You are on page 1of 9

http://sekolah.mmu.edu.my/smkserikota/kelas%20khas.

htm 21/1/2011
PENDAHULUAN
 
1.1 FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS

Mempunyai matlamat yang sama dengan Falsafah Pendidikan Negara, menyediakan


perkembangan optimum kanak-kanak dengan keperluan-keperluan pendidikan khas agar
dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh
merancang, mengurus kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi sendiri dan boleh
menyesuaikan siri dalam masyarakat.

1.2 VISI

Menyediakan Perkhidmatan Yang Berkualiti Kepada Murid-Murid Dengan Keperluan


Khas Ke Arah Kecemerlangan Hidup Sejajar Dengan Hasrat Falsafah Pendidikan Negara

1.3. MISI

Menyediakan Pendidikan Yang Berkualiti Kepada Murid-Murid Dengan Keperluan Khas


Untuk Menjadikan Mereka Insan Yang Dapat Berdikari, Berjaya Dalam Hidup Dan
Memberikan Sumbangan Bakti Kepada Masyarakat Dan Negara.
 

2. DIFINASI PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN.

2.1 Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran

Kementerian Pendidikan. Mendifinasikan Kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah


merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional
klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan
yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam
kebolehan berikut.

i. Kebolehan kognitif
ii. Tingkahlaku sosial / Perkembangan Sosial
iii. Penguasaan bahasa lisan dan pertuturan
iv. Penguasaan membaca
v. Kemahiran perkembangan (Developmental skills)
vi. Kemahiran Matematik
vii. Daya penglihatan
viii. Darjah kebolehan pendengaran

SEJARAH PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH MENENGAH SERI KOTA.

Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran yang pertama di Melaka peringkat


menengah telah dibuka pada 3hb. Januari 1997 di Sek. Men. Seri Kota. Seramai 11 orang
murid mendaftar dengan bilangan seorang guru berijazah (Mohd Mokhtar B. Hj. Tahar)
dalam bidang pendidikan khas KKBP. Sebuah bilik darjah telah diperuntukkan untuk
dijadikan Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran. Pengambilan peringkat pertama ini
terdiri daripada murid Program Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran Sek. Keb. Ujung
Pasir (6 orang) dan Sek. Keb. Kubu (5 Orang) yang berumur 15 tahun ke atas pada 2Hb.
Januari 1997.

Program ini terlaksana kerana keperihatinan pengetua (EN Chong) yang bersetuju
menyediakan sebuah kelas untuk Program Pendidikan Khas. Program ini mendapat
perhatian dari Unit Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (Ketua Unit pada
masa itu En Baharudin B. Dato Borhan) dan persetujuan dari Jabatan Pendidikan Melaka.
Pada mulanya hanya seorang sahaja guru yang terlibat dalam pengendalian program ini
iaitu Encik Mohd Mokhtar B. Hj. Tahar, dan pada bulan Febuari seorang lagi guru telah
dihantar oelh Jabatan Pendidikan Negeri iaitu Pn. Chin Sit Fun bekalkan pada masa itu
murid telah mencapai kepada 16 orang.

Pada tahun 1998 pertambahan pelajar telah mencapai kepada 36 orang dan guru yang
mengajar untuk Program ini adalah 5 orang. Pada Ogos 1998, pihak JPM telah memberi
bantuan sebanyak RM 40,000 untuk mengubahsuai bilik darjah.
 

4. PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS


BERMASALAH PEMBELAJARAN.

Perlaksanaan program ini dijalankan dengan cara:

1. Program Percantuman.

Dimana pelajar pendidikan khas akan belajar didalam persekitaran kanak-kanak normal.
Tetapi pelajar hanya belajar dalam kelas khas sahaja. Mereka borkongsi mengunakan
segala kemuadahan sekolah.

4.2 Program Inklusif Sepenuhnya

Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan
kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama
dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa.(Haji
Sabri Salleh. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan. 1996)

Pendidikan Inklusif menumpukan perhatiannya ke arah pengsealiran pelajar-pelajar


berkeperluan khas di sekolah-sekolah normal. Matlamatnya ialah memberi peluang
kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua
aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar normal. Matlamat
selanjutnya supaya pelajar-pelajar berkepeluan khas dapat menyesuaikan diri dari awal-
awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam
komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari
dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang.(Mohd Siraj Awang. 1996)

Pendidikan Inklusif bukanlah satu perkara baru di Malaysia. Yang baru hanyalah
istilahnya, dan istilah inilah yang telah mengelirukan kita semua. Pada masa dahulu
istilah "Program Percantuman’ atau ‘Integrated’ telah digunakan. Negara Malaysia
telahpun mengamalkannya sejak 1962 lagi (Norani, 1980)

Matlamat utama pendidikan inklusif ialah untuk mengsealirankan pelajar-pelajar


berkeperluan khas dengan pelajar-pelajar normal di sekolah biasa. Harus diingatkan di
sini tidak semestinya semua pelajar berkeperluan khas boleh disealirankan begitu sahaja
kerana setiap individu mempunyai kemampuan dan keperluan yang berbeza. Deno
(1970), telah menghasilkan sebuah model tahap perkhidmatan pendidikan khas yang
berupaya menampung tujuh pilihan yang berupa satu "Cascade" untuk menempatkan
pelajar-pelajar seperti yang dicadangkan.

 
4.2.1 Latar Belakang Pendidikan Inlusif

1. Arahan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia.

o Merujuk kepada surat KP(BS-PK)8501/PPP-KBP/Jld. JLD.IV/(4)


bertarikh 3 Disember 1991 kepada semua PengarahPendidikan Negeri,
Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran yang sudah berumur14 tahun dan
tamat di Sekolah Rendah Program Kanak-Kanak Bermasalah
Pembelajaran boleh meneruskan pelajaran ke peringkat sekolah menengah
dan mata pelajaran pra vokasional hendaklah dititikberatkan semasa
kanak-kanak berada di peringkat sekolah menengah rendah.

o Untuk itu, kelas program Pendidikan Inklusif perlu diwujudkan di


kawasan di mana terdapat permintaan pelajar-pelajar Kelas Bermasalah
Pembelajaran (KKBP)

4.2.1.2 Pelajar-pelajar yang telah tamat dari program kelas Khas Bermasalah
Pembelajaran (KKBP) di sekolah rendah akan dimasukkan ke dalam kelas khas di
sekolah menengah.

 Mereka akan belajar bersama-sama pelajar-pelajar lain yang normal dan


mengikuti kurikulum yang bersesuaian dengan kemampuan individu.

4.2.1.3 Di Melaka Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran peringkat menengah akan


dibuka pada 3hb. Januari 1997 di Sek. Men. Seri Kota. Seramai 11 orang murid akan
mendaftar dengan bilangan seorang guru berijazah (Mohd Mokhtar B. Hj. Tahar) dalam
bidang pendidikan khas KKBP. Sebuah bilik darjah telah diperuntukkan untuk dijadikan
Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran. Pengambilan peringkat pertama ini terdiri
daripada murid Program Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran Sek. Keb. Ujung Pasir
(6 orang) dan Sek. Keb. Kubu (5 Orang) yang berumur 15 tahun ke atas pada 2Hb.
Januari 1997.
 

3. Program Pendidikan Separa Inklusif (Intergrasi)

Program ini dilaksanakan kepada pelajar yang telah mempunyai kebolehan belajar mata
pelajaran tertentu yang sama dengan kanak-kanak normal, dilaksanakan kepada pelajar
yang berkeupayaan di Sekolah Menengah Seri Kota adalah berbentuk.

i. Integrasi Sosial
ii. Integrasi Akedemik (Kepada yang mempunyai kemajuan)
iii. Intergrasi Kemudahan Fizikal Sekolah

4.3.1. Rasional Pendidikan Spara Inklusif (INTERGRASI)

Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk menerima


pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara
menyeluruh. Mereka hanya sekadar kurang bertindakbalas kepada strategi pengajaran dan
pembelajaran biasa. Oleh itu, satu program khas perlu disediakan untuk memenuhi
keperluan murid-murid ini dengan mengambilkira aspek-aspek seperti masa, bahan,
budaya kelas, teknik mengajar, bantuan kepakaran dan penglibatan masyarakat. Dengan
ini diharapkan pendidikan inklusifkan akan dapat:

o Pengongsian kemudahan serta alat-alat dengan sepenuhnya.


o Peluang berinteraksi yang lebih positif antara pelajar-pelajar berkepeluan
khas dengan pelajar-pelajar normal.
o Pengagihan perkhidmatan yang lebih adil
o Pengagihan sumber yang lebih meluas.
o Pengurangan masalah tempat bagi pelajar-pelajar yang berkepeluan khas.
o Pemberian peluang untuk pelajar-pelajar berkepeluan khas menyesuaikan
diri di dalam masyarakat
o Pengalak kewujudan masyarakat penyayang yang dihasratkan di dalam
wawasan.

4.3.1.2 Matlamat Pendidikan Spara Inklusif (Integrasi)

o Pendidikan spara inklusif menumpukan perhatian ke arah pengsealiran


pelajar-pelajar berkeperluan khas di sekolah-sekolah normal. Dengan ini
memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran,
pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di
sekolah bersama-sama pelajar normal.

o Akan dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek
kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat
dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya, mampu berdikari dan
menjadi anggota masyarakat yang menyumbang.

o Kurikulum Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran adalah bertujuan


melengkapkan kanak-kanak yang Bermasalah Pembelajaran dengan
kemahiran-kemahiran tertentu bagi membantu mereka mencapai
perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek
intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan
sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan
berdikari.

5. Objektif Penubuhan Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran.

 Membolehkan Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran mendapat tempat yang


sama dalam pendidikan.
 Menempatkan Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran ini dalam persekitaran
yang seakan-akan normal mengikut kesesuaian pendidikan untuknya.
 Mengurangkan kecenderungan melabel dan menyalah label ke atas pelajar-pelajar
berkeperluan khas.
 Membolehkan Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran menyesuaikan diri dalam
semua aspek dari awal seperti kemahiran berkomunikasi, bergaul,
memperkembangkan perasaan, ingin tahu mengenai diri dan alam sekeliling,
kesihatan dan keselamatan diri, kehidupan seharian, konsep kendiri, kegiatan
rekreasi, perkembangan jasmani, mengamalkan nilai-nilai murni serta
mengenbangkan potensi, bakat dan daya kreatif dan intelek.
 Membuktikan bahawa mereka juga mempunyai kemahiran dan kebolehan yang
setanding dengan rakan-rakan yang normal.
 Mendapat perhatian dan tanggungjawab ibu bapa dan masyarakat.
 Memberikan kemahiran pravokasional, supaya mendapat kemahiran asas dalam
dunia pekerjaan.

6. STRATEGI PERLAKSANAAN

Program inklusif yang dijalankan bukanlah inklusif sepenuhnya tetapi lebih kepada
bentuk integrasi. Kerana kebanyakkan KKBP yang memasuki program ini belum
menguasai 3M sepenuhnya. Oleh itu amat sukar KKBP untuk diinlusifkan dalam
matapelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik. Di antara matapelajaran yang dirasakan
boleh diinklusifkan atau diintegrasikan adalah pendidikan seni, pendidikan jasmani dan
pra vokasional.

 
Rajah 6 : Strategi Pelaksanaan
 
Guru resos beroperasi sepenuh masa.   
Mengendalikan pengajaran di Kelas KKBP. 
Memberi bimbingan untuk Matemati, Bahasa Bekerjasama dengan guru resos dalam
Malaysia secara Individu dan mengurukan mengintegrasikan murid dalam kelas biasa dan
integrasi dalam pendidikan Seni, salaing bantu membantu dalam penyediaan RPI.
Pravokasional, P.J, MT, BM.  

Membantu guru kelas KKBP dan guru kelas


biasa.

       

Pelajar KKBP mengikut jadual kelas


biasa dan akan pulang ke Kelas KKBP
apabila pelajaran diikuti tamat.
Matapelajaran yang dijangkakan boleh
di Integrasikan adalah Pravolasional, PJ,
Seni. BM dan Matematik kepada pelajar
yang boleh sahaja.

1. Pelajar-pelajar KKBP mempunyai base sendiri iaitu bilik darjah khas.

2. Guru resos membawa pelajar-pelajar yang boleh telah bersedia untuk


diintegrasikan ke kelas biasa untuk pengajaran dan pembelajran dalam kelas
biasa. Seperti matapelajaran PJ, Seni, Pravokasional, Bahasa Melaysia dan
Matematik.

3. Kemudian mereka dibawa ke bilik resos untuk diberi bimbingan dan pengukuhan.

4. Semasa guru kelas biasa mengajar guru resos akan berada bersama-sama pelajar
KKBP ditempatkan.

5. Semua pelajar KKBP terlibat akan mengkuti kurikulum sekolah menengah biasa
dengan sedikit pengubahsuaian dari segi isi.

 6.6 Kelas yang dilakukan integrasi adalah kelas yang kecil bilangan saiznya.
 
 
7. MATAPELAJARAN
 Setiap matapelajaran yang diajar adalah 40 minit mengikut jadual
waktu biasa.
 Diantara matapelajaran yang akan diajar adalah seperti:

   Jumlah Jumlah
Waktu Minit
Mata Pelajaran

Perhimpunan 1 40

Bahasa Melayu 5 280

Matematik 5 200

Pravokasional (Integrasi sepenuhnya) 10 400

Agama dan Moral 3 120

Pendidikan Seni (Integrasi sepenuhnya) 2 80

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (Int penuhnya) 2 80

Muzik 1 40

Sosial dan Alam Sekeliling 1 40

Jumlah  30 1200  

  

 Penyediaan pengajaran secara individu perlu disediakan oleh guru


resos dan guru kelas.

7.1 Waktu Persekolahan

i. Program Itergrasi ini akan dijalankan 5 hari dalam seminggu pada


hari Isnin-Jumaat dari jam 8.00 Pagi - 12.00 Tengahari.

 Kanak-Kanak akan digalakkan mengikuti aktiviti kokurikulum


seperti Pasukkan beruniform ini adalah program intergrasi dengan
kanak-kanak normal.

7.2 Ratio /Nisbah Guru dan Murid.

i. Hitung panjang seorang tenaga pengajar akan dikehendaki


mengajar seramai lima hingga tujuh (5-8) murid. Itupun
bergantung kepada masalah yang dihadapi oleh murid.
ii. Ratio guru adalah 1.5 setiap kelas.

7.3 Peruntukkan Jawatan Guru Resos.


iii. Seorang guru resos dikenalpasti dan ditugaskan untuk tujuan
program Pendidikan Inklusif di Sekolah Menengah.
iv. Jawatan guru tambahan diberi untuk mengganti guru resos dalam
kelas biasa.

 7.4 Jenis-Jenis Masalah Pembelajaran.

Pelajar yang terdapat di program ini adalah terdiri daripada


golongan.

i. Lemah dalam pelajaran - "Slow Learner"


ii. Autistik
iii. Down, s Syndrome
iv. Terencat akal ringan.
v. Hyperaktif
vi. Cerebral Palsy

* Pelajar ini mestilah boleh menguruskan diri seperti makan,


berpakaian dan ke tandas sendiri.

7.5 Aktiviti yang akan dijalankan.

Selain daripada pembelajaran dibilik darjah program ini akan juga


menyedikan aktiviti untuk kanak-kanak seperti berikut:

i. Jurupulih anggota.
ii. Jurupulih cara kerja.
iii. Jurupulih pertuturan.
iv. Latihan renang.
v. Kaunseling ibubapa/murid.

*semua aktiviti diatas memerlukan pakar dalam bidang masing-masing.

*Mendapatkan kerjasama dari pihak hospital dan Jabatan Kebajikan


Masyarakat.
 

 7.6 Kemudahan Asas Untuk Pelajar Khas

i. Kerusi meja seperti pelajar-pelajar normal.


ii. Buku Teks mengikut kemampuan tahap KKBP walaupun berada
disekolah menengah.
iii. Bahan-bantu mengajar boleh diubah suai oleh guru resos dan
Jawatankuasa akademik.
iv. Bahan rujukan/peralatan tambahan - atas kebijaksanaan/ inisiatif
pihak sekolah.
v. Bilik resos - perlu diadakan untuk tujuan sesi bimbingan dan
khidmat bantu dan kaunseling.

 
7.7 Peruntukkan Kewangan

vi. Peruntukkan kewangan sebanyak RM 40, 000 untuk membina


bangunan atau pengubahsuaian bangunan. Dan peruntukkan
peralatan RM 10, 000.
vii. Jabatan tidak akan memberi peruntukan tambahan kerana program
ini adalah sebahagian daripada sekolah biasa.
viii. Peruntukkan perkapita pelajar-pelajar khas perlu dipohon seperti
juga pelajar biasa dalam penyediaan ABM.
ix. Pengetua sekolah terlibat digalak memohon peruntukan lebih
untuk tujuan membeli stationery dan bahan cetak untuk
menyediakan alat bantu mengajar khas untuk pelajar-pelajar khas.

 
7.8 Aktiviti Luar.

Program ini juga akan membuat program lawatan sambil belajar ke tempat-tempat
yang difikirkan sesuai untuk memberi pendedahan kepada pelajar. Untuk
melaksanakannya, program ini akan menubuhkan Badan Kebajikan Kelas Khas
di mana ianya berfungsi di bawah naungan Badan Induk PIBG sekolah dan Guru
Besar sebagai penasihat dan Ahli Jawatan Kuasanya terdiri daripada golongan
ibubapa dan guru-guru Kelas Khas.
 

i. Aktiviti Badan Kebajikan Kelas Khas.

Di antara tanggungjawab Badan Kebajikan Kelas Khas ini adalah:

 Menentukan kewangan mencukupi.


 Mengadakan perjumpaan sekurang-kurangnya 2 bulan sekali dan
juga pada Hari-hari Perayaan.
 Membiayai sumbangan ikhlas untuk membantu menyediakan
keperluan-keperluan penting seperti alat bantuan mengajar dan
keperluan murid.
 Mendapatkan sumbangan.

Disediakan Oleh:

( Penyelaras Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran )

You might also like