You are on page 1of 6

Kaedah Kajian

Kaedah merupakan cara atau jalan menyelesaikan permasalahan penyelidikan. ‘Kaedah


penyelidikan merupakan segala langkah yang diambil untuk mencapai segala objektif
penyelidikan’(Ahmad Mahdzan Ayob 1995:44). Selepas menetapkan masalah yang hendak
dikaji, barulah difikirkan kaedah penyelidikan yang sesuai digunakan. Adalah salah
sekiranya kita menentukan kadah sebelum ada persoalan.  

Secara umum kaedah utama penyelidikan untuk mendapatkan data terbahagi kepada dua,
iaitu dengan menggunakan pendekatan kuantitatif dan pendekatan kualitatif. Kita boleh
memilih salah satu pendekatan ataupun menggabungkan kedua-duanya. Dihubungkan
dengan teori-teori sosiologi, teori yang berbentuk makro selalu akan menggunakan
pendekatan kuantitatif sementara yang berbentuk mikro kebiasaannya menggunakan
pendekatan kualitatif. 

Terdapat perbezaan antara penyelidikan kuantitatif dan penyelidikan kualitatif . Pendekatan


kuantitatif mengutamakan ‘kuantiti’. Penyelidikan kuantitatif melibatkan angka-angka, data-
data numerikal atau statistik. Statistik melibatkan pengiraan-pengiraan seperti min, median,
mod, peratusan, sisihan piawai, skor-Z, skor-T, varian, dan sebagainya. Pendekatan
kuantitatif dikatakan lebih berstruktur , mempunyai darjah kekaburan yang minima, makna
yang jelas, bercorak linear, mempunyai penjadualan yang jelas, dan menumpukan kepada
hasil. Dari segi skop kajian ia boleh melibatkan responden yang besar. Pendekatan kualitatif
pula berasaskan ‘kualiti’. Ianya bersifat deskriptif yang lebih kepada penghuraian ‘makna’
perkara-perkara yang dikaji. Ia tidak mengutamakan data-data berbentuk numerikal. Ia
kurang berstruktur, terbuka dan lebih menumpukan kepada proses. Skop kajiannya pula
meliputi bilangan responden yang kecil .  

Sungguhpun terdapat perbezaan-perbezaan kualitatif dan kuantitatif, kedua-duanya


merupakan kaedah penyelidikan yang empirikal. Semua penyelidikan empirikal mempunyai
persamaan-persamaan asas seperti mempunyai matlamat, sistematik dalam prosedur,
membuat perbandingan, membuat deskripsi, menguji hipotesis, membuat penjelasan sebab
dan akibat dan membuat analisa kritikal. Kita boleh memilih salah satu daripada pendekatan
terutamanya berdasarkan masalah dan keluasan skop kajian yang akan kita laksanakan.  

Sekiranya kajian kita melibatkan jumlah responden yang besar misalannya melebihi empat
puluh orang, pendekatan kuantitatif lebih sesuai. Sekiranya kita cuma memilih bilangan
responden yang kecil, misalnya lima orang, maka pendekatan kualitatif dipilih.  
Dalam kajian ‘sekularisasi’, sekiranya kita ingin menyelidik seluruh komuniti sekolah, kita
mungkin akan menggunakan kuantitatif kerana sampel yang besar diperlukan. Sekiranya
kajian hanya melibatkan sebilangan kecil murid dalam sebuah bilik darjah yang mempunyai
tiga puluh orang murid, kita mungkin lebih sesuai memilih pendekatan kualitatif. Kita juga
boleh menggunakan kedua-dua pendekatan kualitatif dan kuantitatif dalam satu kajian yang
sama. Kita harus ingat bahawa isu utama yang menjadi asas kepada kaedah penyelidikan
adalah permasalahan, bukan kaedah menentukan penyelidikan. Dengan kata lain setiap
penyelidikan bermula dengan masalah, bukan metodologi. Setelah ada permasalahan
barulah data-data dicari melalui metodologi-metodologi dan strategi pilihan sesuai.

http://tuanmat.tripod.com/penyelidikan.html
Aspek Penyelidikan Kuantitatif dan Kualitatif

Penyelidikan kuantitatif dan kualitatif mengandungi unsur-unsur asas yang sama tetapi
menggunakan beberapa pendekatan yang berlainan. Kuantitatif biasanya dikaitkan dengan
penyelidikan bersifat ujikaji yang melibatkan data numerik dan statistik. Manakala kualitatif
bersifat deskriptif, pemerhatian keadaan sebenar (naturalistic) dan merupakan proses
memahami sesuatu berdasarkan tanggapan umum. Dalam sejarah perkembangan ilmu
pengetahuan, kedua-dua aspek kualitatif dan kuantitatif ini saling berkaitan dan tidak
terpisah antara satu sama lain, kerana tujuan ilmu adalah untuk mencari kebenaran.
Pemisahan hanya berlaku apabila perkembangan ilmu pengetahuan Barat pada
pertengahan kurun ke 19 M, mula membuat pembahagian ilmu mengikut premis tertentu.
Mat Rofa Ismail (2004 & 2006) yang membincangkan aspek kualitatif dan kuantitatif dalam
perkembangan falsafah sains, antara lain merumuskan sains tabii bukan ilmu yang muncul
sebagai ilmu yang tersendiri secara objektif, tetapi sains tabii merupakan satu cabang
falsafah yang menjadikan aspek kualitatif metafizik sebagai matlamat utama. Sains
sepatutnya dilihat mengandungi aspek kualitatif yang sarat, bukan produk teknologi semata-
mata. Menurutnya lagi, Baratlah yang mentakrifkan sains sebagai cerapan kuantitatif
semata-mata. Walaupun penyelidikan kualitatif dan kuantitatif memainkan peranan besar
dalam perkembangan ilmu pengetahuan, tetapi ironisnya ahli-

ahli sains masa kini tidak menjadikan penyelidikan kualitatif sebagai pilihan. Secara mudah
sindrom ini berlaku kerana penyelidikan kuantitatif dikatakan bersifat objektif, manakala
kualitatif bersifat deskriptif. Jika diimbas aktiviti semasa kebangkitan zaman tamadun Islam
pula, proses menilai ilmu yang datang daripada pelbagai sumber, memurnikan dengan
keperluan agama dan menserasikan dengan budaya melibatkan aspek kualitatif dan
kuantitatif. Dalam Kitab al-Hind, al-Biruni menggunakan pelbagai kaedah kualitatif
dalampemerhatiannya tentang masyarakat Hindu, seperti merekodkan perkhabaran tentang
sesuatu kejadian dan keadaan daripada pedagang, pemerhatian yang al-Biruni sendiri turut
serta, nota lapangan, merujuk maklumat secara silangan daripada beberapa sumber dan
menggunakan maklumat sejarah.

Kaedah kuantitatifnya lebih terserlah sekurangkurang dalam Kitab al-Tafhim li-awail sinaat
al-tanjim, dengan jadual numerikalnya, data statistik, penggunaan rajah dan rumus-rumus
berkaitan geometri, aritmetik, geografi fizikal dan ilmu falak.

Walau bagaimanapun, sesuai dengan tradisi ilmu silam yang tidak memisahkan kedua-dua
aspek kuantitatif dan kualitatif, karya al-Biruni dalam Kitab fi ifrad al-maqal fi amr az-zilal,
jelas memperlihatkan keindahan gabungan kedua-dua aspek ini. Dalam karya ini, al-Biruni
banyak menafsirkan ayat-ayat al-Quran tentang ‘bayang’ dan ‘cahaya’ secara kualitatif dan
kuantitatif, yang membawa kepada pembuktian rumus tangen, penggunaan gnomon,
penggunaan jam matahari, hubungan waktu dengan jarak di permukaan bumi, fenomena
fajar petang dan pagi serta jarak antara cakerawala.

Kesepaduan aspek kualitatif dan kuantitatif juga dihuraikan secara bersepadu dalam buku
hebat Sayyid Hossien Nasr, Pengenalan Doktrin Kosmologi Islam.Nasr (1993), telah
membincangkan hubungan antara kosmologi Islam tradisional dengan perkembangan sains
zaman tamadun Islam berdasarkan pemikiran falsafah Ikhwan asSafa, al-Biruni dan Ibnu
Sina.

http://www.al-azim.com/masjid/seminar/falak2006/5.pdf
Pendekatan Kualitatif

Pendekatan kualitatif ialah prosedur penyelidikan yang menghasilkan data gambaran yang
boleh diamati (Lexy, 2007), tradisi tertentu dalam ilmu pengetahuan sosial yang secara
fundamental bergantung kepada pengamatan manusia dalam kawasannya sendiri dan
berkait dengan orang-orang tersebut dalam bahasa dan peristilahannya (Kirk & Miller,
1986).

Pendekatan kualitatif dalam penyelidikan ini adalah kajian kes, adalah suatu penyelidikan
yang dilakukan terhadap suatu kesatuan sistem, sama ada yang berbentuk program
mahupun kejadian yang terikat oleh tempat, waktu atau ikatan tertentu (Nana, 2005). Kajian
kes dilaksanakan untuk menghimpun data, memperoleh makna, dan memperoleh
pemahaman daripada suatu kes. Dalam penyelidikan ini, kajian kes digunakan untuk
menjelaskan rangkaian agensi dan autoriti pelaksana polisi pemerkasaan guru dilakukan
dengan menghuraikan peranan dan fungsi masing-masing agensi dalam pelaksanaan polisi
pemerkasaan guru ‘Sekolah Menengah Pertama Negeri’ di Malang, Indonesia.

Manakala untuk mengetahui pelaksanaan polisi pemerkasaan guru yang terdiri daripada
enam dimensi, iaitu penglibatan dalam membuat keputusan, peningkatan profesionalisme,
status, kepercayaan diri, autonomi dan pengaruh. Masing-masing dimensi dianalisis dengan
aspek-aspek pelaksanaan polisi yang terdiri daripada enam aspek iaitu keberkesanan,
efisiensi, kecukupan, purata, responsiviti dan kesesuaian (Dunn, 2003: Sudarwan, 2005).
Keenam-enam aspek pelaksanaan tersebut berperan sebagai fokus penyelidikan yang
disebut sebagai paradigma ilmiah (positivisme) penyelidikan kualitatif (Lexy, 2007), sehingga
didapati jawapan soalan penyelidikan berikut :

1) Bagaimanakah mekanisme dan rangkaian peranan agensi dan autoriti serta bidang tugas
mereka dalam pelaksanaan polisi pemerkasaan guru di bandar Malang, Indonesia? 71

2) Bagaimanakah pelaksanaan polisi pemerkasaan guru dalam enam dimensi di enam buah
sekolah di bandar Malang, Indonesia?

3) Apakah kekangan dan kesan dalam pelaksanaan polisi pemerkasaan guru dalam enam
dimensi di enam buah sekolah di bandar Malang, Indonesia?

Pendekatan Kuantitatif

Pendekatan kuantitatif ialah penyelidikan yang menekankan kepada fenomena-fenomena


objektif dan dikawal melalui pengumpulan dan analisis data (Nana, 2005; Chua, 2006;
Fraenkel, 2007). Suatu penyelidikan yang melibatkan pengukuran pemboleh ubah kajian
dengan menggunakan alatan saintifik dan eksperimen. Penggunaan ujian statistik terhadap
sesuatu kajian adalah sebagai usaha untuk menerangkan, menjelaskan atau mencari
perhubungan antara pemboleh ubah pemboleh ubah dalam suatu penyelidikan. Dalam
kajian ini, untuk memberikan penerangan dan penjelasan tentang persepsi guru terhadap
pelaksanaan polisi pemerkasaan guru, kepuasan kerja dan komitmen organisasi digunakan
kekerapan, peratus dan min daripada skor yang diperoleh melalui soal selidik yang
diserahkan kepada sampel kajian.

Manakala untuk menjelaskan pengaruh pemerkasaan guru terhadap kepuasan kerja dan
komitmen organisasi digunakan ujian statistik analisis regresi linear berganda. Ujian ini
untuk memperoleh keputusan tentang pengaruh pemerkasaan guru dalam enam dimensi
secara bersama-sama dan pengaruh masing-masing dimensi pemerkasaan guru terhadap
kepuasan kerja dan komitmen organisasi. Kajian ini adalah penyelidikan inferensi dan skor
data yang diperoleh telah ditransformasi daripada skala ordinal (skala Likert) kepada skala
selang, sehingga analisis regresi linear berganda ialah alat ujian yang sesuai. Namun untuk
menguji kesesuaian alat yang digunakan, terlebih dahulu dilakukan ujian andaian klasik
yang terdiri daripada lima hal, iaitu normaliti, multikolineariti, autokorelasi, heteroskedastisiti,
dan lineariti. Sedangkan untuk menguji hubungan antara kepuasan kerja dengan komitmen
organisasi yang datanya berupa skala selang, maka digunakan ujian korelasi Pearson.
Analisis tersebut digunakan untuk memperoleh jawapan daripada soalan penyelidikan
berikut:

1) Bagaimanakah persepsi guru ‘Sekolah Menengah Pertama Negeri’ di Malang Indonesia


terhadap pelaksanaan polisi ditinjau daripada pemerkasaan guru, kepuasan kerja dan
komitmen organisasi?

2) Bagaimanakah pengaruh pemerkasaan guru ‘Sekolah Menengah Pertama Negeri’ di


Malang, Indonesia dalam enam dimensi terhadap kepuasan kerja dan komitmen organisasi,
serta hubungan antara kepuasan kerja dengan komitmen organisasi?

http://dspace.fsktm.um.edu.my/bitstream/1812/428/6/BAB%20TIGA.pdf

You might also like