You are on page 1of 5

Penyalahgunaan Kad Kredit di Malaysia dan Langkah Mengatasinya

Kad kredit bukanlah satu perkataan yang asing bagi rakyat Malaysia dalam
era yang semakin berkembang pesat dan maju ini. Sebagaimana yang kita sedia
maklum, secara amnya, kad kredit merupakan sejenis kad yang digunakan sebagai
pengganti wang tunai atau buat masa ini lebih dikenali sebagai wang plastik. Secara
khususnya, kad kredit boleh ditakrifkan sebagai satu kaedah pembayaran yang
membolehkan pengguna untuk membeli barangan atau mendapatkan perkhidmatan
tanpa menggunakan wang tunai. Apabila anda menggunakan kad kredit, pengeluar
kad kredit akan membayar terlebih dahulu kepada peniaga bagi pihak anda dan
kemudiannya menghantar bil kepada anda dalam bentuk penyata bulanan. Kad
kredit menjadi satu alternatif lain yang digunakan oleh pengguna ketika berbelanja
selain daripada menggunakan wang tunai dalam proses jual beli.

Segala urusan akan menjadi lebih mudah dan cepat dengan penggunaan kad
kredit kerana pengguna tidak perlu membahayakan diri dengan membawa wang
tunai dalam jumlah yang besar ketika berbelanja. Hal ini menyebabkan keselamatan
kita sebagai pengguna akan lebih terjamin dan terhindar daripada risiko disamun
atau kehilangan wang. Selain itu, gaya hidup moden masyarakat Malaysia pada
masa kini yang lebih mementingkan kemudahan dan kepuasan menyebabkan
mereka memilih untuk menggunakan kad kredit sebagai satu alternatif untuk
mendapatkan kemudahan dan mendapatkan kepuasan ketika berbelanja. Justeru itu,
ramai pengguna berminat untuk mendapatkan kad kredit kerana ianya akan
menjanjikan segala kemudahan dan kepuasan yang diinginkan oleh seseorang.

Pada hari ini, kita dapat lihat penggunaan kad kredit dalam kalangan rakyat
Malaysia semakin meluas terutamanya ahli-ahli perniagaan. Setelah syarat pemilikan
kad kredit dikurangkan pada 28 Julai 1999 yang lalu iaitu individu yang
berpendapatan RM1500 sebulan atau lebih sudah layak untuk memohon memiliki
kad kredit. Pada tahun 1994, hanya terdapat 1.56 juta kad dipegang oleh rakyat
Malaysia. Namun, pada hari ini statistik menunjukkan bahawa seramai 6.88 juta kad
kredit telah dimiliki oleh rakyat Malaysia dan ini telah menunjukkan peningkatan
sebanyak 450 peratus dalam tempoh 11 tahun. Jumlah ini boleh dikatakan sebagai
jumlah yang sangat tinggi iaitu kira-kira 27 peratus daripada jumpah penduduk di
Malaysia.

Walaubagaimanapun, pernahkah kita bertanya bagaimana kad ini berfungsi


atau kita hanya tahu gunakannya sahaja dan adakah kita tahu tentang etika-etika
dalam penggunaan kad kredit? Apabila kad kredit digunakan untuk sebarang
transaksi yang dibuat maka had kredit yang diberikan akan berkurangan. Setelah
pembayaran dibuat, had kredit tersebut akan kembali bertambah dan ini hanya akan
berlaku jika pemegang kad kredit membuat bayaran balik baki sepenuhnya. Namun
begitu, pemegang kad kredit lazimnya tidak berbuat sedemikian, tetapi sebaliknya
mereka hanya membayar jumlah faedah dan bayaran minimum baki pokok yang
terhutang, dan tidak akan bayar balik baki yang sepenuhnya. Merujuk kepada etika
penggunaan kad kredit, kaedah pembayaran sebegini ini tidak digalakkan.

Sekiranya kad kredit ini digunakan mengikut kaedah yang betul ianya
memang akan menjadi satu kemudahan yang memberikan manfaat kepada
pemiliknya. Namun begitu, jika kad ini tidak digunakan secara berhemah ia akan
mengundang padah yang tidak dapat kita bayangkan. Merujuk kepada satu laporan
dalam akhbar tempatan, Bank Negara telah menjelaskan jumlah hutang kredit tidak
berbayar sehingga bulan Mac tahun 2000 adalah RM5.7 bilion berbanding Mac
1998, sebanyak RM4.4 bilion. Jumlah terkini yang membabitkan hutang kredit rakyat
Malaysia menunjukkan angka yang sangat tinggi iaitu sebanyak RM22.4 billion.
Jumlah ini menunjukkan satu peningkatan kira-kira 400 peratus dalam tempoh 10
tahun.

Pada tahun 2004, pemilik kad kredit telah membelanjakan sebanyak RM32.3
billion dan jumlah ini termasuk juga perbelanjaan atau transaksi yang dilakukan
diluar negara iaitu sebanyak RM2.65 billion. Berbelanja menggunakan kad kredit
memberikan kepuasan dan keseronokan yang sememangnya diinginkan oleh setiap
pemilik kad kredit. Akan tetapi, tidak ramai yang menyedari dan memikirkan kesan
buruk sekiranya kad tersebut tidak digunakan dengan bijak dan tidak mengambil
berat tentang pembayaran semula kepada pengeluar kad. Penggunaan kad kredit
tanpa kawalan telah mengakibatkan pemiliknya muflis. Pada tahun 2003, kira-kira 25
peratus pemilik kad kredit telah diisytiharkan muflis dan ini kebanyakannya berlaku
dalam kalangan usahawan dan eksekutif muda yang baru bekerja.

Mengapakah masalah-masalah sebegini berlaku setelah kerajaan


memberikan kelonggaran untuk memiliki kad kredit? Hal ini berlaku kerana terdapat
segelintir pemilik kad kredit yang telah menyalahgunakan kad mereka ketika
berbelanja. Ramai rakyat Malaysia yang tersalah anggap bahawa kad kredit adalah
kad hutang dan bukannya kad yang hanya memberi kita kemudahan untuk
berbelanja banyak tanpa perlu membayar semula. Tanggapan ini adalah salah sama
sekali dan perlu diperbetulkan dalam minda pemiliknya. Dengan tanggapan yang
salah, mereka berbelanja tanpa mengira had dan hanya menuruti nafsu untuk
berbelanja yang membuak-buak dalam diri. Ditambah pula dengan hasutan iblis
yang mendorong mereka untuk terus berbelanja. Sebagai impak, apabila tiba
penyata bulanan kad kredit, pemilik-pemilik kad ini mula runsing untuk memikirkan
bagaimana untuk membayar semula jumlah wang yang telah dibelanjakan. Ini
bertepatan dengan pepatah Melayu, “ sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian
tidak berguna”.

Selain itu, rakyat di Malaysia ini beranggapan bahawa dengan memiliki kad
kredit mereka telah berjaya meletakkan diri mereka dalam kelompok sosial yang
lebih tinggi berbanding orang lain. Perasaan bangga mula bergelodak dalam diri
mereka sekiranya mereka berjaya memiliki kad kredit. Hal ini, mendorong kepada
perasaan ingin menunjuk-nunjuk kepada rakan-rakan atau jiran tetangga bahawa
mereka boleh mendapatkan apa sahaja yang diinginkan dengan mudah tanpa
memikirkan impak yang bakal mereka terima di masa hadapan. Sekiranya mereka
berjaya mendapatkan sesuatu yang baru atau barangan yang bernilai tinggi sudah
pasti mereka akan berasa bangga dan ingin mendapatkan perhatian daripada rakan
dan jiran tetangga.

Sifat hasad dengki dan ingin bersaing juga menjadi pendorong kepada
masalah yang melibatkan penggunaan kad kredit ini. Pada pandangan saya,
masyarakat Melayu merupakan golongan majoriti yang mempunyai sifat-sifat yang
saya nyatakan di atas. Contoh yang mudah dapat saya jelaskan di sini ialah apabila
seseorang membeli barang yang baru atau barang yang mahal, sudah pasti beliau
akan berkunjung ke rumah jiran untuk menunjukkan barang yang baru dibeli olehnya
itu. Hal ini akan menyebabkan jirannya itu juga berasa dengki dan ingin juga
mendapatkan barangan yang bernilai seperti itu atau yang lebih mahal. Untuk
melampiaskan nafsu berbelanja dan bersaing ini, kad kredit akan menjadi satu
alternatif utama yang boleh membantu menuruti kehendak mereka. Mereka akan
berbelanja dengan sesuka hati membeli barang-barang yang hanya merupakan satu
kehendak dan bukannya keperluan mereka. Setelah memilih barang-barang yang
mereka inginkan, kad kredit yang menjadi lambang kemegahan akan dikeluarkan
dari beg duit mereka dan akan digeselkan diatas mesin kad kredit. Ini menandakan
bahawa segala bayaran telah dilunaskan oleh mereka. Akan tetapi, anggapan itu
ternyata salah sama sekali sebaliknya mereka berhutang dengan pihak bank yang
telah membayar dahulu segala perbelanjaan mereka itu.

Satu lagi masalah yang ketara dalam penyalahgunaan kad kredit ini ialah
pemegang kad kredit akan berbelanja dengan membeli barangan yang tidak
diperlukan dan lebih menuruti kehendak mereka. Tambahan pula, barangan yang
mereka beli itu bukanlah yang berharga rendah tetapi mencecah angka ribuan
ringgit. Seperti yang kita sedia maklum, pengguna amat jarang membawa wang yang
banyak ketika berbelanja kecuali bagi pengguna yang tidak memiliki kad kredit. Hal
ini bagi mengelakkan berlakunya kes rompakan atau samun yang bercambah ibarat
“cendawan tumbuh selepas hujan”. Lantaran itu, para pengguna lebih cenderung
untuk hanya membawa kad kredit ketika membeli-belah di pusat-pusat mebeli-belah.
Hal ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa, kad kredit menjadi satu ‘jalan keluar’
untuk para pengguna berbelanja dengan selesa dan mudah. Tetapi, kemudahan
yang diberikan ini telah disalahgunakan oleh pengguna yang tidak bertanggungjawab
dengan berbelanja mengikut kehendak mereka tanpa mengira batasan-batasan yang
perlu diikuti. Sebagai implikasinya, pemilik kad kredit ini akan menanggung beban
yang amat besar apabila penyata kad kredit sampai di muka pintu. Kebanyakan
antara mereka tidak dapat membayar semula jumlah wang yang mereka telah
belanjaka kepada pihak peminjam. Inilah yang dimaksudkan dengan beban yang
amat besar itu.

Selain daripada itu, bentuk penyalahgunaan kad kredit yang lain pula ialah
para pemilik kad kredit ini akan menggunakan kad kredit untuk mengeluarkan wang
dari mesin ATM ( Automatic Teller Machine ) di bank-bank tertentu. Mengeluarkan
wang menggunakan kad kredit dalam bentuk tunai adalah salah sama sekali. Kad
kredit hanya boleh digunakan untuk membuat pembayaran di kedai-kedai yang
menawarkan perkhidmatan kad kredit dan bukannya di mesin ATM.
Walaubagaimanapun, pemilik-pemilik yang tidak bertanggungjawab atau tidak tahu
prosedur menggunakan kad kredit ini sering mengeluarkan wang tunai dalam jumlah
yang banyak di mesin-mesin ATM. Hal ini telah diterangkan ketika pengguna ingin
memohon untuk memiliki kad kredit oleh pihak bank yang tertentu. Hilangnya
tanggungjawab yang penting ini akan memudaratkan diri pemilik kad kredit tersebut.

Namun begitu, kes-kes penyalahgunaan kad kredit ini boleh diatasi dengan
beberapa langkah yang perlu diikuti oleh pemilik kad kredit ketika menggunakan kad
mereka. Langkah pertama ialah pemilik kad kredit perlu memahami takrifan sebenar
yang dimaksudkan dengan kad kredit dan bagaimana ianya berfungsi. Kad kredit
sebenarnya ialah kad hutang. Apabila kad kredit digunakan ketika berbelanja, pihak
bank yang mengeluarkan kad kredit akan membayar bagi pihak anda kepada
peniaga terlebih dahulu. Tetapi, anda dikehendaki membayar semula jumlah yang
anda belanjakan tersebut mengikut penyata bulanan. Selain itu, setiap pemilik akan
diberi talian kredit, dengan had maksima yang boleh dicaj kepada kad iaitu “had
kredit”. Setiap kali kad ini dicaj melalui sebarang perbelanjaan atau transaksi, kredit
akan berkurangan. Penyata bulanan yang diterima akan memberi pilihan kepada
pemilik kad, sama ada untuk bayar baki sepenuhnya atau hanya bayaran minima
bulanan dan ini sama sekali tidak digalakkan. Apabila pemilik kad membayar
bayaran bulanan kepada bank yang mengeluarkan kad, had kredit maksima
dikembalikan. Walaubagaimanapun, pemilik-pemilik kad kredit seringkali hanya
bayar jumlah faedah dan bayaran minima baki pokok yang terhutang, dan tidak akan
bayar balik baki yang sepenuhnya.

Langkah kedua pula ialah para pemilik haruslah dapat membezakan antara
keperluan dengan kehendak. Seperti yang saya jelaskan diatas, kebanyakan
pengguna tidak tahu membezakan antara barang yang mereka perlukan dengan
barang yang mereka ingin miliki. Kurangnya kemahiran ini menyebabkan mereka
berbelanja tanpa membuat perancangan terlebih dahulu. Sebagai contoh, keperluan
harian, keperluan diri dan keluarga hendaklah diutamakan dahulu. Setelah
memenuhi keperluan ini barulah kita berbelanja untuk membeli barang yang lain.
Dalam hasrat ini menuruti kehendak diri ini kita perlu juga memikirkan tentang sejauh
mana kita mampu untuk berbelanja. Semaklah baki akaun simpanan anda atau
penyata gaji anda dan buat kiraan untuk mengetahui jumlah yang anda layak untuk
berbelanja. Walaubagaimanapun, kita harus mengutamakan keperluan terlebih
dahulu dan kemudian kehendak kita.

Langkah seterusnya ialah lenyapkan perasaan ingin berbangga-bangga


dengan memiliki kad kredit dan perasaan hasad dengki terhadap orang lain. Hal ini
akan menyebabkan anda akan bebelanja tanpa mengira had. Keinginan anda untuk
menyaingi orang lain akan turut sama mendorong anda ketika berbelanja. Oleh
sebab itu, perancangan yang baik perlu dibuat terlebih dahulu dan ini merupakan
langkah kedua yang saya nyatakan diatas. Tidak perlulah kita berasa bangga
dengan apa yang kita ada dan tidak perlu juga kita berasa cemburu dengan apa
yang dimiliki oleh orang lain. Hiduplah dalam keadaan sederhana kerana ianya akan
menjamin masa depan anda kelak. Orang yang membeli banyak barang berharga
mempunyai sebab-sebab mereka sendiri atau mereka sememangnya mampu untuk
berbelanja sedemikian. Bagi orang yang bergaji sederhana, janganlah kita berasa
cemburu dengan apa yang mereka miliki sebaliknya kita juga harus mempunyai
azam untuk memiliki wang yang banyak seperti mereka. Dengan terhapusnya sifat-
sifat seperti ini kehidupan kita akan lebih stabil dan kukuh.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Diampunkan semua dosa bagi


orang mati yang terkorban syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada
manusia). (riwayat Muslim, 6/38). Menggunakan kad kredit bermakna kita
berhutang dengan pihak bank. Maka setiap kali kita menggunakannya, ia bererti kita
menambah satu lagi liabiliti yang perlu dilunaskan. Semuanya akan
dipertanggungjawabkan sehingga kita dipersoal oleh Allah SWT di akhirat kelak
sekiranya gagal menunaikannya. Justeru, masyarakat perlu berfikir terlebih dahulu
sebelum membuat pembelian melalui kad kredit. Gunakanlah sekadar keperluan
sahaja dan jangan melampaui batasan yang sepatutnya. Di samping itu, di antara
perkara yang perlu dititikberatkan oleh pengguna kad kredit adalah perbelanjaan
tersebut tidak boleh melebihi kadar yang munasabah bagi kapasitinya untuk
membayar semula.

 Jika kefahaman dan kesedaran ini gagal dihayati, maka ia akan


menyebabkan pengguna kad kredit berhadapan dengan hutang tertunggak akibat
perbelanjaan secara berlebihan. Situasi ini tentunya akan menyusahkan dirinya dan
keluarga pada masa hadapan. Jika wang sudah mencukupi, pengguna perlu terus
membuat pembayaran. Ingat, setiap hutang wajib dibayar balik. Sabda Rasulullah
SAW: Barang siapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin
mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barang
siapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan
merugikannya. (riwayat Al-Bukhari, 2/83 )

You might also like