan untuk melaksanakan
aktiviti yang terdapat dalam modul serta menyelesaikan masalah yang timbul
dalam P & P.

VI. Semasa menggunakan modul, interaksi antara pelajar perlu digalakkan melalui
kerja kumpulan, perbincangan dan lain-lain.

VII. Pelajar digalakkan menjadikan penilaian kendiri sebagai asas untuk menentukan
tahap pencapaian mereka. Pastikan kemajuan yang dicapai mendapat perakuan
daripada pensyarah modul.

3.0 PENAMBAHBAIKAN MODUL

I. Modul ini direka bentuk untuk pembelajaran yang berkesan mengikut


kesesuaian pelajar, perubahan kurikulum, perubahan teknologi maka ianya
tidak statik dan boleh dilakukan penambahbaikan dari masa ke semasa.

II. Sekiranya terdapat kesilapan fakta atau ralat dalam modul ini adalah menjadi
tanggungjawab pensyarah yang menggunakan modul ini untuk membuat
pembetulan/penambahbaikan dalam proses P & P.

III. Pensyarah yang telah membuat penambahbaikan pada modul ini hendaklah
memaklumkan kepada Penyelaras Penulisan Modul di kolej masing-masing.

IV. Penyelaras Penulisan Modul kolej berkenaan hendaklah memaklumkan kepada


kolej yang bertanggungjawab membina dan membangun modul ini

AKI / ANNUR 2005


SPA 101 / xiii
______________________________________________________________________

V. Kolej yang bertanggungjawab membina dan membangun modul ini hendaklah


melakukan penambahbaikan dan seterusnya memaklumkan kepada Pusat Modul
Kolej Komuniti (PMKK), KPTM.

VI. PMKK akan menghantar penambahbaikan dalam dalam “hardcopy” dan


“softcopy” kepada semua kolej yang menggunakan modul ini.

VII. Dengan ini proses penambaikan adalah berterusan dari masa ke semasa dan
menjadi tanggungjawab bersama semua kolej yang menggunakan modul ini.

3.0 SENARIO PENGGUNAAN MODUL DALAM P&P

Secara amnya terdapat beberapa kaedah menggunakan modul dalam proses P&P.
Pensyarah boleh memilih kaedah yang sesuai dengan mengambilkira keupayaan
pelajar serta masa yang diperuntukkan. Sebahagian daripada kaedah ini
dipersembahkan melalui empat senario pembelajaran berikut.

Walau bagaimanapun pensyarah boleh mencari kaedah-kaedah lain selain dari yang
dinyatakan mengikut kreativiti masing-masing.

AKI / ANNUR 2005


SPA 101 / xiv
______________________________________________________________________

SENARIO 1
Sebagai persediaan awal sebelum kuliah seterusnya. Pastikan semua pelajar
mempunyai salinan modul, anda hanya perlu memberikan arahan seperti ini.

Minggu depan saya mahu anda


semua membaca dan
memahami UNIT 3. Kita akan
bincang dalam kelas mengenai
perkara-perkara penting
mengenai topik dalam unit
tersebut.

Dalam situasi seperti ini, pelajar dapat mengetahui tajuk yang akan dibincangkan pada
kuliah berikutnya dan sudah boleh membuat persediaan awal.

Pensyarah boleh menggunakan isi modul sepenuhnya jika isi kandungan pada unit itu
mencukupi atau memperkayakan lagi P&P dengan bahan tambahan sendiri.

AKI / ANNUR 2005


SPA 101 / xv
______________________________________________________________________

SENARIO 2
Dalam senario ini pensyarah menyampaikan pengajaran dengan menggunakan
modul yang disediakan dan setiap pelajar mestilah mempunyai salinan sendiri.
Pensyarah mengajar dengan tidak menggunakan nota sendiri.

Contoh situasi dalam kelas Semester 01, Kursus Sijil Hotel dan Katering

“Pada hari ini kita akan belajar topik yang bertajuk IBADAH DAN
PEMBANGUNAN. Tajuk ini dijelaskan dalam UNIT 3, modul SPA101.
Sila buka unit berkenaan.”

“Dalam masa 2 jam ini, ikuti modul ini sepenuhnya dan buat semua aktiviti
yang disediakan. Jika ada masalah, kita bincang bersama. Tetapi yang
pentingnya anda perlu usaha sendiri terlebih dahulu. Pecahkan kepada lima
kumpulan dan belajar secara berkumpulan”

Pelajar belajar dalam kumpulan di mana seorang ketua dilantik untuk menjadi pengerusi
perbincangan atau mengajar rakan-rakannya. Seorang ahli dilantik sebagai kaki sibuk
(devil’s advocate) yang bertanyakan soalan. Ahli yang lain membantu jika ketua kumpulan
tidak mempunyai jawapan.

Semasa aktiviti, setiap ahli mencuba secara sendirian. Jika jawapan tidak diperolehi,
mereka berbincang dalam kumpulan. Jika tidak dapat diselesaikan barulah dikemukakan
kepada pensyarah.

Tugas pensyarah ialah memastikan perbincangan secara kumpulan dilaksanakan. Sekali-


sekali masuk dalam mana-mana kumpulan dan bertanya soalan untuk meninjau keupayaan
pelajar.

AKI / ANNUR 2005


SPA 101 / xvi
______________________________________________________________________

SENARIO 3
Pensyarah mengajar seperti biasa menggunakan notanya sendiri tanpa berpandukan
kepada modul.

Walau bagaimanapun, setiap pelajar sudah ada salinan mereka sendiri.


Di akhir kuliah, pensyarah berkata kepada pelajar.

Pelajar sekalian, apa yang saya


sampaikan pada hari ini terdapat
dalam UNIT 4 modul kita. Jika anda
tidak faham sepenuhnya apa yang
saya sampaikan tadi, balik nanti ikuti
unit berkenaan hingga tamat. Minggu
depan kita adakan ujian untuk menilai
anda!

Dalam kes ini, modul dijadikan sebagai ABM tambahan untuk pengkayaan dari apa yang
disampaikan oleh pensyarah. Pelajar mempunyai dua set maklumat serta banyak contoh
penyelesaian. Isi kuliah dan isi kandungan modul saling membantu kefahaman pelajar.

AKI / ANNUR 2005


SPA 101 / xvii
______________________________________________________________________

SENARIO 4

Modul hanya menjadi bahan


pembelajaran kendiri oleh
pelajar. Pensyarah tidak
menggunakan langsung modul
tetapi menggunakan bahan
sendiri sepenuhnya. Pelajar
menjadikan modul sebagai bahan
pengkayaan kepada isi kuliah
yang disampaikan oleh
pensyarahnya.

AKI / ANNUR 2005


SPA 101 / xviii
______________________________________________________________________

PERALATAN DAN SUMBER YANG PERLU DIGUNAKAN


BERSAMA MODUL :
1. LCD
2. OHP atau projector
3. Nota edaran

RUJUKAN

1. Abdullah Basmih,1985. Tafsir Pimpinan Al-Rahman Kepada pengertian Al-


Quran. Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri.

2. Ahmad Salaby, 1981. Terjemahan. Pustaka Nasional, Singapura.

3. Syed Sabit ,1978. Fiqh Al-Sunnah, terjemahan. Bandung. P.t. Al-Maarif

4. Mustafa Haji Daud, 1995. Konsep Ibadah menurut Islam. Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

5. Yusof Al-Qardhawi, 1978. Ibadah dalam Islam terjemahan. Kuala lumpur.


Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia,

7. Muhammad Al-Buraey, 1992. Pembangunan Pentadbiran Menurut Perspektif


Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka.

8. Dr. H. Hazah Ya’qub,2000. Tingkat Ketenangan Dan Kebahagiaan Mu’min.


Singapura, Pustaka Nasional PTE LTD.

9. Ahmad Mohd Salleh, 2002. Pendidikan Islam Dinaika Guru. Selangor Darul
Ehsan, Karisma Publications Sdn Bhd.

10. Ahmad B. Ohd Salleh, 2002. Pendidikan Islam Asas Dinamika Guru Jilid II.
Selangor Darul Ehsan, Fajar Bakti Sdn Bhd.

11. Mardzelah Makhsin, 2003. Pendidikan Islam 1. Pahang Darul Makmur, PTS
Publications & Distributor Sdn Bhd.

12. Hairunnaja Najmuddin, 2003. Psikologi Ketenangan Hati Edisi Kedua. Pahang
Darul Makmur, PTS Publications & Distributor Sdn Bhd.

AKI / ANNUR 2005


SPA 101 / xix
______________________________________________________________________

SOAL SELIDIK MODUL OLEH PELAJAR


Tajuk Modul : _________________________ Kod Modul : _____________

Nama Pelajar : _______________________ No. Pendaftaran: ____________

Kursus : ____________________________________

Nama Penulis Modul : ______________________________

Sila gunakan skala berikut untuk penilaian anda.


4 Sangat setuju
3 Setuju
2 Tidak setuju
1 Sangat tidak setuju

Arahan : Tandakan √ pada ruangan skor yang dipilih.

Bil ELEMEN PENILAIAN SKALA


1 2 3 4
A. FORMAT
1 Susun atur muka surat adalah menarik.
2 Saiz font yang digunakan adalah senang untuk dibaca.
Saiz dan jenis gambar serta carta yang digunakan sesuai dengan
3
input.
4 Carta dan gambar senang dibaca dan difahami.
5 Jadual yang digunakan tersusun dengan teratur dan mudah difahami.
6 Teks input disusun dengan cara yang mudah difahami.
7 Semua ayat berbentuk arahan dipamerkan dengan jelas.
1 2 3 4
B. ISI KANDUNGAN
8 Saya faham semua objektif dengan jelas.
9 Saya faham pada idea yang disampaikan.
10 Cara persembahan idea adalah menarik.
11 Semua arahan yang diberikan mudah difahami.
Saya boleh melaksanakan semua arahan yang diberikan dalam unit
12
ini.
13 Soalan dalam aktiviti adalah mudah dijawab.
14 Saya boleh menjawab soalan-soalan dalam penilaian kendiri.
15 Maklum balas boleh membantu mengenalpasti kesilapan saya.
16 Ayat-ayat yang digunakan mudah difahami.
17 Gaya penulisan menarik.
18 Saya boleh mengikuti unit ini dengan mudah.
19 Unit ini memudahkan saya mempelajari & memahami topik ini.
20 Penggunaa modul ini menarik minat saya.

AKI / ANNUR 2005


TASAWWUR ISLAM SPA 101 / 1 / 1
______________________________________________________________________

U NI T AS AW W
T UR
1 ISLAM

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM

1. Mengetahui dan memahami konsep Islam sebagai ad-Din dan konsep kejayaan dan
kecemerlangan dalam Islam.
2. Mengetahui dan memahami konsep kebahagiaan dan pembangunan dalam Islam
mengikut apa yang telah disyariatkan oleh Islam.

OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-

1. Menghuraikan pengertian Islam sebagai ad-Din.


2. Menerangkan konsep kejayaan dan kecemerlangan mengikut tasawwur
Islam yang betul.
3. Dapat mengaitkan keadaan kehidupan harian dengan tasawwur Islam
yang betul.
4. Dapat membezakan antara konsep pembangunan insan dengan pembangunan
material.

AKI / ANNUR 2005


TASAWWUR ISLAM SPA 101 / 1 / 2
______________________________________________________________________

INPU
T 1A

1.1 ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP

1.1.0 PENGENALAN.

Islam adalah agama yang benar dan diredhai oleh Allah s.w.t. Ia adalah suatu
cara hidup yang wajib dilaksanakan dalam kehidupan setiap mukmin. Cara
hidup mukmin yang diterima Allah mestilah berteraskan kepada asas aqidah
Islam. Aqidah mukmin memerlukan kesepaduan antara iman, islam dan ihsan
untuk mencapai kejayaan hidup di dunia dan di akhirat.Ajaran Islam
hendaklah dihayati secara menyeluruh seperti mana ia diturunkan sama ada
dalam bentuk aqidah atau syariat yang bersumberkan al Quran dan as-
Sunnah. Setiap muslim tidak terkecuali dari mengikut seluruh ajaran Islam.

1.1.1 ERTI PERKATAAN ISLAM

• Islam berasal daripada bahasa Arab ‘aslama’. Dari segi bahasa ia


bermaksud taat, patuh, berserah diri, selamat dan sejahtera.
• Dari segi istilah syarak pula, Islam memberi makna tunduk dan patuh
serta menyerah diri kepada Allah s.w.t. dengan beriman kepadanya
dan mengamalkan segala ajaran yang dibawa oleh rasulNya.
• Islam menurut pengertian khusus adalah agama yang diajarkan oleh nabi
Muhammad s.a.w.
• Menurut pengertian umum Islam bererti agama yang diajar oleh semua
nabi dan rasulullah s.a.w. bermula dari nabi Adam hingga nabi
Muhammad s.a.w. tetapi perlu diingat hanya agama yang masih aslidan
murni mengikut ajaran rasul dikira sebagai Islam. Sekiranya ajaran
tersebut telah berubah dari ajaran asalnya maka ia tidak dianggap sebagai
agama Islam.
• Ciri-ciri agama Islam ialah bersifat rabbani, syumul, sejagat, umum,
universal, tetap dan ada balasan di dunia dan akhirat.

AKI / ANNUR 2005


TASAWWUR ISLAM SPA 101 / 1 / 3
______________________________________________________________________

1.1.2 ERTI PERKATAAN MUSLIM

Muslim bererti individu yang beragama Islam dengan erti kata orang yang
beriktikad dengan konsep syahadah bahawa tiada Tuhan melainkan Allah
s.w.t. dan nabi Muhammad s.a.w. itu pesuruh Allah s.w.t, sebagaimana sabda
Rasulullah s.a.w.;

‫ﺤ ﱠﻤ ًٌﺪا‬
َ ‫ن ُﻣ‬
‫ن ﻵ اِﻟﻪ اﻻ اﷲ َوأ ﱠ‬
ْ ‫ﺷ ِﻬ َﺪ َأ‬
َ ‫ﺳ ِﺌ َﻞ ﻓِﻲ اﻟ َﻘ ْﺒ ِﺮ‬
ُ ‫ﺴ ِﻠ َﻢ ِاذَا‬
ْ ‫ن اﻟ ُﻤ‬
‫ِا ﱠ‬
.‫َرﺳ ْﻮ ُل اﷲ‬
"Bahawasanya seseorang muslim itu apabila disoal dalam kubur dia naik
saksi bahawasanya tidak ada tuhan melainkan Allah dan bahawasanya nabi
Muhammad itu utusan Allah.”

Ciri-Ciri Muslim Sejati


Orang yang menganut Islam dipanggil muslim. Seseorang yang mengaku
dirinya beragama Islam mestilah sentiasa bertawakkal kepada Allah s.w.t,
tidak mensyirikkan Allah s.w.t, sentiasa memastikan orang lain dalam
keadaan sejahtera, sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sentiasa
mengharapkan keredhaan Allah dan sentiasa menjadikan al Quran sebagai
panduan dalam seluruh aspek kehdiupan.

1.1.3 PENGERTIAN AD-DIN

Ad-Din bermaksud agama atau cara hidup yang telah ditetapkan oleh Allah
s.w.t yang mencakupi kekuasaan Allah s.w.t. yang mutlak, penyerahan lahir
dan batin kepadanya, iman dan amalan di bawah pengawasannya serta
ganjaran baik dan buruk.

Di dalam dunia ini terdapat banyak agama tetapi hanya satu agama sahaja
yang dipanggil ad-Din iaitu agama Islam. Ia disebut ad-Din kerana:

• Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai Allah s.w.t


sebagaimana firmanNya

‫ﺖ َﻟ ُﻜ ُﻢ‬
ُ ‫ﺿ ْﻴ‬
ِ ‫ﻋ َﻠ ْﻴ ُﻜ ْﻢ ِﻧ ْﻌ َﻤﺘِﻰ َو َر‬
َ ‘‫ﺖ‬
ُ ‫ﺖ َﻟ ُﻜ ْﻢ ِد ْﻳ َﻨ ُﻜ ْﻢ َوَأ ْﺗ َﻤ ْﻤ‬
ُ ‫اَﻟ َﻴ ْﻮ َم َأ ْآ َﻤ ْﻠ‬
‫ْا ِﻻﺳْﻠ َﻢ دِ ْﻳﻨَﺎ‬
AKI / ANNUR 2005
TASAWWUR ISLAM SPA 101 / 1 / 4
______________________________________________________________________

” Pada hari ini aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan
aku cukupkan kepada kamu dan aku redha Islam itu menjadi agama
untuk kamu.” ( Surah al-Maidah: 3)

ƒ Islam mampu menyelesaikan semua persoalan dan masalah hidup


manusia.
ƒ Islam adalah agama yang membawa rahmat ke seluruh alam
sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah al-Anbiyak

‫ﻦ‬
َ ‫ﺣ َﻤ ًﺔ ِﻟﻠْﻌ َﺎ َﻟ ِﻤ ْﻴ‬
ْ ‫ﻚ ِإ ﱠﻻ َر‬
َ ‫َوﻣَﺎ َا ْرﺳَﻠﻨ‬
“Tidak aku utuskan engkau wahai Muhammad melainkan untuk
memberi rahmat pada seluruh alam.”

ƒ Islam adalah agama yang dapat melahirkan insan yang beriman dan
bertakwa kepada allah s.w.t. serta membentuk insan yang soleh.
ƒ Ajaran Islam merangkumi semua bidang kehidupan seperti perkara
yang berkaitan dengan ekonomi, politik, sosial, perundangan dan
pemerintahan.

1.1.4 PENGERTIAN ISLAM SEBAGAI AD-DIN

Islam merupakan agama yang benar yang datang dari Allah s.w.t. dan
diturunkan untuk seluruh makhluk dan alam semesta. Islam diertikan sebagai
ad-Din kerana:

• Ia merupakan agama yang terakhir diturunkan kepada nabi


Muhammad s.a.w. dan merupakan agama yang lengkap dan sesuai
untuk semua lapisan masyarakat dan semua zaman.

• Ia adalah satu-satunya agama yang diakui benar dan diterima oleh


Allah s.w.t. sebagaimana firman Allah s.w.t.

ُ ‫ﷲ ا ِﻹﺳْﻠﻢ‬
ِ ‫ﻋ ْﻨ َﺪ ا‬
ِ ‫ﻦ‬
َ ‫ن اﻟ ِﺪ ْﻳ‬
‫ِإ ﱠ‬
“Sesungguhnya agama yang diredhai di sisi Allah s.w.t. hanyalah
Islam.” (Surah Ali Imran : 19)

AKI / ANNUR 2005


TASAWWUR ISLAM SPA 101 / 1 / 5
______________________________________________________________________

• Ajaran Islam merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Ia


memberi petunjuk dan panduan kepada manusia untuk menjalani
kehidupan di dunia menuju ke arah keredhaan Allah s.w.t.

Oleh itu, sesiapa yang menganut selain daripada agama Islam


bermakna dia telah memilih jalan ke arah kemusnahan dan
kehancuran. Di samping itu, ia termasuk di dalam golongan sesat dan
dimurkai Allah s.w.t. sebagaimana firman Allah s.w.t.

‫ﺧ َﺮ ِة‬
ِ ‫ﻦ ُﻳ ْﻘ َﺒ َﻞ ِﻣ ْﻨ ُﻪ َو ُه َﻮ ﻓِﻰ ا َﻻ‬
ْ ‫ﻼ َم دِﻳﻨَﺎ َﻓ َﻠ‬
َ‫ﺳ‬ْ ‫ﻏ ْﻴ َﺮ ا ِﻹ‬
َ ‫ﻦ ﻳَﺒ َﺘ ِﻎ‬
ْ ‫َو َﻣ‬
‫ﻦ‬
َ ‫ﺳ ِﺮ ْﻳ‬
ِ ‫ﺨﺎ‬َ ‫ﻦ ا ْﻟ‬
َ ‫ِﻣ‬
“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka
tidaklah akan diterima daripadanya dan dia di akhirat kelak termasuk
orang-orang yang rugi.” (Surah Ali Imran:85)

• Ajaran Islam bersumberkan al Quran dan as Sunnah. Kedua-duanya


merupakan rujukan utama umat Islam sebagaimana sabda rasulullah
s.a.w.

‫ﺴ ْﻜ ُﺘ ْﻢ ِﺑ ِﻬ َﻤﺎ َأ َﺑ ًﺪا‬
‫ن َﺗ َﻤ ﱠ‬
ْ ‫ﻀﱡﻠ ْﻮا َﻣﺎ ِإ‬
ِ ‫ﻦ َﺗ‬
ْ ‫ﻦ َﻟ‬ ِ ‫ﺖ ِﻓ ْﻴ ُﻜ ْﻢ َأ ْﻣ َﺮ ْﻳ‬
ُ ‫َﺗ َﺮ ْآ‬
.‫ﺳ ْﻮ ِﻟ ِﻪ‬
ُ ‫ﺳ ﱠﻨ ِﺔ َر‬ُ ‫ب اﷲ َو‬ َ ‫ِآ َﺘﺎ‬

"Aku tinggal untuk kamu semua (wahai umat Islam) dua perkara
kamu tidak akan sesat selama-lamanya selepas aku tiada lagi selagi
kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya iaitu al Quran dan as-
Sunnah.”

• Islam bersifat universal dan sejagat. Ajarannya sesuai untuk semua


peringkat manusia, semua tempat, semua bangsa dan kaum serta
semua masa dan zaman. Ini adalah kerana ia diturunkan oleh Allah
s.w.t. yang menjadikan semua manusia serta mengetahui keadaan
mereka.

AKI / ANNUR 2005


TASAWWUR ISLAM SPA 101 / 1 / 6
______________________________________________________________________

AKTIVITI

Arahan : Jawab semua soalan .

1.1 Islam adalah agama yang benar dan diredhai Allah s.w.t. Apakah yang
dimaksudkan dengan perkataan Islam dari segi bahasa dan istilah?

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

1.2 Di bawah ini yang manakah sumber ajaran Islam yang merupakan tempat rujukan
bagi umat Islam.

I. Al-Quran
II. Kamus Bahasa Arab
III. Hadis
IV. Malaikat

A. I dan II
B. II dan III
C. I, III dan IV
D. I dan III

AKI / ANNUR 2005


TASAWWUR ISLAM SPA 101 / 1 / 7
______________________________________________________________________

1.3 Terangkan dua sebab Islam disebut sebagai ad-Din.

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

1.4 Isikan jawapan yang betul berkaitan dengan ciri-ciri Muslim sejati di dalam
ruangan yang disediakan.

BIL CIRI-CIRI MUSLIM SEJATI

1.

2.

3.

AKI / ANNUR 2005


TASAWWUR ISLAM SPA 101 / 1 / 8
______________________________________________________________________

MAKLUMBAL
AS AKTIVITI
1A

JAWAPAN
1.1 Islam berasal daripada bahasa Arab ‘aslama’. Dari segi bahasa ia bermaksud taat,
patuh, berserah diri, selamat dan sejahtera.

Dari segi istilah syarak pula, Islam memberi makna tunduk dan patuh serta
menyerah diri kepada Allah s.w.t. dengan beriman kepadanya dan mengamalkan
segala ajaran yang dibawa oleh rasulNya.

1.2 C

1.3 Dua sebab Islam disebut sebagai ad-Din Ialah:

i. Islam mampu menyelesaikan semua persoalan dan masalah hidup


manusia.
ii. Islam adalah agama yang membawa rahmat ke seluruh alam.

1.4 BIL CIRI-CIRI MUSLIM SEJATI


1. Tidak mensyirikkan Allah s.w.t.

2. Sentiasa bertawakkal kepada Allah s.w.t.

3. Sentiasa memastikan orang lain dalam keadaan sejahtera.

AKI / ANNUR 2005


TASAWWUR ISLAM SPA 101 / 1 / 9
______________________________________________________________________

INPU
T 1B

1.2 KONSEP KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN DALAM ISLAM

1.2.0 PENGENALAN

Islam menggalakkan kemajuan bagi mencapai kejayaan dan kecemerlangan


di dunia dan akhirat berlandaskan kepada syariat Allah s.w.t. agar manusia
dapat menjalankan tugas khilafah (khalifah Allah) dan ubudiyah
(mengabdikan diri kepada Allah s.w.t serta supaya manusia tidak tersalah
jalan dalam memajukan alam ini. Sejarah membuktikan bahawa kejayaan
dan kecemerlangan sejak zaman awal Islam adalah kerana kekuatan iman
umat Islam itu sendiri, berpaksikan kepada ketakwaan kepada Allah s.w.t.
serta menjalankan tugas dan tanggungjawab berasaskan kepada al Quran dan
as-Sunnah.

1.2.1 ERTI KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN MENURUT ISLAM

Kejayaan dan kecemerlangan dalam Islam bererti suatu kemenangan yang


diperolehi daripada usaha yang gigih untuk mencapai segala yang dicita-
citakan berasaskan strategi yang ditentukan.

Orang yang cemerlang ialah orang yang menang, iaitu orang yang dapat
mengatasi pelbagai rintangan. Kemenangan yang paling besar ialah
kemenangan mengatasi nafsu-nafsu yang jahat yang ada dalam diri sendiri.
Oleh kerana itulah kekuatan iman menjadi kunci utama bagi membebaskan
diri dari penghambaan hawa nafsu.

Orang yang berjaya dan cemerlang juga ialah orang-orang yang paling
bertakwa di kalangan orang- orang yang beriman. Mereka sentiasa berhati-
hati, menjaga diri, beriman dengan perkara-perkara ghaib, melaksanakan
pokok-pokok ibadah dan selalu memohon keampunan (maghrifah) Allah iaitu

AKI / ANNUR 2005


TASAWWUR ISLAM SPA 101 / 1 / 10
______________________________________________________________________

bersegera memohon ampun kepada Allah s.w.t jika tersalah atau terlupa.
Mereka juga sentiasa mengadakan hubungan kemanusiaan yang baik seperti
beradab, bersopan-santun dan berbudi-bahasa dengan pelbagai manusia tanpa
mengira kaum dan agama, rakyat dan pemimpin, pekerja dan majikan,
pendidik dan pelajar, orang muda dan orang tua, ibu bapa dan anak, serta
suami dan isteri. Takwa ialah satu motivasi moral yang sangat kuat untuk
manusia membangunkan dirinya dan tamadun secara berakhlak dengan sifat-
sifat mahmudah. Ia juga boleh membangun peradaban yang tinggi atas dasar
tiada paksaan terhadap penganut mana-mana agama yang lain.

Selain itu ilmu pengetahuan juga menjadi kunci utama untuk mencapai
kejayaan dan kecemerlangan. Penguasaan ilmu agama yang sahih lagi benar
dan ilmu pengetahuan yang kemaskini dengan teknologi canggih yang tidak
merosakkan alam adalah suatu perkara yang diperlukan untuk mencapai
kejayaan di dunia dan akhirat.

Antara aspek-aspek kejayaan dan kecemerlangan yang dikehendaki oleh


Islam ialah meliputi bidang politik, pemerintahan, perundangan, kesenian,
kesusasteraan, kebajikan sosial, sistem kekeluargaan, kemasyarakatan,
pendidikan dan lain-lain lagi.

a. Di bidang ekonomi, kejayaan dan kecemerlangan boleh dicapai


melalui garis panduan yang ditentukan oleh syariat Islam iaitu:

¾ Islam tidak melarang umatnya memiliki harta jika didapati daripada


sumber yang halal dan menunaikan tanggungjawab yang
diperintahkan oleh Allah s.w.t

¾ Islam memelihara semua kepentingan dengan undang-undang dan


peraturan yang diperlukan dalam berbagai perkara seperti jual beli,
hutang-piutang, perdagangan dan perusahaan.

¾ Harta kekayaan adalah milik Allah s.w.t. dan manusia harus


memanfaatkan harta tersebut dengan sewajarnya.

¾ Untuk menjamin kekayaan diagihkan dengan adil, umat Islam


diwajibkan supaya menjadi pengurus, pentadbir dan pemerintah
yang bertanggungjawab.

Ekonomi yang mantap dan terkawal dapat mengelakkan


kemiskinan, dapat menyempurnakan kelima-lima rukun Islam, serta
meraih banyak pahala daripada infak iaitu membelanjakan harta ke

AKI / ANNUR 2005


TASAWWUR ISLAM SPA 101 / 1 / 11
______________________________________________________________________

jalan Allah s.w.t., sedekah dan wakaf dan menggunakan harta


untuk perkara-perkara yang berfaedah.

b. Untuk mencapai kejayaan di bidang politik pula Islam menggariskan pula


perkara-perkara yang berikut iaitu:

¾ Umat Islam hendaklah memilih orang yang benar-benar berkelayakan


untuk menjadi khalifah, imam atau sebagainya mengikut dasar-dasar
yang telah ditentukan oleh al Quran dan as-Sunnah.

¾ Khalifah bertanggungjawab memastikan syariat Allah s.w.t. dijalankan


dalam negara yang dipimpin serta syariat Islam terlaksana dengan
sempurna.

¾ Khalifah bertanggungjawab terhadap keamanan dan keselamatan


negara untuk menjamin keadilan dan hak rakyat ditadbir dengan sebaik-
baiknya.

c. Di bidang sosial pula, perhubungan hendaklah menurut peraturan pergaulan


yang disyariatkan Allah s.w.t. iaitu:

¾ Manusia dilarang bergaul menurut kehendak hawa nafsu kerana ini akan
merosakkan kehidupan dan menjadikan hidup seperti haiwan.

¾ Islam menggalakkan semua orang hidup dengan bekerjasama dan


tolong-menolong.

¾ Kebebasan beragama yang diberikan oleh Islam kepada seluruh manusia


adalah bertujuan mencapai keharmonian dan ketenteraman dalam
hidup.

¾ Islam menganjurkan persaudaraan bagi seluruh manusia tanpa mengira


kedudukan, harta dan rupa.

¾ Pelaksanaan keadilan bagi semua manusia mestilah dilakukan bagi


membina keamanan.

¾ Setiap orang bertanggungjawab menjaga keharmonian antara kaum


dengan mengamalkan sifat hormat-menghormati antara satu sama lain.

AKI / ANNUR 2005


TASAWWUR ISLAM SPA 101 / 1 / 12
______________________________________________________________________

1.2.2 PERBEZAAN KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN MENURUT


FAHAMAN SEKULAR DAN ISLAM

Sekularisme dalam bahasa Inggeris membawa slogan “Leave the Church to the God
and leave the state to the Caesar” yang bermaksud “Serahkan urusan gereja (agama)
kepada Tuhan dan serahkan urusan negara kepada pemerintah.” Ini bermaksud
pemisahan urusan keduniaan manusia seperti ekonomi, politik dan social daripada
sebarang peranan keagamaan dan pengaruh ketuhanan.

FAHAMAN SEKULAR FAHAMAN ISLAM

ƒ Pemisahan urusan keduniaan ƒ Islam telah menetapkan syariat


manusia seperti kehidupan sebagai penentu atau garis
harian, ilmu pengetahuan, panduan hubungan manusia
pemerintahan dan sesama manusia serta hubungan
pentadbiran negara daripada manusia dengan Pencipta iaitu
sebarang pengaruh agama. Allah s.w.t. Pengasingan peranan
Kesannya kejayaan yang agama daripada urusan hidup
dicapai turut melahirkan keduniaan untuk mengejar
mansuia yang rosak kejayaan akan membawa
akhlaknya, musnah institusi manusia ke arah kerosakan dan
kekeluargaan dan hancurnya kebinasaan kerana syariat
sisitem kemanusiaan. sahajalah yang menentukan
landasan sebenar hidup manusia.
ƒ Untuk mencapai kejayaan,
Tuhan tidak mempunyai ƒ Allah s.w.t. adalah sumber
peranan dalam menentukan segala ilmu pengetahuan.
corak kehidupan manusia Manusia tidak akan mampu
dan manusia bebas untuk memikirkan segala
melakukan apa sahaja untuk kejadian di alam ini tanpa
mencapai tujuan hidup. petunjuk dari agama melalui
ayat-ayat al-Quran.

AKI / ANNUR 2005


TASAWWUR ISLAM SPA 101 / 1 / 13
______________________________________________________________________

1.2.3 KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN YANG MELIPUTI DUNIA DAN


AKHIRAT

Di dalam surah al Mukminun: 1 hingga 11 Allah s.w.t. menjelaskan bahawa orang


yang mempunyai sifat-sifat berikut adalah orang yang berjaya iaitu:

ƒ Khusyuk dalam solat.


ƒ Meninggalkan perkara-perkara yang sia-sia. (lagha)
ƒ Mengeluarkan zakat.
ƒ Menjaga kehormatan.
ƒ Memelihara amanah dan janji.
ƒ Memelihara solat.

Mereka yang bersifat dengan sifat-sifat tersebut, Allah s.w.t. menjanjikan kejayaan
kepada mereka di dunia dan akhirat; dan akan diberi ganjaran syurga firdaus.

Selain daripada perkara-perkara di atas, umat Islam hendaklah :

¾ Sentiasa menjadikan Allah s.w.t. dan rasulNya sebagai sumber rujukan dan
pengharapan.

¾ Menghayati dan mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya di dalam kehidupan.


Mukmin yang teguh imannya akan bersedia menghadapi berbagai cabaran untuk
mencapai kejayaan.

¾ Mengimbangi keperluan jasmani, rohani dan akal sehingga ketiga-tiganya


berfungsi secara harmonis lalu mengiktiraf kedudukan Allah s.w.t. sebagai
penguasa, pemilik, pentadbir seluruh alam dan sumber hukum sebaik-baiknya.

¾ Sentiasa menyedari dan menginsafi akan tugas dan tanggungjawab sebagai


khalifah di muka bumi.

¾ Sentiasa berusaha untuk memahami dan menyebarkan ilmu di samping


mengamalkannya untuk pembangunan ummah.

¾ Menggunakan tenaga yang ada untuk berjihad dan membangunkan ummah.

¾ Berdisiplin dan berkhidmat di semua lapangan bagi melicinkan pergerakan untuk


menjayakan pembangunan negara, masyarakat dan individu itu sendiri.

AKI / ANNUR 2005


TASAWWUR ISLAM SPA 101 / 1 / 14
______________________________________________________________________

¾ Dedikasi dan kesungguhan dalam menjalankan tugas akan dapat menjamin


keutuhan ummah dan membentuk perpadauan di antara satu sama lain.

¾ Umat Islam hendaklah bersifat sabar, tawakal serta berani menghadapi tentangan
dan halangan dalam melaksanakan ajaran Islam dan menegakkan keadilan.

¾ Menyedari bahawa kejayaan yang diperolehi adalah kurniaan Allah s.w.t dan
sentiasa berasyukur di atas nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t serta
bijak menggunakan kurniaan itu ditempat yang wajar.

KESIMPULAN

Kecemerlangan dan kejayaan mestilah dibangunkan sendiri dan bukannya dibangunkan oleh
orang lain untuk kita tumpang kemegahannya. Bukan cemerlang namanya jika bangunan
mencecah awan, atau kenderaan bagaikan peluru, atau peralatan yang cekap dan canggih itu
didirikan oleh orang tetapi yang ada pada kita ialah modal sedangkan modal itu hanyalah
hasil bumi tinggalan nenek moyang kita sendiri tetapi kita tidak tahu cara mengeluarkannya.
Apa bentuk kejayaan sekalipun, terasnya ialah akidah dan ketaatan kepada Allah s.w.t.,
kemudian jika segenap kemampuan akal, jasmani dan rohani digilap dan dipergunakan maka
wujudlah insan-insan yang cemerlang di dalam bidang masing-masing menurut bakat dan
kemampuan yang dikurniakan Allah s.w.t.

AKI / ANNUR 2005


TASAWWUR ISLAM SPA 101 / 1 / 15
______________________________________________________________________

AKTIVITI

1.5 Takrifkan kejayaan dan kecemerlangan dalam Islam dengan ringkas.

................................................................................................................................
................................................................................................................................

1.6 Sebutkan dua faktor bagi mencapai kejayaan dalam bidang sosial.

................................................................................................................................
................................................................................................................................

1.7 Di dalam surah al-Mukminun : 1 – 11, Allah s.w.t. menjelaskan bahawa orang yang
mempunyai sifat-sifat berikut adalah orang yang berjaya. Sebutkan tiga di
antaranya.

.................................................................................................................................................................
.................................................................................................................................................................
.................................................................................................................................................................

AKI / ANNUR 2005


TASAWWUR ISLAM SPA 101 / 1 / 16
______________________________________________________________________

MAKLUMBAL
AS AKTIVITI
1B

1.6 Takrif kejayaan dan kecemerlangan dalam Islam ialah:


ialah suatu kemenangan yang diperolehi daripada usaha yang gigih untuk mencapai
segala yang dicita-citakan berasaskan strategi yang ditentukan, berlandaskan
kekuatan iman, bertaqwa kepada Allah s.wt. dan menguasai ilmu yang sahih serta
bebas dari penghambaan hawa nafsu untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat..

1.6 Dua faktor kejayaan dalam bidang sosial.

i. Manusia dilarang bergaul menurut kehendak hawa nafsu kerana ini akan
merosakkan kehidupan dan menjadikan hidup seperti haiwan.

ii. Islam menggalakkan semua orang hidup dengan bekerjasama dan tolong-
menolong

1.7 Di dalam surah al-Mukminun : 1 – 11, Allah s.w.t. menjelaskan bahawa orang yang
mempunyai sifat-sifat berikut adalah orang yang berjaya. Tiga sifat-sifat yang
tersebut ialah

ƒ Khusyuk dalam solat.


ƒ Meninggalkan perkara-perkara yang sia-sia. (lagha)
ƒ Mengeluarkan zakat.
ƒ Menjaga kehormatan.
ƒ Memelihara amanah dan janji.
ƒ Memelihara solat.

AKI / ANNUR 2005


TASAWWUR ISLAM SPA 101 / 1 / 17
______________________________________________________________________

INPU
T 1C

1.3 KONSEP KEBAHAGIAAN DALAM ISLAM


1.3.0 PENGENALAN.
Manusia di dalam hidupnya di muka bumi ini memang mempunyai keinginan
mencari kebahagiaan dan ketenangan. Kebahagiaan merupakan impian
semua orang, baik ia seorang pemimpin atau rakyat biasa, para hartawan
yang tinggal di mahligai-mahligai besar ataupun orang-orang miskin yang
melarat. Tiada seorang pun yang mahukan penderitaan dan kesengsaraan di
dalam kehidupannya.

Ramai orang yang menganggap bahawa kebahagiaan hidup itu terletak


kepada limpahan harta kekayaan, pangkat dan kedudukan, kecukupan hidup,
kesempurnaan jasmani dan kesihatan, kewibawaan, bakat, kekuatan dan
kemasyhuran. Manusia sanggup bertungkus-lumus bekerja dan
mengorbankan hartanya semata-mata bagi memperolehi kebahagiaan yang
ingin mereka kecapi.

1.3.1 ERTI KEBAHAGIAAN MENURUT ISLAM

Pengertian umum kebahagiaan ialah gembira, kesukaaan dan keseronokan.


Menurut ilmu jiwa, kebahagiaan ialah suasana perasaan hati yang
menunjukkan kepuasan dan dihayati secara individual. Pada pandangan
Islam, kebahagiaan ialah perasaan yang menimbulkan ketenangan (sakinah),
ketenteraman (mutmainnah), keamanan batin, pengharapan, kepuasan, cita-
cita dan kasih sayang yang bersumberkan keimanan.

Melalui pelbagai kalimat dan pernyataan, di dalam al Quran diungkapkan


adanya kebahagiaan, kesenangan, kegembiraan, kenikmatan, kesejahteraan,

AKI / ANNUR 2005


TASAWWUR ISLAM SPA 101 / 1 / 18
______________________________________________________________________

kelazatan, kemuliaan dan sebagainya yang merupakan tumpuan dan harapan


manusia dalam kehidupannya. Pernyataan tersebut mengandungi kesenangan
yang bersifat sementara, mendorong manusia mencapai kebahagiaan dan
jalan-jalan yang perlu ditempuh untuk mendapatkannya.

Pernyataan-pernyataan tersebut dikemukakan dalam pelbagai ungkapan,


antara lain seperti berikut:

Lazzah, lazat, enak atau sedap:

‫ن‬
َ ‫ﺧﺎ ِﻟ ُﺪ ْو‬
َ ‫ﻦ َوَأ ْﻧ ُﺘ ْﻢ ِﻓ ْﻴ َﻬﺎ‬
ُ ‫ﻋ ُﻴ‬
ْ ‫ﺲ َو َﺗ َﻠ ﱡﺬ ا َﻷ‬
ُ ‫ﺸ َﺘ ِﻬ ْﻴ ِﻪ ا َﻷ ْﻧ ُﻔ‬
ْ ‫َو ِﻓ ْﻴ َﻬﺎ َﻣﺎ َﺗ‬
"Dan adalah di syurga itu terdapat apa-apa yang diinginkan oleh nafsu-
nafsu, dan dirasa enak oleh pandangan-pandangan dan di dalamnya kamu
akan kekal. ( Surah az-Zukhruf:71)

Mata’ ; perhiasan atau kesenangan:

‫ﺴ َﻨﺎ‬
َ ‫ﺣ‬
َ ‫ﻋﺎ‬
ً ‫ﺳ َﺘ ْﻐ ِﻔ ُﺮوا َر ﱠﺑ ُﻜ ْﻢ ُﺛ ﱠﻢ ُﺗ ْﻮ ُﺑ ْﻮا ِا َﻟ ْﻴ ِﻪ ُﻳ َﻤ ﱢﺘ ُﻌ ُﻜ ْﻢ َﻣ َﺘﺎ‬
ْ ‫نا‬ ِ ‫َوَأ‬
.‫ﺴ ﱠﻤﻰ‬
َ ‫ﺟ ٍﻞ ُﻣ‬ َ ‫َِا َﻟﻰ َأ‬
.
"Dan hendaklah kamu minta ampun kepada Tuhanmu, kemudian kembalilah
kepadanNya, tentu ia akan berikan kepadamu satu kesenangan yang baik
hingga satu masa yang tertentu."
(Surah Hud:3)

Ni’mah yang bererti nikmat atau kesenangan.

‫ض‬
ِ ‫ت َو َﻣﺎ ِﻓﻰ ا َﻻ ْر‬ ‫ﺨ َﺮ َﻟ ُﻜ ْﻢ َﻣﺎ ِﻓﻰ ٰاﻟ ﱠ‬
ِ ‫ﺴﻤ َﻮا‬ ‫ﺳﱠ‬ َ ‫ﷲ‬ َ ‫نا‬ ‫َا َﻟ ْﻢ َﺗ َﺮ ْوا َأ ﱠ‬
ً‫ﺳ َﺒ َﻎ َﻋَﻠ ْﻴ ُﻜ ْﻢ ِﻧ َﻌ َﻤ ُﻪ َﻇﺎ ٍه َﺮ ًة َو َﺑﺎ ِﻃ َﻨﺔ‬
ْ ‫َوَأ‬

AKI / ANNUR 2005


TASAWWUR ISLAM SPA 101 / 1 / 19
______________________________________________________________________

"Tidakkah kamu lihat bahawa Allah telah menudahkan untuk kamu apa-apa
yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi dan Ia telah sempurnakan
atas kamu nikmat-nikmatNya yang zahir dan yang batin. (Surah Luqman:20)

Dengan ungkapan-ungkapan tersebut, nyatalah persesuiannya dengan fitrah


manusia yang diciptakan Allah s.w.t. allah yang menciptakan kecenderungan
manusia mencari kebahagiaan, merasakan kelazatan dan menikmati
ketenangan hidup dan fitrah tersebut ditegaskan pula melalui firmannNya.

Menurut al Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w kebahagiaan terbahagi kepada


dua jenis iaitu:
a. Kebahagiaan Sementara:
Iaitu kebahagiaan yang boleh terputus, terhenti ataupun hilang daripada
seseorang sebagaimana firman Allah s.w.t

‫ن‬
َ ‫ﻈ َﻠ ُﻤ ْﻮ‬
ْ ‫ﻦ ا ﱠﺗ َﻘﻰ َو َﻻ ُﺗ‬
ِ ‫ﺧ ْﻴ ٌﺮ ِﻟ َﻤ‬
َ ‫ﺧ َﺮ ُة‬
ِ ‫ُﻗ ْﻞ َﻣﺘ ُﻊ اّﻟ ُﺪ ْﻧ َﻴﺎ َﻗ ِﻠ ْﻴ ٌﻞ َواﻵ‬
‫ﻼ‬
َ ‫َﻓ ِﺘ ْﻴ‬
“Katakanlah wahai Muhammad, Kesenangan di dunia ini adalah
sebentar sahaja; dan akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang
bertakwa dan kamu tidak akan dianiaya sedikit pun.”
(Surah an-Nisak : 77)

Nas-nas di atas menjelaskan bahawa kesenangan dan kebahagiaan yang


diperolehi manusia dalam hidup ini semuanya terbatas pada suatu batas
waktu tertentu. Contohnya kebahagiaan yang dikecapi kerana memiliki
pangkat dan darjat kebesaran, di mana ia tidak akan kekal dimiliki
selama-lamanya kerana selepas beberapa tahun berlalu, dia pasti sampai
kepada usia bersara dan kemudian menjadi orang biasa semula.

b. Kebahagian Abadi:
Iaitu kebahagiaan yang kekal, terus menerus dimiliki dan tidak hilang
daripada seseorang. Islam menganjurkan kepada umatnya supaya sentiasa
berusaha mencari kebahagiaan yang abadi yang dinikmati ketika di dunia
dan berkekalan sehingga ke akhirat. Rasulullah s.a.w. juga mengajar
manusia supaya sentiasa berdoa memohon kepada Allah s.w.t. supaya

AKI / ANNUR 2005


TASAWWUR ISLAM SPA 101 / 1 / 20
______________________________________________________________________

diberi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat dengan doa yang


terkandung di dalam firman Allah s.w.t.

‫ب اﻟ َّﻨﺎ ِر‬
َ ‫ﻋ َﺬا‬
َ ‫ﺴ َﻨ ًﺔ َو ِﻗ َﻨﺎ‬
َ ‫ﺣ‬
َ ‫ﺧ َﺮ ِة‬
ِ ‫ﺴ َﻨ ًﺔ َو ِﻓﻰ اﻵ‬
َ ‫ﺣ‬
َ ‫َر ﱠﺑ َﻨﺎ َءا ِﺗ َﻨﺎ ِﻓﻰ اﻟ ُﺪﱡ ْﻧ َﻴﺎ‬
“ Dan di antara mereka ada yang berdoa, ‘Wahai Tuhan kami,
berikanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di
akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka.”
(Surah al-Baqarah : 201)

1.3.2 CIRI-CIRI KEBAHAGIAAN DALAM ISLAM

Menurut Prof. Muhammad Ali-al Shabuni dalam kitab tafsirnya, Sofwah


at-Tafsir, ciri-ciri kebahagiaan di dunia dan akhirat seperti yang
terkandung di dalam ayat di atas adalah kebahagiaan yang meliputi:

• Memperolehi kesihatan fizikal dan mental.


• Memiliki ilmu yang memberikan manfaat.
• Melakukan perbuatan amal yang soleh.
• Ikhlas dalam beramal ibadah.
• Mendapat keredaan Allah s.w.t.
• Disenangi oleh masyarakatnya.
• Merasa puas dengan harta yang ada.
• Rumah tangga yang aman dan tenteram, mendapat isteri yang
solehah dan anak-anak yang soleh.
• Mendapat keselamatan daripada siksaan di dalam kubur.
• Menempuhi peperiksaan yang mudah di hari akhirat kelak.
• Dipersilakan masuk ke syurga dengan penuh nikmat kesenangan
dan mendapat kepuasan yang abadi.

1.3.3 FAKTOR-FAKTOR UNTUK MENCAPAI KEBAHAGIAAN

Di dalam al Quran, berulang kali Allah s.w.t. menyatakan kebahagiaan yang


abadi hanya dapat diperolehi melalui iman dan amal soleh seseorang. Hanya
keimanan yang teguh dan benar serta amal perbuatan yang baik, taat
melakukan ibadat kepada Allah s.w.t serta mengikut contoh tauladan
Rasulullah s.a.w. sahaja yang menjanjikan kebahagiaan yang abadi di dunia
dan akhirat.

AKI / ANNUR 2005


TASAWWUR ISLAM SPA 101 / 1 / 21
______________________________________________________________________

‫ﺣﻴﻮ ًة‬
َ ‫ﺤ َﻴ ﱠﻨ ُﻪ‬
ِ ‫ﻦ َﻓ َﻠ ُﻨ‬
ٌ ‫ﻦ َذ َآ ٍﺮ َأ ْو ُأ ْﻧ َﺜﻰ َو ُه َﻮ ُﻣ ْﺆ ِﻣ‬ْ ‫ﺤﺎ ِﻣ‬ ً ‫ﺻﺎ ِﻟ‬ َ ‫ﻋ ِﻤ َﻞ‬ َ ‫ﻦ‬ ْ ‫َﻣ‬
‫ن‬
َ ‫ﻦ َﻣﺎ َآﺎ ُﻧ ْﻮا َﻳ ْﻌ َﻤُﻠ ْﻮ‬
ِ‫ﺴ‬ َ ‫ﺣ‬ ْ ‫ﺟ َﺮ ُه ْﻢ ِﺑ َﺎ‬
ْ ‫ﺠ ِﺰ َﻳ ﱠﻨ ُﻬ ْﻢ َأ‬
ْ ‫ﻃ ﱢﻴ َﺒ ًﺔ َو َﻟ َﻨ‬
َ
“Barang siapa yang mengerjakan amal soleh baik lelaki mahupun
perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya Kami berikan
kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami beri balasan
kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka
kerjakan.”
(Surah an-Nahlu : 97)

Antara faktor-faktor untuk mencapai kebahagiaan ialah:

a. Bersungguh-sungguh melakukan ibadat.

Umat Islam diminta membahagikan masa hidupnya dengan melakukan


pekerjaan bagi menyara hidupnya pada waktu siang dan membanyakkan amal
ibadat di malam hari. Waktu malam selain daripada untuk berehat dan tidur,
juga merupakan waktu yang sangat sesuai bagi melakukan solat-solat sunat,
berzikir pada Allah s.w.t., membaca al-Quran, berdoa kepada Allah s.w.t. dan
lain-lain ibadat yang sunat. Firman Allah s.w.t

. ‫ﺷﺎ‬
ً ‫ﺟ َﻌ ْﻠ َﻨﺎ اّﻟ َﻨ َﻬﺎ َر َﻣ َﻌﺎ‬
َ ‫ﺳﺎ َو‬
ً ‫ﺟ َﻌ ْﻠ ِﻨﺎ اﱠﻟ ْﻴ َﻞ ِﻟ َﺒﺎ‬
َ ‫َو‬
“Dan Kami jadikan malam sebagai pakaian dan Kami jadikan siang bagi
mencari penghidupan.” (Surah an-Nabak : 10 )

Allah juga berfirman;


‫ﺠ ًﺪا َو ِﻗ َﻴﺎ ًﻣﺎ‬
‫ﺳﱠ‬
ُ ‫ن ِﻟ َﺮ ﱢﺑ ِﻬ ْﻢ‬
َ ‫ﻦ َﻳ ِﺒ ْﻴ ُﺘ ْﻮ‬
َ ‫َواﱠﻟ ِﺬ ْﻳ‬

AKI / ANNUR 2005


TASAWWUR ISLAM SPA 101 / 1 / 22
______________________________________________________________________

“Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk
Tuhan mereka.” (Surah al-Furqan : 64 )

b. Menjauhi Perbuatan Dosa Dan Maksiat.

Orang yang ingin memperolehi kebahagiaan yang abadi hendaklah menjaga


dirinya daripada dosa-dosa yang merosakkan jiwanya dan seterusnya
membawa dia kepada kemurkaan Allah s.w.t. dan dia hendaklah juga
sentiasa berdoa supaya dijauhkan daripada azab siksa api neraka sebagaimana
firman Allah s.w.t.

‫ن‬
َ ‫ﻋ َﺬا َﺑ َﻬﺎ َآﺎ‬
َ ‫ن‬
ّ ‫ﺟ َﻬ ﱠﻨﻢ ِإ‬
َ ‫ب‬
َ ‫ﻋ َﺬا‬
َ ‫ﻋ ﱠﻨﺎ‬
َ ‫ف‬
ْ ‫ﺻ ِﺮ‬
ْ ‫ن َر ﱠﺑ َﻨﺎ ا‬
َ ‫ﻦ َﻳ ُﻘ ْﻮُﻟ ْﻮ‬
َ ‫َواﱠﻟ ِﺬ ْﻳ‬
‫ﻏ َﺮا َﻣﺎ‬َ
“Dan orang-orang yang berkata, Wahai tuhan Kami jauhkanlah azab
neraka jahanam daripada kami kerana sesungguhnya azab neraka itu adalah
kebinasaan yang kekal.”
(Surah al- Furqan: 65 – 66)

c. Amal Soleh, Kebaktian atau Takwa.

Amal soleh dan takwa adalah rantai keimanan yang mendapat jaminan
kebahagiaan bagi sesiapa yang melaksanakannya, sebagaimana firman
Allah s.w.t.

.‫ﻦ َﻣﺂب‬
ُ‫ﺴ‬
ْ ‫ﺣ‬
ُ ‫ﻃ ْﻮ َﺑﻰ َﻟ ُﻬ ْﻢ َو‬
ُ ‫ت‬
ِ ‫ﺤﺎ‬
َ ‫ﺼﺎ ِﻟ‬
‫ﻋ ِﻤُﻠ ْﻮا اﻟ ﱠ‬
َ ‫ﻦ َءا َﻣ ُﻨ ْﻮا َو‬
َ ‫َاﱠﻟ ِﺬ ْﻳ‬

“Orang-orang yang beriman dan beramal saleh adalah kebahagiaan bagi


mereka dan mendapat tempat kembali yang baik.” (Surah ar-Rakdu : 29)

d. Tawassau bil-Haqqi dan Tawassau bis-Sabri

Maksudnya ialah berpesan di antara satu sama lain dan melaksanakan


kebenaran iaitu mengajak beriman kepada Allah s.w.t. dan mengikut
rasulNya baik dalam akidah mahupun dalam bidang amalan-amalan
kebajikan, di samping itu saling berwasiat sesama lain berlaku sabar,
menahan diri daripada perbuatan maksiat, tabah menghadapi ujian dan redha

AKI / ANNUR 2005


TASAWWUR ISLAM SPA 101 / 1 / 23
______________________________________________________________________

dengan keputusan Allah. Jaminan kebahagiaan dan keberuntungan bagi


orang yang mengajak kepada kebenaran dijelaskan dalam surah Ali-Imran :
104

‫ف‬
ِ ‫ن ِﺑﺎ ْﻟ َﻤ ْﻌ ُﺮ ْو‬
َ ‫ﺨ ْﻴ ِﺮ َو َﻳﺎ ْء ُﻣ ُْﺮ ْو‬ َ ‫ن ِا َﻟﻰ ا ْﻟ‬ َ ‫ﻋ ْﻮ‬ُ ‫َو ْﻟ َﺘ ُﻜ ْﻢ ِﻣ ْﻨ ُﻜ ْﻢ ُأ ﱠﻣ ٌﺔ َﻳ ْﺪ‬
‫ن‬
َ ‫ﺤ ْﻮ‬ ُ ‫ﻚ ُه ُﻢ ا ْﻟ ُﻤ ْﻔ ِﻠ‬َ ‫ﻦ ا ْﻟ ُﻤ ْﻨ َﻜ ِﺮ َوُأ ٰ ْوﻟ ِﺌ‬
ِ‫ﻋ‬
َ ‫ن‬ َ ‫َو َﻳ ْﻨ َﻬ ْﻮ‬
"Hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang mengajak manusia
kepada kebaikan, menyuruh mereka membuat kebaikan, melarang mereka
daripada kejahatan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat
kejayaaan (kebahagiaan).”
(Surah Ali Imran : 104)

AKI / ANNUR 2005


TASAWWUR ISLAM SPA 101 / 1 / 24
______________________________________________________________________

AKTIVITI

1.8 Berikan pengertian kebahagiaan menurut pandangan Islam.

........................................................................................................................................
........................................................................................................................................
........................................................................................................................................

1.9 Bezakan di antara kebahagiaan sementara dan kebahagiaan abadi mengikut al Quran.

BIL KEBAHAGIAAN SEMENTARA KEBAHAGIAAN ABADI

1.10 Berikut adalah ciri-ciri kebahagiaan KECUALI :

A. Memiliki ilmu yang bermanfaat


B. Memiliki pangkat dan kebesaran
C. Ikhlas dalam beramal dan beribadat
D. Mendapat keredhaan Allah s.w.t.

AKI / ANNUR 2005


TASAWWUR ISLAM SPA 101 / 1 / 25
______________________________________________________________________

MAKLUMBAL
AS AKTIVITI
1C

JAWAPAN

1.8 Pengertian kebahagiaan menurut pandangan Islam ialah:

Pengertian umum kebahagiaan ialah gembira, kesukaaan dan keseronokan. Pada


pandangan Islam, kebahagiaan ialah perasaan yang menimbulkan ketenangan
(sakinah), ketenteraman (mutmainnah), keamanan batin, pengharapan, kepuasan,
cita-cita dan kasih sayang yang bersumberkan keimanan

1.9
KEBAHAGIAAN SEMENTARA KEBAHAGIAAN ABADI

Kebahagiaan yang boleh terputus, Kebahagiaan yang kekal, terus menerus


terhenti ataupun hilang daripada dimiliki dan tidak hilang daripada
seseorang dan terbatas dalam waktu- seseorang. Islam menganjurkan kepada
waktu ayng tertentu. umatnya supaya sentiasa berusaha
mencari kebahagiaan yang abadi yang
dinikmati ketika di dunia dan berkekalan
sehingga ke akhirat.

1.10 B

AKI / ANNUR 2005


TASAWWUR ISLAM SPA 101 / 1 / 26
______________________________________________________________________

INPU
T 1D

1.4 KONSEP PEMBANGUNAN

1.4.0 PENGENALAN

Pembangunan bukan suatu perkara baru dalam sejarah peradaban manusia. Setiap
tamadun yang pernah lahir dalam sejarah mempunyai dasar pembangunannya
sendiri. Dalam hubungan ini Islam sejak saat-saat awal kelahiran lagi sudah
mengemukakan dasar pembangunan yang bersepadu dengan meletakkan
pembangunan insan yang berilmu, beriman, bertakwa dan berakhlak mulia sebagai
asas yang kukuh untuk model-model pembangunan yang lain bagi menyempurnakan
tugas manusia sebagai khalifah di muka bumi, seperti termaktub di dalam surah al-
Baqarah : 30
ٰ
‫ﺧِﻠ ْﻴ َﻔﺔ‬
َ ‫ض‬
ِ ‫ﻞ ِﻓﻰ اﻷ ْر‬
ٌ‫ﻋ‬ِ ‫ﺟﺎ‬
َ ‫ﻚ ِﻟ ْﻠ َﻤﻠ ِﺌ َﻜ ِﺔ ِإ ﱢﻧﻰ‬
َ ‫ل َر َُﱡﺑ‬
َ ‫َوِإ ْذ َﻗﺎ‬
"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat sesungguhnya aku
jadikan d muka bumi seorang khalifahi."
(Surah al-Baqarah : 30)

1.4.1 PENGERTIAN PEMBANGUNAN

Pembangunan dalam Islam adalah merupakan pelbagai dimensi yang


meliputi semua aspek pembangunan kebendaan (material) dan juga
pembangunan manusia keseluruhannya iaitu moral dan kerohanian
yang berlaku secara bersepadu.

AKI / ANNUR 2005


TASAWWUR ISLAM SPA 101 / 1 / 27
______________________________________________________________________

Ia juga boleh ditakrifkan sebagai menerima pembangunan asing,


barat dan timur yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat dan
menolak apa-apa yang berbahaya berteraskan kepada nilai-nilai hidup
Islam.

Menurut Muhammad Akhir dan Hailani dinyatakan bahawa


‘Pembangunan dalam Islam adalah berlandaskan kepada orientasi
nilai dengan perhatian untuk meningkatkan kebajikan umat Islam dari
aspek (moral, kebendaan dan kerohanian) untuk mencapai
keselamatan dan kedamaian hidup di dunia dan akhirat.’

Imam al-Ghazali mentakrifkan pembangunan dengan pemahaman


yang dinamik dan mendalam tentang epistemology Islam, pelakuan
sisial yang penuh beradab, pendidikan yang memberi penekanan
kepada kepentingan dunia dan akhirat serta cara hdiup Islam yang
menyeluruh yang merupakan teras pembangunan peradaban Islam.
Terdapat dua perkara pokok dalam pembangunan Islam iaitu kekuatan
intelektual dan kekuatan taharah.

Menurut Imam A’la al-Maududi, menyatakan bahawa pembangunan


membabitkan perkara-perkara berikut iaitu:

• Menjelaskan semuala ajaran Islam dengan memberi fokus kepada


masalah-masalah semasa yang dihadapi oleh masyarakat Islam
dalam bidang sosial, ekonomi dan politik.
• Memilih tenaga kerja yang berdisiplin, berdedikasi dan berakhlak
tinggi bagi melaksanakan tugas pembangunan peradaban Islam.
• Melaksanakan perubahan yang akan membawa kepada
transformasi yang menyeluruh pada setiap lapisan masyarakat
berdasarkan situasi tempatan yang bermakna mementingkan
perancangan starategi.
• Melaksanakan reformasi dalam sistem pemerintahan dan
pentadbiran negara selaras dengan kehendak Islam.

1.4.2 MATLAMAT PEMBANGUNAN DALAM ISLAM

Pembangunan Islam didasari atas dasar tauhid (Keesaan dan


Kekuasaan Allah, rububiyah (sifat Allah sebagai penguasa), khilafah
(peranan manusia sebagai utusan Allah ) dan Tazkiyah (penjernihan

AKI / ANNUR 2005


TASAWWUR ISLAM SPA 101 / 1 / 28
______________________________________________________________________

jiwa dan ketinggian akhlak). Di dalam Islam, pembangunan


mempunyai matlamat penting yang mana jika dikaji dengan
terperinci, kesemua matlamat tersebut akan membawa ke arah satu
tamadun yang lengkap, aman dan damai, menifestasi daripada ajaran
itu sendiri. Matlamat tersebut adalah seperti berikut:

a. Pembangunan Peribadi dan Keupayaan Manusia

Sepertimana yang diketahui, Islam mengajar manusia ke arah


membentuk watak dan sikap yang betul menerusi pendidikan,
kepimpinan dan lain-lain berdasarkan nilai Islam. Jika seseorang
itu patuh sepenuhnya kepada ajaran Islam dan menjadikan Islam
itu sebagai ‘the way of life’, maka segala amalan yang dilakukan
tidak bercanggah dengan larangan yang telah ditetapkan. Oleh
kerana itu, pembangunan peribadi dapat meningkatkan lagi
keupayaan manusia seterusnya dapat menyumbang tenaga dan
buah fikiran yang bersih dan mantap ke arah membangunkan
negara Islam mengatasi negara-negara lain di dunia.

b. Menghasilkan Keluaran Yang Berguna

Keluaran yang berguna yang dimaksudkan oleh Islam adalah


makanan dan kebendaan asasi yang lain, keluaran untuk
pertahanan Islam dan barang-barang untuk kegunaan sendiri.
Satu perkara yang paling penting dititikberatkan oleh Islam
terhadap bahan-bahan keluaran yang dihasilkan tersebut ialah
ianya mesti mampu dibeli oleh orang-orang miskin dan
berpendapatan rendah.

c. Meningkatkan Kualiti Kehidupan

Islam mementingkan kesejahteraan sama ada dalam bidang


ekonomi, sosial mahupun politik. Kesejahteraan ini adalah
gambaran kualiti kehidupan umat manusia. Kualiti kehidupan ini
boleh dicapai dengan tiga cara iaitu:

• Mewujudkan peluang pekerjaan mengikut pengubahsuaian


institusi, teknologikal, pelaburan dan pendidikan.

AKI / ANNUR 2005


TASAWWUR ISLAM SPA 101 / 1 / 29
______________________________________________________________________

• Melaksanakan jaminan sosial secara meluas khususnya kepada


golongan yang tidak dan kurang berupaya. Matlamat ini boleh
dicapai dengan sistem zakat.
• Pengagihan pendapatan dan harta wajib dilakukan secara adil
supaya dengan ini boleh merapatkan jurang ketidaksamaan
yang berlaku di kalangan masyarakat.

d. Mencapai Pembangunan Yang Seimbang

Islam menganjurkan pembangunan tanpa bersyarat kepada


sempadan (desa atau bandar), taraf hidup (miskin atau kaya) dan
lain-lain lagi. Tujuannya supaya dapat mengelakkan ekonomi
dualisme dan dapat mengeraatkan perpaduan.

e. Membangunkan Teknologi Yang Sesuai

Islam juga mementingkan pembangunan teknologi. Teknologi


yang ingin dibangunkan itu mestilah sesuai dengan persekitaran
tempatan iaitu sesuia dengan keperluan atau aspirasi negara Islam.
Islam menggalakan merekacipta, memperbaiki dan mengubah
suai teknologi yang ada kepada teknologi yang lebih canggih.

f. Mengintegrasikan Pembangunan Moral, Kerohanian dan


Agama dengan Pembanunan Kebendaan.

Pembangunan Islam mengamalkan hasanah fid-dunia, hasanah fil-


akhirah iaitu kebaikan di dunia dan kebikan di akhirat.

1.4.3 PERBEZAAN PEMBANGUNAN INSAN DAN


PEMBANGUNAN MATERIAL

PEMBANGUNAN INSAN PEMBANGUNAN MATERIAL


• Pembangunan peribadi • Memberi
dan keupayaan kesempurnaaan hidup
manusia. kepada rakyat.
• Mengembangkan • Meningkatkan
pengeluaran yang pendapatan negara.

AKI / ANNUR 2005


TASAWWUR ISLAM SPA 101 / 1 / 30
______________________________________________________________________

berguna dan berfaedah. • Mengurangkan


• Meningkatkan kualiti penderitaan,
kehidupan. pergantungan,
• Untuk kesejahteraan penindasan dan
hidup di dunia dan ketaksamaan di
akhirat. kalangan individu atau
• Menjadikan seseorang masyarakat.
cemerlang dari segi • Merapatkan jurang serta
pembangunan yang meningkatkat taraf
dilakukan seimbang ekonomi negara.
terhadap Islam. • Penciptaan teknologi
baru.

1.4.4 KESAN PEMBANGUNAN YANG TIDAK SEIMBANG

Pada umumnya pembangunan masa kini tidak menepati cici-ciri


pembangunan yang diinginkan oleh Islam yang terbukti telah
membawa keamanan dan kesejahteraan kepada manusia. Akibatnya
dunia hari ini mengalami berbagai-bagai kepincangan dan hidup
manusia terancam dalam dunia yang serba maju. Di antara kesan
pembangunan yang tidak seimbang ialah:

Terhadap Ummah:

• Lahirnya manusia yang bersifat mementingkan diri sendiri dan


tidak menghiraukan kebajikan orang lain.
• Berlaku permusuhan dan pergaduhan sesama manusia.
• Hanya golongan tertentu sahaja yang dapat menikmati
pembangunan tersebut.
• Umat Islam senang dikuasai oleh anasir-anasir yang tidak
bertanggungjawab.
• Masyarakat akan menjadi lemah.

Terhadap Negara :

• Berlaku pencemaran alam sekitar yang berterusan bukan sahaja


membahayakan manusia sendiri, malah akan memusnahkan
keseluruhan ekosistem dan ekologi.

AKI / ANNUR 2005


TASAWWUR ISLAM SPA 101 / 1 / 31
______________________________________________________________________

• Negara menjadi miskin dan mundur kerana bebanan perbelanjaan


melebihi hasil pendapatan.
• Negara akan mudah dikuasai oleh bangsa asing.

KESIMPULAN

Konsep pembangunan Islam mempunyai sifat yang menyeluruh. Ia merangkumi


aspek-aspek moral, kerohanian dan kebendaan. Semuanya mestilah berkembang
secara sepadu tanpa mengabaikan salah satu daripadanya atau menumpukan
pembangunan sebahagian dan tidak kepada yang lain. Justeru itu, pembangunan
Islam adalah bersifat pelbagai dimensi.

AKI / ANNUR 2005


TASAWWUR ISLAM SPA 101 / 1 / 32
______________________________________________________________________

AKTIVITI

ARAHAN. Jawab semua soalan

1.10 Terangkan erti pembangunan menurut pandangan Islam.

........................................................................................................................................
........................................................................................................................................
........................................................................................................................................

1.11 Tuliskan B bagi pernyataan yang benar dan S bagi pernyataan yang salah.

a. Islam menolak terus pembangunan asing seperti untuk mencapai keredhaan


Ilahi.

b. Pembangunan dalam Islam bertujuan untuk meningkatkan kebajikan umat


Islam dari aspek kebendaan, moral dan kerohanian.

c. Islam boleh menerima refomasi dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran


negara selaras dengan kehendak Islam.

d. Pengagihan pendapatan dan harta wajib dilakukan secara adil merupakan


salah satu daripada matlamat pembangunan Islam yang seimbang di dalam
masyarakat.

AKI / ANNUR 2005


TASAWWUR ISLAM SPA 101 / 1 / 33
______________________________________________________________________

MAKLUMBAL
AS AKTIVITI
1D

1.11 Pembangunan menurut pandangan Islam ialah pembangunan yang yang meliputi
semua aspek sama ada pembangunan kebendaan (material) dan juga pembangunan
manusia keseluruhannya iaitu moral dan kerohanian yang berlaku secara bersepadu.
Pembangunan Islam didasari atas dasar tauhid (Keesaan dan Kekuasaan Allah,
rububiyah (sifat Allah sebagai penguasa), khilafah (peranan manusia sebagai utusan
Allah ) dan Tazkiyah (penjernihan jiwa dan ketinggian akhlak).

1.12 a. S

b. B

c. B

d. B

AKI / ANNUR 2005


TASAWWUR ISLAM SPA 101 / 1 / 34
______________________________________________________________________

FAKTA KUNCI

TASAWWUR ISLAM

1. Pengertian Islam:
Dari segi bahasa ia bermaksud taat, patuh, berserah diri, selamat dan sejahtera.
Dari segi istilah syarak, Islam memberi makna tunduk dan patuh serta menyerah diri
kepada Allah s.w.t. dengan beriman kepadanya dan mengamalkan segala ajaran yang
dibawa oleh rasulNya.

2. Pengertian Muslim
Muslim bererti individu yang beragama Islam yang beriktikad dengan konsep syahadah
bahawa tiada Tuhan melainkan Allah s.w.t. dan nabi Muhammad s.a.w. itu pesuruh
Allah s.w.t.

3. Pengertian ad-Din
Ad-Din bermaksud agama atau cara hidup yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t yang
mencakupi kekuasaan Allah s.w.t. yang mutlak, penyerahan lahir dan batin kepadanya,
iman dan amalan di bawah pengawasannya serta ganjaran baik dan buruk.

4. Pengertian Islam Sebagai ad-Din


Islam disebut sebagai ad-Din kerana:
ƒ Islam merupakan agama yang terakhir diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w.
ƒ Islam merupakan agama yang lengkap dan sesuai untuk semua lapisan
masyarakat dan semua zaman.
ƒ Ia adalah satu-satunya agama yang diakui benar dan diterima oleh Allah s.w.t.
ƒ Ajaran Islam merangkumi semua aspek kehidupan manusia dan memberi
petunjuk dan panduan kepada manusia.
ƒ Ajaran Islam bersumberkan al Quran dan as Sunnah
ƒ Islam bersifat universal dan sejagat. Ajarannya sesuai untuk semua peringkat
manusia, semua tempat, semua bangsa dan kaum serta semua masa dan zaman.

AKI / ANNUR 2005


TASAWWUR ISLAM SPA 101 / 1 / 35
______________________________________________________________________

5. Menurut Islam, Kejayaan dan Kecemerlangan


ialah suatu kemenangan yang diperolehi daripada usaha yang gigih untuk mencapai
segala yang dicita-citakan berasaskan strategi yang ditentukan, berlandaskan kekuatan
iman, bertaqwa kepada Allah s.wt. dan menguasai ilmu yang sahih serta bebas dari
penghambaan hawa nafsu untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat..

6. Menurut Islam, Kebahagiaan


ialah perasaan yang menimbulkan ketenangan (sakinah), ketenteraman (mutmainnah),
keamanan batin, pengharapan, kepuasan, cita-cita dan kasih sayang yang bersumberkan
keimanan.

7. Menurut Islam, Pembangunan


adalah pembangunan yang meliputi semua aspek sama ada pembangunan kebendaan
(material) dan juga pembangunan manusia keseluruhannya iaitu moral dan kerohanian
yang berlaku secara bersepadu. Pembangunan Islam didasari atas dasar tauhid (Keesaan
dan Kekuasaan Allah, rububiyah (sifat Allah sebagai penguasa), khilafah (peranan
manusia sebagai utusan Allah ) dan Tazkiyah (penjernihan jiwa dan ketinggian akhlak).

AKI / ANNUR 2005


TASAWWUR ISLAM SPA 101 / 1 / 36
______________________________________________________________________

PENILAIAN
KENDIRI

1. Sebutkan tiga contoh muslim yang tidak mempunyai ciri-ciri muslim yang sejati.

2. Untuk mencapai kejayaan dan keredhaan Allah s.w.t., seseorang mukmin


hendaklah meninggalkan perkara-perkara yang sia-sia (lagha). Apakah yang
dimaksudkan dengan perkara lagha tersebut.

3. Antara faktor mencapai kebahagiaan ialah bersungguh-sungguh melakukan


ibadat. Nyatakan tiga kesan ibadat dalam membentuk kebahagiaan.

4. Konsep pembangunan merangkumi aspek-aspek moral, kerohanian dan


kebendaan serta mestilah berkembang secara bersepadu. Terangkan kesan
pembangunan yang tidak seimbang menurut pandangan anda.

AKI / ANNUR 2005


TASAWWUR ISLAM SPA 101 / 1 / 37
______________________________________________________________________

PENILAIAN

JAWAPAN

1. Tiga contoh muslim yang tidak mempunyai ciri-ciri muslim yang sejati
ialah:

• Riak melakukan ibadat kepada Allah s.w.t.


• Tidak menjadikan al-Quran dan Hadis sebagai panduan hidup.
• Tidak berusaha bersungguh-sungguh ke arah kesejahteraan hidup.

2. Perkara sia-sia (lagha) bermaksud perkara yang tidak ada nilai dan tidak
memberikan apa-apa faedah sama ada perkataan atau perbuatan serta boleh
melalaikan yang tidak membawa kepada pendidikan jiwa, seterusnya tidak
dapat melahirkan nilai murni dan boleh merosakkan akhlak.

3. Kesan ibadah dalam membentuk kebahagiaan ialah:

• Mendapat ketenangan jiwa.


• Dikasihi Allah s.w.t. dan mendapat keredhaan Allah s.w.t.
• Diberi ganjaran sama ada di dunia dan akhirat.

4. Kesan pembangunan yang tidak seimbang ialah:

• Berlaku pencemaran alam sekitar yang berterusan bukan sahaja


membahayakan manusia sendiri, malah akan memusnahkan keseluruhan
ekosistem dan ekologi.
• Negara menjadi miskin dan mundur kerana bebanan perbelanjaan
melebihi hasil pendapatan.
• Negara akan mudah dikuasai oleh bangsa asing

AKI / ANNUR 2005


AQIDAH SPA 101 / 2 / 1
_______________________________________________________________________

UNI
T
Aqida
2 h

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM

1. Mengetahui dan memahami pengertian aqidah dan kepentingannya..


2. Mengetahui dan memahami fungsi dan tanggungjawab manusia sebagai khalifah.
3. Membezakan konsep pahala dan dosa.
4. Mengetahui dan memahami pengertian taubat dan rukunnya.
5. Mengetahui dan memahami aqidah ahli sunnah wal jamaah.

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :

1. Menerangkan pengertian aqidah.


2. Menjelaskan fungsi dan tanggungjawab manusia.
3. Menghuraikan konsep pahala dan dosa.
4. Menjelaskan rukun taubat.
5. Menghuraikan aqidah ahli sunnah wal jamaah.

AKI / ANNUR 2005


AQIDAH SPA 101 / 2 / 2
_______________________________________________________________________

INPU
T

2.1 AQIDAH DAN KEPENTINGANNYA

2.1.0. PENGENALAN

Apabila kita bercakap mengenai aqidah sesungguhnya kita sedang bercakap


dalam daerah kepercayaan, keyakinan dan keimanan. Hal itu jelas apabila
kita merujukkan perkataan aqidah itu sendiri yang menjurus kepada
kepercayaan dan keyakinan sedangkan perkataan keyakinan yang merupakan
salah satu unsur makna kepada perkataan aqidah itu pula merupakan salah
satu unsur makna kepada perkataan keimanan, maka itu ungkapan aqidah
merujuk kepada perihal keimanan, kepercayaan serta keyakinan. Oleh itu
jelaslah kepada kita bahawa aqidah dan keimanan itu merupakan dua istilah
yang mempunyai makna yang sama.

2.1.1 PENGERTIAN AQIDAH

Dari segi bahasa aqidah merupakan perkataan yang berasal dari bahasa arab
makna literalnya merujuk kepada ikatan kemas atau simpulan mati.
Dari segi istilah aqidah Islam dapat ditakrifkan sebagai kepercayaan atau
keimanan kepada hakikat dan nilai yang mutlak yang tetap dan kekal, yang
pasti dan hakiki lagi suci seperti yang diwajibkan oleh Islam iaitu
kepercayaan yang tersimpul dengan teguh dalam jiwa yang tidak mungkin
terurai dalam apa jua keadaan dan suasana.

Ciri-Ciri Aqidah yang Benar


Aqidah atau keimanan yang tulin itu mestilah mengandungi ciri-ciri yang
berikut:
• Kepercayaan dan keyakinan itu mestilah berasaskan kefahaman minda
dan ilmu yang mantap (wahyu Ilahi)

AKI / ANNUR 2005


AQIDAH SPA 101 / 2 / 3
_______________________________________________________________________

• Kepercayaan dan keyakinan itu mestilah berada dalam keadaan yang


cukup teguh, bahkan ia tidak boleh menerima sebarang bentuk syak dan
tidak mungkin digugat oleh sebarang kepercayaan lain sebagaimana
firman Allah s.w.t.
‫ﺳ ْﻮِﻟ ِﻪ ُﺛ ﱠﻢ َﻟ ْﻢ‬
ُ ‫ﷲ َو َر‬
ِ ‫ﻦ َءا َﻣ ُﻨ ْﻮا ِﺑﺎا‬
َ ‫ن اﱠﻟ ِﺬﻳ‬
َ ‫ِإ ﱠﻧ َﻤﺎ اﻟ ُﻤ ْﺆ ِﻣ ُﻨ ْﻮ‬
.‫َﻳ ْﺮ َﺗﺎُﺑ ْﻮا‬
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasulnya
kemudian mereka tidak meragu- ragukan”.

• Kepercayaan dan keyakinan itu mestilah pula diikuti bersama dengan


perkataan ataupun kepatuhan hati serta kemahuan untuk mempraktikkan
segala hukum atau suruhan dengan penuh rasa rela tanpa sebarang
bantahan.

Ciri-Ciri Aqidah Yang Salah (Fasad)


ƒ Akidah yang salah adalah sesuatu iktikad atau kepercayaan yang
bercanggah dengan nas-nas syariah dari al Quran dan as Sunnah.

ƒ Akidah yang berpunca dari akal pemikiran manusia semata-mata ataupun


penyelewengan aqidah yang sahih yang diselewengkan menurut akal
fikiran hawa nafsu seperti mana yang terdapat dalam aqidah Yahudi,
Nasrani, golongan tarikat yang menyeleweng, ahli falsafah, golongan
batiniah dan lain-lain lagi.

2.1.2 KEPENTINGAN AQIDAH

Berhubung dengan persoalan aqidah dalam kehidudupan seharian seseorang


muslim, maka perlu dinyatakan bahawa aqidah merupakan perkara yang
cukup asas dan mendasar sekali. Ia bagaikan batang yang subur kepada
sepohon pokok iaitu semua dahan dan ranting pokok berkenaan amat
memerlukannya bagi mendapatkan ruang untuk tumbuh dan berkembang di
atasnya. Demikianlah tamsilnya apabila aqidah yang benar dan tidak
terseleweng yang diperlukan oleh seseorang manusia untuk menjadikan asas
bagi membolehkan semua amalan kebaikan sehariannya yang dilakukannya
demi untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. diterima dengan baik

AKI / ANNUR 2005


AQIDAH SPA 101 / 2 / 4
_______________________________________________________________________

Di antara kepentingan aqidah dalam kehidupam muslim ialah:

• Untuk memperolehi keyakinan yang mantap tentang kewujudan Allah


s.w.t. dan kesempurnaan sifat-sifatNya berdasarkan dalil-dalil naqli dan
aqli sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah al Ikhlas : 1-4 yang
bermaksud: “Katakanlah (ya Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah yang
Maha Esa. Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk itu memohon
sebarang hajat. Ia tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tidak ada
sesiapa yang serupa denganNya.”
• Supaya melahirkan kesedaran kepada mukmin bahawa seluruh
kehidupannya adalah di bawah kawalan pengawasan dan kekuasaan Allah
s.w.t.
• Supaya dapat merealisasikan keyakinan aqidah yang kukuh dalam
tindakan dan amalan setiap mukmin sebagaimana firman Allah s.w.t.

‫ن‬
ْ ‫ﺳﻮُﻟ ُﻪ َأ ْﻣ ًﺮا َا‬
ُ ‫ﷲ َو َر‬
ُ ‫ﻀﻰ ا‬
َ ‫ﻻ ُﻣﺆ ِﻣ َﻨ ٍﺔ ِإ َذا َﻗ‬
َ ‫ﻦ َو‬
ٍ ‫ن ِﻟ ُﻤ ْﺆ ِﻣ‬
َ ‫َو َﻣﺎ َآﺎ‬
‫ﺳ ْﻮَﻟ ُﻪ َﻓ َﻘ ْﺪ‬
ُ ‫ﷲ َو َر‬
َ ‫ﺺا‬
ِ ‫ﻦ َﻳ ْﻌ‬
ْ ‫ﻦ َأ ْﻣ ِﺮ ِه ْﻢ َو َﻣ‬
ْ ‫ﺨ َﻴ َﺮة ِﻣ‬
ِ ‫ن َﻟ ُﻬ ُﻢ اﻟ‬
َ ‫َﻳ ُﻜ ْﻮ‬

‫ﻼ ُﻣ ِﺒ ْﻴ َﻨﺎ‬
ً ‫ﺿﻠ‬
َ ‫ﻞ‬
‫ﺿﱠ‬َ
“Tidak patut bagi laki-laki mukmin dan bagi perempuan, apabila Allah dan
rasulNya telah menetapkan sesuatu ketetapan akan ada bagi mereka pilihan
tentang urusan mereka dan barang siapa yang menderhakai Allah dan
rasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat, sesat yang nyata"
(Surah al-Ahzab: 36)

• Melahirkan perasaan cinta dan takut akan Allah s.w.t. serta melahirkan
umat atau bangsa yang mulia.
• Akan mendapat keredhaan Allah s.w.t. di dunia dan akhirat.

AKI / ANNUR 2005


AQIDAH SPA 101 / 2 / 5
_______________________________________________________________________

2.1.3 KESAN PELANGGARAN AQIDAH YANG BENAR


Antara kesan akibat pelanggaran ataupun penyelewengan aqidah yang benar ialah:
• Melahirkan manusia yang menyengutukan Allah s.w.t. (syirik) pada zat, sifat
dan perbuatanNya.
• Mewujudkan manusia yang mengangkat atau memperjuangkan syiar-syiar
kufur yang memalingkan manusia dari menjadikan Allah s.w.t. sebagai
tempat pengabdian dan tempat tuju.
• Melahirkan masyarakat yang membenci sesuatu dari sistem Islam atau
melebihkan sistem yang lain.
• Melahirkan umat yang mempersendakan sesuatu dari al Quaran dan Sunnah
sehingga mengakibatkan masyarakat berpecah-belah.
• Mewujudkan berbagai-bagai ajaran sesat di dalam masyarakat.

2.1.4 AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Pengertian Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Kemunculannya.

Ahli Sunnah ertinya penganut sunnah nabi dan wal Jamaah ertinya jemaah para
sahabat nabi s.a.w; maka pengikut aliran ahli sunnah wal Jamaah ialah orang-oranag
yang menganut iktikad yang dianuti oleh nabi Muhammad s.a.w. dan iktikad para
sahabat baginda, iktikad pegangan nabi s.a.w. dan para sahabatnya terkandung di
dalam al- Quran dan as- Sunnah rasul sendiri.

Dalam sejarah Islam, usaha mengumpul Ahli Sunnah wal Jamaah muncul pada akhir
abad ketiga hijrah yang diusahakan oleh dua orang ulamak yang besar dalam
Usuluddin iaitu Sheikh Abu Hassan Ali as-Syaari dilahirkan di kota Basrah dan
wafat pada tahun 324 hijrah; dan Sheikh Abu Mansor al-Maturidi, wafat pada 333
hijrah.

Pegangan Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah


Di antara pegangan aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah ialah:
i. Perbuatan hamba: berpendapat bahawa Allah telah menjadikan
perbuatan hamba yang berbentuk usaha dan ikhtiar baginya.
ii. Sifat Allah s.w.t.: berpendapat bahawa Allah s.w.t. itu bersifat dengan
sifat kesempurnaan yang layak baginya seperti berkuasa, berkemampuan
dan sebagainya. Sifat-sifat tersebut ada pada zat Allah s.w.t.
iii. Melihat Allah s.w.t.: berpendapat bahawa pada hari akhirat orang
mukmin dapat melihat Allah s.w.t. itu adalah harus pada akal dan wajib
pada hukum syarak kerana Allah itu yang Maha Wujud.

AKI / ANNUR 2005


AQIDAH SPA 101 / 2 / 6
_______________________________________________________________________

iv. Mengenai al Quran: berpendapat bahawa al Quran itu kalamullah yang


qadim dan azali kerana kandungan isinya adalah dari kalamullah yang
qadim, tidak berhuruf dan bersuara.
v. Dosa besar: berpendapat bahawa orang-orang mukmin yang melakukan
dosa besar yang belum gugur imannya maka masih dianggap mukmin
kerana iman itu adalah amalan hati. Seluruh umat Islam bersepakat
bahawa orang yang melakukan dosa besar wajib disembahyangkan
jenazahnya.

Kepentingan berpegang dengan Iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah


• Iktikad Ahli Sunnah wal Jamaah itu diambil dan digali daripada al Quran
dan al Hadis Nabi s.a.w.
• Kepercayaan Ahli Sunnah wal Jamaah itu merupakan iktikad yang telah
dipegang oleh rasulullah s.a.w dan para sahabat sebelum ini.
• Memastikan manusia menjadikan al Quran dan al Hadis nabi s.a.w.
dirujuk bagi setiap perkara.
• Memahami iktikad Ahli Sunnah wal Jamaah akan membolehkan
seseorang membezakan antara iktikad yang benar atau sebaliknya.

AKI / ANNUR 2005


AQIDAH SPA 101 / 2 / 7
_______________________________________________________________________

AKTIVITI

Arahan :
Jawab semua soalan.

2.1 Tuliskan B untuk pernyataan yang betul dan S untuk pernyataan yang salah.

a. Kepercayaan dan keyakinan itu berasaskan kefahaman minda


dan ilmu yang mantap. ( )

b. Aqidah yang benar adalah suaatu iktikad yang bercanggah


dengan nas-nas syariah. ( )

c. Aqidah itu mestilah berada di dalam keadaan yang cukup teguh


bahkan ia tidak boleh menerima sebarang bentuk syak. ( )

d. Aqidah yang betul adalah berpunca dari akal pemikiran


manusia semata-mata. ( )

2.2 Nyatakan tiga di antara kepentingan aqidah di dalam kehidupan muslim.

2.3 Sebutkan dua kesan akibat pelanggaran ataupun penyelewengan aqidah yang benar.

2.4 Terangkan pendapat aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah dari aspek:

• Perbuatan hamba
• Sifat Allah s.w.t
• Mengenai al Quran

AKI / ANNUR 2005


AQIDAH SPA 101 / 2 / 8
_______________________________________________________________________

MAKLUMBAL
AS AKTIVITI
2A

JAWAPAN

2.1 a. (B)

b. (S)

c. (B)

d. (S)

2.2 Tiga kepentingan aqidah ialah:

• Untuk memperolehi keyakinan yang mantap tentang kewujudan Allah s.w.t.


dan kesempurnaan sifat-sifatNya berdasarkan dalil-dalil naqli dan aqli
• Supaya melahirkan kesedaran kepada mukmin bahawa seluruh
• kehidupannya adalah di bawah kawalan pengawasan dan kekuasaan Allah
• Melahirkan perasaan cinta dan takut akan Allah s.w.t. serta melahirkan
• umat atau bangsa yang mulia.

2.3 Dua kesan akibat pelanggaran ataupun penyelewengan aqidah yang benar ialah:

• Melahirkan manusia yang menyengutukan Allah s.w.t. (syirik) pada zat, sifat
dan perbuatanNya.
• Mewujudkan manusia yang mengangkat atau memperjuangkan syiar-syiar
• kufur yang memalingkan manusia dari menjadikan Allah s.w.t. sebagai
tempat pengabdian dan tempat tuju.

AKI / ANNUR 2005


AQIDAH SPA 101 / 2 / 9
_______________________________________________________________________

2.4 Pendapat aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dari aspek:

• Perbuatan hamba: berpendapat bahawa Allah telah menjadikan perbuatan


hamba yang berbentuk usaha dan ikhtiar baginya.
• Sifat Allah s.w.t.: berpendapat bahawa Allah s.w.t. itu bersifat dengan sifat
kesempurnaan yang layak baginya seperti berkuasa, berkemampuan dan
sebagainya. Sifat-sifat tersebut ada pada zat Allah s.w.t.
• Mengenai al Quran: berpendapat bahawa al Quran itu kalamullah yang qadim
dan azali kerana kandungan isinya adalah dari kalamullah yang qadim, tidak
berhuruf dan bersuara

AKI / ANNUR 2005


AQIDAH SPA 101 / 2 / 10
_______________________________________________________________________

INPU
T2B

2.2 FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA

2.2.0 PENGENALAN

Manusia ialah makhluk Allah swt. yang dijadikan seelok kejadian dan dilengkapkan
dengan akal fikiran iaitu tugas membina dan memakmurkan bumi Allah swt. ,
menggunakan nikmat Allah swt. untuk menegakkan keadilan, keamanan,
kesejahteraan, kebaikan dan keamanan, mencegah daripada berlaku kerosakan,
kekejian, kebinasaan terhadap Allah swt.

2.2.1 KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF ISLAM

Walaupun manusia telah mengkaji dan mencari dan terus mengkaji dan mencari
hakikat dirinya hasil daripada naluri ingin mengetahui yang telah sedia ada dalam
dirinya, namun manusia tetap tidak akan mengenal dirinya selama manusia itu tidak
mahu menerima hakikat kejadian dirinya yang dikemukakan Allah s.w.t. yang Maha
Pencipta. Oleh itu logiknya ialah Allah s.w.t yang mencipta manusia sahaja dan
Dialah yang mengetahui hakikat kejadian diri manusia sebagaimana firman Allah
s.w.t dalam surah al-Mulk :14 yang bermaksud: “Tidakkah Allah yang menciptakan
segala makhluk itu mengetahui segala-galanya sedang Dia amat halus urusan
tadbirnya lagi amat mendalam pengetahuanNya, Maha Mengetahui segala
ciptaanNya.”

AKI / ANNUR 2005


AQIDAH SPA 101 / 2 / 11
_______________________________________________________________________

Kejadian Manusia Yang Pertama


Manusia pertama yang diciptakan oleh Allah s.w.t adalah nabi Adam a.s. Dia
dijadikan daripada tanah liat yang kering dan banyak istilah yang digunakan di
dalam al Quran terhadap kejadian Nabi Adam a.s. seperti at-turab (tanah), at-tin al-
lazib ( tanah liat), sulalatin min tin (pati tanah), hamma in masnun (tanah yang panas,
minal ardhi (tanah bumi) dan lain-lain lagi sebagaimana firman Allah s.w.t

.‫ن‬
َ ‫ﺴ ُﻨ ْﻮ‬
ْ ‫ﺣ َﻤ ٍﺈ َﻣ‬
َ ‫ﻦ‬ ٍ ‫ﺻ ْٰﻠﺼ‬
ْ ‫ﻞ ِﻣ‬ َ ‫ﻦ‬
ْ ‫ﺸ ًﺮا ِﻣ‬
َ ‫ﻖ َﺑ‬ َ ‫ﻚ ِﻟ ْٰﻠ َﻤﻠ ِﺌ َﻜ ِﺔ ِإ ﱢﻧﻰ‬
ُ ‫ﺧِﻠ‬ َ ‫ل َر ﱡﺑ‬
َ ‫َوِإ ْذ َﻗﺎ‬

“Dan ingatkanlah peristiwa ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat


sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat yang kering yang
berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.” Setelah disempurnakan
kejadiannya lalu Allah s.w.t meniupkan ruh dalam tubuh nabi Adam a.s.
(Surah al-Hijr : 28)

Proses Kejadian anak Adam


Kejadian anak Adam adalah melalui proses seperti berikut:

i. Sperma lelaki akan bercampur dengan ovum perempuan dan membentuk


nutfah.
ii. Nutfah akan bertukar menjadi alaqah (segumpal darah).
iii. Kemudia alaqah akan bertukar menjadi mudghah (segumpal daging).
iv. Daripada segumpal daging itu terbentuk pula izaman (tulang-belulang).
v. Kemudian tulang-belulang akan dibaluti oleh lahman (daging yang
membaluti)
vi. Selepas itu akan terbentuklah manusia dengan anggota.
vii. Seterusnya Allah s.w.t. mengutuskan malaikat meniupkan ruh ke dalam
tubuh manusia.

Proses kejadian manusia di atas telah dinyatakan oleh Allah s.w.t.

‫ﻄ َﻔ َﺔ ِﻓﻰ‬ ْ ‫ ُﺛ ﱠﻢ ﺧَﻠَ ْﻘﻨَﺎ اﻟ ﱡﻨ‬.‫ﻦ‬ ٍ ‫ﻃ ْﻴ‬


ِ ‫ﻦ‬ ْ ‫ﺳﻠَﻠ ٍﺔ ِﻣ‬ ُٰ ‫ﻦ‬ ْ ‫ﻦ ِﻣ‬ َ ‫ﻹ ْﻧﺴ‬ ِ ‫ﺧَﻠ ْﻘﻨَﺎ ا‬َ ‫َوَﻟ َﻘ ْﺪ‬
‫ﺨَﻠ ْﻘ َﻨﺎ‬
َ ‫ﻀ َﻐ ًﺔ َﻓ‬
ْ ‫ﺨَﻠ ْﻘﻨَﺎ ا ْﻟ َﻌَﻠ َﻘ َﺔ ُﻣ‬
َ ‫ﻋَﻠ َﻘ ًﺔ َﻓ‬
َ ‫ﻄ َﻔ َﺔ‬
ْ ‫ﺧَﻠ ْﻘﻨَﺎ اﻟ ﱡﻨ‬
َ ‫ ُﺛﻢﱠ‬.‫ﻦ‬ٍ ‫َﻗﺮَار ٍ َﻣ ِﻜ ْﻴ‬
‫ك‬
َ ‫ﺧ ْﺮ َﻓ َﺘﺒَﺎ َر‬
َ ‫ﺧ ْﻠ ًﻘﺎ ءَا‬
َ ‫ﺤﻤًﺎ ُﺛﻢﱠ َا ْﻧﺸَﺎﻧ ُﻪ‬ ْ ‫ن ا ْﻟﻌِﻈ َﻢ َﻟ‬ َ ‫ﺴ ْﻮ‬َ ٰ ‫ﻀ َﻐ َﺔ ﻋِﻈﻤَﺎ َﻓ َﻜ‬ ْ ‫ا ْﻟ ُٰﻤ‬
‫ﻦ‬
َ ‫ﻦ اﻟﺨِﻠ ِﻘ ْﻴ‬
ُ‫ﺴ‬ َ ٰ‫ﺣ‬ ْ ‫َأ‬

AKI / ANNUR 2005


AQIDAH SPA 101 / 2 / 12
_______________________________________________________________________

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari saripati (berasal) dari tanah,
kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang
kukuh ( rahim), kemudian mani itu Kami jadikan segumpal darah lalu seketul daging
dan seketul daging itu Kami jadikan tulang-belulang lalu tulang-belulang itu Kami
bungkuskan dengan daging kemudian Kami jadikan dia makhluk yang ( berbentuk)
lain, maka Maha Sucilah Allah Pencipta Yang Maha Baik.”
(Surah al-Mukmin: 12 – 14)

Daripada ayat di atas jelaslah bahawasanya Allah s.w.t. telah mencipta manusia
dengan sebaik-baik kejadian, dikurniakan akal, kesempurnaaan rohani dan jasmani
dan membekalkan ilmu pengetahuan supaya manusia dapat melaksanakan tugas dan
tanggungjawab yang telah diamanahkan di muka bumi ini.

2.2.2 MANUSIA SEBAGAI HAMBA DAN KHALIFAH ALLAH S.W.T. DI MUKA


BUMI

Manusia dijadikan oleh Allah bukan secara sia-sia dan main-main bahkan,
mempunyai peranan dan matlamat yang tertentu. Firman Allah SWT:

“Adakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu (dari tiada


kepada ada) hanya saja-saja (sia-sia tanpa ada sesuatu hikmah pada
penciptaan itu?) dan kamu (menyangka pula) kamu tidak akan dikembalikan
kepada Kami?”
(Al-Mu’minun:115)

Di antaranya ialah sebagai khalifah Allah yang akan mentadbir, mengurus dan
membangunkan bumi ini mengikut syariat dan peraturan Allah dan juga sebagai hamba
yang sentiasa beribadah kepadaNya.

AKI / ANNUR 2005


AQIDAH SPA 101 / 2 / 13
_______________________________________________________________________

Tanggungjawab Manusia Sebagai Hamba.

Allah SWT dengan kehendak kebijaksanaanNya telah mencipta makhluk-makhluk yang


di tempatkan di alam penciptaanNya. Manusia di antara makhluk Allah dan menjadi
hamba Allah SWT. Sebagai hamba Allah tanggungjawab manusia adalah amat luas di
dalam kehidupannya, meliputi semua keadaan dan tugas yang ditentukan kepadanya.

Allah mencipta manusia ada tujuan-tujuannya yang tertentu. Manusia dicipta untuk
dikembalikan semula kepada Allah dan setiap manusia akan disoal di atas setiap usaha
dan amal yang dilakukan selama ia hidup di dunia. Apabila pengakuan terhadap
kenyataan dan hakikat wujudnya hari pembalasan telah dibuat maka tugas yang
diwajibkan ke atas dirinya perlu dilaksanakan.

Manusia Sebagai Khalifah Allah.

Antara anugerah utama Allah kepada manusia ialah pemilihan manusia untuk menjadi
khalifah atau wakilNya di bumi. Dengan ini manusia berkewajipan menegakkan
kebenaran, kebaikan, mewujudkan kedamaian, menghapuskan kemungkaran serta
penyelewengan dan penyimpangan dari jalan Allah.

Firman Allah SWT :

Maksudnya :
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat: Sesungguhnya Aku
jadikan di bumi seorang Khalifah. Berkata Malaikat: Adakah Engkau hendak jadikan
di muka bumi ini orang yang melakukan kerosakan dan menumpahkan darah,
sedangkan kami sentiasa bertasbih dan bertaqdis dengan memuji Engkau? Jawab
Allah: Aku lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.”
(Al-Baqarah:30)

AKI / ANNUR 2005


AQIDAH SPA 101 / 2 / 14
_______________________________________________________________________

Di kalangan makhluk ciptaan Allah, manusia telah dipilih oleh Allah melaksanakan
tanggungjawab tersebut. Ini sudah tentu kerana manusia merupakan makhluk yang
paling istimewa.

Firman Allah SWT :

Maksudnya :
“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit
dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya
dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka
persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan
yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan
manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara
yang tidak patut dikerjakan.”
(Al-Ahzab: 72)

2.2.3 TANGGUNGJAWAB MANUSIA TERHADAP ALLAH S.W.T. MANUSIA


SERTA TERHADAP ALAM

a. Tanggungjawab Manusia Terhadap Allah s.w.t :


• Mentauhidkan Allah s.w.t yang Maha Esa
• Tidak menyengutukan Allah s.w.t dengan sesuatu
• Mengabdikan diri hanya kepada Allah s.w.t. dengan melakukan segala
suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya.
• Melakukan ibadat dalam bentuk amar makruf dan nahi mungkar.
• Mengingati Allah sama ada dalam keadaan senang ataupun dalam kesusahan

b. Tanggungjawab Manusia Sesama Manusia


• Menjalinkan hubungan persaudaraan sesama manusia tanpa mengira pangkat
dan kedudukan.
• Saling-bantu-membantu sesama manusia

AKI / ANNUR 2005


AQIDAH SPA 101 / 2 / 15
_______________________________________________________________________
• Menjaga kesejahteraan masyarakat dan tidak menimbulkan perpecahan
sesama manusia.
• Hormat-menghormati di antara satu sama lain.
• Berakhak mulia di antara satu sama lain.

c. Tanggungjawab Manusia Terhadap Alam


• Tidak melakukan kerosakan dan kemusnahan alam seperti pencemaran
sungai, udara dan seumpamanya.
• Menjaga kebersihan dan keindahan alam.
• Menyayangi makhluk-makhluk lain.

AKI / ANNUR 2005


AQIDAH SPA 101 / 2 / 16
_______________________________________________________________________

AKTIVITI
AKTIVITI 1B

Arahan: Jawab semua soalan.

2.1 Tanggungjawab manusia yang paling besar sebagi khalifah Allah di atas muka bumi
ialah :

A. Memakmurkan bumi dengan sebaik mungkin.


B. Menunaikan amanat sebagai pemimpin yang adil.
C. Memastikan Islam ditegak dan dilaksanakan dengan sempurna.
D. Membangunkan kemudahan untuk semua manusia.

2.2 Sebagai khalifah Allah berdakwah menjadi tanggungjawab kepada setiap muslim.
Dalam memahami konsep berdakwah ini termasuklah.

i. Mencegah kemungkaran.
ii. Menegakkan syiar Islam.
iii. Mengislahkan orang-orang muslim.
iv. Meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi.

A. i dan ii.
B. ii dan iv.
C. i, ii dan iv.
D. i,ii,iii dan iv.

2.3 Allah SWT menjadikan manusia bukanlah tanpa sebarang tujuan dan matlamat.
Berdasarkan ayat di bawah berikan penjelasan anda.

“Adakah kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu (dari tiada kepada ada)
hanya saja-saja (sia-sia tanpa ada sesuatu hikmah pada penciptaan itu?) dan kamu
(menyangka pula) kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”
(Al-Mu’minun:115)

AKI / ANNUR 2005


AQIDAH SPA 101 / 2 / 17
_______________________________________________________________________

MAKLUMBAL
AS AKTIVITI
2B

JAWAPAN

2.1 C

2.2 D

2.3 Apa saja penjelasan yang berkaitan dengan ayat

AKI / ANNUR 2005


AQIDAH SPA 101 / 2 / 18
_______________________________________________________________________

INPU
T 2C

2.3 KONSEP PAHALA DAN DOSA

2.3.0 PENGENALAN
Setiap mukmin yang beriman kepada Allah s.wt. hendaklah sentiasa berusaha untuk
mempertingkatkan iman dan amal soleh dengan melakukan segala perintahNya dan
menjauhi segala laranganNya. Setiap perbuatan manusia sama ada baik atau jahat,
kecil atau besar, semuanya akan diadili oleh Allah s.w.t. dan diberi ganjaran sama
ada pahala ataupun dosa. Firman Allah s.w.t.

َ ‫ﻦ َﻳ ْﻌ َﻤﻞ ِٰﻣ ْﺜﻘ َﻞ َذ ﱠر ٍة‬


‫ﺮا َﻳ َﺮة‬ ‫ﺷ‬ َ ‫ﻦ َﻳ ْﻌ َﻤ ْﻞ ِٰﻣ ْﺜﻘ َﻞ َذ ﱠر ٍة‬
ْ ‫ َو َﻣ‬.‫ﺧ ْﻴ ًﺮا َ َﻳﺮة‬ ْ ‫َو َﻣ‬
“Barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya akan
diperlihatkannya dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun,
nescaya akan diperlihatkannya.” (Surah al-Zalzalah:7-8)

2.3.1 PAHALA

Pahala ialah ganjaran baik yang diberikan oleh Allah di akhirat kelak kepada
mukmin yang taat dan patuh kepada Allah s.w.t. serta melakukan amalan-amalan
soleh. Firman Allah s.w.t

‫ﻦ‬
ْ ‫ﺠ ِﺮى ِﻣ‬
ْ ‫َﺗ‬ ‫ﺖ‬
ٍ ‫ﺟ ّﻨ‬
َ ‫ﺧُﻠ ُﻬ ْﻢ‬
ِ ‫ﺳ ُﻨ ْﺪ‬
َ ‫ﺖ‬
ِ ‫اﻟﺼِﻠﺤ‬ ‫ﻋ ِﻤُﻠ ٰﻮا‬
َ ‫ﻦ َءا َﻣ ُﻨ ْﻮا َو‬
َ ‫َواﱠﻟ ِﺬ ْﻳ‬
‫ﺤ ِﺘٰﻬَﺎ‬
ْ ‫َﺗ‬
‫ﻼ‬
ً ‫ﷲ ِﻗ ْﻴ‬
ِ ‫ﻦا‬
َ ‫ق ِﻣ‬
ُ ‫ﺻ َﺪ‬
ْ ‫ﻦ َا‬
ْ ‫ﻘﺎ َو َﻣ‬ ‫ﺣ‬
َ ‫ﷲ‬
ِ ‫ﻋﺪَا ا‬
ْ ‫ﻷﻧْﻬ ُﺮ ﺧﻠِﺪِﻳْﻦ ِﻓﻴْﻪ َأ َﺑﺪًا َو‬ َ‫ا‬

AKI / ANNUR 2005


AQIDAH SPA 101 / 2 / 19
_______________________________________________________________________

“Dan orang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan ke dalam syurga
mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya
sebagai janji Allah s.w.t yang benar dan siapakah yang lebih benar perkataannya
(selain) daripada Allah? (Surah an-Nisak:122)

Antara perkara-perkara atau amalan-amalan yang boleh mendatangkan


pahala ialah:

• Sentiasa melaksanakan perintah Allah s.w.t. dan menjauhi laranganNya.


• Memperbanyakkan melakukan ibadat-ibadat sunat selain beristiqamah
menunaikan ibadat yang fardu.
• Berusaha memperbanyakkan amal kebajikan dan berfaedah untuk diri,
keluaraga, masyarakat dan negara.
• Menjalin hubungan baik sesama manusia sama ada terhadap ibu bapa,
keluarga, jiran dan masyarakat.
• Melakukan amar makruf dan nahi mungkar, sebagaimana firman Allah s.w.t

‫ن‬
َ ‫ف َو َﻳ ْﻨ َﻬ ْﻮ‬ِ ‫ن ِﺑﺎ ْﻟ َﻤ ْﻌ ُﺮ ْو‬َ ‫ﺧ ِﺮ َو َﻳﺎ ْء ُﻣ ُﺮ ْو‬
ِ ‫ﷲ َوا ْﻟ َﻴ ْﻮ ِم اﻷ‬
ِ ‫ن ِﺑﺎ‬َ ‫ُﻳ ْﺆ ِﻣ ُﻨ ْﻮ‬
‫ڹ‬
َ‫ﻲ‬ ْ ‫ﺤ‬ ّ ‫ﻦ ٰ ا ْﻟ‬
ِ ‫ﺼِﻠ‬ َ ‫ﻚ ِﻣ‬ َ ‫ت وَأوْﻟ ِﺌ‬ ِ ‫ﺨ ْﻴﺮَا‬َ ‫ن ﻓِﻰ اﻟ‬
َ ‫ﻋ ْﻮ‬ ُ ‫ﻦ ا ْﻟ ُﻤ ْﻨ َﻜ ِٰﺮ َوﻳُﺴ ِﺮ‬
ِ‫ﻋ‬ َ
“ Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat dan menyuruh berbuat perkara
kebaikan dan melarang daripada perkara mungkar dan mereka pula bersegera
pada mengerjakan berbagai kebaikan dan mereka itu adalah daripada orang-
orang yang soleh.” (Surah aali-Imran: 114)

2.3.2 DOSA

Dosa ialah balasan buruk yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepada hambaNya yang
tidak patuh (engkar) pada perintah Allah s.w.t. dan melanggar segala laranganNya.
Allah s.w.t. menjadikan dosa adalah sebagai satu tanda keadilanNya dan sebagai
peringatan terhadap hambaNya di mana setiap perlakuan dosa itu akan
dipertanggungjawabkan, seterusnya akan mendapat balasan sebagaimana yang telah
dijanjikan. Setiap manusia yang melakukan dosa itu tidak akan terlepas daripada

AKI / ANNUR 2005


AQIDAH SPA 101 / 2 / 20
_______________________________________________________________________
pemerhatian Allah s.w.t Segala dosa yang dilakukan oleh manusia dikategorikan
kepada dua iaitu:

Pertama: Dosa yang dilakukan oleh hamba terhadap TuhanNya. Dosa jenis ini
biasanya dilakukan oleh manusia kerana meninggalkan hak-hak PenciptaNya yang
meliputi segala suruhan dan laranganNya. Walaupun demikian, dosa-dosa ini agak
mudah dan lebih senang untuk mendapat keampunan sekiranya memenuhi tuntutan
yang telah disyariatkan dalam kesempurnaan bertaubat. Firman Allah s.w.t

‫ن ُﻳ َﻜ ﱢﻔ َﺮ‬
ْ ‫ﺴﻰ َر ﱡﺑ ُﻜ ْﻢ َأ‬
َ ‫ﻋ‬
َ ‫ﺣﺎ‬
َ ‫ﺼ ْﻮ‬
ُ ‫ﷲ َﺗ ْﻮ َﺑ ًﺔ َﻧ‬
ِ ‫ﻦ َءا َﻣ ُﻨﻮا ُﺗ ْﻮ ُﺑ ْﻮا ِا َﻟﻰ ا‬
َ ‫َﻳﺎ َأ ﱡﻳ َﻬﺎ اﱠﻟ ِﺬ ْﻳ‬
‫ﻋ ْﻨ ُﻜ ْﻢ‬
َ
"Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat
nasuha (taubat yang bersungguh-sungguh).” (Surah at-Tahrim: 8)

Semua dosa yang dilakukan oleh hambaNya akan diampunkan oleh Allah s.w.t
selagi hayat dikandung badan kecuali dosa menyekutukanNya sebagaimana firman
Allah s.w.t

‫ﺸﺎ ُء‬
َ ‫ﻦ َﻳ‬
ْ ‫ﻚ ِﻟ َﻤ‬
َ ‫ن ذ ِﻟ‬
َ ‫ك ِﺑ ِﻪ َو َﻳ ْﻐ ِﻔ ُﺮ َﻣﺎ ُد ْو‬
َ ‫ﺸ َﺮ‬
ْ ‫ن ُﻳ‬
ْ ‫ﷲ َﻻ َﻳ ْﻐ ِﻔ ُﺮ َأ‬
َ ‫ِإنﱠ ا‬
“Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak mengampunkan dosa orang yang
menyekutukanNya dan Dia mengampunkan selain daripada itu bagi sesiapa yang
dikehendaki.” (Surah an-Nisak : 48)

Kedua: Dosa yang dilakukan terhadap sesama makhluk. Ianya berlaku apabila
seseorang itu tidak dapat menunaikan atau melanggar hak-hak orang lain. Dosa ini
adalah lebih berat dan lebih sukar untuk mendapat keampunan. Mereka yang
melakukan kesalahan terhadap sesama makhluk ini terpaksa bertemu sendiri dengan
orang yang dilakukan penganiayaan itu serta menyatakan segala kesilapannya,
seterusnya meminta kemaafan atau terpaksa menerima pembalasan darinya sebagai
tebusan dari apa yang telah dilakukan. Firman Allah s.w.t

‫ﻦ‬
َ ‫ﺣ ْﺒ ٍﻞ ِﻣ‬
َ ‫ﷲ َو‬
ِ ‫ﻦا‬
َ ‫ﺤ ْﺒ ٍﻞ ِﻣ‬
َ ‫ﻦ َﻣﺎ ُﺛ ِﻘ ُﻔ ْﻮا ِإ ﱠﻻ ِﺑ‬
َ ‫ﻋ َﻠ ْﻴ ِﻬ ُﻢ ا ْﻟ ِﺬﱠﻟ ُﺔ َأ ْﻳ‬
َ ‫ﺖ‬
ْ ‫ﺿ ِﺮ َﺑ‬
ُ
‫س‬
ِ ‫اﻟ ﱠﻨﺎ‬

AKI / ANNUR 2005


AQIDAH SPA 101 / 2 / 21
_______________________________________________________________________
“Mereka itu ditimpakan kehinaan dari segenap penjuru di mana sahaja mereka
berada kecuali dengan ada tali hubungan dari Allah s.w.t. dan hubungan dari
manusia.... ( Surah Ali-Imran : 112)

Antara sifat-sifat buruk manusia yang yang mendorong kepada melakukan


dosa-dosa, boleh dibahagikan kepada empat sifat besar iaitu:

• Pertama: Apabila terdapatnya sifat Rububiyyah (Ketuhanan) dalam jiwa.


Sifat-sifat ini hanya layak pada zat Allah s.w.t.. Sifat-sifat ini adalah seperti
sifat-sifat membangga diri (riyak), bermegah-megah, suka dipuji dan
disanjung, memuji diri dan lain-lain lagi sifat-sifat Allah s.w.t. yang
sememangnya tidak layak bagi hamba untuk menirunya. Sifat-sifat ini boleh
mendorong kepada melakukan dosa-dosa yang lain.

• Kedua: Apabila terdapatnya sifat syaitaniyyah (kesyaitanan) dalam jiwa.


Sifat ini boleh menimbulkan sifat-sifat keji seperti hasad dengki, suka
menganiaya, menipu, mendorong kepada melakukan kerosakan dan
kebinasaan, menyeru kepada melakukan perbuatan keji dan mungkar, bersifat
munafik dan mengajak kepada membuat perkara bid’ah dan kesesatan.

• Ketiga: Apabila terdapatnya sifat bahimah (kebinatangan) dalam jiwa. Sifat


ini lebih cenderung kepada sifat-sifat binatang, iaitu sifat yang timbul dari
hawa nafsu yang tidak terkawal. Ini termasuklah seperti sifat-sifat mencuri,
suka mementingkan diri sendiri, tamak haloba, melepas nafsu syahwat sesuka
hati sehingga berlakunya perbuatan zina dan liwat, memakan harta anak
yatim dan sebagainya.

• Keempat: apabila terdapatnya sifat sabi’iyyah (kebuasan) dalam jiwa. Sifat


ini biasanya boleh menimbulkan sifat marah,iri hati, pukul memukul tanpa
sebab yang munasabah, memaki hamun sesuka hati, membunuh dengan
sengaja dan sifat-sifat lain yang berunsurkan keganasan dan kekejaman.

Kesemua sifat ini boleh menimbulkan berbagai-bagai lagi dosa kerana ia adalah
sebagai induk kepada segala dosa. Oleh yang demikian, kita hendaklah sentiasa
berdoa kepada Allah s.w.t. supaya dihindarkan daripada terdapatnya sifat-sifat ini dai
dalam jiwa kita.

Pembahagian Dosa

AKI / ANNUR 2005


AQIDAH SPA 101 / 2 / 22
_______________________________________________________________________
Para ulamak telah bersepakat membahagikan dosa-dosa itu kepada dua bahagian
iaitu dosa-dosa besar dan dosa-dosa kecil. Firman Allah s.w.t

‫ﻼ‬
ً ‫ﺧ‬
َ ‫ﺧُﻠ ُﻜ ْﻢ ُﻣ ْﺪ‬
ِ ‫ﺳ ﱢﻴ َﺌﺎ ِﺗ ُﻜ ْﻢ َو ُﻧ ْﺪ‬
َ ‫ﻦ‬
ْ ‫ﻋ ْﻨ ُﻜ ْﻢ ِﻣ‬
َ ‫ﻋ ْﻨ ُﻪ ُﻧ َﻜ ﱢﻔ ْﺮ‬
َ ‫ن‬
َ ‫ﺠ َﺘ ِﻨ ُﺒ ْﻮا َﻣﺎ ُﺗ ْﻨ َﻬ ْﻮ‬
ْ ‫ن َﺗ‬ْ ‫ِإ‬
‫َآﺮِﻳﻤًﺎ‬
“Jika kamu sekelian menjauhi dosa-dosa besar yang kamu dilarang melakukannya,
maka Kami hapuskan dosa-dosa kamu yang kecil-kecil dan Kami masukkan kamu ke
tempat yang mulia.” (Surah an-Nisak: 31)

(a) Dosa Besar


Dosa besar adalah segala perbuatan yang dilarang oleh Allah s.w.t.
mealkukannya sepertimana yang terdapat di dalam al Quran dan as Sunnah.
Segala perbuatan yang dilakukan ini akan membawa kepada balasan terhadap
pelakunya semasa di dunia dan dijanjikan dengan neraka oleh Allah s.w.t. di
akhirat kelak. Begitu juga sesuatu perkara yang sekiranya dilakukan akan
membawa kemurkaan Allah s.w.t. Sesetengah ulamak mengatakan sekiranya
hendak membezakan antara dosa-dosa besar dengan dosa-dosa kecil adalah
dengan melihat kesan kerosakan yang ditimbulkan disebabkan dosa-dosa
tersebut. Sekiranya kesan kerosakannya itu besar maka besarlah dosa itu,
sebaliknya jika kesan kerosakannya maka kecillah dosa itu.

Para ulamak salaf berpendapat bahawa yang dikatakan dengan dosa-dosa itu
adalah segala maksiat yang dilakukan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t dengan
balasan api neraka. Para sahabat dan tabiin telah berselisih pendapat tentang
bilangan dosa-dosa besar itu. Abu Talib al Makki berkata: Bilangan dosa-dosa
besar itu kesemuanya berjumlah 17 berdasarkan beberapa buah hadis iaitu:

Empat perkara yang berkaitan dengan hati:


1) Syirik kepada Allah s.w.t
2) Melakukan maksiat secara rela hati
3) Berputus harap dari rahmat Allah s.w.t
4) Merasai terlindung dari balasan dan ancaman Allah s.w.t

Empat perkara yang berkaitan dengan lidah:


5) Bersaksi bohong
6) Menuduh zina
7) Sihir

AKI / ANNUR 2005


AQIDAH SPA 101 / 2 / 23
_______________________________________________________________________
8) Bersumpah palsu iaitu bersumpah dengan menyalahkan yang hak dan
membenarkan yang batil.

Tiga perkara yang berkaitan dengan perut:


9) Minum arak
10) Memakan harta anak yatim
11) Memakan riba

Dua perkara yang berkaitan dengan alat kelamin:


12) Zina
13) Liwat

Dua perkara yang berkaitan dengan tangan:


14) Membunuh
15) Mencuri

Satu perkara yang berkaitan dengan kedua kaki:


16) Melarikan diri dari medan perang.

Terakhir sekali yang berkaitan dengan:


17) Menderhaka terhadp kedua ibu bapa.

(b) Dosa Kecil

Dosa kecil ialah kesalahan yang tidak diberi amaran azab yang keras di akhirat
dan tidak diperuntukkan hukuman tertentu di dunia. Contohnya melihat aurat
bukan muhrim, ingkar arahan guru, tidak bermoral dan seumpamanya lagi.

Allah s.w.t. berfirman

‫ﺳ ُﻊ‬
ِ ‫ﻚ ٰو‬
َ ‫ن َر َﺑ‬
‫ﺶ ِإ ﱠﻻ اﻟﱠﻠ َﻤ َﻢ ِإ ﱠ‬
َ ‫ﺣ‬
ِ ‫ﺠ َﺘ ِﻨ ُﺒ ْﻮا َآﺒ ِﺌ َﺮ ا ِﻹ ْﺛ َﻢ َوا ْﻟ َﻔ َﻮا‬ْ ‫ﻦ َﻳ‬ َ ‫َاﱠﻟ ِﺬ ْﻳ‬
ٰ‫ا ْﻟ َﻤ ْﻐ ِﻔ َﺮ ٌة‬
ٰ "Orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan-perbuatan
yang keji kecuali dosa-dosa kecil sesungguhnya Tuhan engkau Maha luas
keampunanNya.”
(Surah an-Najm: 32)

AKI / ANNUR 2005


AQIDAH SPA 101 / 2 / 24
_______________________________________________________________________
Ayat yang tersebut menjelaskan perkataan ‘al-Lam am’ yang dimaksudkan oleh
Allah s.w.t. sebagai dosa-dosa kecil yang tidak dapat dihindari dari
melakukannya oleh setiap manusia biasa kecuali orang yang dipelihara oleh

Allah s.w.t. Ini menunjukkan bahawa terdapatnya dosa-dosa kecil. Dosa kecil
ini rendah sedikit tarafnya kalau hendak dibandingkan dengan dosa-dosa
besar. Dosa-dosa kecil ini adakalanya terhapus apabila melakukan kebajikan dan
amal kebaikan, sepertimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
“Solat lima waktu, solat Jumaat hingga ke solat jumaat yang berikutnya dan
Ramadan hingga Ramadan berikutnya dapat menghapuskan dosa-dosa kecil
selama tidak melakukan dosa-dosa besar.”

Namun demikian jangan sekali-kali kita menganggap bahawa dosa-dosa kecil ini
satu perkara yang remeh dan tidak membawa kepada kemudharatan. Perkara ini
jelas dinyatakan dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Awaslah kamu terhadap dosa-dosa yang remeh, kerana dosa-dosa itu akan
terkumpul dan akan membinasakannya.”

Berdasarkan hadis ini, jelas menunjukkan bahawa dosa-dosa kecil yang sentiasa
dilakukan akan terkumpul dan akan menjadi perkara yang besar serta
memudaratkan. Apabila sesuatu perkara buruk yang dilakukan akan membawa
kemudaratan, maka sudah semestinya ia wajib dijauhkan dan dihindarkan.

2.3.3 KESAN PSIKOLOGI TERHADAP KEYAKINAN DAN KEFAHAMAN


TENTANG DOSA DAN PAHALA

ƒ Beriman kepada Allah dan Rasul serta rukun-rukun imanyang lain dengan
sepenuh hati.
ƒ Mendorong seseorang melakukan amal soleh yang diredhai Allah s.w.t
ƒ Sentiasa melaksanakan perintah Allah s.w.t dan menjauhkan diri daripada
melakukan perkara-perkara yang ditegah syarak.
ƒ Ikhlas melakukan amal ibadat dan kebajikan.
ƒ Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w dengan memperbanyakkan selawat
dan mencontohi akhlak baginda.
ƒ Berusaha menghindarkan diri daripada perbuatan yang dimurkai Allah s.w.t.
ƒ Sentiasa bertaubat dan beristighfar daripada dosa dan berusaha tidak
mengulanginya.

AKI / ANNUR 2005


AQIDAH SPA 101 / 2 / 25
_______________________________________________________________________
ƒ Sentiasa berkorban harta, tenaga, fikiran dan nyawa utuk menegakkan agama
Allah s.w.t.

KESIMPULAN

Sesungguhnya orang yang beriman kepada Allah s.w.t dengan sepenuh hati akan sentiasa
menginsafi bahawa Allah s.w.t bersifat Maha Adil yang akan memberi pembalasan di atas
perbuatan hambaNya. Balasan neraka yang dijanjikan Allah s.w.t akan mengingatkan
manusia tentang siksa yang mengerikan di atas perbuatan dosa yang dilakukan, sebaliknya
segala pengorbanan dan amalan baik yang dilakukan di dunia akan diberi ganjaran syurga di
akhirat kelak.

AKI / ANNUR 2005


AQIDAH SPA 101 / 2 / 26
_______________________________________________________________________

AKTIVITI

2.4 Isi tempat kosong dengan pernyataan yang betul.

Maksud Dosa

Dosa Besar Dosa Kecil

2.5 Dua contoh perbuatan derhaka kepada ibu bapa

a. _______________________________________________________________

b. _______________________________________________________________

2.6 Nyatakan empat kesan psikologi terhadap keyakinan dan kefahaman tentang dosa
dan pahala.

AKI / ANNUR 2005


AQIDAH SPA 101 / 2 / 27
_______________________________________________________________________

MAKLUMBAL
AS AKTIVITI
2C

2.4 Dosa Besar ialah segala perbuatan yang dilarang oleh Allah s.w.t. melakukannya
sepertimana yang terdapat di dalam al Quran dan as Sunnah. Segala perbuatan yang
dilakukan ini akan membawa kepada balasan terhadap pelakunya semasa di dunia
dan dijanjikan dengan neraka oleh Allah s.w.t. di akhirat kelak.

Dosa kecil ialah kesalahan yang tidak diberi amaran azab yang keras di akhirat dan
tidak diperuntukkan hukuman tertentu di dunia.

2.5 Perbuatan yang menderhaka kepada ibu bapa ialah:

a. meninggikan suara ketika bercakap dengan mereka


b. menyakitkan hati ibu bapa

2.6 Empat kesan psikologi terhadap keyakinan dan kefahaman dosa dan pahala ialah:

ƒ Beriman kepada Allah dan Rasul serta rukun-rukun imanyang lain dengan
sepenuh hati.
ƒ Mendorong seseorang melakukan amal soleh yang diredhai Allah s.w.t
ƒ Sentiasa melaksanakan perintah Allah s.w.t dan menjauhkan diri daripada
melakukan perkara-perkara yang ditegah syarak.
ƒ Ikhlas melakukan amal ibadat dan kebajikan

AKI / ANNUR 2005


AQIDAH SPA 101 / 2 / 28
_______________________________________________________________________

INPU
T 2D

2.4 TAUBAT

2.4.0 PENGENALAN

Status manusia berbeza dengan malaikat yang penuh dengan kesucian dan kemuliaan
dengan tabiatnya yang selalu patuh dan taat kepada Allah s.w.t Tetapi juga hakikat
manusia berlainan dengan iblis yang statusnya derhaka selama-lamanya. Manusia
berada di antara keduanya yang adakalanya akan terjerumus ke tahap kemuliaan dan
kesucian tetapi juga ada ketikanya akan terjerumus ke dalam lembah kehinaan dan
kederhakaan bila tergoda dengan bisikan syaitan.

Manusia dianugerahi sejumlah keistimewaan tertentu dibandingkan dengan


makhluk-makhluk lainnya, namun juga kelemahan-kelemahan. Salah satu daripada
kelemahannya ialah apabila dirayu oleh iblis dengan pujukan yang manis kadang-
kadang akan tergoda mengikutinya.

Jika Nabi Adam a.s. pernah melakukan kealpaan dan kekhilafan, maka anak cucunya
tidak lepas dari keadaan tersebut, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.

‫ن‬
َ ‫ﻦ اﻟ َﺘ ﱠﻮا ُﺑ ْﻮ‬
َ ‫ﻄﺎ ِﺋ ْﻴ‬
‫ﺨﱠ‬َ ‫ﺧ ْﻴ ُﺮ ا ْﻟ‬
َ ‫ن َو‬
َ ‫ﻄﺎ ُء ْو‬
‫ﺧﱠ‬َ ‫ﻞ ا ْﺑ ِﻨﻰ ﺁ َدم‬
‫ُآ ﱡ‬
“ Tiap-tiap Bani Adam itu berbuat banyak kesalahan, tetapi sebaik-baik orang yang
banyak berbuat kesalahan ialah orang-orang yang banyak bertaubat.”

Tiga Faktor Utama Manusia Selalu Melakukan Kesalahan Atau Dosa:

AKI / ANNUR 2005


AQIDAH SPA 101 / 2 / 29
_______________________________________________________________________

Pertama; watak yang lemah (dhaif) untuk melawan godaan syaitan kecuali mereka
yang ikhlas dalam agama.

Kedua; Kecenderungan (naluri) manusia merasakan kesenangan, sehingga kadang-


kadang keinginan dan hawa nafsu mengalahkan pertimbangan akal.

Ketiga; Manusia selalu terkepung oleh keadaan yang dapat membawanya kepada
pelanggaran norma-norma Ilahi, dalam keadaan mana syaitan memainkan peranan
aktif menunggu peluang yang tepat untuk menjerumuskan Bani adam.

Segolongan manusia mampu bertahan dengan kekuatan iman yang membentengi


peribadinya dan segolongan pula terjerumus mengerjakan larangan Allah s.w.t.
ٰ dia mengakui kesalahannya.Firman Allah s.w.t.

‫ﻦ‬
َ ‫ﺴ ِﺮ ْﻳ‬
ِ ‫ﻦ اﻟْﺨ‬
َ ‫ن ِﻣ‬
َ ‫ﺣ ْﻤ َﻨﺎ َﻟ َﻨ ُﻜ ْﻮ‬
َ ‫ن َﻟ ْﻢ َﺗ ْﻐ ِﻔ ْﺮ َﻟ َﻨﺎ َو َﺗ ْﺮ‬
ْ ‫ﺴ َﻨﺎ َوِإ‬
َ ‫ﻇ َﻠ ْﻤ َﻨﺎ َأ ْﻧ ُﻔ‬
َ ‫َﻗﺎ َﻻ َر ﱠﺑ َﻨﺎ‬
“Kedua-duanya (Adam dan Hawa) berkata: Hai tuhan kami, sesungguhnya kami
telah menganiayai diri kami sendiri. Sekiranya Engkau tidak mengampunkan kami
dan tidak Engkau rahmati kami, nescaya jadilah kami daripada orang-orang yang
rugi.” (Surah al-A’raf: 23)

Demikian juga Nabi Yunus ketika meninggalkan kaumnya dengan amarah, suatu
kesalahan kerana meninggalkan tugas yang diamanahkan Allah s.w.t. kepadanya.
Ketika ikan menelan dirinya, sedarlah Nabi Yunus akan kesalahannya sebagaimana
firman Allah s.w.t “Dan ingatlah sahabat ikan itu (Yunus), tatkala ia pergi dengan
marah kerana ia sangka bahawa Kami tiada berkuasa ke atasnya, maka ia berseru
dalam kegelapan bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau,
sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya.” (Surah al-Anbiyak:
87)

Oleh kerana itulah sebagai hamba Allah yang tidak lepas daripada melakukan
kesilapan kita hendaklah memohon keampunan dan bertaubat kepada Allah s.w.t.

2.4.1 PENGERTIAN TAUBAT

Taubat dari segi bahasa ertinya kembali. Yang dimaksudkan dalam istilah syariat
ialah kembali kepada kesucian setelah melakukan dosa. Takrif taubat yang lengkap

AKI / ANNUR 2005


AQIDAH SPA 101 / 2 / 30
_______________________________________________________________________
dirumuskan seperti berikut: Berhenti daripada melakukan kesalahan atau dosa,
menyesal di atas kesilapan yang telah dilakukan dan berazam tidak mengulangi lagi
serta terus mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Hukumnya adalah wajib ke atas
mereka yang telah melakukan dosa, sebagaimana firman Allah s.w.t;

‫ن‬
َ ‫ﺤ ْﻮ‬
ُ ‫ن َﻟ َﻌﱠﻠ ُﻜ ْﻢ ُﺗ ْﻔِﻠ‬
َ ‫ﺟ ِﻤ ْﻴ ًﻌﺎ َأ ﱡﻳ َﻬﺎ ا ْﻟ ُﻤ ْﺆ ِﻣ ُﻨ ْﻮ‬
َ ‫ﷲ‬
ِ ‫َو ُﺗ ْﻮ ُﺑ ْﻮا ِاَﻟﻰ ا‬
“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman,
supaya kamu beruntung.”
(Surah an Nur : 31)

Dalam kitab Riyadhus-salihin, An-Nawawi mengutarakan bahawa taubat itu wajib


dari setiap dosa. Jika maksiat itu hanya antara dia dengan Allah tidak berhubungan
dengan hak manusia, maka ada tiga syarat taubat.

Pertama: Menghentikan maksiat.


Kedua : Menyesal atas perbuatan yang telah terlanjur dilakukan.
Ketiga : Menyelesaikan urusannya dengan orang yang berhak, misalnya
mengembalikan barang yang harus dikembalikannya atau
meminta maaf.

2.4.2 MENGAPA MESTI BERTAUBAT

Kita wajib beriman sepenuhnya bahawa Allah s.w.t. Berkuasa kepada semua
makhluknya di bumi atau langit. Dia mengetahui segala yang berlaku kepada
makhluknya sama ada yang lahir atau yang tersembunyi dan Dia juga berkuasa untuk
memberikan keampunan kepada seseorang yang dikehendakiNya. Oleh itu kita
hendaklah percaya kepada rukun iman dan melaksanakan perintah dan meninggalkan
laranganNya. Dan hendaklah sentiasa berdoa memohon keampunan dan pertolongan
Allah s.w.t kerana setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan.
Terdapat beberapa faktor mengapa manusia mesti bertaubat, di antaranya ialah:

ƒ Memberi peluang kepada orang yang berdosa kembali ke jalan Allah s.w.t
ƒ Memberi ketenangan hati kepada muslim yang bertaubat.
ƒ Mendapat keampunan dan petunjuk Allah s.w.t sebagai satu cara
mendekatkan diri kepada Allah s.w.t
ƒ Meningkatkan keimanan kerana menyedari dirinya tidak sempurna.

AKI / ANNUR 2005


AQIDAH SPA 101 / 2 / 31
_______________________________________________________________________
ƒ Mendapat balasan syurga di akhirat kelak.
ƒ Mengembalikan kembali silaturrahim.
ƒ Dikasihi dan dipelihara oleh Allah s.w.t sebagaimana firman Allah s.w.t

‫ﻦ‬
َ ‫ﻄ ﱢﻬ ِﺮ ْﻳ‬
َ ‫ﺐ ا ْﻟ ُﻤ َﺘ‬
ُ ‫ﺤ‬
ِ ‫ﻦ َو ُﻳ‬
َ ‫ﺐ اﻟ َﺘ َﻮا ِﺑ ْﻴ‬
‫ﺤ ﱡ‬
ِ ‫ﷲ ُﻳ‬
َ ‫نا‬
‫ِإ ﱠ‬
“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang
yang membersihkan diri.”
(surah al-Baqarah: 222)

2.4.3 SYARAT DAN RUKUN BERTAUBAT

i. Menyesal dengan sebenar-benarnya atas maksiat yang telah terlanjur


dilakukannya.
ii. Berhenti melakukan maksiat dengan serta-merta.
iii. Berazam tidak akan mengulanginya lagi.
iv. Jika kesalahan itu berkaitan dengan hak orang lain segeralah mengakuinya
dengan terus terang dan meminta maaf daripadanya.

Sekiranya kesemua rukun taubat disempurnakan, maka seseorang itu telah bertaubat
dengan sebenarnya atau dinamakan dengan taubat nasuha sebagaimana firman Allah
s.w.t.

‫ﺣﺎ‬
ً ‫ﺼ ْﻮ‬
ُ ‫ﷲ َﺗ ْﻮ َﺑ ًﺔ َﻧ‬
ِ ‫ﻦ َءا َﻣ ُﻨﻮا ُﺗ ْﻮ ُﺑ ْﻮا ِاَﻟﻰ ا‬
َ ‫َﻳﺎ َأ ﱡﻳ َﻬﺎ اﱠﻟ ِﺬ ْﻳ‬
“ Wahai orang-orang yang beriman bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat
nasuha.
(Surah at-Tahrim : 8)

Imam Ghazali membahagikan taubat kepada tiga jenis:


i. Pertama: Taubat orang awam iaitu taubat yang dilakukan terhadap dosa-dosa
lahir dan nyata misalnya berzina, mencuri, membunuh orang dan lain-lain.
ii. Kedua : Taubat yang khusus yakni taubat yang dilakukan kerana dosa-dosa
batin misalnya dengki, takbur, ujub dan lain-lain.

AKI / ANNUR 2005


AQIDAH SPA 101 / 2 / 32
_______________________________________________________________________
iii. Ketiga : Taubat yang lebih khusus iaitu taubat dari kealpaan dan kelalaian
mengingati Tuhan. Rangka taubat yang demikian itulah yang dimaksudkan
oelh rasulullah s.a.w dalam hadis bahawa belaiu sendiri bertaubat kepada
tuhan seratus kali sehari.

2.4.4 CONTOH DAN KISAH TAUBAT

Dalam riwayat al Bukhari dan Muslim nabi s.a.w. menceritakan di zaman dahulukala
ada seorang pembunuh yang telah membunuh 99 orang kemudian dia ingin
bertaubat. Ketika dia bertanya kepada seorang alim apakah taubatnya masih dapat
diterima Allah, pendita itu menjawab taubatnya itu tidak dapat diterima lagi, maka
orang alim itulah dibunuhnya pula sehingga genaplah 100 orang yang dibunuhnya.

Dia cuba menghubungi orang alim lainnya. Orang alim itu memberikan jalan
kemungkinan diterima taubatnya dan dianjurkan pergi ke negeri yang penduduknya
banyak orang yang taat kepada Allah s.w.t. dan jangan lagi kembali ke negerinya
semula kerana negeri itu banyak penjahatnya. Berangkatlah pembunuh itu, dan
ternyata dalam perjalanan dia menemui ajalnya.

Ketika datang malaikat rahmat untuk membawa ruhnya ketika itu datang pula
malaikat azab , bertengkarlah kedua malaikat itu. Berkata malaikat rahmat dia telah
menempuh perjalanan kerana dia telah bertaubat kepada Allah dan mencari
keampunanNya. Berkata malaikat azab, dia belum pernah berbuat kebaikan sama
sekali maka datanglah malaikat yang akan menghakimi keduanya lalu mengukur
jarak perjalanan yang telah dilaluinya dengan negeri yang ditujunya, ternyata negeri
yang ditujunya itu lebih dekat sejengkal daripada negeri yang ditinggalkannya, maka
ruhnya dibawa oleh malaikat rahmat.

Riwayat ini menggambarkan bahawa betapa pun beratnya dosa jika pelakunya
sungguh-sungguh bertaubat dengan berhijrah dari larangan Allah kepada perintah
Allah, maka InsyaAllah taubatnya akan dikabulkan.

AKI / ANNUR 2005


AQIDAH SPA 101 / 2 / 33
_______________________________________________________________________

AKTIVITI

Pilih jawapan yang betul.

2.7 Apakah hukum bertaubat bagi umat Islam yang melakukan dosa?

A. Harus
B. Makruh
C. Wajib
D. Haram

2.8 Berikut adalah pernyataan yang benar tentang bertaubat kecuali:

A. Walaupun kita tidak melakukan dosa kita tidak perlu beristighfar memohon
keampunan Allah swt.

B. Bertaubat akan menjadikan jiwa seseorang erasa tenang dan tenteram.

C. Menurut Imam Ghazali taubat yang lebih khusus iaitu taubat dari kealpaan
dan kelalaian mengingati Tuhan.

D. Taubat dari segi bahasa bermaksud kembali.

2.9 Nyatkan tiga hikmah taubat.

AKI / ANNUR 2005


AQIDAH SPA 101 / 2 / 34
_______________________________________________________________________
a. .......................................................................................................................

b. .......................................................................................................................

c. .......................................................................................................................

MAKLUMBAL
AS AKTIVITI
2D

JAWAPAN

2.7 C

2.8 A

2.9 i. Memberi peluang kepada orang yang berdosa kembali ke jalan Allah s.w.t
ii. Memberi ketenangan hati kepada muslim yang bertaubat.
iii. Mendapat keampunan dan petunjuk Allah s.w.t sebagai satu cara
mendekatkan diri kepada Allah s.w.t

AKI / ANNUR 2005


AQIDAH SPA 101 / 2 / 35
_______________________________________________________________________

FAKTA KUNCI

1. Pengertian Aqidah:
Pengertian aqidah dari segi bahasa ialah perkataan yang berasal dari bahasa arab
makna literalnya merujuk kepada ikatan kemas atau simpulan mati.
Dari segi istilah, aqidah Islam ialah kepercayaan atau keimanan kepada hakikat dan
nilai yang mutlak yang tetap dan kekal, yang pasti dan hakiki lagi suci seperti yang
diwajibkan oleh Islam iaitu kepercayaan yang tersimpul dengan teguh dalam jiwa
yang tidak mungkin terurai dalam apa jua keadaan dan suasana.

2. Kepentingan Aqidah ialah:


• Untuk memperolehi keyakinan yang mantap tentang kewujudan Allah s.w.t.
dan kesempurnaan sifat-sifatNya berdasarkan dalil-dalil naqli dan aqli.
• Melahirkan kesedaran bahawa seluruh kehidupan adalah di bawah kawalan
pengawasan dan kekuasaan Allah s.w.t.
• Melahirkan perasaan cinta dan takut akan Allah s.w.t. serta melahirkan umat
atau bangsa yang mulia.

3. Kesan Pelanggaran Aqidah Yang Benar:


• Melahirkan manusia yang menyengutukan Allah s.w.t. (syirik) pada zat, sifat
dan perbuatanNya.
• Melahirkan umat yang mempersendakan sesuatu dari al Quran dan Sunnah
sehingga mengakibatkan masyarakat berpecah-belah dan munculnya ajaran
sesat di dalam masyarakat.

AKI / ANNUR 2005


AQIDAH SPA 101 / 2 / 36
_______________________________________________________________________
• Mewujudkan berbagai-bagai ajaran sesat di dalam masyarakat.

4. Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

Ahli Sunnah Wal Jamaah ertinya penganut sunnah nabi; Wal Jamaah ertinya jemaah
para sahabat nabi s.a.w; maka aliran ahli sunnah wal Jamaah ialah orang-orang
yang menganut iktikad yang dianuti oleh nabi Muhammad s.a.w. dan iktikad
para sahabat baginda di mana iktikad pegangan nabi s.a.w. dan para sahabatnya
terkandung di dalam al Quran dan as Sunnah rasul sendiri.

5. Kejadian Manusia Dari Perspektif Islam:

Berdasarkan surah al-Mukmin : 12 – 14, proses kejadian manusia adalah seperti


berikut:

i. Sperma lelaki akan bercampur dengan ovum perempuan dan membentuk


nutfah.
ii. Nutfah akan bertukar menjadi alaqah (segumpal darah).
iii. Kemudian alaqah akan bertukar menjadi mudghah (segumpal daging).
iv. Daripada segumpal daging itu terbentuk pula izaman (tulang-belulang).
v. Kemudian tulang-belulang akan dibaluti oleh lahman (daging yang
membaluti).
vi. Selepas itu akan terbentuklah manusia dengan anggota.
vii. Seterusnya Allah s.w.t. mengutuskan malaikat meniupkan ruh ke dalam
tubuh manusia.

6. Pahala:
Ganjaran baik yang diberikan oleh Allah di akhirat kelak kepada mukmin yang taat
dan patuh kepada Allah s.w.t. serta melakukan amalan-amalan soleh.

7. Dosa
Balasan buruk yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepada hambaNya yang tidak patuh
(engkar) pada perintah Allah s.w.t.

i. Dosa Besar
kesalahan yang diberi amaran oleh Allah swt. dengan azab yang keras di
akhirat.

AKI / ANNUR 2005


AQIDAH SPA 101 / 2 / 37
_______________________________________________________________________

ii. Dosa Kecil


ialah kesalahan yang tidak diberi amaran azab yang keras di akhirat kelak
dan tidak diperuntukkan hukuman tertentu di dunia. Dosa-dosa kecil jika
dilakukan berterusan akan menjadi dosa besar.

8. Pengertian Taubat:
Bahasa ertinya kembali.
Istilah syarak: Kembali kepada kesucian setelah melakukan dosa yakni berhenti
daripada melakukan kesalahan atau dosa, menyesal di atas kesilapan yang telah
dilakukan dan berazam tidak mengulangi lagi serta terus mendekatkan diri kepada
Allah s.w.t.

AKI / ANNUR 2005


AQIDAH SPA 101 / 2 / 38
_______________________________________________________________________

PENILAIAN
KENDIRI

1. Terangkan proses kejadian manusia mengikut perspektif Islam.

2. Berdasarkan ayat di bawah, jelaskan tentang tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh
seorang individu terhadap masyarakat berdasarkan tanggungjawab sebagai khalifah yang
telah diberikan oleh Allah SWT.

Firman Allah Ta’ala :

Maksudnya :
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada
kebajikan (mengembangkan Islam). Dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik,
serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat
demikian ialah orang-orang yang berjaya.
(Ali Imran: 104)

3. Terangkan 3 perkara yang boleh mendatangkan pahala.

AKI / ANNUR 2005


AQIDAH SPA 101 / 2 / 39
_______________________________________________________________________

4. Jelaskan syarat dan rukun taubat.

PENILAIAN KENDIRI

1. Proses kejadian manusia mengikut perspektif Islam ialah

ƒ Sperma lelaki akan bercampur dengan ovum perempuan dan membentuk


nutfah.
ƒ Nutfah akan bertukar menjadi alaqah (segumpal darah).
ƒ Kemudia alaqah akan bertukar menjadi mudghah (segumpal daging).
ƒ Daripada segumpal daging itu terbentuk pula izaman (tulang-belulang).
ƒ Kemudian tulang-belulang akan dibaluti oleh lahman (daging yang
membaluti)
ƒ Selepas itu akan terbentuklah manusia dengan anggota.
ƒ Seterusnya Allah s.w.t. mengutuskan malaikat meniupkan ruh ke dalam
tubuh manusia.

2. Jawapan yang bersesuaian dengan maksud ayat.

3. Tiga perkara yang boleh mendatangkan pahala ialah:


ƒ Memperbanyakkan melakukan ibadat-ibadat sunat selain beristiqamah
menunaikan ibadat yang fardu.
ƒ Berusaha memperbanyakkan amal kebajikan dan berfaeah untuk diri,
keluaraga, masyarakat dan negara.
ƒ Menjalin hubungan baik sesama manusia sama ada terhadap ibu bapa,
keluarga, jiran dan masyarakat.

AKI / ANNUR 2005


AQIDAH SPA 101 / 2 / 40
_______________________________________________________________________
4. Syarat dan rukun bertaubat adalah seperti berikut:
ƒ Menyesal dengan sebenar-benarnya atas maksiat yang telah terlanjur
dilakukannya.
ƒ Berhenti melakukan maksiat dengan serta-merta.
ƒ Berazam tidak akan mengulanginya lagi.
ƒ Jika kesalahan itu berkaitan dengan hak orang lain segeralah mengakuinya
dengan terus terang dan meminta maaf daripadanya.

AKI / ANNUR 2005


IBADAH DAN PEMBANGUNAN SPA101 / 3 /1
___________________________________________________________________

UNI
T IBADAH
3

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM

1. Memahami konsep Ibadah dalam Islam serta perbezaan Ibadah Umum dan
Khusus
2. Memahami perlakuan yang menjadi ibadah dan perlakuan yang menjadi adat
sahaja
3. Memahami solat jemaah merupakan asas pengurusan dan kepimpinan.dalam
Islam.

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:

1. menyatakan takrif Ibadah.


2. membezakan ibadah khusus dan ibadah umum
3. memberi contoh perlakuan adat yang menjadi ibadah
4. mengaitkan solat jemaah dengan pengurusan organisasi
5. menyatakan adab sebagai imam dan pemimpin
6. menyatakan kriteria pemilihan imam dan pemimpin

AKI / ANNUR 2005


IBADAH DAN PEMBANGUNAN SPA101 / 3 /2
___________________________________________________________________

INPU
T 3A

3.1 BEKERJA SEBAGAI IBADAH

3.1.0 PENGENALAN.
Fungsi utama manusia di atas muka bumi ini adalah untuk beribadah kepada
Allah s.w.t. sebagai tanda kesyukuran atas kurniaan rahmat Allah s.w.t. yang
tidak terhingga dan tidak ternilai. Kehidupan manusia di dunia adalah sementara
dan merupakan jambatan bagi menuju ke akhirat. Kehidupan akhirat lebih kekal
dan abadi, manakala kehidupan di dunia terhad dalam jangka masa khusus yang
diberikan oleh Allah s.w.t. kepada manusia bagi menyediakan bekalan
secukupnya di akhirat. Bekalan itu ialah amalan soleh yang merangkumi konsep
ibadah.

3.1.1 KONSEP IBADAH


Konsep ibadat di dalam Islam merangkumi segala kegiatan manusia dari segi
rohaniah dan jasmaniah. Tiap-tiap seorang muslim boleh mencampurkan urusan
dunia dan akhirat. Inilah kombinasi yang indah di dalam Islam yang tidak
terdapat di dalam agama-agama lain. Setiap muslim boleh melaksanakan sifat
kesempurnaan yang dituntut oleh agama semasa ia menjalankan segala kegiatan
di bumi sebgai khalifah Allah seperti semasa mencari rezeki dan sebagainya
dengan syarat sentiasa mengikhlaskan hatinya ke jalan Allah.

Pengertian Ibadah
Perkataan ibadat datang dari perkataan Arab. Dari segi bahasa ibadat berert
patuh,
taat, tunduk, menyembah dan perhambakan diri kepada sesuatu. Dari segi istilah
ibadat bererti tindakan menurut dan mengikat diri dengan sepenuhnya kepada
segala perkara yang disyariatkan oleh Allah dan diseru oleh Rasul ,samada ia
berbentuk suruhan dan larangan.

AKI / ANNUR 2005


IBADAH DAN PEMBANGUNAN SPA101 / 3 /3
___________________________________________________________________

Di antara ayat perintah beribadat:

Firman Allah s.w.t;


‫ن‬
َ ‫ﻻ ِﻟ َﻴ ْﻌ ُﺒ ُﺪ ْو‬
‫ﺲ ِإ ﱠ‬
َ ‫ﻹ ْﻧ‬
ِ ‫ﻦ َوا‬
‫ﺠﱠ‬ِ ‫ﺖ ا ْﻟ‬
ُ ‫ﺧَﻠ ْﻘ‬
َ ‫َو َﻣﺎ‬
“ Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk
mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” (Surah az-Zaariyat:56)

Sabda Rasulullah s.a.w.;

‫ﻚ َﺗﺮَا ُﻩ‬
َ ‫ﷲ َآ َﺄ ﱠﻧ‬
َ ‫ن َﺗ ْﻌ ُﺒ َﺪ ا‬
ْ ‫ن َﻗﺎ َل َأ‬
ِ ‫ﺴﺎ‬
َ ‫ﺣ‬ْ ‫ﻦ ا ِﻹ‬ ِ‫ﻋ‬ َ ‫ﺧ ِﺒ ْﺮ ِﻧﻰ‬
ْ ‫َﻗﺎ َل َﻓ َﺄ‬
‫ك‬
َ ‫ﻦ َﺗﺮَا ُﻩ َﻓ ِﺈ ﱠﻧ ُﻪ َﻳﺮَا‬
ْ ‫ن َﻟ ْﻢ َﺗ ُﻜ‬
ْ ‫َﻓ ِﺈ‬
“Apakah dia ihsan? Jawab baginda: Ihsan ialah kamu menyembah Allah
seolah-olah kamu melihatNya maka jika kamu tidak melihatNya maka
sesungguhnya Dia melihat kamu.”

Daripada ayat dan hadis di atas, kita dapat memahami bahawa:

• Allah s.w.t. menciptakan umat manusia dan memerintah mereka supaya


melakukan ibadat serta menjunjung perintahNya dan meninggalkan
larangan-laranganNya.

• Tujuan sebenar Allah s.w.t. menciptakan manusia ialah untuk beribadat.

• Manusia diwajibkan beribadat kepada Allah s.w.t. tanpa menyengutui


Allah dengan sesuatu makhluk.

• Manusia dituntut beribadat kepada Allah s.w.t. sehingga akhir hayatnya


kerana seseorang itu tidak terlepas dari tanggungjawab tersebut.

• Setiap peribadatan hendaklah berdasarkan keikhlasan yang lahir daripada


hati yang redha sebagai mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.

AKI / ANNUR 2005


IBADAH DAN PEMBANGUNAN SPA101 / 3 /4
___________________________________________________________________
3.1.2 RUANGLINGKUP IBADAT UMUM DAN IBADAT KHUSUS

Ibadat di dalam Islam meliputi seluruh aktiviti-aktiviti kehidupan manusia


sama ada perbuatan, perkataan, tingkahlaku, ataupun cara berfikir
merupakan ibadat asalkan tidak bercanggah dengan ajaran Islam dan
disertakan dengan niat untuk mendapat keredhaan Allah, melaksanakan
perintah Allah, berbudi pekerti yang mulia, berjihad di jalan Allah,
menegakkan kebenaran, menentang kemungkaran adalah ibadat.

Di dalam Islam, ibadat terbahagi kepada dua iaitu Ibadat Umum dan
Ibadat Khusus.

i. Ibadat Umum:
Ialah perlakuan manusia yang mempunyai hubungan ketuhanan kepada
Allah dan hubungan baik sesama manusia sama ada kegiatan itu
berkaitan dengan diri sendiri urusan keluarga, masyarakat ataupun
negara. Contohnya bersedekah, berbuat baik sesama manusia, mencari
rezeki yang halal menuntut ilmu dan sebagainya.

ii. Ibadat Khusus:


Ialah semua bentuk ibadat yang ditentukan oleh Allah dan wajib
dilaksanakan bagi menjaga hubungan dengan Allah dan sesama
manusia yang terkandung di dalam fardu ain secara ilmu dan amal. Ia
terbahagi kepada dua iaitu Ibadat Khusus Wajib dan Ibadat Khusus
Sunat.

• Ibadat Khusus Wajib ialah ibadat yang mesti dilakukan oleh


setiap orang Islam yang cukup syarat bagi melakukannya
seperti syahadat, solat lima waktu, berpuasa dalam bulan
Ramadan, menunaikan zakat dan menunaikan haji.

• Ibadat Khusus Sunat ialah ibadat yang sangat digalakkan


seperti solat sunat, puasa sunat dan lain-lain.

Ciri-Ciri Ibadat Dalam Islam

• Ibadat hanya dikerjakan semata-mata kerana Allah swt. Al Quran


menitik beratkan bahawa ibadat itu hendaklah dilakukan kerana
Allah swt semata-mata.

• Perhubungan langsung antara hamba dan PenciptaNya. Dalam


Islam perlindungan dapat dilakukan oleh seseorang hamba dengan
Allah swt secara langsung. Ibadat dalam Islam tidak berhajat

AKI / ANNUR 2005


IBADAH DAN PEMBANGUNAN SPA101 / 3 /5
___________________________________________________________________
adanya orang tengah sebagaimana yang terdapat pada setengah-
setengah agama lain.

• Melambangkan khusyuk yang penuh dan ketaatan yang mutlak


kepada Allah swt. Ibadat dalam Islam melambangkan khusyuk
dan ketundukan seseorang sepenuhnya kepada Allah swt serta
ketaatannya yang mutlak terhadapNya. Oleh itu di dalam bidang
ibadat khusus, ia bersifat taufiqiyah, iaitu ia dilaksanakan
menurut garis-garis yang ditunjukkan oleh Rasulullah swt, tidak
boleh ditambah atau dikurangkan atau membuat sebarang
perubahan terhadapnya, sebagaimana sabda Rasulullah saw. ;

‫ﺻﻠﱢﻰ‬
َ ‫ﺻَﱡﻠﻮْا آَﻤَﺎ َرَأ ْﻳ ُﺘ ُﻤ ْﻮﻧِﻰ ُأ‬
"Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat."
(Riwayat al Bukhari)

3.1.3 SYARAT-SYARAT KERJA MENJADI IBADAT

Ibadat-ibadat Umum dan ibadat Khusus mempunyai syarat-syarat dan


rukun-rukun tertentu untuk diiktiraf sah dan diredhai Allah swt. Amalan-
amalan lain hanya akan diakui sebagai ibadat jika ia memenuhi syarat-
syarat berikut:

• Amalan yang dikerjakan itu hendaklah diakui Islam iaitu sesuai


dengan hukum-hukum syariat dan tidak bercanggah dengan hukum-
hukum tersebut.

• Amalan-amalan itu dikerjakan dengan niat yang baik dan diredhai


Allah. Sebagai seorang muslim amalan mestilah untuk memelihara
kehormatan dirinya,menyenangkan keluarganya, memberi manfaat
kepada umatnya dan dapat memakmurkan bumi Allah swt.

• Amalan-amalan itu hendaklah dibuat dengan seelok-eloknya bagi


menepati kehendak-kehendak hadis Rasulullah swt sebagaimana
yang diriwayatkan oleh Muslim :

AKI / ANNUR 2005


IBADAH DAN PEMBANGUNAN SPA101 / 3 /6
___________________________________________________________________
‫ﺊ‬
‫ﺷﱢ‬َ ِ‫ﻞ‬
‫ﻋَﻠﻰ ُآ ﱢ‬
َ ‫ن‬
َ ‫ﺴﺎ‬
َ‫ﺣ‬ْ‫ﻹ‬
ِ ‫ﺐا‬
َ ‫ﷲ َآ َﺘ‬
َ ‫نا‬
‫ِإ ﱠ‬
"Sesungguhnya Allah swt mewajibkan kebaikan pada tiap-tiap
sesuatu."

• Ketika melakukan sesuatu amalan, hendaklah sentiasa menurut


hukum-hukum syariat dan batasannya, seperti tidak menzalimi
orang, tidak khianat, tidak menipu dan tidak merampas hak orang.

• Tidak lalai dan tidak cuai menjalankan kewajipan ibadat-ibadat


khusus seperti solat, puasa dan sebagainya ketika mengerjakan
amalan-amalan dunia.

Apabila seseorang mukmin dapat menyempurnakan kelima-lima syarat di atas


dalam mengendalikan segala pekerjaan dan urusan hidupnya setiap hari, dia
dikira sentiasa beribadat kepada Allah swt meskipun dia tidak duduk di masjid-
masjid atau disurau-surau ketika membuat kerja-kerja tersebut.

Kesimpulan

Ibadat di dalam Islam ialah hakikat bahawa manusia adalah makhluk dan hamba
kepada Penciptanya dan kepadaNya mereka akan dikembalikan. Penyembahan
dan penyerahan diri kepada Allah swt, perhubungan yang suci dan perkhidmatan
yang penuh khusyuk dan rendah hati yang dilakukan oleh manusia kepada Allah
swt. merupakan ciri penting dalam amalan mengabdikan diri kepada Allah swt.
Wujudnya kesepaduan dan kaitan yang erat antara iman dan akhlak adalah untuk
melahirkan ibadat yang natijahnya diterima Allah swt.

AKI / ANNUR 2005


IBADAH DAN PEMBANGUNAN SPA101 / 3 /7
___________________________________________________________________

AKTIVITI

3.1 Nyatakan pengertian ibadat dari sudut:


i. Bahasa :
ii. Agama :

3.2 Berdasarkan ayat di bawah, jelaskan maksud potongan ayat di bawah ini:

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk
mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”
(Az-Zaariyat : 56)

_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________

3.3 Ibadah dalam Islam mempunyai makna yang amat luas dan mengandungi
pelbagai rukun dan syaratnya yang tertentu.
Manakah antara perkara berikut merupakan penentu sesuatu ibadah memperolehi
ganjaran atau tidak ?

A. Mengikut tertib.
B. Niat yang betul.
C. Menjaga adab-adabnya.
D. Melakukannya dengan bersungguh-sungguh.

3.4 Dari segi istilah agama, ibadah membawa maksud:

AKI / ANNUR 2005


IBADAH DAN PEMBANGUNAN SPA101 / 3 /8
___________________________________________________________________
i. Suatu tindakan mengikat diri kepada segala perkara yang disyariatkan
oleh Allah dan Rasul.
ii. Melakukan suruhan dan meninggalkan larangan Allah.
iii. Patuh kepada undang-undang agama.
iv. Menyembah dan beramal kepada Allah.

A. i dan ii
B i, ii dan iii
C ii dan iv
D i,ii, iii dan iv

3.5. Berikut adalah ibadah-ibadah umum ynag dilakukan oleh seseorang muslim.

i. Membaca al Qur’an.
ii. Membayar zakat.
iii. Mencari rezeki.
iv. Solat.

A. i dan iii
B. ii dan iv
C. iii dan iv
D. i,ii,iii dan iv

3.6.

Maksudnya:
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk
mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”
(Az-Zaariyat : 56)

Berdasarkan ayat di atas ibadah yang dimaksudkan ialah :

A. Taat melakukan segala perintah Allah.


B. Melakukan ibadah kepada Allah dengan ikhlas.
C. Patuh kepada segala yang disyariatkan Allah sama ada suruhan atau
larangan.
D. Mengerjakan ibadah khusus dan umum yang disyariatkan Allah kepada
hambaNya.

AKI / ANNUR 2005 MAKLUMBAL


AS AKTIVITI
3A
IBADAH DAN PEMBANGUNAN SPA101 / 3 /9
___________________________________________________________________

3.1 Dari segi bahasa ibadat bererti patuh, taat, tunduk, menyembah dan perhambakan
diri kepada sesuatu.

Dari segi istilah agama:


Ibadat bererti tindakan menurut dan mengikat diri dengan sepenuhnya kepada
segala perkara-perkara yang disyariatkan oleh Allah dan diseru oleh para Rasul,
sama ada ia berbentuk suruhan atau larangan.

3.2 Apa saja ulasan yang bertepatan dengan ayat yang diberikan.

3.3 B

3.4 D

3.5 A

3.6 A

INPU
AKI / ANNUR 2005
T 3B
IBADAH DAN PEMBANGUNAN SPA101 / 3 /10
___________________________________________________________________

3.2 BANDING BEZA IBADAH DAN ADAT

3.2.0 PENGENALAN

Islam mengakui seluruh kehidupan manusia dan setiap aspek gerak laku
kemanusiaan yang menuju kepada sasarannya adalah ibadah kepada Allah swt.
Daripada itu, kehidupan manusia adalah terbatas dan berkisar pada persekitaran
peribadatan; sebagai contoh bersifat adil kepada manusia, membangunkan muka
bumi dan menuntut ilmu.

3.2.1 Perlakuan Yang Menjadi Ibadah dan Perlakuan Yang Menjadi Adat Sahaja

Setiap amalan yang diperintahkan Allah swt. kita melakukannya seperti ibadat
solat, puasa dan lain-lain adalah dikatakan sebagai ibadah. Begitu juga sesuatu
amalan yang kita kerjakan dengan niat yang baik turut dikatakan ibadah
seperti:

• Riadah dengan tujuan untuk menjaga kesihatan supaya dapat melakukan


ibadat dengan khusyuk.
• Masuk ke masjid dengan niat iktikaf
• Bekerja dengan niat untuk mencari nafkah diri, keluarga dan untuk
bersedekah.
• Mandi pada pagi hari raya akan menjadi ibadah jika ada niat mandi sunat
hari raya.

Manakala sesuatu amalan yang dikerjakan tanpa niat kepada Allah swt adalah
dikatakan sebagai adat ataupun kebiasaan sahaja seperti:

• Riadah tanpa niat.


• Masuk ke masjid tanpa niat.
• Belajar semata-mata untuk mendapatkan sijil dan pekerjaan.
• Mandi pada pagi hari raya jika tiada niat mandi sunat hari raya dikira
sebagai amalan bangun pagi mandi mencuci diri sahaja.

Di samping amalan yang menjadi adat atau kebiasaan, amalan turun temurun
sesuatu masyarakat turut dikatakan sebagai adat ('urf) dan ia boleh dipatuhi

AKI / ANNUR 2005


IBADAH DAN PEMBANGUNAN SPA101 / 3 /11
___________________________________________________________________
selagi tidak bertentangan dengan hukum syarak seperti adat seraya iaitu
bergotong-royong ketika musim menuai padi dan pada majlis perkahwinan
sesuatu tempat dan lain-lain lagi.

3.2.2 Faktor Yang Menjadikan Perlakuan Adat Sebagai Ibadat Dan Sebaliknya.

Rasulullah saw. bersabda;

‫ﺟ َﻬ ُﻪ‬
ْ ‫ﺼﺎ َوا ْﺑ َﺘ ِﻐﻰ ِﺑ ِﻪ َو‬
ً ‫ﺧﺎ ِﻟ‬
َ ‫ن َﻟ ُﻪ‬
َ ‫ﻋ َﻤ ٍﻞ ِإ ﱠﻻ َﻣﺎ َآﺎ‬
َ ‫ﻦ‬
ْ ‫ﷲ ِﻣ‬
َ ‫َﻻ َﻳ ْﻘ َﺒ ُﻞ ا‬

"Allah tidak menerima amalan melainkan ikhlas dan untuk mencari


keredhaanNya"
(Riwayat Ibnu Majah)

Berdasarkan hadis di atas dapatlah difahami bahawa:

• Perlakuan adat yang dilakukan dengan niat kerana Allah swt. merupakan
faktor utama untuk membezakan sesuatu amalan yang dilakukan akan
menjadi ibadah ataupun adat sahaja.

• Amalan-amalan yang dilakukan dengan tujuan yang baik dikira sebagai


ibadat.

AKI / ANNUR 2005


IBADAH DAN PEMBANGUNAN SPA101 / 3 /12
___________________________________________________________________

AKTIVITI

Arahan :
Jawab semua soalan di bawah.

3.7. Antara fungsi niat terhadap ibadat yang dilakukan ialah…

A. Membezakan antara ibadat dengan adat.


B. Membuktikan telah melaksanakan perintah Allah.
C. Menentukan sama ada perbuatan yang dilakukan mendapat pahala atau lagha
semata-mata.
D. Menentukan perbuatan yang dilakukan haram atau harus.

3.8 Senaraikan LIMA syarat yang membolehkan sesuatu amalan itu menjadi ibadah.

AKI / ANNUR 2005 MAKLUMBAL


AS AKTIVITI
3B
IBADAH DAN PEMBANGUNAN SPA101 / 3 /13
___________________________________________________________________

3.7 D.

3.8 Amalannya ialah :

• Amalan yang dikerjakan itu hendaklah diakui Islam, iaitu sesuai dengan
hukum-hukum syarak dan tidak bercanggah dengan hukum-hukum tersebut.

• Amalan-amalan itu dikerjakan dengan niat yang baik dan diredhai Allah.
Sebagai seorang muslim amalan tersebut mestilah untuk memelihara
kehormatan dirinya, menyenangkan keluarganya, memberi manfaat kepada
umatnya dan dapat memakmurkan bumi Allah sebagaimana yang dianjurkan
oleh Allah SWT.

• Amalan-amalan itu hendaklah dibuat dengan seelok-eloknya bagi menepati


kehendak-kehendak hadis Nabi SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh
Muslim yang bererti; “Sesungguhnya Allah mewajibkan kebaikan pada tiap-
tiap sesuatu.”

• Ketika membuat kerja-kerja hendaklah sentiasa menurut hukum-hukum


syarak dan batasnya, tidak menzalimi orang, tidak khianat, tidak menipu dan
tidak menindas atau merampas hak orang.

• Dalam mengerjakan amalan-amalan dunia itu tidak lalai dan tidak cuai dari
menjalankan kewajipan ibadat yang khusus seperti solat, puasa dan
sebagainya

AKI / ANNUR 2005


IBADAH DAN PEMBANGUNAN SPA101 / 3 /14
___________________________________________________________________

INPU
T 3C

3.3 SOLAT JEMAAH ASAS PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN ISLAM

3.3.0 PENGENALAN

Solat berjemaah ialah solat yang dilakukan secara beramai-ramai yang terdiri
daripada imam dan makmum. Hukum menunaikan solat berjemaah adalah fardu
kifayah. Menunaikan solat secara berjemaah akan mendapat ganjaran iaitu 27
kali ganda darjatnya daripada solat berseorangan sebagaimana sabda Rasulullah
saw.;

‫ﺟ ًﺔ‬
َ ‫ﻦ َد َر‬
َ ‫ﺸ ِﺮ ْﻳ‬
ْ ‫ﻋ‬
ِ ‫ﺴ ْﺒ ٍﻊ َو‬
َ ‫ﻼ ِة اﻟ َﻔ ﱢﺬ ِﺑ‬
َ‫ﺻ‬
َ ‫ﻦ‬
ْ ‫ﻀ ُﻞ ِﻣ‬
َ ‫ﻋ ِﺔ َأ ْﻓ‬
َ ‫ﺠ َﻤﺎ‬
َ ‫ﻼ ُة ا ْﻟ‬
َ‫ﺻ‬
َ
"Solat berjemaah lebih afdal daripada solat bersendirian sebanyak 27 kali ganda
pahalanya. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Di antara Hikmat Sembahyang Berjemaah

ƒ Memupuk ikatan persaudaraan di kalangan amggota masyarakat setempat.


ƒ Dapat berbincang untuk menyelesaikan masalah masyarakat.
ƒ Melatih dan meningkatkan disiplin.
ƒ membentuk masyarakat yang menghormati orang tua.
ƒ Membentuk diri dan sentiasa peka dengan keadaan semasa yang berkaitan
dengan masyarakat Islam.
ƒ Anggota masyarakat dapat bergaul dengan baik tanpa mengira pangkat
dan kekayaan.
ƒ Melahirkan syiar dan simbol perpaduan umat Islam.
ƒ Seseorang itu sangat disukai oleh Allah s.w.t.

3.3.1 Pengurusan Solat Jemaah Sebagai Model Asas Pengurusan Organisasi

AKI / ANNUR 2005


IBADAH DAN PEMBANGUNAN SPA101 / 3 /15
___________________________________________________________________
Bil Solat Jemaah Sesebuah Organisasi
a. Makmum tidak boleh Ahli tidak boleh membelakangkan ketua
mendahului imam dalam segala di dalam peraturan yang telah ditetapkan
perbuatan ketika solat oleh sesebuah organisasi
berjemaah
b. Makmum dikehendaki Sifat ingat-mengingati antara satu sama
mengingatkan imam yang lain dalam sesebuah organisasi perlu
terlupa membaca ayat / bacaan untuk kebaikan bersama.
ketika solat iaitu “subhanallah”
c. Saf solat hendaklah lurus dan Perpaduan dan kerjasama di kalangan
rapat. ahli organisasi mestilah kukuh untuk
memastikan kelancaran dalam setiap
perkara.
d. Imam hendaklah orang yang Seorang ketua organisasi hendaklah
baik bacaannya. orang yang arif dalam bidang
pentadbiran dan pengurusan.
e. Imam hendaklah Ketua menjadi contoh agar menjaga
mengutamakan toharahnya. personalti yang baik dan disegani.
f. Mengeratkan silaturrahim di Mengeratkan silaturrahim di kalangan
kalangan masyarakat. anggota sesebuah organisasi melalui
sikap bekerjasama dan saling hormat-
menghormati.

3.3.2 Peraturan Di Dalam Solat Berjemaah


Islam telah menetapkan beberapa peraturan di dalam menunaikan solat berjemaah
iaitu:
A. Syarat Menjadi Imam
• Mestilah seorang yang beragama Islam.
• Imam mestilah lelaki - Perempuan hanya boleh menjadi imam kepada
makmum perempuan sahaja.
• Baligh - Kanak-kanak tidak boleh menjadi imam kecuali di kalangan
mereka sahaja.
• Berakal.
• Imam tidak boleh mengikut imam yang lain.
• Mesti betul bacaan wajib dalam sembahyang.

B. Keutamaan menjadi Imam ialah:


• Orang yang lebih baik bacaannya dan yang dimaksudkan dengan baik
bacaannya itu termasuklah yang banyak hafaz al Quran.
• Orang yang lebih faham dan lebih mengetahui hukum-hukum agama
menurut al Quran dan hadis sebaliknya jika semua sifat tersebut sama
maka hendaklah dijadikan imam orang yang lebih tua umurnya.
Dalam masalah di suatu kawasan atau tempat maka orang yang

AKI / ANNUR 2005


IBADAH DAN PEMBANGUNAN SPA101 / 3 /16
___________________________________________________________________
mempunyai kawasan atau tempat itulah yang lebih berhak menjadi
imam.

C. Adab-Adab Imam Sebelum Mendirikan Solat:


Adab-adab yang perlu dijaga sebelum mendirikan solat jemaah ialah:
• Hendaklah membaguskan toharah atau bersuci
• Hendaklah datang pada awal waktu solat sebab itu patutlah rumah
imam berdekatan dengan msajid,
• Hendaklah imam mempunyai keikhlasan yang sempurna terhadap
para makmum, janganlah imam terus sahaja bertakbir sebelum
melihat ke kanan dan ke kiri untuk mempastikan kesempurnaan saf.
• Jika makmum seorang sahaja hendaklah imam menuruh makmum itu
berdiri di sebelah kanannya.

D. Syarat-syarat Makmum
• Makmum berniat mengikut imam.
• Makmum hendaklah mengikuti perbuatan imam iaitu tidak boleh
mendahului perbuatan imam.
• Makmum mengetahui pergerakan imam untuk diikuti sama ada
melihat pergerakan imam, mendengar atau melihat pergerakan saf
(barisan) makmum bahagian hadapan.
• Kedudukan makmum hendaklah belakang sedikit daripada imam.
• Makmum lelaki tidak boleh mengikut sembahyang imam wanita.
• Tidak sah mengikut imam yang diketahui batal solatnya.
• Makmum wajib mengikuti imam di dalam perkara-perkara sunat
seperti sujud tilawah. Jika imam sujud tilawah maka makmum wajib
sujud mengikut menjadi imam begitu juga sebaliknya jika imam tidak
sujud maka makmum juga tidak sujud. Berlainan pula dalam perkara
sujud sahwi jika imam melakukannya makmum wajib mengikutinya
tetapi jika imam tidak sujud sahwi makmum disunatkan sujud sahwi
setelah imam memberi salam.

E. Jenis Makmum Dalam Solat Berjemaah

a. Makmum Muafik
Muafik ialah makmum yang sempat menghabiskan bacaan al- Fatihah sebelum
imam rukuk. Hukumnya ialah mereka dihendaki segera menghabiskan bacaan
fatihahnya dan dibenarkan ketinggalan dari imam hingga tiga rukun perbuatan
iaitu rukuk, iktidal dan sujud pertama. Sekiranya masih belum selesai dari
bacaan fatihahnya dan imam telah memasuki sujud kedua maka wajiblah ia
segera mendapatkan imam di mana ianya sedang berada dan luputlah rakaat itu
baginya. Jika dia masih meneruskan bacaannya lagi dengan tidak niat berpisah
dari imam maka batallah sembahyangnya itu.

AKI / ANNUR 2005


IBADAH DAN PEMBANGUNAN SPA101 / 3 /17
___________________________________________________________________
Hukum bagi orang muafik dimaafkan jikalau tertinggal jarak tiga rukun
yang panjang dari imamnya tidak termasuk rukun-rukun yang pendek. Rukun-
rukun yang panjang itu seperti rukuk dan sujud manakala rukun-rukun yang
pendek pula ialah seperti iktidal dan duduk antara dua sujud. Tiga rukun yang
panjang itu tidak termasuk duduk tasyahud awal dan iktidal. Contoh dan
gambaran seperti berikut:

• Seseorang makmum yang muafik sedang solat jemaah sebelum imam


berdiri tegak daripada sujud yang kedua, dia sudah rukuk maka makmum
berkenaan mendapat rakaat itu kerana dia tertinggal daripada imam belum
masuk kepada rukun yang keempat.
• Seseorang makmum yang muafik dapat masuk solat berjemaah sebelum
imam duduk tasyahud akhir tetapi makmum berkenaan sudah rukuk.
Hukumnya dia juga mendapat rakaat itu.

Kedua-dua contoh di atas menunjukkan bahawa makmum berkenaan masih lagi


berada dalam jarak tiga rukun daripada imamnya, belum masuk lagi ke rukun
yang keempat sebagaimana contoh di atas, di antara makmum dengan imam ialah
tiga rukun yang dikira membolehkan seseorang itu muafik ialah:

i. Rukuk
ii. Sujud yang pertama
iii. Sujud yang kedua.

b. Makmum Masbuk
Makmum masbuk ialah makmum yang tidak sempat menghabiskan bacaan al-
Fatihah sebelum imam rukuk. Jika Takbiratul Ihramnya ketika imam belum
rukuk hendaklah dia membaca al- Fatihah sedapat mungkin kemudian ikut rukuk
bersama imam atau dia sempat rukuk dengan sempurna bersama-sama imam
maka dikira mendapat satu rakaat namun jika dia tidak sempat bersama imam
dalam rukuk maka hendaklah dia menggenapkan bilangan rakaat yang masih
belum cukup sebaik-baik sahaja imam memberi salam. Adapun al- Fatihahnya
ditanggung oleh imam, ini adalah pendapat jumhur ulamak.

Hukum Masbuk:
Kedudukan makmum yang masbuk adalah seperti berikut:
• Bila makmum yang masbuk itu mendapati imam sedang berdiri dalam
pembacaannya tetapi dia khuatir jikalau imam segera rukuk sebelum dia
sempat membaca al- Fatihah, ketika itu eloklah dia membaca al fatihah
sahaja tanpa membaca doa iftitah sekiranya imam rukuk sedangkan dia
belum selesai membaca al fatihah maka dia hendaklah rukuk bersama

imam dan tidak perlu dia meneruskan bacaan al fatihah yang belum habis.

AKI / ANNUR 2005


IBADAH DAN PEMBANGUNAN SPA101 / 3 /18
___________________________________________________________________
• Bila didiapati imam sedang rukuk atau hendak rukuk, maka hendaklah dia
membaca takbiratul ihram sahaja kemudian terus rukuk bersama imam.
Masbuk yang demikian mendapat rakaat itu kerana dia telah mendapat
rukuk bersama imam.

• Bila didapati imam sedang duduk membaca tasyahud atau sedang sujud
maka hendakhlah dia duduk berserta imam dengan tidak payah membaca
takbir intiqal iaitu setelah dia membaca takbiratul ihram, ketika itu tidak
wajib baginya membaca tasyahud itu tetapi duduk sahaja mengikut
imam. Dia juga wajib mengikut imam pada apa jua perbuatan yang masih
didapatinya, walaupun perbuatan itu tidak dikira.

F. Susunan Saf
• Jika makmum seorang lelaki tidak kira sama ada dewasa atau kanak-
kanak maka makmum itu hendaklah disebelah kanan imam dan
terkebelakang sedikit.
• Seandainya datang seorang lelaki untuk menyertai sembahyang berjemaah
itu maka dia hendaklah berdiri untuk sembahyang di belakang imam
sedangkan makmum yang mula-mula tadi hendaklah berundur ke
belakang lalu menjadi lurus dalam saf makmum yang datang kemudian
tadi.
• Jika makmum bercampur lelaki dan perempuan maka kedudukan saf
adalah seperti berikut iaitu imam, makmum lelaki dan makmum wanita
lebih ke kiri sedikit.
• Jika imam seorang lelaki dan jemaahnya hanya seorang wanita maka
makmum wanita itu hendaklah berdiri di saf barisan kedua belakang
dengan memberat ke sebelah kiri saf pertama belakang imam hendaklah
dikosongkan untuk memberi tempat jika ada makmum lelaki masuk
berjemaah.
• Jika makmum itu lelaki, wanita dewasa dan kanak-kanak maka
kedudukan saf seperti berikut iaitu imam, makmum kanak-kanak lelaki
dan makmum wanita dewasa.
• Jika jemaah itu mengandungi semua peringkat maka susunan saf adalah
seperti berikut: imam, makmum lelaki dewasa, makmum kanak-kanak
lelaki, makmum wanita dewasa dan makmum kanak-kanak perempuan.
• Jika imam adalah perempuan dan makmumnya seorang perempuan maka
kedudukan makmum ialah terkebelakang sedikit daripada imam di
sebelah kanannya.
• Jika ramai makmum perempuan maka kedudukannya adalah seperti
berikut: iaitu imam wanita, makmum wanita ( di sebelah kanan dan kiri
imam).

G. Perbezaan di antara Lelaki dengan Perempuan

AKI / ANNUR 2005


IBADAH DAN PEMBANGUNAN SPA101 / 3 /19
___________________________________________________________________
Bil LELAKI PEREMPUAN
1. Semasa takbiratul ihram kedua Mengangkat kedua tangan hingga hujung
tangan hendaklah diangkat jari bersententangan dengan cuping
hingga nampak ketiak dan telinga.
tinggi hingga kedua jari
bertentangan dengan cuping
telinga.
2. Semasa rukuk dan sujud Dirapatkan dua lengan siku dengan dua
direnggangkan dua lengan lambungnya.
(siku) dari dua lambungan.
3. Bacaan dalam solat hendaklah Memperlahankan bacaan ketika ada
dinyaringkan pada tempat- lelaki yang ajnabi berhampiran
tempat nyaring. dengannya.
4. Apabila memperingatkan imam Menepuk tangan kanan ke atas belakang
yang terlupa atau tersalah tapak tangan kiri.
hendaklah diucapkan dengan
lafaz tasbih (subhanallah)
5. Aurat dalam solat ialah antara Aurat dalam solat ialah seluruh tubuhnya
pusat hingga lutut. kecuali muka dan dua tapak tangannya.

AKI / ANNUR 2005


IBADAH DAN PEMBANGUNAN SPA101 / 3 /20
___________________________________________________________________

AKTIVITI

3.9 Terangkan pengertian solat berjemaah.

3.10 Berapakah ganjaran yang diterima oleh orang yang melakukan solat secara
berjemaah daripada solat berseorangan

A. 17 kali ganda.
B. 27 kali ganda
C. 10 kali ganda
D. 37 kali ganda

3.11 Pernyataan berikut adalah benar mengenai makmum kecuali:

A. Makmum perempuan boleh menjadi imam kepada anak lelakinya.


B. Makmum berniat mengikut imam.
C. Tidak sah mengikut imam yang diketahui batal solatnya
D. Kedudukan makmum hendaklah belakang sedikit daripada imam.

3.12 Berikut adalah syarat-syarat seorang Imam di dalam solat berjemaah kecuali:

A. Mestilah seorang yang beragama Islam.


B. Imam tidak boleh mengikut imam yang lain.
C. Kanak-kanak tidak boleh menjadi imam kecuali di kalangan mereka
sahaja.
D. Perempuan boleh menjadi imam kepada lelaki.

MAKLUMBAL
AKI / ANNUR 2005
AS AKTIVITI
3C
IBADAH DAN PEMBANGUNAN SPA101 / 3 /21
___________________________________________________________________

JAWAPAN

3.9 Solat berjemaah ialah solat yang dilakukan secara beramai-ramai yang terdiri
daripada imam dan sekurang-kurangnya seorang makmum.

3.10 B

3.11 A

3.12 D

FAKTA KUNCI

AKI / ANNUR 2005


IBADAH DAN PEMBANGUNAN SPA101 / 3 /22
___________________________________________________________________

IBADAH DAN PEMBANGUNAN

1. a. Konsep Ibadah
Konsep ibadat di dalam Islam merangkumi segala kegiatan manusia dari segi
rohaniah dan jasmaniah asalkan tidak bercanggah dengan ajaran Islam dan
disertakan dengan niat untuk mendapat keredhaan Allah. Tiap-tiap seorang
muslim boleh mencampurkan urusan dunia dan akhirat.

b. Pengertian Ibadah
Bahasa: Patuh, taat, tunduk, menyembah dan perhambakan diri kepada sesuatu.
Istilah: Tindakan menurut dan mengikat diri dengan sepenuhnya kepada segala
perkara yang disyariatkan oleh Allah dan diseru oleh Rasul, samada ia berbentuk
suruhan dan larangan.

2. Ibadat terbahagi kepada dua iaitu Ibadat Umum dan Ibadat Khusus.
a. Ibadat Umum:
Ialah perlakuan manusia yang mempunyai hubungan ketuhanan kepada Allah
dan hubungan baik sesama manusia sama ada kegiatan itu berkaitan dengan
diri sendiri urusan keluarga, masyarakat ataupun negara. Contohnya
bersedekah, berbuat baik sesama manusia, mencari rezeki yang halal
menuntut ilmu dan sebagainya.

b. Ibadat Khusus:
Ialah semua bentuk ibadat yang ditentukan oleh Allah dan wajib dilaksanakan
bagi menjaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia yang terkandung
di dalam fardu ain secara ilmu dan amal. Ia terbahagi kepada dua iaitu
Ibadat Khusus Wajib dan Ibadat Khusus Sunat.

i. Ibadat Khusus Wajib ialah ibadat yang mesti dilakukan oleh setiap
orang Islam yang cukup syarat bagi melakukannya seperti syahadat,
solat lima waktu, berpuasa dalam bulan ramadan, menunaikan zakat
dan menunaikan haji.

ii. Ibadat Khusus Sunat ialah ibadat yang sangat digalakkan seperti
solat sunat, puasa sunat dan lain-lain.

PENILAIA
N

AKI / ANNUR 2005


IBADAH DAN PEMBANGUNAN SPA101 / 3 /23
___________________________________________________________________

1. Sesuatu amalan diakui sebagai ibadah jika memenuhi syarat-syaratnya. Di antara


berikut ynag manakah bukan menjadi syarat suatu amalan menjadi ibadat?

A. Dinyatakan di dalam al Qur’an dan as-Sunnah.


B. Sentiasa melakukannya dengan niat yang baik.
C. Amalan itu hendaklah dilaksanakan dengan teliti.
D. Tidak sampai mengabaikan kewajipan yang khusus.

2. Ibadah kepada Allah SWT dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Ibadah Khusus
dan Ibadah Umum.
Di antara berikut yang manakah tidak menjelaskan Ibadah Umum.

A. Dilaksanakan selaras dengan syariah.


B. Meliputi perkara-perkara yang berkaitan dengan fardu kifayah.
C. Aktiviti yang dilaksanakan hendaklah jujur dan ikhlas serta diredhai oleh
Allah SWT.
D. Apabila melakukannya akan mendapat pahala dan meninggalkannya
akan mendapat dosa.

3. Senaraikan LIMA fungsi niat kepada seorang muslim.

4. Sebutkan tiga perbezaan di antara solat lelaki dengan perempuan.

PENILAIAN

AKI / ANNUR 2005


IBADAH DAN PEMBANGUNAN SPA101 / 3 /24
___________________________________________________________________

1. A.

2. D.

3. Fungsi niat :

• Membezakan antara ibadah dengan adat. Contohnya mandi pada pagi


Hari Raya, akan jadi ibadah jika ada niat mandi sunat Hari Raya. Jika
tiada niat akan jadi amalan bangun pagi mandi mencuci diri.

• Membezakan antara sesuatu ibadat dengan ibadat lain. Contohnya, niat


puasa untuk ibadah puasa dan niat solat untuk ibadah solat.

• Membezakan antara fardhu dengan sunat dalam ibadah yang sama jenis.
Contohnya, niat menentukan sama ada hendak solat fardhu atau sunat
kerana cara perlaksanaannya adalah sama.

• Membezakan antara fardhu dengan fardhu itu sendiri. Contohnya, jika


seseorang itu menanggung kewajipan berpuasa sebab qadha, nazar dan
kifarah, niatnyalah yang menentukan kewajipan mana yang hendak
dilaksanakan.

• Niat juga boleh menentukan sama ada boleh mendapat ganjaran pahala
daripada perbuatannya ataupun lagha sahaja, seperti duduk di dalam
masjid dengan niat iktikaf dan masuk masjid untuk berehat sahaja, maka
yang niat iktikaf dapat pahala sedangkan yang tidak berniat tidak
mendapat apa-apa pahala.

4. Tiga perbezaan di antara Lelaki dengan Perempuan

Bil LELAKI PEREMPUAN


1. Semasa Takbiratul Ihram kedua Mengangkat kedua tangan hingga
tangan hendaklah diangkat hujung jari bersententangan
hingga nampak ketiak dan tinggi dengan cuping telinga.

AKI / ANNUR 2005


IBADAH DAN PEMBANGUNAN SPA101 / 3 /25
___________________________________________________________________
hingga kedua jari bertentangan
dengan cuping telinga.
2. Semasa rukuk dan sujud Dirapatkan dua lengan siku dengan
direnggangkan dua lengan (siku) dua lambungnya.
dari dua lambungan.
3. Bacaan dalam solat hendaklah Memperlahankan bacaan ketika
dinyaringkan pada tempat- ada lelaki yang ajnabi berhampiran
tempat nyaring. dengannya.

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 1

______________________________________________________________________

U NI
IBADAH –
T
IBADAH
4 KHUSUS

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM

1. Mengetahui dan memahami konsep toharah dan cara bersuci.


2. Mengetahui dan mengenalpasti jenis najis dan cara menyucikannya.
3. Mengetahui dan mengenalpasti jenis hadas dan cara menyucinya.
4. Mengetahui cara menyamak kulit binatang
5. Mengetahui bacaan dalam solat dan cara-cara menunaikan solat
dengan betul.
6. Mengetahui dan memahami ajaran dan amalan sesat.

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda akan sepatutnya dapat:

1. menerangkan konsep toharah .


2. menyatakan jenis-jenis najis dan menerangkan cara menyucinya.
3 menyatakan jenis-jenis hadas dan menerangkan cara menyucinya.
4. menyatakan cara menyamak kulit binatang.
5. Mempraktikkan amali solat, wirid dan doa dengan betul.
6. Mengenalpasti amalan dan ciri-ciri ajaran sesat.

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 2

______________________________________________________________________

INPU
T 4A

4.1 TOHARAH

4.1.0 PENGENALAN.

Toharah atau bersuci merupakan perkara yang sangat penting dalam agama dan
merupakan pangkal pokok dari ibadat yang menjadi penghubung bagi manusia
dalam mendekatkan diri dengan Tuhan .

Solat tidak sah bila tanpa toharah , hal ini sesuai dengan sabda Nabi saw. yang
bermaksud:

‫ﻃ ُﻬ ْﻮ ٍر‬
ُ ‫ﻼ ُة ِﺑ َﻐ ْﻴ ِﺮ‬
َ‫ﺻ‬َ ‫ﻞ‬
ُ ‫ﻻ ُﺗ ْﻘ َﺒ‬
َ
“ Allah tidak menerima solat yang tidak dengan bersuci “
( H . R Muslim )

4.1.1 KONSEP TOHARAH.

Toharah menurut bahasa ertinya “ bersih “ dan menurut syarak bererti


membersihkan diri, pakaian dan tempat daripada kekotoran, hadas dan najis.
Untuk menghilangkan hadas besar ialah dengan mandi atau tayammum dan
menghilangkan hadas kecil pula ialah sama ada dengan wudhuk’ atau
tayammum. Bersuci dari najis berlaku pada badan, pakaian dan tempat. Cara
menghilangkannya hendaklah dengan air suci dan menyucikan .

4.1.2 PEMBAHAGIAN TAHARAH.

Untuk menjelaskan tentang pembahagian taharah, perlu dijelaskan terlebih


dahulu tentang air yang merupakan alat terpenting untuk bersuci dan juga
istinjak.

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 3

______________________________________________________________________

Air.
Air yang sah digunakan untuk bersuci ialah:

a. Air yang turun dari langit seperti air hujan dan air embun.
b. Air yang terbit dari bumi seperti air laut, air sungai dan air mata air. Air
ini kekal dalam kajadiannya yang asal.

Air terbahagi empat:

a. Air Mutlak
Ialah air yang suci pada dirinya dan menyucikan yang lain dan tidak
makruh penggunaannya, iaitu air tanpa qaid lazim. Air qaid tidak lazim
seperti air telaga dan air sungai, ianya suci pada dirinya dan menyucikan
yang lain.

b. Air Musyammas
Ialah air yang suci dan menyucikan yang lain tetapi makruh
penggunaannya pada badan, iaitu air yang dipanaskan oleh matahari di
negeri yang beriklim panas dalam bekas yang boleh berkarat. Ia makruh
digunakan pada tubuh kerana ditakuti mendatangklan penyakit sopak. Air
yang tersangat panas atau tersangat sejuk juga makruh penggunaannya.

c Air Mustakmal
ialah air yang suci pada dirinya tetapi tidak menyucikan yang lain, iaitu:
air yang telah digunakan untuk mengangkat hadas dan air yang telah
digunakan untuk menghilangkan najis tetapi tidak berubah dan tidak
bertambah jumlahnya setelah mengalir keluar dari benda yang dibasuh.
Air yang berubah salah satu dari tiga sifat kerana bercampur dengan
benda yang suci, jika banyak berubahnya dan tidak dapat dinamakan air
mutlaq lagi.

d. Air Mutannajis
ialah air yang kurang dua kolah, yang terkena najis sama ada berubah atau
tidak, dengan syarat najis tersebut menajiskan air. Air ini tidak suci pada
dirinya dan tidak menyucikan yang lain. Begitu juga air dua kolah atau
lebih yang berubah disebabkan oleh najis adalah najis.

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 4

______________________________________________________________________

Sukatan air dua kolah:

i. Jika mengikut timbangan 500 Ritl Baghdad atau,


ii. Bagi tempat empat persegi, ukurannya 11/4 hasta panjang, lebar
dan dalam atau,
iii. Bagi tempat yang bulat, luas mukanya satu hasta dan 21/2 hasta
dalam (Apabila luas mukanya satu hasta, maka lilitan bulatnya
ialah 31/2 hasta) atau,
iv. Bagi tempat 3 persegi, ukurannya 11/2 hasta lebar dan panjang
dan dalamnya dua hasta.

Bahagian Taharah (Bersuci)

Bersuci terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

(a) Taharah Hissiyyah – iaitu menyucikan kekotoran dan najis dengan


menggunakan air dan menyucikan diri daripada hadas dengan berwuduk,
mandi, bertayammum dan sebagainya.

Hadas pula terbahagi kepada dua iaitu hadas kecil dan hadas besar.

ƒ Hadas kecil ialah hadas yang sedikit larangannya seperti kencing dan
untuk menyucikan diri dari hadas kecil maka seseorang itu hendaklah
berwuduk.
ƒ Hadas besar pula ialah hadas yang banyak larangan kerananya seperti
keluar mani, haid dan lain-lain lagi. Untuk menyucikan hadas besar,
seseorang itu wajib mandi wajib ataupun bertayammum.

(b) Taharah Maknawiyah – iaitu menyucikan diri daripada dosa, maksiat,


kufur dan syirik dengan cara bertaubat kepada Allah s.w.t.

4.1.3 KEPENTINGAN TAHARAH (BERSUCI)


Bersuci itu selain merupakan syarat sah solat, ia juga mengandungi beberapa
hikmat penting di antaranya:

ƒ Dapat beribadat kepada Allah dengan sempurna.


ƒ Segala amalan yang dilakukan diterima oleh Allah s.w.t
ƒ Dapat mengembalikan kesegaran dan kecergasan pada anggota badan.
ƒ Dapat mengelakkan diri daripada mendapat penyakit.
ƒ Dapat memberi keselesaan dan ketenangan dalam kehidupan

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 5

______________________________________________________________________

ƒ Masyarakat dapat hidup dalam keadaan bersih daripada perkara keji dan
mungkar.

4.1.4 ALAT-ALAT TAHARAH (BERSUCI)

i. Air mutlak – iaitu alat yang terpenting untuk kegunaan menyuci najis,
mengangkat hadas dan lain-lain lagi.

ii. Debu-debu tanah yang bersih - iaitu untuk kegunaan tayammum


ketika ketiadaan air atau tidak dapat menggunakan air kerana sakit
dan sebagainya.

iii. Benda-benda kesat - seperti kayu, batu dan sebagainya iaitu untuk
menyucikan tempat-tempat keluar najis dari saluran najis bahagian
hadapan dan belakang (beristinjak).

iv. Bahan-bahan peluntur yang bersifat tajam seperti tawas, kapur dan
seumpamanya. Bahan ini digunakan untuk menyucikan kulit-kulit
binatang yang selain daripada babi dan anjing (samak).

4.1.5 Cara-Cara Menyuci Hadas Dan Najis

A. Pengertian Najis

Dari segi bahasa ialah sesuatu yang jijik, kotor dan tercemar.
Dari segi istilah najis bermaksud semua jenis kotoran yang menghalang sah solat
apabila terkena pada anggota badan , pakaian dan tempat solat. Najis terbahagi
kepada tiga jenis iaitu:

i. Najis Mukhaffafah.
• Ialah najis yang ringan, iaitu air kencing bayi laki-laki yang umurnya
kurang dari dua tahun dan belum makan apa-apa kecuali air susu
ibunya.
• Cara menyucinya ialah dengan dilapkan terlebih dahulu, kemudian
direnjiskan air pada benda yang kena najis itu atau dituangkan air di
atasnya walaupun tidak mengalir.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Barang yang terkena air kencing anak perempuan harus dicuci,


sedang bila terkena air kencing anak lelaki cukuplah dengan
memercikkan air kepadanya.”
( H.R Abu Daud dan Nasa’i )

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 6

______________________________________________________________________

ii. Najis Mutawassitah (pertengahan)


• Iaitu najis yang selain najis mughallazah dan najis mukhaffafah.
• Cara menyucikannya ialah dengan menghilangkan ainnya lebih
dahulu, hingga hilang rasa, bau dan warnanya, kemudian
menyiramnya dengan air sampai bersih. Jika najis hukmiyah (tidak
ada ainnya) seperti bekas kencing, arak yang sudah kering, maka cara
mensucikannya cukup dengan mengalirkan air pada tempat yang kena
najis itu.

iii. Najis Mughalladzah.

• Iaitu najis yang berat : yakni najis dari babi dan anjing.
• Cara menyucinya ialah lebih dahulu dihilangkan ain najis itu,
kemudian baru dibasuh dengan air sampai tujuh kali termasuk satu
daripadanya dengan air yang bercampur tanah.

Cara ini dilakukan berdasarkan sabda Rasullulah SAW yang bermaksud:

“Sucinya tempat (perkakas) mu apabila dijilat anjing adalah dengan


mencucinya tujuh kali. Permulaanya atau penghabisannya di antara
cucian itu dicuci dengan air yang bercampur dengan tanah.
(At-Tirmizi )

Jika dibasuh di dalam air yang mengalir lagi keruh adalah memadai
dilalukan sebanyak 7 kali pengaliran walaupun tanpa menggunakan tanah.

B. Istinjak
• Ialah membersihkan tempat keluar najis iaitu qubul dan dubur dengan
menggunakan air mutlak ataupun benda-benda yang kesat. Hukum
beristinjak adalah wajib daripada tiap-tiap najis yang keluar daripada
qubul atau dubur seperti kencing, tahi dan sebagainya walaupun jarang
berlaku seperti darah, wadi dan seumpamanya.

• Alat istinjak ialah air atau batu atau sesuatu yang keras, kesat lagi suci
dan dapat menghilangkan najis, dengan syarat ianya bukan bahan yang
dihormati. Memadai beristinjak dengan menggunakan air atau tiga biji
batu atau sebiji batu yang mempunyai tiga penjuru pada tempat-tempat
istinja’ melainkan kesan-kesan yang tertinggal yang tidak dapat
dihilangkannya kecuali dengan air.

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 7

______________________________________________________________________

Benda-benda yang tidak boleh dijadikan alat istinjak:


• Sesuatu yang terkena najis, seperti batu yang terkena najis.
• Sesuatu najis, seperti tahi yang kering.
• Sesuatu yang tidak boleh menanggalkan najis, seperti tanah lembut
lagi peroi atau sesuatu yang lembut dan licin seperti buluh. Tetapi jika
buluh itu dibelah, bekas belahan itu boleh dijadikan alat istinjak.
• Sesuatu yang dihormati seperti makanan anak adam seperti roti kering
(selagi ianya tidak hangus).
• Sesuatu yang menjadi makanan jin, seperti tulang walaupun telah
dibakar hangus, kerana ia masih dianggap makanan jin.

Memadai beristinjak dengan menggunakan air atau tiga biji batu atau sebiji
batu yang mempunyai tiga penjuru pada tempat-tempat istinjak melainkan
kesan-kesan yang tertinggal yang tidak dapat dihilangkannya kecuali dengan
air.

C. Hadas.

Hadas mengikut hukum Islam ialah perkara yang membatalkan sembahyang dan
mestilah dihilangkannya dengan bersuci. Hadas terbahagi kepada dua:

i. Hadas besar : iaitu hadas yang banyak larangan-larangan kerananya. Ia


wajib dihilangkan dengan mandi wajib atau tayammum.

ii. Hadas kecil : iaitu hadas yang dihilangkan dengan wuduk atau
tayammum.

D. Mandi wajib

Ialah meratakan air ke seluruh anggota badan dengan niat menghilangkan hadas
besar ketika sampai ke mana-mana bahagian badannya. Hukumnya ialah wajib
bila hendak mengerjakan sembahyang, tawaf dan sebagainya. Firman Allah:

“Dan jika kamu berjunub (berhadas besar), maka hendaklah kamu sucikan
(mandi wajib)”
( Surah Al-Maidah : 6 )

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 8

______________________________________________________________________

Sebab-Sebab Yang Mewajibkan Mandi.

• Hubungan kelamin (persetubuhan).


• Keluar Mani.
• Mati.
• Haid iaitu keluar darah secair wajar dari rahim wanita beberapa hari pada
tiap-tiap bulan.
• Melahirkan anak.
• Nifas yakni darah yang keluar dari rahim wanita selepas melahirkan anak.

Fardu / rukun mandi.

Rukun mandi tiga perkara:

• Niat.
Orang yang dalam keadaan berjunub itu hendaklah berniat mengangkat
janabah atau mengangkat hadas besar atau mengharuskan fardu sembahyang
atau fardu mandi atau menunaikan fardu mandi atau mandi yang difardukan
atau mandi wajib.

• Menghilangkan najis.
Iaitu menghilangkan najis yang terdapat pada badan.
• Meratakan air keseluruh rambut/bulu-bulu dan kulit.
Dari Abu Hurairah ia berkata : Rasulullah SAW bersabda,maksudnya
“Bahawasanya di bawah tiap-tiap rambut ada jinabat, kerananya cucilah
rambut itu dan bersihkanlah kulit “
( H.R Abu Dawud dan Tarmidzi dan dilemahkannya)

E. Wudhuk.

Wudhuk menurut bahasa bererti bersih dan indah. Menurut syarak bererti
membersihkan anggota-anggota wudhuk untuk menghilangkan hadas kecil.
Wudhuk adalah suatu syarat untuk sahnya solat yang dikerjakan sebelum
seseorang mengerjakan solat. Perintah wajib wudhuk ini sebagaimana firman
Allah SWT :

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 9

______________________________________________________________________

Syarat-Syarat Sah Wudhuk.

• Islam : Orang yang tidak beragama Islam tidak sah mengerjakan wuduk.
• Mumayyiz : Ertinya orang sudah tahu membezakan antara baik dan buruk
dari pekerjaan yang dilakukan.
• Menggunakan air yang suci menyucikan untuk mengangkat hadas.
• Tidak ada sesuatu benda yang dapat menghalangi sampainya air wuduk
pada anggota wuduk.
• Tidak ada sesuatu pada anggota wuduk’ yang dapat merubah air yang
digunakan untuk berwuduk.

Fardhu Wudhuk.

• Niat Wudhuk: Hendaknya berniat menghilangkan hadas kecil, dan cara


melakukannya tepat pada waktu membasuh muka .
• Membasuh muka : Yakni mulai dari tempat tumbuh rambut kepala dan
hujung dagu sampai antara kedua telinga.
• Membasuh kedua belah tangan sampai siku.
• Menyapu sebahagian dari kepala rambut.
• Membasuh dua belah kaki sampai kedua mata kaki.
• Tertib iaitu menurut susunan.

Sunat-Sunat Wudhuk.

• Membaca basmallah sebelum melakukan wuduk.


• Membasuh tapak tangan hingga pergelangan tangan.
• Berkumur-kumur dan membersihkan lubang hidung.
• Membasuh seluruh kepala.
• Mengusap kedua-dua telinga bahagian luar dan dalam.
• Mendahulukan anggota wuduk yang kanan dari yang kiri.
• Menyela-nyela jari tangan dan kaki.
• Meniga kalikan pada tiap-tiap membasuh anggota wuduk.
• Berurutan : Tidak lama selang waktunya dalam mengerjakan anggota
yang satu dengan yang lain
• Tidak berkata-kata ketika mengerjakan wuduk
• Bersiwak
• Menghadap kiblat
• Membaca doa setelah selesai mengambil wuduk.

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 10

______________________________________________________________________

Perkara Yang Membatalkan Wudhuk.

• Keluar sesuatu dari qubul dan dubur meskipun hanya angin .


• Hilang akal kerana gila, pengsan , mabuk atau tidur nyenyak.
• Bersentuh kulit antara laki-laki dan perempuan yang bukan muhrimnya
• Bersentuh kemaluan (qubul atau dubur) dengan tapak tangan atau jari
yang tidak memakai tutup.

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 11

______________________________________________________________________

AKTIVITI

4.1 Air terbahagi kepada empat bahagian. Senaraikan empat bahagian air tersebut
serta berikan contoh.

Bil Jenis Air Contoh


1.
2.
3.
4

4.2 Terdapat alat-alat yang khusus sahaja yang boleh digunakan untuk beristinja’.
Nyatakan EMPAT peralatan yang tidak boleh digunakan untuk beristinja’.

4.3 Beristinja’ boleh dilakukan dengan TIGA cara. Antaranya ialah dengan
menggunakan batu atau benda-benda kesat. Berikut ialah syarat-syarat yang perlu
diikuti sekiranya ingin beristinja’ dengan batu atau benda-benda kesat. Pilih
syarat-syarat yang betul.
i. Memadai dengan satu kali sapuan.
ii. Najis yang akan dibersihkan sudah kering.
iii. Najis itu tidak berpindah tempat keluarnya.
iv. Najis itu belum bercampur dengan benda lain.
v. Batu atau benda itu tidak bernilai atau dihormati.
A. i, ii dan iii.
B. ii, iii dan iv.
C. iii, iv dan v.
D. ii,iii dan v.

4.4 Ketika Ahmad ingin berwuduk menggunakan air yang ditadah di dalam sebuah
bekas yang berukuran lebih kurang dua hasta panjang, lebar dan tinggi, dia
ternampak bangkai belalang di dasar bekas tersebut. Bolehkah Ahmad berwuduk
dengan menggunakan air tersebut.
A. Tidak boleh, kerana air tersebut telah bercampur dengan najis.
B. Tidak boleh, kerana syarat sah wuduk ialah menggunakan air mutlak.
C. Boleh, kerana air tersebut bukan termasuk dalam kategori air mutannajis.
D. Boleh, kerana air tersebut melebihi had yang ditetapkan dan sifatnya tidak
berubah.

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 12

______________________________________________________________________

MAKLUMBAL
AS AKTIVITI
4A

JAWAPAN

4.1 Pembahagian air dan contoh :


Air terbahagi empat:

c. Air Mutlak : Air hujan, air mata air dll.

d. Air Musyammas : Air yang dipanaskan oleh matahari di negeri yang


beriklim panas dalam bekas yang boleh berkarat.

e. Air Mustakmal : Air yang telah digunakan.

f. Air Mutanajjis : Air yang kurang dua kolah, yang terkena najis sama ada
berubah atau tidak.

4.2 Peralatan yang tidak boleh digunakan untuk beristinjak

• Sesuatu yang terkena najis, seperti batu yang terkena najis.


• Sesuatu najis, seperti tahi yang kering.
• Sesuatu yang tidak boleh menanggalkan najis, seperti tanah lembut lagi peroi
atau sesuatu yang lembut dan licin seperti buluh. Tetapi jika buluh itu
dibelah, bekas belahan itu boleh dijadikan alat istinjak
• Sesuatu yang dihormati seperti makanan anak adam seperti roti kering (selagi
ianya tidak hangus).

4.3 C

4.4 C

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 13

______________________________________________________________________

INPU
T 4B

4.2 AMALI SOLAT

4.2.0 PENGENALAN
Ibadah solat adalah ibadah yang asas dan utama dalam Islam. Rasulullah pernah
bersabda yang bermaksud:

“Perkara pertama yang akan dihitung di akhirat nanti ialah solat. Jika baik
amalan solat seseorang itu, baiklah seluruh amalnya, dan jika buruk amalan
solatnya maka buruklah seluruh amalnya yang lain”

Oleh itu ibadah solat sangat diberi perhatian dan diambil berat kerana ia juga
membezakan seseorang itu muslim atau kafir. Sabda Rasulullah yang bermaksud:

‫ﻼ ُة‬
َ‫ﺼ‬َ ‫ﺴِﻠ ِﻢ َوا ْﻟ ُﻜ ْﻔ ِﺮ َا ْﻟ‬
ْ ‫ﻦ ا ْﻟ ُﻤ‬
َ ‫ق َﺑ ْﻴ‬
ُ ‫َا ْﻟ َﻔ ْﺮ‬

“Perbezaan antara seorang muslim dan kafir ialah solat”

Pengertian

Solat menurut bahasa Arab ialah doa. Dalam istilah syarak pula solat ibadat yang
tersusun dari beberapa perkataan dan perbuatan dimulai dengan takbir dan
disudahi dengan salam, mengikut syarat-syarat tertentu.

Kepentingan Solat

Solat merupakan ibadat yang asasi dalam perhubungan di antara manusia dengan
Allah swt. Dengan melakukan ibadat solat, manusia dapat mengingati Allah,
dapat menghidupkan pengakuan iman di dalam hati, menambah keyakinan
kepada rasul, kepada kitab Allah dan seterusnya dapat membawa manusia ke
jalan yang lurus, jalan yang diberi petunjuk oleh Allah SWT. Solat merupakan
perbuatan secara amali yang dapat memperagakan keimanan seseorang kepada
Allah SWT.

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 14

______________________________________________________________________

Bersolat menjadi sifat-sifat orang yang bertaqwa yang menurut arahan kitab suci
al-Quran dan merekalah yang memperlengkapkan diri dengan sifat-sifat yang
terpuji lalu mendapat petunjuk daripada Allah Ta’ala. Merekalah yang beroleh
kejayaan.

Solat memberi kesan terhadap pembersihan diri dan mengawalnya daripada


terjerumus ke dalam lembah kehinaan atau keburukan serta membersihkan
manusia daripada naluri-naluri yang tidak sihat.

Firman Allah SWT :

Maksudnya :
“Dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan
mungkar.”
(Al-Ankabut : 45)
Firman Allah SWT :

Maksudnya :
“Sesungguhnya manusia itu dijadikan resah gelisah, apabila ia ditimpa
kesusahan, ia sangat resah dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil
kedekut, kecuali orang-orang yang mengerjakan solat.”
(Al-Ma’arij : 19-22)

Pada hakikatnya, perbuatan solat sebagai tanda kesempurnaan seseorang dalam


melakukan hak-hak pengabdian kepada Allah SWT. Sebaliknya dengan
meninggalkan solat ia digelar sebagai orang yang tenggelam di dalam hawa nafsu
yang bakal menjadi ahli neraka.

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 15

______________________________________________________________________

Firman Allah SWT :

Maksudnya :
“Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan solat
serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat) maka mereka akan
menghadapi azab (dalam neraka).”
(Maryam : 59)

Menurut jejak langkah baginda Rasulullah SAW, bila berlaku kecemasan baginda
solat dan berkata yang bermaksud:

“Allah menjadikan ketenangan mataku di dalam solat.”

Firman Allah SWT :

Maksudnya :
“Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan mengerjakan solat.”
(Al-Baqarah : 153)

Kefardhuan Solat.

Islam menjadikan solat salah satu daripada rukun Islam yang lima. Diwajibkan ke
atas tiap-tiap penganutnya muslim dan muslimat supaya mendirikan solat lima
waktu sehari semalam. Hingga kanak-kanak diwajibkan ke atas tiap-tiap
penjaganya menyuruh solat sejak usianya meningkat tujuh tahun dan mewajibkan
penjaga-penjaganya itu memukul, jika kanak-kanak itu berdegil atau malas
setelah berusia sepuluh tahun.

Perintah solat diturunkan pada malam Isra’ setahun sebelum Hijrah. Ia adalah
ibadat yang pertama diwajibkan oleh Allah Ta’ala di mana perintah itu
disampaikan secara langsung tanpa perantaraan, dengan cara berdialog terus
dengan RasulNya pada malam Mi’raj.

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 16

______________________________________________________________________

Oleh itu wajib ke atas setiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya
menyempurnakan solat fardhu yang ditentukan lima waktu sehari semalam. Solat
di dalam Islam tidak dapat ditandingi oleh ibadat-ibadat yang lain. Sesiapa yang
meninggalkan solat, ia berhak mendapat azab daripada Allah SWT.

Syarat-Syarat Wajib Solat:

i. Islam.
ii. Baligh.
iii. Berakal.
iv. Suci dari haid dan nifas.
v. Sejahtera pancaindera.
Tidak wajib sembahyang ke atas orang yang buta dan tuli sekali pun tidak
bisu jika berlaku kedua-duanya sebelum tamyiz.
vi. Sampai seru.
Tidak wajib sembahyang ke atas mereka yang tidak sampai seruan Islam
seperti ia dilahirkan dan menetap di puncak bukit yang jauh yang tiada
perhubungan langsung.

Syarat-Syarat Sah Solat.

i. Suci dari hadas dan najis yang tidak dimaafkan sama ada pada pakaian,
badan dan pada tempat sembahyang.
ii. Menutup aurat.
iii. Mengetahui cara sembahyang dan dapat membezakan yang wajib dan
yang sunat. Malahan jika diiktikadkan semuanya fardu atau setengahnya
fardu dan setengahnya sunat dan tidak membezakannya dan dia
merupakan orang awam, selagi tidak diiktikadkan yang fardu itu sebagai
sunat; sahlah sembahyangnya.
iv. Menunaikan sembahyang ditempat yang suci walaupun secara zan dan
jangan bersentuh sebahagian badan atau pakaian dengan najis ketika
qiyam atau duduk atau rukuk atau sujud.
v. Mengetahui masuk waktu atau pun zan masuk waktu dengan secara
ijtihad seperti mendengar ayam berkokok dan sebagainya.
vi. Menghadap kiblat iaitu mengadap seluruh badannya ke arah kiblat.

Rukun-Rukun Solat.
Rukun-rukun solat ialah ada tiga belas iaitu:
i. Niat.
ii. Berdiri bagi yang berkuasa.
iii. Takbiratul Ihram.
iv. Membaca Al-Fatihah.
v. Rukuk serta tumakninah.

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 17

______________________________________________________________________

vi. Iktidal serta tumakninah.


vii. Sujud serta tumakninah.
viii. Duduk antara dua sujud serta tumakninah.
ix. Tasyahhud akhir.
x. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dalam tasyahhud akhir.
xi. Duduk untuk bertasyahhud, salawat dan salam.
xii. Memberi salam yang pertama.
xiii. Tertib.

Rukun-rukun yang tersebut di atas wajib dilakukan dengan sempurna, sekiranya


tertinggal salah satu daripadanya atau tidak melakukan dengan sempurna maka tidak sah
solat

4.2.1 SOLAT BERJEMAAH.

Solat Jemaah ialah solat yang dilakukan secara berama-ramai, sekurang-


kurangnya seorang imam dan seorang mukmin. Hukum solat secara berjamaah
selain dari fardu Jumaat adalah fardu kifayah ke atas lelaki yang cukup syarat-
syaratnya.

Berjamaah di masjid bagi lelaki adalah lebih afdal. Kelebihan solat berjamaah
dikira berhasil apabila terdapat seorang imam dan seorang makmum yang sempat
bersama-sama imam sebelum imam memberi salam yang pertama walaupun
makmum tidak sempat duduk bersama imam.

Kelayakan Imam.
• Hamba layak menjadi imam bagi makmum yang merdeka.
• Kanak-kanak yang mumayyiz layak menjadi imam kepada makmum yang
baligh. Kanak-kanak yang belum mumayyiz tidak sah menjadi imam.
• Lelaki layak menjadi imam kepada lelaki, perempuan dan khunsa.
• Perempuan layak menjadi imam kepada perempuan sahaja.
• Perempuan dan khunsa tidak layak menjadi imam kepada lelaki.
• Perempuan dan khunsa tidak layak menjadi imam kepada khunsa.
• Orang yang ummi (tidak pandai membaca) tidak layak menjadi imam kepada
qari (yang elok membaca surah al-Fatihah).
• Kanak-kanak tidak mumayyiz tidak layak jadi imam.

Syarat-Syarat Mengikut Imam.


• Hendaklah bersamaan perbuatan sembahyang makmum dengan imam.
Berlainan niat makmum dengan niat imam tidak menjejaskan ikutan.
• Makmum wajib mengikut imam, tidak mendahului imam dalam rukun fe’li.
• Makmum dapat mengetahui pergerakan imam.

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 18

______________________________________________________________________

• Makmum berjamaah atau berhimpun bersama imam di suatu tempat.


• Makmum tidak boleh menyalahi imamnya semasa berjamaah pada
melakukan perkara sunat yang dianggap keji.
• Kedudukan makmum tidak boleh terkehadapan dari imam.
• Niat mengikut imam.
• Sah sembahyang imam pada iktikad makmum. Tidak sah sembahyang
makmum yang mengiktikadkan sembahyang imamnya batal.
• Hendaklah sembahyang imam itu tidak perlu diulangi semula. Tidak sah
mengikut imam yang wajib mengulangi sembahyangnya seperti imam
sembahyang dengan tayammum kerana sejuk.
• Tidak berimamkan orang yang sedang menjadi makmum kepada imam yang
lain.

4.2.2 SOLAT QASAR DAN JAMAK.

Solat Qasar.

Pengertian Solat Qasar


Qasar dari segi bahasa bererti pendek atau ringkas. Dari segi istilah ialah
memendekkan solat fardu empat rakaat kepada dua rakaat.
Orang musafir yang jauh perjalanannya lagi diharuskan, dibolehkan
mengqasarkan sembahyang 4 rakaat kepa 2 rakaat. Firman Allah swt.

ialah memendekkan solat yang empat rakaat menjadi dua rakaat sahaja.

“Dan apabila kamu merantau di atas muka bumi, maka tidak menjadi dosa kalau
kamu memendekkan solat.” ( An-nisa’ : 101 )

Syarat Sah Solat Qasar

• Safar yang diharuskan oleh syarak kerana tujuan suci baik seperti
menunaikan fardhu haji atau sebagainya. Bukan kerana maksiat.
• Safar itu hendaklah lebih dari dua marhalah yang kira-kira 92 km lebih
kurang.
• Solat qasar itu hendaklah dilakukan di dalam waktunya iaitu di masa safar.
Solat qadha’ tidak boleh qasar. Solat yang luput semasa safar harus diqadha’

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 19

______________________________________________________________________

semasa perjalanan secara qasar atau harus qadha’ secara sempurna tetapi tidak
harus qadha’ secara qasar dalam masa tidak dalam safar.
• Hendaklah ada niat qasar solat pada mula-mula takbiratul ihram.
• Janganlah orang musafir itu solat qasar di belakang imam yang solat fardhu
lengkap.
• Niat musafir ke tempat tertentu.
• Solat yang empat rakaat sahaja yang boleh diqasarkan.
• Mengetahui keharusan menunaikan solat secara qasar, batal sembahyang
• qasar seseorang yang melakukannya tanpa mengetahui keharusannya.

Niat solat Qasar (Fardhu Zohor)

‫ﷲ َﺗ َﻌﺎ َﻟﻰ‬
ِ ‫ﺼ ًﺮا‬
ْ ‫ﻈ ْﻬ ِﺮ َﻗ‬
‫ض اﻟ ﱡ‬
َ ‫ﺻﱢﻠﻰ َﻓ ْﺮ‬
َ ‫ُأ‬

“Sahaja aku solat fardhu Zohor qasar tunai kerana Allah.”

SOLAT JAMAK

Pengertian Solat Jamak


Jamak dari segi bahasa ialah menghimpunkan. Dari segi istilah ialah
menghimpunkan dua solat dalam satu waktu. Hukumnya adalah harus bagi
musafir yang harus menunaikan solat secara qasar. Solat yang harus dijamak
ialah solat Zohor dengan Asar dan solat Maghrib dengan Isyak secara taqdim
atau ta’khir. Solat Jamak terbahagi kepada dua iaitu Jamak Takdim dan Jamak
Takhir.

(a) Jamak Taqdim


ialah menghimpunkan dua solat dalam waktu solat yang pertama seperti
menghimpunkan solat Zohor dan Asar dalam waktu Zohor.

Syarat Jamak Taqdim.


• Hendaklah dimulakan dengan solat yang pertama iaitu Zohor atau
Maghrib kemudian diiringi dengan solat yang kedua iaitu Asar atau
Isyak.
• Niat menghimpunkan solat itu dalam solat yang pertama.
• Berturut-turut antara keduanya.
• Hendaklah berkekalan dalam perjalanan hingga sudah takbiratul ihram
solat yang kedua.

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 20

______________________________________________________________________

Niat Solat Jamak Taqdim:


Solat Zohor dan Asar dalam waktu Zohor.
Niatnya:

‫ﺼ ُﺮ َأ َداًء‬
ْ ‫ﺠ ُﻤ ْﻮﻋًﺎ ِاَﻟ ْﻴ ِﻪ اﻟ َﻌ‬
ْ ‫ﺼﺮًا َﻣ‬
ْ ‫ﻦ َﻗ‬
ِ ‫ﻈ ْﻬ ِﺮ َر َآ َﻌ َﺘ ْﻴ‬
‫ض اﻟ ﱡ‬
َ ‫ُأﺻَُﻠِﻰ َﻓ ْﺮ‬
‫ﷲ َﺗﻌَﺎﻟَﻰ‬ِ

“Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar dihimpunkan Asar
kepadanya tunai kerana Allah Ta’ala.”

Selesaikan dua rakaat itu, bangun untuk solat Asar pula dengan lafaz niatnya:

‫ﷲ َﺗﻌَﺎﻟَﻰ‬
ِ ‫ﺼﺮًا‬
ْ ‫ﻦ َﻗ‬
ِ ‫ﺼ ِﺮ َر َآ َﻌ َﺘ ْﻴ‬
ْ ‫ض اﻟ َﻌ‬
َ ‫ﺻُﻠِﻰ َﻓ ْﺮ‬
َ ُ‫أ‬
“Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Ta’ala.”

Solat Maghrib dan Isya’ dalam waktu Maghrib.

Niatnya:
‫ﺠ ُﻤ ْﻮﻋًﺎ ِاَﻟ ْﻴ ِﻪ اﻟ ِﻌﺸَﺎ ُء‬
ْ ‫ت َﻣ‬
ٍ ‫ث َر َآﻌَﺎ‬
َ ‫ﻼ‬
َ ‫ب َﺛ‬
ِ ‫ض اﻟ َﻤ ْﻐ ِﺮ‬
َ ‫ﺻﻠﱢﻰ َﻓ ْﺮ‬
َ ‫ُأ‬
‫ﷲ َﺗﻌَﺎﻟَﻰ‬
ِ
“Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiga rakaat dihimpunkan Isya kepadanya
tunai kerana Allah Ta’ala.”

Selesaikan solat Maghrib itu, bangun untuk solat Isya’ dua rakaat qasar
dengan lafaznya:

‫ﷲ َﺗ َﻌﺎ َﻟﻰ‬
ِ ‫ﺼ ًﺮا‬
ْ ‫ﻦ َﻗ‬
ِ ‫ﺸﺎ ِء َر َآ َﻌ َﺘ ْﻴ‬
َ ‫ض اﻟ ِﻌ‬
َ ‫ﺻﱢﻠﻰ َﻓ ْﺮ‬
َ ‫ُأ‬

“Sahaja aku solat fardhu Isya’ dua rakaat qasar kerana Allah Ta’ala.”

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 21

______________________________________________________________________

(b) Jamak Takhir


Jamak Takhir ialah melakukan dua solat dalam waktu kedua seperti zohor
dan asar dilakukan dalam waktu asar; maghrib dan isyak dilakukan dalam
waktu Isyak.

Syarat Jama’ Takhir.

Selain daripada syarat-syarat yang tersebut pada Jamak Taqdim itu


dikehendaki lagi:

ƒ Ada niat hendak Jama’ Takhir pada waktu yang pertama lagi.
ƒ Berkekalan dalam perjalanan hingga selesai solat yang kedua.

Niat solat Jamak Takhir.


Solat Zohor dan Asar dalam waktu Asar.

‫ﺼ ِﺮ‬
ْ ‫ﺠ ُﻤ ْﻮﻋًﺎ ِاﻟَﻰ اﻟ َﻌ‬
ْ َ‫ﺼﺮًا ﻣ‬
ْ ‫ﻦ َﻗ‬
ِ ‫ﻈ ْﻬ ِﺮ َر َآ َﻌ َﺘ ْﻴ‬
‫ض اﻟ ﱡ‬
َ ‫ﺻﻠﱢﻰ َﻓ ْﺮ‬َ ‫ُأ‬
‫ﷲ َﺗﻌَﺎﻟَﻰ‬
“Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar dihimpunkan
kepada Asar karana Allah Ta’ala.”

Selesai sahaja solat Zohor itu, bangun segera untuk solat Asar pula dengan
lafaz niatnya:
‫ﺼﺮًا ﷲ َﺗﻌَﺎﻟَﻰ‬
ْ ‫ﻦ َﻗ‬
ِ ‫ﺼ ِﺮ َر َآ َﻌ َﺘ ْﻴ‬
ْ ‫ض اﻟ َﻌ‬
َ ‫ﺻﻠﱢﻰ َﻓ ْﺮ‬
َ ُ‫أ‬
“Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar tunai kerana Allah
Ta’ala.”

Niat solat Maghrib dan Isya’ dalam waktu Isya’:

‫ﺸﺎِء ﷲ‬
َ ‫ث رَآَﻌَﺎتٍ ﻣَْﺠ ُﻤ ْﻮﻋًﺎ اِﻟَﻰ اﻟ ِﻌ‬
َ ‫ﻼ‬
َ ‫ب َﺛ‬
ِ ‫ض اﻟ َﻤ ْﻐ ِﺮ‬
َ ‫ﺻﻠﱢﻰ َﻓ ْﺮ‬
َ ‫ُأ‬
‫َﺗﻌَﺎﻟَﻰ‬
“Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiga rakaat dihimpunkan kepada Isya’
kerana Allah Ta’ala.”

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 22

______________________________________________________________________

Setelah selesai solat Maghrib itu, bangunlah dengan segera untuk menunaikan
solat Isya’ pula dengan lafaz niatnya:

‫ﻦ ﷲ َﺗﻌَﺎﻟَﻰ‬
ِ ‫ض اﻟ ِﻌﺸَﺎ ِء َر َآ َﻌ َﺘ ْﻴ‬
َ ‫ﺻﻠﱢﻰ َﻓ ْﺮ‬
َ ‫ُأ‬
“Sahaja aku solat fardhu Isya’ dua rakaat qasar tunai kerana Allah Ta’ala.”

4.2.3 AMALI SOLAT HAJAT DAN SOLAT ISTIKHARAH

SOLAT HAJAT

Pengertian Solat Hajat


Solat Hajat adalah solat sunat dua rakaat yang dilakukan untuk memohon
sesuatu yang diharuskan oleh syarak kepada Allah s.w.t.

Sabda rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “ Daripada Abi Dardak bahawasanya


nabi s.a.w. bersabda sesiapa yang berwuduk dengan sempurna kemudian dia
menyempurnakan solat dua rakaat Allah mengurniakan apa sahaja yang diminta
sama ada cepat atau lambat.”

Hadis ini menjelaskan bahawasanya nabi s.a.w menggalakkan umatnya


melakukan solat hajat serta hajat yang harus dipohon hanya perkara yang
memberi kebaikan atau untuk kesejahteraan di dunia dan di akhirat untuk
mengatasi sesuatu kesulitan. Oleh itu tidak harus memohon sesuatu hajat yang
dilarang oleh Allah s.w.t seperti perkara maksiat atau perkara yang ditegah kita
melakukannya.

Cara Melakukan Solat Hajat.

i. Cara melakukan solat hajat sama sahaja seperti melakukan solat-solat


sunat yang lain. Perbezaannya hanya pada niat.
ii. Lafaz niat solat hajat ialah

‫ﻦ ﷲ َﺗ َﻌﺎَﻟ‬
ِ ‫ﺟ ِﺔ َر ْآ َﻌ َﺘ ْﻴ‬
َ ‫ﺤﺎ‬
َ ‫ﺳ ﱠﻨ ًﺔ اﻟ‬
ُ ‫ﺻﱢﻠﻰ‬
َ ‫ُأ‬
"Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah s.w.t."

iii. Pada rakaat pertama setelah takbiratul ihram:


ƒ Baca doa iftitah
ƒ Baca surah al-Fatihah
ƒ Baca surah al-Kafirun
ƒ Teruskan rukuk, iktidal dan sujud seperti biasa.

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 23

______________________________________________________________________

iv. Pada rakaat kedua :


ƒ Baca al Fatihah
ƒ Baca surah al Ikhlas
ƒ Terus rukuk, iktidal dan sujud seperti biasa
ƒ Tahiyyat akhir dan memberi salam.

v. Selepas memberi salam:


ƒ Berdoa dengan didahului memuji Allah dan berselawat kepada
nabi s.a.w.
ƒ Setelah itu pohonlah hajat anda terhadap Allah s.w.t. seperti
memohon dikurniakan kesihatan yang baik serta memperolehi
kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
ƒ Akhirkan doa anda dengan berselawat kepada nabi s.a.w.

Kelebihan Solat Hajat


Solat hajat memberi faedah yang besar kepada kehidupan orang mukmin, di
antaranya ialah:

ƒ Tidak berputus asa dengan takdir Allah s.w.t


ƒ Dimakbulkan Allah s.w.t. doa yang dipohon.
ƒ Dikasihi dan diredhai oleh Allah s.w.t.
ƒ Dapat memperteguhkan keimanan kepada Allah s.w.t
ƒ Memberi ketenangan jiwa kepada orang mukmin
ƒ Gigih berusaha untuk mencapai cita-cita yang baik.

SOLAT SUNAT ISTIKHARAH

Pengertian Solat Sunat Istikharah


Solat sunat Istikharah ialah mengerjakan solat sunat dua rakaat untuk memohon
kepada Allah s.w.t penentuan serta ketetapan hati baik dan buruknya pekerjaan
atauhal sesuatu yang akan dilakukan oleh seseorang di dalam cita-cita serta
hajatnya yang masih ragu-ragu antara baik dan buruknya pekerjaan itu. Ia boleh
dilakukan sama ada pada siang hari atau pada malam hari.

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 24

______________________________________________________________________

Cara-Cara Melakukan Solat Sunat Istikharah

i Lafaz niat solat sunat istikharah ialah:

‫ﷲ َﺗ َﻌَﺎﻟَﻰ‬
ِ ‫ﻦ‬
ِ ‫ﺳ ِﺘﺨَﺎ َر ِة َر ْآ َﻌ َﺘ ْﻴ‬
ْ ‫ﻹ‬
ِ ‫ﺳ ﱠﻨ َﺔ ا‬
ُ ‫ُأ ﺻَﻠﱢﻰ‬
"Sahaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Taala."

ii. Pada rakaat pertama:


• Baca doa iftitah
• Baca surah al-Fatihah
• Baca surah al-Kafirun
• Teruskan rukuk, iktidal dan sujud seperti biasa.

Iii. Pada rakaat kedua :


ƒ Baca al Fatihah
ƒ Baca surah al Ikhlas
ƒ Terus rukuk, iktidal dan sujud seperti biasa
ƒ Tahiyyat akhir dan memberi salam.

iv. Selepas memberi salam:


ƒ Berdoa dengan didahului memuji Allah dan berselawat kepada nabi s.a.w.
ƒ Bacalah doa yang tersebut:

‫ﻚ‬
َ ‫ﻀِﻠ‬
ْ ‫ﻚ ﻣِﻦء َﻓ‬
َ ‫ﺳ َﺌُﻠ‬
ْ ‫ﻚ َوًَأ‬
َ ‫ك ِﺑ ُﻘ ْﺪ َر ِﺗ‬
َ ‫ﺳ َﺘ ْﻘ ِﺪ ُر‬
ْ ‫ﻚ َوَأ‬
َ ‫ك ِﺑ ِﻌ ْﻠ ِﻤ‬
َ ‫ﺨ ْﻴ ُﺮ‬
ِ ‫اَﻟﻠّ ُﻬﻢﱠ إِﻧﱢﻰ َأ ْﺳ َﺘ‬
. ‫ﻋﻼﱠ ُم اﻟ ُﻐ ُﻴﻮْب‬
َ ‫ﺖ‬
َ ‫ﻋَﻠ ُﻢ َوَأ ْﻧ‬
ْ ‫ﺖ َأ‬
َ ‫ﻋَﻠ ُﻢ َوَأ ْﻧ‬
ْ ‫ﻻ َأ‬
َ ‫ﻚ َﺗ ْﻘ ِﺪ ُر َو َﺗ ْﻌَﻠ ُﻢ َو‬
َ ‫ﻈ ْﻴ ِﻢ َﻓِﺈ ﱠﻧ‬
ِ ‫اﻟ َﻌ‬
‫ﻋﺎ ِﻓ َﻴ ِﺔ‬
َ ‫ﻲ َو‬
ْ ‫ﺷ‬
ِ ‫ﻲ َو َﻣ َﻌﺎ‬
ْ ‫ﻰ ِد ْﻳ ِﻨ‬
ْ ‫ﺧ ْﻴ ٌﺮ ِﻟﻰ ِﻓ‬
َ ‫ﻷ ْﻣ َﺮ‬
َ ‫ن ه َﺬا ا‬
ْ ‫ﺖ َﺗ ْﻌَﻠ ُﻢ َأ‬
َ ‫ن ُآ ْﻨ‬
ْ ‫َاﻟّﻠ ُﻬ ﱠﻢ ِإ‬
‫ﻰ‬
ْ ‫ﻰ ِﻓ‬
ْ ‫ﺷ ﱞﺮ ِﻟ‬
َ ‫ن ه َﺬا‬
ْ ‫ﺖ َﺗ ْﻌَﻠ ُﻢ َأ‬
َ ‫ن ُآ ْﻨ‬
ْ ‫ﻰ ِﻓ ْﻴ ِﻪ َوِإ‬
ْ ‫ك ِﻟ‬
ْ ِ ‫ى َﻓﺎ ْﻗ ُﺪ ْر ُﻩ ِﻟﻰ ُﺛ ﱠﻢ ﺑَﺎر‬
ْ ‫َأ ْﻣ ِﺮ‬
‫ﻋ ْﻨ ُﻪ َوا ْﻗ ُﺪ ْر‬
َ ‫ﻲ‬
ْ ‫ﺻ ِﺮ ْﻓ ِﻨ‬
ْ ‫ﻲ َﻓﺄ‬
ِ ‫ﻋ ُﻨ‬
َ ‫ﺻ ِﺮ ْﻓ ُﻪ‬
ْ ‫ي َﻓﺎ‬
ْ ‫ﻋﺎ ِﻗ َﺒ ِﺔ َأ ْﻣ ِﺮ‬
َ ‫ﻲ َو‬
ْ ‫ﺷ‬
ِ ‫ﻲ َو َﻣﻌﺎ‬
ْ ‫ِد ْﻳ ِﻨ‬
‫ﻲ‬
ْ ‫ِﻟ‬
.‫ﻲ ِﺑ ِﻪ‬
ْ ‫ﺿ ِﻨ‬
ِ ‫ن ُﺛ ﱠﻢ َأ ْر‬
َ ‫ﺚ َآﺎ‬
ُ ‫ﺣ ْﻴ‬
َ ‫ﺨ ْﻴ َﺮ‬
َ ‫ا ْﻟ‬

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 25

______________________________________________________________________

Ertinya:
"Ya Allah, aku memohon agar Engkau yang baik menurut Engkau ya
Allah; dan aku memohon agar Engkau memberikan kepastian dengan
ketentuanMu; dan aku memohon dengan kemurahan Tuhan yang Maha
Agung kerana sesungguhnya Engkau yang Maha Berkuasa sedang hamba
tidak tahu dan Engkaulah yang Maha Mengetahui segala sesuatu yang
masih tersembunyi. Ya Allah jika Engkau mengetahui bahawa persoalan
ini baik bagi hamba dan baik pula akibatnya bagi persoalan ini kepada
hamba, maka berilah perkara ini kepada hamba dan mudahkanlah bagiku,
kemudian berilah keberkatan bagiku di dalamnya. Ya Allah jika Engkau
mengetahui bahawa sesungguhnya hal ini tidak baik bagiku dan bagi
agamaku dan penghidupanku dan tidak baik akibatnya bagiku, maka
jauhkanlah hal ini daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya dan
berikanlah kebaikan di mana saja aku berada, kemudian jadikanlah aku
orang yang rela atas anugerahMu ya Allah."

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 26

______________________________________________________________________

AKTIVITI
Arahan :
Jawab semua soalan .

4.5 Berikan pengertian solat jamak dari segi bahasa dan istilah syarak.
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________

4.6 Senaraikan LIMA syarat sah solat qasar.

1.
2.
3.
4.
5

4.7 Melakukan solat dua rakaat dengan tujuan untuk mendapat petunjuk Allah bagi
memilih sesuatu keputusan dinamakan ...............................
A. Solat Jamak Takdim.
B. Solat Hajat.
C. Solat Qasar.
D. Solat Istikharah

4.8 Pilih kenyataan yang tepat tentang syarat sah solat berjemaah.

i. Makmum lelaki boleh mengikut sembahyang imam wanita


ii. Makmum mesti mengikut perbuatan imam
iii. Tidak sah mengikut imam yang diketahui batal solatnya.
iv. Kedudukan makmum hendaklah di hadapan imam.

A. i dan iii.
B. ii dan iii.
C. ii, iii dan iv.
D. i dan iv.

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 27

______________________________________________________________________

4.9 Semua kenyataan di bawah adalah BENAR, kecuali…..

A. Ali telah bertolak dari Ipoh ke Kota Bharu, Kelantan untuk berkursus selama 2
hari, dia boleh menjamakan solatnya.
B. Solat yang empat rakaat sahaja boleh diqasarkan.
C. Azlan telah bertolak dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur dengan tujuan
menyertai perlumbaan haram, dia boleh menjamak dan qasar solatnya.
D. Syarat jamak ta’khir mestilah berkekalan dalam perjalanan sehingga selesai solat
yang kedua.

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 28

______________________________________________________________________

MAKLUMBAL
AS AKTIVITI
4B

9.1 Jamak dari segi bahasa ialah menghimpunkan. Dari segi istilah ialah
menghimpunkan dua solat dalam satu waktu seperti menghimpunkan solat zohor dan
asar dalam satu waktu.

9.2 Syarat sah solat qasar ialah :

ƒ Safar yang diharuskan oleh syara’ kerana tujuan suci baik seperti menunaikan
fardhu haji atau sebagainya. Bukan kerana maksiat.
ƒ Safar itu hendaklah lebih dari dua marhalah yang kira-kira 92 km lebih kurang.
ƒ Solat qasar itu hendaklah dilakukan di dalam waktunya iaitu di masa safar.
Solat qadha’ tidak boleh qasar. Solat yang luput semasa safar harus diqadha’
semasa perjalanan secara qasar atau harus qadha’ secara sempurna tetapi tidak
harus qadha’ secara qasar dalam masa tidak dalam safar.
ƒ Hendaklah ada niat qasar solat pada mula-mula takbiratul ihram.
ƒ Janganlah orang musafir itu solat qasar di belakang imam yang solat fardhu
lengkap.
ƒ Niat musafir ke tempat tertentu.
ƒ Solat yang empat rakaat sahaja yang boleh diqasarkan.
ƒ Mengetahui keharusan menunaikan solat secara qasar, batal sembahyang
qasar seseorang yang melakukannya tanpa mengetahui keharusannya.

9.3 D.

9.4 B.

9.5 C.

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 29

______________________________________________________________________

INPU
T 4C

4.3 WIRID DAN DOA

4.3.0 PENGENALAN

Wirid dan doa merupakan salah satu cara untuk mendapatkan perhatian khusus
dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah swt. Berwirid dan berzikir boleh
dilakukan untuk dengan cara mengingat Allah s.w.t. dalam hati ataupun
menyebut nama-namaNya dengan lisan. Amalan wirid dan doa merupakan
penggantungan harapan insan dalam memulai kehidupan hariannya agar
dilimpahkan dengan kebaikan, pertolongan dan kemenangan. Jika dilakukan
dengan hati yang bersih, maka akan melimpahlah rahmat dan pertolongan Allah
swt.

4.3.1 WIRID SELEPAS SOLAT

Bacaan selepas memberi salam ke kanan:

(ramai)

(seorang)

"Ya Allah aku / kami memohon keredhaan dan syurgaMu".

Bacaan selepas memberi salam ke kiri

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 30

______________________________________________________________________

"Aku memohon
perlindungan dari kemurkaanMu dan dari azab api neraka".

Bacaan semasa menyapu tangan ke muka

"Dengan nama Allah yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang
Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah ya Tuhan kami,
hapuskanlah daripadaku kesusahan dan (perkara-perkara yang
mendatangkan )dukacita".

Bacaan semasa masih duduk dalam tahiyat akhir

(Surah al-Israk : 111)

"Segala puji tertentu bagi Allah, yang tiada mempunyai anak dan tiada
bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya dan tiada bagiNya
penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya dan hendaklah engkau
membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh"

Istighfar tiga kali atau lebih

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 31

______________________________________________________________________

"Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Besar, tiada Tuhan
melainkan Dia yang hidup lagi sentiasa berkuasa dan aku bertaubat
kepadaNya"

Baca:

(10 kali)
(Selain dari sembahyang Maghrib dan Subuh, 3 kali sahaja)

"Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah,


tiada sekutu bagiNya, bagi Allah seluruh kekuasaan dan untuk Allah
segala kepujian, Dia menghidupkan dan mematikan, Dialah amat
berkuasa atas segala sesuatu"

Mengubah keadaan duduk dan imam berpaling menghadapi makmum


di sebelah kanan serta membaca:

( 3 atau 7 kali )

"Ya Allah Ya Tuhan kami, jauhkanlah kami daripada azab api neraka"

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 32

______________________________________________________________________

Baca:

"Ya Allah, Engkaulah penyelamat sejahtera, daripada Engkaulah


datangnya kesejahteraan, kepad Engkaulah kembalinya ssejahtera itu, oleh
yang demikian hidupkanlah kami dengan selamat sejahtera dan masukkan
kami ke syurga, negara yang aman sejahtera, bertambah-tambah berkatMu
yan Allah ya Tuhan kami dan Maha Tinggi, ya Allah yang empunya segala
kebesaran dan kemuliaan"

1. Baca:

"Aku memohon perlindungan kepada Allah dari syaitan yang direjam"

2. Baca Surah al-Fatihah:

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 33

______________________________________________________________________

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan
mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha
Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan dan hari Pembalasan
(hari akhirat). Engkaulah sahaja (ya Allah) yang kami sembah dan
kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah
kami jalan yang lurus iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah
kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang-orang yang
Engkau telah murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat".

3. Baca:

"Tuhan, kamu Yuhan yang Maha Esa, tiada Tuhan yang sebenarnya
melainkan Dia, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang".

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 34

______________________________________________________________________

4. Baca Surah al Baqarah:255 ( Ayat Kursi ):

"Allah, tiada Tuhan ( yang berhak disembah ) melainkan Dia, Yang Tetap
Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluknya).
Yang Tidak Mengantukusahkan Tidur. Yang Memiliki segala yang ada di
langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat
(pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa
yang ada di hadapan mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun
dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki
(memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmu dan kekuasaanNya)
meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah
menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi
(dapat kemuliaanNya) lagi Maha Besaar (kekuasaanNya)".

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 35

______________________________________________________________________

5. Baca Surah al-Baqarah:284

"Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan
kepunyaan Alah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati
kamu atau kamu sembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan
menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa
yang dikehendakiNya dan menyiksa sesiapa yang dikehendakiNya
(menurut undang-undang peraturanNya). Dan ingatlah Allah Maha Kuasa
atas tiap-tiap sesuatu".

6. Baca Surah al-Baqarah: 285

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 36

______________________________________________________________________

"Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkannya daripada


TuhanNya, dan juga orang yang beriman; semuanya beriman kepada
Allah dan Malaikat-MalaikatNya, kitab-kitabNya dan rsul-rasulNya,
(mereka berkata) Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang
lain dari rasul-rasulNya. Mereka berkata lagi; Kami dengar dan kamu
taat. (Kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami dan KepadaMu
jualah tempat kembali"

7. Baca Surah al-Baqarah : 286

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia


mendapat pahala kebaikan apa yang diusahakannya dan ia juga
menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan
berkata): Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau mengirakan kami salah
jika kami lupa atau tersalah. Wahai Tuhan kami,janganlah bebankan
kami dengan bebanan yang berat sebagaimana yang Engkau telah
bebankan orang-orang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami,
janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak terdaya kami
memikulnya. Dan maaflah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami
dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami, oleh itu
tolonglah kami untuk mencapati kemenangan terhadap kaum-kaum kafir".

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 37

______________________________________________________________________

8. Baca Surah Ali-Imran : 18

"Allah menerangkan (kepada) sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan


bukti, bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,
yang sentiasa mentadbir (seluruh alam) dengan keadilan dan malaikat-
malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga
yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,
Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana"

9. Baca Surah Ali Imran : 19

"Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah


Islam"

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 38

______________________________________________________________________

10. Baca Surah Ali Imran : 26 -27:

"Katakanlah (wahai Muhammad), Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa


pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada
sesiapa yang Engkau kehendaki; dan Engkaulah yang mencabut kuasa
pemerintahan dari sesiapa yanag Engkau kehendaki. Engkaulah juga
yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki; dan Engkaulah yang
menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Di dalam kekuasaan Engkau
sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas
setiap sesuatu. Engkaulah wahai Tuhan yang memasukkan malam ke
dalam waktu siang dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke
dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang
hidup dari benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang
memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dengan tiada
hitungan hisabnya"

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 39

______________________________________________________________________

11. Baca Surah al-Ikhlas – 1 atau 3 kali

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani;


Katakanlah (wahai Muhammad); Tuhanku ialah Allah yang Maha Esa,
Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang
hajat, Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan; dan tiada sesiapapun
yang setara dengannya"

21. Baca Surah al-Falaq : 1 atau 3 kali

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Katakanlah (wahai Muhammad), aku berlindung kepada (Allah) Tuhan
yang menciptakan sekalian makhluk; dari bencana makhluk-makhluk
yang diciptakan dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; dan dari
kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus (pada simpulan-
simpulan) dan ikatan-ikatan; dan dari kejahatan orang yang dengki
apabila ia melakukan kedengkiannya"

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 40

______________________________________________________________________

22. Baca Surah an-Nas 1 atau 3 kali

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Katakanlah (wahai Muhammad), Aku berlindung kepada (Allah)
pemelihara sekalian manusia; yang menguasai sekalian manusia;
Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia; dan dari
kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam, yang
melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (iaitu
pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia"

23. Baca surah al Fatihah - 1 kali

24. Baca – 3 kali

"Dengan nama Allah yang dengan nama itu tidak menjadi mudharat
sesuatu pun sama ada di langit atau di bumi dan Dialah Allah Yang
Maha Mendengar lagi maha Mengetahu"

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 41

______________________________________________________________________

25. Baca :

"Ya allah Ya Tuhanku"

26. Baca 33 kali :

"Maha Suci Allah"

27. Baca :

"Maha Suci Allah, aku bertasbih sambil memuji-muji kekal


sentiasa selama-lamanya"

28. Baca 33 kali :

"egala kepujian untuk Allah"

29. Baca :

"Segala kepujian untuk Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam


atas mana-mana juga keadaan dan nikmat pengurniaannya"

30. Baca 33 kali

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 42

______________________________________________________________________

Allah Maha Besar

31. Baca :

"Allah Maha Besar, sungguh Maha Besar, segala puji untuk


Allah sebanyak-banyaknya, maha suci Allah pagi dan petang,
Tiada Tuhan yang disembah sebenar-benarnya melainkan Allah
dengan ketunggalannya, tiada sekutu bagiNya, untuk Allah
segala kerajaan dan bagiNya segala kepujian, Dia yang
menghidupkan dan yang dmematikan dan Dialah Allah yang
berkuasa atas segala sesuatu, tiada daya dan tidak upaya
melainkan dengan pertolongan Allah, Tuhan Maha Tinggi lagi
Maha Besar"

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 43

______________________________________________________________________

4.3.2 DOA SELEPAS SOLAT

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 44

______________________________________________________________________

• Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Segala puji bagi Allah Tuhan Pemelihara sekalian alam. Selawat
dan salam atas Nabi Muhammad s.a.w. berserta keluarga dan
sahabat sekelian.
• Ya Allah, kami memohon kepadaMu keselamatan agama,
kesihatan jasmani, pertambahan dalam ilmu, keberkatan pada
rezeki, taubat sebelum mati, mendapat rahmat ketika mati, dan
memperolehi keampunan setelah mati.
• Ya Allah, mudahkanlah kami ketika gelombang sakaratulmaut,
dan lepaskanlah dari api neraka dan mendapat kemaafan ketika
dihisab.
• Ya Tuhan kami, janganlah goncangkan hati kami setelah
mendapat petunjuk, berilah kami rahmat sesungguhnya Engkau
Maha Pemberi.
• Ya Tuhan kami, berikan kami kebajikan di dunia dan kebajikan di
akhirat dan peliharalah kami daripada siksa api neraka.
• Allah Taala memberikan rahmatNya ke atas junjungan kita Nabi
Muhamaad s.a.w dan mensejahterakannya begitu juga ke atas
sahabat-sahabatnya, dan segala puji itu bagi Allah Taala sekalian
alam.

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 45

______________________________________________________________________

AKTIVITI

4.9 Anda dikehendaki memperdengarkan:

a. Doa Iftitah
b. Surah al Fatihah
c. Bacaan ketika rukuk, duduk antara dua sujud dan sujud.
d. Tahiyyat Awal dan Tahiyyat Akhir
e. Doa Qunut

4.10 Tunjukkan cara solat-solat yang berikut:

a. Solat Sunat Hajat


b. Solat Sunat Istikharah
c. Solat Zohor qasar
d. Solat Jamak Takdim Maggrib dan Isyak
e. Solat Jaak Takhir dan qasar serentak Asar dan Zohor.

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 46

______________________________________________________________________

MAKLUMBAL
AS AKTIVITI
4C

4.9 Pelajar-pelajar memperdengarkan bacaan yang berkenaan.

4.10 Pelajar-pelajar menunjukkan cara solat-solat yang berkenaan.

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 47

______________________________________________________________________

INPU
T 1D

4.4 AMALAN DAN AJARAN SESAT

4.4.0 PENGENALAN

Ajaran sesat adalah suatu amalan atau fahaman yang tidak menepati ajaran Islam
yang hakiki. Ajaran sesat boleh menimbulkan kekeliruan dalam kehidupan
dan membawa kepada perpecahan umat Islam.

4.4.1 TAKRIF AJARAN DAN AMALAN SESAT

Ajaran dan amalan sesat bermaksud segala ajaran dan amalan yang dibawa oleh
orang Islan atau bukan orang Islam yang mendakwa bahawa ajaran tersebut
adalah ajaran Islam sedangkan pada hakikatnya amalan atau ajaran tersebut
bertentangan dengan ajaran Islam yang berdasarkan al Quran dan as Sunnah.

Ajaran sesat adalah suatu amalan atau fahaman yanga tidak menepati ajaran
Islam yang hakiki. Ajaran sesat menimbulkan kekeliruan umat Islam dalam
kehidupan beragama.

KEMUNCULAN AMALAN DAN AJARAN SESAT

• Kemunculan ajaran sesat berpunca daripada pengaruh, kebudayaan, adat dan


kepercayaan lama yang mengandungi unsur animisme dan dinamisme.

• Melalui campuran doktrin-doktrin Kristianiti, Hinduisme, Buddhisme dan


lain-lain lagi.

• Wujudnya unsur-unsur kebatinan dalam pembersihan rohani seperti dalam


ilmu persilatan yang boleh menyebabkan munculnya ajaran sesat ini.

SEBAB-SEBAB BERLAKUNYA AMALAN DAN AJARAN SESAT

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 48

______________________________________________________________________

• Wujudnya individu yang mempunyai kepentingan peribadi dan mengajar


ajaran sesat untuk kepentingan kedudukan, pangkat dan sebagainya.

• Terdapat golongan yang ingin melemahkan ajaran perpaduan umat Islam.


Mereka telah bertindak memesongkan kefahaman masyarakat Islam.

• Wujudnya golongan manusia yang hanya bertujuan untuk mengejar hari


akhirat semata-mata. Mereka ini mereka-reka kaedah wirid dan amalan untuk
tujuan tersebut.

FAKTOR TERSEBARNYA AJARAN SESAT

ƒ Tersebarnya secara meluas buku-buku yang berunsur ajaran sesat di pasaran


atau melalui guru-guru ajaran sesat tersebut.

ƒ Terdapat ramai individu yang cuba menonjolkan diri sebagai seorang yang
arif dalam ilmu-ilmu pengubatan dan agama semata-mata kerana mempunyai
kepentingan diri.

ƒ Kelemahan dari aspek undang-undang Negara yang mempunyai peruntukan


untuk pengamal ajaran sesat terlalu ringan berbanding dengan kemudaratan
ajaran tersebut.

4.4.2 CIRI-CIRI AJARAN DAN AMALAN SESAT

• Sesorang yang mengaku atau mendakwa dirinya atau gurunya sebagai nabi
atau rasul atau percaya ada lagi nabi selepas nabi Muhammad s.a.w. serta
wahyu masih lagi turun.

• Seseorang yang mengaku sebagai Imam Mahadi. Sejarah pernah


membuktikan hampir setiap zaman atau dekad, terdapat orang yang mengakui
dirinya menjadi Imam Mahadi. Mereka itu sama ada dari Pakistan, India,
Arab atau di Nusantara semuanya adalah sama sahaja.

• Seseorang yang mendakwa roh orang mati menjelma di dalam badannya.

• Sesuatu kumpulan yang mendakwa kunci syurga terletak di tangan guru


mereka dan guru mereka sahajalah yang boleh menentukan siapa boleh

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 49

______________________________________________________________________

masuk ke syurga atau neraka, serta boleh pula menjamin seseorang untuk
diampunkan dan kemudian masuk ke syurga.

4.4.3 CONTOH-CONTOH AJARAN DAN AMALAN SESAT

AJARAN QADIANI

Ajaran Qadiani diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad Qadiani dari India
tahun 1889. Ajaran tersebut tersebar ke seluruh dunia sejak awal abad
kedua puluh hingga sekarang. Ajaran ini mula bertapak di Malaysia pada
awal 1930 an oleh Maulana Husin Iyaz walaupun ditentang oleh ulama-
ulama Islam.

Pengikut-pengikut ajaran Qadiani ini telah menggunakannya agama


Islam untuk menyampaikan ajarannya yang jelas bertentangan dengan
ajaran Islam. Mirza Ghulam Ahmad mengaku dirinya sebagai Imam
Mahadi pada tahun 1891. Sementara pada tahun 1901 pula beliau
mendakwa menjadi nabi dan pada tahun 1904 pula mendakwa dirinya
sebagai jelmaan Krishna bagi orang-orang Hindu.

Qadiani juga turut mengubah ayat-ayat al Quran menurut kefahaman


mereka umtuk menarik pengikut-pengikutnya.

AJARAN BAHAI

Ajaran Bahai diasaskan oleh Mirza Husain Ali bin Mirza Abbas Buruzq al
Muzandarani al-Nuri. Beliau telah menghasilkan satu kitab suci bagi
agamanya yang dikenali sebagai al Bayan dan mendakwa dirinya sebagai
’Baha’ullah’ yang bermakna tuhan wujud dalam dirinya dan dalam alam
ini. Beliau juga mendakwa dirinya paling sempurna dan dirinya sebagai
tuhan yang mesti disembah. Ajaran ini akhirnya dikenali sebagai ajaran
Bahai.

Sembahyang dalam ajaran Bahai mempunyai sembilan rakaat dan perlu


dilaksanakan tiga kali sehari. Ibadat puasa hanya dilakukan sebanyak
sembilan belas hari dalam setahun dan kekecualian diberikan kepada
orang sakit, musafir, permpuan mengandung dan wanita menyusukan
anak. Dalam pelaksanaan ibadat haji pula hanya diwajibkan ke atas kaum
lelaki. Semasa beliau masih hidup, pekerjaan haji dilakukan dengan
menziarahi rumahnya sahaja dan selepas kematiannya berpindah pula ke
kuburnya di Carmel, Israil.

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 50

______________________________________________________________________

AJARAN TASLIM

Ajaran Taslim merupakan ajaran sesat yang tertua di Malaysia yang


dibawa oleh Haji Muhammad bin Shafie atau Mohammad Matahari pada
tahun 1870 an di Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Ajaran
ini kemudiannya berkembang ke Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan
negeri-negeri lain..

KESIMPULAN

Langkah terbaik supaya tidak terjebak ke dalam ajaran sesat ialah dengan belajar
dan mempelajari landasan agama Islam dengan kukuh. Sebarang keraguan dapat
di atasi dengan ilmu dan iman. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud
“Bertanyalah kepada ahli-ahli zikir (orang alim) sekiranya kamu tidak
mengetahui”. (An-Nahl)

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 51

______________________________________________________________________

AKTIVITI

Jawab semua soalan berikut.

4.11 Terangkan maksud ajaran sesat.

...................................................................................................................................
...................................................................................................................................
...................................................................................................................................

4.12 Nyatakan dua kesan penyebaran ajaran sesat terhadap masyarakat Islam hari ini.

i. .......................................................................................................................
ii. .......................................................................................................................

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 52

______________________________________________________________________

MAKLUMBAL
AS AKTIVITI
4D

JAWAPAN

4.11 Maksud ajaran sesat ialah ajaran dan amalan yang dibawa oleh orang Islan atau
bukan orang Islam yang mendakwa bahawa ajaran tersebut adalah ajaran Islam
sedangkan pada hakikatnya amalan atau ajaran tersebut bertentangan dengan
ajaran Islam yang berdasarkan al Quran dan as Sunnah.

4.12 Kesan penyebaran ajaran sesat di kalangan asyarakat Islam ialah

i. Masyarakat Islam akan berpecah-belah dan akan menimbulkan kekeliruan


sesama mereka.

ii. Maruah ajaran Islam akan tercemar di kalangan orang bukan Islam.

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 53

______________________________________________________________________

FAKTA KUNCI

1. TOHARAH atau BERSUCI


• Dari segi bahasa - Membersihkan diri daripada segala kekotoran dan hadas.
• Dari segi istilah - Membersihkan diri, pakaian dan tempat daripada kekotoran,
hadas dan najis.
• Toharah terbahagi kepada dua bahagian: Toharah Hissiyah dan Toharah
Maknawiyah.

2. ALAT-ALAT yang boleh digunakan untuk bersuci ialah:


• Air mutlak
• Debu (tanah) yang bersih
• Bahan peluntur yang bersifat tajam seperti tawas.

3. NAJIS
• Dari segi bahasa - sesuatu yang jijik, kotor dan tercemar.
• Dari segi istilah najis bermaksud – semua jenis kotoran yang menghalang sah
solat apabila terkena pada anggota badan , pakaian dan tempat solat.

• Najis terbahagi kepada tiga bahagian :


i. Najis Mukhaffafah (Najis Ringan)
ii. Najis Mutawassitah (Najis Pertengahan)
Ia terbahagi kepada dua iaitu Najis Hukmi dan Najis Aini
iii. Najis Mughallazah (Najis Berat)

4. SOLAT
• Dari segi bahasa ialah doa.
• Dari segi istilah solat bermaksud ibadat yang tersusun dari beberapa perkataan
dan perbuatan dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam, mengikut syarat-
syarat tertentu.

5. SOLAT QASAR
• Qasar bererti pendek atau ringkas.
• Solat Qasar bermaksud memEndekkan solat fardu empat rakaat kepada dua
rakaat.

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 54

______________________________________________________________________

6. SOLAT JAMAK
• Jamak bererti himpun.
• Solat Jamak bermaksud menghimpunkan dua solat fardu ke dalam satu
waktu.
• Solat Jamak terbahagi kepada dua iaitu: Jamak Takdim dan Jamak Takhir.

i. JAMAK TAKDIM
Ialah melakukan dua solat dalam waktu pertama.
Contoh: - Solat Zohor dan Asar dilakukan dalam waktu Zohor;
- Solat Maghrib dan Isyak dilakukan dalam waktu Maghrib.

ii. JAMAK TAKHIR


Ialah melakukan dua solat dalam waktu kedua.
Contoh - Solat Zohor dan Aar dilakukan dalam waktu Asar;
- Solat Maghb dan Isyak dilakukan dalam waktu Isyak.

7. SOLAT HAJAT
Ialah melakukan solat sunat dua rakaat untuk memohon sesuatu hajat yang
diharuskan syarak kepada Allah s.w.t.

8. SOLAT ISTIKHARAH
Ialah mengerjakan solat sunat dua rakaat untuk memohon kepada Allah s.w.t
penentuan serta ketetapan hati baik dan buruknya pekerjaan atau hal sesuatu
yang akan dilakukan oleh seseorang di dalam cita-cita serta hajatnya yang masih
ragu-ragu antara baik dan buruknya pekerjaan itu.

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 55

______________________________________________________________________

PENILAIAN
KENDIRI unit

1. Air merupakan salah satu keperluan asas yang amat banyak kegunaanya kepada
manusia. Dilihat dari segi hukum ia terbahagi kepada beberapa jenis, salah satu
darinya ialah air yang suci tetapi tidak dapat digunakan untuk bersuci.
Manakah antara air-air berikut termasuk dalam kategori ini ?

i. Air Salji.
ii. Air Kelapa.
iii. Air Must’mal.
iv. Air Musyammas.

A. i dan ii.
B. ii dan iii.
C. iii dan iv.
D. ii dan iv.

2. Najis terbahagi kepada tiga jenis, yang perlu dibersihkan dengan cara yang
berlainan. Pilih padanan yang betul.

Najis Jenis Cara menyucikannya


A Air kencing Mukhafafah Percikkan air
B Air liur anjing Mughalazah Basuh dengan 7 kali basuhan
C Arak yang sudah Mughalazah Basuh dengan satu kali air tanah
kering dan enam kali air mutlak
D Muntah Mutawasittah Hilangkan zatnya kemudian
siram dengan air bersih

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 56

______________________________________________________________________

3. Terangkan perbezaan di antara solat Jamak Takdim dan Solat Jamak Takhir.

Solat Jamak Takdim Solat Jamak Takhir

4. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan wujudnya amalan dan ajaran sesat.
Nyatakan faktor-faktor tersebut.

5. Sebutkan ciri-ciri ajaran dan amalan sesat

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 57

______________________________________________________________________

PENILAIAN

1. B.

2. B

3. Perbezaan antara solat Jamak Takdim dan solat Jamak Takkhi ialah:

Solat Jamak Takdim Solat Jamak Takhir

ƒ Ialah menghimpunkan dua solat ƒ Ialah menghimpunkan dua solat


dalam waktu solat yang pertama dalam solat yang kedua seperti
seperti menghimpunkan solat menghimpunkan solat Zohor dan
Zohor dan Asar dalam waktu Zohor Asar dalam waktu Asar.

4. Faktor Tersebarnya Ajaran Sesat

ƒ Tersebarnya secara meluas buku-buku yang berunsur ajaran sesat di pasaran atau
melalui guru-guru ajaran sesat tersebut.

ƒ Terdapat ramai individu yang cuba menonjolkan diri sebagai seorang yang
arif dalam ilmu-ilmu pengubatan dan agama semata-mata kerana
mempunyai kepentingan diri.

ƒ Kelemahan dari aspek undang-undang negara yang mempunyai peruntukan untuk


pengamal ajaran sesat terlalu ringan berbanding dengan kemudaratan ajaran
tersebut.

AKI / ANNUR 2005


IBADAH-IBADAH KHUSUS SPA101 / 4 / 58

______________________________________________________________________

5. Ciri-ciri ajaran sesat ialah :

• Seseorang yang mengaku atau mendakwa dirinya atau gurunya sebagai


nabi atau rasul atau percaya ada lagi nabi selepas nabi Muhammad s.a.w.
serta wahyu masih lagi turun.

• Seseorang yang mengaku sebagai Imam Mahadi. Sejarah pernah


membuktikan hampir setiap zaman atau dekad, terdapat orang yang
mengakui dirinya menjadi Imam Mahadi. Mereka itu sama ada dari
Pakistan, India, Arab atau di Nusantara semuanya adalah sama sahaja.

• Seseorang yang mendakwa roh orang mati menjelma di dalam badannya.

• Sesuatu kumpulan yang mendakwa kunci syurga terletak di tangan guru


mereka dan guru mereka sahajalah yang boleh menentukan siapa boleh
masuk ke syurga atau neraka, serta boleh pula menjamin seseorang untuk
diampunkan dan kemudian masuk ke syurga.

AKI / ANNUR 2005


AKHLAK ISLAM SPA101 / 5 / 1
_______________________________________________________________ ______

UN
IT AK HL
5 AK

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM

1. Memahami konsep akhlak mahmudah dan mazmumah serta mengetahui beberapa


punca pelanggaran akhlak,
2. Mengetahui dan memahami cara-cara pengukuhan dan pemantapan akhlak.

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:

1. Mentakrifkan akhlak mahmudah dan mazmumah.


2. Mengenalpasti ciri-ciri akhlak mahmudah dan mazmumah. Serta memberi contoh
kedua-duanya,
3. Menghuraikan takrif punca, kesan dan pandangan Islam terhadap rasuah,
sumbang mahram serta sikap putus asa.
4. Mengenalpasti peranan solat, puasa dan amalan sunat dalam pengukuhan akhlak.
5. Mengenalpasti peranan rakan dan persekitaran dalam mengukuhkan dan
memantapkan akhlak.

AKI / ANNUR 2005


AKHLAK ISLAM SPA101 / 5 / 2
_______________________________________________________________ ______

INPU
T 5A

5.1 AKHLAK TERPUJI

5.1.0 PENGENALAN.

Akhlak adalah satu keadaan diri yang semulajadi melahirkan tingkahlaku secara
langsung tanpa memerlukan pemikiran dan pengertian. Allah s.w.t. telah
mencipta perasaan semulajadi ini dalam diri manusia sebagaimana firman Allah
swt :

. ‫ﺠ ْﻮ َر َهﺎ َو َﺗ ْﻘ َﻮ َهﺎ‬ َٰ ‫ﺲ َو َﻣﺎ‬


ُ ‫ َﻓ َﺄﱠﻟ َﻬ َﻤ َﻬﺎ ُﻓ‬.‫ﺳ ﱠﻮ َهﺎ‬ ٍ ‫َو َﻧ ْﻔ‬
ٰ
“ Demi jiwa dan kesempurnaan ciptaaannya , maka Allah mengilhamkan kepada
jiwa itu kefasikan dan ketakwaan. Sungguh telah berbahagia orang yang
menyucikannya dan kecewa orang yang menodainya.”
(Surah as-Shams:7

Ayat ini telah menjelaskan bahawa Allah telah menciptakan dalam diri manusia
unsur baik dan unsur buruk (fasik) terpulang kepada keturunan manusia untuk
memilih salah satu daripadanya. Oleh itu ulamak telah membahagikan akhlak
manusia kepada dua kategori akhlak baik atau mahmudah, akhlak jahat atau
mazmumah.

5.1.1 KONSEP AKHLAK TERPUJI (MAHMUDAH)

Pengertian Akhlak Terpuji


Akhlak mahmudah ialah perbuatan terpuji menurut pandangan akal dan syariat
Islam. Akhlak mahmudah ini ialah sifat rasulullah s.a.w. dan amalan utama
penganut Islam sejati.

Imam Ghazali telah menetapkan empat prisnsip utama akhlak yang menunjangi
akhlak manusia bagi melahirkan akhlak terpuji iaitu:

AKI / ANNUR 2005


AKHLAK ISLAM SPA101 / 5 / 3
_______________________________________________________________ ______

• Hikmah ( Kebijaksanaan)
iaitu satu keadaan dalam diri iaitu kekuatan akal yang membolehkannya
secara semulajadi membezakan di antara baik dan buruk dalam semua
perbuatan ikhtiariyah ( perbuatan yang lahir dengan pilihan manusia
sendiri). Daripada sifat ini akan melahirkan sifat baik hati, cerdik,
bersangka baik dan pertimbangan baik.

• Adil
Ia adalah kekuatan jiwa yang dapat meletakkan perasaan marah dan
nafsunya mengikut kesesuaian keadaan berlandaskan pertimbangan akal
dan syariat.

• Syajaah
Ia adalah keupayaan diri yang akal dapat mengawal perasaan marah atau
mengikut apa yang dituntut oleh akal dan syarak. Pemarah, berani,
bermujahadah dengan nafsu, menanggung penderitaan, lemah-lembut dan
tetap pendirian.

• Iffah
Ia adalah keupayaan diri uang dapat mendidik keinginan nafsu syahwat
agar tunduk kepada kemahuan akal dan syariat. Pemurah, malu, sabar,
pemaaf tolong-menolong, peramah dan kurang mengharap dari orang
lain.

Apabila keempat-empat sifat ini wujud dalam diri manusia, barulah akan
melahirkan sifat-sifat mahmudah yang lain. Jika sifat ini terhakis atau berlebihan
dalam diri manusia akan melahirkan sifat yang keji pula. Sabda Rasulullah
s.a..w;

‫ﻄ َﻬﺎ‬
ُ ‫ﻷ ُﻣ ْﻮ ِر َأ ْوﺳ‬
ُ ‫ﺧ ْﻴ ُﺮ ا‬
َ
ٰ
“Sebaik-baik perkara adalah bersederhana."

Imam al Ghazali berpendapat bahawa akhlak yang baik dapat dicapai melalui
proses mujahadah dan riadah dengan melawan hawa nafsu dan cuba
mempertingkatkan akhlak diri sendiri.

5.1.2 CIRI-CIRI AKHLAK ISLAMIAH

AKI / ANNUR 2005


AKHLAK ISLAM SPA101 / 5 / 4
_______________________________________________________________ ______
ƒ Ciri utama akhlak Islamiah itu adalah ketakwaan kepada Allah s.w.t yang
dibimbing melalui sumbernya yang agung iaitu al Quran dan as Sunnah.
ƒ Taat kepada Allah dan ingin mendapat keredhaanNya
ƒ Takut kepada siksaanNya.
ƒ Tidak mudah berubah, tidak tunduk kepada hawa nafsu dan kehendak
tertentu.
ƒ MencintaiNya dan mengamalkan segala yang diperintahNya
ƒ Menjadikan Islam sebagai sumber akhlak yang akan melahirkan insan
yang dermawan, berani, adil, dapat dipercayai dan lain-lain serta
menjauhkan diri daripada sifat bakhil, takbur, maksiat, dusta dan
menjauhi sifat-sifat tercela yang lain.

5.1.3 CONTOH-CONTOH AKHLAK TERPUJI

Akhlak mempunyai tali perhubungan yang akrab dengan iman dan takwa . Tanpa
akhlak bermakna iman dan takwa menjadi gersang. Aklak yang baik disaran oleh
al Quran banyak sekali seperti iman, takwa, amal soleh, ikhlas, sabar, amanah,
zuhud dan sebagainya. Terdapat banyak contoh akhlak terpuji, di antaranya:

a. Kasih sayang (ar-Rahmah)


Sifat kasih sayang kepada semua manusia terutama antara manusia yang
seagama sangat dipandang tinggi dan digalakkan oleh Islam sebagaimana
dalam surah al-Balad : 17

‫ﺣ َﻤ ِﺔ‬
َ ‫ﺻ ْﻮا ِﺑﺎ ْﻟ َﻤ ْﺮ‬
َ ‫ﺼ ْﺒ ِﺮ َو َﺗ َﻮا‬
َ ‫ﺻ ْﻮا ِﺑﺎ ْﻟ‬
َ ‫َو َﺗ َﻮا‬
“Mereka saling berpesan dengan kesabaran, mereka saling berpesan
dengan kasih sayang."

”Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang tidak bersifat
belas kasihan kepada yang ada di bumi dia pun tidak dikasihi oleh yang ada
di langit.” (At Tibrani)

b. Adil
Adil ialah meletakkan sesuatu kena pada tempatnya, memberi hak kepada
mereka yang memiliki hak, membebankan kewajipan bagi mereka yang
mempunyai kewajipan. Hak yang diberikan itu tidak lebih dan tidak kurang
sebagaimana firman Allah Taala
‫ﻦ‬
ِ ‫ﺣﺴ‬
ْ‫ﻹ‬
ِ ‫ل َوا‬
ِ ‫ﷲ َﻳﺄ ُﻣ ُﺮ ِﺑﺎ ْﻟ َﻌ ْﺪ‬
َ ‫نا‬
‫ِإ ﱠ‬
dalam surah an-Nahl : 90 yang bermaksud “Sesungguhnya Allah menyuruh
berlaku adil dan berbuat baik.”

AKI / ANNUR 2005


AKHLAK ISLAM SPA101 / 5 / 5
_______________________________________________________________ ______
c. Berani dan Sabar
Berani ialah menghadapi bahaya dan penderitaan dengan tabah dan dapat
menguasai jiwanya dan bertindak menurut semestinya. Syarat berani ialah
sabar, iaitu tabah menahan penderitaan, tidak putus asa, tenang menghadapi
penderitaan. Oleh itu sabar adalah ciri akhlak yang utama. Firman Allah
s.w.t. dalam surah an-Najm :121 yang bermaksud: “Sabar dan tawakkal
kepada Allah adalah pangkal kemenangan.”

d. Keunggulan peribadi.
Individu yang berperibadi tinggi menjalankan tugas-tugasnya dengan rapi dan
cekal sepanjang hayat. Inilah yang dinamakan keunggulan peribadi dan setiap
kegiatan yang melatih individu untuk membentuk peribadi yang kukuh
terpaksa dijalankan secara teratur dan tetap sebagaimana sabda Rasulullah
s.a.w. yang bermaksud, “Perbuatan yang paling disukai oleh Allah ialah
perbuatan yang dilakukan secara berterusan walaupun ia kecil.”

e. Memelihara kesucian diri. (al-Iffah)


Ia bererti menjaga diri daripada segala keburukan supaya terpelihara
kehormataan diri. Seseorang muslim harus sentiasa berusaha memelihara
kesucian dirinya dan hawa nafsu, lidah serta hatinya daripada melakukan
perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t. sebagaimana firman Allah s.w.t.

‫ﺳ َﻬﺎ‬
ّ ‫ﻦ َد‬
ْ ‫ب َﻣ‬
َ ‫ﺧﺎ‬
َ ‫ﻦ َذ ّآ َﻬﺎ َو َﻗ ْﺪ‬
ْ ‫ﺢ َﻣ‬
َ ‫َﻗ ْﺪ َأ ْﻓَﻠ‬
“Berbahagialah orang yang membersihkan jiwanya dan rugilah orang yang
mengotorkan jiwanya.”
(Surah a-Shams : 9 – 10)

f. Ketepatan Masa
Menjaga masa adalah ciri-ciri sifat yang baik. Solat mengajarkan kita
mengenai ketepatan masa. Latihan ini kita jalankan secara berterusan dan
tetap. Jika kita sentiasa tepat dengan solat berjemaah setiap hari insyaAllah
kita akan tepat dalam segala kegiatan yang kita lakukan.

KESIMPULAN
Akhlak memainkan peranan yang penting untuk melahirkan insan yang baik dan
beramanah serta menghindarkan insan yang jahat dan khianat. Oleh kerana itu
akhlak yang mulia adalah faktor terkuat untuk menyokong pembangunan rohani
manusia.

AKTIVITI
AKI / ANNUR 2005
AKHLAK ISLAM SPA101 / 5 / 6
_______________________________________________________________ ______

5.1 Nyatakan dua kepentingan akhlak Islamiah.

i.
ii.

5.2 Senaraikan empat ciri-ciri akhlak mahmudah.

5.3 Manakah di bawah ini yang merupakan akhlak terpuji yang disarankan oleh
Islam.

a. Solat lewat waktu


b. Menutup aurat di tempat-tempat tertentu sahaja.
c. Banyak bercakap semasa belajar.
d. Berani kerana benar

5.4 Berikut adalah contoh-contoh akhlak mahmudah yang perlu ada dalam setiap
diri muslim.
i. takbur
ii. iffah
iii. syajaah
iv. ujub

a. i dan iii
b. ii dan iii
c. iii dan iv.
d. I, ii dan iii

MAKLUMBAL
AKI / ANNUR 2005
AS AKTIVITI
5A
AKHLAK ISLAM SPA101 / 5 / 7
_______________________________________________________________ ______

5.1 Dua kepentingan akhlak ialah :


i. Dapat melahirkan insan yang bertakwa kepada Allah s.w.t
ii. Dapat mewujudkan masyarakat yang saling hormat-menghormati di antara
satu sama lain.

5.2 Ciri-ciri akhlak Islamiah ialah:


i. Ciri yang utama akhlak Islamiah itu adalah ketakwaan kepada Allah s.w.t
yang dibimbing melalui sumbernya yang agung iaitu al Quran dan as
Sunnah.
ii. Taat kepada Allah dan ingin mendapat keredhaanNya
iii. Takut kepada siksaanNya.
iv. Tidak mudah berubah, tidak tunduk kepada hawa nafsu dan kehendak
tertentu.

5.3 D

5.4 B

INPU
AKI / ANNUR 2005

T 5B
AKHLAK ISLAM SPA101 / 5 / 8
_______________________________________________________________ ______

5.2 AKHLAK TERCELA (MAZMUMAH)

5.2.0 PENGENALAN

Akhlak mazmumah ialah perbuatan tercelai menurut pandangan akal dan syariat
Islam. Akhlak mazmumah ini bukan sifat Rasulullah s.a.w. dan amalan utama
penganut Islam sejati, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud,
“Tidak akan masuk ke dalam syurga orang yang dalam hatinya terdapat
kesombongan yang sebesar zarah.” (Riwayat Muslim)

5.2.1 KONSEP AKHLAK TERCELA (MAZMUMAH)


Akhlak tercela atau akhlak buruk dalam bahasa Arab dikenali sebagai sifat-sifat
mazmumah, merupakan sifat-sifat yang bercanggah dengan ajaran al-Quran dan
as-Sunnah. Sebarang sifat dan akhlak yang tergolong dalam kategori akhlak
buruk amat dibenci dan dikeji dalam pandangan Islam. Antara akhlak atau sifat
mazmumah ialah menyengutukan Allah s.w.t., bohong, takbur, dengki, khianat,
bakhil, marah dan sebagainya.

5.2.2 CIRI-CIRI AKHLAK TERCELA (MAZMUMAH)

• Ciri yang utama akhlak mazmumah itu adalah tidak bertaqwan kepada
Allah s.w.t yang tidak berlandaskan melalui sumbernya yang agung iaitu
al Quran dan as- Sunnah.
• Ingkar kepada Allah dan tidak ingin mendapat keredhaanNya
• Tidak takut kepada siksaanNya.
• Mudah berubah, tunduk kepada hawa nafsu dan kehendak tertentu.
• Tidak mencintaiNya dan tidak mengamalkan segala yang diperintahNya.
• Tidak menjadikan Islam sebagai sumber akhlak, yang akan melahirkan
insan yang bersifat bakhil, takbur, maksiat, dusta dan menjauhi sifat-sifat
tercela yang lain.

5.2.3 CONTOH AKHLAK TERCELA (MAZMUMAH)

AKI / ANNUR 2005


AKHLAK ISLAM SPA101 / 5 / 9
_______________________________________________________________ ______

a. Dengki
Dengki ialah perasaan iri hati atau rasa benci seseoerang. Biasanya
perasaan ini timbul pada seseorang manusia bila mana dia melihat orang
lain mendapat nikmat atau mempunyai kelebihan daripadanya kemudian
dia mengharap semoga nikmat dan kelbihan yang ada pada orang lain itu
hilang dan berpindah pada dirinya.
Sifat atau perasaan seperti ini adalah sifat mazmumah yang sangat
dibenci oleh Allah bahkan Allah s.w.t telah mnegaskan di dalam al
Quran;
‫ﺾ‬
ٍ ‫ﻋَﻠﻰ َﺑ ْﻌ‬
َ ‫ﻀ ُﻜ ْﻢ‬
ُ ‫ﷲ ِﺑ ِﻪ َﺑ ْﻌ‬
ُ ‫ﻞا‬
َ‫ﻀ‬‫ﻻ َﺗ َﺘ َﻤ ﱠﻨﻮا َﻣﺎ َﻓ ﱠ‬
َ ‫َو‬
“ Dan janganlah kamu iri hati apa yang dikurniakan Allah kepada
sebahagian daripada kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain.”
(Surah an-Nisak : 32)

Sifat dengki dapat menghabiskan segala amal kebajika seseorang sesuai


dengan sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud, “Jauhilah oleh kamu sifat
dengki itu, bahawasanya perasaan dengki itu memakan segala kebaikan
sebagaimana api memakan kayu yang kering.”

Islam membolehkan dua perkara hasad iaitu:


i. Hasad kepada orang kaya yang pemurah. Dengan adanya perasaan
hasad seperti ini, seseorang itu akan timbul pula hasrat atau azam
dalam jiwanya bahawa kalau dia kaya seperti orang itu, dia sendiri
pun akan berbuat demikian.

ii. Hasad kepada orang yang berilmu pengetahuan. Perbuatan hasad


seperti ini dibolehkan dalam agama kerana ia akan menimbulkan
suatu azam menuntut ilmu pengetahuan.

b. Fitnah
Fitnah dapat diertikan dengan menghasut yang bermaksud menyampaikan
cakap seseorang kepada orang lain dengan menambah di sana-sini supaya
orang yang mendengar menjadi benci dan naik radang. Perbuatan ini amat
tidak disukai dalam Islam sebab orang yang menghasut itu tergolong
dalam golongan orang yang fasik. Adapun Islam tidak menerima orang
fasik itu sebagai saksi apa lagi untuk mendengar cakapnya.

Hal ini ditegaskan oleh Allah s.w.t. dalam al Quran dari

AKI / ANNUR 2005


AKHLAK ISLAM SPA101 / 5 / 10
_______________________________________________________________ ______

‫ﺼ ْﻴ ُﺒﻮا‬
ِ ‫ن ُﺗ‬
ْ ‫ﻖ ِﺑ َﻨ َﺒٍﺈ َﻓ َﺘ َﺒ ﱠﻴ ُﻨﻮا َأ‬
ُ‫ﺳ‬ِ ‫ﺟﺎ َء ُآ ْﻢ َﻓﺎ‬ َ ‫ن‬ْ ‫ﻦ َءا َﻣ ُﻨﻮا ِإ‬َ ‫َﻳَﺄ ﱡﻳ َﻬﺎ اﱠﻟ ِﺬ ْﻳ‬
‫ﻦ‬
َ ‫ﻋَﻠﻰ َﻣﺎ َﻓ َﻌ ْﻠ ُﺘ ْﻢ ﻧ ِﺪ ِﻣ ْﻴ‬
َ ‫ﺤﻮا‬ ُ ‫ﺼ ِﺒ‬
ْ ‫ﺠﻬَﻠ ٍﺔ َﻓ ُﺘ‬ َ ‫َﻗ ْﻮ ًﻣﺎ ِﺑ‬
ٰ
“Hai orang yang beriman jika datang kepadamu orang yang fasik
membawa perkhabaran hendaklah kamu periksa kebenarannya kerana
ditakuti kalau-kalau kamu menganiaya seseuatu kaum dengan tiada
pengetahuannya akhirnya kamu akan menyesal dengan apa yang kamu
lakukan.”
(Surah al-Hujarat :
6)

Perbuatan hasad ini diharamkan oleh Islam atas sebab-sebab:

• Perbuatan menghasut ini boleh menyebabkan pergaduhan dan


permusuhan.
• Sebahagian besar daripada penghasut ini adalah berniat untuk
memutuskan hubungan orang yang sudah sedia retak hubungannya.
• Akibat dari hasutan itu, banyak orang teraniaya.
• Orang yang hobinya menghasut biasanya lalai dari mengabdikan
diri kepada Allah s.w.t. dan dibenci oleh masyarakat, akhirnya
perbuatan sendiri akan menganiaya dirinya kembali.

c. Bertengkar
Bertengkar dapat juga diertikan dengan berbantah. Secara takrif yang agak
lebih tepat bertengkar dapat diertikan dengan bertukar fikiran untuk
mencari kemenangan tanpa hakim. Dengan demikian setiap perbincangan
yang hanya bertujuan untuk mencari kemenangan, kemegahan adalah tidak
baik. Bertengkar yang dibolehkan adalah untuk mencari kebenaran.

Pertengkaran yang tidak diingini dalam Islam yang dapat menimbulkan


perselisihan faham dan pergaduhan atau perkelahian akhirnya wujudlah
pwrmusuhan. Inilah yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. melalui sebuah
hadis yang bermaksud:” Tidak akan sesat sesuatu kaum sesudah diberi
mereka petunjuk oleh Allah melainkan orang yang bertengkar.” (Riwayat
Termizi dan Ibn Majah)

d. Mengumpat

AKI / ANNUR 2005


AKHLAK ISLAM SPA101 / 5 / 11
_______________________________________________________________ ______
Mengumpat ialah memperkatakan seseorang di belakangnya. Biasanya
yang diperkatakan ini adalah sekitar kelakuan, keadaan badan, perangai
dan sebagainya.

Dilihat dari segi bentuknya, mengumpat ini dapat dibahagi kepada tiga
jenis:
i. Ghibbah – ialah memperkatakan keburukan seseorang di
belakangnya.
ii. Buhtan – ialah mereka-reka perkara dusta yang membabitkan
seseorang untuk tujuan memburuk-burukkannya supaya harga
dirinya jatuh di tengah masyarakat.
iii. Ifkun – iaitu menaburkan berita-berita fitnah yang didengar dari
seseorang kemudian menyampaikannya kepada orang lain.

Ketiga-tiga perlakuan di atas termasuk kepada perlakuan mengumpat.


Perbuatan ini adalah suatu tindakan yang sangat keji dan diharamkan
dalam Islam malahan ia termasuk kepada golongan dosa-dosa besar,
sebagaimana Allah s.w.t. telah menegaskan di dalam al Quran dalam surah
al Hujarat: 12

‫ن َﻳ ْﺄ ُآ َﻞ‬
ْ ‫ﺣ ُﺪ ُآ ْﻢ َأ‬
َ ‫ﺐ َأ‬
‫ﺤ ﱡ‬
ِ ‫ﻀﺎ َأ ُﻳ‬
َ ‫ﻀ ُﻜ ْﻢ َﺑ ْﻌ‬
ُ ‫ﺐ َﺑ ْﻌ‬ ْ ‫ﺴﻮا َو َﻻ َﻳ ْﻐ َﺘ‬ ُ ‫ﺴ‬ ‫ﺠﱠ‬ َ ‫َﻻ َﺗ‬
.‫ﺧ ْﻴ ِﻪ َﻣ ْﻴ ًﺘﺎ َﻓ َﻜ ِﺮ ْه ُﺘ ُﻤ ْﻮ ُﻩ‬
ِ ‫ﺤ َﻢ َأ‬
ْ ‫َﻟ‬
“ Dan janganlah engkau mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah
engkau menghina kepada setengahnya. Sukakah salah seorang kamu
memakan daging saudaranya yang sudah mati, maka tentulah kamu akan
merasa jijik.”
(Surah al Hujarat: 12)

Seiring dengan ketegasan Allah s.w.t. ini, Rasulullah s.a.w. bersabda yang
bermaksud, “Janganlah kamu berdengki-dengki, janganlah berbenci-
bencian, janganlah berkeras-kerasan, janganlah memutuskan tali
perhubungan, janganlah kamu mengumpat sesama kamu malahan jadilah
kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara.”

AKTIVITI

AKI / ANNUR 2005


AKHLAK ISLAM SPA101 / 5 / 12
_______________________________________________________________ ______
Arahan :
Jawab semua soalan di bawah.

5.5 Berikan definisi akhlak mazmumah mengikut pandangan Islam.

____________________________________________________________

____________________________________________________________

____________________________________________________________

5.6 Nyatakan 3 kesan buruk individu yang memiliki akhlak mazmumah mengikut
pandangan anda.

i. ____________________________________________________

ii. ____________________________________________________

iii. ___________________________________________________

5.7. Sebutkan empat contoh akhlak mazmumah yang boleh memecah-belahkan


hubungan persaudaraan sesama manusia.

i. ___________________________

ii. ___________________________

iii. ___________________________

iv. ___________________________

MAKLUMBAL
AS AKTIVITI
5B

AKI / ANNUR 2005


AKHLAK ISLAM SPA101 / 5 / 13
_______________________________________________________________ ______

5.5. Definisi akhlak mazmumah ialah: perbuatan tercelai menurut pandangan


akal dan syariat Islam. Akhlak mazmumah ini bukan sifat Rasulullah
s.a.w. dan amalan utama penganut Islam sejati, sebagaimana sabda
Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “Tidak akan masuk ke dalam syurga
orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan yang sebesar zarah.”
(Riwayat Muslim)

5.6 3 kesan buruk individu yang memiliki akhlak mazmumah ialah :

i. Ia boleh menyebabkan pergaduhan dan permusuhan.


ii. Boleh memutuskan hubungan persaudaraan sessama manusia.
iii. Berlakunya penindasan dan ketidakadilan dalam masyarakat.

5.7 Empat contoh akhlak mazmumah yang boleh memecah-belahkan


hubungan persaudaraan sesama manusia ialah:

i. Dengki
ii. Fitnah
iii. Mengumpat
iv. Sombong

INPU
T 5C

AKI / ANNUR 2005


AKHLAK ISLAM SPA101 / 5 / 14
_______________________________________________________________ ______

5.2 PELANGGARAN AKHLAK

5.3.0 PENGENALAN

Masalah pelanggaran akhlak terbentang luas di hadapan kita dan tidak


boleh disembunyikan lagi. Ia merupakan satu fenomena menyeluruh
menghakis ketahanan dan kekuatan nilai-nilai Islam. Ia juga mempunyai
misi dan visi terhadap pembangunan dan penerusan tamadun agama,
bangsa dan negara. Berbagai-bagai krisis akhlak kini terus menular dalam
masyarakat kita seperti rasuah, sumbang muhram, penderaan, pelacuran
dan lain-lain lagi.

5.3.1 RASUAH

Rasuah bukanlah fenomena baru. Ia adalah fenomena universal tanpa


batasan waktu dan tempat. Tiada negara boleh mendakwa ia boleh bebas
dari jenayah rasuah. Kewujudannaya bermula sejak sejarah peradaban
manusia, dinodai oleh sifat-sifat tamak dan haloba. Rasuah merupakan
suatu jenayah berat yang mudah menular dalam sistem hidup masyarakat.

Pengertian Rasuah
Perkatan rasuah berasal dari perkataan arab yang berbunyi al-risyuah.
Mahmud Muhammad at-Tahani dalam kamusnya An-Nihayah Ibnu Athir
memberikan definisi rasuah dari segi bahasa ialah sesuatu yang diberikan
kepada seseorang untuk memutarbelitkan fakta iaitu untuk membatilkan
yang hak atau membenarkan yang batil. Menurut istilah syarak,
sebagaimana dikemukan oleh Yusuf al-Qardawi iaitu sesuatu yang
diberikan kepada seseorang yang mempunyai kekuasaan jawatan untuk
memenangkan kesnya dengan menewaskan lawan-lawannya.

Punca Rasuah

ƒ Antara faktor terpenting yang menjadi punca rasuah kerana


penglibatan golongan atasan yang berkuasa dalam kehidupan
yang serba mewah. Justeru untuk memenuhi keperluan
berbelanja dengan mewah, golongan atasan terpaksa melakukan
rasuah.
ƒ Faktor kedua yang menyebabkan rasuah berkaitan rapat dengan
sikap suka kepada kehidupan mewah. Ini kerana tabie manusia
yang amat suka pada harta benda sebagaimana yang dijelaskan
dalam al Quran: (Surah al-Fajr :20)

AKI / ANNUR 2005


AKHLAK ISLAM SPA101 / 5 / 15
_______________________________________________________________ ______
‫ﻤﺎ‬ ‫ﺟ‬
َ ‫ﺒﺎ‬ ‫ﺣ‬
ُ ‫ل‬
َ ‫ن ا ْﻟ َﻤﺎ‬
َ ‫ﺤ ﱡﺒ ْﻮ‬
ِ ‫َو ُﺗ‬
“Dan kamu mencintai harta benda dengan kecintaan yang
berlebihan.”
(Surah al-Fajr :20)

ƒ Selain dari itu, lemahnya didikan agama dalam masyarakat pada


masa ini menyebabkan masyarakat mudah terpengaruh dan
terpedaya dengan jenayah rasuah.

Kesan Amalan Rasuah


Terdapat banyak kesan amalan rasuah yang diamalkan dalam sesebuah
masyarakat. Di antaranya ialah:

ƒ Berlaku ketidakadilan di kalangan masyarakat.


ƒ Berlaku permusuhan
ƒ Berlakunya penindasan terhadap orang yang lemah.
ƒ Banyak berlaku penipuan dan penyelewengan di dalam
masyarakat ataupun organisasi pentadbiran.
ƒ Melemahkan dan memundurkan umat Islam dan negara.
ƒ Menjatuhkan kesucian ajaran Islam.
ƒ Dimurkai oleh Allah s.w.t.

Pandangan Islam Terhadap Amalan Rasuah

Islam adalah satu agama menolak dan mengharamkan amalan rasuah.


Membenteras gejala rasuah dalam masyarakat adalah satu jihad sosial
yang sangat utama demi keadilan yang dituntut oleh Allah s.w.t.
Perbuatan seumpama itu dengan sendirinya mencemarkan Islam. Mereka
bukan sahaja mengkhianati kepada rakyat secara umumnya malah dengan
rasuah itu mereka telah mengakibatkan agama Islam juga tercela,
sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:

‫ﺸﻰ ِﻓﻰ اﻟ ِﱠﻨﺎر‬


ِ ‫ﺷﻰ َوا ْﻟ ُﻤ ْﺮ َﺗ‬
ِ ‫َا ْﻟ َﺮا‬
“Pemberi dan penerima rasuah berada dalam neraka.”

Untuk manusia yang beriman, hadis di atas amat menakutkan tetapi buat
mereka yang imannya sudah diselaputi oleh serakah duniawi sabda
Rasulullah s.a.w. ini tidak mencecahkan ke hati nuraninya. Rasulullah
s.a.w. juga meramalkan bahawa akan datang suatu zaman atas umat
manusia di mana manusia menjadikan wang sebagai berhala mereka.
Perut-perut mereka menjadi tuhan-tuhan mereka. Perempuan-perempuan

AKI / ANNUR 2005


AKHLAK ISLAM SPA101 / 5 / 16
_______________________________________________________________ ______
menjadi kiblat mereka. Iman mereka sudah hilang kecuali namanya
sahaja.

Rasulullah s.a.w. sendiri pernah ditawarkan perempuan cantik , jawatan


tinggi dan harta kekayaan oleh musyrikin Quraisy agar berhenti daripada
berdakwah ke jalan Allah s.w.t. Apa yang nabi s.a.w. jawab ialah
seandainya kamu letakkan matahari di tangan kananku dan bulan di
tangan kiriku nescaya aku sekali-kali tidak akan berhenti daripada
menyampaikan ajaran tauhid tersebut. Demikianlah kentalnya iman
rasulullah s.a.w. untuk tidak terlibat dengan gejala rasuah yang
menjijikkan itu.

5.3.2 SUMBANG MAHRAM

Takrif Sumbang Mahram


Dari segi bahasa perkataan sumbang mahram bererti kelakuan yang tidak
mematuhi adat. Berzina dengan orang yang tidak halal berkahwin
(mengikut kamus dewan). Dari segi istilah sumbang mahram hubungan
seksual di antara sesama anggota keluarga iaitu bapa dan anak
perempuan, ibu dan anak lelaki, abang dan adik kandung, bapa dan anak
tiri, ataupun datuk dan cucu.

Punca Berlakunya Sumbang Mahram

ƒ Gejala ini semestinya berpunca daripada kurangnya didikan agama


dan kurang penerapan serta mempraktikkan ajaran Islam dalam
kehidupan individu dan institusi kekeluargaan.

ƒ Peranan media cetak dan elektronik yang berpengaruh di tengah-


tengah masyarakat menawarkan kebebasan seks dan kerendahan
moral. Keadaan seumpama ini mengajak anak-anak muda kita untuk
mencuba sesuatu yang baru tanpa mengira mahram ataupun tidak.

ƒ Kurangnya penekanan dari segi pergaulan dan pemakaian di kalangan


ahli keluarga seperti memakai pakaian yang mengghairahkan dan
bebas dari segi tindakan tanpa mengira adat dan ajaran Islam

ƒ Tayangan video dan VCD lucah senang didapati di pasaran dan


mereka dengan mudah dapat menonton video-video dan VCD-VCD
tersebut di rumah ketika ibu bapa mereka sibuk bekerja dan mereka
terdorong untuk mempraktikkan apa yang mereka tonton tanpa
mengira apa akibatnya.

AKI / ANNUR 2005


AKHLAK ISLAM SPA101 / 5 / 17
_______________________________________________________________ ______
ƒ Sikap dan perlakuan ibu bapa menjadi ganas kerana hilang
pertimbangan dan mempunyai maruah yang rendah menyebabkan
mereka cenderung untuk mendera anak-anak mereka. Kebanyakan
daripada mereka terdiri daripada golongan yang tidak berkemampuan
untuk menahan dan menghadapi tekanan dan kekecewaan serta
bergelumang dengan berbagai-bagai dosa.

Kesan Sumbang Mahram

i. Terhadap Individu

ƒ Ia akan merugikan individu itu sendiri iaitu perlu menanggung


bebannya sendiri dan memalukan diri sendiri.
ƒ Menanggung sendiri masalah dan dosa terhadap Allah s.w.t.
ƒ Akan menyebabkan dibenci oleh masyarakat dan keluarganya
sendiri dengan perbuatannya melakukan sumbang muhram.
ƒ Membawa keburukan dan kemudaratan kepada diri sendiri seperti
dihinggapi penyakit AIDS.

ii. Terhadap Masyarakat

ƒ Akan dipandang hina oleh masyarakat dan akan dipandang serong


oleh masyarakat itu sendiri.
ƒ Masyarakat susah untuk menerima individu yang melakukan
sumbang mahram.
ƒ Malu untuk berhadapan dengan masyarakat.
ƒ Rumahtangga akan menjadi porak-peranda.

iii. Terhadap Negara

ƒ Imej negara akan terjejas kerana masalah gejala sosial semakin


bertambah khususnya sumbang mahram di kalangan masyarakat.
ƒ Menambah beban negara dari segi penubuhan pusat-pusat
perlindungan terhadap mangsa-mangsa sumbang mahram.
ƒ Masyarakat akan berpecah-belah dan akan menimbulkan masalah
kepada negara.

Pandangan Islam Terhadap Sumbang Mahram

AKI / ANNUR 2005


AKHLAK ISLAM SPA101 / 5 / 18
_______________________________________________________________ ______
ƒ Sumbang mahram amat dibenci oleh Allah s.w.t kerana ia menodai
pertalian suci kekeluargaan dan sekaligus mampu menjadi punca
perpecahan keluarga umumnya serta perbalahan umat Islam khasnya.
Firman Allah s.w.t
‫َو َﻻ َﺗ ْﻘ َﺮ ُﺑ ْﻮا اﻟ ﱢﺰ َﻧﺎ‬
“Dan janganlah kamu menghampiri zina.”

• Allah s.w.t. telah menjelaskan dalam ayat tersebut bahawa Islam


melarang umatnya mendekati apa saja unsur perzinaan kerana jenayah
sumbang mahram juga merupakan salah satu daripada perzinaan dan ia
boleh terjadi dengan berlakunya rogol, zina, persetubuhan di antara
yang mempunyai hubungan kandung atau bersaudara (muhram). Ia
biasanya boleh berlaku sama ada secara paksa, rela atau tidak disedari
oleh mangsa. Kebanyakan mangsa berlaku kepada golongan kanak-
kanak bawah umur.

• Ulamak berselisih dalam menentukan hukuman ke atas pesalah zina


dengan mahram. Ada di kalangan mereka menghukumkan pesalah
jenayah ini dengan hukuman zina iaitu rejam atau seratus kali sebatan
berdasarkan status muhsan atau tidak.

• Ada pendapat yang mengatakan mereka dihukum mati jika mahram itu
ialah mahram muabbad iaitu yang haram kahwin selamanya dan ada
kalangan berpendapat pesalah dihukum dengan hirabah iaitu bunuh
jika ia desertakan dengan paksaan. Abdul Karim Zaidan menyokong
pendapat pesalah zina mahram (haram muabbad) dibunuh.

5.3.3 SIFAT PUTUS ASA, MALAS DAN TIDAK BERSUNGGUH-


SUNGGUH

Sifat Putus Asa


Dalam mengejar cita-cita untuk bahagia dan berjaya, biasanya
kebanyakan daripada kita akan menghadapi sedikit sebanyak rintangan
dan halangan. Namun begitu, ada juga segolongan yang terpaksa
menghadapi rintangan dan halangan yang amat perit dan tidak pernah
putus-putus. Andai kata kita termasuk ke dalam golongan kedua itu,
jangan sekali-kali kita mudah hilang semangat, berpatah hati dan berputus
asa.

AKI / ANNUR 2005


AKHLAK ISLAM SPA101 / 5 / 19
_______________________________________________________________ ______
Kita hendaklah menyedari bahawa kesemua rintangan dan halangan
tersebut adalah dugaan daripada Allah s.w.t. Semakin besar dugaan yang
terpaksa ditempuh, semakin besarlah ganjaran atau rahmat yang akan
diterima Allah s.w.t kelak. Putus asa terhadap rahmat Allah s.w.t adalah
salah satu daripada dosa besar.

Sifat putus asa adalah sebesar-besar lawan kepada sifat sabar. Orang yang
berputus asa ialah orang yang hilang kesabarannya. Apabila jiwa telah
diresapi sifat putus asa maka pudarlah cita-cita, keringlah pengharapan
pada rahmat Allah s.w.t., tiadalah lagi daya dan keinginan untuk terus
berusaha dan berjuang.

Sifat lekas putus asa dalam menghadapi dugaan dan perjuangan


memperbaiki hidup serta cepat hilang kesabaran dan mengharapkan
rahmat Allah s.w.t. samalah dengan mensia-siakan amalan peribadatan
dan perhambaaan kepadaNya. Firman Allah s.w.t.

‫ﷲ‬
ِ ‫حا‬
ِ ‫ﻦ َر ْو‬
ْ ‫ﺲ ِﻣ‬
ُ ‫ﷲ ِإ ﱠﻧ ُﻪ َﻻ َﻳﺎ ْﻳ َﺌ‬
ِ ‫حا‬
ِ ‫ﻦ َر ْو‬ْ ‫ﺴ ْﻮا ِﻣ‬ ُ ‫َو َﻻ َﺗﺎ ْﻳ َﺌ‬
‫ِا ﱠﻻ اﻟ َﻘ ْﻮ ُم ٰاﻟﻜ ِﻔ ُﺮوا‬

“Dan janganlah kamu putus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya


tiadalah yang berputus asa dari rahmaat Allah melainkan kaum yang
kafir.”
(Surah Yusuf : 87)

Kita tidak perlu berputus asa jika kita sedar setiap rintangan dan halangan
itu semua ujian dari Allah s.w.t. Kita juga tidak perlu berputusa asa jika
kita insaf bahawa rintangan dan halangan yang menimpa kita itu
merupakan pertanda-petanda sayang Allah s.w.t. terhadap kita. Allah
s.w.t. berfirman

‫ﻦ‬
َ ‫ﺼ ِﺒ ِﺮ ْﻳ‬
‫ﷲ َﻣ َﻊ اﻟ ﱠ‬
َ ‫نا‬
‫ﺻ ِﺒ ُﺮ ْوا ِإ ﱠ‬
ْ ‫َوا‬
“Dan bersabarlah menghadapi segala kesukaran dengan cekal
hati. Sesungguhnya Allah berserta dengan orang-orang yang
sabar.”
(Surah al-Anfal : 46)

Perjuangan dalam hidup mestilah teguh dan tetap dan hadapilah segala
cabaran dengan cekal sambil teguh mengingati Allah s.w.t. supaya kita

AKI / ANNUR 2005


AKHLAK ISLAM SPA101 / 5 / 20
_______________________________________________________________ ______
sentiasa terus-menerus dalam pemeliharaanNya serta mesti yakin
sepenuhnya bahawa Allah s.w.t. tetap bersama kita. Sebagaimana firman
Allah s.w.t.

‫ﻼ َﺗ َﻮﱡﻟ ْﻮ ُه ُﻢ ا َﻷ ْد َﺑﺎ َر‬


َ ‫َﻓ‬
“ Maka janganlah kamu berpaling undur.” (Surah al-Anfal : 15)

Perjuangan hidup kita akan dirahmati Allah s.w.t. selagi matlamatnya


dalah untuk kesejahteraan dunia dan akhirat sebagaimana firman Allah
s.w.t

‫ﷲ‬
ِ ‫ﻦ ِﺑﺎ‬
ُ ‫ﻦ ُﻳ ْﺆ ِﻣ‬
ْ ‫ﷲ َو َﻣ‬
ِ ‫نا‬
ِ ‫ﺼ ْﻴ َﺒ ٍﺔ ِا ﱠﻻ ِﺑ ِﺈ ْذ‬
ِ ‫ﻦ ُﻣ‬
ْ ‫ﻚ ِﻣ‬
َ ‫ﺻﺎ َﺑ‬َ ‫َﻣﺎ َأ‬
‫َﻳ ْﻬ ِﺪ َﻗ ْﻠ َﺒ ُﻪ‬
“Tidak ada kesusahan yang menimpa melainkan dengan izin
Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan
memberi petunjuk kepada dirinya.” (Surah at-Taghabur:11)

MALAS

Sifat malas hampir sama dengan keadaan lemah jiwa dan sama-sama
merupakan sumber kegagalan dan kemunduran. Malas adalah sikap
mental yang menunjukkan ketiadaan ghairah dan semangat kerja.

Sebab Timbulnya Sifat Malas

ƒ Lesu rohani kerana kuat bekerja.


ƒ Keadaan fizikal yang tidak normal.
ƒ Pengaruh persekitaran.
ƒ Kekurangan pendidikan.
ƒ Pengaruh keturunan.

AKI / ANNUR 2005


AKHLAK ISLAM SPA101 / 5 / 21
_______________________________________________________________ ______
Ciri-Ciri Malas

ƒ Sikap lesu
ƒ Bersikap acuh tak acuh
ƒ Hilang kemahuan dan tenaga.

Kesan Buruk Sifat Malas

ƒ Lumpuhnya semangat bekerja sehingga orang yang terkena


penyakit malas tersebut akan menjadi beban masyarakat. Dia
hanya mahu dilayani orang tetapi tidak dapat melayani orang lain.

ƒ Mengakibatkan kebodohan, kebekuan dan kemunduran.

ƒ Menimbulkan penderitaan zahir dan batin, hanya orang yang


bersungguh-sungguh dapat memenuhi kehendak hidupnya.

ƒ Terbuangnya waktu tanpa makna. Hari-hari dilalui dengan


kehampaan, umur habis tanpa jasa dan amal soleh. Tiada kesan
dan tiada yang patut untuk dikenang selama hayat dikandung
badan.

Cara Mengatasi Sifat Malas

ƒ Kesedaran akan bahaya sifat malas akan merugikan diri sendiri,


keluarga, masyarakat dan negara.

ƒ Kesedaran akan pentingnya waktu dan nilai hidup.

ƒ Sentiasa berpegang dengan ajaran Islam dan beristiqamah dalam


sesuatu pekerjaan yang dilakuakn.

ƒ Mempunyai sikap ingin maju dan berdaya saing.

SIKAP TIDAK BERSUNGGUH-SUNGGUH

Takrif
Sikap tidak bersungguh-sungguh ialah melakukan sesuatu perkara dengan tidak
memberi perhatian dengan sepenuhnya atau dalam erti kata melakukan perkara
dengan sambil lewa.

Punca Sikap Tidak Bersungguh-Sungguh

AKI / ANNUR 2005


AKHLAK ISLAM SPA101 / 5 / 22
_______________________________________________________________ ______
ƒ Mengambil mudah terhadap sesuatu perkara, seperti hanya melepaskan
batuk di tangga.

ƒ Tidak berminat di dalam melakukan sesuatu perkara serta tidak memberi


tumpuan dengan sepenuhnya.

ƒ Menghadapi tekanan perasaan dan gangguan emosi seperti mencampur-


adukkan masalah peribadi dengan perkara yang hendak dilakukan.

ƒ Malas, berlengah-lengah membuat sesuatu perkara (bertangguh-tangguh)


dan melebihi perkara yang tidak penting.

ƒ Memilih jalan yang salah terhadap sesuatu perkara serta cemburu atau
dengki terhadap kejayaan orang lain dan sebagainya.

Kesan Sikap Tidak Bersungguh-Sungguh

ƒ Sesuatu pekerjaaan yang dilakukan tidak dapat diselesaikan dengan


sempurna dan tertangguh.

ƒ Hasrat tidak akan tercapai dan kejayaan tidak akan diperolehi kerana
tidak berusaha dengan bersungguh-sungguh.

ƒ Seseorang itu akan rugi dan tidak akan disenangi oleh masyarakat.

ƒ Akan ketinggalan dalam sesuatu perkara serta akan menghadapi tekanan


perasaan dan sebagainya.

Cara-Cara Mengatasi Sikap Tidak Bersungguh-Sungguh

ƒ Melakukan sesuatu pekerjaan dengan sepenuh hati dan ikhlas.

ƒ Selalu berdoa dan melakukan ibadat kepada Allah s.w.t. supaya tidak ada
sikap buruk tersebut dan memperolehi keyakinan diri.

ƒ Sentiasa mendampingi orang yang bersungguh-sungguh dan baik seperti


mencari sahabat yang boleh membimbing dan memberikan semangat
kepada seseorang.

ƒ Membuat atau menyelesaikan perkara yang mudah dahulu sebelum


melakukan perkara yang susuah dan sebagainya.

KESIMPULAN

AKI / ANNUR 2005


AKHLAK ISLAM SPA101 / 5 / 23
_______________________________________________________________ ______

Sikap putus asa, malas dan tidak bersungguh-sungguh adalah suatu sikap yang
tidak baik bagi seseorang itu tanpa mengira usia dan akan menyebabkan hidup
kita akan sentiasa tidak terurus, teratur dan mudah melakukan perkara-perkara
yang tidak baik, sebagaimana firman Allah s.w.t.

‫ﻦ‬
َ ‫ن ُآ ْﻨ ُﺘ ْﻢ ُﻣ ْﺆ ِﻣ ِﻨ ْﻴ‬
ْ ‫ن ِإ‬
َ ‫ﻋ َﻠ ْﻮ‬
ْ ‫ﺤ َﺰ ُﻧ ْﻮا َوَأ ْﻧ ُﺘ ُﻢ ا َﻻ‬
ْ ‫َو َﻻ َﺗ ِﻬ ُﻨ ْﻮا َو َﻻ َﺗ‬
“ Dan janganlah engkau merasa emah dan berduka cita (terhadap apa yang
menimpa kamu) pada hal kamulah orang yang tertinggi jika kamu orang yang
sungguh-sungguh beriman.
(Surah Ali-Imran :
139)

AKTIVITI

5.8 Berikan definisi rasuah mengikut pandangan Islam.

____________________________________________________________

____________________________________________________________

____________________________________________________________

AKI / ANNUR 2005


AKHLAK ISLAM SPA101 / 5 / 24
_______________________________________________________________ ______

5.9 Tuliskan kesan perlakuan sumbang mahram di dalam ruangan yang disediakan.

1.

2.

3.

5.10 Nyatakan cara-cara mengatasi sifat malas dan sikap tidak bersungguh-sungguh di
dalam kehidupan anda seharian.

i. ____________________________________________________

ii. ____________________________________________________

iii. ____________________________________________________

MAKLUMBAL
AS AKTIVITI
1C

5.8 Definisi rasuah mengikut pandangan Islam ialah:

Perkatan rasuah berasal dari perkataan arab yang berbunyi al-risyuah. Mahmud
Muhammad at-Tahani dalam kamusnya An-Nihayah Ibnu Athir memberikan

AKI / ANNUR 2005


AKHLAK ISLAM SPA101 / 5 / 25
_______________________________________________________________ ______
definisi rasuah dari segi bahasa ialah sesuatu yang diberikan kepada seseorang
untuk memutarbelitkan fakta iaitu untuk membatilkan yang hak atau
membenarkan yang batil. Menurut istilah syarak, sebagaimana dikemukan oleh
Yusuf al qardawi iaitu sesuatu yang diberikan kepada seseorang yang mempunyai
kekuasaan jawatan untuk memenangkan kesnya dengan menewaskan lawan-
lawannya.

5.9 Kesan perlakuan sumbang mahram ialah:

1. Akan menyebabkan dibenci oleh masyarakat dan keluarganya sendiri


dengan perbuatannya melakukan sumbang muhram.

2. Menambah beban negara dari segi penubuhan pusat-pusat perlindungan


terhadap mangsa-mangsa sumbang muhram.

3. Masyarakat akan berpecah-belah dan akan menimbulkan masalah kepada


negara

5.10 Cara-cara mengatasi sifat malas dan sikap tidak bersungguh-sungguh di dalam
kehidupan saya seharian ialah:

i. Melakukan sesuatu pekerjaan dengan sepenuh hati dan ikhlas.

ii. Selalu berdoa dan melakukan ibadat kepada Allah s.w.t. supaya tidak ada
sikap buruk tersebut dan memperolehi keyakinan diri.

iii. Sentiasa mendampingi orang yang bersungguh-sungguh dan baik seperti


mencari sahabat yang boleh membimbing dan memberikan semangat
kepada seseorang.

AKI / ANNUR 2005


AKHLAK ISLAM SPA101 / 5 / 26
_______________________________________________________________ ______

INPU
T 5D

5.3 PENGUKUHAN DAN PEMANTAPAN AKHLAK

5.4.0 PENGENALAN

Manusia yang unggul adalah mereka yang memenuhi ciri-ciri individu


Islam yang sebenarnya menurut kehendak al-Quran dan as-Sunnah dalam
seluruh aspek kehidupan. Bagi mewujudkan manusia unggul, seseorang
itu hendaklah memiliki ciri-ciri keunggulan iaitu keimanan yang utuh,

AKI / ANNUR 2005


AKHLAK ISLAM SPA101 / 5 / 27
_______________________________________________________________ ______
amal ibadat yang meliputi ibadat khususiah dan fardu kifayah serta akhlak
mulia yang merupakan cermin keimanan dan amal saleh.

5.4.1 PENGUKUHAN AKHLAK DENGAN IBADAT SOLAT, PUASA


DAN AMALAN SUNAT

Ibadat Solat

Islam telah menyebut tentang kepentingan solat dalam berbagai-bagai


segi. Antaranya ia menjadi sebahagian sifat orang yang bertakwa yang
menurut arahan kitab suci al-Quran. Mereka yang memperlengkapkan
dirinya dengan sifat-sifat yang terpuji itu mendapat petunjuk daripada
Allah s.w.t. dan seterusnya beroleh kejayaan.

Al Quran dari segi yang lain menerangkan solat memberi kesan terhadap
pembersihan diri dan mengawal daripada terjerumus ke dalam lembah
kehinaan serta membersihkan manusia daripada naluri-naluri yang tidak
sihat. Sebagaimana firman Allah s.w.t;

‫ﺴ ُﻪ‬
‫ﻋﺎ َوِإ َذا َﻣ ﱠ‬
ً ‫ﺟ ُﺰ ْو‬
َ ‫ﺸ ﱡﺮ‬
َ ‫ﺴ ُﻪ اﻟ‬
‫ﻋﺎ ِإ َذا َﻣ ﱠ‬َ ‫ﻖ َهُﻠ ْﻮ‬َ ‫ﺧ ِﻠ‬
ُ ‫ﻦ‬َ ‫ن ا ِﻻ ْﻧﺴ‬ ‫ِإ ﱠ‬
‫ﻦ‬
َ ‫ﺼﱢﻠ ْﻴ‬
َ ‫ﻋﺎ ِا ﱠﻻ اﻟ ُﻤ‬
ً ‫ﺨ ْﻴ ُﺮ َﻣ ُﻨ ْﻮ‬
َ ‫اﻟ‬
“Sesungguhnya manusia dijadikan dalam bertabiat resah-gelisah (lagi
bakhil dan kedekut). Apabila dia ditimpa kesusahan dia sangat resah
gelisah dan apabila dia peroleh kesenangan dia sangat bakhil kedekut
kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang.”
(Surah al-Insan : 19 – 22)

Solat sangat memberi kesan dalam membentuk peribadi muslim


kerana ia:

• Mencegah dari fasad dan mungkar. Firman Allah s.w.t.

‫ﺸﺎ ِء َوا ْﻟ ُﻤ ْﻨ َﻜ ِﺮ‬


َ ‫ﺤ‬
ْ ‫ﻦ اﻟ َﻔ‬
ِ‫ﻋ‬ ‫ن اﻟ ٰﱠ‬
َ ‫ﺼﻠﻮ َة َﺗ ْﻨ َﻬﻰ‬ ‫َوَأ ِﻗ ِﻢ اﻟ ٰﱠ‬
‫ﺼﻠﻮ َة ِإ ﱠ‬

AKI / ANNUR 2005


AKHLAK ISLAM SPA101 / 5 / 28
_______________________________________________________________ ______
“Dan dirikanlah solat (dengan tetap) sesungguhnya solat itu
mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar.” Dalam
ayat tersebut perkataan ‘fasya’ yang ditakrifkan oleh al-Raghib
al-Asfahan ialah sesuatu yang sangat keji sama ada dari segi
perbuatan atau perkataan seperti zina, mencuri dan minum arak.
Manakala mungkar pula ialah sesuatu yang diingkar daripada
syarak.
(Surah al-Ankabut : 45)

• Orang mukmin sahaja yang cintakan solat. Sebagaimana firman


Allah s.w.t. menerangkan terhadap orang munafik iaitu:

ُ ‫ﷲ َو ُه َﻮ ٰ ﺧ ِﺪ‬
‫ﻋ ُﻬ ْﻢ َوِإ َذا َﻗﺎ ُﻣ ْﻮا‬
ٰ َ ‫ِإ ﱠن اﻟ ُﻤﻨ ِﻔ ِﻘ ْﻴ َﻦ ُﻳﺨ ِﺪ ُﻋ ْﻮ َن ا‬
‫ن‬
َ ‫س َو َﻻ َﻳ ْﺬ ُآ ُﺮ ْو‬
َ ‫ن اﻟ ﱠﻨﺎ‬ َ ‫ﺼﻠﻮ ِة َﻗﺎ ُﻣ ْٰﻮا ُآ‬
َ ‫ﺴﺎ َﻟﻰ ُﻳ َﺮﺁ ُء ْو‬ ‫ِا َﻟﻰ اﻟ ﱠ‬
‫ﻼ‬
َ ‫ﷲ ِإ ﱠﻻ َﻗ ِﻠ ْﻴ‬
َ ‫ا‬
“Sesungguhnya orang yang munafik itu menipu Allah dan Allah
akan membalas tipuan mereka dan apabila mereka berdiri untuk
solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riak di
hadapan manusia dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali
sedikit sekali.” (Surah an-Nisak: 142 )

• Solat itu dilakukan oleh orang yang berakal. Orang yang tidak
berakal sama ada disebabkan oleh gila atau mabuk adalah ditegah
daripada melakukan solat. Firman Allah dalam surah an-Nisak : 43

ُٰ ‫ﺼٰﻠﻮ َة َوَأ ْﻧ ُﺘ ْﻢ‬


‫ﺳﻜ َﺮى‬ ‫ﻻ َﺗ ْﻘ َﺮ ُﺑ ْﻮا اﻟ ﱠ‬
َ ‫ﻦ َءا َﻣ ُﻨ ْﻮا‬
َ ‫َﻳﺎ َأ ﱡﻳ َﻬﺎ اﱠﻟ ِﺬ ْﻳ‬
“Wahai orang yang beriman janganlah kamu hampiri solat
(mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk.” Ayat ini
sekali pun turun sebelum diharamkan arak tetapi ia menunjukkan
bahawa orang yang mabuk ditegah daripada solat sekali pun
disebabkan oleh yang bukan arak.
(Surah an-Nisak : 43)

IBADAT PUASA

AKI / ANNUR 2005


AKHLAK ISLAM SPA101 / 5 / 29
_______________________________________________________________ ______
Puasa termasuk dalam ibadat yang mempunyai kesan yang kuat dalam
membentuk akhlak mulia. Natijah puasa dalam membentuk akhlak dan
peribadi muslim adalah seperti berikut:

i. Puasa itu perisai. Puasa adalah pengawal yang menjaga seseorang


daripada masuk ke neraka. Oleh itu orang yang berpuasa
hendaklah menjaga perbuatan dan perkataan yang keji.
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa puasa itu
adalah pengawal daripada neraka sebagaimana sabdanya yang
bermaksud, “Puasa itu adalah pengawal daripada neraka
jahanam sebagaimana perisai salah seorang daripada kamu dari
pembunuhan.”

ii. Puasa merupakan alat yang terpenting bagi menjauhkan zina dan
perkara-perkara yang sehubungan dengannya. Islam
menganjurkan cara bagi meredakan syahwat ialah dengan
berpuasa. Ini dapat menjauhkan diri dari melakukan perzinaan
yang boleh merosakkan diri dan masyarakat.

iii. Puasa itu ialah separuh kesabaran sebagaimana sabda Rasulullah


s.a.w. yang bermaksud, “ Puasa itu adalah separuh kesabaran.”

iv. Puasa mempunyai hubungan dengan amal kebajikan. Oleh itu


pada bulan Ramadan dikehendaki supaya membanyakkan lagi
amalan kebajikan, maka akan penuhlah bulan itu dengan amal
kebajikan dan terhindarlah amalan sia-sia dan maksiat.

AMALAN-AMALAN SUNAT

Islam amat menggalakkan umatnya sentiasa melakukan amalan-amalan


sunat dalam kehidupan seharian kerana ia dapat mendekatkan hubungan
manusia dengan Allah s.w.t. dan hubungan manusia dengan manusia serta
memberi kesan dalam membentuk akhlak seseorang. Terdapat banyak
amalan sunat yang dianjurkan Islam, di antaranya ialah:

i. Solat Sunat seperti Solat Tahajjud

Solat sunat yang dikerjakan di tengah malam yang hening-bening


menjelang hampir terbit fajar, disebut solat tahajjud atau solat malam.
Menurut keterangan al-Quran dan as-Sunnah serta pengalaman peribadi

AKI / ANNUR 2005


AKHLAK ISLAM SPA101 / 5 / 30
_______________________________________________________________ ______
ahli-ahli tahajjud menunjukkan bahawa sungguh besar hikmat dan nikmat
yang dapat dipetik daripadanya. Di antaranya ialah:

ƒ Mengukuhkan keperibadian dan bertambah kuatnya mental dalam


menghadapi perjuangan hidup, sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam
surah al-Muzammil:5-7 yang bermaksud: “Kami akan memberi
kepadamu perkataan yang berat , sesungguhnya bangun
sembahyanga di malam hari itulebih memperkuat (jiwa) dan lebih
betul bacaannya, sesungguhnya di siang hari engkau mempunyai
kelebihan yang banyak.”

ƒ Dapat menyihatkan jasmani. Apabila solat dilakukan, maka secara


automatik bergeraklah anggota tubuh di mana pergerakan itu
mempengaruhi otot, otak, saraf dan perjalanan darah. Pernafasan lebih
dalam dan persediaan darah menjadi lebih lancar, suatu keadaan yang
membangun kesihatan.

ƒ Menimbulkan ketenangan jiwa; kerana tahajjud itu sendiri merupakan


zikir dan doa yang boleh merupakan salah satu cara untuk
menenangkan jiwa, sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah ar-
Ra’du: 28 yang bermaksud; “Yang beriman dan tenteram hatinya
lantaran ingat kepada Allah, ketahuilah bahawa dengan zikir kepada
Allah dapat mententeramkan jiwa.”

ii. Puasa Sunat

Suatu amalan yang menarik ahli-ahli ibadat ialah mengerjakan puasa


sunat di samping menunaikan puasa wajib di bulan Ramadan kerana
puasa sunat memainkan peranan dalam membentuk akhlak manusia,
sesuai dengan hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Muslim,
yang bermaksud; “Jika kamu puasa maka jangan berkata keji dan marah
dan jika ada orang yang memaki atau mengajak berkelahi, hendaklah
beritahu saya puasa. Maka jika amalan dipatuhi sudah tentu suatu
peningkatan akhlak yang juga akan diterapkan di luar puasa.
Di antara puasa sunat yang digalakkan ialah:

• Puasa enam hari dalam bulan Syawal


• Puasa hari kesembilan dan kesepuluh bulan muharam
• Puasa Syaaban
• Puasa hari Isnin dan Khamis
• Puasa selang hari.

iii. Zikir

AKI / ANNUR 2005


AKHLAK ISLAM SPA101 / 5 / 31
_______________________________________________________________ ______
Salah satu adab yang mendapat perhatian khusus dalam rangka taqarrub
ialah zikir kepada Allah s.w.t. dalam hati dan menyebut namanya pada
lisan berdasarkan perintah Allah dalam al-Quran sebagaimana firman
Allah s.w.t.

‫ﺤ ْﻮ ُﻩ ُﺑ ْﻜ َﺮ ًة‬
ُ ‫ﺳ ﱢﺒ‬
َ ‫ﷲ ِذ ْآ ًﺮا َآ ِﺜ ْﻴ ًﺮا َو‬
َ ‫ﻦ َءا َﻣ ُﻨ ْﻮا ا ْذ ُآ ُﺮ ْوا ا‬
َ ‫َﻳﺎ َأ ﱡﻳ َﻬﺎ اﱠﻟ ِﺬ ْﻳ‬
. ‫ﻼ‬ ً ‫ﺻ ْﻴ‬
ِ ‫َوَأ‬
“Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah kamu kepada Allah
sebanyak-banyaknya dan bertasbihlah olehmu pada tiap pagi dan
petang.
(Surah al-Ahzab : 41 – 42)

Antara kelebihan berzikir ialah:

• Menahan diri daripada kemungkaran dan tetap mempertahankan status


kesucian dirinya.
• Dapat mendekatkan diri dengan Allah s.w.t.
• Dapat mententeramkan jiwa
• Mendapat keampunan (maghfirah)

5.4.2 PENGUKUHAN DAN PEMANTAPAN AKHLAK


BERASASKAN HUBUNGAN SOSIAL IAITU MEMILIH RAKAN
DAN PERSEKITARAN

Di dalam pengukuhan dan pemantapan akhlak berasaskan hubungan


sosial didefinisikan sebagai sistem sosial Islam ialah satu penggabungan
manusia melalui ikatan undang-undang rabbani untuk mencapai tujuan
kemasyarakatan yang harmoni dan aman damai. Ini dapat dilihat dari
perkaitan di antara cara pemilihan rakan, suasana persekitaran dan
peranan kedua-duanya. Firman Allah:

‫ﺷ ُﻌ ْﻮ ًﺑﺎ‬ َ ‫ﻦ َذ َآ ٍﺮ َوُأ ْٰﻧ َﺜﻰ َو‬


ُ ‫ﺟ َٰﻌ ْﻠﻨ ُﻜ ْﻢ‬ ْ ‫ﺧ َٰﻠ ْﻘﻨ ُﻜ ْﻢ ِﻣ‬
َ ‫س ِإ ﱠﻧﺎ‬
ُ ‫َﻳﺎ َا ﱡﻳ َﻬﺎ اﻟ ﱠﻨﺎ‬
.‫ﷲ َأ ْﺗﻘ ُﻜ ْﻢ‬
ِ ‫ﻋ ْﻨ َﺪ ا‬
ِ ‫ن َا ْآ َﺮ َﻣ ُﻜ ْﻢ‬
‫َو َﻗ َﺒﺎ ِﺋ َﻞ ِﻟ َﺘ َﻌﺎ َر ُﻓ ْﻮا ِإ ﱠ‬
“Wahai manusia sesungguhnya kami menciptakan kamu daripada
seorang lelaki dan seorang perempuan (iaitu Adam dan Hawa) dan Kami
menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu

AKI / ANNUR 2005


AKHLAK ISLAM SPA101 / 5 / 32
_______________________________________________________________ ______
saling mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah
ialah orang yang paling bertakwa.”

(surah al-Hujurat:15)

PERANAN RAKAN DAN PERSEKITARAN

Rakan

• Rakan atau sahabat mempunyai pengaruh yang kuat terhadap


personaliti dan tingkah laku individu. Ini kerana remaja akan
terikut-ikut dengan perlakuan rakan sebaya yang rapat dengannya.
Oleh itu, dalam hal ini seseorang remaja perlu bijak memilih rakan
sebaya yang boleh dipercayai dan mempunyai tingkah laku yang
positif agar mereka terhindar daripada gejala yang tidak bermoral.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “Sebaik-baik manusia,
yang boleh memberi manfaat kepada manusia.”

• Remaja biasanya lebih banyak meluangkan masa bersama-sama


rakan-rakan sebaya berbanding dengan keluarga mereka sendiri.
Di samping itu, rakan sebaya juga merupakan tempat di mana
remaja selalu menceritakan masalah serta mendapat sokongan
sosial dan keselamatan.

• Rakan sebaya dapat mempengaruhi seseorang secara positif


dengan memberi khidmat, sokongan dan peluang untuk
membincangkan pandangan-pandangan yang bertentangan.
Pengaruh kuat kumpulan rakan sebaya ke atas remaja boleh
digunakan secara konstuktif untuk membentuk tingkah laku
positif. Firman Allah s.w.t. dalam surah at-Taubah: 119 yang
bermaksud, Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada
Allah dan jadilah kamu bersama-sama orang yang jujur dan setia.”

Keluarga

• Menyediakan semua keperluan asas seperti tempat tinggal,


makanan, pakaian, perubatan mengikut kemampuan masing-
masing.
• Memberi pendidikan yang sempurna kepada ahli keluarga dengan
ilmu fardu ain dan fardu kifayah agar terbentuk sebuah keluarga
yang saleh dan bahagia.
• Menjaga tingkah laku dan perbuatan ahli keluarga supaya tidak
melakukan perkara yang ditegah oleh syarak dan tidak bermoral.

AKI / ANNUR 2005


AKHLAK ISLAM SPA101 / 5 / 33
_______________________________________________________________ ______
• Memastikan semua ahli keluarga mengamalkan akhlak-akhlak
mulia berpandukan ajaran Islam dengan masyarakat sekeliling.
• Memastikan semua ahli keluarga mengerjakan ibadah kepada
Allah s.w.t dengan sempurna seperti solat lima waktu, berpuasa di
bulan Ramadan, membayar zakat dan sebagainya. Sebagaimana
firman Allah s.w.t dalam surah at-Tahrim: 6 yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan
keluargamu daripada api neraka ...

Masyarakat

• Memelihara keamanan dan kesejahteraan hidup dalam masyarakat


agar wujud sebuah masyarakat yang aman damai.
• Mencegah perbuatan-perbuatan yang mungkar dan tidak baik
daripada berlaku dalam masyarakat.
• Menyeru dan menyuruh anggota masyarakat melakukan perkara-
perkara kebajikan dan meninggalkan perkara-perkara yang ditegah
oleh Islam.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya pengukuhan dan pemantapan akhlak berasaskan


hubungan sosial dalam pemilihan rakan-rakan dan persekitaran serta
peranannya menjadikan seseorang itu dapat mempertingkatkan lagi
keimanan kepada Allah s.w.t. serta dapat mengukuhkan akhlak seseorang.
Sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah al-Maidah : 2 yang
bermaksud, “Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan
kebajikan takwa, dan janganlah tolong-menolong dalam membuat dosa
dan permusuhan dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah
amat berat siksanya.”

AKI / ANNUR 2005


AKHLAK ISLAM SPA101 / 5 / 34
_______________________________________________________________ ______

AKTIVITI

Pilih jawapan yang betul.

5.11 Perkara-perkara yang boleh mempengaruhi akhlak mahmudah seseorang ialah


A. Ujub ketika melakukan ibadah
B. Memberi jawapan kepada rakan ketika peperiksaan.
C. Bersedekah di hadapan rakan-rakan sahaja.
D. Berzikir di dalam hati semasa di dalam kesusahan.

5.12 Pilih kenyataan yang SESUAI tentang solat Tahajjud


A. dilakukan ketika matahari naik
B. dilakukan untuk menguatkan jiwa, emosi dan mental.
C. dilakukan dalam bulan ramadan sahaja.

AKI / ANNUR 2005


AKHLAK ISLAM SPA101 / 5 / 35
_______________________________________________________________ ______
D. tidak boleh dilakukan secara berjemaah

5.13 Masyarakat yang harmoni ialah:


A. Masyarakat yang tidak mengambil tahu urusan orang lain.
B. Masyarakat yang menganjurkan pesta-pesta yang tidak bermoral.
C. Masyarakat yang mementingkan material.
D. Masyarakat yang amar makruf nahi mungkar.

5.14 Nyatakan dua hikmah zikir.

i. .............................................................................................................

ii. ..............................................................................................................

MAKLUMBAL
AS AKTIVITI
5D

JAWAPAN

5.11 D

5.12 B

5.13 D

5.14 Dua hikmah zikir ialah :


• Menahan diri daripada kemungkaran dan tetap mempertahankanstatus
kesucian dirinya.

AKI / ANNUR 2005


AKHLAK ISLAM SPA101 / 5 / 36
_______________________________________________________________ ______
• Dapat mendekatkan diri dengan Allah s.w.t.
• Dapat mententeramkan jiwa.
• Mendapat keampunan (maghfirah).

FAKTA KUNCI

FAKTA KUNCI

1. Akhlak adalah satu keadaan diri yang semulajadi melahirkan tingkahlaku secara
langsung tanpa memerlukan pemikiran dan pengertian. Allah s.w.t. telah
mencipta perasaan semulajadi ini dalam diri manusia.

2. Akhlak mahmudah ialah perbuatan terpuji menurut pandangan akal dan


syariat Islam. Akhlak mahmudah ini ialah sifat Rasulullah s.a.w. dan amalan
utama penganut Islam sejati. Di antara contoh-contoh akhlak mahmudah ialah
takwa, sabar, berani, pemaaf, ikhlas, zuhud, dan lain-lain lagi.

AKI / ANNUR 2005


AKHLAK ISLAM SPA101 / 5 / 37
_______________________________________________________________ ______
3. Akhlak Mazmumah ialah perbuatan tercela menurut pandangan akal dan
syariat Islam. Akhlak mazmumah ini bukan sifat Rasulullah s.a.w. dan amalan
utama penganut Islam sejati serta sifat-sifat yang bercanggah dengan ajaran al-
Quran dan as-Sunnah. Contoh-contoh akhlak mazmumah ialah dengki, fitnah,
hasad, bertengkar, mengumpat, bakhil, khianat, sombong, ujub, riyak dan lain-
lain lagi.

4 Pelanggaran akhlak di dalam kehidupan umat Islam boleh berlaku melalui


berbagai-bagai perbuatan seperti amalan rasuah, sumbang mahram, sifat malas,
tidak bersungguh-sungguh dan putus asa.

a. Rasuah ialah sesuatu yang diberikan kepada seseorang yang mempunyai


kekuasaan jawatan untuk memenangkan kesnya dengan menewaskan lawan-
lawannya.

b Sumbang mahram hubungan seksual di antara sesama anggota keluarga


iaitu bapa dan anak perempuan, ibu dan anak lelaki, abang dan adik
kandung, bapa dan anak tiri, ataupun datuk dan cucu.
.
c. Sifat putus asa adalah sebesar-besar lawan kepada sifat sabar. Orang yang
berputus asa ialah orang yang hilang kesabarannya dalam menghadapi
cubaan dan ujian kehidupan, pudar cita-cita dan pengharapan pada rahmat
Allah swt.dan tiada lagi daya dan keinginan untuk terus berusaha dan
berjuang.

e. Sifat malas adalah sikap mental yang menunjukkan ketiadaan ghairah dan
semangat untuk melakukan sesuatu perkara atau kerja. Ia hampir sama
dengan keadaan lemah jiwa dan merupakan sumber kegagalan dan
kemunduran.

5. Pengukuhan dan pemantapan akhlak seseorang muslim boleh dicapai


sekiranya seseorang itu memiliki keimanan yang utuh, amal ibadat yang meliputi
ibadat khususiah dan fardu kifayah serta akhlak mulia yang merupakan cermin
keimanan dan amal saleh. Di antara perkara atau perbuatan yang beleh
mengukuhkan akhlak seseorang ialah:
a. Melakukan solat sama ada solat fardu ataupun solat-solat sunat. Solat
menberi kesan terhadap pembersihan diri dan mengawal daripada terjerumus
ke dalam lembah kehinaan serta membersihkan manusia daripada naluri-
naluri yang tidak sihat

b. Berpuasa sama ada puasa yang difardukan ataupun puasa sunat. Berpuasa
akan melahirkan insan yang bersifat sabar, amanah dan ikhlas, dapat
mengawal seseorang melakukan perkara-perkara keji, meredakan nafsu
syahwat, menginsafi kesusahan fakir miskin dan lain-lain lagi.

AKI / ANNUR 2005


AKHLAK ISLAM SPA101 / 5 / 38
_______________________________________________________________ ______
c. Melakukan amalan-amalan sunat kerana ia akan mendekatkan hubungan
manusia dengan Allah swt. dan hubungan manusia dengan manusia seperti
solat sunat tahajjud, solat sunat awwabin, puasa sunat pada hari-hari yang
tertentu, berzikir, membaca al quran, bersedekah, membantu orang yang
memerlukan, dan lain-lain lagi.

d. Melalui pemilihan rakan-rakan dan persekitaran. Rakan atau sahabat


yang baik serta persekitaran yang baik dapat mewujudkan individu yang
baik seterusnya melahirkan masyarakat yang beriman dan bertakwa serta
berakhlak mulia.

PENILAIA
N

1. Nyatakan empat prinsip utama akhlak yang menjadi asas manusia bagi
melahirkan akhlak terpuji mengikut pandangan Imam Ghazali.

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

2. Hasad adalah salah satu sifat mazmumah. Terangkan dua contoh hasad yang

AKI / ANNUR 2005


AKHLAK ISLAM SPA101 / 5 / 39
_______________________________________________________________ ______
diharuskan dalam Islam.

______________________________________________________________

______________________________________________________________

3. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud’ “Pemberi dan penerima rasuah


berada di dalam neraka.” Huraikan hadis tersebut mengikut pandangan anda.

4. Ibadat solat dan puasa sangat memberi kesan dalam membentuk dan
mengukuhkan peribadi muslim. Jelaskan kesan ibadat-ibadat tersebut dalam
membentuk akhlak mulia.

PENILAIAN
1. Empat prinsip utama akhlak yang menjadi asas manusia bagi melahirkan akhlak
terpuji mengikut pandangan Imam Ghazali ialah:

a. Hikmah ( Kebijaksanaan)
Iaitu satu keadaan dalam diri iaitu kekuatan akal yang membolehkannya
secara semulajadi membezakan di antara baik dan buruk dalam semua
perbuatan ikhtiariyah ( perbuatan yang lahir dengan pilihan manusia sendiri).
Daripada sifat ini akan melahirkan sifat baik hati, cerdik, bersangka baik dan
pertimbangan baik.

b. Adil –
Ia adalah kekuatan jiwa yang dapat meletakkan perasaan dan nafsunya
mengikut kesesuaian keadaan berlandaskan pertimbangan akal dan
syariat.

AKI / ANNUR 2005


AKHLAK ISLAM SPA101 / 5 / 40
_______________________________________________________________ ______
c. Syajaah –
Ia adalah keupayaan diri yang dapat mengawal perasaan marah atau
mengikut apa yang dituntut oleh akal dan syarak. Pemarah, berani,
bermujahadah dengan nafsu, menanggung penderitaan, lemah-lembut dan
tetap pendirian.

d. Iffah –
Ia adalah keupayaan diri yang dapat mendidik keinginan nafsu syahwat agar
tunduk kepada kemahuan akal dan syariat. Pemurah, malu, sabar, pemaaf
,menolong, peramah dan kurang mengharap dari orang lain.

2. Dua contoh hasad yang diharuskan dalam Islam ialah:

i. Hasad kepada orang kaya yang pemurah. Dengan adanya perasaan hasad seperti
ini, seseorang itu akan timbul pula hasrat atau azam dalam jiwanya bahawa kalau
dia kaya seperti orang itu, dia sendiri pun akan berbuat demikian.
ii. Hasad kepada orang yang berilmu pengetahuan. Perbuatan hasad seperti ini
dibolehkan dalam agama kerana ia akan menimbulkan suatu azam menuntut ilmu
pengetahuan.

3. Islam adalah satu agama menolak dan mengharamkan amalan rasuah. Membenteras
gejala rasuah dalam masyarakat adalah satu jihad sosial yang sangat utama demi
keadilan yang dituntut oleh Allah s.w.t. Perbuatan seumpama itu dengan sendirinya
mencemarkan Islam. Mereka bukan sahaja mengkhianati kepada rakyat secara
umumnya malah dengan rasuah itu mereka telah mengakibatkan agama Islam juga
tercela.

4. Kesan ibadat solat dan puasa dalam membentuk akhlak mulia ialah:

• Ibadat solat dan puasa dapat mencegah seseorang daripada melakukan


perkara yang fasad dan mungkar.
• Kedua ibadat tersebut dapat melahirkan manusia yang bertakwa kepada Allah
s.w.t.
• Ianya juga dapat memberi ketenangan jiwa.
• Dapat melahirkan manusia yang sabar.

AKI / ANNUR 2005

You might also like