You are on page 1of 12

KERTAS KERJA

SAMBUTAN  BULAN  KEMERDEKAAN KE-51


PERINGKAT SEKOLAH
TAHUN 2008
 
 
1.0    Pengenalan
 
Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan Program Rancangan  Integrasi Murid
Untuk  Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini pada awalnya telah
dilaksanakan di peringkat sekolah  rendah. KPM  memandang  berat  tentang
pentingnya  dijalin  hubungan  rapat  antara murid  pelbagai kaum di sekolah  supaya
wujud kesefahaman dan perpaduan  antara   mereka . Berkonsepkan  penglibatan
masyarakat  setempat , para guru dan kerjasama  murid-murid  dalam  kegiatan-
kegiatan  khas  serta  penggunaan bersama kemudahan  peralatan , penggemblengan 
tenaga  dan  kepakaran.
Bertemakan  “Perpaduan Teras Kejayaan” yang  membawa  maksud rakyat perlu
bekerjasama  di antara  satu sama lain dalam menjaga keamanan , memajukan  Negara serta
kaum-kaum   di Malaysia  yang  bersefahaman   bagi    menunjukkan mereka telah mencapai
kejayaan  dalam perpaduan.
Justeru, kita sebagai warga  yang bertanggungjawab  perlu memikirkan apakah
pengisian terbaik yang wajib dilaksanakan ke arah memastikan negara kita Malaysia akan
sentiasa berdiri gah di mata dunia . Apakah cara dan perlakuan yang perlu dilakukan setiap
warganya dalam usaha memastikan Malaysia bukan sahaja maju  daripada  segi  fizikalnya
tetapi  juga maju daripada segi pemikiran, bertatasusila serta bertamadun tinggi yang
terkandung  warganegaranya  yang  bersahsiah, berpendidikan kelas dunia, saling
menghormati pelbagai kaum dan sebagainya lagi.
 
2.0    Rasional
Sambutan Malaysia Merdeka 51 Tahun disambut pada 31 Ogos 1957 setelah
mendapat kemerdekaan daripada penjajah British pada 31 Ogos 1957. Sambutan ini
bukan hanya diadakan pada hari tersebut tetapi juga sepanjang tahun. Semenanjung
Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957. Sementara  Sabah dan Sarawak  merdeka
melalui Malaysia  pada 16 September 1963. Namun 31 Ogos 1957 dikira sebagai tarikh
rasmi negara Malaysia merdeka.
Laungan keramat ‘‘Merdeka ! Merdeka ! Merdeka!’’ oleh Tunku Abdul Rahman
sememangnya memberi semangat yang mendalam kepada seluruh rakyat ketika itu.
Namun setelah 51 tahun negara merdeka, sambutan yang diadakan semakin jauh
terpesong .
Sajian hiburan dan keseronokan yang keterlaluan jelas sekali bertentangan
dengan matlamat. Banyak wang yang dibazirkan dan kesannya mungkin lebih
merosakkan sahsiah generasi muda hari ini. Apakah dengan menyediakan hiburan demi
hiburan kepada generasi muda hari ini, jiwa mereka itu terdidik ke arah kebaikan
termasuk mencintai negara?
Ingatlah, ada negara yang lebih lama menikmati kemerdekaan daripada Malaysia,
akhirnya dijajah semula dan hancur akibat kelalaian serta kealpaan rakyat dan
pemimpin. Seperkara lagi, dalam memahami erti perjuangan menuntut kemerdekaan,
saban tahun kita hanya dipaparkan dengan nama-nama seperti Tunku Abdul Rahman,
Tun Razak serta lain-lain tokoh yang seangkatan dengannya. Apakah kita melupai
perjuangan Mat Kilau, Tok Gajah, Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela, Tok Janggut,
Abdul Rahman Limbong serta ramai lagi pahlawan Melayu terdahulu?
            Berdasarkan kepada pernyataan di atas, maka usaha pihak sekolah menganjurkan
program ini adalah amat tepat sekali sebagai salah satu cara untuk menarik minat golongan
pelajar ke arah  mengenali seterusnya menghayati nilai-nilai yang sepatutnya diamalkan bagi
bangsa yang  merdeka. Program ini diyakini sekurang-kurangnya dapat memberi pendedahan
awal kepada para pelajar bagaimana cara yang betul dan yang benar untuk menyambut
seterusnya  menghayati  Hari Kemerdekaan  negara kita  tanpa  melakukan banyak  perkara
yang  tidak sepatutnya dilakukan.
 
3.0    Objektif & Matlamat
 
Sambutan  Bulan  Kemerdekaan  yang  setiap  tahun diadakan di sekolah merupakan
salah satu daripada pengisian wajar  bagi mengenang dan menghargai negara Malaysia.
Di samping itu juga, sambutan ini bermatlamat untuk;
 
a.   Mewujudkan sikap bekerjasama , tolong menolong dan mewujudkan 
suasana muhibbah  secara sedar dan terancang
b.   Menanamkan sikap bertanggungjawab dan semangat cintakan negara
pelajar kepada negara Malaysia
 
c.   Menyemai perasaan hormat-menghormati antara semua kaum yang menjadi
warga negara   Malaysia
d.   Memberi kesedaran kepada pelajar betapa penting hidup dalam keadaan
aman damai
e.  Memberi kesedaran kepada pelajar betapa beruntungnya kita menjadi
warganegara Malaysia
 
4.0    Tarikh, Tempat & Masa
 
Tarikh Tentatif                 : 4 Ogos 2008 hingga 16 September 2008
Masa                                 : Sepanjang tempoh sebulan program
Tempat                             : SK Bunut Payong
 
5.0    Sasaran Program           : Semua Murid SK Bunut Payong
 
6.0    Jawatankuasa Induk     :
 
Pengerusi                   :           Pn. Sharifah Rahayah  bt  Syed Ahmad (Guru Besar)
 
Naib Pengerusi          :           Pn. Siti Ruhanah Harun (Penolong Kanan Pentadbiran)
 
Naib Pengerusi I        :           En. Chandran A/L Karppaya (Penolong Kanan HEM)
 
Naib Pengerusi II      :           En. Wan Roslan Wan Hassan (Penolong Kanan Ko
Kurikulum)
 
Setiausaha                  :           Pn. Yusnee Yusoff
 
Bendahari                  :           Pn. Shazatul Azuarina Yusof  (Pembantu Tadbir)
 
 
Ahli Jawatankuasa      :          
 
1.      En. Tan Anuar Tan Abdullah
2.      Hjh Tuan Rahimah Tuan Hussin
3.      Pn. Azizah Daud
4.      Pn. Hjh Zahimah Ali
5.      Pn. Aryati Abdullah
6.      Pn. Rosmarina Che Othman
7.      Pn. Hjh Noraini Abdul Rahman
 
 
 
 
 
7.0 Jawatankuasa Kerja Terlibat

BIL AJK KERJA TUGAS-TUGAS CATATAN


       
1.0 Backdrop/Banting/Bendera/    Menyiapkan backdrop. Tarikh Menampal
Persiapan Tempat    Banting kecil dipasang pada kawasanBackdrop:
    En. Chandran A/L Karppaya tapak perhimpunan atau di kawasan10 Ogos 2008
    En. Wan Roslan Wan Hassan
sekolah yang difikir sesuai  
    En. Mohamad Din Salleh
   Bendera Malaysia dikibarkan diTarikh
    En. Omar Kalang
tempat-tempat yang strategik diMenggantung
    En. Abdul Ghani Awang
seluruh kawasan sekolah Banting/Bendera:
   Persiapan tempat bagi setiap majlis10 Ogos 2008
yang akan diadakan.
 
       
2.0 Persembahan Murid    Membuat persiapan / latihanSambutan Bulan
  sewajarnya. Kemerdekaan
1.      En. Wan Roslan    Memastikan kehadiran pelajar pada28 Ogos 2008
            Wan Hassan
            (Dikir Barat) hari persembahan.
 
2.      Pn. Yusnee binti Yusoff    Bekerjasama dengan AJK Hadiah dan
(Tarian Tradisional)
serahkan anggaran perbelanjaan
 
sebelum atau pada 10 September 2008.
 
   Berhubung dengan AJK Siaraya
tentang peralatan
       
3.0 Ceramah Kemerdekaan    Tayangan filem yang berkaitan denganTempoh
  semangat patriotik atau kemerdekaanPelaksanaan:
1.      En. Mohamad Din Salleh Negara 4 Ogos 2008
 
2.      En.Mashrin Mohamed    Ceramah kemerdekaan . hingga
Noor
16 Sept 2008
 
 
       
4.0 Hadiah    Berhubung dengan AJK yang terlibatMajlis Penutupan:
AJK : dengan pertandingan dan dapatkan16 Sept 2008
1.      Pn. Azizah Daud anggaran perbelanjaan (Mengendalikan
2.      Cik Sarina  Razali
   Menguruskan pembelian hadiahpenyampaian
3.      Pn. Shazatul Azuarina
/cenderahati hadiah)
Yusof
   Sediakan anggaran perbelanjaan  
4.      Pn. Rohawiyah  Razali
5.      Pn. Noriza Abdullah    Anggaran perbelanjaan
dibincangkan dengan Guru Besar
       
5.0 Siaraya    Menyediakan alat-alat siaraya yang 
  diperlukan oleh AJK Persembahan dan Sepanjang Tempoh
AJK : AJK Pertandingan Bulan Kemerdekaan
1.      En. Tan Anuar    Memastikan alat siaraya berfungsi  
            Tan Abdullah
2.      En. Mashrin dengan baik  
            Mohamed Noor
     Menyediakan siaraya untuk Hari 
Pelancaran 14 Ogos 2008, Sambutan
28 Ogos 2008 dan  Majlis Penutup 16
September 2008
   Menyimpan semua alatan selepas
majlis selesai
       
6.0 PROGRAM  RIMUP    Membentuk AJK Pelaksanaan Sepanjang tempoh
Pertandingan Mewarna Program RIMUP sebulan
Jalur Gemilang Tahap 1
Pn. Kamsidah Hashim    Menyediakan aktiviti yang boleh Bulan Kemerdekaan
Cik Azuri Irawati Ab.Aziz
melibatkan semua pelajar (komposisi  
 
Pertandingan Melukis Jalur kaum)  
Gemilang Tahap 2
En. Ahmad Jailani    
Ab. Rahman
Pn. Salma Yusoff    
   
 
Pertandingan Basikal
Berhias Jalur Gemilang    
En. Wan Roslan Wan Hassan
En. Mohamad Nazeri Hussin    
 
   
 
     
Pertandingan Membuat
Bendera  
Pn. Norhayati Harun
Pn. Zakiah Muhamad    Menyediakan aktiviti yang
 
berlangsung sepanjang Bulan
Pertandingan Kelas Patriotik
Pn. Aryati Abdullah Kemerdekaan
Pn. Wan Maziah Wan Ahmad
     Menyediakan anggaran perbelanjaan
Pertandingan Buku Skrap
Berkaitan Sejarah yang diperlukan sepanjang aktiviti
Kemerdekaan Malaysia
En. Chandran A/L Karppaya
Pn. Hjh Noraini Abd. Rahman
Pn.Rosmarina Che Othman
 
Persembahan Pakaian
Rakyat Malaysia Pelbagai
Kaum
En. Mohamad Din Salleh
Cik Mashitah  Hussin
Cik Farha Alwana Mahmood
       
7.0 Bacaan Doa    Membaca doa khas pada Hari Hari Pelancaran:
  Pelancaran , Di Ambang Merdeka dan 14 Ogos 2008
Encik Ahmad Jailani Penutup Bulan Kemerdekaan Di Ambang
Abd. Rahman
     Kerjasama  dari En.Ahmad Jailani Merdeka:
Abd. Rahman / Pn. Kamsidah Hashim 28 Ogos 2008
untuk menyediakan teks bacaan doa. Penutup :
16 Sept. 2008
       
8.0 Dokumentasi/Fotografi    Merakam gambar bagi setiap aktiviti Tempoh
Rakaman Video/Pamplet yang dijalankan sepanjang Sambutan Pelaksanaan:
  Bulan Kemerdekaan Hari Pelancaran:
    Pn. Yusnee Yusoff    Menyediakan  dokumentasi dan segala 14 Ogos 2008
    Pn. Azizah Daud
kertas kerja program sambutan Di Ambang
  Merdeka:
kemerdekaan Kali Ke-51
  28 Ogos 2008
   
   
   
   
   Menyediakan pamplet / buku program Penutup :

   Menyediakan VCD Sambutan. 16 Sept. 2008


 
 
       
9.0 Pengacara Majlis          Menyediakan teks yang bersesuaian Sepanjang tempoh
    Pn. Azizah Daud bagi setiap majlis Bulan Kemerdekaan
       
10.0 Bendera Malaysia     Menyediakan bendera kecil untuk Tempoh
  dikibarkan semasa nyanyian Lagu-lagu Pelaksanaan:
    Pn. Hjh Zahimah Ali Patriotik
Hari Pelancaran:
    Pn Norhayati Mansor  
14 Ogos 2008
    Pn. Rohaya Awang Teh     Menyediakan anggaran perbelanjaan
Di Ambang
yang diperlukan sepanjang aktiviti
Merdeka:
28 Ogos 2008
Penutup :
16 Sept. 2008
 
8.0       Anggaran Perbelanjaan & Sumber
Tidak dapat dinafikan bahawa  untuk  menjayakan sesuatu program, yang paling penting
ialah sumber  kewangan. Tanpa  peruntukan  yang disediakan agak mustahil untuk sesiapa
sahaja  melaksanakan program yang dirancang itu akan  berjalan  lancar.
(SILA LIHAT LAMPIRAN KEWANGAN)
9.0       Kesimpulan & Harapan
 

Langkah pihak sekolah untuk mengadakan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-
51 merupakan satu  langkah amat positif dan perlu ke arah mewujudkan situasi kemerdekaan
di samping mendedahkan  para pelajar tentang bagaimana sepatutnya kemerdekaan negara
kita
diraikan dan juga  untuk merealisasikan Program RIMUP  bersesuaian dengan KPM yang
telah melancarkan program tersebut sejak tahun 1986.
Kemerdekaan yang  telah dikecapi  oleh negara kita selama 51 tahun bukanlah
datang secara percuma.  Pengorbanan, semangat kental dan iltizam mereka yang
terdahulu  dan  atas titik  tolak perundingan  yang  telah diketuai Tunku Abdul Rahman,
untuk  membebaskan  tanah air kita  daripada  belenggu  penjajahan selama  lebih 4
abad menjadi  pencetus  dan  pemangkin  kepada  kemerdekaan ini.
Kepada  seluruh  warga SK Bunut Payong, diharapkan  kita semua dapat turut serta
dalam program-program yang  telah  diatur  oleh  pihak  Jawatankuasa  Sambutan Bulan
Kemerdekaan, dengan harapan  akan menyemarakkan  rasa  kecintaan dan  apresiasi
kita  kepada negara tercinta.  Usah  dibangkitkan  bebanan  tugas yang terpaksa dipikul
secara individu  malah  lakukanlah  ia  secara  bijaksana, cemerlang  dan  yang  penting
biarlah ikhlas. Sama-samalah  kita  mengibarkan Jalur gemilang sebagai memperingati
Hari Kemerdekaan Negara dan menyedarkan kita sebagai rakyat  Malaysia  tentang
hakikat  sebenar  kemerdekaan.
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Ke-51 !
 

 
Disediakan Oleh,
 
 
 
YUSNEE BINTI YUSOFF
Setiausaha ,
Sambutan Bulan Kemerdekaan 2008,
SK Bunut Payong
 
 

Edit this page (if you have permission) |


Google Docs -- Web word processing, presentations and spreadsheets.
 

You might also like