SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK

E1063/UNIT4/1

SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK

OBJEKTIF AM

4

Un it

Memahami konsep sistem litar pengguna, sistem perlindungan, kabel dan aksesori dalam pemasangan elektrik.

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda dapat :  Menerangkan unit kawalan pengguna 1 fasa dan 3 fasa.  Mentakrifkan maksud litar kecil akhir (kuasa dan lampu).  Menyatakan jenis–jenis aksesori dalam pemasangan  Menerangkan jenis-jenis kabel dalam pemasangan  Menjelaskan sistem penebatan dan perlindungan di dalam kabel

SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK

E1063/UNIT4/2

INPUT

4.0

LITAR PENGGUNA Ianya berada di antara talian pengagihan dengan beban pengguna. Litar utama pemasangan pengguna mengandungi unit kawalan dan perlindungan yang berfungsi melindungi dari arus lebihan seperti litar pintas dan beban lampau dan kebocoran arus ke bumi bagi mengelakkan dari terkena kejutan elektrik. 4.0.1 Litar Kawalan Turutan Pengguna Ia berfungsi sebagai alat pengawalan dan perlindungan yang terdapat pada litar utama pemasangan pengguna. Ia terdiri dari alat-alat pengasingan dan pensuisan, alat perlindungan arus lebihan dan perlindungan arus bocor ke bumi. Komponen-komponen tersebut adalah seperti yang ditunjukan oleh Rajah 4.1 di bawah:

kWj

1

2

3

4

5

Rajah 4.1: Pemasangan Litar Kawalan Turutan

1. Fius pemutus dan perangkai neutral - sebagai pelindung arus lebihan dan menghadkan arus pengguna. 2. Meter kWj - mengukur jumlah tenaga yang telah digunakan untuk menetapkan kadar bayaran tarif. 3. Suis utama - sebagai pengasing litar dan perlindungan arus lebihan 4. Pemutus litar bocor ke bumi kendalian arus - alat pelindung kepada kebocoran arus ke bumi dan sebagai pengasing litar. 5. Papan agihan - pengagih litar kecil akhir dan pelindung arus lebihan.

3 Permintaan maksima Permintaan maksima ialah arus terbesar yang perlu dialirkan ke dalam litar. Litar akhir alat pegun Litar akhir alat pegun(tetap) yang berkadar lebih daripada 3 kW tidak boleh disambungkan ke soket alur keluar. 4. Ianya boleh di tentukan daripada permintaan arus keseluruhan bagi semua punca perkakas elektrik dalam litar. 4.0. c) Untuk mengelakkan kerosakan yang berlaku pada sesuatu litar itu merebak ke litar yang lain. iaitu dengan memastikan bahawa arus kerosakan yang akan mengendalikan sistem perlindungan itu tidak melebihi daripada sepatutnya.4 Litar akhir bagi soket alur keluar Ia boleh di bahagikan kepada beberapa jenis iaitu: a) Litar jejari litar yang di sambungkan kepada soket alur keluar dan berakhir pada soket alur keluar yang di hujung sekali.Tujuan pembahagian litar utama ke litar akhir ialah . c) Sulur merupakan satu cabang kabel yang di sambungkan pada litar jejari dan litar gelang.6 . b) Litar gelang litar yang di sambungkan kepada beberapa soket alur keluar dan berakhir pada punca masukannya di papan fius agihan.0.0. Ini bermakna litar akhir yang berasingan perlu dipasang untuk beban tersebut. b) Untuk memastikan bahawa bahagian-bahagian dalam pemasangan boleh diputuskan bekalan bagi tujuan pemeriksaan. suis dan alat perlindungan pada sesuatu masa.SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK E1063/UNIT4/3 4.5 Litar akhir lampu Biasanya diagihkan untuk bekalan ke punca lampu filamen atau lampu discas. a) Untuk mengelakkan bahaya apabila berlaku kerosakan. 4. 4. Beban lain juga disambungkan dari litar lampu seperti kipas siling dengan syarat arus beban penuh kurang daripada yang ditetapkan.0.2 Litar Akhir Litar akhir ialah litar yang keluar dari papan agihan untuk membekalkan tenaga elektrik terus kepada peralatan elektrik. pengujian atau kerja-kerja membaiki tanpa mengganggu litar lain.0. Pengalir kabel litar akhir lampu yang diagihkan dari papan fius agihan akan berakhir di terminal siling ros atau pemegang lampu.

1. Antara yang paling banyak digunakan adalah palam 3 pin. Soket alur keluar mempuyai dua atau tiga alur terminal manakala palam pula merupakan bahagian yang boleh digerakkan yang mempunyai dua atau tiga pin untuk dimasukkan ke dalam soket alur keluar. suis siling dan lain-lain. 4. Terdapat banyak jenis suis diantaranya ialah suis togol. Saiz piawai bagi peralatan tersebut adalah 2A. soket alur keluar dan suis. 15A dan 30A.1 AKSESORI PEMASANGAN DAN PERALATAN PERLINDUNGAN Terdapat beberapa alat tambah (aksesori) dalam pemasangan elektrik.2 Soket alur keluar dan palam . suis satu kutub dua hala. suis satu hala.3 : Contoh Soket Alur Keluar Dan Palam . 5A. Rajah 4. Rajah 4.SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK E1063/UNIT4/4 4.1 Suis Suis adalah suatu alat mekanikal yang digunakan untuk memutus dan menyambung bekalan kepada peralatan elektrik.1.2 : Suis 4. Alat ini diperlukan untuk menyambungkan bekalan kepada peralatan elektrik mudah alih. Ada juga aksesori digunakan untuk tujuan perlindungan daripada kerosakan yang disebabkan litas pintas atau arus bocor.

Menggunakan tiang kayu. a) Lebihan arus beban – yang disebabkan oleh beban lampau(penambahan beban lebih daripada yang dibenarkan) atau permulaan beban (arus beban naik secara mengejut pada peringkat permulaan penghidupan) Litar pintas . Arus lebihan ialah nilai arus tinggi mengalir dalam sesuatu litar dan lebih daripada kadar maksima yang dibenarkan.5 Jenis-jenis alat perlindungan a) Fius b) Pemutus litar Jenis-jenis fius a) Fius boleh dawai semula b) Fius katrij c) Fius kapasiti pemutus tinggi (hrc) Jadual 4.1. besi dan konkrit 3.1 : Perbezaan antara Talian Atas dan Kabel Bawah Tanah 4.SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK E1063/UNIT4/5 4.1. Pengalir talian adalah tidak berpenebat 4.7 Fius Boleh Dawai Semula Kabel Bawah Tanah Kawasan bandar dan rumah pangsa Menggunakan kabel berpenebat yang ditanam dan tahan kerosakan mekanikal Pengalir yang digunakan berpenebat Penyelenggaraannya adalah rumit Kos pembinaannya tinggi Ia digunakan pada pemasangan pengguna domestik atau untuk arus beban yang rendah di perindustrian ciri-ciri : .1.3 Perlindungan Arus Lebihan. Kos pembinaannya murah 4. Ianya mungkin disebabkan oleh satu daripada perkara berikut . Didirikan di kawasan luar bandar 2.1.14 Faktor pemilihan jenis-jenis perlindungan arus lebihan a) b) c) d) e) Jenis beban Keupayaan unit perlindungan Suhu sekeliling Alat khas Harga Awas!! Beban lebihan menyebab kan arus 4.berlaku apabila pengalir fasa dan pengalir neutral bersentuhan. Ini menyebabkan pengalir kabel menjadi panas dan sekiranya alat perlindungan mengambil masa yang lama untuk memutuskan litar. Penyelenggaraannya adalah mudah 5.6 Talian Atas 1. b) 4. kebakaran akan berlaku.

2 : Kebaikan dan keburukan fius boleh dawai semula. 0. Jadual 4.15A.3 Jadual 4. b) Arus nominal fius adalah 0.5A. Dawai elemen fius murah 2. keseluruhan fius tidak boleh digunakan. Pemegang fius hanya sesuai dengan saiz kartrij yang tertentu.1A. Dapat mengelakkan terjadinya arka dan bunyi yang kuat.75A. Kadar arus nominal diketahui dengan tepat 2.8 Fius Katrij Fius Katrij digunakan dalam palam 3 pin bagi perkakasan elektrik. c) Ia boleh ditukar ganti sekiranya elemen itu putus. 3 A. 0.1. 5A dan 13A. a) Terdiri dari satu tiub yang diperbuat dari kaca atau seramik atau tembikar.1.3 : Kebaikan dan keburukan fius katrij Kebaikan 1. Senang ditukar ganti Keburukan Menghasilkan arka dan mengeluarkan bunyi yang kuat Kemungkinan silap mengganti saiz elemen fius 4. d) Kebaikan dan keburukan fius jenis ini adalah seperti jadual 4.2.25A. Ciri-ciri . Keburukan 1.9 Fius Kapasiti Pemutus Tinggi . d) Arus nominal bergantung kepada saiz dawai elemen fius. Kapasiti pemutus tidak merosot 3.75 kali. e) Kebaikan dan keburukan fius jenis ini adalah seperti jadual 4.5 hingga 1. 2A. b) Dawai elemen fius diperbuat dari aloi iaitu campuran timah dan plumbum atau dari kuprum tulin. 2. Kebaikan 1. c) Faktor fiusan diantara 1. 4. 4. Jika elemen fius putus. 0. Ia boleh dianggap sebagai fius tambahan kepada fius dalam papan agihan.SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK E1063/UNIT4/6 a) terdiri dari dawai elemen yang disambungkan dalam satu penghubung fius yang boleh dikeluarkan dari tapak fius. Mempunyai kod warna untuk kadaran saiz yang tertentu.

4.nisbah arus fiusan dengan kadaran arus. Kapasiti pemutusan yang tinggi. Bila berlaku litar pintas ia akan terpelantik secara automatik.arus maksima yang boleh melalui kabel atau fius pada jangka masa yang tidak terhad dengan tidak memanaskan pengalir kabel atau mencairkan elemen fius. b) c) d) 4. b) Dawai elemen fius diperbuat dari jenis jalur perak dan disokong oleh silikon serta diselaputi oleh serbuk mineral. Mempunyai tanda pemutusan.Mengambil masa untuk menggantikan fius yang baru.1.4. Ciri-ciri . a) Elemen fius. . Dapat mengawal arus yang tinggi.0 hingga 1. Faktor fiusan .Paling mahal. 2.Hanya sesuai dengan penghubung fius dan tapak fius yang tertentu.Sukar didapati.arus minima yang boleh mencairkan elemen fius.SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK E1063/UNIT4/7 Fius ini digunakan pada tempat atau beban yang memerlukan kadar kapasiti pemutusan yang tinggi. 4. . . 3.25 kali.4 : Kebaikan dan keburukan fius pemutus tinggi Kebaikan 1. Ia mempunyai arus nominal yang besar dan mampu menanggung arus beban yang tinggi. a) Terdiri dari satu tuib seramik dengan penutup hujungnya yang diperbuat dari logam. Jadual 4.11 Pemutus Litar Ia merupakan peralatan mekanikal yang digunakan untuk membuka dan menutup litar dalam keadaan biasa (untuk tujuan penyelenggaraan) dan juga dalam keadaan litar pintas. Dapat mengelakkan terjadinya arka dan bunyi yang kuat. d) Faktor fiusan diantara 1. e) Kebaikan dan keburukan fius jenis ini adalah seperti jadual 4. Keburukan . Arus fiusan . . c) Mempunyai elemen penunjuk dan serbuk penanda.adalah pengalir dengan pelbagai saiz yang akan cair apabila arus yang berlebihan mengalir melaluinya Arus nominal .10 Istilah-istilah yang berkaitan dengan fius .1.

2 Lukiskan gambar rajah berlabel satu litar kawalan utama 1.SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK E1063/UNIT4/8 AKTIVITI 4A 1. 4.1 Takrifkan:a) litar pengguna b) litar kawalan turutan c) litar akhir 1.3 Nyatakan fungsi peralatan pemasangan yang berikut a) fius pemutus b) meter kWj c) papan agihan 1.5 Apakah yang dimaksudkan dengan litar pintas? Semoga Berjaya !! .4 Senaraikan 2(DUA) kebaikan dan 2(DUA) keburukan fius boleh dawai semula.

pengagih litar kecil akhir dan pelindung arus lebihan 4. Llitar akhir ialah litar yang keluar dari papan agihan untuk membekalkan kWj 4. Litar pengguna adalah litar yang berada di antara talian pengagihan dengan beban pengguna b.mengukur jumlah tenaga yang telah digunakan untuk menetapkan kadar c.1 a. d.berlaku apabila pengalir fasa dan pengalir neutral bersentuhan. Ini menyebabkan pengalir kabel menjadi panas dan sekiranya alat perlindungan mengambil masa yang lama untuk memutuskan litar.4 Kebaikan dan keburukan fius boleh dawai semula Kebaikan Dawai elemen fius murah Senang ditukar ganti 4. Papan agihan. alat perlindungan arus lebihan dan perlindungan arus bocor ke bumi tenaga elektrik terus kepada peralatan elektrik. Meter kWj. Fius pemutus. 4.5 Keburukan Menghasilkan arka dan mengeluarkan bunyi yang kuat Kemungkinan silap mengganti saiz elemen fius Litar pintas . .SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK E1063/UNIT4/9 MAKLUM BALAS 4A 4. kebakaran akan berlaku. Ia terdiri dari alat-alat pengasingan dan penyuisan.3 a.sebagai pelindung arus lebihan dan menghadkan arus pengguna b. litar kawalan turutan adalah berfungsi sebagai alat pengawalan dan perlindungan yang terdapat pada litar utama pemasangan pengguna. bayaran tarif.2 Rajah litar kawalan turutan c.

Contoh ukuran kabel.2 Penebat. Jenis-jenis penebat yang digunakan ialah kertas isian minyak. Ia adalah suatu bahan yang membentuk suatu litar pada beban dalam sistem pemasangan elektrik. mudah di bentuk dan mudah untuk proses pemetrian. 4.1. Kabel berupaya : a) mengalirkan arus elektrik dari bekalan kuasa ke dalam peralatan-peralatan elektrik atau mesin elektrik dengan selamat.04 mm 7= 7 lembar 1.2.2.2. varnish cambric. c) Ia berbentuk lembaran dawai supaya mudah dilenturkan.1 Pengalir/Teras a) Semua kabel mempunyai satu atau lebih teras yang diperbuat dari aluminium atau kuprum yang mempunyai nilai pengaliran yang tinggi. Penebat mestilah mempunyai rintangan yang tinggi bagi menghalang arus keluar.SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK E1063/UNIT4/10 INPUT 4. 7/1.2 KABEL Pengalir yang berpenebat dikenali sebagai kabel. PVC dan getah. b) Pemilihan kuprum sebagai pengalir kerana ia mempunyai nilai rintangan yang rendah. b) menghalang berlakunya denyutan daya gerak elektrik apabila tersentuh padanya.04 mm= garispusat setiap lembar pengalir luas keratan rentas keseluruhan pengalir 6. . vulcanised bitumen.4 di bawah.0 mm2 4.1.1 Binaan Pada amnya ia mengandungi beberapa bahagian/lapisan seperti Rajah 4. 4.

SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK E1063/UNIT4/11 4.3 Pelindung mekanikal.2.1. 4. salutan PVC. salutan plumbum/kuprum dan konduit atau sesalur. 3 2 1 Rajah 4. Kabel teras berbilang. Di antara bahan yang digunakan ialah. Bahan yang digunakan disekeliling penebat untuk mengelakkan kerosakan mekanikal pada kabel semasa pemasangan atau sepanjang penggunaannya.5 : Jenis-jenis teras kabel .5. Kabel 3 teras 4.2. Rajah 4.2 Teras Kabel Jenis-jenis teras kabel yang biasa digunakan dalam pemasangan ditunjukkan dalam Rajah 4.4 : Gambar rajah binaan kabel . Kabel 2 teras 3. salutan getah. pita keluli (steel tape) atau galvanizes steel wire. 1. Teras tunggal 2.

Jadual 4. Ia lebih mudah dilenturkan berbanding dengan kabel biasa.3 Syarat-Syarat Pemilihan Kabel Untuk menghantar tenaga elektrik dengan selamat.0 mm2 Disambungkan untuk kadaran beban yang lebih besar Disambungkan di antara palam dan alat-alat tetap .SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK E1063/UNIT4/12 4.5 : Perbandingan kord dan kabel boleh lentur Kord boleh lentur 1. ekonomikal.5 Kord Dan Kabel Boleh Lentur Ia merupakan suatu jenis kabel yang mempunyai lembaran pengalir yang banyak dan halus.5 adalah perbandingan di antara kord dan kabel boleh lentur.2. Jadual 4. Luas keratan rentas keseluruhan pengalir bagi kord ialah 4. beberapa syarat/peraturan perlu diambil kira: a) Mempunyai saiz pengalir yang berpatutan supaya tidak berlaku kepanasan dan susutan voltan dalam had yang ditetapkan. Disambung di antara siling ros dan pemegang lampu anting-anting 3. Disambungkan antara plug atau palam dan alat-alat mudah alih Kabel boleh lentur Luas keratan rentas keseluruhan pengalir bagi kabel ialah lebih 4.4 Faktor Pemilihan Jenis Kabel a) b) c) d) e) f) g) Tempat hendak digunakan/keadaan sekeliling Jenis pendawaian/jenis beban yang digunakan Jangka masa ketahanan yang dikehendaki Kemungkinan kerosakan yang akan dihadapi Perbelanjaan yang dianggarkan Rupabentuk Mampu yang membawa arus maksima tanpa pemanasan yang keterlaluan. 4.2.0 mm2 atau kurang 2. 4. d) Mempunyai perlindungan mekanikal untuk mengelakkan daripada kerosakan yang teruk e) Penggunaan kabel mestilah mengikut had/kelas tertentu sesuai dengan nilai voltan yang digunakan. c) Kabel mestilah mempunyai kestabilan dari segi fizikal pada keseluruhannya.2. b) Mempunyai penebat yang sempurna dan selamat.

. a) Perlindungan mekanikalnya b) Penebatan yang digunakan c) Teras pengalir kabel tersebut 4. Penebat PVC kembar selari penebat 2. iv. Penebat PVC beranyam iii i ii iv i.6 Jenis-Jenis Kord dan Kabel Boleh Lentur. iii.SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK E1063/UNIT4/13 Nama kabel adalah bergantung kepada. Penebat PVC kembar berpintal pengalir 3. ii.2. pengalir salut PVC anyaman benang salut PVC Rajah 4.6 Jenis-Jenis Kord Dan Kabel Boleh Lentur 1.

2.132kV 11kV . 22kV.t) Dawai tengah bagi litar 3 dawai (a. 11kV 22kV.SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK E1063/UNIT4/14 4. 6. 33kV 22kV.6kV.7 Fungsi Kabel dan Pengenalan Warna Jadual 4. 22kV. 33kV{SAXKA) 11kV. 132kV 132kV 11kV.7 : Kabel Yang Digunakan Oleh TNB JENIS PVC INSULATED -Single core -Twin core -Multicore PAPER INSULATED -Single core -Belted -Screened OIL FILLED -3 Core self contained -Single core self contained XLPE -Aerial cable -Single core -XLPE 3 core VOLTAN LV LV LV 6.t) Negatif bagi litar 3 dawai arus terus (a.t) PENGENALAN WARNA Hijau dan kuning Merah atau kuning atau biru Merah Kuning Biru Merah Hitam Biru Hitam Jadual 4.33kV LV. 3 dawai arus terus (a.6 : Pengenalan warna kabel FUNGSI KABEL Pengalir perlindungan Pengalir litar satu fasa Fasa R bagi litar 3 fasa Fasa Y bagi litar 3 fasa Fasa B bagi litar 3 fasa Positif bagi litar 2. 11kV.33kV.t) Negatif bagi litar 2 dawai arus terus (a. 33kV.6kV.

SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK E1063/UNIT4/15 .

SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK E1063/UNIT4/16 AKTIVITI 4B 4.14mm dalam bentuk luas keratan rentas.8 Lakarkan dan labelkan rajah binaan kabel penebatan PVC. Tunjukkan pengiraan anda. .6 Berikan takrifan istilah yang berikut :i. 4. iii. penebat kabel iv.9 4.7 4. Nyatakan DUA faktor utama yang perlu difikirkan sebelum membuat pemilihan saiz kabel. Kabel ii. Berikan TIGA sebab mengapa pengalir kabel biasanya diperbuat dari kuprum. Semak jawapan anda pada maklum balas di sebelah.10Tukarkan saiz kabel 7/2. Pengalir kabel Pelindung mekanikal 4.

9 Pemilihan kuprum sebagai pengalir kerana ia mempunyai nilai rintangan yang rendah.6 i.SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK E1063/UNIT4/17 MAKLUM BALAS 4B 4.7 1 2 3 1. mudah di bentuk dan mudah untuk proses pematerian(soldering) 4. Penebat adalah bahan yang mempunyai rintangan yang tinggi bagi menghalang arus mengalir keluar iv. Bahan yang digunakan disekeliling penebat untuk mengelakkan kerosakan mekanikal pada kabel semasa pemasangan atau sepanjang penggunaannya 4 4. 3.10 d= 7 x 2. suhu/kepanasan ii. pengalir salut PVC anyaman benang salut PVC 4. 2. 4.8 Faktor pemilihan saiz kabel i.24 mm2 . Berfugsi membawa bekalan elektrik iii.14mm A= π d2 = π(7 x 2.14)2 = 4 4 176. Ia adalah suatu bahan yang membentuk suatu litar pada beban dalam sistem pemasangan elektrik ii. tahap voltan 4.

1. ii. Takrifkan:i. 5. litar pengguna litar akhir kabel 2. SELAMAT MENCUBA .SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK E1063/UNIT4/18 Penilaian Kendiri Untuk mengukur prestasi. Lukiskan binaan utama kabel serta nyatakan fungsi bagi setiap binaan tersebut. Berikan sebab-sebab berlakunya arus lebihan 2. Nyatakan 2(DUA) kegunaan kord boleh lentur. Senaraikan kebaikan dan keburukan fius kapasiti pemutus tinggi 3. anda mestilah menjawab semua soalan penilaian kendiri ini untuk dinilai oleh pensyarah anda 1. iii. Nyatakan 4 (EMPAT) faktor pemilihan jenis kabel. Lukiskan gambar rajah satu litar kawalan turutan serta nyatakan fungsi bagi setiap komponen dalam litar tersebut. 4.

fius pemutus dan perangkai neutral. lebihan arus beban – yang disebabkan oleh beban lampau(penambahan beban lebih daripada yang dibenarkan) atau permulaan beban (arus beban naik secara mengejut pada peringkat permulaan penghidupan) ii.alat pelindung kepada kebocoran arus ke bumi dan sebagai pengasing litar. 5. Pengalir yang berpenebat dikenali sebagai kabel. 3.berlaku apabila pengalir fasa dan pengalir neutral bersentuhan. i. litar pintas.pengagih litar kecil akhir dan pelindung arus lebihan. . papan agihan. kWj 1 2 3 4 5 1. litar akhir ialah litar yang keluar dari papan agihan untuk membekalkan tenaga elektrik terus kepada peralatan elektrik. iii. Ia adalah suatu bahan yang membentuk suatu litar pada beban dalam sistem pemasangan elektrik 2.sebagai pelindung arus lebihan dan menghadkan arus pengguna 2. Litar pengguna adalah litar yang berada di antara talian pengagihan dengan beban pengguna ii. kebakaran akan berlaku.SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK E1063/UNIT4/19 MAKLUM BALAS KENDIRI 1 ( i). Ini menyebabkan pengalir kabel menjadi panas dan sekiranya alat perlindungan mengambil masa yang lama untuk memutuskan litar. 3 suis utama. meter kWj. Sebab-sebab arus lebihan berlaku ialah . pemutus litar bocor ke bumi kendalian arus.sebagai pengasing litar dan perlindungan arus lebihan 4.mengukur jumlah tenaga yang telah digunakan untuk menetapkan kadar bayaran tarif.

Penebat mestilah mempunyai rintangan yang tinggi bagi menghalang arus mengalir keluar. Penebat. Dapat mengawal arus yang tinggi 3. mudah di bentuk dan mudah untuk proses pematerian. Komponen utama binaan sebuah kabel adalah seperti rajah 3 2 1 1. vulcanised bitumen. salutan PVC. Ia berbentuk lembaran dawai supaya mudah dilenturkan. Jenis-jenis penebat yang digunakan ialah kertas isian minyak. Pemilihan kuprum sebagai pengalir kerana ia mempunyai nilai rintangan yang rendah. varnish cambric. pita keluli (steel tape) atau galvanizes steel wire. Kapasiti pemutusan yang tinggi Mengambil masa untuk menggantikan fius yang baru Hanya sesuai dengan penghubung fius dan tapak fius yang tertentu Sukar didapati 4. Bahan yang digunakan disekeliling penebat untuk mengelakkan kerosakan mekanikal pada kabel semasa pemasangan atau sepanjang penggunaannya. Mempunyai tanda pemutusan 5. Pelindung mekanikal. salutan plumbum/kuprum dan konduit atau sesalur. PVC dan getah. Kebaikan 1. Dapat mengelakkan terjadinya arka dan bunyi yang kuat Keburukan Paling mahal 2. 2.SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK E1063/UNIT4/20 4. Pengalir/Teras Semua kabel mempunyai satu atau lebih teras yang diperbuat dari aluminium atau kuprum yang mempunyai nilai pengaliran yang tinggi. . Kebaikan dan keburukan fius kapasiti pemutus tinggi. salutan getah. Di antara bahan yang digunakan ialah. 3.

Disambungkan antara plugatau palam dan alat-alat mudah alih Faktor pemilihan jenis kabel i. tempat hendak digunakan/keadaan sekeliling ii. i. BOLEH TERUSKAN KE UNIT 5 . jangka masa ketahanan yang dikehendaki iv. perbelanjaan yang dianggarkan vi. Disambung di antara siling ros dan pemegang lampu anting-anting. Dua kegunaan kod boleh lentur . kemungkinan kerosakan yang akan dihadapi v. lampu yang membawa arus maksima tanpa pemanasan yang keterlaluan. jenis pendawaian/jenis beban yang digunakan iii.SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK E1063/UNIT4/21 6. 7. ii. rupabentuk vii.