You are on page 1of 4

MTQ 2010 1

SYARAHAN AGAMA BAHAGIAN LELAKI

TAJUK: KECEMERLANGAN AKHLAK TERAS KEJAYAAN INSAN

Bismillah hirrahamanirahim…
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...
Alhamulillah.......

Kalungan apreasasi untuk Pengacara majlis, yang dihormati barisan panel hakim yang
bertunjangkan keadilan, penjaga masa seterusnya pemimpin era finalis sekalian.

Tajuk syarahan saya pada hari ini “Kecemerlangan Akhlak Teras Kejayaan Insan”.

Kecemerlangan akhlak bermaksud keelokan atau keindahan budi pekerti.


Teras bermaksud asas atau dasar.
Manakala Kejayaan insan membawa erti kemenangan kepada seseorang manusia.

Konklusinya keberhasilan insan yang mulia adalah berdasarkan kepada keindahan budi
pekerti yang elok. Hasrat tersebut boleh dicapai berdasarkan tujuh faktor berikut:

Faktor Yang Pertama Keimanan Dan Ketakwaan Yang Mantap Kepada Allah
S.W.T.

Sesungguhnya kekuatan iman dan takwa akan memancu insan berpekerti dan negara
yang berkualiti. Firman Allah S.W.T dalam surah al-A’raaf, ayat 96:
‫أعوذ باهلل من الشيطان الرجيم‬
         
.…  
Dan sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan
membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari
langit dan bumi.

Allah akan menurunkan keberkatannya sekiranya ketakwaan kepada Allah menjadi


agenda utama, sebagaimana yang berlaku kepada keluarga Yasir walaupun disiksa oleh
kafir Quraish beliau tetap beriman. Begitulah bekalan takwa dan iman menjana peribadi
unggul. Inilah yang diharapkan kepada kita dalam mengharungi perubahan zaman yang
deras ini.

Sidang dewan yang budiman,

Faktor Yang Kedua Beribadat Dengan Iklas Dan Bertawadu’.

Pekerti unggul dijana dengan pembentukan hati yang bertunjangkan keikhlasan dan
kemantapan yang hakiki. Sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah Al Bayyinah,
ayat 5:

‫أعوذ باهلل من الشيطان الرجيم‬


MTQ 2010 2
SYARAHAN AGAMA BAHAGIAN LELAKI

       


Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan
mengikhlaskan Ibadat kepadaNya dalam menjalankan agama yang lurus.

Keikhlasan dan kesungguhan beramal kepada Allah akan membentuk akhlak mulia
sehingga mereka dijulang ke mercu kegemilangan seperti Abdul Rahman Bin Auf
sahabat yang kaya raya telah memanfaatkan hartanya untuk keperluan masyarakat Islam,
tidak digunakan untuk dirinya seorang hingga dijadikan syurga untuknya, inilah hasil
daripada ibadat yang ikhlas.

Faktor Yang Ketiga Akhlak Rasulullah S.A.W. Sebagai Panduan.

Akhlak merupakan kompenan terpenting dalam struktur agama, selepas akidah dan syariah. Serta
menjadi misi penting pengutusan Rasulullah S.A.W. Seperti sabdanya........

ِ
ُ ْ‫إِ َّن َما بُعث‬
‫ت الُمَتِّ َم َم َكا ِر َم االَ ْخالَق‬
”Tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan akhlak yang baik…”

Rasulullah benar-benar satu gambaran yang dicintai, dikagumi dan dicontohi oleh setiap
pelakunya. Sejarah telah membuktikan kesempurnaan peribadi Rasulullah, baginda
mampu mentadbir dan menyelesaikan problem masyarakat. Hal ini berlaku ketika ketua-
ketua kabilah di Mekah bertelagah untuk meletakkan Hajarul Aswad ke tempat asalnya,
baginda sendiri telah menyelesaikan pertelingkahan tersebut dengan menyuruh setiap
kaum memegang hujung kain yang ada Hajarul Aswad di tengahnya. Tangan baginda
yang mulia telah mengangkat sendiri batu tersebut ke tempat asalnya. Oleh itu, hanya
Rasulullah S.A.W sebagai contoh dalam membentuk masyarakat yang bertamadun dan
negara yang gemilang.

Faktor Yang Keempat Kesabaran Merupakan Kunci Kejayaan Insan.

Memiliki sifat sabar, tabah menghadapi ujian Allah harus dijadikan sebahagian daripada
jasad kita dalam usaha mewujudkan masyarakat berkualiti. Firman Allah S.W.T. dalam
surah al-Baqarah, ayat 153:
‫أعوذ باهلل من الشيطان الرجيم‬
         
 
Wahai sekalian orang-orang Yang beriman! mintalah pertolongan dengan bersabar dan
mengerjakan sembahyang kerana Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang
sabar.

Kita susuri perjuangan Nabi Muhammad S.A.W. bagaimana keperitan yang dihadapi,
belum surut derita pemulauan oleh kafir Quraish, pergi pula isteri dan bapa saudaranya
yang tercinta. Demikianlah juga prinsip kesabaran yang ditonjolkan oleh Nik Nor Madiha
dalam menuntut ilmu telah memperolehi 20A dalam peperiksaan SPM 2008. Jika amalan
ini diterapkan akan lahirlah anak-anak muda yang berwawasan pemangkin kegemilangan
negara.
MTQ 2010 3
SYARAHAN AGAMA BAHAGIAN LELAKI

Sidang audian yang dirahmati Allah,

Faktor Yang Kelima Iman Tunggak Kegemilangan Akhlak.

Iman mempunyai kaitan yang erat dengan kualiti insan. Iman adalah asas kepada
kecemerlangan akhlak. Jesteru, setiap insan mestilah berupaya melaksanakan titah
perintah Allah dan menjauhi laranganNya serta menghindari diri dari belenggu kejahilan.
Iman yang mendalam akan mampu menyelamatkan diri daripada terdedah kepada segala
macam bahaya dan kesusahan. Sebagaimana firman Allah S.W.T. dalam surah at-Talaq,
ayat 4:
‫أعوذ باهلل من الشيطان الرجيم‬
         
Dan ingatlah, sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya
segala urusannya.

Sejajar dengan itu, setiap insan disarankan mempertingkatkan kualiti iman, agar lahir
dalam dirinya jiwa kekuatan dan keberanian, yang akan menjadi motivasi untuk memaju
kejayaan.

Faktor Yang Keenam Akidah Yang Sempurna Teras Akhlak Cemerlang.

Dalam dunia yang penuh dengan cabaran penyelewengan keaslian ajaran Islam. Maka
akidah yang sempurna, mestilah menjadi akar tunjang dan pegangan bagi mengatasi
segala permasalahan yang mendatang. Hanya mereka yang memiliki akidah yang kukuh
akan menuju kebahagiaan abadi. Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah, ayat 5:
‫أعوذ باهلل من الشيطان الرجيم‬
         
Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-
orang yang berjaya.

Akidah yang sempurna menjadi asas kepada melahirkan insan yang sempurna akhlaknya.
Segala kekalutan sosial yang berlaku di kalangan masyarakat kini, contohnya gejala
pembuangan bayi yang berleluasa adalah berpunca dari rapuhnya akidah yang dianuti.
Kesempurnaan akidah akan meledakkan sifat taqwa dalam diri manusia seterusnya
membentuk keperibadian diri yang cemerlang.

Faktor Yang Ketujuh Akhlak Berteraskan Pendidikan Al-Quran.

Mendadaknya gejala negatif dalam masyarakat hari ini dipercayai berpunca daripada
kurangnya penekanan terhadap aspek pendidikan agama dan moral sama ada di rumah
mahupun di sekolah. Justeru itu, pada kesempatan yang bermakna ini, saya mengajak
saudara-saudara sekalian supaya sama-sama menyoroti sejenak model pentarbiyahan
yang diguna pakai oleh Luqman Al-Hakim sewaktu mendidik anak-anaknya.

Di dalam Al-Quran, Allah S.W.T. ada merakamkan beberapa nasihat Luqman kepada
anaknya, yang sewajarnya kita contohi dalam usaha mendidik anak-anak kita. Ini kerana
MTQ 2010 4
SYARAHAN AGAMA BAHAGIAN LELAKI

nasihat ataupun model pentarbiyahan yang dikemukakan oleh Luqman itu berteraskan
kepada aqidah, syariah dan akhlak. Di antara nasihat Luqman kepada anaknya yang
dirakamkan dalam surah Luqman, ayat 13:
‫أعوذ باهلل من الشيطان الرجيم‬
            
  
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat
kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah Engkau mempersekutukan Allah,
Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".

Jelaslah bahawa akhlak yang cemerlang menjadi penggerak kepada kejayaan insan yang
gemilang. Akhir kalam…. Wabillahi taufiq walhidayah wassalamu ‘alaikum
warahmatullahi wabarakatuh..... sekian.

You might also like