You are on page 1of 11

Unit 1 ETIKA PROFESSIONAL

Bab 1 Pertimbangan Moral & Teori Etika

1.1 Pertimbangan Moral & Teori Etika

Pertimbangan Moral - proses dimana gelagat manusia, institusi-institusi atau polisi-


polisi dinilai sama ada ia telah menepati atau melanggar
piawaian (standard) moral.

Teori Etika - idea, kepercayaan atau tuntutan yang bertujuan untuk


menjelaskan fakta-fakta atau peristiwa-peristiwa berdasarkan
hujah-hujah yang betul.

1.1.1 Maksud Etika - Kajian moral – prinsip-prinsip moral kelakuan individu yang
boleh diterima dan kepercayaan peribadi mereka mengenai apa
yang di anggap sebagai kelakuan yang betul atau salah.

- Etika bersifat:

 Individu - manusia mempunyai etika, manakala


organisasi tidak;
 Kelakuan beretika berbeza-beza di antara individu;
 Etika adalah relatif, mengikut norma sesebuah
masyarakat. Ia bukan sesuatu yang mutlak.

1.1.2 Etika Professional - Etika professional adalah nilai-nilai moral yang dibentuk oleh
sekumpulan manusia yang terlatih dalam bidang yang sama
untuk mengawal prestasi sesuatu kerja atau kegunaan sumber.

1.1.3 Pembentukan Etika - Faktor-faktor yang instrumental adalah:


Individu - Pengaruh keluarga
- Pengaruh rakan sebaya/setara
- Pengalaman hidup
- Nilai dan moral peribadi
- Faktor situasi

1.1.4 Empat Pendapat/ i.Utilitarian–Tindakan bermoral adalah yang berkesudahan


Pandangan Etika dengan manfaat/kebaikan terbesar yang boleh dicapai bagi
bilangan manusia yang terbanyak (majoriti).

ii. ‘Golden Rule’- Lakukan kepada orang lain sepertimana anda


ingin orang lain melakukan kepada anda.

iii. Hak-hak Kantian


-Hak memilih (membenarkan atau tidak
-Hak kebersendirian
-Hak kebebasan mengikut suara hati
-Hak bersuara/menyuarakan pendapat
-Hak mengikut proses yang adil/ betul
iv. Kesedaran kepentingan kendiri (‘enlightened self-interest’)

– Sesuatu tindakan dianggap bermoral apabila ia membenarkan


individu atau pemegang-pemegang kepentingan sejumlah
manfaat yang maksimum, tanpa memudharatkan atau dengan
meminimumkan sebarang kemudharatan kepada pihak lain.
Individu yang memelihara kepentingan peribadi dapat
meningkatkan kesejahteraan seluruh ahli masyarakat.

1.2 Falsafah Normatif & - Falsafah normatif adalah kajian mengenai kaedah
Relativisme Etika pemikiran dan kelakuan, iaitu bagaimana kita harus bergelagat
dengan betul.

- Relativisme Etika adalah standard-standard moral gelagat yang


berbeza-beza di antara kumpulan yang berlainan, sama ada di
dalam sesebuah budaya, di antara budaya serta pada masa-masa
yang berlainan.

1.3 Lima Teori Etika dan i.Undang-undang abadi (‘Thomistic/Natural/Eternal Law’)


Batasannya
- Sekiranya seseorang mempunyai hak untuk terus hidup,
mempunyai kebebasan dan inginkan kebahagiaan, maka mereka
juga bertanggungjawab untuk membenarkan hak yang sama
kepada orang lain (‘Golden Rule’).

- Batasannya :- Terlalu banyak interpretasi terhadap apa yang


dianggap benar, terbaik atau betul.

ii. Utilitarianisme (Teleo-logical)

- Mementingkan akibat atau kesudahan sesuatu perkara.


- Manfaat yang terbanyak bagi bilangan yang terbanyak.

- Batasannya :- Konflik dalam menentukan jumlah manfaat yang


terbanyak serta bilangan manusia yang terbanyak; Kepentingan
golongan minority juga diabaikan.

iii. Universalisme (Deonto-logical)

- Mementingkan niat seseorang


- Menganggap orang lain sebagai suatu matlamat yang harus
dihargai, bukan sebagai alat untuk mencapai matlamat.
- Batasannya :- Tidak mempunyai keutamaan atau tahap-tahap
yang berbeza. Sukar untuk mengamalkannya setiap masa.

iv. Adil Pembahagi (‘Distributive Justice’)

- Keadilan sebagai satu-satunya nilai utama;


-Mengagihkan beban dan faedah dalam masyarakat berdasarkan
kesamarataan, keperluan, usaha, sumbangan atau keupayaan.
- Batasannya :- Bergantung sepenuhnya kepada kerjasama dalam
sesebuah masyarakat. Usaha individu diabaikan.

v. Kebebasan peribadi

- Kebebasan sebagai satu-satunya nilai utama


- Institusi atau undang-undang yang mencabuli kebebasan
individu akan ditolak walaupun ia dapat memberi kebahagiaan
atau faedah kepada pihak lain.

- Batasannya :- Definisi kebebasan yang sempit kerana


kebebasan dilihat sebagai suatu hak negatif, iaitu hak supaya
tidak diganggu atau disukarkan oleh pihak lain.

1.4 Kesimpulan a. Setiap teori menyatakan hanya satu aspek/sebahagian daripada


kebenaran keseluruhan. Ia tidak lengkap dan tidak memadai
untuk menghukumkan sesuatu tindakan sebagai bermoral atau
tidak bermoral.

b. Tiada suatu sistem yang berjaya memberi panduan lengkap


dalam pembuatan keputusan oleh pihak pengurusan.

c. Oleh itu, kita harus menggunakan kesemua lima sistem dalam


usaha mencari penyelesaian yang saksama.

Bab 2 Tanggungjawab Moral dan Tanggungjawab Sosial

2.1. Akauntabiliti dan Apakah syarat-syarat yang membolehkan kita meletakkan


Liabiliti Moral tanggungjawab akauntabiliti/liabiliti ke atas seseorang?

 Pengetahuan dan kebebasan – seseorang itu melakukan


sesuatu perkara dengan penuh kesedaran, kebebasan
bertindak, beserta niat yang sengaja.
 Tidak jahil (‘not ignorant’) – memahami bentuk
tindakan yang diambil serta akibatnya.
 Tanpa unsur paksaan – tidak dipaksa atau diancam untuk
melakukannya.
Kajian Kes i. Kes Diskriminasi – Adakah terdapat elemen paksaan yang
berpunca daripada tekanan budaya? Mengapa, atau sebaliknya
mengapa tidak?

ii. Kes Kilang Nuklear – Apakah tindakan yang betul dari segi
moralnya? Berikan justifikasi.

iii. Kes Insurans – Adakah terdapat unsur paksaan? Adakah


‘adjuster’ tersebut mempunyai tanggungjawab moral? Berikan
justifikasi.

2.2 Menyelesaikan Kes i. Penyelesaian Undang-undang Abadi

- Kebenaran atau kesalahan seseorang boleh dinilai


berdasarkan tahap kerjasamanya dalam sesuatu tindakan –
sama ada kerjasama secara ‘formal’ atau ‘material’.

 Kerjasama ‘formal’ – sanggup melakukan sesuatu


perkara yang jelas salah, membenarkan serta menyetujui
perkara tersebut.
 Kerjasama ‘material’ – bermaksud seseorang itu di suruh
melakukan sesuatu yang tidak melanggar hukum moral
atau buruk, tetapi menyumbang kepada sesuatu
kesudahan/tindakan yang salah.

ii. Penyelesaian Utilitarian


- Jalankan suatu analisis kos-faedah – mana yang
mendatangkan lebih banyak kebaikan secara keseluruhannya
adalah di anggap bermoral dan betul.

iii. Penyelesaian Relativisme Budaya


- Pemerhatian terhadap norma dan adat kebiasaan masyarakat
untuk menentukan amalan mana yang konsisten dan dapat
diterima.

2.5 Etika dalam Konteks - Piawaian (standard) etika peribadi warga organisasi:
Organisasi
- Pengaruh gelagat/kelakuan tidak beretika yang
wujud disekitar organisasi, serta faktor-faktor
situasi.

- Amalan organisasi yang mempengaruhi standard etika


pekerja

2.6 Mengurus Gelagat Etika - Mewujudkan piawaian formal bagi gelagat etika; garis panduan
bagaimana berurusan dengan pembekal, pelanggan, pesaing, dan
lain-lain konstituen.
- Kod Etika – mengandungi kenyataan nilai-nilai dan piawaian
etika sebagai panduan tindakan organisasi.

2.7 Tanggungjawab Sosial - Definisi – suatu set tanggungjawab/kewajipan yang harus


organisasi pertahankan, sebar dan amalkan dalam masyarakat di
mana mereka beroperasi.

2.8 Sejarah Tanggungjawab i. Era Keusahawanan (1800s-1930)


Sosial
- Perhubungan penting di antara perniagaan, kerajaan dan
masyarakat mula diperakui; bahawa perniagaan mempunyai
peranan kemasyarakatan selain memaksimumkan keuntungan.
- Meluluskan undang-undang untuk mengawal amalan
perniagaan.

ii. Era Kemelesetan (1930-1960)


- Kuasa dan pengaruh organisasi-organisasi besar serta amalan
tidak bertanggungjawab sehingga mengakibatkan kejatuhan
pasaran saham pada 1929.
- Undang-undang diluluskan untuk melindungi pelabur dan
perniagaan-perniagaan kecil.
- Tindakan baru kerajaan yang menuntut supaya organisasi
memainkan peranan aktif dalam mempertingkatkan
kesejahteraan umum.

iii. Era Sosial (1960s)


- Era pergolakan sosial, pergerakan aktivis awam dan bantahan
terhadap Perang Vietnam
- Pendapat awam yang lantang terhadap nilai, keutamaan serta
matlamat Negara
- Pengisytiharan 4 hak asasi pengguna oleh J. F. Kennedy:
 Hak menggunakan produk yang selamat
 Hak diberitahu mengenai aspek-aspek relevan sesuatu
produk
 Hak menyampaikan rungutan
 Hak memilih apa yang mereka beli

2.9 Skop Tanggungjawab i.Konstituen – pihak yang menerima kesan langsung akibat
Sosial syarikat amalan sesuatu organisasi serta mempunyai kepentingan dalam
prestasinya. Contohnya, kerajaan, pemiutang, pembekal, pekerja
dan pelabur.

ii. Persekitaran alam semula jadi

iii. Kebajikan/kesejahteraan umum masyarakat

2.10 Hujah-hujah yang Hujah-hujah menyokong:


Menyokong atau a.Perniagaan yang menimbulkan masalah, maka mereka
Membantah harus membantu menyelesaikannya.
Tanggungjawab Sosial b.Badan korporat sebagai warga masyarakat
c.Perniagaan memiliki sumber untuk menyelesaikan masalah.
d.Tanggungjawab sosial dapat meningkatkan keuntungan.

Hujah-hujah membantah:
a.Tujuan perniagaan adalah untuk menjana keuntungan kepada
pemiliknya, bukan bertanggungjawab sosial.
b.Penglibatan perniagaan dalam program sosial akan memberi
terlalu banyak kuasa kepada perniagaan.
c.Potensi wujudnya konflik kepentingan.
d.Perniagaan tiada/kurang kepakaran untuk mengurus program-
program sosial.

2.11 Empat Pendekatan/i.Halangan Sosial– Melakukan seberapa sedikit yang boleh,


Tahap Organisasi tidak mengakui atau menyembunyikan amalan salah
dalam Tanggungjawab
Sosial ii. Tanggungjawab Sosial – Lakukan hanya setakat yang dituntut
oleh undang-undang, tidak lebih dari itu.

iii. Responsif Sosial – Lakukan perkara-perkara melebihi


kehendak undang-undang atau etika.

iv. Sumbangan Sosial – Mencari-cari peluang secara proaktif


untuk menyumbang kepada masyarakat.

2.12 Kerajaan dan Bagaimana kerajaan dapat mempengaruhi organisasi:


Tanggungjawab -Melalui peraturan langsung- mengarah, memantau
Sosial dan mengawal apa yang dibenarkan atau dilarang, seperti:

 Melindungi alam sekitar


 Melindungi pengguna
 Melindungi pekerja
 Undang-undang sekuriti (seperti pemilikan, cagaran,
jaminan)

- Melalui peraturan tidak langsung, seperti:


 Undang-undang percukaian sebagai insentif untuk
mempengaruhi arah perbelanjaan organisasi

2.14 Pengaruh Organisasi -Organisasi mempengaruhi kerajaan melalui:


 Kenalan peribadi - pergaulan sosial dan ‘networking’
 Melobi – individu/kumpulan cuba pengaruhi pembentukan
undang-undang
 Jawatankuasa Bertindak Politik – mengumpul dan
mengagihkan wang kepada calon politik (di Amerika
Syarikat terutamanya)
 Bantuan (‘favours’) – guna pengaruh bantuan yang telah
diberi untuk dapatkan sokongan.

2.15 Bagaimana Organisasi Pendekatan formal:


Mengurus Tanggung- - Perundangan – mematuhi undang-undang tempatan,
Jawab Sosial: negeri, persekutuan dan antarabangsa.
Jangkauan Mematuhi - Etika – mematuhi standard asas gelagat beretika
Etika - Sumbangan filantropik – pemberian wang/hadiah dalam aktiviti
dan program amal.

Pendekatan tidak formal:


- Kepimpinan dan budaya organisasi – membina budaya dan
kepimpinan dengan menjelaskan tanggungjawab sosial
organisasi supaya dapat diterap oleh warga organisasi
- Menyokong peniupan wisel – Pekerja mendedahkan salahlaku
(yang tidak beretika atau menyalahi undang-undang) dalam
organisasi kepada pihak berkuasa awam serta media.

2.16 Menilai Tanggung-- Garis panduan atau Kod Etika


jawab Sosial - Audit sosial korporat

Bab 3 Sifat/Jenis Etika dalam Perniagaan Moden

3.1 Masalah Etika Sebagai - Suatu dilema kepada pengurus untuk mencapai
Masalah Pengurusan keseimbangan (‘balance’) yang betul, sesuai dan saksama di
antara prestasi ekonomi dengan prestasi sosial.

3.2 Ciri/sifat Masalah Etika i. Akibat yang berpanjangan – impak ke atas pihak lain,
dalam Pengurusan sama ada di dalam mahupun di luar organisasi; atau di luar
kawalan pihak pengurus.

ii. Alternatif yang pelbagai – terdapat banyak alternatif dalam


memilih penyelesaian yang beretika – mana yang harus
dilakukan, mana yang tidak harus dilakukan.

iii. Kesudahan yang berlawanan – setiap alternatif membawa kos


dan faedah sosial yang berbeza-beza.

iv. Akibat yang tidak pasti – akibat setiap alternatif tidak jelas.

v. Implikasi peribadi – alternatif-alternatif mempunyai kos serta


faedah yang membri kesan peribadi kepada individu.
3.3 Contoh-Contoh -Perletakan harga – suatu keputusan ekonomi yang boleh
Masalah Etika memberi kesan negatif/mudarat kepada pengguna.
Dalam Pengurusan
-Pengiklanan – tahap kebenaran/memperdaya yang berbeza-
beza, contohnya di antara iklan yang seluruhnya benar,
sebahagian sahaja yang benar atau seluruhnya tidak benar.

-Promosi produk – tawaran promosi kadangkala mengakibatkan


pihak lain terpaksa menanggung kosnya.

-Keadaan tempat kerja – ruang kerja yang lembab/tidak selesa,


bising, kurang cahaya, pengalihan udara tidak memadai, asap
dan debu, tidak selamat dsb.

-Khidmat pelanggan – kualiti produk yang menurun, rosak atau


cacat.

-Pembuangan pekerja – untuk mengurangkan saiz operasi.

-Pencemaran alam sekitar – pembuangan toksik yang tidak


selamat, pencemaran dan pemupusan air/udara/kawasan.

-Perhubungan komuniti – firma gunakan kuasa ekonomi


(contohnya memindahkan operasi) sebagai tekanan untuk
mendapatkan kelonggaran/keistimewaan.

-Perhubungan pembekal – guna kuasa ekonomi terhadap para


pembekal kcil dalam komuniti mereka.

3.4 Analisis Masalah Untuk mencapai keseimbangan di antara prestasi ekonomi


Etika dalam dan prestasi sosial:
Pengurusan
-Analisis ekonomi – sama ada sesuatu keputusan/tindakan dapat
menggunakan sumber yang terhad dengan paling efisien serta
efektif.

-Analisis Perundangan – sama ada sesuatu keputusan/ tindakan


telah melanggar mana-mana undang-undang. Masyarakat akan
mewujudkan undang-undang dan peraturan untuk dipatuhi dan
dilayani secara adil. Jika tidak, undang-undang baru akan
digubal bagi menangani keadaan.

-Analisis etika – sama ada sesuatu keputusan/tindakan diambil


secara rasional berdasarkan prinsip konsistensi serta prinsip
kebajikan – supaya ahli masyarakat dapat di layani dengan cara
yang paling adil.

3.5 Etika dalam Islam -Suatu mesej universal (pendekatan holistik) dalam mencapai
kesepaduan dengan:
 Tuhan
 Sesama manusia
 Agama

-Syari’ah –berasaskan Al-Qur’an; suatu sistem


perundangan yang komprehensif yang mengatur kesemua aspek
kemasyarakatan; peraturan-peraturan yang ditafsirkan
berdasarkan fahaman beberapa mazhab.

-Perdagangan dan perniagaan – telah menyebarkan Islam melalui


orang-orang muslim Arab yang mahir dalam mengemudi
pelayaran, membina kapal, astronomi dan alat-alat pengukuran
saintifik. Amalan etika perniagaan dalam aktiviti perdagangan
mereka turut tersebar.

-Ajaran-ajaran amalan ekonomi (Syari’ah dan Hadith):


 Bercirikan perusahaan bebas, pendekatan ekonomi
pasaran sektor swasta
 Hak memiliki harta persendirian
 Keuntungan dibenarkan, tetapi tidak mengatasi
tanggungjawab persaudaraan, perpaduan dan amal jariah
 Hukum halal dan haram, contohnya faedah tetap

-Kewajipan kepada Tuhan, dalam:


 Berbelanja/bersedekah demi cinta terhadap Tuhan
 Menunaikan syarat kontrak dengan sempurna

UNIT 2 ETIKA PENGURUSAN, ‘RULE OF LAW’ DAN REKABENTUK ORGANISASI

Bab 4 Etika Pengurusan dan ‘Rule of Law’

4.1 ‘Rule of Law’ -Bermaksud – Kita harus merujuk kepada undang-undang apabila
menghadapi konflik di antara prestasi ekonomik dengan prestasi social.
Undang-undang merupakan:

 Satu set peraturan yang dibentuk oleh ahli masyarakat untuk


mentadbir/mengawal gelagat (‘behaviour’) dalam masyarakat
mereka.
 Menggambarkan hukum-hukum moral kolektif yang dipegang
oleh ahli sesebuah masyarakat, terutamanya dalam masyarakat
demokrasi.

4.2 Undang-undang - Sekiranya kita tidak setuju dengan sesuatu tindakan firma,
Sebagai Panduan maka kita harus mengambil langkah mewujudkan undang-undang
Moral mengenainya, sama ada untuk menghalang tindakan firma atau
menggalakkan supaya tindakan alternatif di ambil.

- Andaikata undang-undang yang diingini tidak dapat diluluskan melalui


proses demokratik, maka keadaan tersebut harus diterima.

4.4 Undang-undang Contoh pilihan moral – Aktiviti pinjaman bank


Sebagai Satu - Sama ada meluluskan pinjaman berisiko tinggi kepada sebuah
Kombinasi kepada sebuah firma kecil tempatan yang kadar aedah/pulangan
Penghakiman nya dihadkan oleh undang-undang, atau memberi pinjaman
Moral berisiko rendah kepada sebuah firma luar yang besar dengan kadar
pulangan yang sama?

Dilema etika – pilihan di antara prestasi ekonomi dan tanggung jawab


sosial menjadi rumit disebabkan oleh:
 Akibat/konsekuen yang berpanjangan
 Kesudahan yang tidak pasti
 Implikasi kerjaya peribadi

- Dalam sebuah masyarakat berdemokrasi, kta tidak boleh melampaui


batas undang-undang, kerana ia bermakna bahawa kita tidak mematuhi
standard-standard moral majoriti (masyarakat).
- Sekiranya kita tidak menyukai sesuatu perkara, dapatkan
suara/sokongan ramai majoriti untuk mengubah undang-undang.
Sebelum berjaya melakukan sedemikan, kita harus mematuhi kehendak
majoriti.

4.5 Definisi - satu set peraturan untuk mentadbir/mengawal bagaimana rakyat perlu
bertindak dalam perhubungan mereka dalam sesebuah masyarakat.

- Sifat-sifat/ciri-ciri utama undang-undang:


 Konsisten
 Sejagat (universal)
 Diterbitkan (published)
 Diterima (accepted)
 Berkuatkuasa (enforced)

- Disokong oleh suatu rangkakerja yang terdiri daripada institusi-


institusi sosial berikut (Rajah 4.1):
 Badan perundangan (legislature)– menggubal undang-undang
 Peguam dan pembantu-pembantunya– menjelaskan undang-
undang
 Makhamah dan agensi-agensi perundangan – menterjemah
undang-undang
 Pasukan polis – menguatkuasakan undang-undang

4.6 Perhubungan di - Bertindih dengan standard moral


antara undang - Bersifat negatif, manakala standard moral bersifat positif
undang dan - Bersifat terkemudian berbanding standard moral.
Standard moral

4.7 Pembentukan - Melalui beberapa proses seperti berikut:


Undang-undang i. Proses individu – berasaskan norma, kepercayaan dan nilai.
ii. Proses Kumpulan – berdasarkan konteks-konteks budaya/ agama,
sosial/politik dan teknologi.
iii. Proses sosial – berdasarkan perkaitan/perhubungan dengan kumpulan
yang lebih besar.
iv. Proses politik – berdasarkan institusi (pembentukan) undang-undang.

4.8 Kesimpulan - ‘Rule of Law’ sebagai asas dalam membuat pilihan moral, iaitu sama
ada undang-undang benar-benar dapat menggabungkan standard-
standard moral peribadi untuk dijadikan suatu undang –undang
universal?

 Standard moral adalah berasaskan maklumat yang tidak lengkap.


 Standard moral menjadi lemah apabila berpecah kepada kumpulan-
kumpulan kecil
 Standard moral mungkin tidak disampaikan dengan tepat disebabkan
oleh pengaruh organisasi besar.
 Undang-undang yang dibentuk mungkin tidak mengikut standard
moral dengan tepat.
 Undang-undang adalah tidak lengkap/tidak tepat, maka ia
memerlukan makhamah/agensi-agensi untuk mentafsir/
menjelaskannya.

You might also like