You are on page 1of 31

1.

0 PENDAHULUAN

Memang telah di ketahui umum bahawa masalah homoseksual yang


berkaitan dengan gay telah banyak menular dalam masyarakat dunia kita kini
amnya. Masalah ini telah mengundang pelbagai pandangan dan spekulasinya
terhadap kesan-kesan yang bakal di terima nanti. Aktiviti sedemikian sebenarnya
akan mencacatkan sahsiah budaya dan kesatuan masyarakat kita dan penekanan
diberikan pada golongan homoseksual yang melakukan hubungan seksual di luar
tabii.

Di sebabkan peredaran masa serta kehidupan manusia yang sudah


semakin maju, mereka bebas melakukan apa sahaja walaupun kelakuan itu
menyalahi norma dan melampaui batas. Masyarakat juga menjadi terlalu terbuka
dan mungkin pada anggapan mereka masalah homoseksual ini adalah suatu
perkara yang biasa dan sudah menjadi normal dalam masyarakat. Mungkin kerana
masyarakat kurang memberikan perhatian terhadap masalah ini, ia menjadi
semakin menular dan merebak bagaikan penyakit dalam masyarakat.

Jika perubahan ini tidak dipandu dan ditangani berdasarkan acuan agama,
alamatnya malapetaka buruk bakal menimpa masyarakat khususnya generasi
muda. Akan ada suara-suara sumbang yang berhujah atas faktor kemajuan dan
kebebasan hak asasi menuntut agar perkahwinan sesama jantina dibenarkan dan
disahkan di sudut undang-undang. Walaupun perkara ini terkawal di Malaysia
namun tanda-tanda dan bibit-bibit sudah kelihatan. Tindakan awal dan tegas harus
diambil dengan menutup pintu-pintu yang menjurus ke arah gejala yang tidak
bermoral dan menyalahi agama dan tabiat manusia yang normal.

1
2.0 MASALAH SOSIAL YANG MENONJOL DI KAWASAN KAJIAN

Peningkatan masalah sosial dalam masyarakat yang membabitkan


golongan remaja kini semakin kompleks dengan adanya pengaruh luar yang
berunsur negatif. Pengaruh luar sering dikaitkan dengan tingkah laku yang negatif,
yang bertentangan dengan undang-undang atau terkeluar daripada batas susila
masyarakat. Contohnya menagih dadah, seks bebas, black metal, hamil anak luar
nikah, buang bayi dan lain-lain. Selain daripada gejala-gejala sosial ini, masalah
homoseksual juga turut melahirkan ciri-ciri dan masalah moral. Masalah berkenaan
bukanlah suatu isu yang baru tetapi sejak kebelakangan ini ia jelas ketara
melibatkan golongan menyimpang dari norma masyarakat dan perlu dirawat
segera sebelum menjadi parah.

Perkataan homoseksual boleh diterjemahkan sebagai “sama gender” yang


merupakan gabungan perkataan Yunani iaitu homo yang bererti “sama” dan
perkataan asas Latin sex- bererti “seks”. Istilah homoseksual pertama kali
diterbitkan pada tahun 1869 secara bercetak dalam pamplet Jerman ditulis oleh
penulis kelahiran Austria, iaitu Karl-Maria Kertbeny. Ada juga yang berpendapat
homoseksualiti berasal daripada bahasa Greek iaitu “homo” yang bermaksud
kesamaan, manakala “sexual” pula yang merujuk kepada hubungan yang
melibatkan tubuh badan.1

Justeru, perkataan homoseksual dapat ditakrifkan sebagai hubungan


seksual antara orang yang sejenis jantinanya, baik sesama lelaki atau sesama
wanita. Namun istilah homoseks ini biasanya digunakan untuk lelaki. Beberapa
pakar mempunyai pendapat yang berbeza mengenai homoseks Dr. Sarlito
Wirawan Sarwono mengatakan: “Homoseksual adalah hubungan seks antara dua
orang yang sama jenis kelaminnya.” Manakala Dr. Ali Akbar mengemukakan
bahawa yang dimaksudkan dengan homoseksual adalah mencari kepuasan
seksual dengan pasangan yang sama jenis. Dr. Eustace Chesser pula
berpendapat bahawa homoseksual adalah cinta di antara mereka yang mempunyai
kesamaan jantina.2
1
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kehomoseksualan
2
http://nanishine-aquashine.blogspot.com/2009_09_01_archive.html

2
Allah SWT menciptakan sesuatu itu dengan cukup sempurna dan tidak
boleh dipertikaikan lagi. Allah SWT menjadikan manusia berpasangan lelaki dan
perempuan di muka bumi. Namun, ada makhluk manusia dilahirkan selain lelaki
dan perempuan iaitu dikenali sebagai khunsa. Khunsa ini bermaksud manusia
yang mempunyai dua alat kelamin iaitu lelaki dan perempuan pada seseorang atau
yang langsung tidak didapati kedua-dua alat sulit. Namun begitu, masih ada lagi
golongan yang tidak mensyukuri pemberian-Nya.

Homoseksual dikatakan bermula dari zaman Nabi Luth a.s. yang mana
ketika itu gejala seks, perkahwinan dan percintaan antara sesama jantina berlaku.
Dalam al-Quran Allah s.w.t menceritakan kisah kaum Nabi Luth a.s secara lengkap
dalam beberapa ayat dan surah. Dalam surah Al-A’raf, ayat 80-84 yang
bermaksud:

“Kami mengutuskan Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah!) Ketika dia berkata


kepada kaumnya : “ Mengapa lakukan perbuatan keji yang tidak pernah dilakukan
oleh seseorang pun sebelumnya di dunia ini. Kamu mendatangi lelaki untuk
menyalurkan nafsumu, bukan kepada wanita bahkan kamu ini kaum yang
melampaui batas.” Kaumnya tidak memberikan jawapan selain mengatakan, “ Usir
mereka (Luth dan para pengikutnya)dari kota ini, kerana mereka itu orang-orang
yang berpura-pura mensucikan diri.” Maka Kami selamatkan Luth dan pengikutnya
kecuali isterinya. Dia termasuk orang yang tertinggal (untuk menerima
kehancuran). Kami turunkan kepada mereka hujan batu, maka perhatikanlah
3
bagaimana kesudahan nasib orang-orang yang berdosa itu.

Ini membuktikan bahawa sejak awal sejarah manusia lagi telah berlaku
tingkah laku yang menyimpang ini. Homoseks gay telah pun berkembang dengan
meluas dalam zaman moden, terutamanya pada abad ke 20. Berikut adalah
kronologi homoseksual gay4:
3
Abu Al-Fida’ Ismail bin Kathir al-Quraishy, Kisah Para Nabi, 2008, m.s 330-331
4
http://www.topix.com/forum/world/malaysia/THAQC6EUCDBLDQ5PK

3
Tahun Kronologi
1869 Dr K.M. Kertbeny, seorang dokter Jerman-Hongaria, mencipta istilah
homo seks dan homoseksualiti.
1920-an Komuniti homoseks mula muncul di kota-kota besar Hindia Belanda.
Jun- Di New York, Amerika Syarikat, berlaku Huru-Hara Stonewall, di mana
1969 kaum wanita dan gay melawan polisi yang digubal khas untuk sebuah
bar bernama Stonewall Inn. Peristiwa ini dianggap permulaan
pergerakan gay yang terbuka dan militan di Barat, dan kini ia
dirayakan oleh negara-negara lain termasuk di Israel, Amerika Latin,
Jepun, Filipina, India dan Indonesia.
1978 International Lesbian and Gay Association (OLGA) ditubuhkan di
Dublin, Ireland.
1981 Sindrom kurang daya tahan penyakit yang kemudiannya dinamakan
AIDS ditemui dalam kalangan gay di kota-kota besar Amerika
Syarikat. Kemudiannya didapati bahawa HIV virus penyebab AIDS,
tidak hanya disebarkan melalui hubungan seks anal antara lelaki
dengan lelaki sahaja.
1-Mac- Organisasi gay terbuka pertama di Indonesia dan Asia, Lambda
1982 Indonesia ditubuhkan, dengan sekretariat di Solo serta membuat
cawangan di Yogyakarta, Surabaya, Jakarta dan tempat-tempat lain.
Terbit buletin G: gaya hidup ceria (1982 1984).
1985 Kaum gay di Yogyakarta mendirikan Persaudaraan Gay Yogyakarta
(PGY) dengan terbitan Jaka.
1-Ogos- Kelompok Kerja Lesbian dan Gay Nusantara (KKLGN) kemudian
1987 dipendekkan menjadi GAYA NUSANTARA (GN)) didirikan di
Pasuruan-Surabaya sebagai penerus Lambda Indonesia. Menerbitkan
majalah/buku seri GAYa NUSANTARA
1988 Persaudaraan Gay Yogyakarta diteruskan menjadi Indonesian Gay
Society (IGS).
1989 Denmark menjadi negara pertama di dunia di mana dua warga yang
mempunyai jantina yang sama dapat membuat pendaftaran
perkahwinan (registered partnership) dengan hak-hak hampir sama
dengan perkahwinan yang biasa.
1990 International Gay and Lesbian Human Rights Commission (IGLHRC)
ditubuhkan di San Francisco, Amerika Syarikat.
1993 Isu orientasi seksual dijadikan agenda di dalam Konferensi PBB

4
mengenai Hak Asasi Manusia di Wina, Austria, tetapi ditentang oleh
negara-negara konservatif, termasuk Singapura
1994 Afrika Selatan menjadi negara pertama dengan jaminan tiada
diskriminasi berdasarkan orientasi seksual dalam UUD-nya dan isu
orientasi seksual kembali mewarnai perdebatan pada Konferensi
Internasional Kependudukan dan Pembangunan (ICPD, Kairo, Mesir),
dan ditentang pihak-pihak konservatif.
1996 Partai Rakyat Demokratik (PRD) menjadi partai pertama dalam
sejarah Indonesia yang mencantumkan "hak-hak homoseksual dan
transeksual" dalam manifestonya
Jun- Gay Pride dirayakan di Surabaya, kerja sama antara GN, Persatuan
1999 Waria Kota Surabaya (PERWAKOS) don Pusat Kebudayaan Prancis
(CCCL).
Okt.- Di International Congress on AIDS in Asia and the Pacific (ICAAP) ke
1999 5 di Kuala Lumpur, Malaysia, terbentuk jaringan lesbian, gay, biseks,
waria, interseks dan queer se-Asia bernama Asia-Pacific Rainbow
(APR).
Mar.- IGS mendeklarasikan 1 Mac sebagai Hari Solidariti Lesbian & Gay
2000 Nasional
Nov.- Kerlap-Kerlip Warna Kedaton 2000, acara pendidikan HIV/AIDS
2000 melalui hiburan di Kaliurang, DIY, diserang oleh sekumpulan lelaki
yang menamakan mereka sebagai Gerakan Anti-Maksiat (GAM).
Apr.- Negara Belanda menjadi negara pertama yang mengesahkan
2001 perkahwinan untuk semua orang (termasuk gay dan lesbian). Dengan
syarat salah seorang daripada pasangan yang berkahwin adalah
warga atau penduduk tetap Belanda dan perdebatan tentang orientasi
seksual kembali hangat di Konferensi Dunia Melawan Rasisme di
Durban, Afrika Selatan.
Apr.- Brazil mengusulkan kepada Komisi Tinggi PBB untuk Hak Asasi
2003 Manusia (HAM) agar orientasi seksual dimasukkan sebagai salah
satu aspek HAM. Pengambilan keputusan ditunda. Dalam prosesnya,
Vatikan mendesak pemerintah-pemerintah Amerika Latin lainnya
untuk menentang usul ini.
Jun.- Pemerintah Kanada dikecam oleh Pengadilan Tinggi Ontario di
2003 Toronto ketika menolak pendaftaran perkahwinan antara dua orang
yang mempunyai gender yang sama. Pengadilan Tinggi segera

5
memerintahkan membenarkan pendaftaran sivil perkahwinan
homoseks, tanpa mensyaratkan pasangan warga negara atau
penduduk tetap Kanada
4 Mac Golongan homoseksual dibenarkan untuk mendaftarkan lesen
2010 perkahwinan mereka di Mexico City.

Kini isu homoseksualiti menjadi suatu fenomena sosial yang lazim di


Malaysia. Homoseksualiti didedahkan secara ketara oleh media massa pada awal
dekad 1990 an sebagai suatu gejala yang lahir daripada kemewahan ekonomi
negara. Dengan motif untuk mendapatkan keuntungan, bahan cerita mengenai
homoseksualiti di media massa dikisahkan dengan penuh sensasi. Dalam
masyarakat Malaysia yang agak “tertutup” tentang seksualiti, isu homoseksualiti
dibongkar oleh media massa dalam bentuk pengakuan, kisah benar, dan luahan
hati.

Walaupun negara kita mempunyai undang-undang sekular dan Islam


(Syariah) yang mengharamkan sama sekali perlakuan dan gaya hidup
homoseksual, kewujudan “gay scene” di negara kita tidak kurang hebatnya jika
dibandingkan dengan negara-negara yang telah dapat menerima dan
menghalalkan homoseksual seperti Thailand dan Belanda. "Gay scene" di negara
kita boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama. Namun secara umumnya
semuanya adalah berdasarkan kepada satu tujuan utama iaitu untuk memuaskan
nafsu masing-masing.

Di Malaysia, kelab hiburan untuk golongan gay telah wujud di negara kita
sejak akhir tahun 70-an lagi. Kelab hiburan ini bukan dijalankan secara sembunyi-
sembunyi atau underground. Masyarakat sekeliling dan pihak berkuasa amat sedar
akan kewujudannya. Tidak pernah ada tindakan untuk mengharamkan premis-
premis perniagaan ini kerana secara undang-undangnya perniagaan kelab hiburan
ini adalah suatu yang sah. Selagi mereka tidak melakukan perlakuan yang
melanggar undang-undang pihak berkuasa tidak dapat mengambil tindakan. 5

5
http://www.topix.com/forum/world/malaysia Op. cit

6
Bermula dengan Padang Kelab Selangor atau Dataran Merdeka pada hari
ini yang mendapat gelaran “Green Carpet” dalam kalangan gay pada awal tahun
70-an, berpindah kepada kawasan tempat letak kereta di belakang Hotel Kowloon
di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada tahun 80-an.. Pada awal tahun 2000
menyaksikan pula wujudnya spa-spa yang menjadi tempat golongan gay
memuaskan nafsu mereka. Spa-spa ini menyediakan bilik-bilik gelap untuk
pengunjung melakukan seks. Dalam keadaan yang gelap itu mereka tanpa segan
silu melakukan seks beramai-ramai dan bertukar-tukar pasangan.

Kini wujud pula rumah-rumah urut yang sebenarnya bukan menawarkan


khidmat urut tetapi khidmat seks kepada pengunjungnya. Pengunjung boleh
memilih tukang-tukang urut yang sebenarnya pelacur-pelacur lelaki yang mereka
sukai dengan bayaran yang berpatutan. Ramai mungkin tidak menyedari perkara
ini. Namun ia telah menjadi suatu perkara biasa dalam kalangan gay di Malaysia.

Yang terkini adalah Pesta Gay Malaysia yang diadakan di Kuala Lumpur
melalui anjuran Prince world. Selain itu terdapat pelbagai komuniti gay telah
ditubuhkan. Antaranya adalah komuniti GayMelayu yang dibina secara online untuk
mengumpulkan ahli-ahlinya. GayMelayu ini sudah mencakau bilangan ahli
sebanyak lebih 3000 orang. Ini merupakan sesuatu perkembangan yang drastik
dalam dunia gay tempatan. Selain itu, golongan gay melayu ini juga giat
mempromosikan perbuatan terkutuk mereka. Seperti meninggalkan nombor telefon
bimbit mereka di tandas-tandas awam. Manakala di universiti-universiti tempatan
pula, golongan gay ini akan mencari lelaki lembut untuk dijadikan mak nyah atau
pondan atau bapok. Malah terdapat servis ditawarkan mak nyah kepada golongan
gay ini sebagai sumber pendapatan sampingan mereka. 6

6
http://www.swaramuslim.net/more.php?id=1285_0_1_0_M

7
3.0 DEFINISI KONSEP

Devian yang juga turut dikenali sebagai perilaku


menyimpang secara sosiologis, merupakan orang yang tidak mengikut peraturan
atau perlakuan seperti mana yang dikehendaki oleh kebiasaan masyarakat atau
tingkah laku yang tidak selari dengan kehendak masyarakat di mana individu itu
tinggal. Menurut Clinard (1963), tingkah laku devian merupakan satu kelakuan
yang berada dalam satu haluan yang bertentangan dengan norma dan mencukupi
darjahnya dalam melebihi had toleransi sesuatu komuniti. Dalam pengertian yang
luas, devian ataupun lencongan dapat dimaksudkan dengan sebarang tingkah laku
yang tidak mematuhi norma sosial sesuatu kumpulan sosial atau masyarakat. 7

7
Steven Box, Devians, Realiti, dan Masyarakat, 1987, m.s 8

8
Menurut Alex Inkeles (1985), lencongan tidak semestinya bergantung
semata-mata kepada penyimpangan dari kelaziman yang telah diterima umum atau
berpegang kepada sudut pandangan yang sempit. Ia mungkin merupakan suatu
lencongan perangkaan, bukannya lencongan sosial. Lencongan sosial timbul
apabila penyimpangan dari norma yang diterima itu melibatkan komuniti sehingga
komuniti itu mengenakan isbat untuk mencegah atau mengawal tingkah laku yang
melencong. Dengan kata lain, tingkah laku yang melencong itu bukan sahaja
cenderung kepada nilai yang kuat atau nilai-nilai yang asas tetapi juga yang
bertentangan dengan nilai-nilai tersebut.8

Albert Cohen dalam bukunya Devians and Control mendefinisikan devian


sebagai kelakuan yang melanggaar jangkaan yang diinstitusikan iaitu jangkaan
yang dikongsi dan diiktiraf sebagai sah dalam sesuatu sistem sosial. Robert
Merton, “Anomie and Social Structure” dalam D.R Cressey & D.A Ward (eds),
Delinquency, Crime and Social Process berpendapat bahawa kelakuan devian
merupakan kelakuan yang menyimpang secara significant daripada norma-norma
yang ditentukan untuk individu dalam status sosial….., ia tidak dapat dipelihara
secara abstrak tetapi perlu dikaitkan dengan norma-norma yang dianggap oleh
masyarakat sebagai muhasabah dam morally binding bagi orang-orang yang
menduduki status yang berlainan. Satu lagi definisi diberikan oleh M.B Clinard
dalam bukunya Sosiology of Deviant Behaviour yang mengatakan bahawa
kelakuan devian adalah kelakuan mengikut arah yang tidak dipersetujui, yang
bertentangan dengan norma-norma dan darjatnya melebihi had toleransi sesuatu
masyarakat.9

Devian terbahagi kepada formal deviance & informal deviance. Formal


deviance ialah pelanggaran undang-undang ataupun peraturan formal (jenayah).
Informal deviance pula merupakan pelanggaran norma sosial, iaitu tidak tertulis
dalam undang-undang. Lencongan adalah hasil daripada anomie. Devian terdiri
daripada 4 jenis iaitu inovasi, ritual, undur, dan menentang. Inovasi adalah
memenuhi matlamat dengan cara yang salah. Sebagai contoh adalah rasuah,
8
Alex Inkeles, Apa Itu Sosiologi, 1985, m.s 46

9
Ting Chew Peh, Konsep Asas Sosiologi, 1997, m.s 14-15

9
merompak dan lain-lain. Ritual pula merupakan tindakan mengulang-ulang
perbuatan seperti apa yang dilakukan oleh penagih dadah. Seterusnya ialah undur,
di mana seseorang yang tidak lagi berminat dengan matlamatnya lalu melakukan
alternatif lain sebagai tinndakan. Contohnya ialah bunuh diri kerana putus cinta.
Yang terakhir adalah menentang. Maksud menentang di sini ialah menolak
matlamat dan menggantikan dengan matlamat lain seperti mencuri. 10

Selain itu, devian juga turut mempunyai fungsinya yang tersendiri. Antara
fungsi devian ialah mengakui atau mengesahkan nilai dan norma masyarakat,
mengidentifikasi sempadan moral, menggalakkan perpaduan dan akhir sekali
menggalakkan perubahan sosial. Pada asasnya, masyarakat tidak boleh menjadi
baik tanpa kejahatan, iaitu kita akan belajar daripada kesilapan orang lain apabila
menyaksikan kesan buruk daripada tindakan mereka. Hal ini kerana sesebuah
masyarakat memerlukan peraturan yang berkaitan perilaku menyimpang. Sesuatu
perilaku tidak boleh dianggap sebagai devian sehinggalah satu peraturan dibentuk
di sesuatu tempat yang mana perbuatan itu menyimpang daripada peraturan
tersebut. Perkara yang tidak dianggap melanggar peraturan yang telah dibentuk
akan diterima sebagai nilai & norma masyarakat.11

Hal ini bermaksud bahawa dengan melabelkan orang tertentu sebagai


devian, masyarakat telah menentukan batas sempadan antara betul dan salah.
Apabila kita menyaksikan sebarang tindakan orang lain dan akibat negatif daripada
tindakan mereka, kita belajar supaya tidak mengulangi tingkah laku seperti itu atau
tingkah laku yang salah. Apabila ada segelintir orang melakukan tindakan
menyimpang, pasti ada pihak yang menentang perilaku menyimpang tersebut.
Pihak yang menentang ini akan bergabung & bersatu untuk mempertahankan
moraliti masyarakat. Mereka akan menjadi lebih rapat kerana berkongsi rasa yang
sama, iaitu benci akan perilaku yang menyimpang tersebut.

Berdasarkan kepada semua penerangan di atas, dapat ditegaskan di sini


bahawa kelakuan devian merupakan suatu perilaku menyimpang dan tidak sesuai
dengan nilai serta norma sosial yang berlaku dalam masyarakat. Dengan kata lain,
10
Steven Box, op. cit, m.s 20.
11
http://www.associatedcontent.com/article/1245844/the_views_and_functions_of_deviance.html?cat=47)

10
penyimpangan adalah segala bentuk perilaku yang tidak dapat di terima dan tidak
mengikut kehendak masyarakat. Ianya melibatkan perbuatan yang melanggar
norma-norma dalam sesuatu masyarakat. Oleh yang demikian, semua bentuk
kelakuan yang berada dalam satu haluan yang bertentangan dengan norma
dianggap sebagai kelakuan devian. Penyimpangan ini juga merujuk kepada
sebarang tingkah laku yang melencong dan melibatkan perbuatan yang
menyeleweng dalam sesuatu kumpulan sosial. Apabila seseorang itu melanggar
norma yang ditetapkan oleh sesuatu masyarakat tertentu, maka individu ini
dikatakan bersifat devian.

4.0 KENAPA DIANGGAP DEVIAN

Keadaan dunia kini jika diperhatikan sememangnya dihambat dengan arus


kemodenan. Pelbagai teknologi baru berjaya dicipta atas alasan untuk memenuhi
kehendak manusia. Namun dalam kita mengakui peradaban moden ini kita juga
turut dihimpit dengan kehendak manusia yang tidak terbatas.  Seiring dengan
kemodenan, nafsu manusia juga menjadi pelbagai dan tidak lagi terbatas kepada
hubungan yang diredhai antara lelaki dan wanita. Di barat hubungan sejenis yang
lebih dikenali sebagai homoseksual dan lesbian semakin mendapat tempat di
kalangan penduduknya. 

Terdapat pelbagai faktor dan penyebab yang menjadikan golongan gay


dianggap sebagai devian. Antaranya ialah kerana golongan gay ini telah
melencong dari norma masyarakat normal. Ini dilihat menerusi bagaimana mereka

11
semakin menolak kepentingan agama dalam kehidupan, hilang kepercayaan
kepada institusi perkahwinan dan lebih menakutkan hubungan homoseksual
dibenarkan atas alasan kebebasan dan hak asasi manusia. Malah lebih malang
lagi ada pemimpin yang sepatutnya menunjukkan contoh baik serta terpuji kepada
masyarakatnya memilih berbangga untuk memberitahu kepada umum bahawa
mereka adalah seorang homoseksual. Sebagai contoh adalah pemimpin dan
seniman terkenal di Barat seperti Michelangelo, William Shakespeare dan King
James I.12 Malah ada yang mempergunakan agama sebagai alat dan topeng untuk
menghalalkan kegiatan mereka.

Ini yang berlaku dengan kemunculan seorang lelaki yang digelar sebagai
"Imam" Daayiee Abdullah, seorang lelaki yang mengakui secara terbuka sebagai
seorang gay dan berasal dari Washington Amerika Syarikat. Atas dasar
keterbukaan pemikiran dan kebebasan bersuara dia telah menyatakan pandangan
secara konsisten bahawa kegiatan homoseksual adalah sesuatu yang dibenarkan
dalam Islam dan tidak ada nas dalam al-Quran yang menerangkan tentang
larangan terhadap homoseksual. Mungkin dia tidak layak diberi gelaran sebagai
pemimpin tetapi dia kini dikatakan mula dihormati dan disanjung sebagai pemimpin
untuk golongan gay mahupun masyarakat biasa.13

Kisah ini juga boleh kita saksikan dalam peristiwa yang melanda kaum yang
terlibat dalam homoseksual dan seks melampau di bandar Pompei ketika era
kegemilangan Rom. Namun akhirnya bandar itu musnah setelah dilanda letupan
gunung berapi dari Gunung Vesuvius selama dua hari pada tahun 79 sebelum
masihi. Akibatnya bandar tersebut lenyap dari muka bumi kerana tertanam dalam
lava sedalam 60 kaki. Kehidupan melampau golongan homoseksual yang berlaku
ini adalah akibat dari kegagalan pemimpinnya sendiri yang terlibat dalam kegiatan
terkutuk ini. Sepatutnya seorang pemimpin patut menjadi contoh terbaik untuk
rakyatnya.14

12
http://selamba-u.blogspot.com/2009/11/homoseksual-tidak-layak-jadi-pemimpin.html
13
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp
14
Ibid

12
Memang benar tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini apatah lagi
pada zaman moden sekarang hampir kesemua kita didedahkan secara terbuka
dan rambang mata tentang segala perlakuan yang tidak elok sama ada dari sudut
agama mahupun budaya. Setakat ini, terdapat tujuh buah negara di dunia
membenarkan perkahwinan sesama jantina iaitu Belgium, Belanda, Afrika Selatan,
Sweden, Sepanyol, Kanada, Norway dan beberapa negeri Amerika Syarikat seperti
Massachusetts, Vermont, Connecticut and New Hampshire. Manakala di beberapa
buah negeri di USA termasuklah Hawaii dan Vermont telah pun mempunyai
undang-undang yang mengiktiraf perkahwinan sejenis ini. 15

Golongan homoseksual gay ini juga dianggap sebagai devian kerana


perlakuan mereka telah menggugat hukum akal manusia, adat serta melanggar
batasan-batasan yang ditetapkan dalam setiap agama. Berbagai-bagai agama
mengecam perbuatan tersebut dengan landasan kitab sucinya. Dalam agama
Kristian misalnya, kitab Bible ada menyebut mengenai perilaku homoseksual yang
dianggap menyimpang, seperti yang tertulis di dalam Kitab Kejadian 19:4-11
tentang hukuman Tuhan terhadap kaum Sodom dan Gomorah. Kitab Imamat 20:
13 menyebutkan:
 "Bila seorang laki-laki tidur dengan laki-laki secara orang bersetubuh
dengan perempuan, jadi keduanya melakukan suatu kekejian, pastilah mereka
dihukum mati dan darah mereka tertimpa kepada mereka sendiri." 16

Bishop Juan Carlos daripada Gereja Roman Katolik menyifatkan


perkahwinan sesama jantina yang berlaku di Argentina tu sebagai ''an attack
against the survival of the human species”. Sementara itu, Kardinal Norberto
Rivera Carrera menyatakan undang-undang yang menghalalkan perkahwinan
sesama jenis di Mexico City itu adalah tidak bermoral dan anak-anak yang tidak
berdosa akan diambil menjadi anak angkat mereka. Presiden Mexico Felipe
Calderon juga berikrar untuk menghalang undang-undang tersebut daripada
dikuatkuasakan17. Dari sudut pandangan agama Hindu pula tiada bezanya dengan
agama-agama yang lain. Presiden Malaysia Hindu Sangham, Datuk A.Vaithilingam
15
http://blogs.myspace.com/index.cfm?fuseaction=blog.view&friendId=338360831&blogId=510376264

16
http://www.voa-islam.net/trivia/liberalism
17
lbid

13
memberi komen kepada Bernama: "Tak banyak cerita tentang homoseksual dalam
masyarakat India, yang ada cuma pondan, dalam sesetengah kes, itu bukan
kehendak mereka. "Walau pun begitu dalam etika agama Hindu, kami tidak boleh
terima sama sekali amalan homoseksual ini," katanya. 18 Menurut Islam, amalan
seks sejenis ini dikeji dan di hina oleh Allah melalui firman-Nya yang bermaksud :

“Sesungguhnya kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah


dilakukan oleh seorang pun dari penduduk ala mini sebelum kamu. “Patutkah kamu
mendatangi orang lelaki (untuk memuaskan nafsu syahwat kamu)? Dan kamu
memotong jalan lalu-lalang (untuk tujuan jahat kamu)? Dan kamu pula melakukan
perbuatan yang mungkar di tempat-tempat perkumpulan tetamu?” Makakaumnya
tidak menjawab selain daripada berkata(secara mengejek-ejek) “ Datangkanlah
kami azab dari Allah (yang engkau janjikan itu) jika betul engkau dari orang-orang
yang benar,”

` (Surah Al-Ankabut ayat 28-29)

Dari firman Allah ini, Allah menggambarkan, tindakan homoseksual


merupakan amalan yang keji. Dengan kuasa-Nya, negeri yang menempatkan
penduduk Bandar Sodom dibalikkan oleh Allah s.w.t. Daerah yang ditimpa azab itu
kini dikenali sebagai Laut Mati atau Danau Luth. 19 Daripada Abu Hurairah RA,
bersabda Nabi s.a.w.;

Empat golongan berada dalam kemurkaan Allah di pagi dan petang, iaitu
lelaki yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki, mereka
yang melakukan setubuh dengan binatang dan mereka yang melakukan setubuh
sesame lelaki (homoseksual) (Kanz Al-Ummal : 12/31 : hadis no : 43982.) Ibnu
abbas r.a berkata, “Sesungguhnya seorang homoseks yang mati tanpa sempat
20
bertaubat, kelak di kuburnya ia akan diserupakan dengan seekor babi”

18
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2010&dt=0228&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_04.htm&arc=hive
19
Haji Ahmad bin Long, Kisah Nabi-Nabi, 1994, m.s 90.
20
Imam Az-Zahabi, Dosa-Dosa Besar, Selangor,2008, m.s 70

14
Bagi umat Islam kita percaya apa yang berlaku terhadap kaum Nabi Luth a.s
adalah pembalasan tuhan namun mungkin pembalasan sebegitu tidak akan
berlaku sekarang. Namun kita sendiri boleh berfikir bahawa tuhan itu maha
berkuasa dan pembalasan akan datang dalam pelbagai bentuk. Oleh itu
memandangkan negara ini sudah cukup makmur dan maju dalam segala aspek
maka tidak perlulah kita merosakkannya dengan kegiatan-kegiatan yang tidak
bermoral ini. Selain itu, perlakuan homoseksual gay ini turut dianggap devian
kerana ia akan menyebabkan keseimbangan alam terjejas di mana kadar kelahiran
akan berkurangan yang menyebabkan kepupusan manusia di muka bumi ini. Di
dalam al-Quran Allah s.w.t ada berfirman. Maksudnya :

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan


kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan
daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang
banyak.”

(An-Nisa' ayat 41)

Merujuk ayat di atas jelas Allah menjadikan lelaki dan perempuan untuk
mencari pasangan berlainan jantina bukannya sesama jantina seperti Gay dan
lesbian. Kalau manusia cuba melawan fitrah dengan memilih sesama jantina maka
keseimbangan alam ini akan terancam dimana kelahiran akan semakin
berkurang.21

Jika penyimpangan ini berjangkit di dalam suatu masyarakat, maka


kehidupan akan menjadi rosak. Ianya juga akan memperhamba manusia,
merendahkan etik, tradisi dan sifat semulajadi kemanusiaan. Apa yang diceritakan
al-Quran mengenai umat Nabi Luth a.s sebagai bangsa pertama yang melakukan
penyimpangan ini sudah cukup bagi kita untuk menjadi pengajaran. Mereka telah

21
http://israelu09.blogspot.com/2009/08/kenapa-islam-tidak-terima-homosexual.html

15
meninggalkan isteri dan beralih kepada lelaki, demi memuaskan nafsu syahwat
mereka. 22

Ringkasnya perlakuan homoseksual gay adalah perbuatan terkutuk, kotor,


jijik, hitam dengan sebesar-besar dosa. Homoseksualiti dianggap bertentangan
dengan lumrah kehidupan kerana bercanggah dengan fungsi reproduktif yang
semula jadi. Di Malaysia, semua agama utama melarang perlakuan gay dan
lesbian. Ianya juga merupakan kelakuan yang dianggap salah di sisi undang-
undang.

5.0 LATAR BELAKANG MURID/RAKAN/ ORANG PERSEORANGAN YANG


TERLIBAT

22
Harun Yahya, Kaum-Kaum yang Pupus, Kuala Lumpur, 2007, m.s 47.

16
MOHD. IZZUL IZZUDIN BIN MOHD ALWI (ZACK)

Orang perseorangan yang terlibat dengan perlakuan devian ini ialah rakan
saya sendiri, iaitu Zack. Menerusi perbualan yang berlangsung, sedikit input
diperoleh mengenai latar belakangnya. Nama sebenarnya ialah Mohd. Izzul Izzudin
bin Mohd Alwi. Zack merupakan gelaran yang sinonim di kalangan rakan-rakan
semasa di bangku sekolah lagi. Zack dilahirkan pada 25 Mei 1989 di Hospital
Besar Taiping, Perak dan tinggal di sekitar Parit Buntar. Namun kini, Zack menetap
di Kuala Lumpur dan pulang ke kampung sekali-sekala sahaja. Usianya kini
menjangkau 21 tahun.

Ibu Zack bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang sekitar


Pulau Pinang. Ayahnya pula sudah tidak bekerja kerana keadaan kesihatan yang
tidak mengizinkan. Saya difahamkan ayahnya kini terlantar sakit kerana disyaki
menghidap virus HIV positif di usia awal 50-an. Jadi, ibu Zack terpaksa mengambil
alih peranan sebagai ketua keluarga bagi menyara mereka anak-beranak. Zack
merupakan anak pertama daripada 6 adik-beradik. Adik pertamanya, iaitu Alia turut
menetap di Kuala Lumpur dan bekerja sebagai pelayan restoran. Adik keduanya,
Hadi sudah tidak bersekolah dan menjadi kutu jalanan pada waktu malam. Yang
masih bersekolah hanya tinggal 3 orang sahaja iaitu Amni, Aina dan Hazrul.

Zack mendapat pendidikan awal di SK Methodist, Parit Buntar Perak


sehingga tamat darjah 6. Kemudian, dia telah melanjutkan pelajaran ke peringkat
sekolah menengah di SK Seri Perak, Parit Buntar Perak sehingga tamat tingkatan
5. Zack tidak langsung bercita-cita untuk melanjutkan pelajarannya ke universiti
ketika kami di bangku sekolah. Semasa di alam persekolahan, Zack telah
beberapa kali menyuarakan hasrat untuk berhenti sekolah. Namun, atas nasihat
dan motivasi rakan-rakan, Zack tetap meneruskan persekolahan sehinggalah
berjaya memperoleh sijil SPM walaupun keputusannya tidak memuaskan. Ketika
bersekolah dahulu, tingkah laku Zack tidak langsung menunjukkan dia meminati
kaum sejenisnya. Ini mungkin disebabkan oleh kelakuan Zack yang pendiam dan
tidak pernah membuat masalah di sekolah.

17
Menurut Zack, dia turut membantu ibunya menyara keluarga. Setiap kali
pulang ke kampung halaman, dia akan memberi wang perbelanjaan untuk ibu dan
adik-adiknya. Namun, wang yang diperoleh bukanlah daripada hasil pekerjaan
yang halal. Sebaliknya hasil daripada perhubungan songsang dengan pasangan
sejenisnya. Kekerapan Zack bertukar pasangan adalah bergantung kepada
permintaan pelanggannya. Salah seorang daripada pasangannya telah pun
mendirikan rumah tangga. Namun dalam masa yang sama, pasangannya itu turut
meminati kaum sejenis. Menurut Zack, tidak pernah sekalipun dia berasa menyesal
kerana memilih jalan hidup begini. Selain memperoleh kepuasan, Zack juga dapat
menambah pendapatan bulanannya yang hanya bekerja makan gaji sebagai
pembantu pejabat. Menurut Zack, melalui aktiviti malam yang dilakukannya, dia
mampu memperoleh pendapatan bulanan sehingga mencecah RM 4000 sebulan.

Zack juga ada berkongsi cerita mengenai tahap kesihatannya. Seperti yang
kita ketahui, perbuatan liwat ini sebenarnya memberi kesan yang buruk pada
kesihatan terutamanya di bahagian alat sulit. Mereka dipertanggungjawab terhadap
gelaja kurang sihat dan kepelbagaian masalah kesihatan seperti Sindrom Kurang
Daya Tahan Penyakit atau pun AIDS dan Sexually Transmitted Disease (STD) iaitu
penyakit kelamin. Walaupun jangkitan AIDS dan STD disebabkan oleh pelbagai
faktor, tetapi golongan homoseksual sering dijadikan penyebab utama. 23 Namun,
menurut Zack dia tidak mungkin dihinggapi penyakit sebegitu kerana dia sentiasa
mengambil langkah-langkah pencegahan.

Menurut Zack lagi, ibunya tidak tahu menahu mengenai kegiatan sumbang
yang dilakukannya di Kuala Lumpur. Malahan dia turut membohongi ibunya
dengan mengatakan dia melakukan perniagaan telefon bimbit di sekitar Kuala
Lumpur. Sebenarnya, dia telah pun terlibat dalam dunia homoseksual ini sejak dari
tingkatan 3 lagi. Sejarah bermula apabila dia telah diliwat oleh bapa kandungnya
sendiri. Selain itu, ayah Zack juga kerap membawa balik lelaki ketika ketiadaan
ibunya dan melakukan perbuatan terkutuk itu dihadapannya. Pengaruh rakan
sebaya juga menjadi punca kepada kelakuan Zack yang menyimpang. Inilah
permulaan kepada kehidupan songsang Zack.
23
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/dewasa_content.jsp?
lang=dewasa&sub=0&bhs=may&storyid=1251165105319

18
6.0 PUNCA-PUNCA DEVIAN

Pada zaman yang kian membangun kini terdapat banyak faktor yang boleh
menjatuhkan institusi sosial serta moral manusia. Dengan sekelip mata sahaja,
manusia boleh hilang pedoman dan melakukan perkara-perkara di luar batasan.
Terdapat berbagai-bagai cara dan pendekatan yang digunakan oleh individu yang
tidak bertanggungjawab yang mampu menyebabkan manusia terus hanyut di
dalam dunia yang tidak bermoral demi keuntungan diri sendiri. Banyak perkara
yang dahulunya dianggap devian kerana melanggar norma masyarakat tetapi tidak
lagi kini kerana menganggap ia perkara normal kerana arus modenisasi. Antara
faktor yang membawa kepada permasalahan homoseksual gay ini ialah didikan ibu
bapa, pengaruh rakan-rakan, faktor genetik, faktor negara dan faktor pengaruh
dari barat.24

24
http://www.ismaweb.net/v4/gejala-perkahwinan-terlarang/

19
Kebanyakan orang bersetuju bahawa didikan ibu bapa, rakan sebaya dan
suasana persekitaran yang menyebabkan terjebaknya seseorang itu dalam gejala
homoseksualiti. Ia mungkin berlaku disebabkan oleh didikan dan layanan ibu bapa
terhadap anak-anak di masa kecil kerana kebanyakkan ibu bapa di zaman moden
ini tidak menerapkan nilai-nilai agama dan nilai-nilai murni pada anak-anak. Jika
dilihat pada keluarga Zack, ibu bapanya memang tidak menitik beratkan soal
agama. Anak-anak dibiarkan hidup dengan cara mereka sendiri. Pengaruh rakan
sebaya dan persahabatan yang terlalu rapat sesama jantina juga menyebabkan
terjadinya homoseksual.  Ketika Zack bersekolah, dia mengakui sahabat baiknya
sendiri telah mengajarnya bagaimana untuk berperilaku menyimpang. Selain itu,
Zack turut mengakui bahawa mereka mempunyai hubungan lebih daripada
seorang kawan dan selalu menempiaskan nafsu apabila mempunyai peluang.
Homoseksualiti juga dipercayai bermula di sekolah dan institut pengajian tinggi
yang berasrama.

Faktor semula jadi pula merujuk kepada perasaan yang semulajadi


menyebabkan seseorang itu mempunyai nafsu terhadap kaum sejenis. Perasaan
dan nafsu tersebut terhasil disebabkan oleh bahan kimia dan hormon yang
dikeluarkan dalam badan (luar kawalan). Pendapat ini masih lagi dalam
dibincangkan dan tidak dapat dibuktikan secara menyeluruh oleh pakar dalam
bidang ini. Terdapat juga teori bahawa aturan kelahiran menentukan sama ada
seseorang homoseksual atau tidak. Suatu kajian oleh Ray Blanchard memperolehi
data bahawa semakin bongsu seseorang anak, semakin besar kemungkinan dia
homoseksual. Alasan-alasan di belakang pemerhatian ini belum ditentukan. Ianya
dipercayai bahawa dengan setiap kehamilan, badan ibu mempunyai lebih
hormon androgen yang boleh mempengaruhi orientasi seksual seseorang anak. 25

Faktor yang ketiga adalah pengaruh budaya barat. Tidak dapat disangkal
bahawa pengaruh budaya barat merupakan salah satu faktor utama yang
membawa kepada masalah homoseksual atau gay di Malaysia. Budaya barat
dilihat sebagai satu budaya yang sangat berpengaruh dalam kehidupan kini. Bagi
masyarakat Barat, gay bukan sesuatu tingkah laku luar biasa atau devian, malah
beberapa negara Barat seperti Belanda dan Britain mengiktiraf kedudukan lelaki
25
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kehomoseksualan, op. cit.

20
jenis ini. Ia semakin ketara apabila terdapat banyak Negara barat yang sudah
mengiktiraf perkahwinan sejenis dan membuat undang-undang berkenaan
dengannya. Sebagai contoh adalah polisi yang dilaksanakan di United Kingdom
mengenai undang-undang gay. Pada 18 November 2004, Akta Perkongsian Awam
2004 telah digubal, membenarkan pasangan yang sama jantina mendapat hak-hak
perkahwinan. Pada Oktober 2006 pula, Suruhanjaya Persamaan dan Hak Asasi
Manusia telah didirikan meliputi semua persamaan yang terkandas dan perjanjian
bagi memperkenalkan perlindungan dalam bidang barangan, kemudahan-
kemudahan dan perkhidmatan-perkhidmatan untuk golongan homoseksual. 26

Selain itu, pengalaman homoseksual juga mempengaruhi kelakuan devian


ini. Dan jika individu menikmati pengalaman tersebut maka kebiasaan itu akan
berkelanjutan. Ini dapat dilihat menerusi kes Zack yang mana dia terlebih dahulu
menjadi mangsa kepada bapanya. Akibat keterbiasaan itu, maka Zack telah lali
dan mengikut cara hidup yang menyimpang itu. Faktor yang terakhir ialah faktor
Negara. Negara turut menjadi punca yang menyumbang kepada masalah ini. Di
Malaysia sendiri contohnya, bahan-bahan lucah amat mudah didapati sehingga
pelajar sekolah juga boleh membelinya dengan harga yang murah. Ini bermaksud
sesiapa sahaja boleh memilikinya asalkan mempunyai wang. Ini merupakan sebab
utama kepada segala masalah sosial yang berlaku di Malaysia. Golongan gay
yang menonton filem lucah akan terangsang dan secara tidak langsung terdesak
mencari pasangan untuk melepaskan nafsu mereka.

Di Malaysia, surat khabar Kosmo! baru-baru ini mendedahkan kemunculan


komik gay yang dijual secara terang-terangan. Meskipun harganya mencecah
RM50 senaskah, laporan itu menyebut komik berkenaan laris dibeli oleh golongan
muda yang berumur 25 tahun ke atas. Antara kelab gay dan komik gay, mungkin
ada yang bertanya apakah gaya hidup ini sudah diterima masyarakat Malaysia?
Pengamal perubatan yang juga Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam
Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman berkata, trend amalan homoseksual di
negara ini semakin membimbangkan. Penularan kecenderungan hubungan

26
http://aidctranslate.wordpress.com/2009/06/22/homoseksual-virus-barat-lumpuhkan-islam/

21
sesama sejenis ini dapat dilihat dengan wujudnya kelab-kelab gay di seluruh
negara. 27

Ditambah dengan internet, dunia tanpa sempadan menjadikan lebih mudah


untuk mendapatkan bahan lucah. Ketidakmampuan kerajaan untuk mencari dan
menyekat laman web lucah daripada dilayari juga menjadi sebab kepada masalah
sosial. Mereka hanya perlu menaip hanya beberapa perkataan, kemudian dapat
menonton filem-filem lucah.

7.0 KESAN-KESAN DEVIAN

Aktiviti gay ini banyak memberi kesan tidak kira ke atas individu, masyarakat
mahupun keluarga. Individu yang mengamalkan cara hidup homoseksual ini
mungkin akan menghadapi tekanan dari segi mental dan emosi. Golongan ini akan
merasa diri mereka dihina masyarakat yang menganggap mereka sebagai ‘orang
asing’ serta tidak mendapat layanan seperti orang lain dan sering dilihat sebagai
‘pelik’. Malah penglibatan mereka tidak dapat diterima secara keseluruhan kerana
masyarakat merasakan terdapat jurang antara mereka dan orang lain. Ini akan
menyebabkan timbulnya tekanan yang melampau kepada golongan ini dan
menyebabkan mereka hanya bergaul bersama rakan-rakan sejenis tanpa
mempedulikan keadaan persekitaran. Ini akan menyebabkan timbulnya konflik di

27
http://xhomomalaysia.blogspot.com/2008/07/fenomena-homoseksual-bernama.html

22
dalam diri sehingga menyebabkan mereka berasa terasing dan seterusnya tidak
dapat kembali menjalani kehidupan yang normal seperti manusia lain.

Kesan lain daripada aktiviti ini adalah kemungkinan menghidapi penyakit


yang berbahaya seperti Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) dan juga
penyakit kelamin (STD). Walaupun jangkitan AIDS dan STD disebabkan oleh
pelbagai faktor lain, tetapi golongan homoseksual sering dijadikan penyebab
utama. Penyakit ini akan memberikan kesan yang besar terhadap hidup mereka
28
kerana masyarakat akan menyisih dan meminggirkan mereka.

Aktiviti gay ini juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada keluarga
mereka. Ahli keluarga mula berasa malu untuk mengakui salah seorang ahli
keluarga mereka adalah gay. Ini menyebabkan ikatan kekeluargaan menjadi rapuh
dan perhubungan kekeluargaan mungkin akan putus. Golongan homoseksual ini
juga akan mula membentuk institusi kekeluargaan mereka sendiri dan sekali gus
akan memusnahkan kekuatan moral. Selain itu, ia juga mencerminkan kemunduran
sesuatu masyarakat. Masalah keruntuhan akhlak akan berleluasa menyebabkan
negara hilang ketamadunan.

Kesan yang seterusnya ialah berlakunya diskriminasi terhadap golongan-


golongan homoseksual ini. Akibat perlakuan devian ini, mereka sering dianaktirikan
dalam pelbagai aspek. Aspek yang paling ketara adalah dalam menjalani
kehidupan harian. Mereka tidak mungkin dapat diterima oleh masyarakat. Selain
itu, mereka juga dianggap janggal setiap kali melakukan sesuatu tugas walau tidak
berkaitan dengan identiti gay. Dari sudut sosial, mereka dianggap sebagai ‘orang
asing’ dan tidak mendapat layanan seperti orang lain sering dilihat sebagai ‘pelik’
dan tidak dapat diterima dalam kegiatan luar. Jika kita perhatikan, tidak ramai
golongan homoseksual yang memegang jawatan tinggi di mana-mana jabatan,
yang berani untuk menonjolkan diri pada masyarakat serta mampu pertahankan

28
http://israelu09.blogspot.com/2009/08/kenapa-islam-tidak-terima-homosexual.html

23
kelebihan yang ada pada dirinya. Disebabkan pandangan masyarakat, kebolehan
dan kelebihan yang ada pada diri mereka tidak diiktiraf.

Kesan yang terakhir ialah kepupusan manusia di bumi ini. Ini kerana
perhubungan mereka tidak akan dapat melahirkan zuriat dan keturunan. Seperti di
Negara barat, mereka dibenarkan untuk mengambil anak angkat bagi dijadikan
penyambung kepada keturunan mereka. Namun, ianya tidak mampu bertahan
lama sekiranya perhubungan songsang sebegini terus menular dalam kalangan
masyarakat di dunia. Manusia akan pupus selepas beberapa tahun ke hadapan
sekiranya amalan sebegini berleluasa dan akan menimbulkan banyak jenayah-
jenayah lain.

8.0 TINDAKAN/REAKSI DARIPADA MASYARAKAT SETEMPAT/


AGENSI-AGENSI KERAJAAN

Akibat daripada penularan dan penyebaran perlakuan yang menyimpang


daripada fitrah manusia, pelbagai pihak telah mengambil tindakan yang sewajarnya
bagi menangani masalah ini. Antaranya ialah pihak Jabatana Agama Islam (JAIS),
polis, wartawan dan media massa. Kelompok lelaki gay dan mak nyah sentiasa
diperhatikan oleh pihak ini.  Selain itu, operasi membanteras kelompok
homoseksual dilakukan dari semasa ke semasa.  Serbuan yang dilakukan turut

24
dihebahkan kepada umum melalui media massa dengan harapan dapat
menakutkan kelompok homoseksual daripada terus bergerak aktif.  

Selalunya kelompok mak nyah sering dihadapkan ke mahkamah atas


kesalahan berpakaian perempuan dan berkelakuan tidak senonoh mengikut
“Section 21 of the Minor Offenses Act 1955”.  Lelaki gay dan wanita lesbian
selalunya terlepas kerana zahirnya mereka sukar untuk dikenal pasti kerana
kelihatan sama sahaja dengan individu heteroseksual yang lain.  Hukuman fizikal
sebegini tidak merawat, tidak mencegah, apatah lagi mengubah menyebabkan
kelompok homoseksual bergerak dalam diam.  Ada juga usaha untuk
membendung gejala homoseksual dengan memberi hukuman dalam bentuk
tindakan undang-undang.  Malangnya tiada undang-undang yang dapat
mendakwa, menghukum golongan ini ke mahkamah. 29 

Selain itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat


sedang mempertimbankan untuk mewujudkan satu unit khas bagi menangani
masalah homoseksual yang semakin membimbangkan di negara ini.
Timbalan Menteri Datuk Noriah Kasnon berkata kementerian akan memberi
perhatian untuk menjalankan kajian terhadap pelaku gejala songsang itu. Meskipun
unit itu belum diwujudkan, Noriah berkata kementerian dengan kerjasama sebuah
badan bukan kerajaan, menyediakan pusat bantuan khidmat sosiol di Chow Kit, di
sini sejak Ogos tahun lepas. Pusat bantuan ini menyediakan perkhidmatan sosial
dan kebajikan kepada penghidap Aids, pekerja seks dan mak nyah. Selain itu,
beliau juga mencadangkan supaya kementerian mengadakan kempen bagi
menyedarkan masyarakat mengenai gejala homoseksual dan meminta
30
kementerian memantau gejala berkenaan.

Terdapat juga individu yang mencadangkan supaya Jabatan Kemajuan


Islam Malaysia (Jakim) mengambil pendekatan supaya anggota Jawatankuasa
Masjid misalnya dipertemukan dengan doktor dan pakar-pakar psikologi serta
psikiatri di samping mewujudkan pusat rujukan bersepadu di masjid. Ini merupakan
cadangan yang agak baik berikutan kerajaan tidak mampu menanganinya
29
http://azzuddin.blogdrive.com/archive/8.html
30
http://mforum.cari.com.my/archiver/?tid-364277.html

25
bersendirian, sebaliknya memerlukan kerjasama daripada seluruh masyarakat di
Malaysia bagi membanteras golongan homoseksual ini. Antara cadangan lain yang
turut dikemukakan ialah Kementerian Penerangan perlu memandang serius isu
homoseksual ini dengan memberi nasihat kepada mereka yang ingin
diketengahkan menerusi media elektronik atau mahu memperagakan
sesuatu.Presiden ABIM, Yusri juga mahu pihak berkenaan memantau artis atau
pelakon yang menonjolkan watak-watak 'lembut'. 31

Dalam mengambil tindakan bagi membantera isu homoseksual di Malaysia,


seharusnya pihak kerajaan perlulah lebih peka dan melihat dari pelbagai aspek
sama ada positif mahupun negatif. Sebagai contoh adalah tindakan yang yang
diambil oleh Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Datuk Dr Ng
Yen Yen. Beliau berkata bahawa golongan homoseksual boleh menerima bantuan
kerajaan sekiranya syarat dipenuhi. 32 Kenyatan beliau ini jelas mengelirukan dan
mengganggu sensitiviti umat Islam di Malaysia. Sewajarnya beliau lebih peka dan
menghormati sensitiviti masyarakat Malaysia secara amnya. 
Tindakan yang diambil pihaknya itu seolah-olah telah diiktiraf kedudukan golongan
gay ini di Malaysia.

Masalah perlakuan hubungan songsang ini adalah satu penyakit yang perlu
diubati dan dicegah penularannya di Malaysia.  Malaysia yang mempunyai prinsip
rukun negaranya seperti kepercayaan kepada Tuhan dan kesopanan dan
kesusilaan. Dalam hal ini, perlu kita membetulkan sikap kita kepada perilaku
homoseksual ini. Sikap yang patut kita ambil ialah bukannya menjadikan mereka ini
musuh. Tetapi kita perlu menyedarkan bahawa perbuatan mereka itu salah. Inilah
sikap yang betul dan bertepatan dengan tuntutan bagi setiap agama. 

Pada suatu masa dahulu, Pergerakan Sukarela anti-Homoseksual atau


“PASRAH” muncul secara tiba-tiba pada tahun 1998.  Sehingga kini tidak ketahui
apakah yang telah dilaksanakan oleh PASRAH. 33  Namun, kewujudannya patut

31
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp
32
http://www.malaysiakini.com/opinions/86344

33
http://halaqah.net/v10/index.php?action=printpage;topic=1228.0

26
dibanggakan kerana masih terdapat pergerakan-pergerakan seperti ini yang
ditubuhkan secara sukarela oleh masyarakat yang prihatin. Pendapat umum di
Malaysia menyetujui bahawa homoseksualiti adalah suatu bentuk penyakit yang
boleh dirawat, dipulihkan dan boleh berubah.  Namun tidak jelas apakah bentuk-
bentuk rawatan dan pemulihan yang boleh dilakukan bagi menangani isu
homoseksualiti yang kompleks ini.  

Dari segi aspek reaksi masyarakat pula, mereka lebih senang untuk
meminggirkan golongan-golongan yang dianggap menyimpang dari perilaku
normal masyarakat. Selain itu, masyarakat juga menghina dan mencaci golongan
sebegini dek kerana perbuatan mereka yang menyalahi adat dan undang-undang
Negara. Dari sudut agama Islam, perhubungan sama jenis adalah perbuatan yang
dilaknat oleh Allah s.w.t. Sabda Rasulullah SAW :

“Jika kamu dapati orang yang melakukan perbuatan kaum Luth, iaitu liwat
melalui dubur, bunuhlah kedua-duanya.”

Hadis ini diklasifikasikan sebagai sahih oleh al-Albani dalam al-Irwa : 2350
dan al-Misykat:3578.34 Ini jelas menunjukkan betapa Islam mengharamkan
perbuatan yang melanggar batasan-batasan yang telah ditetapkan oleh syarak.
Kerana mengingkari perintah Allah, masyarakat telah menghukum kelompok-
kelompok devian ini dengan tidak memberi apa-apa hak dari masyarakat. Mereka
juga diketepikan tanpa mendapatkan penjelasan yang kukuh daripada perilaku
devian ini.

Sebagai kesimpulannya dapatlah kita ambil di sini, iaitu semua pihak


bertanggungjawab untuk menangani penyakit masyarakat ini. Dari pemimpin negeri
ke rakyat, dari pegawai atasan hingga ke pekerja biasa, dari guru besar ke anak
murid dan seterusnya. Tiada siapa patut menuding jari pada pihak yang lain,
kerana setiap daripada kita adalah merupakan ahli masyarakat. Karenah birokrasi
dan perbezaan fahaman politik dan puak haruslah dielakkan dalam membanteras
masalah yang kian meruncing ini.

34
Abu RuwaisAl-Syubrawi, Kemusykilan Hukum-Menjawab Pelbagai Persoalan Semasa, 2006, m.s 32.

27
9.0 CADANGAN MENGATASI MASALAH

Beberapa cara yang boleh digunakan untuk mengelak diri daripada terjebak
dalam homoseksual ialah dengan mengamalkan budaya iaitu dengan menahan
pandangan daripada melihat apa-apa yang diharamkan dan apa-apa yang
merangsang nafsu syahwat. Ini kerana dengan melihat perkara-perkara ini,
seseorang yang tidak kuat imannya akan mudah tergoda dengan apa yang dilihat.
Jadi, mereka perlulah mengelakkan diri daripada melihat gambar-gambar seksi
atau lucah melalui sebarang alat sebaran media-massa. Pembacaan yang
berunsurkan 18sx juga sepatutnya tidak dilakukan bagi menangani masalah ini
dengan jayanya.

28
Selain itu, golongan sebegini seharusnya mengelak diri daripada bercakap
tentang sebarang perkara yang boleh merangsang nafsu syahwat, sama ada yang
menjurus kepada seks dengan pasangan berlainan jenis ataupun yang sejenis,
ataupun kedua-duanya sekali. Apabila berbicara hal itu, ianya akan mengakibatkan
keinginan untuk kembali kepada tingkah laku asal.

Antara lain, bagi mengelak dari gejala ini juga mereka boleh mengikuti
program-program yang bermanfaat khasnya program-program pengajian agama
dan mengamalkan budaya kehidupan yang sihat lagi diredai oleh Tuhan. Dari segi
memilih sahabat pula, golongan ini perlulah bersahabat dengan mereka yang yang
suka menasihati kita apabila kita tersilap langkah.

Seterusnya, ibu bapa dan keluarga perlu sama-sama bertanggungjawab


untuk mewujudkan hubungan kekeluargaan dalam suasana dan persekitaran yang
sihat dan mengamalkan ajaran agama sepenuhnya, mendidik dengan
pembentukan akhlak dan peribadi yang mulia, menunjukkan teladan yang baik
serta memberi perhatian, pemedulian dan kasih sayang yang secukupnya. Tidak
sepatutnya keluarga membuang dan bertindak dengan memutuskan hubungan
kekeluargaan dengan individu homoseksual ini. Ini akan membawa kesan yang
lebih buruk kepada perilaku devian ini. Dengan cara ini, mereka akan kembali ke
pangkal jalan dan dapat menikmati kebahagiaan yang sebenar di samping
keluarga tersayang.

Pemerhatian perlu banyak dibuat, terutama latar belakang kehidupan


individu gay ini.  Mereka memerlukan masa yang lama untuk pulih sepenuhnya. 
Perubahan bergantung pada kekuatan diri, setakat mana mereka mampu
mengawal diri untuk tidak melakukannya.  Rakan-rakan juga perlulah membantu
mereka dengan memberi sokongan dan motivasi membina dan tidak harus
membiarkan mereka begitu sahaja dari terus terjerumus kepada perkara terkutuk
ini. Masyarakat juga perlulah berusaha untuk sama-sama membantu golongan ini
dan tidak menyisihkan dan memandang hina terhadap golongan ini. Oleh itu,
usaha dari pelbagai pihak perlulah ada bagi mengatasi masalah homoseksual ini
kerana ia merupakan satu perkara yang berbahaya dan memberi kesan yang buruk
kepada diri, malah agama, masyarakat seterusnya kepada negara.
29
10.0 RUMUSAN

Berdasarkan kepada semua penerangan di atas, dapat ditegaskan di sini


bahawa kelakuan devian melibatkan perbuatan yang melanggar norma-norma
sesuatu masyarakat. Oleh yang demikian, semua bentuk perbuatan yang
menyimpang dan terkeluar daripada batas-batas yang telah ditetapkan,
termasuklah homosexual dianggap sebagai kelakuan devian. Apabila seseorang itu
melanggar peraturan atau norma yang ditetapkan oleh sesuatu masyarakat
tertentu, maka individu ini boleh dianggap sebagai melencong. Sememangnya
masyarakat tidak bebas daripada devian kerana devian adalah suatu yang normal.
Penyimpangan tingkah laku tetap berterusan kerana setiap individu berusaha
memenuhi keperluan dan kehendak kendiri. Perubahan zaman di era globalisasi ini
akan menyebabkan lencongan berterusan di masa-masa akan datang.

30
Menerusi perlakuan menyimpang seperti yang dibincangkan, amat jelas
ianya menyalahi fitrah kehidupan manusia dan melanggar norma kehidupan kita.
Selain itu, setiap agama turut melarang daripada melakukan perbuatan terkutuk ini
kerana boleh menimbulkan banyak kesan negatif sama ada di dunia mahupun
sebaliknya. Contoh yang paling nyata yang boleh diambil adalah daripada kisah
Nabi Luth a.s. Allah s.w.t telah pun berfirman dalam surah Hud ayat 82 yang
bermaksud :

“Maka apabila datang (Masa perlaksanaan) perintah kami, Kami jadikan negeri
kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus Segala Yang ada di muka buminya) dan Kami
menghujaninya Dengan batu-batu dari tanah Yang dibakar, menimpanya bertalu-
talu”
(Surah Hud : 82)

Jelas dari firman-firman Allah diatas, betapa hancurnya kaum Nabi Lut
disebabkan pengamalan seks sejenis yang diamalkan oleh mereka. Kehancuran
yang sama juga tidak mustahil boleh menimpa umat Islam di zaman kini, sekiranya
pengamalan seks sejenis ini tidak dibenteras. Jadi, bagi mengakhiri semua ini, kita
perlu kembali meletakkan pendidikan agama dan nilai sebagai asas terpenting
dalam membina generasi muda berkualiti, seterusnya melahirkan modal insan
kelas pertama yang akan dapat menyumbang ke arah mewujudkan masyarakat
dan negara yang maju dan bertamadun.

31

You might also like